BAB 5: KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. pembelajaran bahasa Arab di Malaysia masih memerlukan kajian lanjutan. Ini kerana

dokumen-dokumen yang mirip
BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN. kajian ini secara terperinci. Ini kerana metodologi merupakan satu aspek yang penting

BAB 1 : PENGENALAN. Walau bagaimanapun, Membeczka (2008) menyatakan bahawa pengajaran sebutan

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB 5: RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab yang terakhir ini akan menyatakan cadangan dan saranan yang boleh

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. menunjukkan bahawa unsur penyebutan huruf al-qur an al-karim memain peranan

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

Abstrak. Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

Tinjauan Kelas Peralihan di Malaysia: Suatu Kajian untuk Menilai Keberkesanannya

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca. Norazlina Abdul Jalil

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

Faktor pergaulan luas digunakan dalam hal ini kerana pengkaji berpendapat

BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB V KESIMPULAN. Setelah meneliti hasil kajian yang dirancangkan di Bab IV, bab ini akan

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

BAB KEENAM RUMUSAN, CADANGAN DAN PENUTUP

BAB LIMA: KESIMPULAN DAN PENUTUP. Bagi memanfaatkan hasil kajian ini, penulis dapat simpulkan beberapa perkara.

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

BAB LIMA: RUMUSAN DAN CADANGAN. Di dalam bab ini, penyelidik merumuskan dapatan kajian yang dihuraikan menerusi

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. menjawab persoalan-persoalan kajian dan mengusulkan cadangan-cadangan untuk

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.

PENERAPAN SASTERA DALAM PENGAJARAN BAHASA DI SEKOLAH RENDAH

Abstrak. Penggunaan S 2 TAMP 2 D dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kepelbagaian Ayat. Zaetun Abbas

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

Sekolah semai benih.perpaduan. Pelajar perlu disatukan bagi menzahir semangat toleransi antara kaum

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 5 PENUTUP. berjaya menjawab objektif kajian khususnya berkaitan penggunaan media pendidikan di

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. bertentangan dalam arena bacaan al-quran, bahkan in menambahkan lagi khazanah kaedah

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES Sinopsis

BAB 1 PENDAHULUAN. bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal) memahaminya. ( Al-Zukhruf 43:3)

BAB 5 : RUMUSAN DAN CADANGAN

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

Mempertingkatkan Kemahiran Membaca Di Kalangan Murid Tahun Dua Melalui Kaedah Stesen

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

BAB 1 PENGENALAN. Teknologi khususnya yang berkaitan dengan penggunaan komputer adalah

BAB 5 PENUTUP. Mahar merupakan harta berharga dan bermanfaat yang wajib diberikan oleh suami

BAB 1 ISU PERLAKSANAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA

BAB KEENAM PENUTUP. Bab ini menyimpulkan semua permasalahan kajian iaitu menjelaskan perbandingan

KANDUNGAN Guru dan Cabaran Guru Abad Ke-21 Kualiti Guru: Keberhasilan P&P Guru

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB EMPAT RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini akan menampilkan rumusan bagi keseluruhan perkara yang telah

BAB I PENDAHULUAN. Arab. Tiada sesiapapun yang menyangkal bahawa bahasa Arab dan al-qur an al-karim

Memorandum Mengenai: 1. Pertambahan Masa Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahap I Di SJKC dan SJKT.

Jadual 4.11 : Matrik Analisis Temubual, Pemerhatian Dan Dokumen Berkaitan P&P Pendidikan Islam (P.I) KBSR

BAGAIMANA MENJADI SEORANG PELAJAR

MODEL PENGAJARAN. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

8.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI. soal selidik, dokumen, borang pemerhatian, dan temu bual. Data-data yang berbentuk

BAB 5: RUMUSAN DAN CADANGAN. membuat rumusan kepada kajian yang bertajuk Penguasaan Maṣdar : Satu Kajian Di

dan pencapaian objektif kajian. Di samping itu, dalam bab ini juga terdapat cadangan

Abstrak. Penerapan Penanda Wacana dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Menulis. Muhammad Faizrin Hashim

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

KEFAHAMAN DAN AMALAN DALAM BERAGAMA: KAJIAN TERHADAP PELAJAR BARU UiTM PAHANG DAN PELAJAR BARU UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

BAB LIMA KESIMPULAN. perbahasan dan laporan analisis kajian yang telah dijalankan daripada bab-bab sebelum ini.

