GARIS PANDUAN PROJEK SARJANA MUDA *

dokumen-dokumen yang mirip
GARIS PANDUAN AMALAN PROJEK SARJANA MUDA *

6. PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK SARJANA MUDA BACHELOR S DEGREE PROJECT GUIDELINES

GARIS PANDUAN AMALAN LATIHAN INDUSTRI/PRAKTIK

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

NO. DOKUMEN IPS 631/2017 TARIKH KUATKUASA NO. SEMAKAN 03 HALAMAN 1/11

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN TANGGUNGJAWAB PENYELIA-CALON

POLISI PENYELIAAN PELAJAR IJAZAH TINGGI DI UNIVERSITI MALAYA

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

INSTITUSI LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK TAHUN AKHIR

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

PUSAT PENGAJIAN SISWAZAH UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENILAIAN LAPORAN PROJEK SARJANA DUA SEMESTER (PENILAIAN PROJEK SARJANA 2)

3. PRAKTIKUM menyepadukan teori dengan amali PdP mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran PdP.

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PENYELIDIKAN (PENYELIAAN) (P )

B A H A G I A N C BORANG-BORANG YANG BERKAITAN RELATED FORMS

PUSAT PENGAJIAN SISWAZAH UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENILAIAN LAPORAN PROJEK SARJANA DUA SEMESTER (PENILAIAN PROJEK SARJANA 2)

4. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

PUSAT PENGAJIAN SISWAZAH UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENILAIAN TESIS PROGRAM SARJANA DAN DOKTOR FALSAFAH SECARA PENYELIDIKAN (PENILAIAN 2)

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

Projek MTE3102E_PPG Jan2014

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

3. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

GARIS PANDUAN E-PEMBELAJARAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PUSAT PENGAJIAN SISWAZAH UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA CADANGAN PROJEK SARJANA DUA SEMESTER (PENILAIAN PROJEK SARJANA 1)

PANDUAN LATIHAN INDUSTRI PPKK

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN DEKAN (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: PU/PS/GP003 GARIS PANDUAN SISTEM PENASIHATAN AKADEMIK

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

DASAR PENCEGAHAN PLAGIARISME UNTUK PELAJAR PASCA SISWAZAH

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

FAKULTI PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA Pindaan Terakhir :

DASAR DAN PRINSIP PERANCANGAN DAN PENYAMPAIAN KURIKULUM PROGRAM PENGAJIAN JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

1.0 Langkah-langkah Sebelum Latihan Mengajar

Penyelia Buku log 20. Supervision 10 Pemeriksa Dalaman Pembentangan 30 Laporan 10 JUMLAH

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4)

GARIS PANDUAN PHD SECARA PENERBITAN (PHD BY PUBLICATION) UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM)

DASAR LATIHAN INDUSTRI Universiti Malaysia Sabah

PRAKTIKUM PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN

MAKLUMAT UMUM IKLAN DAN PERMOHONAN JENIS PROGRAM PROGRAM PENGAJIAN

GARIS PANDUAN PROJEK PENYELIDIKAN INSTITUSI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KAPS 19 KOD AMALAN PELAKSANAAN PROGRAM SARJANA DAN DOKTOR FALSAFAH SECARA CAMPURAN SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PENYELIDIKAN (KRITERIA PEMERIKSA) (P )

BAB IV KERTAS KERJA SEMAKAN KURIKULUM

SALINAN DOKUMEN TERKAWAL

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PENILAIAN MBE PROJEK SARJANA 1 PROGRAM SARJANA PTV (KERJA KURSUS) FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL

KANDUNGAN. 1.0 Nama Dan Tarikh Berkuatkuasa Tujuan Skop Tafsiran Penyelarasan Moderasi Tugas Dan Tanggungjawab 4

4. INTERNSHIP merancang dan melaksanakan aktiviti p&p dalam situasi sebenar di sekolah.

PELAKSANAAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN GURU

Deskripsi Polisi Pengurusan Perhubungan Media Di Dalam Universiti Putra Malaysia. Naib Canselor

FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALASYIA SENARAI BIDANG TUGAS JAWATAN LANTIKAN

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

CADANGAN SUKATAN PUSAT PENILAIAN KOMPETENSI (PPK) PEMBANTU MAKMAL KANAN GRED C22 TAHAP KECEKAPAN 3

GARIS PANDUAN PENULISAN TESIS/DISERTASI KOMPILASI. Pusat Siswazah. Universiti Kebangsaan Malaysia

