BAB 5: RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab yang terakhir ini akan menyatakan cadangan dan saranan yang boleh

dokumen-dokumen yang mirip
BAB 5: KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. pembelajaran bahasa Arab di Malaysia masih memerlukan kajian lanjutan. Ini kerana

BAB 1 : PENGENALAN. Walau bagaimanapun, Membeczka (2008) menyatakan bahawa pengajaran sebutan

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. menunjukkan bahawa unsur penyebutan huruf al-qur an al-karim memain peranan

BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. Keputusan kajian akan dianalisis dalam tiga bahagian seperti berikut:

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB 1 PENDAHULUAN. bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal) memahaminya. ( Al-Zukhruf 43:3)

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. bertentangan dalam arena bacaan al-quran, bahkan in menambahkan lagi khazanah kaedah

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN. kajian ini secara terperinci. Ini kerana metodologi merupakan satu aspek yang penting

BAB PERTAMA PENDAHULUAN. dan digunakan secara meluas sebagai media dakwah, politik, perdagangan, ilmu

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

Memorandum Mengenai: 1. Pertambahan Masa Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahap I Di SJKC dan SJKT.

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat.

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil

Memorandum Pertubuhan-Pertubuhan Cina. Y. A. B. Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

BAB ENAM RUMUSAN, CADANGAN DAN PENUTUP

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

BAB 1 PENGENALAN. memberikan impak positif dan sumbangan kepada dunia pendidikan iaitu untuk

Tinjauan Kelas Peralihan di Malaysia: Suatu Kajian untuk Menilai Keberkesanannya

BAB 5: RUMUSAN DAN CADANGAN. membuat rumusan kepada kajian yang bertajuk Penguasaan Maṣdar : Satu Kajian Di

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB LIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. beberapa cadangan bagi mengembangkan lagi kajian ini.

Jamrah Sibin Jeswenny Fresshila John

BAB SATU PENGENALAN. Hikmat terbesar daripada penurunan al-qur an al-karim dengan tujuh

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA AYAT-AYAT YANG MENGANDUNGI PERKATAAN GABUNGAN TIGA SUKU KATA TERBUKA KV + KV + KV. Oleh. Abdillah Bin Nurdin Asis

BAB KEEMPAT ANALISIS DATA. Di dalam usaha untuk memperincikan kemahiran tilawah al-qur an al-karim,

BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP

BAB LIMA: RUMUSAN DAN CADANGAN. Di dalam bab ini, penyelidik merumuskan dapatan kajian yang dihuraikan menerusi

BAB KEENAM RUMUSAN, CADANGAN DAN PENUTUP

PROGRAM BAHASA MALAYSIA MASTER LAB

2.0 PENYATAAN MASALAH

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

3.0 PENGENALAN : METODOLOGI PENYELIDIKAN. Penyelidikan ini bertujuan meneliti keupayaan pelajar Melayu mentranskripsikan dan

BAB 5 : RUMUSAN DAN CADANGAN

BAB I PENGENALAN. Sejarah pendidikan bahasa Arab di Malaysia telah mula semenjak awal abad ke-19

INSTRUMEN KAJIAN RINTIS SISTEM PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN

LAMPIRAN B. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Saudara dan saudari yang budiman,

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATUK BENDAHARA, JASIN, MELAKA. KOLOKIUM PELAJAR PROGRAM PERSEDIAAN UNIVERSITI NEGERI MELAKA 2011

Sustainable Education 54

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.

