PENGLIBATAN DAN PRESTASI KOPERASI DALAM SEKTOR PERUMAHAN DI MALAYSIA

dokumen-dokumen yang mirip
CABARAN KOPERASI PENGGUNA DALAM AKTIVITI PERUNCITAN DI SEMENANJUNG MALAYSIA RINGKASAN EKSEKUTIF

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA BAHAGIAN UKUR BAHAN DAN PENGURUSAN KONTRAK LAPORAN PENUH CABARAN INOVASI JPS 2011 SISTEM UNIT TENDER

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Jawatan 1 : Pengurus Kanan (Perancangan Bisnes) - (1 Kekosongan )

DIMENSIKOOP. melibatkan aktiviti perekodan, pengkelasan, menganalisis dan mentafsir kegiatan urus niaga.

CABARAN KOPERASI DALAM MELAKSANAKAN AKTIVITI PERNIAGAAN

Koperasi Pengangkutan

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

PENGURUSAN BAJET 1.0 DEFINISI

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP19 : GARIS PANDUAN MENGENAI KUMPULAN WANG LIKUIDITI PUSAT BAHAGIAN A : PENGENALAN

AR-RAHNU SEBAGAI SUMBER PEMBIAYAAN MIKRO KREDIT: AMALAN PENYEDIA PERKHIDMATAN RINGKASAN EKSEKUTIF

DASAR dan GARIS PANDUAN PERUNDINGAN Universiti Teknologi MARA

GARIS PANDUAN MENGENAI PEROLEHAN HARTANAH OLEH KEPENTINGAN TEMPATAN DAN ASING

Perancangan Kewangan PENGENALAN 9.1 PERANCANGAN KEWANGAN HASIL PEMBELAJARAN SEMAK KENDIRI 9.1

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP7B: GARIS PANDUAN PEMBERIAN IBRA (REBAT) BAGI PEMBIAYAAN ISLAM BERASASKAN JUAL BELI BAHAGIAN A: PENGENALAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

S i r i P e n d i d i k a n S I D C. Merancang & Mengawasi Kedudukan Kewangan Anda

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

SINOPSIS KURSUS. Jabatan Perakaunan Dan Kewangan

GARIS PANDUAN BAGI MELAKSANAKAN ANUGERAH INOVASI JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA

PENGAKUAN. Tandatangan : Nama : Nor Azlina binti Abd Rahim. No.Matrik : EDMH Program : Diploma Eksekutif Pengurusan (Sumber Manusia)

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP22: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN HONORARIUM KEPADA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

2.1 LHDNM telah melalui 4 kali semakan kadar pelarasan gaji semenjak penubuhannya.

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP14 : GARIS PANDUAN PENGURUSAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

Belanjawan Menguruskan Perniagaan Koperasi Oleh: Adila Hashim MKM Cawangan Selatan

Tahukah anda? DIMENSIKOOP

Permohonan Untuk Melantik/Melantik Semula Anggota Lembaga Koperasi

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Garis Panduan Bagi Perbelanjaan Potongan Dua Kali Untuk Perbelanjaan Penyelidikan Dan Pembangunan Di Bawah Seksyen 34A Akta Cukai Pendapatan 1967

BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN

SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 11 TAHUN 1995 PANDUAN LAWATAN KE LUAR NEGERI KERANA PEROLEHAN KERAJAAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 7 TAHUN 2005 SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN GRED N17, N22, N26

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

PELAKSANAAN PELAN LATIHAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

BAB 1 ISU PERLAKSANAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA

Bank of America Malaysia Berhad Piagam Perkhidmatan Pelanggan

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

Kandungan. Perancangan kewangan. Simpanan. Melabur wang anda. Mendapatkan produk kewangan. Pinjaman dan kad kredit. Melindungi wang anda

INDEKS AKAUNTABILITI PENGURUSAN KEWANGAN KEMENTERIAN/ JABATAN DAN AGENSI KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN UTAMA (JUSA) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

PERANCANGAN ORGANISASI PENDAHULUAN TUJUAN LATAR BELAKANG ASAS PERTIMBANGAN (RASIONAL) LANGKAH PERANCANGAN STRATEGIK VISI MISI ISU ISU UTAMA

BAB SATU PENDAHULUAN

BAHAGIAN I PERMULAAN. (1) Undang-undang Kecil ini boleh dinamakan Undang-undang Kecil Koperasi Tenaga Nasional Berhad.

