APLIKASI DAN SISTEM PEMARKAHAN POSTER DI PUSAT PERMATA PINTAR

dokumen-dokumen yang mirip
APLIKASI MUDAH ALIH PENGURUSAN INVENTORI ABSTRAK

SISTEM PENGURUSAN PUSAT TUISYEN NUR HADIRAH BINTI HARIS KHAIRUL AKRAM ZAINOL ARIFFIN

EzzyKan: Aplikasi Pengiklanan Sepusat Untuk Warga UTM

APLIKASI MUDAH ALIH EVENTSHARE

SENARAI KANDUNGAN BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS HALAMAN JUDUL PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI RAJAH 1 PENGENALAN 1

MODEL INTEGRASI SISTEM CUTI KAKITANGAN DENGAN SISTEM LOGIN DI KOLEJ TEKNOLOGI DARULNAIM

Sistem Perancangan Temujanji Bersama Pensyarah Berasaskan Aplikasi Android

CoLMIS: Sistem Maklumat Pengurusan Kepimpinan Kolej

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan Projek

Android Apps / Aplikasi Android

SISTEM PENDAFTARAN CITRA

BORANG PENCALONAN ANUGERAH MALAYSIAN GOVERNMENT OPEN SOURCE SOFTWARE 2012 (MyGOSS 2012)

Manual Pengguna Sistem E-PSM (Pengguna : Staf)

Manual Pengguna. Sistem Kemudahan Pengajian Staf (E-KaPS) Modul Permohonan Cuti Belajar PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT UTHM.

GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN DAN PENYENGGARAAN APLIKASI/LAMAN WEB UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

SISTEM PENILAIAN AKTIVITI PELAJAR KOLEJ KEDIAMAN CD

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU SECARA DALAM TALIAN

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

MANUAL PENGGUNA SISTEM KERJA KURSUS (SKK) PMR [SETIAUSAHA PEPERIKSAAN] UNIT APLIKASI PEPERIKSAAN, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Versi SISTEM PENGURUSAN SURAT (SPS) - Surat Keluar - Buku Alamat - Cetakan - Nilai Setem dan Serahan. Panduan Pengguna

PANDUAN PENGGUNA. Modul 1

MANUAL PENGGUNA SISTEM KERJA KURSUS (SKK) UPSR [SETIAUSAHA PEPERIKSAAN] UNIT APLIKASI PEPERIKSAAN, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Analisis Persepsi Bakal Graduan Program Sains Maklumat Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

M A N U A L PENGGUNA SISTEM PENGURUSAN KONTRAK 3K (SPK3K) KONTRAK KEBERSIHAN KONTRAK KESELAMATAN KONTRAK BEKALAN MAKANAN ASRAMA

LAMPIRAN A BORANG PENCALONAN ANUGERAH MALAYSIAN GOVERNMENT OPEN SOURCE SOFTWARE (MYGOSS) Nama Organisasi: Jabatan Peguam Negara

PANDUAN PENGGUNA UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA (MAMPU) JABATAN PERDANA MENTERI

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

LAPORAN PENYELIDIKAN

PERISIAN MULTIMEDIA PEMBELAJARAN DOA MENGGUNAKAN PENDEKATAN BERCERITA

GARIS PANDUAN PROJEK SARJANA MUDA *

Manual Pengguna (Admin)

GARIS PANDUAN AMALAN PROJEK SARJANA MUDA *

GARIS PANDUAN Pembangunan Laman Web Universiti Kebangsaan Malaysia

BAB 1: Persekitaran Pembangunan Sistem

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

LMCK 1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH SEM /2017 SET 4 LAPORAN AKHIR

OSS Case Study Awards 2010 Sistem elatihan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

SISTEM UTM ACAD MODUL UTMCPS (UTM COLLEGE PARCEL SERVICES)

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN

Landskap merupakan satu daripada dua tajuk elektif dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu pilihan Sains Pertanian Tingkatan 3.

