Masalah Kesihatan Mental Kurang Menerima Perhatian

dokumen-dokumen yang mirip
Ayah: Adakah saya yang memberi gen kanser payu dara kepada anak perempuan saya?

Pekerja industri : isu & teknik penyelesaiannya. Sinopsis:

FACT SHEET

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

TEKS UCAPAN PERASMIAN YB DATO SERI DR. HILMI BIN HAJI YAHAYA TIMBALAN MENTERI KESIHATAN MALAYSIA SEMPENA MAJLIS PELANCARAN KEMPEN BARAH USUS BESAR

SALUTASI. Saudara Pengacara Majlis; Yang Berhormat Dato Norol Azali Sulaiman, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.8 Pengenalan Projek

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

RANCANGAN KESIHATAN SEKOLAH

BAB 8 : KESIMPULAN. kawasan bandar Jesselton (Kota Kinabalu) dalam kegiatan badan-badan beruniform

Mengurus Inflasi. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

PERSEPSI PENAGIH, IBUBAPA DAN MASYARAKAT TERHADAP DADAH. oleh

: Saya Adalah Ibubapa_Keluarga. : Booklet Memahami Relapse & Cara Mencegahnya. Maklumat Am

1.1 Latar Belakang Penyelidikan

Kurang nutrisi. Big» dah 1Q j. lemak tubuh, imbasan ketumpatan tulang, pengambilan. dilakukan dalam sehari. K e t u a Program Sains Nutrisi Universiti

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan Projek

Cabaran dalam Menjaga Kanak-kanak Berkeperluan Khas. Erica Lovel

Alkohol. Merosakkan tindak balas refleks mental dan fizikal. Kanser otak, lidah, mulut, esofagus, larink dan pundi kencing.

BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

BAB I PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN

TEKS UCAPAN BRIG. JEN. DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR UniMAP PR0GRAM KESIHATAN PISKANITA UniMAP KG WAI, KUALA PERLIS 28 APRIL 2010

30 MAC 2017 SOALAN NO: 55 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT JAWAPAN OLEH YB DATUK SERI DR S.SUBRAMANIAM MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

AKTA PERANTI PERUBATAN 2012 (AKTA 737)

TEKS UCAPAN DATO' SERI DR SITI HASMAH BINTI HAJI MOHD ALI MENARA PERKESO, KUALA LUMPUR SIMPOSIUM KERJAYA ORANG KURANG UPAYA 12 MAC 2001

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Memahami Demensia. Talian Maklumat Demensia:

Cadangan Pemberian Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal. (BIPK) Bagi Skim Perkhidmatan. Pegawai Perancang Bandar dan Desa

BAB 1 ISU PERLAKSANAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

Dasar Pendidikan dan Pelaksanaan Hak Kanakkanak

Hidup dengan Tekanan Darah Tinggi

KKD 2063 Pembangunan Sahsiah

KECELARUAN KEMURUNGAN (Depression Disoder)

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 4/1995 : PELAKSANAAN KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Kertas ini bertujuan untuk melaporkan status sumber manusia UPM sehingga pada 18 Ogos 2017.

Menangani Peningkatan Kos Sara Hidup. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

Bahagian. Penaksiran Prestasi dan Keberkesanan

Cabaran-Cabaran Dalam Pendidikan Teknik Dan Vokasional Dalam Membangunkan Sumber Manusia

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

KETAGIHAN INTERNET SATU PENYAKIT MENTAL? Ketahuilah sama ada anda seorang penagih internet atau tidak. Oleh Redy Jeffry Mohamad Ramli

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Keseluruhan kaedah pengajaran BM murid-murid pekak telah memberi gambaran yang

PANDUAN APLIKASI PSIKOLOGI DALAM PENGURUSAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM

ANALISIS PEKERJAAN. Jawatan : PEGAWAI PERUBATAN GRED : U51 / U52 / U53

MEMPELBAGAIKAN PENDEKATAN UNTUK MEMBANTU MURID-MURID TAHUN 5 MENGUASAI SIFIR DARAB 1 HINGGA 10. Oleh

Polisi Employee Assistance Program (EAP) PROGRAM BANTUAN & SOKONGAN STAF (EAP)

Memahami Penyakit Mental Latihan Rakan Pemulih Modul 1

BAB 1 PEYEMAKAN SEMULA SENARAI NILAIAN DI PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)

TEKS UCAPAN DATO SERI DR SITI HASMAH BINTI HAJI MOHD ALI HOTEL ISTANA, KUALA LUMPUR MAJLIS PELANCARAN KEMPEN CARA HIDUP SIHAT MAC 2001

LMCK 1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH SEM /2017 SET 4 LAPORAN AKHIR

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA BORANG SOAL SELIDIK

JENIS-JENIS TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN

PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Page 1. Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Ilmu, Keikhlasan dan Kecemerlangan UniMAP,

