CATATAN PERBINCANGAN SEMAKAN KURIKULUM DAN AKREDITASI PROGRAM AKADEMIK PUSAT PEMBANGUNAN KURIKULUM (CDC) Tarikh : 6.3.2017 (Isnin) Masa : 9.00 pagi 11.30 pagi Tempat : Bilik Mesyuarat CDC CDC: 10/2017 Hadir: Pengerusi Institut Pengajian Siswazah (IPS) Pusat Perkembangan & Pengurusan Kualiti (QMEC) Bahagian Akademik Pusat Pembangunan Kurikulum (CDC) Profesor Dr. Yatimah Alias Profesor Dr. Abrizah Abdullah Puan Munirah Abd Hamid Profesor Dr. Suzeini Abdul Halim Puan Raja Sothi A/P Raja Sapai Cik Hasnatul Farhana Hassan Puan Zarina Zainol Abidin Puan Wan Nooraini Ab. Hamid Profesor Madya Dr. Rozita Yusoff Puan Julie Mashita Mohd Hatta Cik Amira Arleena Aminuddin 1. Penetapan Tempoh Pelaksanaan Proses Semakan Kurikulum dan Akreditasi Semula (1) Tempoh Kitaran Akreditasi dan Semakan Kurikulum (a) Pengarah QMEC memaklumkan Arahan Kerja untuk proses Akreditasi Penuh bagi program akademik seperti berikut: (i) Program akademik baharu dengan status Akreditasi Sementara, perlu memohon untuk status Akreditasi Penuh dengan menyediakan dokumen Laporan Penilaian Kendiri Program (02). (ii) Bagi program akademik baharu yang mendapat sijil status Akreditasi Penuh, proses semakan kurikulum adalah dikira daripada tahun Akreditasi Penuh dan dilaksanakan sebelum tamat kitaran program seterusnya. Walau bagaimanapun, semakan kurikulum boleh dilaksanakan lebih awal dari tempoh yang ditetapkan. Antara faktor yang dapat menyumbang kepada keadaan ini adalah jika terdapat pindaan dalam standard disiplin program berkenaan, disyaratkan oleh Panel Penilai bagi program berkenaan atau apa-apa keadaan lain.
(iii) Semakan kurikulum tidak dilaksanakan selepas Akreditasi Penuh kerana program tersebut baru disenaraikan dalam Daftar Kelayakan Malaysia (MQR). Ia memberi implikasi negatif sekiranya sejurus disenaraikan dalam MQR, terdapat pindaan kepada program. Ia juga memberi gambaran negatif kepada penilaian yang telah dijalankan oleh Panel Penilai. (iv) Bagi program akademik bukan profesional sedia ada, proses Akreditasi Semula dijalankan sekali setiap lima hingga enam tahun tertakluk kepada tempoh minimum pengajian program berkenaan dan setelah selesai proses semakan kurikulum. Proses pengakreditasian semula program sedia ada bertujuan untuk mengekalkan pendaftaran program tersebut dalam MQR. (b) Ahli-ahli mesyuarat mengambil maklum contoh penerangan tentang proses kitaran akreditasi (Ijazah Dasar) seperti di bawah: i. Akreditasi Sementara dan Akreditasi Penuh untuk program akademik baharu. 2016/17 2017/18 2018/19 2019/20 2020/21 Proses Sesi Masuk Sesi Tamat Kitaran Baharu Akreditasi Akreditasi Sementara *Akreditasi Penuh * Akredetasi Penuh perlu di buat satu semester sebelum tamat sesi kohort pertama. (Tempoh pengajian bergantung kepada program). ii. Akreditasi Semula untuk program akademik sedia ada. Proses Semakan Kurikulum Akreditasi 2012/13 2013/14 2014/15 2015/16 2016/17 Sesi Masuk Sesi Tamat Kitaran Baharu Semakan kurikulum Akreditasi Semula (c) Mesyuarat dimaklumkan bahawa pihak IPS telah menghantar senarai program Ijazah Tinggi ke MQA untuk disenaraikan di dalam MQR. Salinan surat akan dihantar ke semua ahli. Tindakan: Dekan IPS (2) Senarai Program Untuk Semakan Kurikulum Bagi Tahun 2017 (a) Ahli-ahli mesyuarat mengambil maklum bahawa pihak CDC akan mengeluarkan satu surat peringatan kepada semua PTj yang perlu membuat semakan kurikulum dalam masa terdekat (tahun 2017) termasuk
