SISTEM PENEMPAHAN KENDERAAN UTM DAN MAKLUMAN BERASASKAN SISTEM PESANAN RINGKAS MOHD FAIRUS BIN RAMLAN IJAZAH SARJANA MUDA SAINS (SAINS KOMPUTER)
|
|
- Widya Halim
- 6 tahun lalu
- Tontonan:
Transkripsi
1 SISTEM PENEMPAHAN KENDERAAN UTM DAN MAKLUMAN BERASASKAN SISTEM PESANAN RINGKAS MOHD FAIRUS BIN RAMLAN IJAZAH SARJANA MUDA SAINS (SAINS KOMPUTER) FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN SISTEM MAKLUMAT 4 MEI 2009
2
3
4
5 PENGHARGAAN Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapatlah saya menyiapkan Projek Sarjana Muda saya dengan cemerlang. Pertamanya saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada penyelia saya, Dr Mohd Murtadha Bin Mohamad yang telah menemani dan memberi nasihat dan bimbingan sepanjang saya melaksanakan projek saya, bermula dari Projek Sarjana Muda I. Terima kasih juga kerana telah memberi kepercayaan kepada saya untuk menyertai peringkat saringan Projek Sarjana Muda Terbaik. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Saudara Mohd Aizek Bin Zulkifli kerana sudi berkongsi sumber format kertas kerja Program Lawatan Budaya, dan juga kepada Saudara Mohd Faez Bin Mohd Abu Bakar sebagai mantan presiden JKM Kolej 10 yang telah sudi memberi penerangan mengenai prosedur penempahan kenderaan UTM. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pensyarah yang telah terlibat secara langsung atau secara tidak langsung di dalam menjayakan projek ini. Akhir sekali, tidak lupa juga kepada ibu dan bapa saya yang telah banyak memberi kata-kata semangat untuk saya meneruskan pengajian dengan jayanya, dan juga sahabat handai dan rakan seperjuangan yang telah sama-sama berkongsi idea dan pandangan ketika susah dan senang. Segala bantuan anda semua amat saya hargai dan disemat ke dalam hati.
6 ABSTRAK Sistem Penempahan Kenderaan UTM dan Makluman Berasaskan SMS dibangunkan untuk menyelesaikan masalah utama yang telah lama bertapak di Pejabat Harta Bina UTM iaitu, kelewatan pemprosesan permohonan dan juga prosedur yang ketat dan tidak efisien. Tujuan utama sistem ini dibangunkan adalah untuk mempercepatkan proses permohonan tempahan kenderaan UTM dengan menggunakan sistem berasaskan web dan menggunakan teknologi Sistem Pesanan Ringkas, sekaligus mengurangkan kadar kelewatan dan kerenah birokrasi dengan menjadikan segala prosedur penempahan di atas talian. Jika sebelum ini segala proses penempahan mengambil masa dua minggu dari permulaan pembentangan kertas kerja sehinggalah ke pengagihan pemandu dan kenderaan, dengan adanya sistem ini kelak ia mampu memendekkan masa pemprosesan ke hanya dua atau tiga hari sahaja. Tambahan lagi, sistem ini bukan sahaja sebuah sistem penempahan, tetapi juga adalah sebuah sistem pengurusan penganjuran program dan juga sistem pengurusan keluar masuk pemandu dan kenderaan. Pembangunan sistem ini menggunakan persekitaran pembangunan Microsoft Visual Studio.NET 2005 dan pangkalan data Microsoft SQL Server 2000.
7 KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA ABSTRAK i ABSTRACT ii KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH DAFTAR SINGKATAN iii viii ix x I PENGENALAN Pendahuluan Pernyataan Masalah Matlamat Objektif Sistem Skop Sistem Justifikasi / Kepentingan 1.7 Rumusan 5 5 II KAJIAN LITERATUR Pengenalan Pengenalan Kepada Unit Perkhidmatan Aset, Harta Bina Kajian Terhadap Sistem Sedia Ada Cadangan Penyelesaian Kajian Terhadap Teknologi Yang Digunakan Kajian Terhadap Internet Sebagai Medium Utama WWW (World Wide Web) HTTP (Hypertext Transfer Protocol) 11
8 HTML (Hypertext Markup Language) URL (Uniform Resource Locator) Kajian Terhadap Sistem SMS Perisian Yang Digunakan Pangkalan Data MySQL Microsoft Visual Studio.NET Modem Fastrack Wavecom Justifikasi Pemilihan Teknik / Teknologi Rumusan 16 III METODOLOGI PROJEK Pengenalan Metodologi Projek dan Pembangunan Sistem Kajian Ketersauran Mengenalpasti Keperluan Sistem Pembangunan Prototaip Pengujian dan Penilaian Dokumentasi Keperluan Pembangunan Sistem Sebenar Kaedah UML (Unified Modelling Language) Teknik Rajah Kes Guna (Use Case Diagram) Rajah Jujukan (Sequence Diagram) Perancangan Projek Projek Sarjana Muda I Projek Sarjana Muda II 3.6 Rumusan 29 30
9 IV ANALISA REKABENTUK DAN PEMBANGUNAN 31 SISTEM 4.1 Pengenalan Rekabentuk Struktur Halaman Sistem Penerangan Sistem Melalui Rajah Kes Guna Kes Guna Bagi Pentadbir Sistem Kes Guna Bagi Kakitangan Hal Ehwal Pelajar Kes Guna Bagi Kakitangan Harta Bina Kes Guna Bagi Pengetua Kolej Kes Guna Bagi Pemohon Penerangan Aliran Sistem Melalui Rajah Jujukan Jujukan Daftar Pemohon Jujukan Log Masuk Pengguna Jujukan Permohonan Penganjuran Program Jujukan Pengesahan Pegawai Berkuasa Jujukan Penerimaan Pejabat Harta Bina Rekabentuk Pangkalan Data 4.6 Rumusan V PELAKSANAAN DAN HASIL Pendahuluan Fasa Pelaksanaan Implimentasi Untuk Fungsi Login Log Masuk Pengguna Sistem Implimentasi Bagi Modul Pemohon Membuat Permohonan Makluman SMS Kepada HEP/Pengetua 51 Kolej Implimentasi Bagi Modul Hal Ehwal Pelajar (HEP) Lihat Semua Permohonan 52
