PEKELILING BENDAHARI BIL. 2/2000. Pekeliling ini bertujuan untuk menerangkan aturcara perolehan yang perlu dipatuhi oleh semua Jabatan/Fakulti.

dokumen-dokumen yang mirip
KOLEJ UNIVERSITI TEKNIKAL KEBANGSAAN MALAYSIA PEKELILING BENDAHARI BIL. 1/2002

SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 2/2004 TATACARA PENYEDIAAN PESANAN TEMPATAN DI PERINGKAT PUSAT TANGGUNGJAWAB

PEKELILING PEJABAT BENDAHARI BIL. 5 TAHUN 2014 TATACARA PEROLEHAN UNIVERSITI BAGI AKTIVITI YANG MENGGUNAKAN DANA PENYELIDIKAN

BAB 6 PENGURUSAN ASET

UTHM/PB/100 6/4/1 (18) Tarikh: 19 Ogos 2008 PEKELILING BENDAHARI BIL. 12 / 2008

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO9001:2008

UTHM/PB/100 6/4/1 (03) Tarikh: 21 September 2007 PEKELILING BENDAHARI BIL. 3 / 2007

KUTKM.03/10.12/3/1 (2) Januari 2002 PEKELILING BENDAHARI BIL. 2/2002

PROSEDUR PENYEDIAAN ANGGARAN BELANJAWAN DAN PENGURUSAN PEROLEHAN PK.UiTM.FKM.(PA).09

KOLEJ UNIVERSITI TEKNIKAL KEBANGSAAN MALAYSIA

PTSS-PK-PS-04 PENGURUSAN PEROLEHAN BEKALAN / PERKHIDMATAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA. BORANG LAPORAN PENERIMAAN ASET ALIH UNIVERSITI (Hendaklah diisi dalam 2 salinan jika terdapat kerosakan/perselisihan)

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Kehilangan Dan Hapus Kira

SURAT PEKELILING BENDAHARI

PEKELILING BENDAHARI BIL : 5/2008 PEKELILING PEJABAT BENDAHARI

SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 11 TAHUN 1995 PANDUAN LAWATAN KE LUAR NEGERI KERANA PEROLEHAN KERAJAAN

BAB 6 PEMBEKALAN, PROSEDUR PENGGANTIAN DAN PEMBELIAN

PEKELILING BENDAHARI BIL : 12/2008

PEKELILING BENDAHARI BIL : 1/2008

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PEJABAT BENDAHARI. UTHM.PB/100-6/4/ 1( 19 ) 06 Oktober 2008 PEKELILING BENDAHARI BIL. 13 /2008

PENGURUSAN PEROLEHAN BEKALAN / PERKHIDMATAN / KERJA PMM-PK-PS-04

UTHM.PB/100.6/4 Jld. 2 ( 13 ) Tarikh: 22 Julai 2014 PEKELILING BENDAHARI BIL. 3/2014

Sumasni Sulaiman. PERANAN URUSETIA MESYUARAT JAWATANKUASA SEBUT HARGA RASMI / LEMBAGA PEROLEHAN TENDER

PEKELILING BENDAHARI BIL : 10/2009 PEJABAT BENDAHARI. Dekan Fakulti/ Ketua Bahagian/ Pusat/ Akademi UiTM Shah Alam

PEKELILING BENDAHARI BIL 05/2014

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P006. PROSEDUR TENDER Tarikh: 26/05/2017

SURAT PEKELILING PEJABAT BENDAHARI BIL. 2 TAHUN 2010 TATACARA PENERIMAAN HADIAH/DERMA DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


Tajuk : Isu kelemahan pengurusan asset alih kerajaan sering dibangkitkan. dalam laporan Ketua Audit Negara. Sebagai pengurus sekolah,

1. PENYEDIAAN SURAT SETUJU TERIMA TAWARAN DAN CAGARAN KESELAMATAN

PEKELILING BENDAHARI BILANGAN 5/2007

1. PENYEDIAAN SURAT SETUJU TERIMA TAWARAN DAN CAGARAN KESELAMATAN

SALINAN DOKUMEN TERKAWAL

PENGURUSAN PEROLEHAN BEKALAN/ PERKHIDMATAN

UTHM.PB/100-6/4/1(26) 8 Disember 2012 SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 6/2012

PEKELILING BENDAHARI BILANGAN : 6/2008 PEJABAT BENDAHARI

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

TAKLIMAT TATACARA PELUPUSAN ASET ALIH KERAJAAN

PROSEDUR PENYEDIAAN ANGGARAN BELANJAWAN DAN PENGURUSAN PEROLEHAN PK.UiTM.APB.(P).09

Sumasni Sulaiman. Bahagian Pengurusan Perolehan Pejabat Bendahari

UTHM.PB/100.6/4 Jld. 3 ( 2 ) Tarikh: 7 Januari 2016 PEKELILING BENDAHARI BIL. 2/2016

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

PENGURUSAN BAJET 1.0 DEFINISI

PEKELILING BENDAHARI BIL : 4/2008

UTHM.PB/100-6/4 ( 21 ) 22 Januari 2009 PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 / 2009

