BAB IV TAHAP LITERASI POLITIK DAN KERENGGANGAN TERHADAP PARTI: TINJAUAN TERHADAP DATA-DATA SURVEI SEBELUM PRU 12

dokumen-dokumen yang mirip
KAJI SELIDIK PENDAPAT AWAM

BAB 5. Permuafakatan Politik dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia

KAJI SELIDIK PENDAPAT AWAM

PUSAT KAJIAN DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA (UMCEDEL)

Jawapan Terhadap Pembohongan-pembohongan SPR Mengenai Isu Persempadanan Semula

KAJI SELIDIK PENDAPAT AWAM

KAJI SELIDIK PENDAPAT AWAM

KAJIAN PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP PARTI DAN KEPIMPINAN PKR, NOVEMBER 2010

KAJISELIDIK KEBOLEHPINDAHAN UNDI ANTARA PARTI PEMBANGKANG

BAB KELIMA TINJAUAN KEBERKESANAN MODUL

PILIHANRAYA UMUM KE 12 DATA DAN ANALISA PRESTASI PAS

BAB VII CATATAN PENUTUP: LITERASI POLITIK DAN KERENCAMAN SOSIAL. Analisis dan penemuan kajian yang dibincangkan dalam bab VI menunjukkan bahawa

KAJI SELIDIK PENDAPAT AWAM

Kemerdekaan Negara 31 Ogos Penyediaan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

KENALI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA

BAHAGIAN 1 : Demografi

KAJISELIDIK POPULARITI PERDANA MENTERI DAN CALON PERDANA MENTERI PEMBANGKANG

PENDIDIKAN. Pendidikan di Malaysia

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN

AGENDA MELAYU DALAM PILIHAN RAYA UMUM KE-12: KAJIAN KES Dl NEGERI SELANGOR

BAHAGIAN 1 : Demografi

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang

KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

PINDAAN AKTA 355: SOALAN-SOALAN LAZIM. Oleh. Tun Abdul Hamid Mohamad

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA INSTRUMEN PENGESANAN MURID BERMASALAH DALAM PEMBELAJARAN (LINUS TEGAR) ARAHAN BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS APRIL 2011

KAJISELIDIK SENTIMEN PENGUNDI MENGENAI EKONOMI, KOS SARA HIDUP DAN INFLASI

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

S A R A N A. Sekolah. Inisiatif Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta Suatu Inisiatif Utama Makmal GTP2.0

KAJISELIDIK SENTIMEN PENGUNDI DAN ISU-ISU UTAMA PILIHANRAYA UMUM KE-14

Memorandum Pendidikan

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA INSTRUMEN SENARAI SEMAK DISLEKSIA ( ISD )

Bab 2. Bab. Bab. Bab 1. Bab 3 Bab 8. 4 Bab 9. Tingkatan 5. Bab. Bab

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA (KEDAH)

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 1 TAHUN 1997

TAJUK 6 DEMOKRASI BERPARLIMEN

1. Apakah tujuan Jawatankuasa Barnes dibentuk oleh kerajaan British? (m.s 128)

TAJUK 6 Demokrasi Berparlimen. Konsep demokrasi berparlimen Pilihan raya Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia

EzLearn2U.my. Tingkatan 3 Sejarah Bab 4 : Kerjasama antara kaum ke Arah Kemerdekaan. Soalan Objektif. Pilih jawapan yang paling tepat

PAKATAN MURNI. Maksud Pakatan Murni

PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM HUBUNGAN ETNIK

MASARIAH MISPARI SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH PUTRAJAYA

PERTANDINGAN 9 SEBELAH 1MAS BAWAH 16 TAHUN (LELAKI)

BAB 7 Taburan Penduduk. Bab 7-Taburan Penduduk

KENYATAAN AKHBAR. oleh Y. BHG. PROF. TAN SRI DATO DZULKIFLI BIN ABDUL RAZAK PENGERUSI MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA. tentang

Institusi Raja Berperlembagaan dan bidang kuasa Yang di-pertuan Agong. Konsep Raja Berperlembagaan

Ubah pendekatan menggubal dasar

PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA

BAB 8 KERAJAAN NEGERI-NEGERI MELAYU. 1. Kerajaan Melayu Tua terdiri daripada kerajaan : (ms 122) a. b. c.