10 Urus Permohonan Makluman SMS Kepada Harta Bina Implimentasi Bagi Modul Pengetua Lihat Semua Permohonan Urus Permohonan Makluman SMS Implimentasi Bagi Modul Pejabat Harta Bina Lihat Semua Permohonan Urus Permohonan Makluman SMS Implimentasi Bagi Modul Pentadbir Sistem Kemaskini Kenderaan Kemaskini Pemandu Proses Pengujian Pengujian Kotak Hitam Hasil Rumusan 67 VI PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN Pengenalan Hasil dan Pencapaian Kelebihan Sistem Kelemahan Sistem Cadangan Penambahbaikan Rumusan 72
11 RUJUKAN 74 LAMPIRAN A 76 LAMPIRAN B 80 LAMPIRAN C 87 LAMPIRAN D 93 LAMPIRAN E 98 LAMPIRAN F 105
12 BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Teknologi mengubah dunia. Itulah ungkapan yang sesuai untuk menggambarkan betapa teknologi mampu membawa kemajuan dan perubahan kepada manusia sejagat. Kepesatan pembangunan teknologi terutama teknologi berasaskan Information Technology (IT) amat mempengaruhi senario global dunia masa kini. Kerja-kerja atau tugas-tugas yang dahulunya difikirkan mustahil kini mampu diselesaikan dengan mudah, hanya di hujung jari. Perkembangan penggunaan komputer telah mengubah mata mayarakat dunia terhadap penyelesaian kepada kompleksiti sesuatu tugas. Ini dirancakkan lagi dengan kehadiran sistem yang berasaskan web, yang menggunakan teknologi internet yang memudahkan lagi urusan dilakukan secara global tanpa sebarang hubungan fizikal. Seiring dengan teknologi internet, muncul pula satu lagi teknologi iaitu rangkaian tanpa wayar yang telah menjadi asas utama kepada perhubungan manusia seluruh dunia. Output utama yang didapati dari rangkaian tanpa wayar ini dieksploitasi dengan begitu
13 meluas di merata dunia, tidak kira samada di dalam bidang ekonomi, politik, sosial dan juga teknologi. Dari sini lahirlah pula sistem komputer yang menggunakan khidmat rangkaian tanpa wayar yang berjaya menghubungkan sebuah sistem dengan modul GSM untuk mencapai mana-mana klien pada bila-bila masa sahaja. Berlandaskan kemajuan teknologi masa kini dan juga masalah yang berbangkit, suatu sistem yang dinamakan Sistem Penempahan Kenderaan UTM dan Makluman Berasaskan SMS akan dibangunkan. Ia adalah bertujuan untuk memudahkan proses pengurusan tempahan kenderaan di Unit Perkhidmatan Aset, Pejabat Harta Bina (PHB), Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor Darul Takzim. Antara kelebihan sistem ini adalah seperti kebolehan mengatasi kekangan jarak, lokasi dan masa, mudah serta antaramuka yang baik. Selain daripada itu, ianya juga dapat memberi kemudahankemudahan seperti pengantara dan penghantar bagi maklumat-maklumat tempahan, membekalkan proses pengagihan maklumat dengan lebih selamat dan sebagainya. 1.2 Pernyataan Masalah Penyelesaian datangnya dari masalah yang berbangkit. Dari masalah yang berbangkit, lahirlah pula idea-idea dan perancangan untuk menyelesaikan masalah. Sistem yang dibangunkan ini dapat menyelesaikan masalah-masalah yang terdapat di dalam proses penempahan kenderaan dan juga memperbaiki kelemahan dan kekangan yang telah dikenal pasti wujud di dalam penggunaan sistem sedia ada. Sistem sedia ada yang digunakan di Unit Perkhidmatan Aset, PHB UTM adalah kurang efisien dan kurang ramah pengguna. Untuk menjadikan sistem kerja di PHB lebih konsisten dan cekap, maka perlunya sistem kerja di PHB dinaik taraf dengan menyerapkan teknologi terkini seiring dengan wawasan universiti untuk menjadi universiti kelas dunia.
14 Langkah pertama di dalam pembangunan sistem ini ialah untuk menganalisa sistem yang sedia ada yang digunakan di PHB. Setelah menganalisa sistem yang sedia ada, maka barulah satu persatu masalah yang dihadapi itu timbul. Dari masalah yang timbul, maka proses analisa masalah bermula dari situ, dapatlah dicambah idea dan perancangan untuk menyelesaikan masalah yang timbul. Hanya dengan cara ini, dapatlah pembangun sistem mengenalpasti apa yang sebenarnya dikehendaki oleh pengguna hasil dari pengkajian masalah dan penyiasatan penyelesaian yang wujud. Secara umumnya, sistem sedia ada yang digunakan di dalam proses penempahan kenderaan di PHB adalah secara manual. Proses penempahan tradisional ini melibatkan proses-proses yang memerlukan tenaga kerja manusia dan pengurusan masa yang konsisten, yang menyebabkan sering berlaku kelewatan di dalam penempahan kenderaan. Tambahan pula, untuk memohon menempah kenderaan UTM memerlukan pengesahan dari segenap pihak yang tertentu seperti Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP), Pengetua Kolej, Dekan Fakulti (bagi program fakulti), dan juga sudah tentulah PHB sendiri. Maka dengan segala permasalahan yang timbul, hipotesis awal yang dapat disimpulkan adalah sistem yang akan dibangunkan kelak mampu melicinkan perjalanan kerja proses penempahan kenderaan ini nanti. Sistem penempahan sedia ada banyak menggunakan dan menyimpan data permohonan dan data sulit kenderaan PHB di dalam dokumen-dokumen fizikal. Kaedah penyimpanan dan pengurusan data seperti ini membuka lebih banyak ruang untuk risiko kejadian yang tidak diingini seperti bencana alam, kelalaian manusia mahupun kecurian data. Diharap dengan adanya sistem ini kelak mampu menjadikan pengurusan dan penyimpanan data lebih selamat dan konsisten serta mudah dicapai semula sekiranya perlu.