KUiTTHO.PB/10.12/14( 39 ) 9 Januari 2007 SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL.2/2007 PINDAAN HARGA CIF BAGI PEROLEHAN BEKALAN DAN PERKHIDMATAN

TATACARA PENJAGAAN ASET, PENGURUSAN KEHILANGAN DAN TINDAKAN YANG BOLEH DIKENAKAN APABILA BERLAKU KEHILANGAN

PEKELILING BENDAHARI BIL : 12/2009 PEJABAT BENDAHARI

KURSUS INDUKSI UMUM BIL. 2/2009. KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL Oktober 2009

PEJABAT BENDAHARI. Dekan Fakulti/ Ketua Bahagian/ Pusat/ Akademi UiTM Shah Alam. Ketua Bahagian / Unit Kewangan Zon Pejabat Bendahari UiTM Shah Alam

KANDUNGAN. 1. Objektif Penggunaan Penyimpanan Pematuhan Pemeriksaan Pemeriksaan Mengejut Ke Atas Pengurusan Aset 5

UTHM/PB/100 6/4 (23) Tarikh: 24 April 2009 PEKELILING BENDAHARI BIL. 3 / 2009

PEKELILING BENDAHARI BIL 3/2009

JABATAN BENDAHARI. Bil. Kami : Bil. Tuan : Tarikh :

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BENDAHARI Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW/P008. PROSEDUR PEMBAYARAN TUNTUTAN STAF Tarikh: 03/01/2011

PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 TAHUN 2013 TATACARA PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEMUDAHAN LATIHAN SECARA PAKEJ

GARIS PANDUAN DANA TOP DOWN UKM (Jangka Pendek)

PEKELILING BENDAHARI BIL : 3/2008 PEJABAT BENDAHARI

PEKELILING BENDAHARI BIL. 7 TAHUN 2013 PERATURAN MENGENAI PENGURUSAN PANJAR WANG RUNCIT UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P007. PROSEDUR RUNDINGAN TERUS Tarikh: 26/05/2017

UTHM.PB/100.6/4 Jld. 20 ( 12 ) Tarikh: 22 Mei 2014 PEKELILING BENDAHARI BIL. 2/2014

PEKELILING BENDAHARI

PEKELILING BENDAHARI BIL : 9 /2009 PEJABAT BENDAHARI

UTHM.PB/100-6/4/1Jld 2( 23 ) 17 Mei 2015 SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 3/2015

PEKELILING BENDAHARI BIL. 3 TAHUN 2013 TATACARA PERMOHONAN DAN PELARASAN WANG PENDAHULUAN

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN ALATAN (VOT 35000) (PPSP/Pent/CP4)

PEJABAT BENDAHARI. Dekan Fakulti/ Ketua Bahagian/ Pusat/ Akademi UiTM Shah Alam. Ketua Bahagian / Unit Kewangan Zon Pejabat Bendahari UiTM Shah Alam

KOLEJ UNIVERSITI TEKNIKAL KEBANGSAAN MALAYSIA

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BENDAHARI Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P013 PROSEDUR PEROLEHAN PEMBELIAN TERUS

PEROLEHAN BAHAN MONOGRAF DAN MEDIA

SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 13 TAHUN 1999

PENERANGAN TATACARA PENGURUSAN HARTA TETAP, INVENTORI DAN STOK ; UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEKELILING BENDAHARI BIL : 4 Tahun 2010 PEJABAT BENDAHARLILING PEJABAT BENDAHARI

FADZILLAH BINTI RAHMAN

PEKELILING BENDAHARI

PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 TAHUN 2008 PENGURUSAN PANJAR WANG RUNCIT BAGI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)

PROSEDUR KUALITI UMUM PENGURUSAN PEROLEHAN PEROLEHAN. Nama: RAMLAH BT. MOHAMED Nama: DATIN ASARIAH BINTI MIOR SHAHARUDDIN

PERATURAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN PERUNDING

Pengenalan PRINSIP PEROLEHAN

KERAJAAN MALAYSIA PERAKUAN PELUPUSAN (PEP) ASET ALIH KERAJAAN

(UKM-SPKP-PKU08-BO01)

SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 TAHUN 2016 GARIS PANDUAN KAD KORPORAT PTJ (KKP) UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Kod Sebut Harga: INTAN(E): 3/2017

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

Disediakan oleh: Diluluskan oleh: Dr.SHARIFAH FETOM BT SYED ZAIN DATO MISRAH BIN IBRAHIM PENGARAH PENDIDIKAN GURU

KERAJAAN MALAYSIA. Garis Panduan Pelaksanaan Jawatankuasa Pengurusan Kewangan Dan Akaun

R2001 PENGURUSAN ORGANISASI

PERATURAN PEMBAYARAN YANG MEMERLUKAN KEBENARAN KHAS (AP58)

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG GARIS PANDUAN MENJALANKAN KERJA PERUNDINGAN DAN KHIDMAT TEKNIKAL

1. Penyebutharga dikehendaki membaca dan memahami keseluruhan butiran dokumen sebutharga sebelum mengemukakan tawaran.

PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA SYARAT-SYARAT AM SEBUT HARGA / TENDER

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PEJABAT PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN ASET Kod Dokumen: OPR/PPPA/GP03

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

Garis panduan ini merangkumi semua jenis pinjaman / pembiayaan kenderaan bagi staf UPM yang bertaraf tetap dan kontrak.