FAKULTI PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA

INISIATIF PPPM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH PERKUKUHAN AKTIVITI KOKURIKULUM

GARIS PANDUAN MODERASI PEMERIKSAAN SKRIP JAWAPAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PROSEDUR PROJEK TAHUN AKHIR PK.UiTM.FKM.(OA).13

Program Sarjana Dan Kedoktoran

SKIM PERKHIDMATAN GURU BAHASA

2. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

ARAHAN KEPADA CALON. 1. Pentaksiran ini mengandungi satu tugasan. 2. Tugasan disertakan dengan Panduan Rubrik

BAB III KERTAS KERJA PROGRAM AKADEMIK BAHARU

GARIS PANDUAN PHD INDUSTRI UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM)

INSTITUT PENGAJIAN SISWAZAH UNIVERSITI MALAYA GARISPANDUAN PROGRAM PENGAJIAN IJAZAH DOKTOR FALSAFAH MELALUI MOD PENERBITAN (PRIOR PUBLICATION)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN AMALAN PROFESIONAL

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL


DASAR PELANTIKAN DAN PELAKSANAAN SKIM PEMBANTU PENYELIDIK DAN PENGAJAR PASCASISWAZAH [GRADUATE RESEARCH & TEACHING ASSISTANT (GRTA)]

GARIS PANDUAN PHD / SARJANA PENYELIDIKAN

CENTRE OF ACADEMIC INOVATION & COMPETITIVENESS (CAIC) DASAR KEBEBASAN AKADEMIK DAN KECEMERLANGAN PROFESIONAL UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

Polisi dan Prosedur. Nama Polisi: Polisi dan Prosedur Pengurusan Senat. Nombor Polisi: UTM P.A. 01

PERATURAN PRAKTIKUM UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

PROSEDUR PROJEK TAHUN AKHIR (PTA) PUSAT PENGAJIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT FTSM, UKM

KAPS-04 Kod Amalan Sumber Pembelajaran dan Pengajaran Pasca Siswazah SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: PU/PS/GP001

PENGENDALIAN KONVOKESYEN

PIAGAM AUDIT UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4) STPM 2016

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

1.0 LATAR BELAKANG 2.0 TUJUAN

GARIS PANDUAN AMALAN PROFESIONAL LATIHAN PERGURUAN PRAPERKHIDMATAN

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4) STPM 2017

KAPS-06 Kod Amalan Pentaksiran Pembelajaran Pasca Siswazah SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

GARIS PANDUAN PENCALONAN

PUSAT PENGETAHUAN, KOMUNIKASI & TEKNOLOGI (PPKT) KAMPUS PULAU PINANG UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

SALINAN DOKUMEN TERKAWAL

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

BORANG PERMOHONAN KURSUS KHAS INDUSTRI (KKI) POLITEKNIK KOTA BHARU TAHUN 2017 MAKLUMAT PEMOHON MAKLUMAT TEMPAT BERKURSUS KELULUSAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

ANUGERAH PENGAJARAN UiTM 2014 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

DASAR LATIHAN INDUSTRI DAN KOMUNITI Universiti Kebangsaan Malaysia

Transkripsi:

1.0 Pengenalan GARIS PANDUAN PROJEK SARJANA MUDA * Semua pelajar peringkat sarjana muda di UTM dikehendaki menjalankan Projek Sarjana Muda (PSM) yang melibatkan satu kajian dalam bidang pengajian di Fakulti masing-masing sebagai memenuhi salah satu syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda. Satu laporan projek individu mengikut format standard penulisan ilmiah perlu dihantar kepada fakulti. Pencapaian pelajar akan dinilai mengikut kaedah dan format penilaian yang ditetapkan. 2.0 Definisi Projek Sarjana Muda (PSM) PSM adalah satu kajian ilmiah berkaitan bidang pengajian di Fakulti yang mesti dilaksanakan oleh setiap pelajar sebagai memenuhi salah satu syarat untuk mendapat Ijazah Sarjana Muda. Kajian ilmiah ini dilakukan secara berdikari di bawah bimbingan penyelia bagi mengembangkan potensi pelajar dengan menggunakan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang masingmasing. 3.0 Matlamat Matlamat PSM ialah untuk mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam proses penggunaan sesuatu ilmu melalui percambahan fikiran dan penyelesaian masalah secara kreatif ke arah melahirkan graduan yang berketrampilan, kreatif dan berwibawa. 4.0 Objektif PSM yang dijalankan oleh setiap pelajar bertujuan untuk: i) memperkenalkan pelajar dengan kaedah penyelidikan. melatih pelajar menjalankan projek dalam jangka masa yang ditetapkan. i melatih pelajar membentang dan mempertahankan hasil projek. iv) melatih pelajar menyediakan laporan berkaitan dengan projek yang dijalankan. v) membentuk kebolehan berdikari dalam menjalankan projek. vi) memupuk kemahiran generik di kalangan pelajar. * Hakcipta Terpelihara 2012 Universiti Teknologi Malaysia