15 1.3 Matlamat Matlamat utama projek ini adalah untuk membangunkan sistem berkomputer menggunakan teknologi SMS yang dikenali sebagai Sistem Penempahan Kenderaan UTM dan Makluman Berasaskan SMS yang akan memberi kemudahan kepada pengguna untuk membuat tempahan kenderaan secara atas talian dan meminta pengesahan kelulusan dari pihak berwajib dengan menggunakan aplikasi teknologi tanpa wayar SMS. Ini seterusnya dapat mengurangkan penggunaan kertas kerja dan juga mengurangkan tempoh pemprosesan sesuatu permohonan dan mengurangkan penggunaan masa dan tenaga kerja. 1.4 Objektif Sistem Terdapat beberapa objektif bagi projek ini yang telah dikenal pasti bagi memastikan ianya dapat dipenuhi dengan sebaiknya iaitu: i) Mengkaji masalah yang sedang dihadapi dengan sistem sedia ada dan mengenalpasti keberkesanan proses pengurusan tempahan kenderaan dengan menukar sistem manual terdahulu kepada sistem berkomputer ii) Merancang dan merekabentuk aliran program dan struktur fizikal teknikal sistem yang dibangunkan ini. iii) Mengimplimentasi teknologi SMS di dalam sistem ini dan seterusnya mengimplimentasi program ini ke dunia sebenar.
16 1.5 Skop Sistem Penentuan skop adalah penting dalam pembangunan sesuatu sistem, kerana ia akan menentukan formaliti program dan juga saiz dan kerumitan (kompleksiti) sesuatu program. Antara skop bagi sistem ini yang telah dikenal pasti ialah: i) Sistem ini hanya menguruskan tempahan bas yang dimiliki oleh Unit Perkhidmatan Aset, PHB UTM, Skudai sahaja. ii) Sistem ini akan memberi penekanan kepada empat modul sahaja iaitu modul pelajar, modul Pejabat HEP untuk kegunaan Pejabat Hal Ehwal Pelajar, modul Pengetua Kolej untuk kegunaan pengetua kolej dan modul pentadbir, untuk pentadbir sistem melakukan kerja-kerja penyelenggaraan sistem dan juga modul untuk PHB. iii) Aplikasi ini hanya untuk kegunaan tempahan kenderaan UTM bagi kegunaan program kolej-kolej kediaman dan fakulti di dalam UTM sahaja. iv) Aplikasi ini dibangunkan dan dilarikan dalam persekitaran Windows sahaja. v) Sasaran pengguna sistem ini adalah pelajar kolej, pengetua kolej, kakitangan Pejabat HEP, dan kakitangan PHB. vi) Modul SMS yang dibangunkan adalah untuk kegunaan makluman sahaja. Modul ini tidak digunakan sebagai ejen perhubungan dua hala, mahupun sebagai ejen kelulusan, kerana faktor prosedur.
17 1.6 Justifikasi / Kepentingan Sistem Penempahan Kenderaan UTM ini dibangunkan adalah untuk memudahkan proses penempahan kenderaan di Unit Perkhidmatan Aset, PHB UTM oleh pelajar, pengetua kolej, Pejabat HEP dan juga PHB UTM. Sistem ini, dengan hadirnya kelak dapatlah mengatasi kekangan masa, lokasi dan jarak, serta mengurangkan penggunaan tenaga kerja dan masa. Selain itu ia dapat mempercepatkan pemprosesan permohonan tempahan kenderaan. 1.7 Rumusan Dapatlah dirumuskan di sini bahawa setiap perincian masalah yang telah dinyatakan adalah bertepatan dan logik dengan objektif dan matlamat yang telah ditetapkan. Pengurusan tempahan kenderaan di PHB semestinya memerlukan sebuah sistem yang cekap bukan sahaja untuk mengendalikan penempahan kenderaan, tetapi juga pengurusan kelulusan permohonan dan juga rekod pemandu dan kenderaan. Bab yang seterusnya akan membincangkan mengenai kajian literatur yang akan menerangkan mengenai semua sistem dan kaedah yang berkaitan dengan pembangunan sistem ini.
Sistem Perancangan Temujanji Bersama Pensyarah Berasaskan Aplikasi Android
1 Prosiding Komputeran UTM Inovasi di dalam Teknologi dan Aplikasi Komputeran Volume: 2 Year: 2017 ISBN: 978-967-0194-95-7 Sistem Perancangan Temujanji Bersama Pensyarah Berasaskan Aplikasi Android 1 Nursyahira
Lebih terperinciEzzyKan: Aplikasi Pengiklanan Sepusat Untuk Warga UTM
1 EzzyKan: Aplikasi Pengiklanan Sepusat Untuk Warga UTM 1 Abdul Afiq Asyrani Bin Abdul Halim, 2 Mohd Aizaini Maarof 1,2 Fakulti Komputeran, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), 81310, Johor Bharu, Johor,
Lebih terperinciCoLMIS: Sistem Maklumat Pengurusan Kepimpinan Kolej
CoLMIS: Sistem Maklumat Pengurusan Kepimpinan Kolej Zuraini Ali Shah 1, Syarifah Zyurina Nordin 2 dan Norhanim Abdul Samat 3 Kolej 9, Universiti Teknologi Malaysia, 81310 Skudai, Johor Darul Takzim 1 zuraini@fsksm.utm.my,
Lebih terperinciSISTEM PENILAIAN AKTIVITI PELAJAR KOLEJ KEDIAMAN CD
SISTEM PENILAIAN AKTIVITI PELAJAR KOLEJ KEDIAMAN CD FERNANDER JONATHAN FAKULTI KOMPUTERAN DAN INFORMATIK UNIVERSITI MALAYSIA SABAH 2015 ABSTRAK ABSTRAK Pihak kolej kediaman sentiasa mendapat permohonan
Lebih terperinciBAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan
BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Sistem Penilaian Kenaikan Pangkat Pensyarah Secara Sistematik Berasaskan Sistem Bantuan Keputusan (SBK) Berkumpulan dibangunkan berdasarkan proses penilaian kenaikan pangkat
Lebih terperinciGARIS PANDUAN PEMBANGUNAN DAN PENYENGGARAAN APLIKASI/LAMAN WEB UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN DAN PENYENGGARAAN APLIKASI/LAMAN WEB UNIVERSITI SAINS PUSAT PENGETAHUAN TEKNOLOGI DAN KOMUNIKASI (2017) ISI KANDUNGAN 1 PENDAHULUAN... 3 1.1 PENGENALAN... 3 1.2 SKOP... 3 1.3
Lebih terperinciSISTEM PENDAFTARAN CITRA