semua program berbentuk penyelidikan dan klinikal merujuk kepada jadual di bawah: Nama program Mod Pengajian Status Fakulti Alam Bina Sarjana Pengurusan Fasiliti dan Penyenggaraan Sarjana Senibina Sarjana Muda Sains Seni Bina Sarjana Muda Ukur Bangunan Fakulti Bahasa dan Linguistik Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik (Bahasa Jerman Dengan Pendidikan) Fakulti Perubatan Sarjana Perubatan Psikologi Sarjana Surgeri Sarjana Anestesiologi Sarjana Perubatan Dalaman Sarjana Obstetriks dan Ginekologi Sarjana Pediatrik Sarjana Surgeri Ortopedik Sarjana Perubatan Keluarga Sarjana Otorinolaringologi - Surgeri Kepala & Leher Sarjana Oftalmologi Sarjana Radiologi Sarjana Perubatan Sukan Sarjana Perubatan Pemulihan Perubatan Dalam Patologi Perubatan Dalam Patologi (Hematologi) Perubatan Dalam Patologi (Mikrobiologi Perubatan) Perubatan Dalam Patologi (Patologi Forensik) Perubatan Dalam Patologi (Patologi Kimia) Perubatan Dalam Patologi (Histopatologi) Sarjana Patologi (Patologi Forensik) Sarjana Patologi (Hematologi) Sarjana Patologi (Patologi Kimia)
Sarjana Patologi (Patologi Anatomik) Sarjana Patologi (Mikrobiologi Perubatan) Sarjana Onkologi Sarjana Pembedahan Pediatrik Sarjana Perubatan Kecemasan Sarjana Fizik Perubatan Perubatan Doktor Perubatan Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan Fakulti Undang-Undang Sarjana Muda Eksternal (Jurisprudens) Fakulti Sains Sarjana Muda Sains Dengan Pendidikan Institut Asia Eropah Sarjana Antarabangsa dalam Perusahaan Kecil dan Sederhana (IMSME) Sarjana Muda Sastera (Pengajian Media) Fakulti Sastera dan Sains Sosial Pusat Sukan struktur 3u1i Sarjana Muda Sains Sukan (Sains Eksesais) Institut Kepimpinan Pendidikan Sarjana Kepimpinan Pendidikan Tindakan: CDC (3) Penggabungan/Pecahan/Penjumudan Program Akademik (a) Pihak CDC akan membuat bengkel perbincangan bersama PTj bagi membincangkan senarai program program akademik yang terlibat dalam penggabungan/ pecahan program seperti berikut:
Fakulti/ PTj Akademi Pengajian Islam Fakulti Alam Bina Fakulti Pendidikan Fakulti Sains Fakulti Undang- Undang Pusat Kebudayaan Nama Program Dahulu Sarjana Syariah Sarjana Usuluddin (Seni bina) (Binaan) (Pengurusan Harta Tanah) Sarjana Pendidikan (Pendidikan Jasmani) *Penggabungan program-program secara mod penyelidikan tidak dinyatakan (Matematik) (Sains & Teknologi) (Fizik, Biologi/ Kimia & Geologi) Sarjana Undang- Undang Sarjana Kesenian (Seni Rupa) Sarjana Seni Persembahan (Muzik) Sarjana Seni Persembahan (Drama) Sarjana Seni Persembahan (Tari) Nama Program Terkini Sarjana Syariah (Ekonomi Islam) Sarjana Syariah (Fiqh dan Usul) Sarjana Syariah (Undang-Undang Syariah) Sarjana