5.0 Hasil Pembelajaran Setelah menyelesaikan PSM, pelajar berupaya: i) mengintegrasi pengetahuan dalam bidang mereka untuk menyelesaikan sesuatu projek. i iv) menyelesaikan masalah secara objektif, analitikal, kritikal dan sistematik. melaporkan hasil projek secara bertulis dan menyampai serta mempertahankan hasil projek secara lisan. menyempurnakan projek secara individu dan beretika dalam jangka masa yang ditetapkan. v) mendapatkan maklumat berkaitan projek daripada pelbagai sumber. 6.0 Jenis dan Skop Projek 6.1 Jenis Projek Jenis projek yang dijalankan boleh terdiri daripada penyelidikan, reka bentuk atau pembangunan perisian atau gabungannya. Ciri-ciri lazim projek mengikut jenisnya adalah seperti berikut: i) Projek penyelidikan tertumpu kepada sesuatu kelakuan, fenomena atau ciri yang hendak dikaji. Hasilnya ialah data atau maklumat, analisis dan tafsiran yang akan meningkatkan pengetahuan berkenaan dengan penyelidikan. i Projek reka bentuk tertumpu kepada sesuatu reka bentuk untuk memenuhi keperluan dan spesifikasi yang telah ditetapkan. Hasilnya ialah satu reka bentuk atau binaan. Projek pembangunan perisian tertumpu kepada pembangunan perisian komputer mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Hasilnya ialah satu perisian. Kajian kes (jika berkaitan) boleh merupakan sebahagian daripada projek. 6.2 Skop dan Liputan Projek 6.2.1 Skop Projek Sarjana Muda yang dijalankan boleh merupakan salah satu daripada yang berikut: i) Projek yang telah dijalankan dan mempunyai hasil yang diketahui atau metodologi yang telah terbukti dengan membuat penambahbaikan atau menjalankan projek dalam situasi yang berbeza. Projek baru yang dicadangkan oleh penyelia atau pelajar dengan persetujuan penyelia dan dapat diselesaikan dalam tempoh masa yang ditetapkan dalam perkara 7.1. 2

6.2.2 Pelajar yang menjalankan Projek Sarjana Muda mesti: i) membahas literatur dan maklumat berkaitan projek. i iv) terlibat dengan pengumpulan data/pembangunan reka bentuk/pembangunan perisian. membuat analisis sendiri terhadap data atau maklumat yang diperolehi. membuat laporan bertulis dan pembentangan lisan. 7.0 Struktur PSM 7.1 PSM dilaksanakan dalam jangka masa dua semester (PSM 1 diikuti dengan PSM 2 secara berurutan kecuali dengan kelulusan fakulti). Jumlah kredit PSM ialah 6 kredit dengan 2 kredit diberikan bagi PSM 1 dan 4 kredit bagi PSM 2 kecuali program yang perlu mengikut peraturan badan akreditasi. Pelajar harus memperuntukkan sebanyak 80 jam/semester untuk PSM 1 dan 160 jam/semester untuk PSM 2. 7.2 PSM 1 merangkumi aktiviti berkaitan dengan mengenalpasti masalah, membahas kajian literatur, pendekatan kajian dan cara menyelesaikannya serta reka bentuk konseptual (jika berkaitan). Pelajar juga dikehendaki menghadiri kelas Kaedah Penyelidikan atau aktiviti berkaitan yang dikendalikan oleh pihak fakulti. 7.3 PSM 2 pula merangkumi aktiviti pengumpulan data dan/atau reka bentuk dan/atau pembangunan perisian, analisis dan kesahan hasil, perbahasan keputusan, membuat kesimpulan dan cadangan. 8.0 Syarat Mendaftar PSM 8.1 Pelajar dibenarkan mendaftar PSM setelah memenuhi syarat berikut: i) telah mencapai taraf Kredit Dapat tahun akhir, telah mengambil semua kursus teras program, dan i syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh fakulti. 8.2 PSM 2 mesti didaftar pada semester berikutnya (kecuali dengan kelulusan fakulti). 8.3 Pelajar tidak dibenarkan menukar tajuk projek PSM 2 kecuali gagal PSM 1 dan dengan kelulusan fakulti. 3