SISTEM PENDAFTARAN CITRA NIK NOR ATHIRAH BINTI NIK YUSOF UMI ASMA MOKHTAR Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK Sistem Pendaftaran Citra merupakan proses yang akan
Lebih terperinci1.1 Latar Belakang Penyelidikan
1 BAB 1 PENGENALAN Hospital adalah sebuah institusi penjagaan kesihatan yang menyediakan perkhidmatan dan rawatan kepada pesakit. Kaki tangan khusus, peralatan dan sistem pengurusan rawatan pesakit adalah
Lebih terperinciSENARAI KANDUNGAN BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS HALAMAN JUDUL PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI RAJAH 1 PENGENALAN 1
vi SENARAI KANDUNGAN BAB TAJUK MUKA SURAT BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA HALAMAN JUDUL PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI KANDUNGAN SENARAI RAJAH i ii iii iv v vi
Lebih terperinciMODEL INTEGRASI SISTEM CUTI KAKITANGAN DENGAN SISTEM LOGIN DI KOLEJ TEKNOLOGI DARULNAIM
MODEL INTEGRASI SISTEM CUTI KAKITANGAN DENGAN SISTEM LOGIN DI KOLEJ TEKNOLOGI DARULNAIM MIRZA NABILA BINTI MAZLAN ZULAIHA ALI OTHMAN Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK
Lebih terperinciBAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan
BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Perancangan Bandar yang berkualiti mampu memantapkan perkhidmatan pihak berkuasa tempatan terutamanya di dalam zaman pembangunan teknologi yang pesat kini. Kemunculan bandar-bandar
Lebih terperinciBAB 1 PENGENALAN PROJEK
BAB 1 PENGENALAN PROJEK Organisasi menjadi lebih effisien dan berdaya saing apabila dapat menggunakan memori terkumpul dalam bentuk data, maklumat, dan pengetahuan terhadap masalah yang harus ditangani.
Lebih terperinciSENARAI SIMBOL DAN SINGKATAN
ISI KANDUNGAN BAB TAJUK HALAMAN PENGESAHAN PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SIMBOL DAN SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN ii iii iv v vi vii xiii xiv
Lebih terperinciGARIS PANDUAN AMALAN PROJEK SARJANA MUDA *
GARIS PANDUAN AMALAN PROJEK SARJANA MUDA * 1.0 Pengenalan Semua pelajar peringkat sarjana muda di UTM dikehendaki menjalankan Projek Sarjana Muda (PSM) yang melibatkan satu kajian dalam bidang pengajian
Lebih terperinciKANDUNGAN BAB PERKARA HALAMAN HALAMAN JUDUL HALAMAN PENGAKUAN HALAMAN DEDIKASI HALAMAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT
vii KANDUNGAN BAB PERKARA HALAMAN HALAMAN JUDUL HALAMAN PENGAKUAN HALAMAN DEDIKASI HALAMAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN i ii iii iv v vi vii xiv
Lebih terperinciGARIS PANDUAN AMALAN LATIHAN INDUSTRI/PRAKTIK
GARIS PANDUAN AMALAN LATIHAN INDUSTRI/PRAKTIK 1.0 Pengenalan 1.1 Semua pelajar peringkat sarjana muda di UTM diwajibkan menjalankan Latihan Industri/Praktik bagi satu tempoh yang ditetapkan. Latihan ini
Lebih terperinciGARIS PANDUAN PROJEK SARJANA MUDA *
1.0 Pengenalan GARIS PANDUAN PROJEK SARJANA MUDA * Semua pelajar peringkat sarjana muda di UTM dikehendaki menjalankan Projek Sarjana Muda (PSM) yang melibatkan satu kajian dalam bidang pengajian di Fakulti
Lebih terperinciSISTEM KESELAMATAN ASET MOHD KUFAISAL BIN MOHD SIDIK
SISTEM KESELAMATAN ASET MOHD KUFAISAL BIN MOHD SIDIK Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains (Sains Komputer) Fakulti Sains Komputer
Lebih terperinciGARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI
GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI 1.0 Pengenalan 1.1 Semua pelajar peringkat sarjana muda di UTM diwajibkan menjalankan Latihan Industri bagi satu tempoh yang ditetapkan. Latihan ini merupakan satu kursus
Lebih terperinciB. KEPENTINGAN DOKUMEN
A. MENGENAI DOKUMEN Dasar berikut diguna pakai pada semua laman media sosial yang menyediakan maklumat rasmi mengenai Universiti Teknologi MARA (UiTM) kepada orang ramai. B. KEPENTINGAN DOKUMEN Laman media
Lebih terperinciBAB I PENGENALAN. 1.1 Pengenalan
BAB I PENGENALAN 1.1 Pengenalan Sesebuah organisasi memerlukan satu sistem yang khusus bagi memudah dan mempercepatkan proses kerja dalam usaha meningkatkan kecekapan dan produktiviti organisasi mereka.
Lebih terperinciBAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian
1 BAB 1 PENGENALAN 1.1 Latar Belakang Kajian Kampus merupakan suatu persekitaran yang menempatkan ribuan pelajar untuk menjalankan aktiviti akademik. Di samping pelajar, sebuah kampus turut menempatkan
Lebih terperinciAnalisis Persepsi Bakal Graduan Program Sains Maklumat Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat
Prosiding Kongres Pengajaran & Pembelajaran UKM2012 Kongres Pengajaran & Pembelajaran UKM2012 15 18 Disember 2012 http://www.ukm.my/kongres Analisis Persepsi Bakal Graduan Program Sains Maklumat Fakulti
Lebih terperinciSISTEM PENGURUSAN PUSAT TUISYEN NUR HADIRAH BINTI HARIS KHAIRUL AKRAM ZAINOL ARIFFIN
SISTEM PENGURUSAN PUSAT TUISYEN NUR HADIRAH BINTI HARIS KHAIRUL AKRAM ZAINOL ARIFFIN Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK Sistem Pengurusan Pusat Tuisyen ini merupakan
Lebih terperinciBAB 1 PENGENALAN PROJEK
BAB 1 PENGENALAN PROJEK 1.1 Pengenalan Pengurusan kokurikulum yang baik dan cekap amat diharapkan oleh setiap pentadbir di pelbagai peringkat tidak kira di sekolah, daerah mahupun di peringkat kebangsaan.