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Penggunaan, Penyimpanan Dan Pemeriksaan

PEKELILING PERBENDAHARAAN (PP) BIL. 5 TAHUN 2007 TATACARA PENGURUSAN ASET ALIH KERAJAAN (TPA) Kementerian Kewangan Malaysia

3. Tujuan Peperiksaan : Untuk pengesahan dalam perkhidmatan bagi Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W17 yang dilantik;

PANDUAN PELAKSANAAN PERATURAN ARAHAN PERUBAHAN KERJA DAN PELARASAN HARGA KONTRAK

Panduan Mengatasi Isu / Kelemahan Yang Sering Berlaku Dalam Pengurusan Kewangan

Bursar Office Rujukan : UKM 3.1/224/8 Jld XI Tarikh : 17 September 2014

Transkripsi:

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA PEJABAT BENDAHARI UTM.03/10.12/3 Jld 2. (6) Tarikh : 15 Mei 2000 PEKELILING BENDAHARI BIL. 2/2000 Dekan-Dekan Fakulti, Ketua-Ketua Jabatan, Universiti Teknologi Malaysia. Assalamualaikum Wr. Wbt. Saudara, ATURCARA PEROLEHAN UNIVERSITI Pekeliling ini bertujuan untuk menerangkan aturcara perolehan yang perlu dipatuhi oleh semua Jabatan/Fakulti. Universiti diluluskan oleh Lembaga Pengarah untuk mengamalkan perolehan seperti berikut : - 1.0 Definasi 1.1 Perolehan Mendapatkan suatu bekalan atau perkhidmatan dengan mengikuti tatacara yang telah ditetapkan oleh Perbendaharaan atau yang telah diluluskan oleh Lembaga Pengarah. 1.2 Bekalan Bekalan adalah dimaksudkan sebagai barangan yang dibekal bagi menjalankan sesuatu aktiviti, program atau projek agensi Kerajaan. Ianya juga merupakan input kepada sesuatu proses kerja atau perkhidmatan. Bekalan yang dimaksudkan adalah seperti bahan binaan, makanan, pakaian, kenderaan dan kelengkapan pejabat. 1.2.1 Harta Tetap a) Harta Tetap meliputi pembelian tanah, bangunan, kenderaan dan jentera serta peralatan tak luak yang mempunyai jangka hayat melebihi

4 hingga 5 tahun (mengikut kategori harta). Kos minima Harta Tetap ialah RM3,000 seunit. b) Bagi perabut, penentuan Harta Tetap tertakluk kepada had minima iaitu RM500.00 seunit. Perabut/peralatan yang dibina dalam atau attached pada bangunan tersebut tidak dikira sebagai perabut/peralatan tetapi dianggap sebagai sebahagian daripada kos bangunan. 1.2.2 Inventori 1.3 Perkhidmatan a) Inventori meliputi pembelian peralatan tak luak yang mempunyai jangka hayat melebihi 4 hingga 5 tahun dengan kos pembelian peralatan tersebut kurang daripada RM3,000 seunit semasa perolehan. b) Bagi perabut, penentuan Inventori tertakluk kepada kos pembelian kurang daripada RM500.00 seunit semasa perolehan. Perkhidmatan adalah ditakrifkan sebagai khidmat tenaga manusia atau kepakaran/kemahiran yang diperolehi untuk melaksana dan menyiapkan sesuatu kerja tertentu. 1.4 Ketua Jabatan Pegawai yang menerajui sesuatu Pusat Tanggungjawab atau diberi kuasa contoh Pendaftar, Bendahari, Pengarah Kerja, Dekan, Pengarah. 1.5 Keahlian 1.5.1 Jawatankuasa Pembuka Sebutharga Ahli Jawatankuasa Pembuka Sebutharga Jabatan/Fakulti tidak lebih daripada lima (5) orang dan sebutharga hendaklah dibuka oleh 2 orang jawatankuasa dan sekurang-kurangnya salah seorang mestilah daripada Kumpulan A dalam satu-satu masa. Jabatan/Fakulti diminta memaklumkan ke Pejabat Bendahari dan pegawai terbabit keahlian mereka di dalam Jawatankuasa Pembuka Sebutharga. Pegawai yang membuat perolehan tidak layak menjadi Jawatankuasa Pembuka Sebutharga pada satu-satu masa. 1.5.2 Jawatankuasa Sebutharga Jabatan/Fakulti