Peluasan Ayat Melalui Strategi Penggunaan Pelbagai Keterangan. Abstrak

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

Mempertingkatkan Kemahiran Membaca Di Kalangan Murid Tahun Dua Melalui Kaedah Stesen

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

Abstrak. Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca

PANDUAN PELAKSANAAN MODEL 6 BULAN KHATAM AL-QURAN TAHUN 6

Abstrak. Penggunaan S 2 TAMP 2 D dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kepelbagaian Ayat. Zaetun Abbas

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. prosedur menjalankan penyelidikan kajian. Pengkaji

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Bab ini akan membincangkan kaedah-kaedah yang digunakan untuk mengumpul

PERISIAN TOONDOO MEMBINA KEMAHIRAN MENULIS MURID

SK (2) TAMAN KERAMAT

BAB LIMA DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN. Bab ini menghuraikan dan merumuskan dapatan-dapatan daripada kajian

P E L A N H A L A T U J U 5 T A H U N PERPADUAN H T T P S : / / W W W. S U R V E Y M O N K E Y. C O M / R / E D U R O A D M A P

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

KANDUNGAN Guru dan Cabaran Guru Abad Ke-21 Kualiti Guru: Keberhasilan P&P Guru

KESIMPULAN DAN CADANGAN. banyak oleh Allah S.W.T. Disebabkan tawaran yang terlalu istimewa daripada Allah S.W.T

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

KAEDAH PENGAJARAN JAWI KEKUATAN DAN KELEMAHAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES Sinopsis

BAB I PENDAHULUAN. Arab. Tiada sesiapapun yang menyangkal bahawa bahasa Arab dan al-qur an al-karim

BAB SATU PENGENALAN. topik perbincangan dalam kajian morfologi ( ) perlu diketengahkan. fonologi yang berlaku dalam pembentukan kata bahasa Arab.

PENERAPAN SASTERA DALAM PENGAJARAN BAHASA DI SEKOLAH RENDAH

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

INISIATIF PPPM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH PERKUKUHAN AKTIVITI KOKURIKULUM

KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) KAJIAN TINDAKAN

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca. Norazlina Abdul Jalil

BAB 5 PENUTUP. berjaya menjawab objektif kajian khususnya berkaitan penggunaan media pendidikan di

Abstrak. Penerapan Penanda Wacana dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Menulis. Muhammad Faizrin Hashim

TUNDUK PADI BERISI. Oleh. Mohammad Asffia Bin Edi ABSTRAK

Mengukuhkan Kemahiran Interaksi Penulisan. Abstrak

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

BIDANG TUMPUAN UTAMA:

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. menjawab persoalan-persoalan kajian dan mengusulkan cadangan-cadangan untuk

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

Mesyuarat Pelaksanaan Peperiksaan Kelas Khas Kemahiran Membaca dan Menghafaz al-quran (KKQ)

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. Rumusan itu merangkumi hal-hal yang berkaitan terjemahan Al-Quran, metodologi

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI / 2012 HBML1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

KANDUNGAN BAB TAJUK HALAMAN PENGAKUAN

PROGRAM KAJIAN TINDAKAN NEGERI PERAK PERINGKAT SEKOLAH

4. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

Abstrak. Penerapan Pantun dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Fauziah Muhamad Fadzillah Sekolah Rendah Fengshan

TAHAP PERSEDIAAN BAKAL GURU FIZIK DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA DALAM MELAKSANAKAN PENGAJARAN FIZIK DENGAN MENGGUNAKAN BAHASA INGGERIS LOW BEE YEN

PERSEPSI TERHADAP PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN MORAL TAHUN 1 MASALAH PEMBELAJARAN

Kementerian Pelajaran Malaysia. Sukatan Pelajaran. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah MATEMATIK

Transkripsi:

BAB 5: RUMUSAN DAN CADANGAN 5.0 Pendahuluan Bab yang terakhir ini akan menyatakan cadangan dan saranan yang boleh dipertimbangkan oleh guru, penggubal sukatan, pengarang buku teks khusus untuk murid-murid serta mereka yang terlibat dengan pendidikan kanak-kanak di peringkat permulaan. 5.1 Rumusan dan Pandangan Penyelidik 1. Penyelidik berpendapat bahawa keputusan kajian ini amat penting untuk diteliti oleh pihak-pihak yang terlibat di dalam pendidikan awal bahasa Arab. Daripada pengalaman pendidik mengajar bahasa Arab di sekolah serta terlibat di dalam penggubalan kurikulum bahasa Arab di peringkat menengah dan rendah, penyelidik mendapati bahawa para guru dan ahli panel penggubal sukatan tidak membezakan di antara pengajaran bahasa Arab untuk peringkat menengah dan rendah. Justeru, timbul pelbagai kesukaran untuk murid di peringkat awal untuk mempelajari bahasa Arab. Penyelidik berpendapat pembelajaran awal di peringkat kanak-kanak harus dimulai dengan asas 127