SISTEM PEMOHONAN KHIDMAT PEMBANGUNAN

Manual Pengguna. Sistem E-Travel PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT UTHM SISTEM MAKLUMAT BERSEPADU (TCIS) SISTEM E-TRAVEL. Perubahan Dokumen

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA BAHAGIAN UKUR BAHAN DAN PENGURUSAN KONTRAK LAPORAN PENUH CABARAN INOVASI JPS 2011 SISTEM UNIT TENDER

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

INSTITUSI LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK TAHUN AKHIR

SISTEM PENEMPAHAN KENDERAAN UTM DAN MAKLUMAN BERASASKAN SISTEM PESANAN RINGKAS MOHD FAIRUS BIN RAMLAN IJAZAH SARJANA MUDA SAINS (SAINS KOMPUTER)

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. prosedur menjalankan penyelidikan kajian. Pengkaji

MANUAL PENGGUNA BAGI PENGUJIAN SISTEM MAKLUMAT ALUMNI MODUL PENGGUNA (ALUMNI)

MANUAL PENGGUNA (PTJ)

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN DEKAN (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: UPM/PU/PS/AK026

MANUAL PENGGUNA - PEMBIMBING -

KANDUNGAN BAB PERKARA HALAMAN HALAMAN JUDUL HALAMAN PENGAKUAN HALAMAN DEDIKASI HALAMAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

MANUAL PENGGUNA SISTEM MAKLUMAT GURU MODUL e-prestasi

Manual Pengguna Penyelenggaraan laman web JFPIU

MODUL PERMOHONAN PENGAJARAN SAMBILAN, KATEGORI PENTADBIR SISTEM

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

Mengenali Apa Itu Emel Phishing

~ 1 ~ 2. Apa itu Pangkalan Data. Pangkalan data merupakan satu sistem simpanan data yang tersusun, biasanya dalam bentuk elektronik.

Manual Pengguna (Pengurus Bahagian)

LAMPIRAN A BORANG PENCALONAN ANUGERAH MALAYSIAN GOVERNMENT OPEN SOURCE SOFTWARE (MYGOSS) Nama Organisasi: Jabatan Peguam Negara

PANDUAN PENGGUNA SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (HUMAN RESOURCE MANGEMENT INFORMATION SYSTEM) MODUL PENGURUSAN REKOD PERIBADI

LAPORAN PENCAPAIAN KURSUS DAN PEMANTAUAN PROGRAM MESYUARAT KAJIAN SEMULA PENGURUSAN BIL. 19/2017

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang

PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM SERVISDESK

PANDUAN FROG APPLIANCE PROJEK PERKHIDMATAN 1BESTARINET FASA 2 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

MANUAL PENGGUNA - PEMBIMBING -

MANUAL OPERASI SMPU PENGGUNA UKM-SPKP-CRIM-PK01-MO02

MASALAH PELAJAR DIPLOMA MEDIA DIGITAL (VIDEO & PENGAJIAN FILEM) TERHADAP PENCAPAIAN MARKAH TUGASAN

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

GE 1155 KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN SEMESTER 1, SESI 2015/2016

SOKONGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI. PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT & KOMUNIKASI Kod Dokumen: UPM/SOK/ICT/P001

APLIKASI PEMANTAUAN PENANAMAN MASA NYATA

BIDANG TUMPUAN UTAMA:

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

REKA BENTUK INTERAKSI

Laporan Inovasi 2014

SEKSYEN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA BAHAGIAN INOVASI DAN PENGURUSAN

MANUAL PENGGUNA SISTEM PERMOHONAN KURSUS DALAMAN. Kerjasama Unit Teknologi Maklumat & Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan

MANUAL ADMINISTRATOR PORTAL PANGKALAN DATA MURID

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

MANUAL PENGGUNA. Aplikasi Mudah Alih KPM ekeberadaan Guru (e-operasi) PERANAN: PENTADBIR SEKOLAH