UNIT KHAS PROGRAM PEMBANGUNAN SOSIOEKONOMI MASYARAKAT INDIA JABATAN PERDANA MENTERI

TAJUK PROJEK: TEKNIK DAN PROSEDUR PEMBUATAN BERSANDAR UNTUK PENAMBAHBAIKAN BERTERUSAN DALAM INDUSTRI PEMBUATAN MALAYSIA

dan pencapaian objektif kajian. Di samping itu, dalam bab ini juga terdapat cadangan

ANUGERAH INOVASI PERKHIDMATAN

KOPERASI KKGLM MALAYSIA BERHAD ATURAN AKTIVITI PINJAMAN

Cadangan Pemberian Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal. (BIPK) Bagi Skim Perkhidmatan. Pegawai Perancang Bandar dan Desa

BAB 14 AUDIT DALAMAN

BORANG PERMOHONAN PENENTUSAHAN SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA BAGI PELANTIKAN ATAU PELANTIKAN SEMULA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI

KOPERASI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN MELAYU PAHANG TIMUR BERHAD

Skim Perumahan Mampu Milik Swasta

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP2: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN DIVIDEN OLEH KOPERASI (PINDAAN) 2012 BAHAGIAN A: PENGENALAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

10.1 PERANCANGAN DAN KITAR KAWALAN

Anggota Lembaga Koperasi Adik Kakak Kampung Pulau Rusa Kuala Terengganu Berhad (KODIKA)

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

UCAPAN PENUTUP DAN PENYAMPAIAN SIJIL KURSUS INDUKSI KOPERASI AHLI BARU ANGKASA 23 Februari 2017 (Khamis) Klana Resort Seremban, Negeri Sembilan

P.U. (A) 8/2008 AKTA PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN 2007 PERATURAN-PERATURAN PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN (MEKANISME PENSTABILAN HARGA) 2008

Notis Laman Web Berkenaan Dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

UCAPAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN

KAJIAN KES: PERNIAGAAN HOMESTAY OLEH KOPERASI

Manual Perancangan Pengurusan Produksi Luar Negara Ke Malaysia

menyatakan: berapakah jumlah unit rumah yang telah berjaya dibina menggunakan sistem ini semenjak tahun PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

DIMENSIKOOP PENGAUDITAN: TANDA ARAS KEJAYAAN KOPERASI. Norhazilina Abdul Halim Maktab Koperasi Malaysia Zon Timur

Lampiran 1 GARIS PANDUAN PERMOHONAN ANUGERAH INOVASI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (AIICT)

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP24: GARIS PANDUAN PELABURAN HARTA TAK ALIH BAHAGIAN A : PENGENALAN

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PERKHIDMATAN SOKONGAN (II) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

Pelaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus Kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah Menengah Dalam Bandar Di Daerah Kuantan, Pahang

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

Pendahuluan 3. Latar Belakang KOOP MKM 7 VISI & MISI 7. ISU dan Cabaran 8. Prestasi KOOP MKM Peta Strategi 10.

