GARIS PANDUAN INSENTIF KECEMERLANGAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1.0 TUJUAN Garis Panduan ini disediakan bagi mewujudkan budaya pengikitirafan serta penghargaan atas pencapaian yang cemerlang serta memberikan motivasi dan galakan kepada staf untuk terus berusaha dengan lebih gigih bagi mencapai kecemerlangan dalam penyelidikan dan inovasi di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). 2.0 KATOGERI ANUGERAH Kategori anugerah bagi insentif ini adalah seperti berikut : 2.1.1 Anugerah Penyelidik Cemerlang 2.1.2 Anugerah Inovasi Universiti 2.1.3 Anugerah Perunding Cemerlang 2.1.4 Anugerah Insentif Geran Penyelidikan Antarabangsa 2.1.5 Anugerah Insentif Khas Naib Canselor 2.1.6 Anugerah Insentif Khas Universiti 2.1.7 Anugerah Penyelia Cemerlang 2.1.8 Anugerah Khas Penyeliaan 1
3.0 KRITERIA UMUM PENILAIAN DAN PEMARKAHAN BIL. NAMA ANUGERAH KRITERIA UMUM ANUGERAH JUMLAH INSENTIF 1. Anugerah Penyelidik Cemerlang Anugerah ini diberikan kepada penyelidik yang berjaya dan cemerlang memperolehi geran penyelidikan serta cemerlang dalam mengurus aktiviti penyelidikan sehingga mencapai matlamat penyelidikan yang disasarkan meliputi penyelidikan, penerbitan dan penyelian pelajar pasca siswazah penyelidikan. Kriteria penilaian bagi anugerah ini meliputi bilangan geran penyelidikan yang diketuai, jumlah dana penyelidikan yang diterima, jumlah pelajar pasca siswazah yang diselia bagi setiap geran, jumlah penerbitan yang dihasilkan dan sumbangan kepakaran yang diberikan. Pencalonan bagi anugerah ini adalah melibatkan penilaian terhadap data untuk tempoh dua tahun iaitu tahun semasa penilaian (sehingga tarikh yang ditetapkan) dan tahun sebelumnya. 2. Anugerah Inovasi Universiti Anugerah ini diberikan kepada penyelidik yang aktif dan cemerlang dalam aktiviti inovasi dan pengkomersilan. Kriteria penilaian bagi anugerah ini meliputi kejayaan mendaftarkan produk penyelidikan untuk perlindungan harta intelek SERTA berjaya diusahakan untuk berada pada fasa pra-pengkomersilan/ pengkomersilan. Tiada had penerima untuk anugerah ini. Walaubagaimanapun, ianya tertakluk kepada peruntukan semasa. 2
BIL. NAMA ANUGERAH KRITERIA UMUM ANUGERAH JUMLAH INSENTIF 3. Anugerah Perunding Cemerlang Anugerah ini diberikan kepada staf akademik yang cemerlang dalam mendapatkan dan mengetuai projekprojek perundingan yang dapat membantu meningkatkan penjanaan pendapatan universiti. Kriteria penilaian adalah merangkumi bilangan projek perundingan yang diketuai dan berjaya ditamatkan pada tahun yang dinilai dan nilai projek perundingan yang diperolehi. 4. Anugerah Insentif Geran Penyelidikan Antarabangsa 5. Anugerah Insentif Khas Naib Canselor 6. Anugerah Insentif Khas Universiti Anugerah ini diberikan kepada ketua projek penyelidikan yang berjaya menerima pembiayaan dana penyelidikan antarabangsa pada tahun yang dinilai. Jumlah minimum nilai geran yang diterima adalah RM 50,000. Tiada had penerima untuk anugerah ini. Walaubagaimanapun, ianya tertakluk kepada peruntukan semasa. Anugerah ini diberikan kepada staf UTHM yang berjaya menerima pengiktirafan khas di peringkat kebangsaan atau antarabangsa. Tiada had penerima untuk anugerah ini. Walaubagaimanapun, ianya tertakluk kepada peruntukan semasa. Insentif ini diberikan kepada produk penyelidikan yang berjaya memenangi pingat emas dalam pertandingan penyelidikan dan inovasi di peringkat kebangsaan atau antarabangsa. Pertandingan penyelidikan dan inovasi yang diadakan di Malaysia dan diiktiraf bertaraf antarabangsa layak untuk dikategorikan sebagai pertandingan peringkat antarabangsa. Sekiranya sesuatu produk itu menyertai (Rujuk Jadual A) (Antarabangsa) (Kebangsaan) (Antarabangsa) RM1,000 (Kebangsaan) 3
