BAB 5 : RUMUSAN DAN CADANGAN

dokumen-dokumen yang mirip
BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

BAB 4 : ANALISIS DATA

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

Noor Aainah Hj.Ag.Jaafar

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

Memorandum Mengenai: 1. Pertambahan Masa Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahap I Di SJKC dan SJKT.

INSTRUMEN KAJIAN RINTIS SISTEM PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.

RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN (RPH) 1. Menyenaraikan 5 jenis peribahasa. 3. Mendapat sekurang-kurangnya 5 peribahasa dan maksudnya.

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

BAB 5: KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. pembelajaran bahasa Arab di Malaysia masih memerlukan kajian lanjutan. Ini kerana

BAB 3 : METODOLOGI PENYELIDIKAN. mencukupi, barulah sesebuah kajian itu dapat dijalankan dengan baik.

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB I PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

PERISIAN TOONDOO MEMBINA KEMAHIRAN MENULIS MURID

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES Sinopsis

BAB 1 PENGENALAN. memberikan impak positif dan sumbangan kepada dunia pendidikan iaitu untuk

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

INISIATIF PPPM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH PERKUKUHAN AKTIVITI KOKURIKULUM

KAJIAN TERHADAP MINAT MEMBACA DI KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI LEDANG

Asas Multimedia dan Aplikasinya dalam P&P

ESS 222 AKTIVITI KO-KURIKULUM

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

REFLEKSI ERLLEY LILLEY

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

KANDUNGAN Guru dan Cabaran Guru Abad Ke-21 Kualiti Guru: Keberhasilan P&P Guru

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. prosedur menjalankan penyelidikan kajian. Pengkaji

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 2

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Jadual 4.11 : Matrik Analisis Temubual, Pemerhatian Dan Dokumen Berkaitan P&P Pendidikan Islam (P.I) KBSR

Pendahuluan Matlamat dan Objektif

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran MATEMATIK

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) MATEMATIK TAHUN 3 MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (SEKOLAH KEBANGSAAN)

ANUGERAH INOVASI PERKHIDMATAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil

NAMA PELAJAR : SITI NUR HASINAH BINTI HUSSIAN NO MATRIK : P79063 TAJUK: STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA OLEH PELAJAR CEMERLANG PENSYARAH:

PERSEPSI TERHADAP PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

BAB IV METODOLOGI KAJIAN. mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. menunjukkan bahawa unsur penyebutan huruf al-qur an al-karim memain peranan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Penggunaan ICT Dalam Pengajaran dan Pengajaran Matematik

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini adalah bab terakhir dalam laporan penyelidikan ini dan pengkaji

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Jamrah Sibin Jeswenny Fresshila John

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

DASAR INOVASI DAN DAYA KEUSAHAWANAN DALAM PENGALAMAN PEMBELAJARAN MENYELURUH PELAJAR UKM

Model Pengajaran dan Pembelajaran Empat Imam Mazhab

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB LIMA: RUMUSAN DAN CADANGAN. Di dalam bab ini, penyelidik merumuskan dapatan kajian yang dihuraikan menerusi

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

PENGURUSAN MASA DALAM KONTEKS PERLAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

ANUGERAH INOVASI PERKHIDMATAN LAMPIRAN 1 GARIS PANDUAN PENILAIAN ANUGERAH INOVASI PERKHIDMATAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 2

Penyelidikan Pelajar Sarjana Pendidikan Islam UKM: Fokus Dan Hala Tuju. oleh. Shahrin Awaludin Fakulti Pendidikan UKM

BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. Keputusan kajian akan dianalisis dalam tiga bahagian seperti berikut:

BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS PENDIDIKAN ISLAM (MASALAH PENDENGARAN) TAHUN DUA

OH, ITUNYA DARAB! Oleh. Chai Mei Ling ABSTRAK

BAB I PENGENALAN. Sejarah pendidikan bahasa Arab di Malaysia telah mula semenjak awal abad ke-19

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH REKA CIPTA

Memorandum Pertubuhan-Pertubuhan Cina. Y. A. B. Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

2.0 PENYATAAN MASALAH

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Kurikulum Kebangsaan

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 2

BAB 1 : PENGENALAN. Walau bagaimanapun, Membeczka (2008) menyatakan bahawa pengajaran sebutan

