Pekerja seluruhnya di satu pihak, dan di satu pihak yang lain pula, di antara Kerajaan dengan Kesatuan-kesatuan Sekerja dan Persatuan-persatuan

dokumen-dokumen yang mirip
1 Y.B. Datuk Hussein Onn.

UCAPAN PERDANA MENTERI DI MAJLIS JAMUAN TAHUNAN PERSATUAN PERKHIDMATAN TADBIR DAN DIPLOMATIK (PTD) DI HOTEL HILTON, KUALA LUMPUR, PADA 9 JUN, 1979.

UCAPAN PERDANA MENTERI DI UPACARA PEMBUKAAN RASMI KILANG SYARIKAT MALAYSIA EXPLOSIVES SDN. BHD, DI BATU ARANG, SELANGOR PADA 8HB JULAI, 1972

membuatnya menurut Peraturan Mesyuarat Dewan ini. Dan Ahli Yang Berhormat yang telah membentangkan cadangan supaya ditangguhkan Dewan ini untuk

TEKS UCAPAN DATO' SERI DR SITI HASMAH BINTI HAJI MOHD ALI MENARA PERKESO, KUALA LUMPUR SIMPOSIUM KERJAYA ORANG KURANG UPAYA 12 MAC 2001

dengan anak isteri mereka dalam bulan yang mulia ini dalam suasana yang meriah itu.

UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA SEMPENA PERASMIAN PEJABAT BARU DAN

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI TAALA WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA. YANG BERUSAHA TUAN HAJI RUSLI ABD. HAMID, PENDAFTAR KUKUM

RUKUN NEGARA. B.006(B.M) Januari 2013 (100.)

PAKATAN MURNI. Maksud Pakatan Murni

OLEH AZI RAHIMEE BIN MOHAMED


PEK.KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN BIL.7 TAHUN 1982 Kerjaluar

KENYATAAN MEDIA LAPORAN PEMBIAYAAN POLITIK JAWATANKUASA KONSULTATIF NASIONAL MENGENAI PEMBIAYAAN POLITIK

TR 2:2:75. Saudara-saudara sekalian,

UCAPAN PERDANA MENTERI DI UPACARA PELANCARAN SISTEM EJAAN BAHARU DI DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, KUALA LUM- PUR PADA 16HB OGOS, 1972

TR 1:8:71. Y.B. Encik Ghafar, 1

BAB 8 : KESIMPULAN. kawasan bandar Jesselton (Kota Kinabalu) dalam kegiatan badan-badan beruniform

Dalam pada itu, sudah semestinya pula rakyat sentiasa berjagajaga kerana musuh-musuh negara masih berada di tengah-tengah

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Info Ketua Pengarah LPP Ke 10

KERAJAAN MALAYSIA. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 9/1991 PANDUAN MENGENAI PELAKSANAAN DASAR PERSYARIKATAN MALAYSIA

KETEGUHAN NEGARA DAN CABARAN DI HADAPAN KITA

UCAPAN TIMBALAN PERDANA MENTERI, DALAM UPA- CARA PENUTUP KONGRES EKONOMI BUMIPUTERA DI DEWAN TUNKU ABDUL RAHMAN, KUALA LUMPUR PADA 7 JUN, 1965

Garis Panduan Bagi Perbelanjaan Potongan Dua Kali Untuk Perbelanjaan Penyelidikan Dan Pembangunan Di Bawah Seksyen 34A Akta Cukai Pendapatan 1967

PERANCANGAN BANDAR & WILAYAH DI MALAYSIA:

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

SEMINAR HAL EHWAL TENTANG SYARIKAT

KURSUS PASCA AKRAB BENGKEL DAN PROJEK AKRAB

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN LATIHAN PEGAWAI PERUBATAN SISWAZAH SELAMA DUA TAHUN

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

UCAPAN PERDANA MENTERI DI PER- HIMPUNAN GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA DI JOHOR BAHRU, JOHOR PADA 29HB JULAI, 1974

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran KAJIAN TEMPATAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

UCAPAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERTAMA KOPERASI ALUMNI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK KUANTAN 72/73

Teks Ucapan YB. Datuk Abdul Rahim Bakri Timbalan Menteri Pertahanan. Sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Koperasi Tentera Yang Ke-49

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA GARIS PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGURUSAN MEL ELEKTRONIK

KEMAHIRAN KOMUNIKASI (CS)

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN UTAMA (JUSA) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