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

MODUL PENGENDALIAN AKTIVITI GALAKAN MEMBACA. Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan Awam Pustaka Negeri Sarawak

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Penyelia Buku log 20. Supervision 10 Pemeriksa Dalaman Pembentangan 30 Laporan 10 JUMLAH

Lampiran 1 GARIS PANDUAN PERMOHONAN ANUGERAH INOVASI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (AIICT)

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan Projek

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA JUDUL PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT

Transkripsi:

APLIKASI DAN SISTEM PEMARKAHAN POSTER DI PUSAT PERMATA PINTAR Nur Hamizah Ismail Syaimak Abdul Shukor ABSTRAK Sistem yang digunakan setakat ini di PERMATAPintar semasa International Future Scientist Conference (ifsc) berlangsung adalah secara manual dimana setiap penilai perlu mengisi borang yang mengandungi rubrik pemarkahan dan jumlah markah akan dikira. Ini menyukarkan pihak penganjur memandangkan proses ini memakan masa yang agak lama. Projek ini dibangun bertujuan untuk membantu mengatasi masalah tersebut dengan menghasilkan satu aplikasi bagi penilaian markah dan satu sistem bagi memudahkan penyimpanan maklumat ke dalam pangkalan data. Metodologi yang digunakan dalam merancang dan membangun aplikasi dan sistem ini ialah Model Air Terjun. Antara modul yang telah dibangunkan ialah pendaftaran pelajar, Scoreboard untuk melihat kedudukan kumpulan, Masterboard untuk memantau status penghantaran markah oleh penilai dan rubrik penilaian poster. 1 PENGENALAN Pada era globalisasi yang serba canggih ini serta kemajuan sains dan teknologi telah menjadikan peranti mudah alih seperti telefon pintar dan komputer sebagai satu kewajipan untuk dimiliki dan penggunaannya berkembang pesat dari semasa ke semasa seiring dengan kemajuan negara. Buktinya, kadar pertumbuhan tahunan telah mencatatkan kenaikan sebanyak 10 peratus sejak 2013 mengenai penggunaan telefon pintar di Malaysia yang telah hampir mencecah 11 juta (Akmyr Syahar Azwar,2016). Sekiranya dahulu telefon hanya berfungsi sebagai alat telekominukasi, namun kini terdapat banyak aplikasi yang dapat diakses melalui telefon pintar dengan bantuan jaringan internet dimana sahaja seperti, Facebook, Whatsapp, Instagram dan sebagainya. Malahan, masyarakat juga menggunakan telefon pintar untuk memudahkan mereka berfikiran dengan lebih kreatif dalam melaksanakan pekerjaan harian. 1

PERMATA Pintar adalah satu program yang diilhamkan oleh Datin Seri Rosmah Mansur dengan kerjasama UKM pada tahun 2009 (Mona Ahmad, 2015). Antara aktiviti atau program yang dilaksanakan oleh PERMATA Pintar ialah persidangan International Future Scientist Conference yang melibatkan penglibatan pelajar dari sekolah serata Malaysia. Persidangan ini pertama kali diadakan pada tahun 2012 dan tahun ini genap kali kelima ianya dijalankan. Menurut Pengarah Pusat PERMATA Pintar Prof Datuk Dr Noriah Mohd Ishak, sejak dari lima tahun lalu sebanyak 200 penyelidikan telah dibentangkan oleh peserta dari seluruh negara. Persidangan ini berfungsi sebagai satu platform bagi pelajar untuk membentangkan hasil penyelidikan mereka agar dapat dibawa ke peringkat lebih tinggi dan bertujuan menjadikan perkongsian maklumat sebagai satu budaya. Semasa persidangan ini berlangsung para pelajar perlu membentangkan penyelidikan melalui poster dan akan diadili oleh penilai bagi menilai pencapaian berdasarkan rubrik pemarkahan yang telah ditetapkan. Hasil pembentangan tersebut akan dimuat naik ke Internet untuk dikongsi dan dinilai oleh masyarakat (Khairul Izwan Md Arifin, 2016). 2 PENYATAAN MASALAH Berdasarkan hasil temubual yang telah dijalankan bersama pihak dari PERMATA Pintar, antara masalah yang dihadapi adalah kaedah pemarkahan poster yang dilaksanakan semasa International Future Scientist Conference berlansung adalah secara manual. Ini menyukarkan pihak penganjur untuk melakukan penyimpanan dan pengiraan markah memandangkan jumlah peserta yang agak ramai. Selain itu, proses pengiraan markah bagi setiap poster memakan masa yang agak lama. 3 OBJEKTIF KAJIAN Membangunkan aplikasi mudah alih dan sistem Pemarkahan Poster yang mempunyai ciri seperti berikut: i) Memudahkan penyimpanan senarai kumpulan peserta yang terlibat. 2

