GARIS PANDUAN MENGENAI PENGGUNAAN DAN PENGURUSAN KOMPUTER UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) KEDAH

dokumen-dokumen yang mirip
GARIS PANDUAN MENGENAI PENGGUNAAN DAN PENGURUSAN KOMPUTER UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) KEDAH

Garis Panduan Pengurusan Makmal Komputer

STPM e-submission (Sastera) e-submission STPM (SASTERA) Manual Pengguna. Manual Pengguna: Majlis Peperiksaan Malaysia Page 1

Program Membangunkan Keupayaan ICT MKM

PERISIAN PCB PINDAAN TERKINI 2008!

Dokumentasi ehelpdesk

SISTEM UTM ACAD MODUL UTMCPS (UTM COLLEGE PARCEL SERVICES)

GARIS PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGURUSAN EMEL JABATAN PELAJARAN NEGERI SELANGOR DAN SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI SELANGOR

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)

TATACARA PENGGUNAAN PERALATAN ICT. Disediakan oleh: Jawatankuasa ICT, Politeknik Jeli Kelantan.

Polisi Privasi. Pengenalan

Prosedur Penggunaan E-Mel. Isi Kandungan

e-submission STPM-Penilaian Berasaskan Sekolah Manual Pengguna Manual Pengguna: Majlis Peperiksaan Malaysia Page 1

GARIS PANDUAN UNTUK PIHAK SEKOLAH BAGI PEMASANGAN PERALATAN CUSTOMER PREMISE EQUIPMENT (CPE) BAGI PROJEK 1BESTARINET

Sistem e-transit Modul Pergerakan

M A N U A L PENGGUNA SISTEM PENGURUSAN KONTRAK 3K (SPK3K) KONTRAK KEBERSIHAN KONTRAK KESELAMATAN KONTRAK BEKALAN MAKANAN ASRAMA

LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA MANUAL PENGGUNA. APLIKASI e-data PCB

TERHAD ARAHAN PENGENDALIAN KOMPUTER BAGI SECURE DIGITAL COMMUNICATION SYSTEM (SDCS)

PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA GARIS PANDUAN PENGGUNAAN PERALATAN DAN PERKAKASAN ICT UNTUK STAF UPNM

EKSPLORASI TEKNO 2014

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA GARIS PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGURUSAN MEL ELEKTRONIK

PANDUAN PENGGUNA SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (HUMAN RESOURCE MANGEMENT INFORMATION SYSTEM) MODUL PENGURUSAN REKOD PERIBADI

DASAR PERKHIDMATAN SERVER

Versi SISTEM PENGURUSAN SURAT (SPS) - Surat Keluar - Buku Alamat - Cetakan - Nilai Setem dan Serahan. Panduan Pengguna

3. Import Data Sisteks*

USER MANUAL. Optimalkan Kinerja Komputer (Windows) By: PT. Amandjaja Multifortuna Perkasa

Latihan Aplikasi Sistem HRMIS Pengurusan Rekod Peribadi

MANUAL PENGGUNA APLIKASI PENDAFTARAN PMR VERSI 2012 UNIT APLIKASI PEPERIKSAAN BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

MANUAL PENGGUNA. Manual Pendaftaran Vendor Baharu. Versi 1.0. Pejabat Bendahari,

GARIS PANDUAN Pembangunan Laman Web Universiti Kebangsaan Malaysia

LAMAN WEB PERIBADI UPM

LAMAN WEB PERIBADI UPM

Volum BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN. i-nilam: Panduan Mengemaskini Rekod Bacaan Murid. Manual Pengguna. Guru NILAM & Penyelaras NILAM

Universiti Teknologi Malaysia

Manual Pengguna. Sistem Kemudahan Pengajian Staf (E-KaPS) Modul Permohonan Cuti Belajar PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT UTHM.

Dasar Privasi kami. Terakhir diubah suai: 12 Dis Ringkasan perubahan boleh dirujuk di bahagian bawah Dasar Privasi ini.