LITERASI MAKLUMAT. Rasional :

Program Kepimpinan Pengawas Sekolah Kebangsaan Convent Greenlane dan Pusat Pengajian Ilmu pendidikan, Universiti Sains Malaysia

Transkripsi:

BAB 5 : RUMUSAN DAN CADANGAN 5.1 Pendahuluan Setelah menjalankan kajian secara menyeluruh terhadap teknik dan kaedah muhawarah di Sekolah Kebangsaan Sungai Kapar Indah, Sekolah Kebangsaan Meru dan Sekolah Kebangsaan Taman Klang Utama, penyelidik melihat sudah sampai masanya teknik muhawarah ini dikembangkan ke peringkat yang lebih luas. Bukan hanya berdasarkan kepada isi kandungan buku teks sahaja, bahkan ianya dapat diperkembangkan ke peringkat ko-kurikulum dan aktiviti-aktiviti lain. Teknik muhawarah ini sebenarnya sangat sesuai untuk dijalankan di semua peringkat dan lapangan, bukan sahaja di dalam kelas, malahan diluar kelas juga. Sifatnya yang memerlukan penyertaan individu dan juga berkumpulan, menjadikan aktiviti muhawarah ini lebih menarik lagi berbanding dengan teknik-teknik serta kaedah-kaedah yang lain. Di dalam bab 5 ini, penyelidik cuba untuk merumuskan kajian yang penyelidik jalani sepanjang melakukan tinjauan di Sekolah Kebangsaan Sungai Kapar Indah, Sekolah Kebangsaan Meru dan Sekolah Kebangsaan Taman Klang Utama. Selain daripada itu, penyelidik akan mengutarakan Dapatan Kajian dan Kesimpulan Kajian yang diperolehi oleh penyelidik sepanjang menjalankan tugasan ini. 152

Begitu juga penyelidik akan memasukkan elemen penting dalam Bab Penutup ini, iaitu Cadangan Kajian, yang mana penyelidik akan mengutarakan beberapa cadangancadangan daripada penyelidik yang penyelidik sifatkan bernas dan sesuai untuk dibuat penambah baikan kepada kaedah muhawarah ini pada masa akan datang. 5.2 Rumusan Kajian Di dalam tesis penyelidik yang bertajuk Pengajaran dan Pembelajaran Muhawarah di Sekolah Rendah Kebangsaan ini, beberapa perkara dapat disimpulkan oleh penyelidik, antaranya adalah aktiviti muhawarah ini memerlukan penglibatan lebih daripada seorang individu atau murid bagi pelaksanaannya yang lebih efektif. Semakin banyak watak yang terdapat di dalam aktiviti muhawarah tersebut, maka semakin banyak peserta atau murid-murid yang diperlukan untuk menjayakannya. Perkara ini secara tidak langsung menyebabkan ramai murid yang melibatkan diri dalam aktiviti muhawarah ini. Ini juga akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas lebih menarik dan komprehensif. Selain daripada itu, penyelidik merumuskan bahawa aktiviti muhawarah ini memerlukan peserta membaca mengikut isi kandungan teks daripada buku teks yang diberikan kepada mereka. Ini bagi memastikan murid-murid mendialogkan muhawarah tersebut mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh silibus pembelajaran mereka. 153

Menurut pandangan penyelidik, silibus atau rancangan pengajaran tahunan yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) adalah sangat bersesuaian dengan tahap pemikiran dan pencapaian kognitif murid-murid tahun enam ini. Perkara ini pada dasarnya telah dikaji oleh pihak kementerian secara lebih mendalam sebelum disebar luaskan kepada sekolah-sekolah kerajaan yang lain. Begitu juga kaedah serta teknik muhawarah ini amat memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar daripada guru dalam pelaksanaannya. Hal ini kerana, teknik muhawarah ini memerlukan lebih daripada dua orang murid untuk merealisasikannya. Tanpa bimbingan guru, sudah pasti murid-murid itu tadi tidak tahu bagaimana untuk melaksanakan aktiviti muhawarah tersebut. Dengan bantuan dan bimbingan guru jugalah murid-murid mengetahui watak yang mana satu yang harus mereka dialogkan pada muhawarah tersebut. Selain daripada itu, perkara yang dapat penyelidik rumuskan di sini ialah, aktiviti muhawarah ini tidak akan tercapai tanpa disiplin yang tinggi di kalangan murid-murid. Hanya murid-murid yang mempunyai disiplin yang tinggi sahaja dapat melakukan aktiviti muhawarah ini dengan baik dan berkesan. Sebagai contoh mudah, murid-murid yang mempunyai disiplin yang tinggi akan patuh kepada arahan gurunya serta akan melakukan aktiviti muhawarah dengan bersungguh-sungguh tanpa ada rasa sikap acuh tidak acuh. Perkara seperti inilah yang akan menentukan samada teknik muhawarah ini berjaya atau tidak pada pelaksanaannya. 154