Jawatankuasa Sebutharga Jabatan/Fakulti tidak lebih daripada lima (5) orang dan dihadiri oleh 3 orang ahli jawatankuasa bagi setiap kali penilaian sebutharga dibuat. a) Ketua Jabatan - Pengerusi b) 2 orang ahli yang dilantik - Ahli c) Pegawai yang membuat perolehan (pemohon) tidak layak menjadi ahli pada satu-satu masa. Jabatan/Fakulti diminta memaklumkan ke Pejabat Bendahari dan pegawai terbabit keahlian mereka di dalam Jawatankuasa Sebutharga Jabatan/Fakulti. 1.6 Satu Jenis Benda atau Satu Kelas Benda 1.6.1 Pengenap atau pelengkap kepada sesuatu barang atau peralatan. Misalnya cawan & piring, tiub & tayar, garpu & sudu dan lainlain. 1.6.2 Gantian kepada sesuatu barang atau peralatan. Misalnya pen dan pensil. 1.6.3 Boleh dipadankan atau dimasukkan ke dalam sistem barang atau peralatan. Misalnya komputer dengan perisian, soket dengan lampu. 1.6.4 Berasal dari punca pengeluaran atau pemasangan yang bersamaan. Misalnya palam pencucuk, pinggan mangkok dan barang-barang plastik. 1.7 Memecahkecilkan Jumlah Pembelian 2.0 Tatacara Perolehan 1.7.1 Menyalahtafsirkan Jenis Benda dan Kelas Jenis Benda dan membeli secara berasingan samada secara sengaja atau tidak sengaja tidak mengikut peraturan yang telah ditetapkan. 2.1 Tatacara ini terpakai untuk perolehan yang meliputi bekalan dan perkhidmatan sahaja. 2.1.1 Bernilai RM100.00 dan kurang Perolehan yang bernilai RM100.00 dan kurang untuk satu jenis item atau kelas jenis item boleh dibuat melalui Panjar Wang Runcit.

2.1.2 Bernilai RM101.00 sehingga RM1,000.00 Perolehan yang menilai lebih RM100.00 sehingga RM1,000.00 untuk satu jenis item atau kelas jenis item boleh dibuat dengan membuat pesanan terus kepada syarikat pilihan yang diketahui sentiasa mengenakan harga berpatutan. Kelulusan pembelian boleh diberi oleh Timbalan Ketua Jabatan. Jabatan/Fakulti hendaklah menyertakan perkara-perkara berikut ke Pejabat Bendahari untuk tindakan pembayaran setelah bekalan/perkhidmatan dibuat : a) Borang Nombor Siri (Pembayaran) b) Bil/Inbois c) Borang Harta Tetap (KEW 312) d) Borang Inventori (KEW 313) 2.1.3 Bernilai RM1,001.00 sehingga RM10,000.00 setahun Carta Alir a & b Perolehan bernilai lebih RM1,000.00 sehingga RM10,000 bagi satu jenis item atau kelas jenis item boleh dibeli terus daripada mana-mana syarikat tidak kira samada berdaftar atau tidak berdaftar dengan Kementerian Kewangan yang sentiasa menawarkan harga yang berpatutan. Walau bagaimanapun, untuk mempastikan harga yang ditawarkan berpatutan/menguntungkan, Fakulti/Jabatan digalakkan mendapatkan sebutharga bertulis sekurang-kurangnya daripada 2 syarikat. Kelulusan perolehan diberi oleh Ketua Jabatan. Proses seterusnya seperti berikut : a) Jabatan/Fakulti hendaklah mengeluarkan Pesanan Tempatan kepada pembekal. Salinan Ketiga (Biru) dihantar terus ke Pejabat Bendahari. b) Sebutharga hendaklah difailkan dan disimpan di Jabatan/Fakulti. c) Jabatan/Fakulti hendaklah menyertakan bil/inbois dan Pesanan Tempatan salinan Asal (kuning) bersama Borang No. Siri Pembayaran kepada Pejabat Bendahari untuk proses pembayaran. d) Borang Harta Tetap (KEW 312)

e) Borang Inventori (KEW 313) f) Borang BEN/UPB/001 2.1.4 Bernilai RM10,001.00 sehingga RM50,000.00 setahun Carta Alir Perolehan bernilai lebih RM10,000.00 sehingga RM50,000.00 untuk satu jenis item atau kelas jenis item bolehlah dibuat dengan mendapatkan 3 sebutharga bertulis daripada pembekal bertaraf Bumiputra yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam bidang berkaitan. Borang BEN/UPB/001 (Lampiran A) hendaklah diisi dengan lengkap bagi setiap pembelian harta tetap. Sebutharga yang diterima hendaklah dikaji oleh pemohon sebelum syor dibuat kepada Jawatankuasa Sebutharga Jabatan/Fakulti untuk kelulusan dengan menggunakan Borang BEN/UPB/010 (Lampiran J). Proses seterusnya adalah seperti berikut : a) Jabatan/Fakulti hendaklah mengeluarkan Pesanan Tempatan kepada pembekal. Salinan Ketiga (biru) dihantar terus ke Pejabat Bendahari. b) Salinan sebutharga hendaklah difailkan dan disimpan di Jabatan/Fakulti. c) Jabatan/Fakulti hendaklah menghantar bil/inbois, dan Pesanan Tempatan salinan Asal (kuning) bersama Borang No. Siri Pembayaran kepada Pejabat Bendahari untuk proses pembayaran. d) Borang Harta Tetap (KEW 312) e) Borang Inventori (KEW 313) f) Borang BEN/UPB/001 2.1.5 Bernilai RM50,001.00 sehingga RM100,000.00 setahun Carta Alir a & b Perolehan bernilai lebih RM50,000 sehingga RM100,000 untuk satu kelas item atau jenis item dibuat dengan mempelawa sebutharga daripada sekurang-kurangnya 5 pembekal bertaraf Bumiputra yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam bidang berkaitan. Sebutharga dipelawa secara bertulis,