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

MODUL 10: KESIMPULAN. Isi Kandungan Pengenalan Rumusan Buku Kerja Asas Perancangan Kewangan Soalan penilaian

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

RISIKO-RISIKO ORGANISASI

KERAJAAN MALAYSIA. Garis Panduan Pelaksanaan Jawatankuasa Pengurusan Kewangan Dan Akaun

2.0 PENYATAAN MASALAH

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

Pengenalan kepada Ekonomi

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

Transkripsi:

PENGLIBATAN DAN PRESTASI KOPERASI DALAM SEKTOR PERUMAHAN DI MALAYSIA NAJMAH BINTI NAWAWI MOHD. NUSI BIN ABD. RAHMAN NOOR SHAFEEZA BINTI ZAINUDDIN NUR SYAZWANI BINTI ZAINUL ABIDIN RINGKASAN EKSEKUTIF Penyelidikan Penglibatan dan Prestasi Koperasi dalam Sektor Perumahan di Malaysia bertujuan untuk mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh koperasi dalam menjalankan aktiviti perumahan. Maklumat yang diperoleh dapat membantu pihak yang berkaitan dan berkepentingan dalam menjadikan aktiviti perumahan ini lebih berjaya khususnya koperasi yang terlibat secara langsung dengan fungsi perumahan. Objektif utama penyelidikan ini adalah untuk menilai prestasi koperasi yang menjalankan aktiviti perumahan dan mengenal pasti cabaran yang dihadapi koperasi. Penyelidikan ini juga mengkaji amalan yang diamalkan oleh koperasi dalam menjalankan aktiviti perumahan. Penyelidikan ini melibatkan kesemua responden yang dipilih berdasarkan koperasi yang mendaftar di bawah fungsi perumahan dan koperasi yang menjalankan aktiviti perumahan di seluruh Malaysia mengikut data yang diperoleh dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Sampel kajian dipilih daripada koperasi yang terlibat sekurang-kurangnya lima tahun dengan aktiviti perumahan. Kumpulan penyelidik telah menjalankan lawatan dan temu bual dengan koperasi pilihan bagi mendapatkan input awal dan isu-isu berkaitan dengan aktiviti perumahan. Isu-isu yang dibangkitkan semasa sesi lawatan dan temu bual ini penting bagi membangunkan borang soal selidik yang digunakan sebagai instrumen utama bagi kutipan data. Borang soal-selidik yang dibangunkan diuji dengan kajian awal (pre test) dan kajian rintis (pilot test) melalui pengedaran borang soal selidik awal kepada 50 respoden dalam kalangan koperasi fungsi perumahan di sekitar Lembah Klang serta peserta yang menghadiri kursus di Maktab

Koperasi Malaysia, Petaling Jaya. Borang soal selidik ini juga dinilai oleh pakar-pakar dalam bidang perumahan. Seterusnya Borang soal selidik ini diperhalusi selepas maklum balas diperoleh daripada responden hasil daripada kajian rintis dan maklum balas pakar. Proses pengumpulan data dilakukan secara temu duga berdepan oleh penyelidik dengan menggunakan borang soal selidik. Penyelidikan ini memperoleh data dan maklumat secara kuantitatif dan kualitatif. Manakala kadar maklum balas dari borang soal selidik bagi kajian ini adalah sebanyak 37.3 peratus (50/134) dan kadar ini memuaskan kerana secara amnya pengumpulan data melalui pos sukar untuk mencapai 30 peratus (Sekaran, 2003). Bagi mendapatkan data yang lebih tepat, tujuh buah kajian kes dibuat melalui temu bual berdepan dengan beberapa koperasi terpilih. Secara amnya, kadar maklum balas diperoleh dari koperasi fungsi perumahan sebanyak 36 koperasi berbanding 14 koperasi bukan fungsi perumahan. Data yang diperoleh melalui borang soal selidik dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 18.0. Borang soal selidik terbahagi kepada empat seksyen iaitu Seksyen A, B, C dan D. Seksyen A bertujuan untuk mendapatkan maklumat latar belakang koperasi dan maklumat berkaitan aktiviti perumahan, Seksyen B mengukur cabaran dalam aktiviti perumahan daripada pandangan koperasi, Seksyen C mengukur prestasi koperasi dan Seksyen D mengandungi profil responden. Di samping itu, terdapat juga cara lain untuk mendapatkan maklumat iaitu melalui penelitian buku laporan tahunan koperasi dan kaedah temu bual. Secara umumnya, dapatan kajian mengenai prestasi koperasi dilihat melalui perbandingan antara koperasi mengikut fungsi, mengikut koperasi perumahan di negeri-negeri, kedudukan koperasi dalam 100 buah koperasi terbaik dan koperasi fungsi perumahan dalam kedudukan 10 buah koperasi terbaik. Oleh itu, dapatan kajian mendapati 72 peratus yang menjalankan aktiviti perumahan berupaya untuk memberi dividen kepada anggotanya hasil daripada aktiviti perumahan. Peningkatan keuntungan daripada aktiviti perumahan disebabkan pemantauan projek perumahan yang ketat dari pihak koperasi melalui penubuhan jawatankuasa khas yang memantau perjalanan projek perumahan. Selain itu, didapati 78 peratus daripada jumlah

