PERPADUAN ETNIK MENERUSI PENGGUNAAN BAHASA MELAYU. Siti Norayu Mohd Basir

dokumen-dokumen yang mirip
Kepelbagaian Budaya Menurut kamus Dewan (2005) edisi keempat muka surat 102, kepelbagaian ialah perihal berbagai-bagai jenis. Kepelbagaian merangkumi

PENGENALAN. Hasil Pembelajaran. ACIS, UiTM CTU553/555 MARUWIAH AHMAT

BAB 7 CABARAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

BAHASA MELAYU 910/1. BAHASA MELAYU MODEN PASCAMERDEKA (Akta-Akta Pelaksanaan Bahasa Melayu) Disediakan oleh, Yillson Yanggun

Memorandum Pertubuhan-Pertubuhan Cina. Y. A. B. Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia

KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

1.3 STATUS & FUNGSI BAHASA MELAYU

PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA: KOMIK MAT SOM SEBAGAI BAHAN BANTU MENGAJAR

PELUASAN KOSA KATA BAHASA MELAYU

RUKUN NEGARA. B.006(B.M) Januari 2013 (100.)

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

HASIL PEMBELAJARAN. Menerangkan hubung kait antara pembangunan ekonomi dengan hubungan etnik di Malaysia.

- Dato Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abd Razak - Perdana Menteri Malaysia

KAJI SELIDIK PENDAPAT AWAM

PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SBP 2015 PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA SEJARAH

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran KAJIAN TEMPATAN

Institusi Raja Berperlembagaan dan bidang kuasa Yang di-pertuan Agong. Konsep Raja Berperlembagaan

Kemerdekaan Negara 31 Ogos Penyediaan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU BAHASA MELAYU MODEN (Soalan Sebenar STPM: )

KESEDARAN KEPELBAGAIAN BUDAYA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

2. Jelaskan Ciri-ciri MU dan Sebab-sebab masyarakat tempatan menentang.

Bahagian A [40 markah] Jawab semua soalan. 1.Tamadun Hwang Ho telah memberikan sumbangan yang penting kepada peradaban dunia.

BAB 6 Nilai Berkaitan Dengan Demokrasi

Kepelbagaian sosio budaya individu dalam sistem pendidikan bukan sahaja dilihat

POLISI KESAMARATAAN DALAM PERKHIDMATAN

PAKATAN MURNI. Maksud Pakatan Murni

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3 PENDIDIKAN SIVIK KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3

Seterusnya, semua agama didapati mempunyai peranan untuk memenuhi beberapa keperluan psikologi dan sosial yang penting. Antaranya ialah agama

Globalisasi merupakan satu fenomena yang menjadikan dunia kelihatan mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepesatan dan kepantasan

TEORI DAN PRINSIP PERKAMUSAN

CABARAN HUBUNGAN ETNIK SAS / CTU 553 BAB 7 - CABARAN HE 1

KENALI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA

SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA (SUHAKAM) KERTAS KONSEP PENDIDIKAN HAK ASASI MANUSIA DI SEKOLAH

LMCK2811 SOSIAL & KEBERTANGGUNGJAWABAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

Memorandum Mengenai: 1. Pertambahan Masa Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahap I Di SJKC dan SJKT.

10 JUN Y.B. TUAN HAJI AHMAD LAI BIN BUJANG minta PERDANA MENTERI menyatakan:


01 Yang manakah penyataan yang benar tentang perancangan korpus bahasa Melayu?

19/10/2016 PENGENALAN

Ucapan YAB DATO MOHAMED KHALED BIN NORDIN Menteri Besar Johor

NAMA PELAJAR : SITI NUR HASINAH BINTI HUSSIAN NO MATRIK : P79063 TAJUK: STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA OLEH PELAJAR CEMERLANG PENSYARAH:

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Sejahtera. Bismillahi Rahmani Rahim

Haji Sulaiman bin Kaiat, Ketua Bahagian Sistem Maklumat dan Puan Kamariah binti Abu Samah, Ketua Pusat Dokumentasi Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

SEMINAR PENDEKATAN WASATIYYAH PERINGKAT KEBANGSAAN : PEMAHAMAN, PENERAPAN SERTA CABARAN

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

Beberapa aspek tamadun Melayu, India, China dan Jepun. Sinopsis:

PENGENALAN. Hasil Pembelajaran. Mengenal pasti dan merangka strategi survival Melayu dan Bumiputera Menjelaskan strategi. Bumiputera fokus Malaysia.