Parti X. Menyokong idea pembentukan Persekutuan Melayu Mencadangkan pembentukan Melayu Raya

Laporan Jawatankuasa Tertinggi Pusat

BAHAGIAN BIASISWA KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

KENAIKAN KADAR BANTUAN SARA HIDUP

PELAKSANAAN LIMA HARI BEKERJA SEMINGGU

1. SKEMA SEKOLAH BERASRAMA PENUH

SALINAN BORANG SISTEM PENDAFTARAN KONTRAKTOR LEMBAGA KEMAJUAN TANAH PERSEKUTUAN (FELDA) A. MAKLUMAT ASAS SYARIKAT

LAPORAN HASIL DAPATAN KAJIAN PERSEPSI MAHASISWA MENGENAI RASUAH DI MALAYSIA

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA : Y.B. DATO NORAINI BINTI AHMAD (PARIT SULONG) Y.B. DATO' NORAINI BINTI AHMAD [ PARIT SULONG ] minta

Kemiskinan Bandar dan Sektor Tidak Formal. r J

Pembangunan Ekonomi Malaysia

Soal Jawab: UMNO PERLU PEMUGARAN UNTUK JADI PARTI RELEVAN

KENYATAAN MEDIA SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA

PENGAGIHAN NETBOOK 1MALAYSIA BAGI SEKOLAH-SEKOLAH KPM GARIS PANDUAN. November Versi 1.0

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

:23S SOALAN NO: 283 PERTANYAAN: BERTULIS DARIPADA: YB TUAN ER TECK HWA SOALAN:

PELAKSANAAN HRMIS DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PROGRAM SHARE JPA SIRI 1 6 MAC 2017 INSTITUT PENYELIDIKAN SAINS & TEKNOLOGI PERTAHANAN (STRIDE)

Kalendar Kuda 2018 Malaysia Download

DUA TERHADAP KEBERKESANAN PENGAJARAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN PULAU PINANG

BAB I PENGENALAN 1.0 PENGENALAN

BAB 1 PENDAHULUAN. Bahasa merupakan alat perhubungan yang amat penting dalam kehidupan

PERSEPSI PENAGIH, IBUBAPA DAN MASYARAKAT TERHADAP DADAH. oleh

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

Bab 2. Bab. Bab. Bab 1. Bab 3 Bab 8. 4 Bab 9. Tingkatan 5. Bab. Bab

SOALAN NO. 21 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN LISAN MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS, DEWAN RAKYAT LISAN PERTANYAAN

KERTAS KONSEP. Piala Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia A.S.A.T

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2017 PENAMBAHBAIKAN WAKTU BEKERJA BERPERINGKAT (WBB) DI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

BAHAGIAN LATIHAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

Sejarah Pengakap Dunia

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

Shamrahayu A. Aziz, (Profesor Madya, Dr) Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Perlembagaan Malaya dan Malaysia memperuntukkan kedudukan anak watan dalam kalangan Melayu dan bumiputera, Orang Asli dan juga etnik-etnik lain.

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

HASIL PEMBELAJARAN. Menerangkan hubung kait antara pembangunan ekonomi dengan hubungan etnik di Malaysia.

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

Deklarasi. Permatang Pauh 12 September Keadilan! Keadilan rakyat kita Jana arus! Kami arus perjuangan bangsa

LAPORAN PENYELIDIKAN

PANDUAN PELAN DATA GURU 2GB SEKOLAH-SEKOLAH 4G PROJEK PERKHIDMATAN 1BESTARINET FASA 2 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

BAB 5: PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA

PENJALANAN IHAN MALAYSIA BERITAPUBLISHINGSDN.BHD.

Info Ketua Pengarah LPP Ke 10

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

Borang Kaji Selidik Projek Pembinaan Laman Web Sumber Pendidikan Moral

Bil 04/2010 Edisi APRIL

TAJUK 7 SISTEM PERSEKUTUAN. Konsep asas persekutuan Pembahagian kuasa antara kerajaan persekutuan dan negeri Pentadbiran negeri dan kerajaan tempatan

No. Keahlian. Gambar. Nama Pemohon. No. KP (baru) Nama Syarikat / Nama Perniagaan. Alamat Pejabat. Poskod. Syarikat. Telefon Bimbit (HP)

Sempena Konvensyen Pemerkasaan Jalinan Rakyat PDM Wanita UMNO Negeri Johor. 28 Oktober 2016 (Jumaat) BERJAYA HOTEL WATERFRONT JOHOR BAHRU