UCAPAN PERASMIAN DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERTAMA KOPERASI KARIAH MASJID AMBANGAN HEIGHT KEDAH BERHAD

POLISI DALAMAN PEMBERIAN MAKLUMAT INTERNAL WHISTLE BLOWER POLICY

UCAPAN YBHG. DATO HAJI ABDUL FATTAH BIN HAJI ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERTAMA KOPERASI ALUMNI SEVOTEK TAIPING BERHAD

1.0 LATAR BELAKANG 2.0 TUJUAN

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

UCAPAN PERDANA MENTERI SEMPENA HARI RAYA AIDILPITRI UNTUK SIARAN MELALUI RADIO/TV MALAYSIA PADA 16HB OKTOBER, 1974

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

Membudayakan Kecemerlangan Dalam Perkhidmatan Awam

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 1991

PERISYTIHARAN Hak Asasi Manusia Sejagat

Keutuhan Peribadi. Zahari Daud Ketua Penolong Pendaftar Bahagian Pengurusan Akademik

BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT

NO. SOALAN: 356 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KEEMPAT PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) DEWAN RAKYAT BUKAN LISAN PERTANYAAN

ABDUL KARIM BIN ABDUL AZIZ HARNANI BINTI SHUMSUDIN PEJABAT PENASIHAT UNDANG-UNDANG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA TEL : E-MEL :

GARIS PANDUAN ANUGERAH TOKOH KEPIMPINAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

No.K.P./ Passport LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN UTAMA SEKTOR AWAM (JUSA) Tahun

TALKING POINT YANG BERBAHAGIA BRIG. JENERAL DATUK PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR. UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)

oleh Dato Abdul Hamid bin Hj. Mohamad Hakim, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang Tuan Pengerusi, Dato -Dato, Tuan-Tuan yang saya hormati sekalian,

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 5: PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PERKHIDMATAN SOKONGAN (II) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

Pengambilan Tanah untuk Keretapi Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura Soalan-soalan Lazim (FAQ)

ANUGERAH TOKOH KEPIMPINAN

UCAPAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH BIN HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA SEMPENA PERASMIAN MESYUARAT AGUNG

UKM-SPKP-JP-PK04-BO01 No. Semakan : 00 Tarikh Kuatkuasa: 01/05/2012

Bab 2. Bab. Bab. Bab 1. Bab 3 Bab 8. 4 Bab 9. Tingkatan 5. Bab. Bab

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil

DASAR PENGURUSAN REKOD ARKIB ELEKTRONIK DAN

TEKS UCAPAN PERASMIAN YB DATO SERI DR. HILMI BIN HAJI YAHAYA TIMBALAN MENTERI KESIHATAN MALAYSIA SEMPENA MAJLIS PELANCARAN KEMPEN BARAH USUS BESAR

i. Kekeliruan Ejaan: Yang Dipertua, Yang di-pertua, Yang Dipertuan, dan Yang di-pertuan ii. Soal Jawab Masalah Tatabahasa iii.

Teks Ucapan. YB Datuk Abdul Rahim bin Bakri Timbalan Menteri Pertahanan Sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Koperasi Tentera Ke-50

Bab 2. Bab. Bab. Bab 1. Bab 3 Bab 8. 4 Bab 9. Tingkatan 5. Bab. Bab

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

PERANAN PIHAK BERKUASA PERANCANG TEMPATAN DALAM PEMBANGUNAN TANAH

بسمااللهالرحمنالرحیم السلا معلیكمورحمةااللهوبرگاتھ. Terima kasih Saudara /saudari pengacara majlis

UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

R2001 PENGURUSAN ORGANISASI

PERJANJIAN LATIHAN KEMAHIRAN ANTARA DAN MAJLIS AMANAH RAKYAT DAN PADA HARIBULAN 20

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN LISAN MESYUARAT PERTAMA. PENGGAL KEEMPAT. PARLIMEN KETIGA BELAS. MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

Tempat: Unit Pemulihan Carakerja (Pemulihan Psikiatri) Hospital Alor Star,

Tinjauan Kelas Peralihan di Malaysia: Suatu Kajian untuk Menilai Keberkesanannya

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP14 : GARIS PANDUAN PENGURUSAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

Deskripsi Polisi Pengurusan Perhubungan Media Di Dalam Universiti Putra Malaysia. Naib Canselor

TEKS PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA SEMPENA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

Kepelbagaian Budaya Menurut kamus Dewan (2005) edisi keempat muka surat 102, kepelbagaian ialah perihal berbagai-bagai jenis. Kepelbagaian merangkumi

LAMPIRAN MAKLUMAT PRODUK. Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Skim Kenderaan Persendirian.