Universiti Malaysia PAHANG engineering' Technology' CreatMty

Ucapan YAB DATO MOHAMED KHALED BIN NORDIN Menteri Besar Johor

Pengenalan kepada Kaunseling

KURSUS PASCA AKRAB BENGKEL DAN PROJEK AKRAB

Staf yang ingin mengikuti Latihan Sub Kepakaran hendaklah memenuhi kelayakan berikut:-

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

PERANCANGAN ORGANISASI PENDAHULUAN TUJUAN LATAR BELAKANG ASAS PERTIMBANGAN (RASIONAL) LANGKAH PERANCANGAN STRATEGIK VISI MISI ISU ISU UTAMA

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT JAWAPAN OLEH YB DATUK SERI DR. S.SUBRAMANIAM MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

LAPORAN HASIL DAPATAN KAJIAN PERSEPSI MAHASISWA MENGENAI RASUAH DI MALAYSIA

Seterusnya? Memahami Kesedihan

Pengajian Am (900) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

LAMPIRAN A BORANG PENCALONAN ANUGERAH MALAYSIAN GOVERNMENT OPEN SOURCE SOFTWARE (MYGOSS) Nama Organisasi: Jabatan Peguam Negara

BAB 7 KESIMPULAN. Kajian ini bertujuan melihat perbandingan implementasi intervensi sosial melalui

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

KENYATAAN MEDIA LAPORAN PEMBIAYAAN POLITIK JAWATANKUASA KONSULTATIF NASIONAL MENGENAI PEMBIAYAAN POLITIK

Memorandum Pertubuhan-Pertubuhan Cina. Y. A. B. Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia

SMK TUN TUAH PENYELIDIKAN DAN KONSULTASI SESI 2010/2011 KERTAS CADANGAN UNTUK MENGKAJI :

Menurut Dr. Ahmad, kos. ISMAIL Semenanjung Malaysia sejak pad a

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

LAPORAN PENYELIDIKAN

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA DATUK WIRA HAJI AHMAD BIN HAMZAH

PERANAN PIHAK BERKUASA PERANCANG TEMPATAN DALAM PEMBANGUNAN TANAH

MENGUPAYAKAN BELIA UNTUK MASA HADAPAN

TEKS UCAPAN Y.BHG. PROF. DATUK DR. SHAHRIN BIN SAHIB NAIB CANSELOR

22. Dengan ini, saya dengan sukacitanya merasmikan bangunan Suruhanjaya Sekuriti ini.

Detik terbaik henti merokok

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PJJ Unit 1: Definisi Krisis, Pengurusan Krisis, Pengurusan Krisis Organisasi

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Peranan Industri Penerbitan terhadap Pembangunan Ekonomi. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan

Prinsip Pembangunan Komuniti

Amalan Dengan Ketekunan Wajar. 5. Siapa Yang Harus Melaksanakan Ketekunan Wajar? 6. Apakah Skop Sesuatu Kajian Semula Ketekunan Wajar?

SPESIFIKASI TUGAS PEGAWAI PENGURUSAN DG 41 (PRAKTIKUM)

Transkripsi:

(PAGE 1/5) Oleh Soraya Jamal Masalah Kesihatan Mental Kurang Menerima Perhatian KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Kira-kira 450 juta orang di seluruh dunia mengalami gangguan mental tertentu seperti kemurungan, skizofrenia dan gangguan bipolar tetapi kurang separuh daripada mereka menerima rawatan yang diperlukan, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). WHO menganggarkan bahawa menjelang 2020, penyakit mental kemungkinan mewakili 15 peratus daripada penyakit global. Gangguan kesihatan mental adalah lebih lazim daripada apa yang anda fikirkan. Tahun lepas sahaja 400,227 pesakit di Malaysia mendapatkan bantuan psikiatri di hospital-hospital kerajaan, satu peningkatan sebanyak 15.6 peratus berbanding 346,196 pesakit pada 2007. Tinjauan Kesihatan Kebangsaan dan Morbiditi Ketiga pada 2006 menunjukkan masalah kesihatan mental di kalangan remaja semakin meningkat. Kaum hawa lebih cenderung menghadapi masalah kesihatan mental dengan peratusan mereka yang terbabit mencatatkan 12.1 peratus berbanding 10.4 peratus bagi lelaki. Lima daripada 10 punca utama kecacatan adalah berkaitan dengan penyakit mental. Kemurungan dijangka menjadi punca utama kedua kecacatan menjelang 2020. KURANG DIAGNOSIS Walaupun ia masalah biasa dan serius, penyakit mental masih tidak diterima dengan meluas sebagai masalah kesihatan yang kritikal dan seringkali tidak didiagnosis dengan lengkap oleh para pakar penjagaan kesihatan. Presiden Persekutuan ASEAN bagi Psikiatri dan Kesihatan Mental (AFPMH), Professor Dr Mohamad Hussain Habil beranggapan ini sebahagian besarnya berpunca kerana dua faktor. Pertama kurangnya pengetahuan atau persefahaman dalam mendiagnosis atau merawat penyakit itu sementara faktor kedua berkaitan langsung dengan pandangan serong ataupun stigma akibat gangguan mental yang turut membabitkan kalangan pengamal perubatan. - 1 -