KERTAS KONSEP PROGRAM JOM KE SEKOLAH ANJURAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA DENGAN KERJASAMA POLIS DIRAJA MALAYSIA

Himpunan kertas peperiksaan percubaan SPM dari sekolah-sekolah lain

Transkripsi:

BAB IV TAHAP LITERASI POLITIK DAN KERENGGANGAN TERHADAP PARTI: TINJAUAN TERHADAP DATA-DATA SURVEI SEBELUM PRU 12 4.1 Pengenalan Bab ini memeriksa kondisi yang menyebabkan berlaku perubahan ketara dalam corak perubahan pengundian semasa PRU 12, khususnya di tiga negeri paling membangun sebelah pantai Barat Semenanjung, iaitu Selangor, Perak dan Pulau Pinang. Di tiga negeri ini BN gagal mempertahankan kemenangan pada peringkat kerajaan negeri. Dua parti daripada Pakatan iaitu DAP dan PKR mencatatkan kemenangan besar dalam PRU 12 di negeri-negeri ini. Analisis terhadap data-data survei yang dilakukan pada peringkat negara dan dua negeri maju di sebelah pantai barat (Selangor dan Pulau Pinang) menunjukkan beberapa trend seperti berikut: 1) tahap pendidikan dan literasi politik di kalangan pengundi semakin meningkat, 2) majoriti responden tidak puas hati dengan keadaan ekonomi, 3) majoriti responden menyatakan tadbir urus bermasalah, 4) populariti Pak Lah, walaupun masih tinggi, tetapi semakin menurun menjelang 2008 dan 5) peratusan pengundi yang akan mengundi berasaskan parti semakin menurun, khususnya di kalangan pengundi dengan latar belakang kelas menengah. 4.2 Kerenggangan di Kalangan Pengundi Semasa PRU 12 Semasa PRU 11, BN menang 64 peratus undi popular, tetapi pada tahun 2008, undi popular yang diterima oleh BN merosot kepada 50 peratus sahaja. Di Semenanjung 96

sahaja, undi popular BN ialah sebanyak 48.9 peratus, sama peratusannya dengan undi popular ketiga-tiga parti pembangkang sekiranya dicampurkan (Brown, 2008: 742). Dari segi kerusi parlimen, penguasaan BN merosot kepada 140 semasa PRU 12 berbanding dengan 193 kerusi semasa PRU 11. Jadual 4.1: Keputusan PRU 12 bagi kerusi parlimen Negeri Kerusi Dimenangi % Undi % Keluar Mengundi BN PAS PKR DAP Bebas Total BN PAS PKR DAP Bebas Johor 25 (26) 0 (9) 0 (9) 1 (6) 0 (1) 26 65.3 9.0 13.3 10.5 1.9 74.2 Kedah 4 (15) 6 (8) 5 (7) 15 46.8 27.4 25.8 77.5 Kelantan 2 (14) 9 (11) 3 (3) 0 (2) 14 44.7 45.1 9.9 0.3 82.6 Kuala Lumpur 1 (11) 1 (1) 4 (5) 5 (5) 0 (1) 11 37.9 3.6 23.4 34.9 0.1 73.5 Melaka 5 (6) 0 (1) 0 (3) 1 (2) 6 57.4 3.2 21.1 18.2 0.0 77.1 Negeri Sembilan 5 (8) 0 (3) 1 (3) 2 (2) 0 (1) 8 54.7 9.4 16.0 19.7 0.2 74.8 Pahang 12 (14) 0 (6) 2 (6) 0 (2) 14 59.5 15.8 20.0 4.7 75.0 P. Pinang 2 (13) 0 (2) 4 (4) 7 (7) 0 (1) 13 38.7 5.2 17.3 38.6 0.2 77.6 Perak 13 (24) 2 (7) 3 (10) 6 (7) 0 (2) 24 46.5 10.3 20.5 22.5 0.2 71.0 Perlis 3 (3) 0 (3) 3 60.1 39.9 78.8 Selangor 6 (23) 4 (8) 9 (11) 4 (4) 0 (2) 23 44.4 14.6 27.3 13.4 0.3 75.3 Terengganu 7 (8) 1 (6) 0 (2) 0 (1) 8 55.1 33.5 11.2 0.2 83.5 S. Malaysia 85 (165) 23 (65) 31 (63) 26 (35) 0 (12) 165 49.8 16.6 19.1 14.1 0.4 76.0 Sabah 25 (26) 0 (1) 0 (21) 1 (5) 0 (13) 26 61.9 0.2 26.0 6.1 5.8 67.1 Sarawak 30 (31) 0 (1) 0 (11) 1 (7) 0 (11) 31 64.4 0.6 7.5 20.6 6.8 65.2 Malaysia Timur 55 (57) 0 (2) 0 (32) 2 (12) 0 (24) 57 63.2 0.4 16.8 13.3 6.3 66.1 MALAYSIA 140 (222) 23 (67) 31 (95) 28 (47) 0 (36) 222 51.5 14.5 18.8 14.0 1.2 74.5 Nota: Jumlah dalam kurungan bagi kolum 2-6 ialah bilangan kerusi ditandingi. Sumber: SPR Jadual 4.1 di atas menunjukkan elemen pembangunan dan pola kemenangan parti-parti bertanding semasa PRU 12. BN menang di kawasan semi urban seperti Johor, Perak, dan kawasan kurang membangun seperti Pahang, Terengganu, Kedah, Kelantan, Sabah dan Sarawak (106 daripada 140 kerusi dimenangi). Di Kedah dan Kelantan, pesaing utama kepada BN ialah PAS. Sebanyak 15 daripada 23 kerusi yang dimenangi PAS terdapat di dua negeri ini. Bagi negeri yang agak maju di Semenanjung seperti Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur dan Perak, DAP menang sebanyak 22 daripada keseluruhan 28 kerusi dimenangi seluruh negara. PKR mencatatkan kemenangan sebanyak 20 dari keseluruhan 31 kerusi yang dimenangi pada peringkat negara. Pola pengundi ini memperlihatkan semakin maju negeri tersebut, pengaruh DAP dan PKR semakin meningkat, kecuali di Johor. 97