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

UCAPAN PERASMIAN PENUTUPAN YBHG.DATO HJ. ABDUL FATAH HJ. ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA SEMPENA MAJLIS DIALOG BERSAMA PENGETUA- PENGETUA NEGERI PAHANG

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Kenapa kebencian? Apakah yang membuat seseorang itu membenci?


TAJUK 14: PEMBINAAN NEGARA-BANGSA

MODUL EKSPLORASI SEJARAH MTD 2010 TINGKATAN 5

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

H U B U N G A N E T N I K. Dasar Ekonomi Baru

PENGENALAN. Hasil Pembelajaran HUBUNGAN ETNIK. emkay 1

Pembelajara n secara masteri

Sekolah semai benih.perpaduan. Pelajar perlu disatukan bagi menzahir semangat toleransi antara kaum

PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

BAB I PENGENALAN. Mandarin di Kelantan serta faktor-faktor yang mempengaruhinya. Pada zaman moden ini,

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

Nama : Tingkatan : Sekolah : HAK CIPTA JABATAN PENDIDIKAN WILAYAH PERSEKUTUANKULA LUMUR BAB 1 NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif. Abstrak

BAB 3 : METODOLOGI. Parit Keroma dan komuniti Bugis dari kampung itu yang telah menetap di Kuala Lumpur.

TEKS UCAPAN DATO' SERI DR SITI HASMAH BINTI HAJI MOHD ALI MENARA PERKESO, KUALA LUMPUR SIMPOSIUM KERJAYA ORANG KURANG UPAYA 12 MAC 2001

BAB 5 DAPATAN DAN CADANGAN. diketengahkan kepada pengkaji-pengkaji pada masa akan datang.

SEJARAH SPM 1249/2 (Set D)

Program Transformasi Kerajaan. Pelan Hala Tuju

Penasihat Jawatankuasa Pelaksana Karnival Bahasa Tamil 2013;

NO. SOALAN: 356 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KEEMPAT PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) DEWAN RAKYAT BUKAN LISAN PERTANYAAN

Teks Ucapan Perasmian Sambutan Hari Guru Sekolah Pendidikan Dan Pembangunan Sosial Tahun 2010

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

SALUTASI. Saudara pengacara majlis; Yang Berhormat Dato M. Davendran, Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang Kawasan Sabai; Rakan-rakan saya:

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

1. Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus. Sekolah Cina Malaysia, atau nama singkatannya Dong Zong,

BAB 5. Permuafakatan Politik dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BAB 5: PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA

BAB 7 Hubungan Etnik Dari Segregasi Ke Integresi

PENGENALAN. Hasil Pembelajaran. ACIS, UiTM CTU553/555

BAB 1 : PENGENALAN. Walau bagaimanapun, Membeczka (2008) menyatakan bahawa pengajaran sebutan

Drama Forum Remaja 2020 (Sharif Shaary)

TEKS UCAPAN Y.BHG. PROF. DATUK DR. SHAHRIN BIN SAHIB. NAIB CANSELOR UTeM

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

Remeh Tetapi Penting!