fonetik sebelum diajar dengan rangkai kata seperti kaifa ha:luka, s}aba:h} alkhayr seperti mana yang terdapat di dalam sukatan pada masa kini. 2. Terdapat kanak-kanak yang tidak mampu menutur dan membezakan huruf Arab dengan betul. Kurikulum yang digubal tidak dapat memenuhi kehendak kanak-kanak keperluan khas. Selama ini kurikulum yang dibentuk hanya melihat secara holistik kepada kanak-kanak biasa yang mempunyai keupayaan bertutur seperti orang-orang biasa. Penyelidik melihat betapa pentingnya sukatan dan kurikulum yang dibina mengambil kira kepelbagaian keupayaan murid. 3. Terdapat empat kategori sebutan murid. Pertama: Sebutan kerana dipengaruhi oleh sebutan bahasa ibunda. Kanak-kanak menyebut huruf-huruf yang merupakan konsonan asas di dalam bahasa ibunda. Huruf-huruf yang mempunyai bunyi yang hampir sama akan disebut dengan bunyi yang terdapat di dalam bahasa ibunda. Huruf-huruf /ط/ si:n, /س/ s}a:d dengan /ص/ si:n, /س/ tha:ʔ dengan /ث/ tersebut adalah t}a:ʔ dengan /ت/ ta:ʔ, /ذ/ dha;l, /ض/ d}a:d, /ظ/ z}a:d dengan /ز/ zayy, /ح/ h}a:ʔ dengan /ه/ ha. Seperti mana yang penyelidik sebutkan di dalam bab 3, bagi sebutan kanak-kanak, sebutan-sebutan ini masih boleh diterima. Guru perlu menerima sebutan murid ini dan dibetulkan sedikit demi sedikit. 128

Kedua: Sebutan yang dipengaruhi oleh asimilasi Penyelidik juga mendapati sebutan huruf-huruf yang berhampiran akan mempengaruhi sebutan murid. Misalnya perkataan mimsahatun di mana huruf mi:m yang berhampiran ditukarkan kepada nu:n menjadi minsah}atun. Kita sedia maklum bahawa bahasa Arab adalah bahasa asing bagi kanak-kanak di awal pendidikan sekolah rendah. Walaupun terdapat pendapat yang mengatakan terdapat banyak perkataan Arab di dalam bahasa Melayu, perkataan-perkataan tersebut kebanyakannya di dalam bidang agama dan istilah-istilah tradisional. Bagi istilah-istilah baru, kanak-kanak Melayu tidak pernah mendengar perkataan-perkataan tersebut. Penyelidik berpendapat kanak-kanak ini perlu mendengar sesuatu perkataan dalam frekuensi yang mencukupi sebelum dapat menuturkannya dengan betul. Ketiga: Sebutan yang dipengaruhi oleh faktor umur dan pentabiatan Terdapat di kalangan kanak-kanak yang tidak dapat menyebut huruf /ر/ ra:ʔ dengan betul. Penyelidik telah merekodkan perkataan-perkataan di mana fonem ini ditukar bunyi kepada huruf lain. Penyelidik berpendapat bahawa keadaan ini dipengaruhi oleh faktor umur. Terdapat kanak-kanak yang sememangnya tidak dapat menutur fonem ini dengan betul. Faktor yang kedua ialah faktor pentabiatan seperti mana yang disebutkan oleh al-ja:h}iz} di mana 129