Rajah 4.1: Perbandingan peratus undi popular BN antara PRU 11 dan PRU 12 mengikut komposisi kaum Sumber: Brown (2008: 743) Rajah 4.1 di atas menunjukkan pola pengundian mengikut etnik antara PRU 11 dan PRU 12. Semasa PRU 11, BN memperolehi peratusan undi yang secara puratanya melebihi 60 peratus bagi kawasan parlimen campuran (40-79 peratus pengundi Melayu). Di kawasan parlimen majoriti Melayu (seperti Kelantan, Kedah dan Perlis) peratusan undi BN agak merosot (hanya Terengganu kekal tidak berubah). Di kawasan majoriti Cina, sokongan kepada DAP semakin tinggi berbanding parti-parti komponen BN seperti MCA, MIC dan Gerakan. Jadual 4.2 di bawah menunjukkan peralihan undi mengikut etnik di Semenanjung Malaysia antara PRU 11 dan 12 mengikut kumpulan etnik. Kumpulan etnik India dan Cina mencatatkan peralihan undi yang paling tinggi, iaitu 58.5 peratus dan 21.7 peratus. Sementara itu pengundi Melayu pula mencatatkan peralihan yang sekitar 4.6 peratus. 98

Jadual 4.2: Anggaran regresi penentu peralihan undi mengikut etnik di Semenanjung Malaysia, 2008 Peratus Anggaran Kemungkinan Peralihan Kepada Parti Pembangkang 95% Selang Keyakinan Peratus Pengundi Pengundi Melayu 4.6 3.4-5.9 61.6 Pengundi Cina 21.7 19.6-23.8 30 Pengundi India 58.5 50.6-66.4 7.6 Lain-lain Pengundi -18 58.8-22.9 0.8 R2 0.86 N 421 Sumber: Brown (2008: 743 Kemerosotan undi kepada BN semasa PRU 12 adalah kerana berlaku peralihan yang tinggi di kalangan pengundi Cina dan India yang tidak puas hati dengan beberapa polisi kerajaan (Brown, 2008: 743). 4.3 Pembangunan dan Peralihan Undi: Analisis Data Aggregat Selangor, Perak dan Pulau Pinang merupakan tiga negeri yang banyak mencatatkan peralihan undi yang agak besar. Peralihan undi bagi kerusi parlimen di Selangor menyaksikan BN kehilangan sebanyak 17 kerusi parlimen yang dimenangi semasa PRU 11 (jadual 4.3). Bagi kerusi DUN pula, prestasi BN merosot daripada 54 kerusi (PRU 11) kepada 20 kerusi dan berlaku peralihan kerajaan di Selangor kepada Pakatan. Negeri Jadual 4.3: Perbandingan PRU 2004 dan 2008 bagi kerusi Parlimen di Selangor Kerusi Dimenangi BN PAS PKR DAP Lainlain % Undi Total BN PAS PKR DAP Bebas % Keluar Mengundi Selangor 2004 22 (22) 0 (9) 0 (7) 0 (4) 0 (1) 22 65.6 14.5 12.4 7.1 0.1 70.0 Selangor 2008 5 (22) 4 (7) 9 (11) 4 (4) 0 (2) 22 44.4 14.6 27.3 13.4 0.3 75.3 99