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1 PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

BAB 5 KESIMPULAN. sosial dan mesej segera dalam kalangan mahasiswa Cina di Universiti Malaya, Kuala

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

SUNEDISON, INC. September 2013 DASAR ANTI-RASUAH ASING

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 4/1995 : PELAKSANAAN KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

PENGENALAN. Hasil Pembelajaran

PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SBP 2015 PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

SULIT 1249/2 JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR. 2 ½ jam Dua jam tiga puluh minit

Transkripsi:

PERPADUAN ETNIK MENERUSI PENGGUNAAN BAHASA MELAYU Siti Norayu Mohd Basir Pendahuluan Malaysia didasari oleh penduduk yang berbilang bangsa. Masyarakat pluraliti ini membawa bersama perbezaan kehendak dan kemahuan sekaligus mahu menjaga kepentingan kaum mereka sendiri. Bagi sebuah negara yang dihuni oleh masyarakat berbilang kaum,agama dan budaya, perpaduan adalah sangat penting dalam menjamin keharmonian negara. Perpaduan merupakan intipati yang sering dilaungkan oleh pemimpin dalam menjamin kelangsungan keamanan negara. Rentetan itu banyak medium yang digunakan bagi mewujudkan dan mengutuhkan perpaduan khusunya di Malaysia sebagai langkah memastikan negara tidak kucar- kacir akibat persengketaan antara kaum dan antaranya adalah menggunakan bahasa Melayu sebagai pengantara kepada perpaduan kaum. Bahasa Melayu merupakan bahasa yang diangkat sebagai bahasa rasmi di Malaysia. Faktor sejarah dimana bahasa Melayu merupakan lingua franca di zaman kepulauan Nusantara telah melayakkan bahasa Melayu dijulang sebagai bahasa kebangsaan dan digunakan secara rasmi di negara. Selaian itu bahasa Melayu mudah dipelajari dan difahami serta mempunyai bilangan penutur majority di Malaysia (Nazarudin hj. Mohd Jali, Ma rof Redzuan, Asnarulkhadi Abu Samah & Ismail Hj. Mohd Rashid (2001:165)

Atas pertimbangan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Reid telah bersetuju menjaga nilai sejarah Bahasa Melayu dan keunikannya yang yang nyata digunapakai sejak zaman kesultanan Melayu Melaka lagi. Sejarah juga telah membuktikan bahasa kesanggupan masyarakat plurality menggunapakai satu bahasa sebagai bahasa pengantar telah mewujudkan satu keadaan perniagaan dan kehidupan berkomuniti yang harmoni. Atas dasar inilah bahasa Melayu diangkat sebagai bahasa perpaduan iaitu bahasa yang mudah difahami oleh semua lapisan masyarakat tanpa ada rasa prasangka. Namun begitu persoalan timbul apabila penggunaan Bahasa Melayu adalah tidak menyeluruh dikalangan masyarakat Malaysia yang terkandung di dalamnya pelbagai etnik. Kedudukan Bahasa Melayu di dalam Perlembagaan Persekutuan Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan telah termaktub di bafwah Perlembagaan Persekutuan. Ia sinonim dengan kewujudan negara yang semestinya mempunyai satu bahasa rasmi yang tersendiri. Di bawah Perlembagaan Persekutuan, kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tertakluk di bawah Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyatakan bahawa bahasa Kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apaapa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-undang Parlimen dengan syarat bahawa (Lembaga penyelidikan Undang-undang (2008:110-111). Perkara 152 menjelaskan bahawa kedudukan bahasa Melayu sangat nyata perlu digunakan dalam urusan rasmi. Bahasa rasmi seperti yang digunakan dipejabat-pejabat kerajaan, dalam pengajaran dan pembelajaran serta perkara-perkara yang berkaitan dengan urusan rasmi. Kamus Dewan (1970:59) mendefinisikan bahasa rasmi sebagai bahasa pentadbiran,bahasa perhubungan awam,