BIL. NAMA ANUGERAH KRITERIA UMUM ANUGERAH lebih daripada satu penyertaan dan memenangi pingat dalam setiap penyertaan tersebut, hanya pencapaian tertinggi yang akan dinilai dan diberikan hadiah. Tiada had penerima untuk hadiah penghargaan ini. Walaubagaimanapun, ianya tertakluk kepada peruntukan semasa. JUMLAH INSENTIF 7. Anugerah Penyelia Cemerlang Penyelia yang paling banyak menghasilkan graduan pelajar sarjana/ Doktor Falsafah (PhD) untuk tempoh tiga tahun penilaian sebelum tahun pemberian anugerah. (Kategori PhD) (Kategori Sarjana) 8. Anugerah Khas Penyeliaan Anugerah ini diberikan kepada penyelia yang berjaya menyelia pelajar mengikut tempoh pengajian siswazah yang telah ditetapkan. Penglibatan aktif penyelia dalam aktiviti penyelidikan dan penerbitan. 4.0 HADIAH IRINGAN Pemberian hadiah iringan adalah berupa Sijil Penghargaan dan Cenderamata tidak melebihi RM100.00. 4
5.0 KUATKUASA PELAKSANAAN 5.1.1 Pelaksanaan pemberian insentif ini adalah secara dwi-tahunan mulai tahun 2014. 5.1.2 Pelaksanaan insentif ini akan melibatkan penilaian terhadap data-data bagi tempoh dua tahun berdasarkan had tempoh masa yang akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Induk Pemilih Anugerah. 6.0 JAWATANKUASA PEMILIH 6.1 JAWATANKUASA INDUK Jawatankuasa Induk berperanan membuat keputusan terhadap syor dan cadangan Jawatankuasa Kerja mengenai senarai penerima yang layak untuk menerima insentif kecemerlangan penyelidikan dan inovasi. Keahlian jawatankuasa ini adalah seperti berikut: Pengerusi : YBhg. Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Setiausaha : Timbalan Pendaftar Pejabat Pengurusan Penyelidikan, Inovasi, Pengkomersilan dan Perundingan Ahli : Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Pengajian Penyelidikan (JKPI) 5
6.2 JAWATANKUASA KERJA Jawatankuasa Kerja akan dilantik oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) dalam tempoh 2 tahun. Jawatankuasa ini bertanggungjawab membantu menyediakan kriteria pemarkahan dan menilai permohonan yang dikemukakan bagi setiap anugerah. Seterusnya, membantu memberikan syor kepada Jawatankuasa Induk. Keahlian jawatankuasa kerja adalah seperti berikut: 6.2.1 Anugerah Inovasi Universiti, Anugerah Perunding Cemerlang dan Anugerah Insentif Khas Universiti Pengerusi : Dekan Pusat Inovasi, Pengkomersilan dan Perundingan (ICC) Setiausaha : Penolong Pendaftar ICC Ahli : 5 orang ahli yang akan dinamakan oleh Jawatankuasa Induk 6.2.2 Anugerah Penyelidik Cemerlang, Anugerah Geran Penyelidikan Antarabangsa dan Anugerah Insentif Khas Naib Canselor Pengerusi : Dekan Pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Setiausaha : Penolong Pendaftar R&D Ahli : 5 orang ahli yang akan dinamakan oleh Jawatankuasa Induk 6
6.2.3 Anugerah Penyelia Cemerlang dan Anugerah Khas Penyeliaan Pengerusi : Dekan Pusat Pengajian Siswazah (PS) Setiausaha : Penolong Pendaftar PS Ahli : 5 orang ahli yang akan dinamakan oleh Jawatankuasa Induk 7.0 SUMBER PERUNTUKAN Pemberian insentif dalam bentuk geran adalah menggunakan peruntukan penyelidikan daripada sumber dana Universiti. 7