% Undian BN Jadual 4.4: Perbandingan PRU 2004 dan 2008 bagi kerusi DUN di Selangor Negeri Kerusi Dimenangi BN PAS PKR DAP Lainlain % Undi Total BN PAS PKR DAP Bebas Selangor 2004 54 (56) 0 () 0 (7) 0(2) 0(0) 56 63.8 11.5 12.5 9.9 0.3 71 Selangor 2008 20 (56) 8 (20) (11) 13 (15) 0 (5) 56 45 18 20 17 0.1 76 % Keluar Mengundi Sumber: SPR Rajah 4.2 dan 4.3 di bawah menunjukkan peralihan peratusan undi popular yang diterima oleh BN pada peringkat parlimen dan DUN semasa PRU 11 dan PRU 12. Undi popular BN peringkat parlimen jatuh kepada 44.85 peratus semasa PRU 12, 100 90 80 70 60 50 40 30 20 10 0 R² = 0.0066 R² = 0.4583 0 20 40 60 80 100 % Komposisi Pengundi Melayu 2004 2008 Rajah 4.2: Peratus undi popular BN bagi kerusi parlimen di Selangor Sumber: SPR 100

% Undian BN 100 80 60 40 20 0 R² = 0.0503 R² = 0.37 0 20 40 60 80 100 % Komposisi Pengundi Melayu 2004 2008 Rajah 4.3: Peratus undi popular BN bagi kerusi DUN di Selangor Sumber: SPR berbanding dengan 65.7 peratus semasa PRU 11. Prestasi BN di kawasan parlimen dan DUN campuran amat merosot. UMNO menang hanya 4 daripada 10 kerusi parlimen yang ditandinginya, manakala rakan bukan Melayu kalah semua kecuali MCA di parlimen Pandan. Lima daripada 22 kerusi parlimen (Sabak Bernam, Sungai Besar, Tanjong Karang, Sepang) merupakan kawasan majoriti Melayu dan terletak di luar bandar. 4.4 Modenisasi dan Kerenggangan Politik Perbincangan dalam sub topik ini dilakukan berpandukan tinjauan pendapat dan datadata survei yang telah dilakukan antara tahun 2004 hingga 2008 pada peringkat negara dan data yang dikutip pada tahun 2007 di dua kawasan parlimen, iaitu di Petaling Jaya Utara (PJU), Selangor dan Bukit Gelugor, Pulau Pinang. 101

4.4.1 Tahap Pendidikan Pengundi Semakin Meningkat Data-data survei yang dilakukan sebelum PRU 12 menunjukkan tahap pendidikan di kalangan pengundi di negara ini semakin meningkat. Dalam kajian yang dilakukan pada bulan Mac 2004 yang melibatkan 1,511 responden di seluruh negara, sebanyak 20 peratus responden memiliki pendidikan pada tahap diploma dan ijazah. Peratusan tersebut meningkat kepada 33 peratus semasa kajian pada Februari 2008 (Syed Arabi Idid, 2011: 119) Kajian yang dilakukan di PJU, Selangor terhadap 235 orang responden mendapati 40 peratus responden Melayu memiliki tahap pendidikan peringkat diploma dan ijazah. Di kalangan bukan Melayu, peratusan tersebut semakin tinggi iaitu 56 peratus bagi pengundi Cina dan 49 peratus di kalangan pengundi India (INSAP, 2007: 73). Semakin jauh daripada bandar Kuala Lumpur, peratusan kelas menengah menjadi semakin kecil. Ini ditunjukkan dalam kajian yang dilakukan di Bukit Gelugor, Pulau Pinang terhadap 212 orang responden. Mengikut kumpulan etnik, sebanyak 17 peratus responden dari etnik Melayu memiliki Diploma dan Ijazah. Sementara bagi responden Cina, sebanyak 26 peratus daripada responden memiliki Diploma dan Ijazah. Sementara itu, didapati tiada seorang pun responden India dalam kajian ini yang memiliki Diploma atau Ijazah (INSAP, 2011: 122). Data-data ini menunjukkan tahap literasi umum di kalangan pelbagai etnik di Malaysia semakin tinggi pada tahun 2008 berbanding dengan empat tahun sebelum itu berikutan arus pembangunan dan modenisasi yang diperkenalkan dengan pesat semenjak dekad 80an lagi. Ini secara tidak langsung menyumbang kepada peningkatan dalam tahap literasi politik. Tahap pendidikan menyebabkan kemahiran masyarakat 102