9.0 Pelaksanaan dan Pengendalian Semua kegiatan yang berkaitan dengan PSM hendaklah dikelolakan oleh Jawatankuasa PSM Fakulti yang bertanggung jawab kepada Jawatankuasa Akademik Fakulti. Ahli jawatankuasa ini terdiri daripada wakil setiap jabatan dengan dipengerusikan oleh Timbalan Dekan (Akademik) atau sesiapa yang dilantik oleh fakulti. Wakil Jabatan akan bertindak sebagai penyelaras PSM di jabatan masing-masing. 9.1 Fungsi dan Tugas Jawatankuasa PSM Fakulti Antara tugas Jawatankuasa PSM Fakulti adalah seperti berikut: i) Menyediakan jadual kerja pelaksanaan PSM di fakulti. i iv) Memastikan pelajar memenuhi segala syarat bagi menjalankan PSM. Memastikan PSM dijalankan mengikut standard yang telah ditetapkan. Memastikan projek yang dijalankan oleh pelajar bersesuaian dengan bidang pengajiannya. v) Memastikan terdapat prosedur agihan penyelia-pelajar agar setiap pelajar mempunyai penyelia yang bersesuaian dengan bidang projek. vi) Memantau tiada kepentingan peribadi (conflict of interest) antara penyelia atau penilai dengan pelajar. v Menyediakan prosedur dan panduan berkaitan dengan penilaian PSM di peringkat fakulti. vi Memastikan penilaian dilaksanakan mengikut jadual dan diuruskan dengan adil dan saksama. ix) Memastikan semua markah PSM dihantar ke Fakulti pada masa yang ditetapkan. 9.2 Tugas Penyelia projek Penyelia PSM mestilah terdiri daripada staf akademik sepenuh masa UTM yang sesuai dengan bidang projek. Jika diperlukan, seorang penyelia kedua boleh dilantik sebagai penyelia bersama. Penyelia kedua boleh dilantik daripada kalangan pakar di luar fakulti atau di luar UTM. Tugas utama penyelia antara lain adalah seperti berikut: i) Menyediakan atau mempersetujui tajuk projek, objektif, skop kerja. Memaklumkan kepada Jawatankuasa Penyelarasan PSM Fakulti/penyelaras PSM jabatan jika terdapat kepentingan peribadi (conflict of interest) di antara penyelia dan pelajar. 4

i Memantau kemajuan projek pelajar dari semasa ke semasa. iv) Menasihati dan membantu pelajar mematuhi keperluan keselamatan, kesihatan dan etika di tempat kerja jika berkaitan. v) Menasihati pelajar jika kemajuan projek atau hasil kerja tidak menepati standard yang telah ditetapkan dan mencadangkan tindakan sewajarnya. vi) v vi ix) Mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan pelajar secara berkala. Memastikan peralatan dan bahan-bahan yang berkaitan dengan projek berada dalam keadaan baik dan mencukupi. Membimbing pelajar menyediakan laporan dan kertas kerja seminar dalam format penulisan yang ditetapkan. Mengesahkan buku log berkaitan dengan aktiviti yang dilakukan oleh pelajar secara berkala. x) Melaporkan atau memaklumkan kepada penyelaras kes pelajar di bawah penyeliaannya yang bermasalah. xi) x Menyemak, menyunting dan memberi maklum balas terhadap laporan projek pelajar dalam tempoh masa yang ditetapkan. Menilai hasil projek pelajar. 9.3 Tanggungjawab Pelajar Pelajar yang menjalankan PSM mempunyai tanggungjawab utama menyelesaikan projek dan lain-lain tugasan yang diberi dalam tempoh masa yang ditetapkan. Tanggungjawab pelajar yang lain secara khususnya adalah: i) Kerap berhubung dengan penyelia atau mengikut jadual yang ditetapkan. i iv) Memberitahu penyelia jika sekiranya berlaku perubahan status pendaftaran pelajar atau cuti sakit. Menyerahkan bahan bertulis yang diperlukan mengikut jadual. Memastikan kualiti dan hasil kerja PSM yang dikemukakan mengikut standard yang ditetapkan. v) Memaklumkan kepada Jawatankuasa PSM fakulti/penyelaras jabatan jika berlaku masalah penyeliaan. 9.4 Sistem Penyeliaan Penyeliaan adalah proses yang berterusan. Bagi melicinkan proses penyeliaan PSM, penyelia perlu memantau penggunaan sistem buku 5