Lebih terperinciBAB 1 PEMBANGUNAN PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN (PTP) UNTUK PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN FASILITI DI UTM
BAB 1 PEMBANGUNAN PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN (PTP) UNTUK PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN FASILITI DI UTM 1.1 Pengenalan Perkhidmatan penyenggaraan fasiliti adalah satu aktiviti sokongan yang penting bagi
Lebih terperinciNO. DOKUMEN IPS 631/2017 TARIKH KUATKUASA NO. SEMAKAN 03 HALAMAN 1/11
NO. SEMAKAN 03 HALAMAN 1/11 1. PENDAHULUAN Program pengajian ini diklasifikasikan sebagai program Doktor Falsafah secara Penyelidikan bagi mod pelaksanaan melalui hasil kerja diterbitkan di mana program
Lebih terperinciAPLIKASI MUDAH ALIH PENGURUSAN INVENTORI ABSTRAK
APLIKASI MUDAH ALIH PENGURUSAN INVENTORI Nur Azira Mat Daud Syaimak Abdul Shukor ABSTRAK Aplikasi Mudah Alih Pengurusan Inventori merupakan satu aplikasi yang digunakan secara meluas dalam industri. Ia
Lebih terperinciJABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA BAHAGIAN UKUR BAHAN DAN PENGURUSAN KONTRAK LAPORAN PENUH CABARAN INOVASI JPS 2011 SISTEM UNIT TENDER
JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA BAHAGIAN UKUR BAHAN DAN PENGURUSAN KONTRAK LAPORAN PENUH CABARAN INOVASI JPS 2011 SISTEM UNIT TENDER NAMA KUMPULAN: BUBPK ISI KANDUNGAN 1. Pengenalan. 1 1.1 Latar
Lebih terperinciBAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN
1 BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN 1.1 Pengenalan Sejak hampir dua dekad yang lalu, beberapa kajian berkaitan penilaian selepas-dihuni (post-occupancy
Lebih terperinciPENGAKUAN. Tandatangan : Nama : Khashimah bt. Hj. Ismail No. Matrik : EDMA 1-19 Program : Diploma Eksekutif Pengurusan (Pentadbiran dan Operasi)
PENGAKUAN Saya mengakui kertas kajian ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali bahan-bahan luar digunakan, setiap satu daripadanya telah saya jelaskan sumbernya. UMCCed tidak akan menanggung segala
Lebih terperinci6. PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK SARJANA MUDA BACHELOR S DEGREE PROJECT GUIDELINES
6. PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK SARJANA MUDA BACHELOR S DEGREE PROJECT GUIDELINES PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK SARJANA MUDA (PSM) FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN PEMBUATAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
Lebih terperinciBAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan
BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Industri pembinaan merupakan salah satu cabang kejuruteraan yang mengalami perkembangan yang pesat. Walaupun masih wujud jurang yang ketara jika dibandingkan dengan industri
Lebih terperinciBAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan
BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Pembangunan Sistem Maklumat Pengurusan berdasarkan kajian keberkesanan servis Sistem Maklumat dengan menggunakan Unit Penguatkuasa, Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) sebagai
Lebih terperinciBAB SATU PENDAHULUAN
1 BAB SATU PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Di bawah Ordinan (Undang-undang) Kemajuan Tanah (Akta No. 20, 1956), Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan yang dikenali dengan singkatan FELDA adalah sebuah Badan Berkanun
Lebih terperinciPEKELILING KEPADA PELAJAR BIL. 12/2009
Ruj Kami:UTM 06.01/10.12/22/Jld 4 ( 41 ) Mac 2009 PEKELILING KEPADA PELAJAR BIL. 12/2009 Semua Pelajar Universiti Teknologi Malaysia 81310 Skudai Johor. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, PROSES PERMOHONAN
Lebih terperinciPENGAKUAN. Tandatangan : Nama : No. Matrik : Program :
PENGAKUAN Saya mengakui kertas kajian ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali bahan-bahan luar digunakan, setiap satu daripadanya telah saya jelaskan sumbernya. UMMCCed tidak akan menanggung segala
Lebih terperinciBAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan Projek
BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Projek Terdapat pelbagai definisi kualiti yang diutarakan oleh guru-guru kualiti dalam disiplin ilmu kualiti. Akan tetapi secara umumnya, kualiti boleh dirujuk sebagai sebagai
Lebih terperinciBAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan
BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Perkembangan dalam bidang komputer pada masa kini telah memberi banyak faedah kepada semua bidang termasuk bidang pentadbiran tanah. Hari ini, kita telah melihat kebanyakan
Lebih terperinciBAB 1 PENGENALAN PROJEK
BAB 1 PENGENALAN PROJEK 1.1 Pengenalan Pembayaran secara atas talian ialah salah satu pendekatan pembayaran elektronik ataupun lebih dikenali sebagai e-payment. Ia mempunyai keupayaan melaksanakan proses
Lebih terperinciGARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI
GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI 1.0 Pengenalan 1.1 Semua mahasiswa peringkat sarjana muda di UTM diwajibkan menjalankan Latihan Industri bagi satu tempoh yang ditetapkan. Latihan ini merupakan satu kursus
Lebih terperinciPolisi & Prosedur Pembangunan Sistem/Modul/Laporan Baru
Polisi & Prosedur Pembangunan Sistem /Modul / Laporan Baru Tarikh Kemaskini:06-10-2005 Page 1 of 6 ISI KANDUNGAN 1.0 PENDAHULUAN...2 2.0 SENARAI BORANG/SURAT/DOKUMEN/JADUAL...2 3.0 POLISI & PROSEDUR PEMBANGUNAN
Lebih terperinciBAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan
BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Teknologi telah menggerakkan perubahan positif di dalam syarikat sepanjang tempoh sedekad yang lalu. Hal-hal berkaitan teknologi maklumat (IT) kian penting dalam menentukan
Lebih terperinciBAB 1 PENGENALAN PROJEK
BAB 1 PENGENALAN PROJEK 1.1 Pendahuluan Menurut Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979)... Kurikulum bermaksud segala rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah
Lebih terperinciBAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan
BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi khasnya dalam bidang pengiklanan berasaskan Internet pada hari ini banyak menyumbang kepada kemajuan dalam perniagaan. Fungsi
Lebih terperinciBAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan
BAB 1 PENGENALAN 1.0 Pendahuluan Industri pembinaan hari ini terdedah kepada cabaran dari dalam dan luar industri yang membawa kepada keperluan pengurusan dan pengawalan risiko pembinaan. Salah satu kaedah
Lebih terperinciBAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan
1 BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan FELDA iaitu singkatan kepada Lembaga Kemajuan dan Tanah Persekutuan dimana ia ditubuhkan melalui Akta Pembangunan Tanah 1956 telah dipertanggungjwab untuk memajukan tanah-tanah
Lebih terperinciSistem Pengurusan Aktiviti Pelajar Kolej Tun Hussein Onn ( SAM S )
Sistem Pengurusan Aktiviti Pelajar Kolej Tun Hussein Onn ( SAM S ) Madzlan Aziz, Mohd Zahari Zainal Abidin, Muzaffar Zainal Abideen, Azri Hohad, Salbiah Seliman, Norazlin Nordin dan Norhidayah Mohamad.