mendapat maklumat politik semakin tinggi. Contohnya, pada tahun 2004, jumlah langganan dan kadar penembusan jalur lebar di Malaysia ialah sebanyak 0.9 juta orang. Tetapi pada tahun 2008, angka tersebut meningkat kepada 6.2 juta orang (dipetik daripada Syed Arabi Idid, 2011: 78). Pada tahun 2004, peratusan pengundi yang tidak mempercayai televisyen dan akhbar ialah sebanyak 5 dan 11 peratus. Tetapi angka tersebut meningkat kepada 12 dan 13 peratus semasa Mac 2008 (m.s.84). 4.4.2 Keadaan Ekonomi dan Kadar Jenayah Sebagai Masalah Utama Dalam kajian yang dilakukan pada tahun 2004, masalah utama yang dinyatakan oleh responden ialah ekonomi, iaitu sebanyak 28 peratus. Pada tahun 2008, masalah utama yang dinyatakan masih juga ekonomi tetapi kali ini dengan peratusan yang lebih besar, iaitu 33 peratus (Syed Arabi Idid, 2011: 124-125). Dalam satu tinjauan pendapat yang dijalankan oleh Merdeka Center pada bulan Mac 2007, 34 peratus responden menyatakan ekonomi sebagai masalah utama, 13 peratus menyatakan masalah jenayah dan sebanyak 16 peratus lagi menyatakan masalah hubungan etnik (Tan dan Lee, 2008: 109). Kajian yang dilakukan di PJU Selangor menunjukkan 49 peratus responden tidak puas hati dengan keadaan ekonomi (INSAP, 2011: 68). Bagi responden di Bukit Gelugor, Pulau Pinang pula, 56 peratus tidak puas hati dengan keadaan ekonomi (m.s. 117). Peratusan yang kecil ini menunjukkan bahawa kesan kenaikan harga barang lebih dirasai oleh golongan kelas pekerja berbanding dengan kelas menengah. 103

4.4.3 Masalah Urus Tadbir Majoriti responden yang dikaji di PJU, Selangor menyatakan tidak puas hati dengan infrastruktur (jalan raya, kesesakan lalu lintas), kadar jenayah dan masalah sosial. Sebanyak 89 peratus responden tidak berpuas hati dengan perkhidmatan oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Isu yang sama dinyatakan oleh responden di Pulau Pinang (INSAP, 2007: 69 dan 118) 4.4.4 Populariti Abdullah Badawi Merosot Kajian tahun 2004 menunjukkan responden yang puas hati dengan kepimpinan Abdullah Hj. Ahmad Badawi ialah sebanyak 67 peratus. Peratusan tersebut menurun kepada 65 peratus pada tahun 2008 (Syed Arabi Idid, 2011: 130). Di Selangor (PJU), reponden yang berpuas hati dengan dengan kepimpinan Abdullah Badawi ialah sebanyak 61 peratus pada tahun 2007, dan di Pulau Pinang (Bukit Gelugor), peratusannya agak kecil, iaitu sebayak 56 peratus (INSAP, 2007: 70 dan 119) 4.4.5 Parti Sebagai Asas Membuat Pilihan Semakin Menurun Kajian secara longitudinal yang dilakukan oleh Syed Arabi memperlihatkan bahawa pengundi di Malaysia semakin renggang dengan parti-parti politik dan ini dicerminkan menerusi asas kepada pengundian mereka yang tidak lagi berdasarkan parti, tetapi adalah berdasarkan calon. Memandangkan Malaysia mengamalkan sistem parlimen, pengundi dididik oleh parti-parti politik untuk memilih parti dan bukannya calon. Ini 104