log/portfolio, penyediaan bahan pembentangan dalam seminar, penulisan laporan PSM 1 dan laporan PSM 2 (penulisan kertas kerja/artikel adalah digalakkan). 9.4.1 Buku Log / Portfolio Penggunaan buku log/portfolio adalah diwajibkan. Buku ini merupakan catatan lengkap mengenai sebarang kerja yang dilakukan semasa menjalankan PSM dan hendaklah dibawa untuk setiap perjumpaan dengan penyelia. Penyelia mesti mengesahkan catatan dan perjumpaan dalam buku log. Catatan dalam buku log akan menggambarkan sikap, kemajuan dan daya usaha pelajar. Catatan dalam Buku Log mengandungi antara lain: i) Tarikh perjumpaan dengan penyelia, perbincangan, nasihat dan arahan. i Tajuk, objektif, skop, rancangan kerja projek. Jadual kerja dan tarikh-tarikh penting berkaitan dengan pelaksanaan dan penilaian PSM. iv) Persiapan, masalah, cadangan penyelesaian dan peralatan diperlukan. v) Perkembangan kemajuan projek. vi) v vi Data dan maklumat yang diperolehi. Gambar rajah berkaitan. Bahan rujukan berkaitan dengan projek. 9.4.2 Pembentangan dalam Seminar Pelajar dimestikan membentangkan hasil projek dalam seminar bagi memberi latihan pembentangan hasil kerja yang telah dijalankan secara lisan. Seminar ini melatih pelajar berhujah mempertahankan hasil projek. Seminar PSM diwajibkan untuk PSM 2. Bagi fakulti yang menjalankan Seminar PSM 1 dan PSM 2, skop pembentangan adalah seperti berikut: 9.4.2.1 Seminar PSM 1 Seminar permulaan ini bertujuan untuk membolehkan pelajar membuat pengenalan terhadap kajian yang akan dibuat. Pelajar diharap akan membentangkan perkaraperkara berikut: 6

i) Tajuk dan penyataan masalah projek. Membahas bahan literatur. i Kaedah kajian dan penyelesaian yang digunakan. iv) Dapatan jangkaan dan keputusan awal serta reka bentuk konseptual (jika berkaitan). v) Jadual kerja dan pelaksanaan. 9.4.2.2 Seminar PSM 2 Dalam seminar ini pelajar perlu membentangkan perkara berikut: i) Kaedah atau reka bentuk atau keperluan lain bagi melengkap/mengatasi perihal yang dibentangkan dalam Seminar PSM 1. i iv) Menganalisis hasil di atas serta membuat kaitan dengan hasil kajian yang lain. Perbahasan keputusan dan dapatan kajian. Menilai sama ada penyelesaian yang diperolehi memenuhi objektif projek. v) Kesimpulan dan cadangan. Bagi fakulti yang hanya menjalankan Seminar PSM 2 sahaja, pembentangan perlu merangkumi kandungan Seminar PSM 1 dan Seminar PSM 2. 9.4.3 Laporan Projek Laporan projek terdiri daripada laporan PSM 1 dan laporan PSM 2. 9.4.3.1 Laporan PSM 1 Perkara-perkara yang patut dimuatkan dalam laporan PSM 1 adalah: i) Latar belakang, pernyataan masalah, objektif dan skop projek Kajian literatur i Metodologi kajian iv) Jangkaan keputusan (dapatan awal jika ada) v) Rujukan Bilangan muka surat bagi PSM 1 adalah 20-30 muka surat. 7