lengkap dengan spesifikasi alat. Sebutharga yang diterima hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga dan Peti akan dibuka oleh Jawatankuasa Pembuka Sebutharga. Sebutharga yang diterima hendaklah diserahkan kepada pemohon dengan menggunakan Borang BEN/UPB/011 (Lampiran K). Sebutharga hendaklah dikaji oleh pemohon sebelum syor dibuat kepada Jawatankuasa Sebutharga Jabatan/Fakulti untuk perakuan dengan menggunakan Borang BEN/UPB/006 (Lampiran F). Perakuan Jawatankuasa Sebutharga diberi dengan menggunakan Borang BEN/UPB/007 (Lampiran G) Kelulusan perolehan diberi oleh Jawatankuasa Sebutharga Universiti. Proses seterusnya adalah seperti berikut : a) Sila rujuk Pekeliling ini Para 3.4.3 m.s. 8. b) Jabatan/Fakulti hendaklah menghantar bil/inbois, dan Pesanan Tempatan salinan Asal (kuning) bersama Borang No. Siri Pembayaran kepada Pejabat Bendahari untuk proses pembayaran. c) Borang Harta Tetap (KEW 312) d) Borang Inventori (KEW 313) 3.0 Perolehan Secara Sebutharga 3.1 Tawaran Sebutharga 3.1.1 Kelulusan Spesifikasi Penentuan Alat a) Bagi setiap perolehan harta tetap pemohon dikehendaki mengisi Borang Permohonan Kelulusan Spesifikasi Alat iaitu Borang BEN/UPB/001 dengan lengkap dan mendapatkan kelulusan daripada Ketua Jabatan sebelum sebutharga dibuat. b) Penentuan tidak boleh menjurus kepada sesuatu jenama atau buatan (model). Sekiranya ini tidak dapat dielakkan, ungkapan "atau persamaan" hendaklah digunakan. c) Borang BEN/UPB/001 berkenaan hendaklah dimasukkan ke dalam peti sebutharga pada tarikh sebutharga dikeluarkan dan dibuka pada tarikh tutup sebutharga. Jawatankuasa Pembuka Sebutharga diminta menandatangani secara ringkas borang ini.

3.1.2 Semasa mengeluarkan sebutharga syarat-syarat berikut perlu dipatuhi : - a) Spesifikasi alat/perkhidmatan perlu disertakan dan kuantiti dinyatakan. b) Penentuan yang jelas perlu disediakan supaya syarikat mendapat gambaran yang tepat mengenai kehendak Jabatan/Fakulti di dalam sesuatu perolehan. c) Tarikh dan waktu tutup sebutharga perlu dinyatakan iaitu sekurang-kurangnya satu minggu dari tarikh sebutharga dibuka. Alamat tempat sebutharga perlu dihantar dinyatakan dengan jelas. d) Nombor sebutharga perlu dinyatakan untuk tujuan kawalan. Sila pastikan nombor sebutharga direkod dalam buku Daftar Sebutharga. e) Ruang untuk harga bercukai dan tanpa cukai perlu disediakan. f) Ruang untuk spesifikasi daripada pembekal perlu disediakan. g) Syarat-syarat Am (Borang BEN/UPB/005 Lampiran E) perlu disertakan pada setiap sebutharga. h) Dokumen sebutharga hendaklah dihantar dengan pos atau serahan tangan. Jabatan/Fakulti hendaklah menentukan kaedah yang sama digunakan bagi setiap urusan sebutharga. i) Borang Jaminan Pembekal iaitu Borang BEN/UPB/004 (Lampiran D) hendaklah disertakan pada setiap sebutharga. Jabatan/Fakulti hendaklah memastikan syarikat yang dipanggil sebutharga menghantar semula borang berkenaan. Kegagalan pembekal mengemukakan Jaminan Pembekal yang lengkap akan menyebabkan tawaran syarikat ditolak. 3.1.3 Borang BEN/UPB/002 (Lampiran B), Borang BEN/UPB/003 (Lampiran C) dan Borang BEN/UPB/005 (Lampiran E) hendaklah dihantar bersama-sama sebutharga kepada syarikat bagi setiap panggilan sebutharga. 3.1.4 Panggilan sebutharga kepada syarikat-syarikat hendaklah dibuat secara rotational.