adalah kerana pengundi tidak mempunyai maklumat tentang siapa calon yang diletakkan oleh parti sehinggalah pada hari penamaan calon. Oleh itu, sekiranya pengundi yang ditemui menyatakan mereka akan mengundi berdasarkan calon, ini bermakna mereka tidak akan memberi undi kepada penyandang. Data-data survei yang dilakukan pada tahun 2001 dan sebelum PRU 2008 menunjukkan pengundi di Malaysia yang akan mengalihkan undi mereka kepada partiparti tertentu semakin besar jumlahnya (rajah 4.4). Diantara tahun 2001 dan 2002, Syed Arabi mendapati 57 peratus responden menyatakan asas pengundian mereka ialah parti. Tetapi responden yag menyatakan asas kepada pengundian ialah calon telah meningkat kepada 38 peratus pada tahun 2001 dan 42 peratus pada tahun 2002. 100% 80% 60% 40% 20% 0% 78% 57% 57% 60% 38% 42% 40% 22% 5% 1% 2001 2002 2004 2008 Parti Calon Parti dan calon Tiada Maklumbalas Rajah 4.4: Asas pilihan pengundi antara tahun 2001 hingga 2008 Sumber: Syed Arabi Idid, 2012 Pada tahun 2004, 78 peratus responden menyatakan mereka akan mengundi berdasarkan parti berbanding dengan calon. Pada tahun 2008, responden yang mengundi berasaskan parti menurun kepada 60 peratus. Sekiranya peratusan pengundi yang mengundi berasaskan parti adalah tinggi, Syed Arabi mendapati potensi BN 105

untuk menang adalah tinggi. Dan sekiranya peratusan responden yang mengundi berasaskan calon semakin tinggi, itu bermakna pengundi akan menolak BN. 100% 90% 80% 70% 60% 50% 40% 30% 20% 10% 0% 77% 79% Melayu & Bumiputera 23% 21% Cina 82% 18% India & Lain-lain 58% Melayu & Bumiputera Cina 2004 2008 61% 60% 41% 39% 36% India & Lain-lain Parti Calon Rajah 4.5: Asas pilihan pengundi mengikut etnik 2004 dan 2008 Sumber: Syed Arabi Idid, 2012 Dari segi etnik (rajah 4.5), pada tahun 2004, pengundi India didapati paling tinggi yang menyatakan kesediaan mengundi berdasarkan parti (82 peratus), diikuti oleh Cina dan Melayu (79 dan 77 peratus). Tetapi pada tahun 2008, pengundi Melayu mencatatkan peratusan paling rendah menyatakan asas pengundian mereka adalah parti, iaitu 58 peratus. Pengundi Cina dan India yang menyatakan asas pilihan ialah parti juga merosot kepada 61 dan 60 peratus pada tahun 2008. Pada tahun 2008, kesemua etnik mencatatkan kenaikan dalam aspek calon sebagai asas pengundi mereka. Paling tinggi ialah etnik Melayu (41 peratus), diikuti oleh Cina dan India (39 dan 36 peratus). 106

2004 2008 India & Lain-lain 65% 35% 61% 39% 62% 38% Cina 59% 41% 62% 38% 62% 38% Melayu & Bumiputera 58% 42% 58% 42% 62% 38% India & Lain-lain 90% 10% 76% 24% 90% 10% Cina 83% 17% 80% 20% 75% 25% Melayu & Bumiputera 76% 24% 77% 23% 79% 21% Parti (21-35) Calon (21-35) Parti (36-50) Calon (36-50) Parti (51 & keatas) Calon (51 & ke atas) Rajah 4.6: Asas pilihan pengundi mengikut umur Sumber: Syed Arabi Idid, 2012 Dari segi umur dan kumpulan etnik (rajah 4.6), pada tahun 2004 boleh dikatakan hampir semua pengundi muda yang berumur bawah 35 tahun menyatakan asas pengundi mereka ialah parti. Tetapi pada tahun 2008, pengundi muda bawah 35 tahun yang menyatakan parti sebagai asas pilihan mereka semakin menurun. Bagi kategori pengundi bawah 35 tahun, pengundi India (25 peratus antara tahun 2004 dan 2008) dan Cina (24 peratus antara tahun 2004 dan 2008). Bagi pengundi dalam kategori umur antara 36 hingga 50 tahun, pengundi Melayu dan Cina mencatatkan peratus penurunan paling tinggi iaitu masing-masing sebanyak 19 dan 18 peratus antara tahun 2004 dan 2008. Sementara bagi pengundi dalam kategori 51 tahun dan ke atas, pengundi India mencatatkan peralihan yang agak tinggi, iaitu sebanyak 28 peratus. 107