PANDUAN PENGGUNA SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (HUMAN RESOURCE MANGEMENT INFORMATION SYSTEM) MODUL PENGURUSAN REKOD PERIBADI

CADANGAN STANDARD PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

MANUAL PENGGUNA SISTEM eclaim (PEMOHON)

PEROLEHAN - MANUAL PENGGUNA PENDAFTARAN PEMBEKAL

Taip ORRP, Kemudian klik Advance

Panduan Pengguna PayBillsMalaysia

Notis Privasi Adient. Notis Privasi Adient ini merangkumi topik berikut: Skop Notis Privasi ini. Apakah maklumat peribadi yang kami boleh kumpul

FUNGSI PERMOHONAN PERTUKARAN 20/10/2015 PANDUAN PENGGUNA SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (HUMAN RESOURCE MANGEMENT INFORMATION SYSTEM)

PANDUAN SISTEM i-wira LEMBAGA TABUNG ANGKATAN TENTERA

MANUAL PENGGUNA (PEMOHON)

PANDUAN PERMOHONAN SKIM GERAN PENULISAN KES

MANUAL PENGGUNA SISTEM MAKLUMAT PELAJAR EKSEKUTIF 01 Disember, 2016

[PANDUAN PENGGUNA 1.0] MODUL PENDAFTARAN PEMBAWA DOKUMEN

Suruhanjaya Koperasi Malaysia MODUL DKOOP. Maklumat Am-Ahli Lembaga Koperasi dan Jawatankuasa Audit Dalam. Bahagian Penyeliaan OffSite

Panduan untuk Permohonan Tuntutan Lebih Masa

MANUAL PENGGUNA SISTEM PERMOHONAN KEMASUKAN KE PKP Disember, 2014

PERNYATAAN PRIVASI INREACH

TATACARA PERMOHONAN IBUBAPA/PENJAGA

Manual Pengguna. Pejabat Bursar, Universiti Putra Malaysia

PENGENALAN KEPADA SENGGARAAN SISTEM KOMPUTER. Kandungan:

MANUAL PENGGUNA SISTEM PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR KE UNIVERSITI AWAM PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SPM SETARAF SESI AKADEMIK 2017/2018

FLEx. Panduan untuk Peserta V.1. Page 1 of 25

HUMAN RESOURCE MANAGEMENT INFORMATION SYSTEM PENTADBIR HRMIS

MANUAL PENGGUNA SISTEM Modul 1 : Mendaftar masuk, melihat butiran, mengemaskini dan memadam rekod notifikasi Kemalangan

DASAR PENGURUSAN LAMAN WEB UNIVERSITI EDISI 2016

MANUAL PENGGUNA SISTEM PENGURUSAN KEHADIRAN STAF (BIOMETRIK)

Senarai Kandungan. Bil. Modul & Menu Muka surat

MANUAL PENGGUNA SISTEM E-ASET

Hak Cipta Pusat Zakat, Sedekah &Wakaf UiTM Pulau Pinang Tel : H/P :

MANUAL PENGGUNA BAHAGIAN PENGURUSAN KEMASUKAN PELAJAR

INTEGRATED STUDENTS INFORMATION SYSTEM (ISIS) Maklumat Murid dan Analisis Berpusat Secara On-line MANUAL PENGGUNA

PANDUAN PENGGUNA SISTEM MYFIT INSTITUT SUKAN NEGARA PANDUAN PENGGUNA SISTEM MYFIT INSTITUT SUKAN NEGARA

MODUL KERJA LEBIH MASA (OT)

epermohonan SABK Negeri Kedah Isi Kandungan

MyUP. TAL MySIS MySM

PANDUAN PENGGUNA HRMIS ATM

Modul e-daftar. (Sesi 2014/2015)

MANUAL PENGGUNAAN SISTEM PENILAIAN PRESTASI TAHUNAN STAF (E-PRESTASI) 1. Alamat untuk online adalah

PANDUAN PENGGUNAAN PERMOHONAN BANTUAN DERMASISWA PELAJARAN PUSAT PENGAJIAN TINGGI / PONDOK MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG

Mengenali Apa Itu Emel Phishing

GARIS PANDUAN PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL UNIVERSITI MALAYA

Pengenalan Microsoft Lync 2010

Universiti Teknologi Malaysia

TATACARA PENGGUNAAN DAN KESELAMATAN ICT KKM. Versi 3.0

PANDUAN PENGGUNA UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA (MAMPU) JABATAN PERDANA MENTERI

SOP 4 PENGUKURAN SPIROMETRI (UJIAN FUNGSI PARU-PARU)

MANUAL PENGGUNA SISTEM PERMOHONAN JAWATAN SECARA ONLINE (SISTEM E-RECRUITMENT) UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

Panduan Pengguna EZ Leave Application (versi WEB) UNTUK KEGUNAAN PENGGUNA SISTEM. Disediakan oleh Bahagian Teknologi Maklumat, PPSPPA

MANUAL PERMOHONAN KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) DAN SEKOLAH KAWALAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

B. KEPENTINGAN DOKUMEN

PEROLEHAN PERKHIDMATAN LUAR TALIAN DENGAN NOTA PELARASAN DEBIT

MANUAL PENGGUNA SISTEM TEMPAHAN ONLINE UKM

Permohonan On-line & Pengambilan Tingkatan 4

Panduan Mula Ringkas. Melihat atau bertukar antara akaun dalam talian Klik ID akaun anda untuk mengubah seting atau menukar akaun.

Universiti Teknologi Malaysia

Garis Panduan Keselamatan ICT Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang Versi 1.4 (07/01/2016)

UMS Manual Pentadbir Sistem MSD Technology Sdn Bhd MANUAL LATIHAN: USP MONITORING SYSTEM (UMS)

MANUAL PENGGUNA SISTEM PERMOHONAN KURSUS DALAMAN. Kerjasama Unit Teknologi Maklumat & Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan

PANDUAN PELAKSANAAN PENYELARASAN SISTEM PENGURUSAN REKOD KENDIRI DI PTJ SELURUH UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

BAB 6 : DASAR PERKHIDMATAN RANGKAIAN DAN TELEKOMUNIKASI UMP

SPemMPM Versi 7.0 MANUAL PERISIAN SISTEM PEMBAYARAN TUNTUTAN ELAUN PEMERIKSA MPM (MANUAL UNTUK PENGGUNAAN KP/TKP/KK/PEMERIKSA) Versi 7.

GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN DAN PENYENGGARAAN APLIKASI/LAMAN WEB UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

PANDUAN PENGGUNA SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (HUMAN RESOURCE MANGEMENT INFORMATION SYSTEM) MODUL PENGURUSAN SARAAN, FAEDAH DAN GANJARAN

4 i. PK.UiTM.(P).02 PROSEDUR KAWALAN REKOD SALINAN DOKUMEN TIDAK TERKAWAL. PROSEDUR KUALITI PENGURUSAN No. Rujukan : PK.UiTM.(P).

Transkripsi:

GARIS PANDUAN MENGENAI PENGGUNAAN DAN PENGURUSAN KOMPUTER UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) KEDAH KEMASKINI OGOS 2014 UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM) KEDAH