9.4.3.2 Laporan PSM 2 Laporan PSM 2 merupakan laporan lengkap berkaitan dengan projek yang telah dijalankan. Penulisannya hendaklah dibuat berpandukan format standard penulisan laporan projek yang dikeluarkan oleh UTM Panduan Menulis Tesis UTM (2007). 9.4.4 Kertas Kerja/Artikel Penulisan kertas kerja/artikel harus memenuhi format penulisan kertas kerja/artikel dalam jurnal yang ditetapkan oleh fakulti. 9.5 Penyerahan Laporan PSM 10.0 Penilaian 9.5.1 Penyerahan draf akhir laporan PSM kepada Penyelaras mestilah dibuat mengikut tarikh yang telah ditetapkan bagi tujuan penilaian. 9.5.2 Penyerahan laporan PSM yang dijilid beserta salinan elektronik dalam cakera padat kepada penyelaras mestilah dibuat pada tarikh yang ditentukan oleh Fakulti. 9.5.3 Ketebalan laporan akhir PSM adalah antara 60 hingga 100 muka surat, tidak termasuk lampiran, melainkan dengan kebenaran penyelia. Penilaian PSM adalah berdasarkan kepada pencapaian dan kebolehan pelajar untuk menyediakan laporan, pengendalian buku log, penyampaian dalam seminar dan penulisan kertas kerja/artikel. Komponen-komponen yang dinilai adalah seperti berikut: 10.1 Laporan 10.1.1 Laporan PSM 1 i) Persembahan penulisan: - Aliran bab-bab - Persembahan penulisan keseluruhan Isi kandungan: - Masalah kajian/pernyataan masalah - Objektif kajian - Ulasan teori berkaitan dengan kajian - Pengkaedahan/pendekatan kajian - Kemantapan isi kandungan secara keseluruhan 8

i Kejelasan penulisan: - Mutu bahasa dan mutu penulisan - Keterangan fakta 10.1.2 Laporan PSM 2 i) Persembahan: - Susunan keseluruhan - Jadual/graf - Aliran dan susunan bahan - Bibliografi/Rujukan Isi kandungan: - Masalah kajian/pernyataan masalah - Objektif kajian - Ulasan teori berkaitan dengan kajian - Pengkaedahan/pendekatan kajian - Pengenalan kes atau isu kajian dan persediaan data - Kedalaman kajian skop dan bilangan pemboleh ubah bersandar yang diukur - Analisis data/kes - Penemuan dan pendapat - Ulasan terhadap masalah kajian dan cadangan kajian lanjutan i Kejelasan penulisan: - Mutu bahasa dan mutu penulisan - Tafsiran data dan penghujahan kes iv) Daya kreativiti/inovasi: - Jadual/graf - Penggunaan fakta luaran untuk menyokong kajian Penilaian bagi laporan PSM boleh dibuat oleh penyelia ATAU penyelia dan penilai/panel penilai yang dilantik oleh penyelaras jabatan. 10.2 Buku Log Komponen yang dinilai dalam buku log: i) Catatan kerja dan perbincangan dengan Penyelia Catatan rujukan, lakaran kerja dan perkakasan i Data dan perkiraan (jika ada) Penilaian buku log hendaklah dibuat oleh penyelia masing-masing. 9

10.3 Seminar Komponen yang dinilai dalam penyampaian: 10.3.1 Kandungan Rujuk perkara 10.1.1( bagi PSM 1 (jika berkaitan) dan perkara 10.1.2( bagi PSM 2 10.3.2 Persembahan - Kelancaran penyampaian - Kefasihan bahasa - Kesesuaian penyampaian - Penggunaan alat dan persembahan data/bahan - Kefahaman - Tingkah laku, penampilan diri dan kebolehan semasa soal jawab Penilaian seminar hendaklah dilakukan oleh panel penilai (bukan penyelia) yang dilantik oleh Penyelaras Jabatan. 10.4 Kertas kerja/artikel Komponen yang dinilai dalam kertas kerja/artikel: i) Abstrak Kandungan: - Pengenalan/kajian literatur - Metodologi/pendekatan kajian - Perbincangan dan keputusan - Kesimpulan - Rujukan Penilaian bagi kertas kerja/artikel boleh dibuat oleh penyelia dan penilai/panel penilai yang dilantik oleh penyelaras jabatan. 10.5 Wajaran Pemarkahan Cadangan Wajaran Pemarkahan bagi keseluruhan kerja projek adalah seperti berikut: 10