TAJUK Program Sekolah Integrasi. DIKEMUKAKAN OLEH Bahagian Sekolah-Sekolah

PERAKUAN SIAP DAN PEMATUHAN

MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH KHIDMAT CEMERLANG MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA 2006 DI PUTRAJAYA INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE (PICC) 28 FEBRUARI 2008

NORAFFENDY B. ABD. KHALID JPPN SELANGOR

Universiti Malaysia PAHANG engineering' Technology' CreatMty

Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Negara Malaysia

Transkripsi:

TR 1:5:73 UCAPAN PERDANA MENTERI DI UPACARA PEMBUKAAN KONVENSYEN MAJLIS KAKI- TANGAN KERAJAAN KUMPULAN IMG, DI DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, KUALA LUMPUR PADA 1HB MEI, 1973 Tuan Pengerusi, Saya sungguh gembira kerana dapat bersama dengan saudarasaudara pada pagi ini dan berpeluang membuka Konvensyen pertama Kesatuan-kesatuan Sekerja dan Persatuan-persatuan Pekerja dalam Perkhidmatan Awam yang diadakan dua tahun sekali dengan tujuan untuk menubuhkan Majlis Pihak Pekerja Kebangsaan. Pada pendapat saya, Konvensyen ini mempunyai dua erti yang besar. Pertama, ianya diadakan pada hari yang bersejarah bagi pergerakan Kesatuan Sekerja di negara ini, iaitu pada Hari Buruh yang diisytiharkan buat pertama kali oleh Kerajaan sebagai hari kelepasan am di Malaysia. Keduanya, Konvensyen ini merupakan permulaan zaman baru di bidang industrial relations dalam sektor awam kerana objektifnya ialah hendak menubuhkan sebuah jentera perundingan bentuk baru bagi seluruh Perkhidmatan Awam, dan juga buat pertama kalinya menghimpunkan wakil-wakil dari hampir semua kesatuan di seluruh Malaysia. Seperti yang kita maklum, Majlis Whitley Kebangsaan terpaksa digantung dalam tahun 1969 disebabkan oleh keadaan pada masa itu dan berterusan hingga hari ini. Tetapi saya gembira bahawa masa peralihan itu telah tidak disia-siakan kerana dalam tempoh itu Kerajaan telah mengambil kesempatan meneliti struktur seluruh jentera perundingan, fungsi-fungsinya, dan kesannya sebagai sebuah jentera perundingan dengan tujuan untuk memperbaiki dan menguatkan lagi supaya membolehkannya mencapai segala objektifnya dengan cara yang lebih berkesan lagi. Ini telah dilakukan oleh Kerajaan setelah berunding dengan bekas Pihakpihak Pekerja dalam Majlis-majlis Whitely Kebangsaan. Kerajaan 138

berharap dengan tertubuhnya jentera perundingan bentuk bara ini akan dapat ditubuhkan satu Majlis Bersama Kebangsaan yang betul-betul mewakili semua pekerja dalam Perkhidmatan Awam. Pihak Pegawai dalam Majlis Bersama Kebangsaan akan terdiri dari wakil-wakil Kerajaan Pusat dan Negeri sementara Pihak Pekerja akan terdiri dari ahli-ahli yang dilantik oleh Kesatuan Sekerja dan Persatuan-persatuan Pekerja yang mewakili semua peringkat dan pekerjaan dalam Perkhidmatan Awam. Ini adalah satu perubahan besar dari bentuk lama di mana Pihak Pekerja terdiri dari ahli-ahli yang dilantik oleh gulungan/kesatuan tertentu yang ditetapkan dan ini menyebabkan Kesatuan-kesatuan Sekerja di luar gulungan ini tidak diwakili terus dalam kumpulan Pihak Pekerja dan oleh itu tidak mendapat hak untuk berunding dengan Kerajaan. Tambahan pula, pada masa lampau semua perundingan adalah berpusat kepada tuntutan-tuntutan individu yang dikendalikan dengan secara ad-hoc saja. Saya yakin dengan tertubuhnya jentera perundingan yang baru ini, keadaan yang tidak memuaskan itu tidak akan timbul lagi. Majlis Bersama Kebangsaan yang baru itu memperuntukkan dua peringkat perundingan. Diperingkat Kebangsaan, cuma dasardasar mengenai gaji dan syarat-syarat perkhidmatan umum dan masaalah-masaalah yang melibatkan seluruh atau hampir seluruh Perkhidmatan akan dipertimbangkan. Sementara di peringkat yang lain pula, Kesatuan-kesatuan Sekerja dan Persatuan-persatuan Pekerja yang diakui sebagai mewakili satu-satu kumpulan pekerjaan atau perkhidmatan yang tertentu mengikut Akta Perhubungan Perusahaan, 1967 diberi hak dan kebebasan berunding terus dengan Majlis Bagi Gaji dan Syarat-syarat Perkhidmatan yang akan mewakili Kerajaan mengenai apa-apa tuntutan yang berkaitan dengan syarat-syarat perkhidmatan ahli-ahli Kesatuan yang berkenaan itu asalkan tuntutan tersebut tidak mengait atau merombak "relativity" di antara kumpulan pekerjaan dan perkhidmatan itu dengan kumpulan dan perkhidmatan lain. Dengan cara ini akan terdapatlah proses dialog berterusan yang berasingan dan rasmi di antara Kerajaan dan Pihak Pekerja yang mewakili semua Kesatuan Sekerja dan Persatuan-persatuan 139

