BAB 5 KESIMPULAN. sosial dan mesej segera dalam kalangan mahasiswa Cina di Universiti Malaya, Kuala

dokumen-dokumen yang mirip
KANDUNGAN ABSTRACT PENGHARGAAN SENARAI JADUAL SENARAI SINGKATAN BAB 1 PENGENALAN Latar Belakang Kajian Permasalahan Kajian 3

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Kajian tinjauan (survey) ini merupakan kajian inferensi dengan menggunakan

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

MAKLUM BALAS PELAJAR TERHADAP PROGRAM PRASISWAZAH FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN (FASS)

GE 1155 KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN SEMESTER 1, SESI 2015/2016

BAB 3 : METODOLOGI. Parit Keroma dan komuniti Bugis dari kampung itu yang telah menetap di Kuala Lumpur.

KAJIAN PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP PARTI DAN KEPIMPINAN PKR, NOVEMBER 2010

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

KEBERKESANAN ANIMASI DALAM PEMBELAJARAN BAHASA ARAB DALAM KALANGAN PELAJAR MELAYU SOAL SELIDIK PELAJAR

Oleh yang demikian, pengkaji memilih kaedah kajian lapangan dalam kajiannya. Bab

LAPORAN HASIL DAPATAN KAJIAN PERSEPSI MAHASISWA MENGENAI RASUAH DI MALAYSIA

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

NAMA PELAJAR : SITI NUR HASINAH BINTI HUSSIAN NO MATRIK : P79063 TAJUK: STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA OLEH PELAJAR CEMERLANG PENSYARAH:

BAB KELIMA TINJAUAN KEBERKESANAN MODUL

KAJIAN TERHADAP MINAT MEMBACA DI KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI LEDANG

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

BAB III METODOLOGI KAJIAN. tertentu yang boleh memberikan data yang sahih dan dikehendaki untuk menyelesaikan

Abstrak. Penerapan Penanda Wacana dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Menulis. Muhammad Faizrin Hashim

MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK TAHUN LIMA DALAM BAHASA INGGERIS

Nur Hafiza Osman (Fiza O)

FENOMENA PERCAMPURAN KOD DALAM BERITA HIBURAN SURATKHABAR BAHASA CINA DI MALAYSIA

Memorandum Pertubuhan-Pertubuhan Cina. Y. A. B. Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia

BAB I PENGENALAN. Mandarin di Kelantan serta faktor-faktor yang mempengaruhinya. Pada zaman moden ini,

BAB IV METODOLOGI KAJIAN. mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

BAB 5 DAPATAN DAN CADANGAN. diketengahkan kepada pengkaji-pengkaji pada masa akan datang.

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN. segi proses-proses pembentukan kata dan item leksikal (KIL) berserta beberapa

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

LAPORAN PENYELIDIKAN

BANGI, 15 Mac 2013 Sebarang usaha untuk menghuraikan nahu yang hendak dijadikan pegangan Bahasa Melayu mestilah yang mudah difahami masyarakat.

KECEKAPAN GURU PELATIH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MEMBACA BAHASA CINA

Di dalam bab ini, pengkaji akan membincangkan mengenai kerangka teori, kaedah-kaedah yang digunakan, di mana pengkaji juga turut meninjau kerangka dan

BAB 5 KESIMPULAN. berkaitan perwakilan dapatan kajian juga disentuh, sebelum diakhiri dengan cadangan

BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. Keputusan kajian akan dianalisis dalam tiga bahagian seperti berikut:

2.0 PENYATAAN MASALAH

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA FENOMENA PENGEKALAN DAN PERALIHAN DIALEK DALAM KALANGAN MASYARAKAT DI KG PENDIAT, BOTA NOR AQILAH BT ALIASAM

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

ARAHAN: ( )

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif. Abstrak

ýii _5 ý ýs ýý ý ýý KAJIAN PENGESANAN GRADUAN UNIMAS 2006 LAPORAN KAJIAN Disediakan Oleh : Pusat Pemajuan Pelajar Universiti Malaysia Sarawak

Memorandum Mengenai: 1. Pertambahan Masa Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahap I Di SJKC dan SJKT.