koperasi membuka pembelian rumah kepada bukan anggota. Dapatan kajian mendapati kebanyakan koperasi membina rumah berkos sederhana dan tinggi di atas tanah hak milik kekal. Ini kerana permintaan pembeli tinggi terhadap rumah jenis teres, banglo, rumah kedai dan rumah berkembar. Ia menunjukkan rumah yang dibina oleh koperasi juga dapat memenuhi kehendak bukan anggota. Manakala dari segi sumber pembiayaan pinjaman, majoriti pembeli mendapat pinjaman dari institusi kewangan. Kajian mendapati majoriti koperasi tidak bekerjasama dengan koperasi lain dalam menjalankan projek perumahan tetapi koperasi lebih banyak menjalin kerjasama strategik, pembinaan dan khidmat nasihat dengan pihak swasta. Dari segi amalan yang dipraktikkan oleh koperasi dalam pembinaan perumahan, majoriti koperasi membina projek perumahan di atas tanah yang diperoleh dari pembelian koperasi itu sendiri dengan lokasi berdekatan dengan bandar yang mempunyai kemudahan awam, di samping jenis rumah yang memenuhi keperluan dan impian pembeli. Kajian juga mendapati koperasi tidak memerlukan pinjaman dari institusi kewangan kerana kadar faedah pinjaman yang tinggi serta terma dan syarat perjanjian yang membebankan koperasi apabila dikenakan kadar penalti yang tinggi, permulaan pembayaran yang cepat, tempoh pembayaran singkat dan pengurangan jumlah pinjaman diminta. Ini menunjukkan bahawa koperasi yang menjalankan aktiviti perumahan mempunyai dana yang mencukupi untuk menjalankan projek perumahan. Kejayaan sesuatu projek bergantung kepada kecekapan dan kemahiran Anggota Lembaga Koperasi (ALK) dan pihak pentadbiran yang terlibat, di samping jumlah pekerja yang mencukupi. Selain itu, terdapat tiga faktor utama lain yang menyebabkan projek perumahan boleh disiapkan mengikut jadual ialah perancangan yang teliti, aliran wang tunai yang teratur dan kelulusan lesen projek yang cepat. Sebagai tambahan, responden bersetuju bahawa ALK juga seharusnya mempunyai pengalaman, ilmu dan berkemahiran dalam bidang pembinaan, aspek undang-undang dan peraturan yang berkaitan perumahan, kewangan, hartanah dan teknikal. Ini bagi membolehkan koperasi tidak menyerahkan sebarang kelulusan dan keputusan dibuat oleh pihak luar atau konsultan yang berkemungkinan mengambil kesempatan ke atas ketidaktahuan ALK dalam bidang pembinaan.