Wa:s}il bin c Ata: sendiri tidak dapat menyebut fonem ra:ʔ dengan betul dan menggantikannya dengan perkataan lain yang tidak terdapat huruf berkenaan. Di sini juga penyelidik berpendapat bahawa guru haruslah menerima sebutan kanak-kanak tersebut dan membetulkannya sedikit demi sedikit tanpa mengurangkan markah pencapaiannya di dalam Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR). Keempat: Sebutan dipengaruhi oleh pelat kanak-kanak Daripada 30 orang subjek yang ditemui penyelidik, penyelidik mendapati terdapat dua orang kanak-kanak yang pelat kanak-kanak mereka amat tebal. Mereka menyebut perkataan-perkataan dengan sebutan mereka sendiri yang tidak terdapat contoh seperti yang disebutkan oleh al-ja:h}iz}. Misalnya perkataan sikki:n disebut sitti:n, ba:s}un yang disebut ba:tʃun. Sebutansebutan ini adalah sebutan pelat kanak-kanak. Bagi kanak-kanak ini, penyelidik percaya sebutan mereka di dalam bahasa ibunda pun mempunyai masalah. Justeru, para pendidik dan pembimbing kanak-kanak ini haruslah mengambil langkah melakukan terapi sebutan agar mereka dapat menyebut sesuatu bunyi dengan betul. 130

4. Penyelidik menyimpulkan bahawa daripada hasil penelitian, terdapat beberapa persamaan di antara apa yang telah disebutkan oleh al-ja:h}iz} dengan kepelbagaian variasi sebutan kanak-kanak Melayu. 5. Jumlah murid yang terlalu ramai serta nisbah guru murid di sekolah ini 1:300 mempengaruhi proses sebutan murid. Guru tidak mampu untuk memberikan perhatian kepada setiap murid disebabkan kekangan masa. Walaupun telah dicadangkan oleh Mohd Alwi Yussof dan Ismail Ahmad di dalam kertas kerja mereka yang dibentangkan di Seminar Jawi, al-quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain di Hotel Pan Pacific, KLIA, Sepang pada 3-5 Mac 2004 yang mengatakan: Bilangan murid dalam setiap kelas Bahasa Arab perlu dikurangkan kepada jumlah yang tidak melebihi 20 orang supaya keberkesanan P&P akan dapat dipertingkatkan dan setiap murid dapat ikut serta dalam aktiviti pembelajaran. (Mohd Alwi Yussof dan Ismail Ahmad, kertas kerja bertajuk Pelaksanaan Bahasa Arab di Sekolah Kebangsaan: Antara Realiti dan Harapan, 2004:10) Harapan ini masih belum terlaksana. Sepanjang pemerhatian penyelidik, guru tidak dapat memastikan masalah sebutan murid kerana guru hanya 131

menjalankan pengajaran secara holistik dan tidak dapat menumpukan kepada kaedah individualistik di dalam pengajaran sebutan. 5.2 Cadangan Setelah melihat kepelbagaian sebutan kanak-kanak ini, penyelidik ingin mencadangkan beberapa langkah yang perlu dilihat oleh para pendidik, sekolah, Bahagian Pendidikan Islam, Bahagian Perkembangan Kurikulum untuk memantapkan pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di peringkat awal di sekolah rendah. 1. Guru-guru perlu mempunyai pengetahuan tentang aspek-aspek fonetik dan fonologi. Guru-guru yang mengajar bahasa Arab di sekolah tersebut mengakui bahawa mereka tidak mempunyai asas fonetik dan tidak mengetahui istilahistilah yang penyelidik kemukakan kepada mereka. Mereka juga tidak dapat menyatakan bilangan makhraj huruf serta tempat-tempat artikulasi. Justeru, penyelidik mencadangkan agar Institut Pengajian Tinggi Awam dan Institutinstitut Pendidikan Guru mempunyai sukatan khas asas-asas fonetik dan fonologi kepada para graduan agar mereka benar-benar mempunyai kompetensi ilmu ketika menjalankan pengajaran di dalam bilik darjah. 2. Pembelajaran bahasa Arab di peringkat rendah haruslah dimulai dengan pengajaran asas fonetik dan fonologi yang betul. Proses ini diharap dapat 132