ISI KANDUNGAN PERKARA ISI KANDUNGAN MUKASURAT i 1. PENGENALAN 1 2. TUJUAN 1 3. SKOP 1 4. PERATURAN PENGGUNAAN KOMPUTER 4.1 PENGGUNAAN PERKAKASAN 2 4.2 PENGGUNAAN PERISIAN 2 4.3 PENGURUSAN SISTEM KOMPUTER 3 4.4 PENGGUNAAN INTERNET DAN E-MEL RASMI 4 4.5 PENGURUSAN KESELAMATAN 4.5.1 KESELAMATAN PERKAKASAN 4 4.5.2 KESELAMATAN PERISIAN 5 5. PENUTUP 5 6. LAMPIRAN LAMPIRAN A : MENYUSUN SEMULA FAIL DALAM DISK (DEFRAGMENTATION) Untuk Sistem Operasi Windows 7 Untuk Sistem Operasi Windows Vista Untuk Sistem Operasi Windows XP iii vi ix LAMPIRAN B : MEMBERSIHKAN DISK (DISK CLEANUP) Untuk Sistem Operasi Windows 7 Untuk Sistem Operasi Windows Vista Untuk Sistem Operasi Windows XP xii xv xviii LAMPIRAN C : MEMADAM MAKLUMAT YANG DISIMPAN SEMASA MELAYARI INTERNET (DELETE BROWSING HISTORY) Untuk Sistem Operasi Windows 7 Untuk Sistem Operasi Windows Vista Untuk Sistem Operasi Windows XP xxii xxv xxvii i

Garis Panduan Mengenai Penggunaan Dan Pengurusan Komputer Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kedah 1. PENGENALAN Garis panduan ini adalah untuk memberikan panduan yang khusus kepada semua pegawai dan kakitangan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kedah mengenai tanggungjawab mereka sewaktu mengguna, mengendali dan menyimpan rekod-rekod di dalam komputer. Ia juga mengariskan beberapa etika yang perlu dipatuhi ketika menggunakan kemudahan komputer di dalam Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kedah. 2. TUJUAN Tujuan panduan penggunaan dan pengurusan komputer ini adalah untuk memastikan bahawa: 2.1 Semua pegawai dan kakitangan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kedah maklum tentang adanya panduan dan peraturan terhadap penggunaan komputer; 2.2 Kemudahan komputer digunakan selaras dengan panduan dan peraturan yang ditetapkan; 2.3 Para pengguna kemudahan komputer sedar akan tanggungjawab mereka di dalam pengurusan rekod-rekod di dalam komputer tersebut; dan 2.4 Dapat meminimakan sebarang permasalahan kepada kemudahan komputer Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kedah. 3. SKOP Peraturan penggunaan dan pengurusan komputer ini meliputi: 3.1 Semua kemudahan komputer yang disediakan oleh Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kedah; dan 3.2 Semua pegawai dan kakitangan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kedah. 4. PERATURAN PENGGUNAAN DAN PENGURUSAN KOMPUTER Peraturan penggunaan dan pengurusan komputer di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kedah terbahagi kepada 5 kategori iaitu Penggunaan Perkakasan, Penggunaan Perisian, Pengurusan Sistem Komputer, Penggunaan Internet dan E-mel Rasmi, dan Pengurusan Keselamatan. Peraturanperaturan yang dikemukakan ini hendaklah dipatuhi sepenuhnya agar satu penggunaan yang sistematik, efisyen dan berwibawa dapat dilaksanakan secara menyeluruh. 1

Garis Panduan Mengenai Penggunaan Dan Pengurusan Komputer Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kedah 4.1 PENGGUNAAN PERKAKASAN 4.1.1 Anda adalah bertanggungjawab dalam menentukan perkakasan komputer seperti CPU, monitor, papan kekunci, tetikus, Pengawal Voltan Automatik (AVR) dan wayar sambungan (extension wire) adalah dalam keadaan baik. 4.1.2 Anda adalah bertanggungjawab dalam menentukan persekitaran perkakasan komputer dalam keadaan selamat seperti tidak terdedah kepada haba yang keterlaluan, tidak berkeadaan basah atau berair dan berminyak, tidak di tempat berhabuk, tidak menambah beban berlebihan di atas perkakasan komputer seperti meletakkan fail atau buku yang berlebihan ke atas CPU atau monitor. 4.1.3 Anda hendaklah memastikan semua komputer, AVR dan suis utama serta soket penyambungan elektrik ditutup selepas waktu pejabat atau setelah tidak digunakan lagi. 4.1.4 Anda dinasihatkan supaya tidak selalu atau kerap memindah lokasi perkakasan komputer. Ini adalah untuk mengelakkan daripada getaran dan kesan terkena hentakan (tidak sengaja) pada perkakasan komputer yang boleh memendekkan jangka hayat perkakasan komputer tersebut. 4.1.5 Anda adalah dilarang menggunakan kemudahan komputer dan perkakasan komputer di luar waktu pejabat. Walau bagaimanapun anda boleh menggunakan kemudahan tersebut di luar waktu pejabat jika mendapat Pengesahan Kerja dari Ketua Bahagian/ Ketua Unit. 4.1.6 Bagi komputer riba, anda adalah diamanahkan untuk memastikan komputer riba tidak jatuh, terhempas atau mengalami gegaran yang keterlaluan. 4.2 PENGGUNAAN PERISIAN 4.2.1 Anda adalah bertanggungjawab dalam menentukan komputer menggunakan perisian yang sah sahaja. Anda dilarang memasang atau memasukkan perisian tidak sah atau cetak rompak ke dalam komputer sama ada melalui floppy disk atau CD/DVD-ROM atau memindah turun dari Internet atau mana-mana media tanpa kebenaran dari Unit Teknologi Maklumat (UTM). Perisian yang sah boleh diinstalasi oleh Juruteknik Komputer. 2