bahasa pengantar serta bahasa ilmiah di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi. Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan (1995:130) pula merumuskan bahawa bahasa rasmi membawa pengertian sebagai peranan bahasa Melayu sebagai saranan pembinaan negara di dalam semua urusan, terutama urusan pentadbiran negara. Oleh itu, dapatlah diringkaskan bahawa bahasa rasmi ialah bahasa yang digunakan di dalam sistem pendidikan negara, urusan perniagaan dan pentabiran dan di dalaam upacara-upacara rasmi. Bahasa rasmi pula mungkin membawa lebih daripada satu fungsi bagi sesebuah negara. Toleransi penggunaan bahasa di kalangan masyarakat pelbagai kaum Wujudkah toleransi dalam penggunaan bahasa lain di Malaysia? Persoalan ini sering di gemburkan bagi menjaga kepentingan kaum masing-masing. Toleransi atau tolak ansur antara kaum merupakan senjata ampuh dalam mewujudkan perpaduan. Walaupun bahasa Melayu mendapat keistimewaan diangkat sebagai bahasa rasmi negara akan tetapi ia tidak harus digunakan secara membuta tuli dan menafikan hak etnik lain dalam mengembangkan pemahaman dan penggunaan bahasa ibunda mereka. Di bawah Perkara 152, fasal (1) (a) dan (b) umpamanya membenarkan pengajaran dan pembelajaran bahasa-bahasa lain asalkan ia tidak dalam konteks kegunaan rasmi (Lembaga penyelidikan Undang-undang (2008:110-111) Keterbukaan ini membuktikan toleransi terhadap kaum lain tetap wujud bagi menjamin rasa senang dikalangan masyarakat majmuk di Malaysia dimana di bawah Perkara 152 juga menyatakan bahawa tiada halangan dalam menggunakan bahasa ibunda masyarakat yang pelbagai. Sebagai contoh masyarakat Cina dan India bebas menggunakan bahasa ibunda mereka dalam perbualan harian selagi mana ia tidak mengganggu penggunaan bahasa Melayu dalam

urusan rasmi. Ia jelas memaparkan sifat tolak ansur dikalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Bahasa Melayu sebagai lambang jati diri yang dikongsi masyarakat berbilang kaum Bahasa bukan sahaja sebagai medium dalam menyampaikan maklumat akan tetapi merupakan lambang kepada wujudnya sesebuaha negara. Ia berperanan luas sebagai bahasa pemersatu. Hasrat ini terungkap dalam dasar bahasa dengan merujuk pada Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Melalui perkara ini, Bahasa Melayu telah dipilih sebagai lambang jati diri warganegara Malaysia. Jati diri merupakan satu sifat yang perlu ada di dalam warganegara tidak kira dari ras dan etnik yang berbeza. Jati diri yang sama perlu di kongsi bersama bagi memupuk semangat cinta akan negara serta sanggup berkorban untuk kepentingan negara dan agama. Memupuk semangat jati diri yang dikongsi bersama dalam kalangan masyarakat majmuk yang berlainan agama,anutan,kepercayaan dan cara hidup adalah perkara yang sangat rumit. Namun konsep jati diri yang utuh dijelaskan dengan memupuk semangat cinta akan bahasa kebangsaan di mana hanya satu bahasa diangkat sebagai bahasa kebangsaan. Bukan ertinya bahasa lain tidak dapat memupuk semangat jati diri dalam masyarakat Malaysia tetapi kesamaan penggunaan satu bahasa dan bahasa Melayu sebagai lambing bahasa rami negara memantapkan lagi semangat jati diri dalam masyarakat berbilang kaum. Menurut Abdullah Hassan (2009:59-81), masyarakat Jepun yang mendapat ilmu menggunakan bahasanya sendiri membuktikan mereka maju kerana minda mereka bebas dari dipengaruhi oleh bahasa asing. Justeru bahasa Melayu yang dikongsi bersama oleh masyarakat yang berbilang