Lebih terperinciKEPENTINGAN PENGGUNAAN MULTIMEDIA DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN FAKULTI PENGAJIAN MAKLUMAT UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA OLEH: HANIFFAH BT AMIT
KEPENTINGAN PENGGUNAAN MULTIMEDIA DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA OLEH: HANIFFAH BT AMIT 99179558 UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SHAH ALAM SELANGOR SESIMEI/OKTOBER 2002
Lebih terperinciBAB 1: Persekitaran Pembangunan Sistem
BAB 1: Persekitaran Pembangunan Sistem Situasi Pembangunan Sistem : Definisi, Jenis-jenis Sistem, Peralatan. Teknik: Berstruktur dan Berorientasikan Objek. Fasa Kitar Hayat Pembangunan Sistem. Kumpulan
Lebih terperinciPENGURUSAN BAJET 1.0 DEFINISI
1 PENGURUSAN BAJET 1.0 DEFINISI Bajet bermaksud perancangan kewangan bertujuan untuk melaksanakan dasar tertentu di mana perbelanjaan dijeniskan mengikut kategori seperti emolumen, perkhidmatan & bekalan,
Lebih terperinciLMCK 1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH SEM /2017 SET 4 LAPORAN AKHIR
LMCK 1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH SEM 1 2016/2017 SET 4 LAPORAN AKHIR KEMPEN KESEDARAN PELAJAR TENTANG BAHAN KIMIA BERBAHAYA DALAM ALAT KOSMETIK KUMPULAN 7 PENSYARAH DR SAKHINAH BINTI
Lebih terperinciGARIS PANDUAN PROJEK PENYELIDIKAN INSTITUSI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
GARIS PANDUAN PROJEK PENYELIDIKAN INSTITUSI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 1. PENDAHULUAN Projek Penyelidikan Institusi adalah suatu aspek yang sangat penting bagi Universiti Teknologi Malaysia (UTM) khususnya
Lebih terperinciOPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PEJABAT PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN ASET Kod Dokumen: OPR/PPPA/GP01. GARIS PANDUAN PERANCANGAN Tarikh: 26/05/2017
Halaman: 1/6 1.0 TUJUAN Tujuan garis panduan ini adalah untuk menerangkan proses di peringkat perancangan untuk perolehan Kerja di UPM. 2.0 SKOP Ia meliputi Permohonan Khidmat Pembangunan, Kajian Fisibiliti,
Lebih terperinci1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia
POLISI DAN KOD AMALAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PROGRAM DIPLOMA DAN IJAZAH SARJANA MUDA 1 UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia 1 KA-08 KOD AMALAN E-PEMBELAJARAN
Lebih terperinciKAPS-08 Kod Amalan e-pembelajaran Pasca Siswazah SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)
Kod Amalan e-pembelajaran Pasca Siswazah SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS) Cetakan Pertama 2009 (KAPS 01 KAPS 08) Pindaan Pertama 2012 (KAPS 09 KAPS 14) Pindaan Kedua 2012 (Semakan Pertama) Pindaan Ketiga
Lebih terperinci1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia
POLISI DAN KOD AMALAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PROGRAM DIPLOMA DAN IJAZAH SARJANA MUDA 1 UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia 1 KA-09 KOD AMALAN PEMBANGUNAN
Lebih terperinciPOLISI PEMBANGUNAN DAN PENYELENGGARAAN SISTEM MAKLUMAT
ISI KANDUNGAN POLISI PEMBANGUNAN DAN PENYELENGGARAAN SISTEM MAKLUMAT... 1 BAB 1 : POLISI PEMBANGUNAN SISTEM MAKLUMAT... 4 0101 Perkara-Perkara Yang Perlu Dipatuhi Adalah Seperti Berikut:... 4 0102 Proses
Lebih terperinciBAB 14 AUDIT DALAMAN
BAB 14 AUDIT DALAMAN 14.1 Pendahuluan 14.1.1 Pengauditan atas pengurusan kewangan dan perakaunan Universiti amatlah penting untuk memastikan kewujudan akauntibiliti. 14.1.2 Oleh yang demikian, pemeriksaan
Lebih terperinciBAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan
BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Bidang Information Extraction (IE) adalah satu bidang yang melakukan proses pengekstrakan maklumat daripada data digital. Youn (1992) mendefinisikan pengekstrakan maklumat
Lebih terperinciBAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan
14 BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Semenjak penubuhan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada tahun 1933 semua keperluan senggaraan kem-kem dan fasilitas infrastrukturnya telah diuruskan oleh Public Works
Lebih terperinciOPERASI PERKHIDMATAN DAN SOKONGAN PEJABAT TIMBALAN NAIB CANCELOR (HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI) KOD DOKUMEN: UPM/OPR/HEPA/P001
Halaman : 1/9 1.0 TUJUAN Prosedur ini menerangkan proses pelaksanaan permohonan untuk mengadakan aktiviti kokurikulum tidak berkredit oleh pelajar asasi, diploma dan prasiswazah. 2.0 SKOP Prosedur ini
Lebih terperinciBAB 1 PENGENALAN PROJEK
1 BAB 1 PENGENALAN PROJEK 1.1 Pengenalan Projek Pada masa kini, terdapat banyak aplikasi yang telah bertukar kepada sistem atas talian. Ini seiring dengan perkembangan kehidupan manusia pada masa kini
Lebih terperinciBAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan
BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Internet merupakan salah satu cabang bagi perkembangan teknologi yang menghubungkan seluruh dunia secara global melalui rangkaian komputer. Selaras dengan perkembangan
Lebih terperinci1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia
POLISI DAN KOD AMALAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PROGRAM DIPLOMA DAN IJAZAH SARJANA MUDA 1 UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia 1 KA-02 KOD AMALAN REKABENTUK
Lebih terperinciBAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan
BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Perindustrian merupakan salah satu sektor penting dalam pembangunan harta tanah di Malaysia pada masa kini. Satu sistem perancangan yang baik untuk sektor perindustrian
Lebih terperinciAPLIKASI DAN SISTEM PEMARKAHAN POSTER DI PUSAT PERMATA PINTAR
APLIKASI DAN SISTEM PEMARKAHAN POSTER DI PUSAT PERMATA PINTAR Nur Hamizah Ismail Syaimak Abdul Shukor ABSTRAK Sistem yang digunakan setakat ini di PERMATAPintar semasa International Future Scientist Conference
Lebih terperinciBAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan
BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Masalah projek perumahan terbengkalai merupakan salah satu masalah perumahan yang masih wujud sehingga kini. Ia merupakan projek perumahan di mana kerja pembinaan atau
Lebih terperinciKawalan & pengauditan sistem maklumat. Sinopsis:
Kawalan & pengauditan sistem maklumat Sinopsis: Sekitar tahun 1950 an, pemprosesan data dilakukan secara manual tanpa bantuan mesin elektronik. Pada hari ini, penggunaan komputer untuk pemprosesan data
Lebih terperinciDASAR PENGURUSAN LAMAN WEB UNIVERSITI EDISI 2016
DASAR PENGURUSAN LAMAN WEB UNIVERSITI EDISI 2016 1 A. MENGENAI DOKUMEN Dasar berikut diguna pakai pada semua laman web yang menyediakan maklumat rasmi mengenai Universiti Teknologi MARA (UiTM) kepada ora
Lebih terperinciBAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan
BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Merujuk kepada Amy Nutt (2009), dalam artikel Ezine kedudukan restoran harus berada dikawasan mudah dilihat oleh orang ramai atau anda akan dapati langsung tiada pelanggan,
Lebih terperinciPANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH
PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH .0 PENGENALAN Bidang kokurikulum yang merangkumi kegiatan pasukan badan beruniform; kelab dan persatuan dan; Murid
Lebih terperinciBAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan
BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi pada hari ini telah banyak menyumbang kemajuan dalam bidang perniagaan. Hampir semua jenis perniagaan pada hari ini banyak
Lebih terperinciBAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan
1 BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pertumbuhan ekonomi yang berlaku dengan pesatnya telah menggalakkan industri harta tanah berkembang di negara kita khususnya di negeri Johor. Seiring dengan matlamat
Lebih terperinciBAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN
BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN 1.1 Pengenalan Industri pembinaan adalah merupakan salah satu bidang yang sangat mencabar. Berbanding dengan industri lain, industri pembinaan terdedah
Lebih terperinciUNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI
UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI i Cetakan Pertama, 2013, Edisi 2 Pejabat Jaringan Industri & Masyarakat Universiti Teknikal Malaysia Melaka Hakcipta terpelihara. Tiada
Lebih terperinciPERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN DEKAN (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: PU/PS/GP003 GARIS PANDUAN SISTEM PENASIHATAN AKADEMIK
GARIS NDUAN SISTEM PENASIHATAN Halaman: 1/5 1.0 TUJUAN Garis Panduan Sistem Penasihatan Akademik ini bertujuan memberi penjelasan kepada pelajar, penasihat akademik dan pegawai universiti yang terlibat
Lebih terperinciBAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan
BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Bahagian III Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), Pindaan 2001 (Akta A1129) telah memperuntukkan keperluan kepada penyediaan sistem rancangan pemajuan sebagai
Lebih terperinciLAMPIRAN A BORANG PENCALONAN ANUGERAH MALAYSIAN GOVERNMENT OPEN SOURCE SOFTWARE (MYGOSS) Nama Organisasi: Jabatan Peguam Negara
LAMPIRAN A BORANG PENCALONAN ANUGERAH MALAYSIAN GOVERNMENT OPEN SOURCE SOFTWARE (MYGOSS) 2011 1. Nama Organisasi: Jabatan Peguam Negara 2. Nama Projek OSS Yang Dicalonkan: Sistem e-notari Awam 3. Tarikh
Lebih terperinciMETODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang
BAB 3 METODOLOGI PENYELIDIKAN 3.1 Pengenalan Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang menganalisis wacana lisan bahasa Melayu dalam konteks tanya-jawab di bilik darjah.
Lebih terperinciPANDUAN DAN PERATURAN-PERATURAN PENTAULIAHAN DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA 2006 PANDUAN DOKUMENTASI BUKU LOG DAN LAPORAN LATIHAN INDUSTRI
PANDUAN DAN PERATURAN-PERATURAN PENTAULIAHAN DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA 2006 PANDUAN DOKUMENTASI BUKU LOG DAN LAPORAN LATIHAN INDUSTRI INSTITUT TEKNOLOGI INFO-SAINS MAHIR 25 MEI 2006 1.0 PENGENALAN Tujuan
Lebih terperinciLAMPIRAN A BORANG PENCALONAN ANUGERAH MALAYSIAN GOVERNMENT OPEN SOURCE SOFTWARE (MYGOSS) Nama Organisasi: Jabatan Peguam Negara
LAMPIRAN A BORANG PENCALONAN ANUGERAH MALAYSIAN GOVERNMENT OPEN SOURCE SOFTWARE (MYGOSS) 2011 1. Nama Organisasi: Jabatan Peguam Negara 2. Nama Projek OSS Yang Dicalonkan: Sistem Laporan Harian Jabatan
Lebih terperinciPANDUAN PENGGUNA UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA (MAMPU) JABATAN PERDANA MENTERI
PANDUAN PENGGUNA UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA (MAMPU) JABATAN PERDANA MENTERI i ISI KANDUNGAN PENGENALAN... 3 PORTAL 1MTC... 4 1 LAMAN UTAMA... 4 1.0 Mengenai Laman Utama...