Garis Panduan Mengenai Penggunaan Dan Pengurusan Komputer Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kedah 4.2.2 Anda dilarang sama sekali memindah turun (download) fail dari Internet atau mana-mana program yang memerlukan penggunaan memori besar serta mempengaruhi kepantasan rangkaian dan jangka hayat komputer. 4.2.3 Anda adalah dilarang menggunakan komputer untuk tujuan pemasangan video CD atau DVD atau muzik atau permainan komputer dan aktiviti-aktiviti yang tidak berkaitan dengan urusan pejabat pada bila-bila masa. 4.2.4 Anda adalah dilarang menggunakan komputer untuk tujuan komunikasi peribadi dan aktiviti-aktiviti yang tidak berkaitan dengan urusan pejabat pada bila-bila masa. 4.3 PENGURUSAN SISTEM KOMPUTER 4.3.1 Anda digalakkan untuk melaksanakan penyelenggaraan komputer sekurangkurangnya sebulan sekali untuk memastikan prestasi komputer sentiasa berada pada tahap yang optimum dengan: 4.3.2 Menyusun semula kedudukan fail dalam disk dengan kaedah Defragmentation untuk memastikan kedudukan fail sentiasa berada dalam keadaan yang mudah diambil oleh sistem (sila rujuk lampiran B). 4.3.3 Membersihkan disk dengan kaedah Disk Cleanup untuk memadamkan fail yang tidak diperlukan oleh sistem komputer (sila rujuk lampiran C). 4.3.4 Memadam maklumat yang disimpan semasa melayari Internet dengan kaedah Delete Browsing History (sila rujuk lampiran D). 4.3.5 Anda dilarang untuk mengubah sebarang konfigurasi sedia ada dalam komputer. Anda perlu memaklumkan kepada Juruteknik Komputer sekiranya sistem komputer mengeluarkan sebarang mesej asing. 4.3.6 Anda perlu menyimpan semua dokumen di dalam folder dan diletakkan di dalam Local Disk (D:) untuk memudahkan proses penyelenggaraan sekiranya komputer perlu di format. 4.3.7 Anda tidak digalakkan untuk menyimpan dokumen di Desktop dan menggunakan interaktif wallpaper kerana ia akan melambatkan operasi sistem komputer. 3