ii) Pengiraan markah secara automatik. iii) Menyenaraikan kedudukan dan markah terkini bagi setiap kumpulan. iv) Menyenaraikan nama pensyarah yang telah membuat penilaian. 4 METOD KAJIAN Metodologi yang digunakan bagi projek pembangunan aplikasi ini ialah Model Air Terjun kerana model ini lebih mudah difahami. Rajah 3.1 menunjukkan antara fasa yang terdapat dalam Model Air Terjun. 4.1 Fasa Perancangan Fasa perancangan bagi projek ini lebih tertumpu kepada merancang aktiviti dan perkara yang bakal dilaksanakan agar pengurusan masa dalam menyiapkan projek ini lebih teratur. Bagi memastikan gerak kerja berjalan dengan lancar, satu carta Gantt telah disediakan dan dilampirkan bersama-sama projek. Carta Gantt pada Lampiran A dan B adalah dibuat berdasarkan tarikh-tarikh penghantaran setiap dokumen bagi projek tahun akhir. Selain itu, fasa ini juga berperanan untuk mengenalpasti objektif, skop kajian dan segala yang berkaitan dengan pembangunan aplikasi agar mendapat gambaran yang lebih jelas mengenai hala tuju projek. Maklumat yang diperoleh bagi fasa ini adalah berdasarkan penerangan dan perbincangan bersama pihak pengguna. 4.2 Fasa Analisis Bagi fasa analisis, kajian yang mendalam mengenai sistem semasa seperti ciri-ciri serta permasalahan kajian akan dikenalpasti dan diselesaikan supaya dapat membangunkan aplikasi yang lebih baik dari sebelumnya. Pengumpulan data mengenai projek ini adalah berdasarkan kaedah temu bual yang telah dilaksanakan bersama pihak dari PERMATA Pintar.

4.3 Fasa Reka Bentuk Penghasilan maklumat bagi fasa reka bentuk adalah berdasarkan analisis daripada fasa kedua yang bertujuan untuk menjelaskan 3 aliran proses dalam sistem yang akan dibangunkan. Selain itu, lakaran awal aplikasi, Rajah Konteks, Carta Alir dan Rajah Aliran Data akan disediakan agar pengguna lebih memahami bagaimana aliran data dalam sistem. Lakaran awal dibuat berdasarkan pada permintaan pengguna dan juga rujukan dari aplikasi yang sedia ada untuk memastikan sistem yang dibangunkan lebih teratur. Selain itu, keperluan reka bentuk sistem ini pula berdasarkan analisis daripada sistem manual oleh kerana pengguna iaitu penilai yang terlibat dengan persidangan ini sudah terbiasa menggunakan sistem asal. 4.4 Fasa Implementasi Fasa keempat bagi Modul Air Terjun merupakan fasa permulaan bagi pembangunan sistem berdasarkan spesifikasi yang telah ditentukan semasa fasa analisis dan reka bentuk. Perisian yang akan digunakan ialah Firebase, Atom dan Android Studio. Projek ini akan disiapkan sepenuhnya sebelum pengujian dilaksanakan. Ini bertujuan untuk memastikan sekiranya aplikasi ini digunakan nanti, tiada ralat yang akan berlaku. Penyelenggaraan terhadap sistem akan dilaksanakan sekiranya terdapat sebarang ralat. 4.5 Fasa Pengujian Setelah sistem siap dibangunkan, ianya akan diuji secara keseluruhan oleh pihak PERMATA Pintar dan pengguna lain bagi mendapatkan maklum balas dan memastikan bahawa ianya beroperasi mengikut perancangan awal dan objektif utama pembangunan. 4