4.4.6 Asas Pilihan Pengundi di Selangor dan Pulau Pinang Sebelum PRU 12 Data survei di Selangor (PJU) pada tahun 2007 menunjukkan peratus pengundi Melayu yang akan mengundi berasaskan parti agak rendah iaitu 54 peratus. Pengundi Cina dan India pula masing-masing 54 dan 27 peratus (rajah 4.7). Ini menunjukkan bahawa di kalangan semua kumpulan etnik, peratusan untuk mengundi berasaskan calon berada di bawah 60 peratus dan ini menunjukkan semua kumpulan etnik, terutamanya pengundi India didapati tidak puas hati dan berpotensi tinggi melakukan peralihan undi memandangkan penyandang di kawasan ini ialah daripada parti MCA (kerajaan). Perkara ini ternyata berlaku semasa PRU 2008, dimana kerusi parlimen PJU dan kerajaan Selangor tewas kepada pembangkang. 80 70 73 60 50 40 30 20 46 47 54 53 27 Melayu Cina India 10 0 Calon Parti Rajah 4.7: Asas pilihan pengundi mengikut etnik di Selangor 2007 Sumber: INSAP, 2007 108

90 80 80 85 70 60 50 40 30 20 25 40 14 60 Melayu Cina India 10 0 Calon Parti Rajah 4.8: Asas pilihan pengundi mengikut etnik di Pulau Pinang 2007 Sumber: INSAP, 2007 Rajah 4.8 di atas menunjukkan asas pengundian yang diberikan oleh pengundi daripada pelbagai kumpulan etnik di Pulau Pinang (Bukit Gelugor). Didapati kesemua kumpulan etnik, kecuali Cina, memberikan peratusan yang tinggi terhadap parti sebagai asas pengundian. Memandangkan kawasan ini diwakili oleh DAP semasa 2004. Situasi tersebut menunjukkan majoriti pengundi berpuas hati dengan penyandang yang ada dan semasa PRU 2008, kawasan parlimen ini kekal di bawah DAP. Perbincangan dari segi asas pilihan pengundi, iaitu parti atau calon, angkubah yang dibina oleh Syed Arabi Idid dalam menjangkakan peralihan undi mempunyai perhubungan yang signifikan terhadap kes PJU dan Bukit Gelugor. Lebih penting lagi, kajian yang dilakukan oleh INSAP jelas menunjukkan bahawa terdapat sekumpulan besar pengundi daripada kesemua etnik yang tidak lagi terikat dengan parti dan keputusan mereka dalam mengundi ditentukan oleh perkiraan lain, khususnya bagi kawasan yang terdapat ramai pengundi kelas menengah seperti di PJU, Selangor. Bagi kawasan yang mana kelas menengah agak kecil seperti di Bukit Gelugor, Pulau Pinang, didapati asas kepada pengundian masih lagi berdasarkan kepada parti. 109

4.5 Rumusan Bab Perbincangan dalam bab ini menunjukkan peralihan undi yang berlaku pada peringkat negara semasa antara PRU 11 dan PRU 12 disumbangkan oleh pengundi yang berada di kawasan parlimen campuran, pengundi bandar dan semi urban, melibatkan hampir semua kumpulan etnik utama. Daripada penelitian terhadap data-data survei, antara kondisi yang membolehkan peralihan undi tersebut berlaku ialah kerana tahap pendidikan pengundi semakin tinggi dan ini dicerminkan oleh bilangan kelas menengah semakin besar berikutan kemajuan dan proses modenisasi yang dialami oleh negara semenjak lebih tiga dekad yang lalu. Tahun 2004 dan 2008 juga menyaksikan penetrasi internet semakin bertambah banyak dan kesemua ini, termasuk perkembangan yang dibincangkan dalam bab III sebelumnya, menunjukkan bahawa tahap literasi politik pengundi daripada pelbagai latar belakang etnik di Malaysia. Oleh yang demikian, pengundi yang mengundi berdasarkan parti semakin berkurangan menjelang PRU 2008. Pengundi yang memilih berdasarkan penilaian terhadap prestasi kerajaan, isu-isu utama dan kepimpinan penyandang menjadi semakin bertambah. Dengan kata lain, kerenggangan politik, khususnya terhadap BN mula dapat dikesan, khususnya di kawasan bandar. 110