membantu murid menyebut bahasa Arab dengan betul di samping membetulkan bacaan al-quran. Mengadaptasi kaedah pengajaran di peringkat menengah untuk diaplikasi di peringkat rendah adalah sesuatu yang kurang tepat. Kurikulum sekolah rendah perlu berbeza dengan kurikulum sekolah menengah. 3. Penyelidik mencadangkan agar satu modul khas pembelajaran bahasa Arab diwujudkan bagi kumpulan murid-murid keperluan khas ini. Kurikulum yang sedia ada tidak dapat memenuhi kehendak golongan ini. 4. Gangguan bunyi bahasa ibunda turut mempengaruhi sebutan kanak-kanak ini. Penyelidik mencadangkan agar kanak-kanak ini diberi pendedahan dan frekuensi sebutan yang mencukupi sebelum mereka dapat menuturkan sesuatu fonem atau perkataan dengan betul. Justeru, usaha-usaha yang progresif perlu dilakukan untuk mengecilkan saiz kelas dan juga nisbah guru murid agar murid dapat mendengar dengan kekerapan yang mencukupi sehingga mereka dapat mengubah sebutan mereka. 5. Penilaian sebutan murid tidak harus menggunakan penilaian tradisional. Sebutan seseorang murid tidak harus dibandingkan dengan rakan-rakannya. Di dalam penilaian moden, sebutan murid harus direkodkan secara individu. 133

Perkembangan kemajuan murid dinilai berdasarkan kemajuan murid tersebut meningkatkan pencapaiannya merentas masa, bukannya membandingkannya dengan murid lain. 6. Bahagian Perkembangan Kurikulum melalui unit bahasa Arab harus mengambil kira kepelbagaian kanak-kanak yang terdapat di sekolah di dalam pembinaan kurikulum. Penyelidik mencadangkan agar pemilihan kriteria huruf, perkataan dan tema harus mengambil kira perkembangan bahasa kanak-kanak. Perkataan yang mempunyai huruf ra:ʔ harus dielakkan kerana fonem ini sukar disebut oleh kanak-kanak, mendahulukan huruf-huruf yang mempunyai padanan di dalam bahasa ibunda, mendahulukan fonem-fonem yang tidak melibatkan lidah, mendahulukan perkataan yang mempunyai satu suku kata dan dua suku kata serta mendahulukan perkataan yang mempunyai kaitan dengan alam murid. 7. Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia harus mengambil langkah pro aktif dan progresif untuk mengecilkan saiz bilik darjah supaya pembelajaran bahasa Arab di sekolah rendah mencapai matlamat seperti yang diharapkan. Saiz kelas yang besar menyebabkan guru tidak dapat menumpukan perhatian yang sepenuhnya membetulkan sebutan 134

murid. Saiz kelas yang ada sekarang terutama di kawasan-kawasan yang padat dengan penduduk dan murid sudah tidak sesuai untuk pengajaran bahasa Arab. 5.3 Penutup Hasil kajian ini menunjukkan bahawa kita pendidikan bahasa Arab di peringkat rendah masih memerlukan kajian yang banyak serta perhatian yang lebih oleh pelbagai pihak. Selain daripada itu, peningkatan kompetensi guru di dalam pengajaran dan pembelajaran fonetik juga harus ditingkatkan agar kanak-kanak dapat menyebut perkataan-perkataan Arab dengan sebutan yang betul. Pihak Kementerian Pelajaran melalui Bahagian Pendidikan Islam dan juga Bahagian Perkembangan Kurikulum harus melakukan langkah-langkah yang progresif meningkatkan prestasi pembelajaran di peringkat rendah dengan pengurusan guru dan pengurusan kurikulum agar dapat meningkatkan penguasaan murid di dalam mempelajari bahasa Arab. 135