Begitu juga aktiviti atau kaedah muhawarah ini mempunyai banyak kelebihankelebihannya berbanding kelemahannya. Ini dapat dilihat melalui Bab 4 : Dapatan Kajian, yang mana murid-murid melalui kaedah teknik muhawarah telah dapat menikmati faedahnya, seperti pemahaman yang baik dalam pembelajaran, mendapat rentasan ilmu serta dapat membina keyakinan diri yang tinggi. Bahkan bukan hanya murid-murid yang mendapat faedahnya, malahan guru juga yang mengajar Bahasa Arab menikmati faedah dan kelebihan seperti murid-murid. Penyelidik memperkatakan demikian kerana, dengan teknik muhawarah ini, ianya membantu cara atau sistem pengajaran dan penyampaian guru berkenaan topik yang diajar kepada murid-murid mereka. Sepertimana rumusan kajian sebelum ini, penyelidik telah mendapatkan dan menghasilkan dapatan kajian daripada metodologi atau kaedah yang digunakan oleh penyelidik. Melalui kajian ini, penyelidik telah membahagikan beberapa dapatan kajian penyelidik kepada beberapa bahagian. Antara bahagian tersebut adalah, strategi pengajaran muhawarah oleh guru-guru Bahasa Arab di Sekolah Kebangsaan Sungai Kapar Indah, Sekolah Kebangsaan Meru dan Sekolah Kebangsaan Taman Klang Utama. Melalui tinjauan oleh penyelidik, guruguru Bahasa Arab di tiga buah sekolah yang disebutkan tadi telah melakukan pendekatan yang pelbagai dalam menjalankan teknik muhawarah ini. 155

Antara contoh pendekatan yang dibuat oleh guru bahasa Arab ini adalah, melalui konsep pertandingan. Hal ini merupakan suatu pendekatan yang sangat kreatif dan efektif dimana guru akan mewujudkan satu semangat untuk berlumba-lumba dan kompetitif dalam membuat penyampaian muhawarah yang paling baik. Melalui tinjauan penyelidik, ramai dikalangan murid-murid ini yang ingin mengambil bahagian dalam penyampaian muhawarah ini setelah diransang oleh guru mereka. Hal ini juga merupakan faktor mengapa mereka ingin membuat persembahan terbaik dalam pembentangan dan penyampaian muhawarah mereka. Selain daripada konsep pertandingan ini, penyelidik juga melihat ada dikalangan guru yang melaksanakan aktiviti muhawarah dengan cara baca beramairamai antara murid-murid lelaki dan murid-murid perempuan. Begitupun terdapat juga guru yang memilih secara terus murid-murid yang dikategorikan mampu menyampaikan muhawarah dengan baik, untuk membacakan muhawarah tersebut dihadapan murid-murid yang lain. Dalam dapatan kajian tesis ini juga, penyelidik mengkaji tentang bagaimana strategi yang digunakan oleh murid-murid dalam menerima teknik muhawarah yang dibawa oleh guru-guru mereka. Melalui tinjauan yang dijalankan oleh penyelidik, murid-murid ini didapati merujuk kepada buku teks yang dibekalkan kepada mereka oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Sebagai makluman, buku-buku teks, khususnya buku teks Bahasa Arab yang dibekalkan oleh pihak kementerian, adalah sama dan standard di semua sekolah- 156

