PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID BAHASA ARAB TINGKATAN 1 BAHASA ARAB TINGKATAN 1
MATLAMAT KURIKULUM BAHASA ARAB Objektif pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di peringkat menengah untuk membolehkan murid memperolehi empat kemahiran berbahasa iaitu; mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Kemahiran ini dipraktiskan berdasarkan kepada skop dan situasi tertentu, memperkayakan murid dengan kosa kata, asas tatabahasa, morfologi dan prosa terpilih, serta meningkatkan keupayaan mereka menggunakan bahasa Arab dengan betul dan membentuk keperibadian mereka dengan nilai-nilai murni dan akhlak mulia. OBJEKTIF KURIKULUM BAHASA ARAB Objektif pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di peringkat menengah ialah untuk membolehkan murid: 1) Mendengar, memahami dan membicarakan tentang siaran-siaran dalam bahasa Arab. 2) Bertutur dengan fasih dan lancar dalam situasi-situasi tertentu. 3) Membaca dan memahami pelbagai bahan bacaan. ) Menulis dalam pelbagai tema dan bentuk penulisan serta memahami kandungannya. ) Menguasai kemahiran menulis dalam tiga bentuk kaligrafi Arab ( Khat ); Nasakh, Ruq ah dan Thuluth mengikut kaedah yang betul. ) Menghafal dan memperdengarkan asas pola morfologi dan mahfuzat terpilih berbentuk puisi, kata-kata hikmah dan perumpamaan. 7) Menguasai asas tatabahasa Arab serta mampu mengaplikasikannya. 8) Menguasai sekurang-kurangnya 100 kosa kata Arab serta mampu menggunakannya dengan tepat. BAHASA ARAB TINGKATAN 1 2
BAND PERNYATAAN STANDARD 1 Mengetahui perkara yang didengar-ditutur, dibaca dan ditulis. 2 Mengetahui dan memahami perkara yang didengar-ditutur, dibaca dan ditulis. 3 Mengetahui, memahami dan memberi respons terhadap perkara yang didengar-ditutur, dibaca dan ditulis. yang didengar-ditutur, dibaca dan ditulis dalam situasi tertentu. Mengetahui, memahami dan memberi respons yang betul dan tepat terhadap perkara yang didengar-ditutur, dibaca dan ditulis dalam situasi tertentu. Mengetahui, memahami dan memberi respons yang betul dan tepat dengan berhemah tinggi terhadap perkara yang didengar-ditutur, dibaca dan ditulis dalam situasi yang tertentu. BAHASA ARAB TINGKATAN 1 3
KEMAHIRAN BAND DESKRIPTOR 1 Mengecam, mengeja, mengajuk, menyebut dan mengesan huruf hijaiyyah tunggal dan bersambung yang didengar dengan betul. 2 Mengeja, menyebut, mengenal pasti dan memahami perkataan yang didengar dengan betul dan tepat. 3 Menyebut, mengenal pasti dan memahami perkataan dan frasa yang didengar serta mampu menyebut contoh yang lain dengan betul dan tepat. MENDENGAR DAN BERTUTUR Menyebut dan memahami perkataan, frasa, ayat mudah, mahfudzat terpilih dan tasrif fi il yang didengar serta mampu menggunakannya dalam ayat dan menyebut contoh yang lain dengan betul dan tepat. yang didengar dengan fasih dan lancar secara lisan dengan tatabahasa yang betul. yang didengar dengan fasih dan lancar, tekal dan berterusan secara lisan dengan tatabahasa yang betul. BAHASA ARAB TINGKATAN 1
KEMAHIRAN BAND DESKRIPTOR 1 Mengajuk dan menyebut huruf hijaiyyah tunggal dan bersambung yang dibaca dengan betul. 2 Mengeja, menyebut, mengenal pasti dan memahami perkataan yang dibaca dengan betul dan tepat. 3 Mengeja, menyebut dan memahami perkataan dan frasa yang dibaca serta mampu menyebut contoh yang lain dengan betul dan tepat. MEMBACA Menyebut, dan memahami perkataan, frasa, ayat mudah, mahfudzat terpilih dan tasrif fi il yang dibaca serta mampu menggunakannya dalam ayat dan menyebut contoh yang lain dengan betul dan tepat. yang didengar dengan fasih dan lancar secara lisan dengan tatabahasa yang betul. yang didengar dengan fasih dan lancar, tekal dan berterusan secara lisan dengan tatabahasa yang betul. BAHASA ARAB TINGKATAN 1
KEMAHIRAN BAND DESKRIPTOR 1 Menyalin semula huruf hijaiyyah tunggal dan bersambung yang dibaca dengan betul. 2 Mengeja, menulis dan memberi makna perkataan yang ditulis dengan betul dan tepat. 3 Mengeja, menyebut dan memahami perkataan dan frasa yang dibaca serta mampu memberi contoh yang lain secara tulisan dengan betul dan tepat. MENULIS Menulis dan memahami perkataan, frasa, ayat mudah, mahfudzat terpilih dan tasrif fi il serta mampu memberi contoh yang lain dengan betul dan tepat. Menulis dan memahami ayat mudah dalam situasi tertentu serta mampu menggunakannya dalam ayat dan menyebut contoh yang lain dengan betul dan tepat. Menulis dan memahami ayat mudah dalam pelbagai situasi serta mampu menggunakannya dalam ayat dan menyebut contoh yang lain dengan betul, tepat, tekal dan berterusan. BAHASA ARAB TINGKATAN 1