Melalui penilaian ini juga, tahap keberkesanan aplikasi ini akan dapat diperoleh dan pemantauannya akan dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi memastikan ianya akan terus berfungsi dengan baik. Rajah 4.1 Model Air Terjun Perkakasan yang digunakan sepanjang projek pembangunan aplikasi ini berlangsung adalah seperti berikut: i. Sistem Pengoperasian : Windows 10 Home Single Language ii. Pemprosesan : Intel Core i7-5500u Processor iii. Ruang Cakera Keras (Hardisk) : 1TB atau ke atas iv. Ingatan Cakera Rawak (RAM) : 4GB atau ke atas Spesifikasi keperluan perisian yang diguna untuk membangun ini pula ialah: a. Android Studio. Android Studio adalah persekitaran pembangunan bersepadu (Integrated Development Environment, IDE) bagi platform Android. Secara amnya, perisian ini menyediakan perkhidmatan untuk membangunkan aplikasi bagi setiap versi 5

Android yang ada. Rajah 3.18 menunjukkan antaramuka bagi perisian Android Studio. b. Firebase Perisian ini menyediakan perkhidmatan pangkalan data masa nyata. Firebase turut menyediakan perpustakaan pelanggan (client library) yang digunakan untuk mewujudkan integrasi dengan Android, ios, JavaScript, Java, Objective-C, Swift dan aplikasi Node.js. Pangkalan data ini juga boleh diakses melalui REST API. Rajah 3.19 merupakan antaramuka bagi perisian Firebase. c. Atom Rajah 3.20 menunjukkan antaramuka bagi perisian Atom. Atom adalah perisian sumber terbuka (open-source) dan editor kod (text editor) yang dibangunkan oleh GitHub. Pengguna boleh menggunakan perisian Atom dalam sistem operasi OS X, Linux atau Microsoft Windows. 5 HASIL KAJIAN Bahagian ini membincang hasil daripada proses pembangunan aplikasi dan sistem pemarkahan poster bagi Permata Pintar. Mereka bentuk antaramuka adalah salah satu fasa yang penting kerana ianya berperanan sebagai satu kaedah yang membenarkan pengguna untuk berinteraksi dengan aplikasi dan perlu diberi perhatian terhadap ciri-ciri seperti kedudukan, mudah untuk difahami serta digunakan. Bagi memastikan projek ini berpadanan dengan kehendak asal pengguna, aplikasi dan sistem bagi penilai dan pentadbir telah dibangunkan. Dari segi aplikasi bagi penilai, antara modul yang terlibat adalah pendaftaran pengguna (User Registration), log masuk (Login), menu utama (Main Menu) serta Penilaian Poster (Evaluation). 5.1 Antaramuka Modul Pendaftaran Pengguna Rajah 5.1 merupakan paparan bagi pendaftaran pengguna sebaik sahaja aplikasi ini dilancarkan. Antara maklumat yang perlu diisi ialah emel pengguna beserta kata laluan. 6

Sekiranya penilai tersebut pernah menggunakan aplikasi ini, mereka boleh menekan pada butang log masuk (Login). Rajah 5.2 pula merupakan antaramuka log masuk. Rajah 5.1 Pendaftaran pengguna. Rajah 5.2 Log masuk pengguna 7