Komponen Penilaian Seminar / kertas cadangan - Penilai Laporan - Penyelia - Penilai Hasil projek / prototaip / kertas kerja/artikel - Penyelia - Penilai PSM 1 (%) PSM 2 (%) (a) (b) (c) (d) 15-30 - 20-30 15-30 40-70 - 40-70 15-30 25-55 0-35 30-60 - - - 0-15 0-25 Buku Log 15-30 15-30 15-30 15-30 Jumlah markah 100% 100% 100% 100% (a) wajaran bagi PSM1 dengan Seminar (b) wajaran bagi PSM1 tanpa Seminar (c) wajaran bagi PSM2 tanpa hasil projek/prototaip/kertas kerja/artikel (d) wajaran bagi PSM2 dengan hasil projek/prototaip/kertas kerja/artikel 10.6 Penilai/Panel Penilai i) Penilai mestilah terdiri daripada kalangan pensyarah di fakulti berkenaan dan/atau mana-mana pihak yang dilantik oleh fakulti. Penilai dilantik untuk menilai pembentangan seminar, laporan projek dan hasil projek/prototaip (bagi mana-mana yang berkaitan). i Penilai yang sama tidak semestinya menilai kesemua komponen penilaian. iv) Penilai boleh memberi cadangan bagi penambahbaikan projek. v) Jika terdapat perbezaan markah yang ketara antara penyelia dan penilai atau antara penilai-penilai, penilai ketiga boleh dilantik. 11.0 Syarat Lulus Projek i) Komponen-komponen penilaian yang ditetapkan oleh Fakulti mesti dilaksanakan sepenuhnya oleh pelajar. Pelajar yang gagal berbuat demikian akan diberikan gred E. Laporan PSM 2 mesti dikemukakan kepada Fakulti sebanyak DUA salinan dalam bentuk berjilid kekal beserta salinan digital dalam cakera padat (dalam format pdf atau jpeg), dan menjadi milik UTM. (Pihak fakulti harus menghantar satu salinan digital dalam cakera padat semua laporan PSM dengan gred A ke atas ke PSZ untuk simpanan). Kelewatan penyerahan dalam masa yang ditetapkan akan diberi gred E. 11

12.0 Plagiat/Ciplak Plagiat didefinisikan sebagai menggunakan hasil kerja orang lain tanpa memberi pengiktirafan kepada mereka, sebagai hasil kerja sendiri. Idea dan penulisan yang diambil dari sesuatu sumber tanpa menyatakan sumber asalnya adalah plagiat. Berikut adalah antara perkara-perkara yang dianggap plagiat: i) Peniruan sebahagian/sepenuhnya petikan dari teks seolah-olah penulisan sendiri. Petikan berkenaan mestilah diolah dengan menggunakan perkataan sendiri dan dinyatakan sumbernya. Idea yang diambil terus dari sesuatu rujukan tanpa menyatakan sumbernya. Sepatutnya mesti diletakkan dalam bentuk petikan dan dinyatakan sumbernya. Maklumat lanjut berkenaan plagiat boleh dirujuk dalam Gaya Dewan (1995). Plagiat merupakan salah laku akademik serius yang boleh dikenakan tindakan di bawah Kaedah Tatatertib Universiti. 13.0 Hak Cipta 13.1 Segala penemuan baru, reka bentuk atau paten adalah hak milik Universiti. Walau bagaimanapun, Universiti boleh menimbangkan permohonan untuk berkongsi hak milik daripada penyelidik dan/atau penganjur luar. 13.2 Hak cipta penulisan laporan adalah kepunyaan penulis. 14.0 Penutup Garis Panduan Projek Sarjana Muda ini hendaklah digunakan bagi menyelaraskan pelaksanaan PSM di semua Fakulti di UTM. Disahkan oleh Senat Universiti Teknologi Malaysia pada 10 April 2012 PROFESOR DATO IR. DR. ZAINI BIN UJANG Pengerusi Senat Universiti Teknologi Malaysia 12