Garis Panduan Mengenai Penggunaan Dan Pengurusan Komputer Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kedah 4.4 PENGGUNAAN INTERNET DAN E-MEL RASMI 4.4.1 E-mel yang mempunyai nama domain kedah.uitm.edu.my adalah e-mel rasmi jabatan dan ia hanyalah untuk tujuan rasmi sahaja. 4.4.2 Anda yang mempunyai kemudahan akaun e-mel dikehendaki untuk menyemak dan mengemaskini email tersebut sekurang-kurangnya sekali sehari. 4.4.3 E-mel yang telah menghampiri saiz maksimum simpanan perlu dipadam untuk membolehkan kemudahan e-mel dapat berfungsi dengan baik. 4.4.4 Anda tidak digalakkan mengirim e-mel yang mempunyai lampiran bersaiz besar melebihi 2 Mb. Ini adalah untuk mengoptimumkan kadar kelajuan kiriman dan membuka e-mel tersebut. Anda dinasihati supaya menggunakan format.zip atau compress fail yang bersaiz besar sebelum membuat kiriman. 4.4.5 Sekiranya anda ingin menghantar emel kepada bilangan pengguna yang ramai (200 orang) dan saiz emel yang besar (melebihi 100 K), anda perlu menggunakan aplikasi emel For Your Information. Pautan untuk ke aplikasi For Your Information tersebut boleh diperolehi daripada Unit Teknologi Maklumat. 4.4.6 Anda tidak digalakkan untuk mengirim e-mel yang tidak berkaitan dengan tugas rasmi kepada kumpulan pengguna yang tidak berkaitan kerana ruang e-mel yang diberikan untuk setiap staf adalah terhad. 4.4.7 Anda ditegah daripada melayari laman web yang tidak berkaitan dengan tugas kerja. 4.5 PENGURUSAN KESELAMATAN 4.5.1 KESELAMATAN PERKAKASAN 4.5.1.1 Kemudahan komputer yang diamanahkan kepada anda yang terletak di dalam bilik atau pejabat terdedah kepada ancaman yang menjejaskan keselamatannya. Oleh itu, anda hendaklah sentiasa memastikan komputer hendaklah diletakkan di tempat yang mempunyai kawalan fizikal yang selamat daripada penceroboh atau sebarang bentuk capaian tidak sah. 4

Garis Panduan Mengenai Penggunaan Dan Pengurusan Komputer Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kedah 4.5.1.2 Apabila disedari sebarang kejadian kehilangan perkakasan komputer, anda hendaklah dengan segera melaporkan kejadian tersebut kepada Pejabat Polis Bantuan UiTM Kedah berserta butir-butir lengkap perkakasan yang hilang. 4.5.2 KESELAMATAN PERISIAN 4.5.2.1 Virus komputer merupakan salah satu ancaman kepada keselamatan perisian komputer yang tersebar luas. Antara langkah yang perlu anda praktikkan supaya tidak mengalami ancaman virus ialah: i) Memastikan pattern antivirus terkini diinstall dalam komputer anda. ii) iii) Mengimbas pen drive atau external hard disk menggunakan pakej antivirus terlebih dahulu sebelum membukanya di komputer anda. Tidak muat-turun pakej atau aplikasi baru terutamanya dari sumber yang tidak dapat dipastikan keselamatannya. iv) Jangan muat-turun fail tertentu yang dikirimkan melalui e-mel terutamanya fail yang boleh dilarikan seperti.vbs,.pl,.exe, atau apa sahaja jenis fail yang berkemungkinan mengandungi virus. 4.5.2.2 Anda dinasihatkan supaya tidak meninggalkan komputer anda ketika sedang menggunakan aplikasi atas talian kerana dibimbangi akan berlaku pencerobohan. Pastikan anda telah keluar dari aplikasi tersebut apabila tidak digunakan. 5. PENUTUP Garis Panduan ini mengandungi amalan-amalan terbaik mengenai penggunaan dan pengurusan komputer yang patut diikuti oleh semua kakitangan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kedah. Garis Panduan ini akan dikemaskini dari masa ke semasa selaras dengan perkembangan teknologi maklumat. 5

LAMPIRAN A : MENYUSUN SEMULA FAIL DALAM DISK (DEFRAGMENTATION) ii

Untuk Sistem Operasi Windows 7 BIL PAPARAN SKRIN LANGKAH 1 Skrin 1: Desktop 1. Tutup semua aplikasi dan dokumen. 2. Klik kanan pada ikon Computer. 3. Pilih Open. 2 Skrin 2: Computer 1. Klik kanan pada Local Disk (C:). 2. Pilih Properties. iii