Syariah (Pengurusan dan Kewangan Islam) Sarjana Syariah (Politik dan Pentadbiran Islam) Sarjana Usuluddin (Akidah dan Pemikiran Islam) Sarjana Usuluddin (Al-Quran dan Al-Hadith) Sarjana Usuluddin (Dakwah dan Pembangunan Insan) Sarjana Usuluddin (Sejarah dan Tamadun Islam) Sarjana Alam Bina Sarjana Pendidikan (Pendidikan Jasmani dan Kesihatan) Sarjana Pendidikan * - Sarjana Undang-Undang Sarjana Undang-Undang Komersial Sarjana Kesenian Mod Pengajian
(b) Pihak CDC akan turut mengaturkan satu perbincangan dengan PTj bagi membincangkan senarai program akademik yang melibatkan proses penjumudan seperti berikut: Fakulti Program Mod Pengajian Akademi Pengajian Melayu Sarjana Pengajian Melayu Fakulti Ekonomi dan Sarjana Statistik Gunaan Pentadbiran Fakulti Kejuruteraan Sarjana Muda Kejuruteraan (Komputer) 1. Sarjana Pendidikan (Pendidikan Kesihatan) Fakulti Pendidikan Fakulti Perubatan Fakulti Sains 2. Sarjana Pendidikan (Pendidikan Sains Sosial) 3. Sarjana Pendidikan (Falsafah Pendidikan) 1. Sarjana Muda Pengimejan Perubatan 2. Perubatan dalam Kesihatan Awam 1. (Petroleum Geologi) 2. Sarjana Teknologi (Sains Bahan) 3. Sarjana Muda Sains (Geografi) FSKTM Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Pengurusan) Fakulti Sastera dan Sains Sosial Sarjana Muda Sastera (Matematik) Fakulti Undang-Undang Sarjana Undang-Undang Institut Kemahiran Sarjana Kepengetuaan Kepimpinan Institut Asia Eropah Sarjana Antarabangsa Pengurusan Pusat Asasi Sains Asasi Alam Bina Pusat Kebudayaan Sarjana Seni Persembahan (Tari) Tindakan: CDC (c) Takrifan baharu proses jumud/beku/lupus, pelaksanaan APEL (C) akan dimurnikan di dalam dokumen DPPA. Tindakan: BA dan CDC (d) Ahli-ahli mesyuarat mengambil maklum bahawa pendaftaran nama program akademik beserta mod pengajian perlu dikekalkan di dalam senarai MQR walaupun terdapat perubahan dari segi nomenklatur bagi mengelakkan sebarang kekeliruan.
2. Program Akademik Baharu Setelah berbincang, ahli-ahli mesyuarat templat kos pelaksanaan program dipersetujui untuk dibuat secara berasingan bagi program ijazah dasar dan ijazah tinggi. Contoh templat adalah seperti di Lampiran 1 dan 2. 3. Hal-hal Lain (1) BA memaklumkan setiap program akademik yang telah dibawa dalam mesyuarat JKIK perlu diambil tindakan dalam tempoh tidak melebihi tiga bulan (3). Sekiranya perkara telah melebihi tempoh yang dinyatakan, program tersebut perlu dibawa semula ke mesyuarat JKIK sebagai perkara baharu. Tindakan: Pengarah CDC (2) Penawaran program secara Dwi/ Dual/ Ijazah Bersama (a) Terdapat keperluan untuk membuat perbincangan bersama untuk menyediakan garis panduan bagi kegunaan setiap PTj. (b) Semua program yang sedang dijalankan secara dwi/dual/ijazah bersama perlu melalui JKIK, Senat dan dimaklumkan kepada KPT. Tindakan: Pengarah CDC (3) Ahli-ahli mesyuarat mengambil maklum status terkini bagi sistem repositori masih di dalam peringkat perbincangan di antara pihak IPS dengan pihak vendor luar. Tindakan: Pengarah IPS & CDC Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.30 pagi.