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

Di dalam bab ini, pengkaji akan membincangkan mengenai kerangka teori, kaedah-kaedah yang digunakan, di mana pengkaji juga turut meninjau kerangka dan

KEMAHIRAN KOMUNIKASI (CS)

PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB KELIMA TINJAUAN KEBERKESANAN MODUL

3. Isu / Cabaran : Kesukaran Menulis dan Mengetahui Nilai Nombor

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

PANDUAN CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DRAF

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. Keputusan kajian akan dianalisis dalam tiga bahagian seperti berikut:

MODUL PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. sebelumnya. Seterusnya pengkaji akan mengemukakan beberapa cadangan yang

BAB I PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

Tajuk 6: Perkembangan Kognitif dan Bahasa. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

KESIMPULAN DAN CADANGAN. banyak oleh Allah S.W.T. Disebabkan tawaran yang terlalu istimewa daripada Allah S.W.T

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB VII KESIMPULAN DAN CADANGAN. Bab ini menerangkan ringkasan kajian secara menyeluruh. Ianya merangkumi tujuan

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

ULASAN TENTANG GEJALA PONTENG SEKOLAH

SK (2) TAMAN KERAMAT

LAPORAN LAWATAN KE BANK NEGARA MALAYSIA 11 DISEMBER 2014 SASANA KIJANG BANK NEGARA MALAYSIA NO. 2, JALAN DATO ONN KUALA LUMPUR

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

PROGRAM BAHASA MALAYSIA MASTER LAB

MENTRANSFORMASI KEBOLEHUPAYAAN & KAPASITI PENYAMPAIAN KEMENTERIAN

Program Menara Impian diadakan pada 20 hingga 22 Disember 2013 di Kolej Matrikulasi. Melaka yang bertemakan merintih keperitan menggapai kejayaan.

BAB 2: KEMAHIRAN MENDENGAR

KAEDAH PENGAJARAN JAWI KEKUATAN DAN KELEMAHAN

BAB LIMA DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN. Bab ini menghuraikan dan merumuskan dapatan-dapatan daripada kajian

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Transkripsi:

BAB 5: KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP 5.1 Pendahuluan Secara umumnya, penggunaan kaedah transliterasi dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di Malaysia masih memerlukan kajian lanjutan. Ini kerana kaedah ini jarang digunapakai di negara ini, lebih-lebih lagi UiTM sebagai institusi yang paling awal menggunakannya dalam buku teks. Justeru itu, diharapkan bahawa dapatan daripada kajian ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para pengajar serta panel penulis buku teks bahasa Arab. 5.2 Kesimpulan 5.2.1 Kesimpulan Umum a) Proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran sebutan bahasa Arab di kalangan pelajar-pelajar Melayu beragama Islam tidak boleh disamakan dengan proses pengajaran dan pembelajaran bahasa asing yang lain. b) Secara sepintas lalu, penggunaan kaedah transliterasi dalam buku teks dapat menarik minat dan memberi dorongan khususnya kepada pelajar yang lemah dalam kemahiran sebutan dan membaca tulisan Arab. c) Penggunaan transliterasi tidak membantu penguasaan kemahiran sebutan bahasa Arab pelajar, malah mengganggu proses pembelajaran mereka. 68

d) Walau bagai manapun, penggunaan kaedah ini dapat membantu golongan pelajar yang langsung tidak mempunyai asas dalam sebutan bahasa Arab seperti pelajar bukan muslim. Dalam keterbatasan masa dan ruang, mereka dapat menyebut bunyi-bunyi bahasa Arab tanpa perlu menguasai tulisan Arab terlebih dahulu. e) Penggunaan kaedah transliterasi memberikan kesan negatif jika dilihat kepada pencapaian jangka panjang pembelajaran seseorang. f) Penggunaan masa tidak perlu dibazirkan untuk memberi penerangan tentang simbol-simbol transliterasi serta perbezaannya. Sebaliknya masa tersebut hendaklah digunakan sepenuhnya untuk memberi penerangan tentang simbol-simbol bunyi dalam bahasa Arab serta perbezaan huruf-huruf yang hampir sama. 5.2.2 Kesimpulan Hasil Kajian Daripada analisis dan perbincangan dapatan yang telah dihuraikan dalam bab lalu, pengkaji dapat membuat kesimpulan bahawa: 1. Penggunaan kaedah transliterasi tidak membantu dan turut mengganggu penguasaan kemahiran sebutan bahasa Arab di kalangan pelajar UiTM. 2. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran sebutan bahasa Arab, terdapat beberapa masalah yang telah dikenal pasti, iaitu; a) Kecenderungan pelajar bergantung sepenuhnya kepada teks transliterasi yang disediakan. 69