sekolah bantuan penuh kerajaan. Ini juga termasuk dengan buku teks Bahasa Arab tahun enam, dimana kesemua silibus dan topik adalah sama di semua sekolah rendah kebangsaan di seluruh negara. Dengan cara ataupun strategi murid-murid merujuk buku teks ini, sebenarnya menjadikan teknik muhawarah ini dapat dilaksanakan dengan cara yang lebih efektif lagi. Perkara ini adalah disebabkan, dengan merujuk buku teks, murid-murid dapat mengikuti kehendak silibus pembelajaran dengan teratur. Ini termasuklah pembelajaran topik-topik yang mempunyai kaedah muhawarah. Selain daripada itu, penggunaan istilah-istilah kelas, atau lughatul fasl juga dilihat sangat membantu dalam menyediakan tumpuan murid-murid sebelum dan semasa berlangsungnya aktiviti muhawarah di dalam kelas. Sebagai contoh, soalansoalan mudah seperti ص ب اح ال خ ير, م س اء ال خ ير, ك ي ف ح ال ك م dapat meransang minda murid-murid supaya menumpukan sepenuh perhatian kepada pengajaran guru. Apa yang penyelidik dapat simpulkan di sini ialah, kaedah muhawarah ini merupakan kaedah yang sangat sesuai dan relevan untuk diguna pakai bagi sebarang aktiviti yang melibatkan pengajaran dan pembelajaran, khususnya subjek Bahasa Arab. Kaedah muhawarah ini merupakan juga suatu kaedah yang sangat praktikal dan tidak memerlukan sebarang kos dalam menjalankan aktiviti ini. Pada pandangan penyelidik, seharusnya banyak lagi kajian-kajian atau penyelidikan-penyelidikan yang 157

perlu dibangunkan bagi mengkaji secara lebih mendalam tentang kaedah muhawarah ini. Hal ini disebabkan, kaedah dan teknik muhawarah ini sangat berpotensi untuk dikembangkan dalam dunia pendidikan kerana ianya sangat membantu murid-murid dalam aktiviti-aktiviti pembelajaran mereka. Selain daripada itu, kaedah ini secara tidak langsung melatih murid-murid ini untuk berucap di khayalak ramai (public speaking). Ianya juga dilihat mampu melahirkan modal insan yang berkualiti seperti mana yang dilaungkan oleh pihak kerajaan selama ini. Hasil daripada kajian Pengajaran dan Pembelajaran Muhawarah di Sekolah Rendah Kebangsaan ini juga, penyelidik dapat simpulkan bahawa aktiviti yang menggunakan kaedah muhawarah sebenarnya memberikan keseronokan yang tersendiri kepada murid-murid tahun enam. Ini dapat diamati apabila murid-murid ini menyertai pembentangan muhawarah ini dengan perasaan gembira dan seronok. Tidak kurang ada diantara mereka yang ingin membuat penyampaian muhawarah berkali-kali. Ringkasnya, teknik muhawarah ini hakikatnya banyak memberikan sumbangan dan manfaat kepada banyak pihak, samada guru-guru atau murid-murid. 158

5.3 Cadangan Kajian Dalam sub topik cadangan kajian ini, ada beberapa perkara yang ingin dicadangkan oleh penyelidik, yang mana cadangan-cadangan ini adalah dianggap dapat membantu memperkemaskan kaedah muhawarah pada masa akan datang. Berikut merupakan cadangan-cadangan oleh penyelidik : 5.3.1 Guru perlu memahirkan diri dalam melaksanakan kaedah muhawarah. Untuk melaksanakan teknik muhawarah, sayugia bagi seseorang guru, memahirkan diri terlebih dahulu dengan teknik ini. Hal ini kerana, dengan kemahiran yang tinggi, sesebuah muhawarah itu dapat dijalankan dengan lebih baik dan berkesan. Dari sisi murid-murid, mereka akan menjangkakan bahawa guru-guru, khususnya guru bahasa Arab mahir dan arif dengan semua teknik-teknik yang digunakan, termasuklah teknik muhawarah. Oleh sebab itulah, guru-guru yang mengajar bahasa Arab perlu memahirkan diri dengan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran yang sedia ada pada masa kini. Bukan sahaja kaedah muhawarah, bahkan teknik-teknik lain juga, seperti teknik drama, latih tubi, sumbangsaran, simulasi dan sebagainya. Perkara ini adalah bagi mendatangkan keseronokan dan mood murid-murid semasa proses pembelajaran berlangsung. Dengan adanya perasaan seronok belajar dikalangan murid-murid ini, 159