3 Skrin 3: Local Disk (C:) Properties 1. Klik pada tab Tools. 2. Pada ruangan Defragmentation, klik butang Defragment Now... 4 Skrin 4: Disk Defragmenter 1. Klik partition yang ingin di defrag. 2. Klik butang Analyze disk untuk mengetahui sama ada partition tersebut memerlukan proses defragmentasi. iv

5 Skrin 5: Disk Defragmenter 1. Klik pada butang Defragment disk 6 Skrin 6: Disk Defragmenter 1. Skrin menunjukkan sistem sedang dalam proses defragmentasi. v

Untuk Sistem Operasi Windows Vista BIL PAPARAN SKRIN LANGKAH 1 Skrin 1: Desktop 4. Tutup semua aplikasi dan dokumen. 5. Klik kanan pada ikon Computer. 6. Pilih Open. 2 Skrin 2: Computer 3. Klik kanan pada Local Disk (C:). 4. Pilih Properties. vi

3 Skrin 3: Local Disk (C:) Properties 3. Klik pada tab Tools. 4. Pada ruangan Defragmentation, klik butang Defragment Now... 4 Skrin 4: Disk Defragmenter 2. Klik pada butang Defragment now... vii

5 Skrin 5: Disk Defragmenter: Defragment Now... 1. Tandakan pada ruangan yang berkenaan. 2. Klik butang OK. 6 Skrin 6: Skrin Disk Defragmenter 1. Skrin menunjukkan sistem sedang dalam proses defragmentasi. 2. Klik butang Cancel defragmentation untuk menamatkan proses defragmentasi. viii

Untuk Sistem Operasi Windows XP BIL PAPARAN SKRIN LANGKAH 1 Skrin 1: Desktop 1. Tutup semua aplikasi dan dokumen. 2. Klik kanan pada ikon My Computer. 3. Pilih Open. 2 Skrin 2: My Computer 1. Klik kanan pada Local Disk (C:). 2. Pilih Properties. ix

3 Skrin 3: Local Disk (C:) Properties 1. Klik pada tab Tools. 2. Pada ruangan Defragmentation, klik butang Defragment Now... 4 Skrin 4: Disk Defragmenter 1. Sila pilih volume untuk defragment. 2. Klik pada butang Defragment. 5 Skrin 5: Skrin Disk Defragmenter Skrin menunjukkan sistem sedang dalam proses defragmentasi. x

LAMPIRAN B : MEMBERSIHKAN DISK (DISK CLEANUP) xi

Untuk Sistem Operasi Windows 7 BIL PAPARAN SKRIN LANGKAH- LANGKAH 1. Skrin 1: Desktop 1. Untuk membuka aplikasi, klik: i. Start ii. All Programs iii. Accessories iv. System Tools v. Disk CleanUp xii

4. Skrin 2: Disk Cleanup : Drive Selection 1. Pilih Drive yang akan dibersihkan. 2. Kemudian, klik butang OK. 5. Skrin 3: Disk Cleanup Skrin menunjukkan sistem sedang mengimbas fail-fail yang akan dipadam. 6. Skrin 4: Disk Cleanup for (C:) 1. Pada ruangan Files to delete:, tandakan pada kotak yang berkenaan. 2. Klik butang OK. xiii

7. Skrin 5: Disk Cleanup 1. Klik butang Delete Files. 8. Skrin 6: Disk Cleanup Skrin menunjukkan sistem sedang dalam proses memadam fail. xiv

Untuk Sistem Operasi Windows Vista BIL PAPARAN SKRIN LANGKAH-LANGKAH 1. Skrin 1: Desktop 2. Klik kanan pada ikon Computer. 3. Pilih Open. 2. Skrin 2: Computer 1. Klik kanan pada Local Disk (C:) 2. Pilih Properties. xv