BAB LIMA: RUMUSAN DAN CADANGAN. Di dalam bab ini, penyelidik merumuskan dapatan kajian yang dihuraikan menerusi

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

PROGRAM KEMBARA PEMBELAJARAN

BAB 5 PENUTUP. berjaya menjawab objektif kajian khususnya berkaitan penggunaan media pendidikan di

BAB 5: KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. pembelajaran bahasa Arab di Malaysia masih memerlukan kajian lanjutan. Ini kerana

BESAR dan kecil. Oleh. Zailan Bin Jeman Sekolah Kebangsaan Tarat, Serian, Sarawak. Abstrak

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. I. Mengenal pasti strategi membaca teks yang paling kerap dan biasa digunakan

PERMASALAHAN KEMAHIRAN LISAN PRASEKOLAH SJK (TAMIL) Aisyah Amin & Abdul Rasid Jamian Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia.

Faktor-faktor Yang Menyumbang kepada Kecemerlangan Akademik Pelajar di Universiti Teknologi Malaysia

BAB 1 PENGENALAN. pembentukan kata dalam akhbar harian bahasa Tamil. Seterusnya, pernyataan masalah,

Penilaian Holistik Darjah 1 & 2

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

Modul e-daftar. (Sesi 2014/2015)

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN. penyelidikan. Hasil kajian yang diperolehi juga sangat bergantung kepada metodologi

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

BAB 1 : PENGENALAN. Walau bagaimanapun, Membeczka (2008) menyatakan bahawa pengajaran sebutan

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA INSTRUMEN PENGESANAN MURID BERMASALAH DALAM PEMBELAJARAN (LINUS TEGAR) ARAHAN BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS APRIL 2011

Gaya Hidup Pelajar Cemerlang dalam Persekitaran Kampus

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 5 KESIMPULAN DAN SARANAN. Setelah kajian secara teliti dilakukan terhadap tajuk yang dipilih dan dipersetujui,

KENYATAAN AKHBAR. oleh Y. BHG. PROF. TAN SRI DATO DZULKIFLI BIN ABDUL RAZAK PENGERUSI MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA. tentang

OREIENTASI PEMBELAJARAN DI KALANGAN PELAJAR INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AWAM DI PENCAPAIAN DALAM AKADEMIK

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL

LMCK 1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH SEM /2017 SET 4 LAPORAN AKHIR

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

BAB 2: KEMAHIRAN MENDENGAR

PENGAJARAN Sistem Nombor Perduaan Mengenal pasti nombor perduaan dan nombor perpuluhan

SIKAP GENERASI MUDA TERHADAP BAHASA MELAYU: SENARIO DI MALAYSIA, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DAN INDONESIA. Aminah Awang Basar

HHHC 9501 PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN (SET 23)

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Bab ini adalah membincangkan tentang metodologi yang digunakan dalam kajian ini.

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.

PERMASALAHAN DI KALANGAN GURU BERKELUARGA YANG MELANJUTKAN PELAJARAN DI UNIVERSITI

LAPORAN AKHIR HHHC9301 PENGURUSAN MAKLUMAT & PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (SET 5) PROGRAM UKM FLY HIGH AUSTRALIA

BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

S A R A N A. Sekolah. Inisiatif Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta Suatu Inisiatif Utama Makmal GTP2.0

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

BAB 7 KESIMPULAN. dibincangkan, iaitu data korpus, dapatan kajian dan kajian hadapan.

SMK TUN TUAH PENYELIDIKAN DAN KONSULTASI SESI 2010/2011 KERTAS CADANGAN UNTUK MENGKAJI :

KANDUNGAN. 1.1 Pendahuluan dan Latar Belakang Kajian Pernyataan Masalah Kepentingan Kajian Objektif Kajian 1.

Peluasan Ayat Melalui Strategi Penggunaan Pelbagai Keterangan. Abstrak

PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Bahasa Melayu di bilik darjah Tingkatan 4 berdasarkan kaedah structural coding.

MAKLUMAT UMUM IKLAN DAN PERMOHONAN JENIS PROGRAM PROGRAM PENGAJIAN

BLHL 1012 : BAHASA MELAYU I

KAJI SELIDIK PENDAPAT AWAM

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca. Norazlina Abdul Jalil

Keperluan Komunikasi. Komunikasi Berkesan 2/2/2016

Tinjauan Kelas Peralihan di Malaysia: Suatu Kajian untuk Menilai Keberkesanannya

Transkripsi:

BAB 5 KESIMPULAN 5.1 Rumusan Dapatan Kajian Kajian ini bertujuan untuk meninjau pemilihan bahasa dalam laman jaringan sosial dan mesej segera dalam kalangan mahasiswa Cina di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Selain itu, kajian juga menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan bahasa responden dalam kedua-dua medium komunikasi tersebut. Kajian dilakukan melalui soal selidik dan temu bual semi-struktur. Seramai 100 orang mahasiswa Cina pada peringkat ijazah sarjana muda yang mengikuti program pengajian yang berlainan dipilih secara rawak di 10 perpustakaan untuk dijadikan sebagai responden dalam kajian soal selidik. Daripada keseluruhan sampel, seramai 83 responden sudi ditemu bual selepas mengisi borang soal selidik. Temu bual bersemuka dilakukan untuk memahami secara mendalam tentang faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan bahasa responden dalam laman jaringan sosial dan mesej segera. Analisis dilakukan mengikut teori domain yang diperkembangkan oleh Fishman (1972). Oleh itu, pemilihan bahasa responden dalam KBK ditinjau berdasarkan tujuan atau fungsi komunikasi dan faktor interlokutor yang berlainan. 90

Dapatan menunjukkan bahasa Inggeris mencatatkan kadar penggunaan yang paling tinggi dalam kalangan responden semasa (i) menulis mesej ringkas (personal message) tentang status sendiri; (ii) melabelkan foto sendiri pada laman jaringan sosial; (iii) mengepos tulisan-tulisan pada kolum nota atau ruangan blog sendiri; (iv) memberi komentar pada status, foto dan pautan yang diposkan oleh kawan berbangsa Cina, Melayu dan India, adik beradik serta sahabat kawan (friend s friends); (v) bersembang dengan kawan berbangsa Cina, Melayu dan India serta adik beradik dalam talian; (vi) membincangkan hal-hal pembelajaran dengan kawan berbangsa Cina, Melayu dan India; (vii) membincangkan isu-isu semasa dengan kawan bukan bangsa Cina dalam talian. Dapatan ini menunjukkan bahawa pola pemilihan bahasa dalam KBK adalah sama bagi tujuan komunikasi dan faktor interlokutor yang berlainan, iaitu majoriti aktiviti KBK masing-masing menunjukkan penggunaan bahasa Inggeris adalah dominan. Secara keseluruhan, bahasa Inggeris boleh dianggap sebagai variasi H dan variasi L dalam KBK berdasarkan konsep poliglosia. Ini disebabkan bahasa Inggeris merupakan bahasa yang paling dominan dalam konteks yang formal (contohnya perbincangan isu-isu semasa dan hal-hal pembelajaran) dan juga konteks yang kurang formal (contohnya penulisan mesej ringkas, sembangan, pemberian komentar pada status dan foto rakan) dalam KBK. Terdapat dua faktor utama yang mendorong bahasa Inggeris menjadi bahasa yang dominan dalam KBK. Pertama, kebanyakan responden berpendapat bahawa penggunaan bahasa Inggeris mempunyai pelbagai bentuk singkatan contohnya omg (oh my God), r (are), u (you) yang boleh ditaip dengan lebih pantas dan singkatan tersebut juga difahami secara umum oleh majoriti interlokutor serta bahasa Inggeris boleh terus ditaip 91

dalam huruf roman telah mendorongkan responden lebih kerap menggunakan bahasa Inggeris daripada bahasa yang lain. Selain itu, pertukaran mesej dan giliran pertuturan yang cepat dan segera dalam laman jaringan sosial dan mesej segera telah meningkatkan motivasi instrumental responden untuk terus menggunakan bahasa Inggeris. Tambahan pula, kebanyakan tugasan pembelajaran di universiti ditaip dalam bahasa Inggeris atau bahasa Melayu telah menjadikan mereka lebih selesa untuk menaip bahasa yang berhuruf roman terutama bahasa Inggeris. Dalam kata lain, kepantasan dan keselesaan penggunaan bahasa Inggeris menjadikan responden lebih kerap menggunakannya dalam KBK. Faktor kedua adalah faktor persekitaran. Kawan sebilangan responden lebih kerap menggunakan bahasa Inggeris dalam talian telah meningkatkan motivasi mereka untuk memilih bahasa Inggeris sebagai pilihan bahasa pertama dalam KBK agar merapatkan jarak sosial mereka dalam komunikasi. Bahasa Cina merupakan bahasa yang dikuasai dengan paling baik oleh responden, tetapi kadar penggunaannya dalam laman jaringan sosial dan mesej segera kurang daripada penggunaan bahasa Inggeris. Ini menunjukkan kebanyakan responden tidak menggunakan repertoir linguistik semasa berkomunikasi dalam KBK. Bahasa Cina hanya mencatatkan kadar penggunaan yang jauh lebih tinggi daripada penggunaan bahasa Inggeris semasa (i) memberi komentar pada status, foto, pautan yang diposkan oleh ibu bapa; dan (ii) membincangkan isu-isu semasa dengan ibu bapa dalam talian. Ini disebabkan kebanyakan responden mengakomodasikan repertoir bahasa ibu bapa dengan menggunakan bahasa Cina yang paling baik dikuasai oleh ibu bapa. 92