5.2 Antaramuka Modul Menu Sebaik sahaja pengguna berjaya mendaftar ke dalam aplikasi, akan dipaparkan pada mereka menu utama (Main Menu). Rajah 5.3 menunjukkan menu utama bagi pengguna yang mengandungi Penilaian (Evaluation) dan Log Keluar (Sign Out). Rajah 5.3 Menu Utama. 5.3 Antaramuka Modul Penilaian Poster Rajah 5.4 menunjukkan antaramuka bagi modul penilaian poster yang mengandungi beberapa kriteria pemarkahan. Untuk melaksanakan penilaian bagi kumpulan yang dinilai, pengguna perlu memasukkan nama penilai, memilih nama kumpulan (Group Name) dan mengisi kriteria yang telah ditetapkan skalanya antara satu sehingga lima dan seterusnya menekan butang hantar (Submit). 8

Rajah 5.4 Penilaian Poster. Modul sistem dibangunkan khas bagi pentadbir. Antara fungsi yang terdapat dalam sistem ini adalah Pendaftaran Pelajar (Student Registration), Kedudukan Kumpulan (Scoreboard) dan Status Penghantaran Markah Pensyarah (Masterboard). 5.4 Antaramuka Modul Penilaian Poster Rajah 5.5 merupakan antaramuka bagi pendaftaran pelajar yang terlibat dengan pertandingan poster. Antara maklumat yang perlu diisi ialah Nama ketua kumpulan, Nama kumpulan, Nama sekolah, Id poster, Kategori beserta Tajuk Penyelidikan. Setelah maklumat diisi, pentadbir perlu menekan butang hantar (Submit) dan seterusnya data tersebut akan disimpan di dalam pangkalan data. 9

Rajah 5.5 Antaramuka pendaftaran pelajar. 5.5 Antaramuka Modul Kedudukan Kumpulan Rajah 5.6 menunjukkan antaramuka bagi kedudukan ranking kumpulan. Kedudukan ini dijana berdasarkan markah yang diberikan oleh penilai semasa penilaian dilaksanakan. Jadual ini mengandungi empat lajur yang memuatkan Id poster (Poster ID), Jumlah markah (Total), Komen (Comment) beserta pingat (Medal). Rajah 5.6 Antaramuka kedudukan ranking kumpulan. 10

5.6 Antaramuka Modul Status Penghantaran Markah Pensyarah Rajah 5.7 merupakan antaramuka yang menunjukkan status penghantaran markah oleh penilai. Melalui modul ini, pentadbir dapat memantau penilai yang sudah berjaya melaksanakan pengisian markah kumpulan. Rajah 5.7 Antaramuka status penghantaran markah pensyarah. 6 KESIMPULAN Kesimpulannya, sistem ini berupaya untuk memudahkan pensyarah atau juri yang terlibat dalam International Future Scientist Conference dalam melaksanakan penilaian poster bagi pelajar yang terlibat. Selain itu, pembangunan aplikasi dan sistem ini dilaksanakan adalah untuk menggantikan sistem manual. Ciri-ciri sistem ini adalah sama seperti sistem manual yang asal cuma dari segi perbezaannya adalah penilaian ini dilakukan melalui telefon pintar. Data yang dimasukkan oleh juri tersebut akan terus disambungkan ke sistem dan seterusnya akan dipaparkan kepada pengguna keputusan akhir melalui Scoreboard. Pembangunan projek ini dijangka dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pihak penganjur. 11

7 RUJUKAN Akmyr Syahar Azwar. 2016. Pengguna telefon pintar cecah 11 juta. Khairul Izwan Md Arifin. 2016. Laporan Program International Future Scientist Conference (ifsc) 2016 BAHASA MELAYU. https://tembikaipetak.wordpress.com/2016/08/02/laporan-program-international-futurescientist-conference-ifsc-2016/ [20 October 2016]. Mona Ahmad. 2015. PERMATA pintar pusat pelajar genius Rencana Berita Harian. http://www.bharian.com.my/node/60780 [28 October 2016]. 12