3. Skrin 3: Local Disk (C:) Properties 1. Klik pada tab General. 2. Klik pada butang Disk Cleanup. 4. Skrin 4: Disk Cleanup Options 3. Pilih antara 2 jenis fail. 4. Klik pada pilihan tersebut. 5. Skrin 5: Disk Cleanup Skrin menunjukkan sistem sedang mengimbas fail-fail yang akan dipadam. xvi

6. Skrin 6: Disk Cleanup for (C:) 3. Pada ruangan Files to delete, tandakan pada kotak yang berkenaan. 4. Klik butang OK. 7. Skrin 7: Disk Cleanup 2. Klik butang Delete Files. 8. Skrin 8: Disk Cleanup Skrin menunjukkan sistem sedang dalam proses memadam fail. xvii

Untuk Sistem Operasi Windows XP BIL PAPARAN SKRIN LANGKAH-LANGKAH 1. Skrin 1: Desktop 1. Klik kanan pada ikon My Computer. 2. Pilih Open. 2. Skrin 2: My Computer 1. Klik kanan pada Local Disk (C:) 2. Pilih Properties. xviii

3. Skrin 3: Local Disk (C:) Properties 1. Klik pada tab General. 2. Klik pada butang Disk Cleanup. 4. Skrin 4: Disk Cleanup Skrin menunjukkan sistem sedang mengimbas fail-fail yang akan dipadam. xix

5. Skrin 5: Disk Cleanup for (C:) 1. Pada ruangan Files to delete, tandakan pada kotak yang berkenaan. 2. Klik butang OK. 6. Skrin 6: Disk Cleanup for (C:) 1. Klik butang Yes. 7. Skrin 7: Disk Cleanup Skrin menunjukkan sistem sedang dalam proses memadam fail. xx

LAMPIRAN C : MEMADAM MAKLUMAT YANG DISIMPAN SEMASA MELAYARI INTERNET (DELETE BROWSING HISTORY) xxi

Untuk Sistem Operasi Windows 7 PAPARAN SKRIN LANGKAH 1. Skrin 1: Desktop 1. Klik kanan pada ikon Internet Explorer. 2. Pilih Open. 2. Skrin 2: Windows Internet Explorer 1. Klik pada tab Tools. 2. Pilih Internet Options. xxii

3. Skrin 3: Internet Options 1. Klik pada tab General. 2. Pada ruangan Browsing history, klik butang Delete... xxiii

4. Skrin 4: Delete Browsing History 1. Tandakan pada kotak yang dikehendaki. 2. Kemudian klik butang Delete. 5. Skrin 5:Delete Browsing History Skrin menunjukkan fail-fail sedang dalam proses pemadaman. xxiv

Untuk Sistem Operasi Windows Vista PAPARAN SKRIN LANGKAH 1. Skrin 1: Desktop 3. Klik kanan pada Internet Explorer. 4. Pilih Properties. 2. Skrin 2: Internet Properties 3. Klik pada tab General. 4. Pada ruangan Browsing History, klik butang Delete... xxv

3. Skrin 3: Delete Browsing History 3. Klik butang Delete all... 4. Skrin 4: Delete Browsing History 1. Tandakan kotak Also delete files setting stored by add-ons. 2. Klik butang Yes. 5. Skrin 5:Delete Browsing History Skrin menunjukkan fail-fail sedang dalam proses pemadaman. xxvi

Untuk Sistem Operasi Windows XP BIL PAPARAN SKRIN LANGKAH 1. Skrin 1: Desktop 1. Klik kanan pada Internet Explorer. 2. Pilih Internet Properties. 2. Skrin 2: Internet Properties 1. Klik pada tab General. 2. Pada ruangan Temporary Internet Files, klik pada butang Delete Cookies... xxvii

3. Skrin 3: Delete Cookies 1. Klik butang Ok. 4 Skrin 4: Internet Properties 1. Klik pada tab General. 2. Pada ruangan Temporary Internet Files klik pada butang Delete Files... 5. Skrin 5: Delete Files 1. Tandakan kotak Delete all offline content. 2. Klik butang Ok. xxviii