Berdasarkan maklum balas yang diberi oleh responden, kerumitan dalam penaipan aksara Cina menyebabkan mereka jarang menggunakan bahasa Cina dalam KBK. Faktor ini merupakan masalah teknikal kerana penaipan aksara Cina sebenarnya tidak rumit. Masalahnya ialah responden jarang praktikal, maka mereka terpaksa mengambil masa yang panjang untuk menginputkan fonetik dengan tepat bagi mendapatkan aksara yang betul melalui perisisan input bahasa Cina. Oleh itu, responden mempunyai tanggapan bahawa panaipan aksara Cina adalah rumit. Tanggapan ini mengurangkan motivasi mereka untuk menggunakan (menaip) bahasa Cina dalam KBK. Selain itu, kebanyakan responden tidak kerap menggunakan bahasa Cina dalam KBK kerana mereka tidak dapat menaip aksara Cina dengan pantas jika dibandingkan dengan bahasa Inggeris yang mempunyai banyak bentuk singkatan. Walaupun bahasa Melayu juga merupakan bahasa yang berhuruf roman, tetapi kadar penggunaannya dalam KBK tidak setinggi dengan bahasa Inggeris. Sebaliknya, bahasa Melayu pada keseluruhan mencatatkan penggunaan yang paling rendah dalam kalangan responden. Analisis kajian menunjukkan bahasa Melayu hanya lebih kerap digunakan dalam interaksi yang melibatkan interlokutor berbangsa Melayu tetapi peratusan penggunaannya masih rendah daripada penggunaan bahasa Inggeris. Sementara itu, tiada responden menggunakan bahasa Melayu semasa menulis status sendiri, melabelkan foto sendiri mahupun berinterksi dengan interlokutor yang berbangsa Cina. Berdasarkan maklum balas yang diberikan oleh responden, didapati keadaan ini bergantung kepada tanggapan responden yang menganggapkan bahasa Melayu sebagai 93

bahasa yang digunakan oleh bangsa Melayu, maka kebanyakan daripada mereka hanya biasa menggunakan bahasa Melayu terhadap interlokutor yang berbangsa Melayu. Kekurangan kawan berbangsa Melayu dalam senarai kawan dalam laman jaringan sosial atau mesej segera dan faktor persekitaran dalam KBK yang jarang menggunakan bahasa Melayu turut menyebabkan responden jarang menggunakan bahasa Melayu dalam KBK. Di samping itu, faktor kurang menguasai bahasa Melayu menyebabkan sebahagian responden jarang menggunakan bahasa Melayu. Keputusan ujian khi-kuasa dua menunjukkan bahawa responden lelaki atau perempuan, mahupun responden mengikut program beraliran sains atau sastera mempunyai kecenderungan pemilihan bahasa yang sama, iaitu masing-masing lebih kerap menggunakan bahasa Inggeris dalam KBK. Secara kesimpulannya, bahasa Inggeris paling dominan digunakan oleh responden, diikuti dengan bahasa Cina, manakala bahasa Melayu mencatatkan kadar penggunaan yang paling rendah. Selain itu, keputusan menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pemilihan bahasa dalam KBK dengan merujuk kepada gender dan program pengajian responden. Faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan bahasa responden dalam KBK termasuk (i) kesenangan dan keselesaan terhadap penggunaan sesuatu bahasa; (ii) kedominan sesuatu bahasa, dan (iii) faktor persekitaran. 94

5.2 Cadangan Kajian ini hanya dilakukan terhadap 100 orang mahasiswa Cina di Universiti Malaya, maka dapatan tidak memberi gambaran yang menyeluruh mengenai pemilihan bahasa dalam KBK dalam kalangan generasi muda Cina di negara ini. Penyelidik pada masa hadapan boleh menjalankan kajian yang sama terhadap mahasiswa Cina di universiti yang lain bagi menentukan sama ada terdapat persamaan atau perbezaan dari segi pola pemilihan bahasa dalam KBK. Selain itu, kajian yang sama juga boleh dilakukan terhadap populasi yang berlainan, mahupun populasi dari bangsa Melayu atau India untuk mengetahui sama ada pola pemilihan bahasa dalam KBK terhadap bangsa yang berlainan mempunyai kecenderungan yang sama atau tidak. Tambahan pula, kajian perbandingan hubungan antara pemilihan bahasa dalam KBK dengan pemilihan bahasa dalam komunikasi lisan juga boleh dilakukan. 95