kaum di Malaysia dapat memacu pembinaan jati diri mengikut acuan kita sendiri dalam mencapai Wawasan 2020 ( Bahasa Melayu Komunikasi, 2003:3-4). Namun hal yang berlaku pada hari ini, penggunaan bahasa Melayu yang melambangkan jati diri masyarakat Malaysia amat membimbangkan. Ia dibuktikan dengan pencampuran bahasa Inggeris dan bahasa Melayu dalam penuturan masayarakat Malaysia. Jati diri yang di bawa bersama dengan keunukan bahasa Melayu seolah dikikis dengan slang-slang bahasa dari Barat. Merebaknya penggunaan bahasa Melayu yang tidak betul juga mendorong kepada kelemahan pengusaan bahasa itu sendiri. Menyedari impak bahasa sebagai jati diri dan negara adalah sangat besar, maka bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan perlu dihormati iaitu dengan melahirkan rasa bangga dan penguatkuasaan undang-undang bagi mengekalkan dan memantapkan jati diri nasional Malaysia melalui penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan (http://www.malaysianbar.org.my). Bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan Umum mengetahui pluraliti masyarakat di Tanah Melayu telah membentuk masyarakat majmuk pada hari ini. Apabila membicarakan tentang kemajmukan ia bukan hanya dilihat dari segi ras yang berbeza tetapi budaya, tutur kata, acuan dan bahasa yang pelbagai. Menurut Mansor Mohd Noor (1999), masyarakat majmuk di Malaysia berbeza dari segi etnik, budaya dan agama tetapi berpegang kuat dengan ikatan kewarganegaraan yang kuat. Kepelbagaian kaum di Malaysia pada walnya dikesan sejak zaman Kepulauan Melayu dan Nusantara. Penghijrahan antara wilayah di kepulauan Melayu telah mewujudkan masyarakat yang saling berhubung walaupun pada dasarnya mereka adalah berbeza ras dan etnik. Perdagangan dan perniagaan telah menarik minat

pedagang-pedagang asing untuk masuk ke Tanah Melayu seterusnya menambah bilangan etnik lain di Tanah Melayu pada ketika itu. Ia merupakan rentetan sejarah awal wujudnya masyarakat berbilang kaum di Malaysia pada hari ini. Konflik etnik merupakan cabaran terbesar bagi negara yang di dalamnya terdiri dari masyarakat yang pelbagai kemahuan dan kehendak. Keharmonian masyarakat yang pelbagai di dalam sesebuah negara amat penting bagi menjamin kelansungan politik, ekonomi dan keharmonian hidup berkomuniti. Konflik antara etnik akan mewujudkan suasana kucar kacir sekaligus membantutkan usaha memajukan masyarakat, ekonomi dan negara. Konflik etnik boleh mengancam bukan sahaja keselamatan negara malah pembangunan negara secara menyeluruh. Bagi Malaysia yang didiami oleh masyarakat pelbagai kaum, isu perkauman tidak dapat dielakkan. Malaysia pernah mengalami situasi di mana ia mengukir sejarah pahit di kalangan masayarakat yang berbilang kaum. Justeru banyak agenda kerajaan dibentuk dan dilaksanakan bagi mengelakkan berlakunya perbalahan kaum terjadi semula. Antaranya adalah mewujudkan semangat perpaduan antara etnik di Malaysia. Perpaduan adalah medium penting dalam mewujudkan keharmonian masyarakat di Malaysia. Antara perkara yang diguna pakai oleh kerajaan dalam membentuk perpaduan antara kaum adalah dengan mewujudkan satu bahasa yang boleh difahami oleh semua lapisan masyarakat. Selaras dengan factor sejarah dan merupakan bahasa yang mempunyai penutur terbanyak di Malaysia, bahasa Melayu diangkat sebagai bahasa perpaduan. Bukan sahaja sebagai bahasa rasmi tetapi bahasa yang dapat menyatupadukan masyarakat Malaysia yang pelbagai bangsa.