3.2 Membuka Sebutharga 3.2.1 Sebutharga yang diterima hendaklah dimasukkan ke dalam peti sebutharga berkunci di Jabatan/Fakulti masing-masing. Peti tawaran ini hendaklah dibuka oleh (2) orang ahli Jawatankuasa Pembuka Sebutharga Jabatan/Fakulti pada tarikh tutup sebutharga. (Seorang daripadanya hendaklah daripada Kumpulan A) dengan menyenaraikan jumlah sebutharga pada Borang BEN/UPB/008 (Lampiran H). 3.2.2 Sebutharga yang telah dibuka hendaklah dikemukakan kepada pemohon untuk dikaji dengan menggunakan Borang BEN/UPB/011. Peti tawaran hendaklah dikunci dengan dua kunci yang berasingan dan anak kuncinya hendaklah dipegang oleh dua orang pegawai kanan yang berasingan. 3.3 Penggunaan Sebutharga Terdahulu/Lama 3.3.1 Sebutharga terdahulu boleh digunakan dengan syarat : - a) Perolehan dibuat dalam tahun yang sama; b) Dapatkan surat pengesahan harga dari syarikat; c) Perlanjutan tempoh kontrak hanya diberi sekali sahaja dan tempoh maksimum adalah sehingga dua (2) tahun; dan d) Tambahan kuantiti tidak melebihi lima puluh peratus (50%) daripada kuantiti di dalam kontrak asal tertakluk kepada maksimum RM100,000.00. 3.4 Permohonan Pembelian 3.4.1 Semasa mengemukakan nombor siri (pembelian) syarat/perkara berikut perlu dipatuhi/disertakan : a) Satu (1) salinan borang nombor siri (pembelian) seperti di Lampiran M. b) Empat (4) salinan lampiran senarai barangan yang dipesan. 3.4.2 Butiran berikut perlu diisi di bahagian hadapan borang nombor siri (pembelian). a) No. syarikat b) Nama Bahagian/Jabatan/Fakulti hendaklah dicatitkan.

c) Tarikh akhir hantar (tamat tempoh). d) Kod kerja. e) Sambungan Telefon. f) Kod Peruntukan Mengikut Objek Lanjut. (Contoh : 27299). g) Baki Peruntukan Terkini. h) Jumlah harga. i) Nombor sebutharga j) Nombor Kontrak Pusat Perbendaharaan sekiranya pembelian adalah melalui Kontrak Pusat. k) Borang nombor siri (Pembelian) hendaklah disahkan serta disokong oleh Ketua Jabatan atau Wakil yang telah diberi kuasa. l) Perolehan dari peruntukan penyelidikan perlu mendapat pengesahan daripada Pusat Pengurusan dan Penyelidikan. 3.4.3 Perkara-perkara berikut perlu disertakan bersama borang nombor siri (pembelian) a) Permohonan kelulusan spesifikasi alat iaitu Borang BEN/UPB/001 untuk pembelian harta tetap. b) Borang Perakuan Jawatankuasa Sebutharga Jabatan/Fakulti iaitu Borang BEN/UPB/007. c) Jadual Buka Sebutharga iaitu Borang BEN /UPB/008 yang telah disahkan oleh dua orang ahli Jawatankuasa Pembuka Sebutharga. d) Jadual penilaian sebutharga iaitu Borang BEN/UPB/009 seperti di Lampiran I hendaklah disediakan dan disahkan pada setiap lampiran. e) Salinan asal sebutharga dari syarikat yang mengambil bahagian.

f) Surat jawapan daripada syarikat yang dipanggil, tetapi gagal menawarkan sebutharga. g) Sekiranya tawaran lebih mahal dipilih pastikan justifikasi diberikan untuk penolakan tawaran yang lebih murah. h) Memorandum seperti di Lampiran N disediakan untuk setiap permohonan pembelian secara rundingan terus. i) Sijil Pendaftaran Syarikat dengan Kementerian Kewangan dan Sijil Akuan Bumiputra. j) Senarai semakan seperti di Lampiran S. 4.0 Pembelian Melalui Kontrak Pusat Perbendaharaan 4.1 Jabatan/Fakulti hendaklah menggunakan Kontrak Pusat bagi perolehan barangan yang disenaraikan dalam Kontrak Pusat Perbendaharaan. 5.0 Permohonan Pembelian Melalui Rundingan Terus Carta Alir 5.1 Semua perolehan melalui rundingan terus kecuali 2.1.1, 2.1.2, 2.1.3 perlu mendapatkan kelulusan Jawatankuasa Sebutharga Universiti/Perbendaharaan terlebih dahulu. 5.2 Bagi perolehan melibatkan pengimportan terus daripada luar negara ianya hendaklah melalui Jawatankuasa Sebutharga Universiti. 5.3 Perolehan secara Rundingan Terus boleh dilaksanakan dengan syarat berikut : - a) Tidak ada satu penentuan (specification) yang tepat atau pasti mengenai sesuatu barangan atau perkhidmatan yang diperlukan. b) Punca barangan yang lebih bersaingan antara satu sama lain tidak terdapat. c) Kelulusan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI) perlu diperolehi sekiranya perolehan melibatkan barangan import. (Lampiran O). d) Pembekal yang dipilih hendaklah bertaraf Bumiputra dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam bidang yang berkaitan.