(PAGE 2/5) Pengesanan awal penyakit ini dalam masyarakat oleh pakar-pakar perubatan boleh membawa pelbagai manfaat berkaitan dengan kos dan produktiviti, dan dalam kes-kes tertentu menghalang masalah itu daripada menjadi masalah kesihatan yang besar. Menurut laporan Majlis Penasihat Kebangsaan Kesihatan Mental, hasil daripada rawatan bagi mereka dengan penyakit mental paling serius boleh dibandingkan dengan rawatan bagi penyakit kronik lain. Kadar kejayaan rawatan awal bagi penyakit mental adalah 60-80 peratus, melampaui kadar kejayaan 40 hingga 60 peratus bagi rawatan pembedahan biasa seperti penyakit jantung. Bagi individu dengan masalah kesihatan mental, ketiadaaan bantuan yang mereka perlukan boleh mencetuskan tekanan sosial dan pemulauan selain menyebabkan bebanan kewangan kerana mereka akan terus mencari nasihat perubatan, selain daripada kehilangan pekerjaan kerana produktiviti yang berkurang. Keadaan ini juga menjejaskan kualiti kehidupan pesakit dan penjaga mereka. Lebih buruk lagi, kekurangan diagnosis lengkap boleh menyebabkan tragedi khasnya apabila pesakit membunuh diri. PERANAN PENJAGAAN UTAMA AFPMH dan Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA) meraikan Hari Kesihatan Mental Sedunia 2009 pada 9 Okt dengan mensasarkan kepada peranan penting pakar-pakar perubatan utama dalam mengenalpasti dan merawat gangguan psikiatri. Tema tahun ini ialah "Kesihatan Mental Dalam Penjagaan Utama; Mempertingkat Rawatan dan Menggalakkan Kesihatan Mental". Ramai yang tidak akan menimbangkan untuk menemui ahli psikiatri apalagi kebanyakan tidak akan menerima hakikat yang mereka mempunyai masalah kesihatan mental. Dan mereka malu untuk berjumpa dengan pakar kesihatan mental dan seringkali rasa lebih selesa untuk bertemu dengan doktor di kejiranan mereka. Pakar-pakar penjagaan utama ini berada di barisan hadapan sistem penjagaan kesihatan awam dan lebih mengetahui sejarah kesihatan pesakit mereka. Oleh itu perlu ada kemampuan untuk mengenalpasti simptom selain pengetahuan psikiatri untuk melaksanakan rawatan," kata Profesor Dr Mohamad Hussain semasa satu persidangan berita baru-baru ini. Profesor Dr Mohamad Hussain, yang juga merupakan Pakar Rawatan Ketagihan dan Perunding Psikiatri di Jabatan Perubatan Psikologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya, berkata pengesanan awal serta diagnosis yang wajar membolehkan pesakit menerima rawatan yang sesuai. - 2 -