Peranan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan tidak dapat disangkal kerana bahasa ini merupakan bahasa yang paling mudah difahami oleh semua peringkat umur. Pemahaman terhadap sesuatu bahasa pertuturan adalah sangat penting bagi menjamin intipati perbualan dapat difahami dengan jelas. Pengunaan bahasa yang berbeza dapat mewujudkan sikap prasangka di mana maksud sebenar perbualan tidak dapat difahami. Sebagai contoh, kebanyakan masyarakat Melayu tidak pandai berbahasa Tamil dan berbahasa Cina, tetapi kebanyakan masyarakat India dan Cina pandai menuturkan bahasa Melayu. Perpaduan menggunakan bahasa Melayu diperkuatkan lagi apabila bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar bagi proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Mohd Ghazali Abdullah (2009: 254-263), falsafah pendidikan negara yang didasari oleh Penyata Razak 1956, Ordinan Pelajaran 1957, Laporan rahman Talib 1960, dan Akta Pendidikan 1961 dengan jelas menyatakan bahawa tujuan dasar pelajaran di Malaysia adalah berhasrat untuk menyatupadukan pelajar yang berbilang kaum dan budaya dengan mengamalkan penggunaan bahasa kebangsaan yang sama iaitu bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar disetiap negeri. Perkongsian bahasa yang satu di dalam dasar pendidikan negara telah mewujudkan satu usaha dalam membentuk perpaduan dikalangan generasi muda untuk saling lebih memahami. Bahasa Melayu yang digunakan sebagai bahasa pengantar di sekolah menjadi medium dalam menyemarakkan lagi semangat perpaduan dikalangan pelajar yang berbilang kaum. Perpaduan yang dibentuk seawal zaman persekolahn rendah akan membawa kepada perpaduan yang utuh apabila pelajar memasuki pusat-pusat pengajian tinggi. Ia sekaligus mengutuhkan semangat saling berharmoni antara pelajar yang berbilang kaum dan bangsa.

Kesimpulan Hubungan etnik di Malaysia pernah mengalami sejarah hitam yaang pahit untuk ditelan dan dilupakan. Pergolakan yang berlaku bukan sahaja disebabkan oleh kegagalan menyeimbangkan ekonomi diantara masyarakat yang berbilang kaum tetapi pada dasarnya pergolakan yang berlaku adalah disebabkan oleh kurangnya rasa tolak ansur dan perpaduan antara kaum yang terlibat. Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi dilihat sebagai salah satu usaha kerajaan dalam mendokong semangat perpaduan dikalangan masyarakat yang berbilang kaum. Bahasa Melayu dilihat sebagai bahasa yang mempunyai penutur teramai dan mudah difahami sehingga dapat mengelakkan rasa prasangka dalam kalangan masayarakat yang berbilang bangsa dan agama. Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolahsekolah menyemarakkan lagi penggunaan bahasa tunggal dikalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Walaupun begitu bahasa ibunda setiap kaum masih dijaga dengan toleransi bahasa yang berlaku. Ia digunakan sebagai bahasa pertuturan harian. Matlamat bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan telah tercapai dengan penggunaannya yang meluas di Malaysia. Akan tetapi apa yang mencacatkan keindahan bahasa Melayu yang bukan sahaja sebagai pemangkin perpaduan antara kaum dan pencorak jati diri masyarakat Malaysia adalah sikap masyarakat yang kurang sayang dengan nilai bahasa itu sendiri. Percampuran bahasa dengan bahasa Inggeris dan penggunaan bahasa yang tidak betul harus dilihat agar ia dapat membawa bersama nilai jati diri mengikut acuan Malaysia.

Rujukan Abdullah Hassan, (2009), Bahasa Melayu di Persimpangan: Antara Jati Diri dengan Rempuhan Globalisasi, Jurnal Kemanusiaan 16, Universiti Pendidikan Sultan Idris Bahasa Melayu lambang jati diri nasional, (2009) http://www.malaysianbar.org.my/berita/komen_undang_undang/bahasa_melayu_lambang_jati_d iri_nasional.html, (2003), Bahasa Melayu Komunikasi, Bentong, Pahang: PTS Publication & Distributor Sdn. Bhd Kamus Dewan (2005).Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Lembaga Penyelidikan Undang-undang, (2008), Perlembagaan Persekutuan hingga 15 Mei2008, Petaling Jaya: International Law Book Srvices Mohd Ghazali Abdullah, (2009), Dasar dan Perlaksanaan Sistem Pendidikan Kebangsaan: Satu Penilaian Semula, Bangi: Universiti Putra Malaysia Nazaruddin Hj. Mohd Ali, Ma rof Redzuan, Asnarulkhadi abu Samah & Ismail Hj. Mohd Rashid, (2001), Pengajian Malaysia: Kenegaraan dan Kewarganegaraan Ed.Kedua, Petaling Jaya: Prentice Hall.