b) Kekeliruan tentang simbol transliterasi di kalangan para pelajar. c) Penggunaan kaedah transliterasi dalam pembelajaran sebutan tidak membantu penguasaan kemahiran-kemahiran bahasa yang lain. 3. Antara langkah-langkah yang boleh digunakan bagi mengatasi masalahmasalah tersebut ialah; a) Meminimumkan penggunaan transliterasi dalam teks b) Pengukuhan kaedah pengajaran sebutan c) Galakan dan motivasi kepada pelajar lemah 5.3 Cadangan 5.3.1 Meminimumkan penggunaan transliterasi dalam teks Antara langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan kebergantungan para pelajar dengan kaedah transliterasi ialah dengan meminimumkan penggunaan transliterasi dalam teks. Pada pendapat penulis, penggunaan kaedah transliterasi boleh dihadkan kepada perkataan-perkataan tertentu sahaja. Perkataan-perkataan tersebut terdiri daripada perkataan yang agak susah untuk disebut dan mungkin menimbulkan kekeliruan di kalangan para pelajar. Kemudian, transliterasi bagi perkataan-perkataan tersebut juga hendaklah dihadkan sebanyak sekali sahaja di dalam teks iaitu kali pertama pelajar didedahkan dengan perkataan tersebut. Untuk teks perkataan yang sama, tidak 70

perlu lagi diberikan transliterasi jika digunakan pada mukasurat-mukasurat yang seterusnya. Bagi perkataan-perkataan yang ringkas dan mudah, tidak perlu disediakan transliterasi untuk melatih para pelajar menyebut dan membaca menggunakan tulisan bahasa Arab yang asal. Penggunaan transliterasi juga boleh dihadkan dalam teks bacaan di peringkat pertama sahaja. Manakala bagi subjek bahasa Arab peringkat kedua dan seterusnya penulis berpendapat kaedah transliterasi tidak lagi diperlukan. Ini kerana mereka telah melalui proses pembelajaran sebutan pada peringkat pertama serta boleh berusaha membaca dan menyebut perkataan tanpa menggunakan bantuan transliterasi. Dalam hal ini, sudah tentu mereka masih memerlukan bantuan daripada pengajar dan juga kawan-kawan yang lebih tahu. Ini bukan sahaja dapat membantu melatih mereka berusaha menyebut dengan sebutan yang betul, para pelajar juga mendapat lebih peluang untuk membezakan huruf-huruf khususnya yang hampir sama. Ia juga dapat melatih keyakinan pelajar untuk menyebut dan membaca teks bahasa Arab tanpa memerlukan transliterasi. Selain itu, ia juga dapat membantu pelajar meningkatkan penguasaan dalam kemahiran-kemahiran bahasa yang lain. 5.3.2 Pengukuhan kaedah pengajaran sebutan Antara langkah-langkah yang boleh diambil untuk meningkatkan penguasaan sebutan dan bacaan di kalangan para pelajar, ialah melakukan pengukuhan dan penambahbaikan dalam kaedah pengajaran sebutan. Ini boleh 71

dilakukan dengan mempelbagaikan teknik pengajaran dan tumpuan haruslah diberikan kepada pelajar-pelajar yang telah dikenal pasti lemah dalam sebutan dan bacaan. Para pengajar seharusnya peka dengan teknik-teknik pengajaran alternatif yang dapat digunakan untuk menambah baik proses pengajaran. Umpamanya menggunakan teknologi serta bahan bantu mengajar yang pelbagai dalam proses pengajaran. Latihan-latihan yang sesuai juga harus diberikan penekanan. Ini kerana seperti mana yang telah diketahui, mempelajari bahasa merupakan satu proses pembentukan tabiat. Maka untuk membentuk tabiat, latihan yang berterusan dan berulang kali hendaklah dijadikan amalan. Dengan hanya membaca dan menyebut secara sepintas lalu sahaja tidak dapat membaiki kelemahan para pelajar. Azman (2007) telah mengutarakan beberapa tip untuk memaksimakan keberkesanan kaedah transliterasi. Antaranya ialah, untuk menggunakan kaedah transliterasi dalam pembelajaran bahasa Arab, pelajar-pelajar seharusnya mendapat pendedahan dan penerangan yang terperinci berkenaan dengan sistem ini dan juga latihan mengenai simbol-simbol yang digunakan serta bunyinya. Pada pendapat penulis, menumpukan perhatian kepada pengajaran sebutan dengan menggunakan tulisan asal adalah lebih baik daripada menggunakan masa untuk menerangkan tentang kaedah transliterasi serta simbol-simbolnya. Ini ditambah pula dengan keterbatasan masa di mana setiap jam yang digunakan untuk proses pengajaran harus diisi dengan aktiviti pengajaran yang padat dan berkesan. Sebagai contoh, daripada pengajar 72