5.4 Jabatan/Fakulti diminta mengemukakan perkara-perkara berikut untuk tujuan memohon kelulusan. 6.0 Tanggungjawab 5.4.1 Borang nombor siri (pembelian) 5.4.2 Borang kelulusan spesifikasi alat yang telah diperakukan oleh Ketua Jabatan (Borang BEN /UPB/001). 5.4.3 Sebutharga daripada syarikat. 5.4.4 Memorandum Pembelian Terus. Maklumat yang diperlukan dan contoh Memorandum adalah seperti di Lampiran N. 5.4.5 Brosur sekiranya ada. 6.1 Tanggungjawab Ketua Jabatan Adalah menjadi tanggungjawab Ketua Jabatan untuk mempastikan perkara berikut : - a) Peruntukan mencukupi untuk membuat perolehan. b) Semua dasar, peraturan, tatacara proses perolehan diketahui, difahami dan dipatuhi oleh semua yang terlibat di Jabatan/Fakulti. c) Proses perolehan hendaklah memberi peluang terbuka kepada semua yang layak untuk bersaing; dan d) Mendapatkan harga yang paling berpatutan dan menguntungkan dengan mengambil kira kualiti, kuantiti dan tempoh penyerahan/siap yang ditetapkan (best value for money). 6.2 Tugas Jawatankuasa Pembuka Sebutharga 6.2.1 Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk membuka, merekodkan dengan nombor bersiri semua dokumen sebutharga yang dikemukakan oleh penyebutharga. 6.2.2 Jawatankuasa Pembuka Sebutharga hendaklah menandatangani secara ringkas muka surat pertama, semua muka surat yang mengandungi jadual kadar harga, dan menyenaraikan jumlah sebutharga di dalam Borang Jadual Buka Sebutharga (Lampiran H).

6.2.3 Borang jadual ini hendaklah bertulisan tangan. 6.2.4 Sebutharga yang dihantar melalui mesin fax tidak boleh diterima, walaupun diterima pada tarikh sebelum tutup sebutharga. 6.2.5 Sebutharga yang telah dibuka hendaklah dikemukakan kepada pemohon untuk dibuat penilaian sebelum dihantar kepada Jawatankuasa Sebutharga Jabatan/Fakulti untuk tindakan selanjutnya dengan menggunakan Borang Penyerahan Sebutharga (Lampiran K). 6.3 Tugas Jawatankuasa Sebutharga Jabatan/Fakulti dan Universiti 6.3.1 Menilai laporan sebutharga yang disediakan oleh pemohon. 6.3.2 Menyemak peruntukan adalah mencukupi. 6.3.3 Memperaku/meluluskan cadangan pemohon yang mana berkenaan. 6.3.4 Menandatangani borang berikut di mana berkenaan : a) Borang Perakuan Jawatankuasa Sebutharga (Lampiran G) b) Borang Nombor Siri (Pembelian) (Lampiran N) c) Borang Penilaian Sebutharga (Lampiran I) d) Borang Keputusan Jawatankuasa Sebutharga (Lampiran J) 6.3.5 Jawatankuasa ini adalah dipertanggungjawabkan ke atas setiap permohonan pembelian yang disokong/diluluskan. 6.4 Tugas Pemohon 6.4.1 Menyediakan spesifikasi peralatan/bekalan yang hendak dibeli dan anggaran harga peralatan berkenaan bagi perolehan harta tetap. (Lampiran A) 6.4.2 Menilai sebutharga yang diterima. 6.4.3 Menyediakan borang syor/keputusan sebutharga dan tandatangan di bahagian berkaitan. (Lampiran F / Lampiran J) 6.5 Tugas Timbalan Pendaftar/Penolong Pendaftar

6.5.1 Menjadi Urusetia bagi panggilan sebutharga dan Jawatankuasa Sebutharga Jabatan/Fakulti yang merangkumi tugas berikut : a) Menyelia pemanggilan sebutharga. b) Menandatangani borang panggilan sebutharga. (Lampiran B) c) Menjadi salah seorang ahli pembuka peti sebutharga. d) Menguruskan mesyuarat Jawatankuasa Sebutharga Jabatan/Fakulti. e) Meluluskan borang nombor siri (pembelian) di komputer. f) Meluluskan borang nombor siri (pembayaran) di komputer. 6.6 Tugas Pembantu Tadbir 7.0 Tender Carta Alir 6.6.1 Membantu Timbalan Pendaftar/Penolong Pendaftar di dalam urusan pembelian di jabatan/fakulti. 6.6.2 Mengurus panggilan sebutharga. 6.6.3 Menyediakan borang buka sebutharga. (Lampiran H) 6.6.4 Mengemukakan sebutharga kepada pemohon untuk tujuan penilaian. 6.6.5 Menyediakan permohonan data nombor siri (pembelian) di komputer. 6.6.6 "Despatch" borang nombor siri (pembelian) fakulti ke Pejabat Bendahari. 6.6.7 Failkan Pesanan Tempatan Salinan Keempat (putih). 6.6.8 Menyediakan data nombor siri (pembayaran). 6.6.9 Menyediakan dokumen berkaitan pembayaran. 6.6.10 Despatch dokumen berkenaan ke Pejabat Bendahari.