Kajian juga mendapati kemahiran pengurusan amat penting dalam kalangan ALK. Perancangan dan pelaksanaan operasi yang cekap dan tepat amat penting bagi mengelakkan koperasi mengalami masalah kekurangan bahan binaan. Kekurangan bahan mentah hanya berlaku apabila kos pembelian tinggi kerana kekurangan pembekal pilihan. Kekurangan bahan mentah berlaku apabila kesilapan perancangan dan terpaksa menunggu pengimportan bahan binaan. Kerajaan Malaysia telah menyediakan pelbagai skim perumahan. Namun begitu, kajian ini mendapati koperasi tidak merebut peluang serta memanfaatkan peluang yang disediakan oleh kerajaan ini. Pada 2012, kerajaan memperuntukkan RM500 juta untuk Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) tetapi skim bantuan ini mendapat kurang penyertaan dari koperasi perumahan dari aspek pembinaan (penyertaan tender). Walau bagaimanapun, kajian mendapati, koperasi telah mendapatkan pembiayaan pembinaan perumahan melalui tabung projek perumahan terbengkalai, low cost housing revolving fund, tabung perumahan 1Malaysia dan perumahan rakyat 1Malaysia. Cadangan penyelesaian ke arah penambahbaikan dan kemajuan dalam aktiviti perumahan akan melibatkan pihak yang berkepentingan seperti Maktab Koperasi Malaysia (MKM), Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Angkatan Kebangsaan Koperasi Malaysia (ANGKASA), Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) atau Jabatan Perumahan Negara (JPN) dan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat). MKM sebagai pusat latihan koperasi terunggul di Malaysia dicadangkan untuk memperbanyakkan kursus yang berkaitan dengan keperluan dalam menjalankan aktiviti perumahan. SKM selaku pemantau prestasi koperasi secara keseluruhannya perlu memastikan koperasi yang berdaftar sebagai fungsi perumahan menjadikan aktiviti perumahan sebagai aktiviti utama, seterusnya menyenaraikan kursus yang diperlukan koperasi dengan mencadangkan kepada MKM bagi menjalankan kursus tersebut. SKM juga perlu menyediakan bantuan teknikal dengan menjadi pemudah cara bagi menghubungkan koperasi dengan pihak-pihak yang terlibat dengan aktiviti perumahan. Manakala ANGKASA yang bertindak sebagai badan puncak koperasi, menjadi orang tengah dalam pembekalan bahan mentah secara pukal yang secara tidak langsung membolehkan koperasi mengawal harga pasaran. KKTP dan JPN berperanan membantu sektor koperasi

dalam menyediakan pelan tindakan, bajet serta mengkaji semula Akta Perumahan dengan memberi kelonggaran kepada koperasi dalam menyediakan perumahan kepada anggotanya. Bank Rakyat pula yang diangkat sebagai bank utama koperasi, seharusnya dapat membantu koperasi mendapatkan hak istimewa sekiranya membuat pinjaman. Seterusnya, gerakan koperasi itu sendiri boleh menjadikan penyelidikan ini sebagai panduan dalam menjalankan aktiviti perumahannya. Seterusnya, cadangan supaya penyelidikan dan kajian kes tentang aktiviti perumahan perlu dipergiatkan lagi untuk mendapat maklumat yang lebih menggambarkan masalah, cabaran kepada kejayaan dan tidak berjayanya sesebuah koperasi dalam menjalankan aktiviti perumahan. Ini bagi tujuan pengumpulan data dan maklumat yang lebih terperinci dapat dilakukan untuk mendapat gambaran prestasi aktiviti perumahan yang sebenar. Ini kerana pencapaian prestasi koperasi yang menjalankan aktiviti perumahan hanya berpandukan buku laporan tahunan yang disertakan bersama borang soal selidik; jika ada. Walau bagaimanapun, analisis secara terperinci tidak dijalankan ke atas maklumat yang disediakan di dalam buku laporan tahunan dan dokumen projek perumahan yang tidak dapat diperoleh oleh penyelidik. Berkemungkinan prestasi ini hanya secara luaran dan sebenarnya prestasi koperasi yang menjalankan aktiviti secara keseluruhannya tidak begitu memuaskan bagi menggambarkan keseluruhan sektor perumahan dalam gerakan koperasi.