Lebih terperinciINSTITUSI LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK TAHUN AKHIR
INSTITUSI LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK TAHUN AKHIR Versi : 13 Mac 2009 0 ISI KANDUNGAN Halaman SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN 1 PENGENALAN
Lebih terperinciLAPORAN AKHIR HHHC9301 PENGURUSAN MAKLUMAT & PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (SET 5) PROGRAM UKM FLY HIGH AUSTRALIA
LAPORAN AKHIR HHHC9301 PENGURUSAN MAKLUMAT & PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (SET 5) PROGRAM UKM FLY HIGH AUSTRALIA Nama : NUR SITI FATIMAH BINTI MOHAMAD JAMIL No Matrik : A144030 Program : UKM FLY HIGH AUSTRALIA
Lebih terperinciPengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik
Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik A. Ahmad 1, S. M. Idrus 2, N.N. N. A. Malik 3, N.A. Murad 4, N. H. Ngajikin & M. R. M. Esa 6 Fakulti Kejuruteraan
Lebih terperinciKOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN PEKELILING BENDAHARI BIL. 7 / 2003 PERATURAN PEMBAYARAN PELAJAR. KUiTTHO.(PB) 10.12/04 (14) 15 Oktober 2003
KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN PEKELILING BENDAHARI BIL. 7 / 2003 PERATURAN PEMBAYARAN PELAJAR KUiTTHO.(PB) 10.12/04 (14) 15 Oktober 2003 1.0 Tujuan 1.1 Tujuan Pekeliling ini ialah untuk menerangkan
Lebih terperinciSaya / Kami * akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan
ii Saya / Kami * akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami * karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan (Matematik).
Lebih terperinci1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia
POLISI DAN KOD AMALAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PROGRAM DIPLOMA DAN IJAZAH SARJANA MUDA 1 UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia 1 KA-07 KOD AMALAN PENILAIAN
Lebih terperinciBAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan
1 BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Sektor perumahan merupakan salah satu sektor yang utama di dalam program pembangunan negara ini yang bertujuan untuk mempertingkatkan kualiti hidup penduduk, sekaligus
Lebih terperinciPolisi Privasi. Pengenalan
Polisi Privasi Pengenalan imsme ialah satu platform rujukan atas talian yang pertama di Malaysia bagi pinjaman/ pembiayaan PKS yang dimiliki dan diuruskan sepenuhnya oleh Credit Guarantee Corporation Malaysia
Lebih terperinciKOLEJ UNIVERSITI TEKNIKAL KEBANGSAAN MALAYSIA
KOLEJ UNIVERSITI TEKNIKAL KEBANGSAAN MALAYSIA KUTKM.02/10.12/2.Jld.2(3) 7 OGOS 2003 PEKELILING PENTADBIRAN BIL. 13/2003 PENUBUHAN DAN PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA SISTEM MS ISO 9000:2000 & AKREDITASI
Lebih terperinciDASAR PERKHIDMATAN SERVER
BAB 5: DASAR PERKHIDMATAN SERVER 5.1 TUJUAN Dasar ini bertujuan menerangkan tentang peraturan yang perlu dipatuhi serta memberikan panduan berkaitan pengurusan server di Universiti Malaysia Pahang. Server
Lebih terperinciSISTEM UTM ACAD MODUL UTMCPS (UTM COLLEGE PARCEL SERVICES)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) SISTEM UTM ACAD MODUL UTMCPS (UTM COLLEGE PARCEL SERVICES) MANUAL PENGGUNA Bagi Modul UTMCPS BAHAGIAN PENGURUSAN PEMBANGUNAN APLIKASI PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
Lebih terperinciUNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA GARIS PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGURUSAN MEL ELEKTRONIK
1/18-5-29 1 / 11 UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA GARIS PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGURUSAN MEL ELEKTRONIK 1. PENGENALAN Garis panduan ini adalah untuk memberikan panduan yang khusus kepada semua pegawai
Lebih terperinciMASALAH PELAJAR DIPLOMA MEDIA DIGITAL (VIDEO & PENGAJIAN FILEM) TERHADAP PENCAPAIAN MARKAH TUGASAN
MASALAH PELAJAR DIPLOMA MEDIA DIGITAL (VIDEO & PENGAJIAN FILEM) TERHADAP PENCAPAIAN MARKAH TUGASAN Rohayu Zulkapli (rohayu@jrv.ptss.edu.my) Mazidah Mohamed Hashim (mazidah@jrv.ptss.edu.my) Siti Sullia
Lebih terperinciAPLIKASI MUDAH ALIH EVENTSHARE
APLIKASI MUDAH ALIH EVENTSHARE JOANNE EDWARD KHAIRUL AKRAM ZAINOL ARIFFIN Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK Aplikasi mudah alih merupakan salah satu teknologi yang
Lebih terperinciBAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan
BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pengurusan kualiti memainkan peranan penting dalam organisasi perkhidmatam awam. Ia akan dapat memastikan organisasi berkenaan sentiasa relevan dengan keperluan semasa
Lebih terperinciBAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan
BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi khasnya Internet pada hari ini telah banyak menyumbang dalam kemajuan bidang perniagaan. Fungsi Internet yang paling utama
Lebih terperinciNotis Privasi. Komitmen kami dalam memelihara privasi anda
Notis Privasi Komitmen kami dalam memelihara privasi anda Langkah-langkah dalam memastikan data peribadi pelanggan disimpan dengan selamat menjadi keutamaan bagi kami di Malaysia Building Society Berhad
Lebih terperinci