7.1 Sebelum tender diiklankan, Jabatan/Fakulti perlu menyediakan spesifikasi am/teknikal yang telah disemak oleh Jawatankuasa Penilai Alat Fakulti untuk dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Universiti. Perkara yang perlu disediakan adalah seperti berikut : - 7.1.1 Am a) Pembekalan & Penghantaran b) Pemasangan c) Latihan d) Penyelenggaraan e) Tempoh Jaminan f) Alat Ganti g) Buku Panduan & Dokumentasi h) Penyampaian, Demonstrasi & Menguji i) Lain-lain 7.1.2 Teknikal a) Borang BEN /UPB/001 Anggaran Harga yang telah ditandatangani oleh Ketua Bahagian/Ketua Fakulti hendaklah dihantar ke Pejabat Bendahari untuk dimasukkan ke dalam Peti Tender. b) Spesifikasi Secara Am c) Spesifikasi Secara Teknikal d) Ciri Utama Alat e) Consumables (Sekiranya ada) f) Spares g) Standard Accessories h) Optional Accessories

Contoh untuk perkara 7.1.1 dan 7.1.2 adalah seperti di Lampiran P. 7.2 Untuk tujuan pengiklanan, spesifikasi yang diluluskan oleh Jawatankuasa Penentuan Teknikal Universiti perlu dikemukakan di dalam bentuk berikut : - 7.2.1 Jadual Harga Disenaraikan alat-alat yang diperlukan sahaja dan hendaklah mempunyai satu ruangan tawaran harga sahaja iaitu harga FOB (Free On Board) PAK (Percuma Ke Atas Kapal). Contoh di Lampiran Q. 7.2.2 Jadual Penentuan Teknikal Disenaraikan spesifikasi am dan teknikal secara terperinci seperti contoh di Lampiran P Jadual ini hendaklah mengandungi tandatangan asal pada muka pertama dan terakhir pada setiap set dokumen. 7.3 Borang BEN/UPB/001 - maklumat berkaitan anggaran harga yang telah diluluskan oleh Ketua Jabatan. 7.4 Laporan Penilaian Tender hendaklah disediakan dalam empat (4) salinan lengkap ditandatangani oleh Jawatankuasa Penilai Tender Jabatan/Fakulti untuk dibawa ke Mesyuarat Lembaga Perolehan Universiti. Contoh laporan adalah seperti di Lampiran R. 7.5 Kelulusan Pembayaran 7.5.1 Jabatan/Fakulti hendaklah menyertakan dokumen berikut untuk proses pembayaran. a) Borang siri pembayaran. b) Pesanan Tempatan Asal. c) Invoice. d) Borang Harta Tetap (KEW 312). e) Borang Inventori (KEW 313). f) Sijil Pemasangan dan Pengujian (Borang BEN/UPB/012) seperti di Lampiran L (apabila bayaran sepenuhnya dibuat

(full settlement) borang digunakan untuk pembelian melalui tender sahaja). 8.0 Laporan Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab untuk mengemukakan Laporan Perolehan Peralatan/Kelengkapan bagi setiap suku tahun ke Pejabat Bendahari untuk dilaporkan kepada Jawatankuasa Pengurusan Kewangan Universiti dan Perbendaharaan. Laporan tersebut hendaklah dikemukakan ke pejabat ini sebelum 15 April, 15 Julai, 15 Oktober dan 15 Januari tahun berkenaan. Format laporan adalah seperti dalam Lampiran S. 9.0 Kuatkuasa dan Pembatalan 9.1 Surat Pekeliling ini berkuatkuasa pada tarikh ianya dikeluarkan dan dibaca bersama Surat Pekeliling Perbendaharaan dan Arahan Perbendaharaan yang berkuatkuasa di mana bersesuaian. 9.2 Dengan terkeluarnya Surat Pekeliling ini, Pekeliling Bendahari Bil. 3 Tahun 1997 adalah dibatalkan. Sekian, terima kasih. Wassalam. "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" Yang benar, MOHAMED BIN ABDULLAH Bendahari Samb. 2226 s.k 1. Yang Berbahagia Datuk Naib Canselor, UTM. 2. Timbalan Naib Canselor (Pembangunan). 3. Timbalan Naib Canselor (Akademik). 4. Timbalan Naib Canselor (HEP). 5. Pendaftar. 6. Pegawai Kewangan, UTM, Kuala Lumpur. 7. Unit Audit Dalam FR/Pekeliling Perolehan /Sj