Pekerja seluruhnya di satu pihak, dan di satu pihak yang lain pula, di antara Kerajaan dengan Kesatuan-kesatuan Sekerja dan Persatuan-persatuan secara individu. Saya percaya ini adalah satu cara yang baru dan radikal dalam soal menyelesaikan masaalah perindustrian di negara ini. Saya sangat-sangat mengharapkan supaya semua yang terlibat secara langsung dengan perjalanan jentera perundingan baru ini akan berbuat seberapa yang boleh untuk menjayakannya dan menghasilkan perhubungan majikan/pekerja yang baik demi kepentingan pekerja-pekerja dan juga negara. Saya sangat gembira kerana walaupun dalam masa empat tahun yang lampau apabila jentera perundingan digantungkan, terdapat perhubungan baik di antara pegawai-pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam yang merupakan alat penting Kerajaan dalam pentadbiran kakitangan, dengan bekas ahli-ahli Pihak Pekerja dan pegawai-pegawai Kesatuan Sekerja dan Persatuan Kakitangan. Dengan adanya perhubungan yang mesra ini Kerajaan telah dapat melaksanakan Lapuran Suffian dan Aziz tanpa menghadapi masaalah besar. Memandang bahawa Lapuran Suffian, khasnya, telah membawa satu zaman baru yang menggantikan zaman Benham yang lama, perlaksanaan Lapuran tersebut yang berjalan dengan licin itu merupakan satu kejayaan yang amat besar. Tambahan pula, berikutan dengan perlaksanaan Lapuran ini, banyak masaalah mengenai syarat-syarat perkhidmatan gulungan pekerja tertentu yang kebanyakannya timbul dari perlaksanaan Lapuran Suffian telah dapat diselesaikan. Malah, tuntutan-tuntutan yang lain juga telah dapat diselesaikan dengan memuaskan. Cara masaalah-masaalah ini diselesaikan menunjukkan bahawa terdapat rasa muhibbah yang tidak pernah wujud sebelum ini. Tidak syak lagi ini disebabkan oleh adanya perubahan sikap dan pandangan di semua pihak yang lebih menitikberatkan kepentingan negara. Saya harap perubahan sikap ini akan kekal dan dapat meletakkan asas bagi membolehkan semua rundingan di masa akan datang diadakan dalam suasana persahabatan yang 'informal' dan perasaan muhibbah antara kedua pihak supaya menjamin penyelesaian masaalah yang dihadapi itu. 140