menekankan tentang beza bunyi simbol h dan h, maka lebih elok diterangkan dengan beza bunyi antara huruf ح dan ه dalam bahasa Arab. Terdapat banyak lagi cara untuk menambahbaik proses pengajaran dan pembelajaran sebutan bahasa Arab. Walau bagaimanapun, terdapat batasan dari segi masa yang diperuntukkan bagi subjek bahasa Arab sebagai bahasa ketiga. Selain itu, jurang perbezaan tahap penguasaan bahasa Arab yang amat jauh antara pelajar-pelajar dalam sesebuah kelas juga membataskan penumpuan terhadap pelajar-pelajar yang lemah. Oleh itu, usaha yang keras dan jitu juga harus dilakukan di pihak pelajar untuk menambah penguasaan sebutan dan bacaan bahasa Arab. 5.3.3 Galakan dan motivasi kepada pelajar lemah Disebabkan terdapat kekangan waktu dan persekitaran, pelajar-pelajar yang lemah dalam sebutan dan bacaan bahasa Arab haruslah diberikan galakan dan motivasi untuk meneruskan proses pembelajaran di luar waktu kelas. Ini kerana pembelajaran di dalam kelas adalah tidak mencukupi kerana para pengajar tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya kepada mereka. Ini kerana masa yang diberikan sangat terhad untuk mengajar dalam kumpulan yang menjangkau sehingga 40 orang dengan masa yang diberikan hanyalah empat jam seminggu. Oleh itu, pelajar seharusnya mencari jalan untuk belajar menyebut dan membaca sama ada melalui kawan-kawan mahupun mencari guru untuk belajar, khususnya guru al-quran. 73

Para pelajar khususnya yang lemah dalam bacaan dan sebutan biasanya berasa rendah diri dan malu berhadapan dengan rakan-rakan sekelas mereka. Apabila disuruh membaca dengan nada kuat di dalam kelas, mereka akan mengelak kerana berasa malu dan rendah diri berbanding kawan-kawan yang dapat membaca dengan lancar. Mereka sebenarnya memerlukan sokongan dan dorongan untuk meneruskan proses pembelajaran di luar kelas. Sokongan dan dorongan bukan sahaja diperolehi daripada pengajar dan kawan-kawan, malah yang paling penting sokongan dari ibu bapa mereka sendiri. Ini kerana melalui pemerhatian penulis, pelajar-pelajar yang lemah dalam kemahiran sebutan dan bacaan bahasa Arab (atau al-quran) biasanya mempunyai ibu bapa yang kurang mengambil berat terhadap perkembangan pembelajaran al-quran anak-anak. Realitinya, kebanyakan ibu bapa zaman sekarang lebih mengutamakan kecemerlangan dari segi akademik berbanding kecemerlangan dari segi akhlak dan agama. Maka tidak hairanlah semakin ramai anak-anak remaja yang lemah dalam sebutan bahasa Arab dan tidak dapat membaca al-quran. 74

5.4 Penutup Adalah menjadi tanggungjawab kepada tenaga pengajar bahasa Arab yang prihatin untuk berfikiran kritikal dan berusaha untuk mempertingkatkan keberkesanan pengajaran bahasa Arab sebagai bahasa ketiga khususnya di institusi ini dan seluruh Malaysia secara umumnya. Kajian ini telah dilakukan bertujuan untuk menilai kesan penggunaan kaedah transliterasi dalam penguasaan sebutan bahasa Arab di kalangan pelajar UiTM Terengganu. Kajian ini hanya melibatkan pembelajaran bahasa Arab dari segi penguasaan sebutan sahaja. Kajian yang meliputi kemahiran-kemahiran lain yang lebih lanjut harus dijalankan. Kajian ini juga sebenarnya masih kecil sumbangannya untuk membuktikan dapatan yang adil dan saksama. Ini kerana kajian ini terbatas kepada beberapa orang responden di salah satu cawangan kampus sahaja. Maka kajian susulan yang melibatkan kampus-kampus lain dan skala responden yang lebih besar dan meluas hendaklah dilakukan. Melalui dapatan kajian ini juga, pihak penulis dengan rasa rendah diri ingin menyarankan agar penggunaan kaedah transliterasi secara meluas di dalam semua buku teks bahasa Arab yang diterbitkan untuk kegunaan para pelajar di UiTM dinilai semula oleh panel penulis pada masa akan datang. 75