maka proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid ini akan menjadi lebih mudah lagi. 5.3.2 Jumlah peruntukan masa yang lebih banyak Jika kita merujuk kepada peruntukan masa yang diberikan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mata pelajaran bahasa Arab, ianya hanya memperuntukkan sebanyak dua masa sahaja, iaitu sebanyak sejam seminggu. Bagi pandangan peribadi penyelidik, tempoh sejam seminggu untuk mempelajari bahasa asing seperti bahasa Arab adalah tidak sesuai sama sekali. Ini kerana, apabila seseorang murid atau individu itu ingin mempelajari sesuatu bahasa asing, ia memerlukan jumlah masa yang banyak bagi menyesuaikan dan mendalami diri dengan bahasa asing tersebut. Begitu juga perihalnya dengan peruntukan masa untuk mata pelajaran bahasa Arab ini. Seharusnya pihak kementerian perlu mengkaji semula jumlah masa yang sedia ada ini. Tempoh sejam seminggu pada pendapat penyelidik adalah tidak relevan sama sekali. Penyelidik mencadangkan pihak kementerian menambahkan sebanyak satu masa lagi, menjadikan jumlah masa peruntukan bagi mata pelajaran Bahasa Arab adalah sebanyak tiga masa, iaitu selama satu jam tiga puluh minit seminggu bagi murid-murid sekolah rendah. 160

Apabila peruntukan masa ini ditambah kepada tiga masa, penyelidik yakin bahawa murid-murid di sekolah rendah kebangsaan ini dapat mempelajari bahasa Arab dengan lebih baik dan mendalam lagi, berbanding hanya dengan dua masa sahaja seperti sebelum ini. 5.3.3 Kaedah muhawarah perlu sentuhan audio visual Kaedah muhawarah ini sebenarnya tidak terhad hanya kepada penggunaan dialog lisan sahaja. Bahkan ia boleh dikreatifkan dengan penggunaan bahan-bahan audio visual seperti dvd, vcd atau penggunaan internet. Guru-guru boleh mencari sebarang bentuk video cd yang terdapat dipasaran, yang mempunyai pendekatan pengajaran dengan menggunakan teknik muhawarah ini. Pada hari ini, banyak dvd dan vcd yang berteraskan pendidikan, dijual dipasaran untuk membantu pembelajaran murid-murid di sekolah-sekolah. Apabila guru-guru ini menggunakan pendekatan audio visual dalam teknik muhawarah, penyelidik amat yakin bahawa murid-murid ini akan tertarik untuk mengikuti pengajaran oleh guru mereka. Hal ini kerana, dunia globalisasi pada hari ini menyebabkan murid-murid di sekolah rendah terdedah dengan kemajuan sains dan teknologi yang sentiasa berubah saban hari. 161

Dengan kecanggihan teknologi maklumat pada hari ini, guru-guru tidak seharusnya berasa risau jika tidak mempunyai bahan seperti vcd atau dvd yang mempunyai aktiviti muhawarah. Mereka boleh memuat turun (download) bahan muhawarah daripada internet. Guru-guru juga boleh merakamkan aktiviti muhawarah ini dengan melibatkan beberapa orang murid. Hasil daripada rakaman tersebut, boleh disebar luaskan ke kelaskelas yang lain. Perkara ini juga sebenarnya terkandung di dalam Elemen Merentas Kurikulum di dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang mana terdapatnya elemen Teknologi Maklumat dan Inovasi. 5.3.4 Penumpuan kepada murid-murid yang lemah Melalui sub topik cadangan kajian ini, penyelidik juga ingin mencadangkan kepada guru-guru yang menggunakan kaedah muhawarah ini, bahawa penumpuan juga harus diberikan kepada murid-murid yang lemah serta kurang berkeyakinan untuk ke hadapan. Melalui tinjauan dan pemantauan penyelidik, kaedah muhawarah ini secara keseluruhannya hanya dimonopoli oleh murid-murid yang cerdik dan berani sahaja. Apabila guru menawarkan kepada murid-murid untuk menyampaikan dan mendialogkan muhawarah, hanya murid-murid dari kelompok ini sahaja yang ingin 162