Saudara-saudara sekaliari, Terdahulu daripada ini, saya telah mengatakan keistimewaan hari ini sebagai Hari Buruh yang pertama kali diakui dengan rasmi dan dirayakan di Malaysia. Sementara kita semua bergembira dengan perayaan 1hb Mei ini, saya ingin saudara-saudara sekalian, terutama pemimpin-pemimpin Kesatuan Sekerja, memikirkan betul-betul dan meneliti objektif utama pertubuhan saudara di samping mengkaji semula kejayaan-kejayaan yang telah dicapai selama ini. Lebih-lebih lagi, kita patut memikirkan apakah sumbangan selanjutnya yang dapat diperbuat samada secara organisasi persendirian atau kumpulan, untuk kebajikan ahli-ahli dan terhadap kestabilan sosial dan ekonomi negara seluruhnya. Oleh yang demikian, hari ini sudah sepatutnya dijadikan "a day of appraisal" untuk meneliti dengan mendalam apa yang telah dibuat dan apa sepatutnya yang akan dibuat dan juga "a day of dedication". Saya yakin hasil dari penelitian diri sendiri ini akan mendatangkan munafaat untuk kita semua. Seperti yang sedia dimaklum, tugas kita yang penting sekarang ialah membina bangsa Malaysia yang bersatupadu berasas pada prinsip-prinsip Rukunegara. Adalah mustahak bagi kita setiap masa memberikan perhatian berat kepada usaha-usaha membentuk keperibadian bangsa atau national identity kita sendiri yang mencerminkan keseluruhan dari kehidupan rakyat dan yang membezakan kita dari bangsa-bangsa lain. Dengan yang demikian, sepatutnya kita memberikan tempat yang lebih istimewa dan mengutamakan kepada pahlawanpahlawan dan pemimpin-pemimpin kita sendiri dalam memberikan nama kepada bangunan atau Dewan ataupun jalan-jalan supaya dikekalkan nama-nama mereka itu dalam sejarah bangsa. Meskipun benar terdapat tokoh-tokoh yang terkenal di kalangan dunia international, tetapi adalah lebih baik pada peringkat pembangunan identiti kebangsaan kita sekarang ini kita memberikan keutamaan kepada orang-orang kita sendiri. Saya telah kerapkali menekankan bahawa Dasar Ekonomi Baru akan menentukan hidup-mati kita sebagai sebuah negara. Berbagai 141

projek pembangunan yang sedang dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Kedua adalah bertujuan hendak memberikan kepada rakyat kita dari semua bangsa, terutama mereka yang kurang bernasib baik dan tidak berada, kehidupan yang lebih sempurna dan memupuk satu identiti nasional sebagai bangsa moden dan maju menerusi sains dan teknoloji. Tugas utama Perkhidmatan Awam dari segi dayausaha kebangsaan bukan saja untuk merancang dan melaksanakan projek-projek tetapi juga untuk memahami sepenuhnya objektif Dasar Ekonomi Baru. Kita tahu rakyat tidak akan bertindak atau memberikan 'response' yang menggalakkan terhadap satu rancangan atau 'idea' jika sekiranya mereka tidak memahaminya. Mereka tidaklah dapat menyumbangkan tenaga terhadap objektif dan cita-cita kebangsaan itu tanpa semangat dedikasi dan jujur terhadapnya. Dalam hal inilah saya rasa badan-badan rasmi seperti Kesatuan Sekerja dapat memainkan peranan yang penting dan berkesan dan ini dapat dicapai dengan mengadakan perbincangan-perbincangan, seminar dan bengkel kerja untuk meneliti sikap dan response Perkhidmatan Awam terhadap Dasar Ekonomi Baru serta memberi 'feed back' yang perm kepada Kerajaan. Di sinilah saudarasaudara selaku pemimpin boleh memainkan peranan penting dalam kemajuan masyarakat dan negara. Saya mensifatkan ini satu cara cabaran kepada pemimpin-pemimpin sekalian, satu cabaran yang memerlukan kejujuran dan dedikasi serta taat setia yang tidak berbelah bagi. Saudara-saudara sekalian hari ini mempunyai tugas untuk memilih pemimpin-pemimpin yang akan berkhidmat dalam Majlis Kebangsaan Pihak Pekerja dan mereka pula bertanggungjawab untuk memilih Pihak Pekerja di dalam Majlis Bersama Kebangsaan. Ini ialah satu tugas yang memerlukan kebijaksanaan dan pertimbangan yang cukup teliti dan saya harap saudarasaudara akan menyempurnakan tanggungjawab ini selaras dengan kepentingan dan taraf Majlis itu serta tanggungjawabnya. Saya yakin ini sudah tentu dapat dilaksanakan kerana ia bukan sahaja satu tanggungjawab saudara-saudara terhadap diri sendiri, tetapi juga tanggungjawab saudara terhadap ahli-ahli yang saudara wakili di perhimpunan ini. 142

Saudara-saudara sekalian. Dengan kata-kata itu, saya dengan sukacitanya merasmikan pembukaan Konvensyen Pertama Majlis Kakitangan Kerajaan Kumpulan IMG sambil berharap perhimpunan ini mendapat kejayaan. 143