(PAGE 3/5) Ia juga mencegah gangguan mental yang lebih buruk lagi dan akhirnya membolehkan pesakit untuk meneruskan kehidupan dengan normal bersama masyarakat semasa menjalani rawatan, katanya. HANYA TERDAPAT 200 AHLI PSIKIATRI Professor Dr Mohamad Hussain juga berkata, hanya terdapat lebih kurang 200 ahli psikiatri di Malaysia sedangkan bilangan yang ideal ialah seramai 2000 orang. "Satu pendekatan bersepadu membabitkan pakar-pakar utama dalam penjagaan kesihatan akan mengurangkan bebanan yang dihadapi oleh ahli psikiatri, dan akan banyak membantu mereka daripada kumpulan berpendapatan rendah untuk mendapatkan rawatan yang mampu. "Pendekatan ini memastikan bahawa pesakit tidak perlu pergi jauh untuk mendapatkan ubat-ubatan daripada ahli psikiatri, yang banyak mengurangkan beban kepada mereka yang menjaga pesakit mental," katanya. Pakar-pakar perubatan utama harus sedar yang pesakit psikiatri perlu mendapatkan kaedah rawatan terbaik dengan keutamaan yang sama seperti pesakit jantung, diabetes dan kanser. Walaupun hakikat kesihatan mental dan fizikal saling berkaitan, masalah mental lebih cenderung dilihat sebagai masalah sosial, katanya. STIGMA Stigma yang wujud di kalangan umum dan sehinggakan pakar-pakar penjagaan kesihatan merupakan punca utama kes-kes psikiatri gagal dikesan dan dirawat dari awal lagi. "Bidang psikiatri telah banyak berkembang. Ubat-ubatan terbaru membolehkan gangguan mental dirawat. Bagaimanapun, ramai yang tidak mahu mendapatkan bantuan profesional kerana beranggapan mereka akan dicemuh sebagai 'gila' ataupun akan didiskriminasi jika didiagnosis dengan gangguan mental," kata Presiden MPA Dr Yen Tech Hoe. Isu ini diburukkan lagi oleh tanggapan salah di kalangan pakar perubatan iaitu masalah kesihatan mental merupakan komponen kurang penting dalam profesyen perubatan. Ramai daripada pakar perubatan tidak menyedari yang kebanyakan daripada penyakit psikiatri ini muncul dalam bentuk simptom fizikal dan oleh itu mereka lazimnya merawat simptom ini tanpa pemeriksaan lanjut. Kesedaran rendah terhadap kesihatan mental dalam konteks penjagaan kesihatan yang lebih luas berpunca kerana kurangnya minat di kalangan pakar perubatan untuk mendapatkan pengetahuan terkini dan kemahiran klinikal dalam psikiatri, kata Dr Yen. - 3 -

(PAGE 4/5) "Apabila para pesakit menunjukkan simptom-simptom psikiatri seperti kelesuan atau kemurungan, tidak dapat menumpukan perhatian atau kehilangan selera, pakar perubatan tidak mengendahkan tanda-tanda ini," tambah Dr Yen. PENYAKIT MENTAL BOLEH DIRAWAT DENGAN BERKESAN Penyakit mental juga boleh berlaku seiring dengan penyakit kronik yang lain seperti penyakit jantung, diabetes, kanser dan strok, yang menunjukkan morbiditi signifikan antara gangguan mental dan penyakit yang lain. Penyelidikan menunjukkan bahawa para pesakit dengan penyakit mental yang teruk berkemungkinan dua kali menghadapi masalah kesihatan lain. Simptom-simptom psikiatri yang tidak dirawat boleh memburukkan lagi keadaan psikiatri dan perubatan dan menyebabkan kesengsaraan selama bertahuntahun, kata Dr Yen. Ramai daripada pakar utama percaya ia adalah sukar dan akan mengambil masa yang lama untuk merawat pesakit mental. "Banyak daripada kes kesihatan mental boleh didiagnosis dan dirawat dengan berkesan di peringkat penjagaan kesihatan. Pengesanan awal serta rawatan boleh membantu mengurangkan masalah itu sementara meningkatkan potensi bagi pemulihan serta produktiviti," katanya. Dr Yen berkata setiap ringgit yang dibelanjakan untuk merawat penyakit mental, keputusannya adalah lebih baik daripada merawat penyakit lain khasnya dengan terdapatnya kaedah rawatan yang baik. KHIDMAT KESIHATAN MENTAL YANG BERKESAN Sementara itu, Profesor Madya Dr Noor Zurani Md Haris Robson dari Jabatan Perubatan Utama, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya, berkata komitmen proaktif daripada kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan, keluarga, penjaga dan masyarakat perubatan termasuk jururawat serta paramedik berperanan penting dalam memudahkan integrasi penjagaan kesihatan mental dalam aliran utama penjagaan kesihatan. "Kerajaan harus membangunkan satu rangkakerja yang mendorong keperluan untuk menyatukan penjagaan utama masalah mental. Psikiatri, seperti bidang lain dalam perubatan sentiasa berkembang maju dan oleh itu terdapat keperluan untuk melatih serta mendidik pakar penjagaan utama bagi masalah kesihatan mental. "Saya percaya terdapat ramai pakar penjagaan kesihatan utama yang berminat merawat pesakit psikiatri dan kita perlu menawarkan kepada mereka peluang untuk mendapatkan kepakaran terbaru dalam bidang psikiatri. Ini boleh dicapai menerusi program pendidikan kesihatan," katanya. - 4 -

(PAGE 5/5) Dr Noor Zurani berkata para doktor dalam bidang penjagaan kesihatan utama berperanan penting dalam merawat penyakit mental seperti kemurungan dan keresahan. Komunikasi berterusan antara pakar-pakar penjagaan utama dan ahli psikiatri adalah perlu dalam mengelakkan salah faham apabila menyelaraskan rawatan bagi pesakit dengan penyakit mental yang teruk. Kesejahteraan pesakit harus menjadi pertimbangan utama dan kedua-dua pihak perlu berkongsi maklumat dan saling memahami peranan masing-masing dalam merawat pesakit ini. - 5 -