mengambil bahagian. Manakala murid-murid dari kelompok lemah tidak menawarkan diri untuk mengambil bahagian. Justeru, penyelidik mencadangkan agar teknik muhawarah ini juga harus ditumpukan kepada murid-murid yang lemah. Ini bagi memastika semua murid-murid dapat mengambil bahagian dalam sebarang aktiviti pembelajaran yang melibatkan muhawarah. Penyelidik sangat yakin dengan penumpuan yang seimbang kepada muridmurid dari kelompok lemah ini, ianya akan membantu mereka memahami isi kandungan topik yang dipelajari tersebut. Tambahan lagi, ianya akan mendidik diri murid-murid tersebut untuk bersikap lebih berani dan yakin diri untuk bercakap dihadapan murid-murid yang lain. Apabila perkara ini tercapai, ini bermakna Falsafah Pendidikan Negara yang ingin melahirkan murid-murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek juga akan tercapai pada masa-masa akan datang. 5.3.5 Kajian yang mendalam tentang kaedah muhawarah Sebagai penyelidik yang mengkaji peranan dan efektif teknik muhawarah ini ke atas pengajaran dan pembelajaran murid-murid, penyelidik berpendapat perlunya di 163

sana kajian-kajian dan penyelidikan-penyelidikan yang lebih mendalam tentang kaedah muhawarah ini. Hal ini kerana, dengan kajian dan penyelidikan yang lebih mendalam ini, dapat memastikan kaedah muhawarah ini dapat berkembang dengan lebih baik pada masa akan datang. Dunia pendidikan yang cepat berubah ini menuntut kepada kajian-kajian berkenaan teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran yang dapat memberkan kesan dan implikasi yang baik ke atas pembelajaran murid-murid. Pihak kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia juga seharusnya memberikan lebih ruang dan peluang kepada penyelidik-penyelidik yang ingin membuat kajian berkenaan teknik pengajaran dan pembelajaran ini. Sumbangansumbangan berbentuk biasiswa atau geran boleh disalurkan oleh pihak kerajaan kepada penyelidik-penyelidik ini dalam merealisasikan hasrat pihak kerajaan memastikan tahap pendidikan negara setaraf dengan tahap pendidikan global. Pihak kementerian juga disaran untuk mengambil tumpuan yang serius ke atas kajian-kajian yang dihasilkan ini sebagai sumber rujukan pada masa-masa akan datang. Dengan adanya kajian dan penyelidikan yang banyak serta berkualiti, penyelidik yakin, pelbagai teknik pengajaran, bukan sahaja teknik muhawarah, akan dihasilkan lebih banyak lagi pada masa-masa akan datang, seiring dengan perubahan-perubahan dunia pendidikan samada di peringkat nasional mahupun antara bangsa. 164

5.4 Penutup Sebagai penutup bagi bab ini, penyelidik sekali lagi ingin menekankan bahawa kaedah muhawarah ini sebenarnya sangat memberikan kesan kepada cara pembelajaran murid-murid. Walaupun bagitu, penyelidik tidak menafikan keberkesanan teknik-teknik yang lain. Penyelidik juga tidak menolak kebenaran bahawa teknik-tenik lain juga sebenarnya banyak membantu pemahaman murid-murid ke atas pembelajaran mereka. Maka oleh sebab itulah, dalam bab penutup ini, penyelidik ada mencadangkan beberapa cadangan kepada pihak-pihak yang berkaitan seperti pihak Kementerian Pelajaran Malaysia untuk diberi perhatian yang sewajarnya. Dengan merealisasikan cadangan-cadangan ini, penyelidik yakin bahawa teknik ini akan berada di tahap yang lebih baik lagi pada masa-masa akan datang. Rumusan serta dapatan kajian oleh penyelidik juga mendapati bahawa teknik ini secara tidak keterlaluan dikatakan antara teknik serta kaedah yang diminati oleh guruguru dan murid-murid dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Ini dapat dilihat dengan jumlah penyertaan murid-murid yang sangat memberangsangkan semasa mengambil bahagian dalam pembentangan muhawarah masing-masing. Maka oleh sebab itulah, teknik ini seharusnya menjadi antara teknik yang digunakan dalam menyampaikan pengajaran kepada murid-murid di sekolah rendah kebangsaan disamping teknik-teknik serta kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sedia ada pada masa kini. 165