BULETIN KHAS SEJARAH 2016

dokumen-dokumen yang mirip
TAJUK 13 HUBUNGAN DAN DASAR LUAR NEGARA. Jenis hubungan luar Dasar luar negara: prinsip dan pertimbangan Kerjasama serantau Kerjasama antarabangsa

Bab 2. Bab. Bab. Bab 1. Bab 3 Bab 8. 4 Bab 9. Tingkatan 5. Bab. Bab

Item Objektif. Analisis SPM Itali Jerman Rusia

MASARIAH MISPARI SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH PUTRAJAYA

PN. MASARIAH BINTI MISPARI

CADANGAN JAWAPAN KERTAS 3 CEMERLANG SET 1. Sejak mencapai kemerdekaan Malaysia telah menyertai dan bergerak aktif dalam pertubuhan serantau

CADANGAN JAWAPAN KERTAS 3 CEMERLANG SET 2. Sejak mencapai kemerdekaan Malaysia telah menyertai dan bergerak aktif dalam pertubuhan serantau

SEJARAH SPM 1249/2 (Set C)

Nyatakan latar belakang Malaysia dalam hubungan luar. Malaysia mempunyai dasar luarnya yang tersendiri, iaitu berbaik-baik dengan semua negara.

Disediakan Oleh Cikgu Khoo Page 1

RUKUN NEGARA. B.006(B.M) Januari 2013 (100.)

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA (KEDAH)

Subject: KARANGAN :FAKTOR-FAKTOR PERSENGKETAAN YANG MENGGUGAU KEAMANAN DUNIA Fri Jul 26, :40 am

MOCK TEST /2 SEJARAH Kertas 2 Julai 2 Jam 30 Minit

KAEDAH BELAJAR SAMBIL BERMAIN GURU-GURU CEMERLANG JPWP PADA : 15 SEPT 2005 OLEH PN. MASARIAH BT MISPARI MAKTAB TENTERA DIRAJA KUALA LUMPUR

Apakah persamaan kedua-dua buah parti yang dinyatakan di atas? 2. Apakah sebabnya orang Melayu tidak dapat menerima ideologi komunis?

Bab 2. Bab. Bab. Bab 1. Bab 3 Bab 8. 4 Bab 9. Tingkatan 5. Bab. Bab

SEJARAH - TINGKATAN 3. Malaysia yang Berdaulat


Bab 2. Bab. Bab. Bab 1. Bab 3 Bab 8. 4 Bab 9. Tingkatan 5. Bab. Bab

Pembelajara n secara masteri

Parti X. Menyokong idea pembentukan Persekutuan Melayu Mencadangkan pembentukan Melayu Raya

Oleh : DATUK SERI SYED HAMID ALBAR Tempat : KOTA BAHRU,KELANTAN Tarikh : 11 SEPTEMBER 2004 Tajuk : UCAPTAMA DI PERASMIAN DIALOG BERSAMA RAKYAT

KENALI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA

Himpunan kertas peperiksaan percubaan SPM dari sekolah-sekolah lain

: NEGERI-NEGERI MELAYU UTARA DAN JOHOR BENTENG KESELAMATAN BRITISH. Peta berikut menunjukkan kemaraan kuasa besar di Asia Tenggara.

Bab 2. Bab. Bab. Bab 1. Bab 3 Bab 8. 4 Bab 9. Tingkatan 5. Bab. Bab

MAKTAB TENTERA DIRAJA

BAB 5. Permuafakatan Politik dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia

KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

2016 SPM SEJARAH (KERTAS 3)

PN. MASARIAH BINTI MISPARI

PAKATAN MURNI. Maksud Pakatan Murni

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT MALAYSIA JAWAB LISAN 13 OKTOBER 2014

Pangkalan tentera Pelabuhan persinggahan X. Senarai di atas menjelaskan faktor-faktor British memerlukan Pulau Pinang. Apakah X?

PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA

MASARIAH MISPARI SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH PUTRAJAYA

MASARIAH MISPARI SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH PUTRAJAYA

Nama : Tingkatan : Sekolah : HAK CIPTA JABATAN PENDIDIKAN WILAYAH PERSEKUTUANKULA LUMUR BAB 1 NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSA KONFLIK ANTARABANGSA

Tindakan PKM (Parti Komunis Malaya) Membakar rumah yang berpenghuni pada waktu tengah malam

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA (KEDAH)

PN. MASARIAH BINTI MISPARI

PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SBP 2015 PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

PERUTUSAN TAHUN BAHARU OLEH PERDANA MENTERI DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK

MODUL EKSPLORASI SEJARAH MTD 2010 TINGKATAN 5

BAB 1: KEDUDUKAN STRATEGIK MENDORONG PENGUASAAN BRITISH

1. Apakah bidang yang ditekankan pada masa pemerintahan Meiji? (m/s 3) 2. Mengapakah China dijadikan sasaran awal perluasan kuasa Jepun?

Menginstitusikan TPP. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

Diselaraskan oleh PN. NORHAYATI BINTI MAT ZAIN Guru Cemerlang Sejarah SMK Seri Bintang Selatan SKK Kuala Lumpur

SEJARAH - TINGKATAN 3. Malayan Union Dan Persekutuan Tanah Melayu

PENGENALAN. Hasil Pembelajaran. ACIS, UiTM CTU553/555 MARUWIAH AHMAT

KETEGUHAN NEGARA DAN CABARAN DI HADAPAN KITA

HASIL PEMBELAJARAN. Menerangkan hubung kait antara pembangunan ekonomi dengan hubungan etnik di Malaysia.

PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM HUBUNGAN ETNIK

SEMINAR KEBANGSAAN ISU KETAMADUNAN DAN CABARAN SEMASA (SIKCAS) 2013

MODUL EKSPLORASI 2011 FOKUS SPM TINGKATAN5

PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SEKOLAH BERASRAMA PENUH 2017

Sejarah (940) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2011

Contoh sumber Berdasarkan ms 10 hingga 12 bincang dalam kumpulan dan berikan kaedah pengkajian dan contohnya. Contoh pengkajian. Contoh pengkajian. Co

PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2004 SEJARAH. Kertas 2. Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1249/2 SEJARAH Kertas 2 September 2½ jam

PENGENALAN. Hasil Pembelajaran. ACIS, UiTM CTU553/555

PENGENALAN. Hasil Pembelajaran. Mengenal pasti dan merangka strategi survival Melayu dan Bumiputera Menjelaskan strategi. Bumiputera fokus Malaysia.

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2006

BAB 5 : KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran KAJIAN TEMPATAN

SULIT 1249/2 NAMA PELAJAR LOGO SEKOLAH NAMA SEKOLAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2016 TINGKATAN 5. SEJARAH KERTAS 2 Dua jam tiga puluh minit

VISI CETAK BIRU ASEAN DEMOKRASI, PILIHANRAYA BEBAS DAN ADIL

BAB 5: PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA


Bab 2. Bab. Bab. Bab 1. Bab 3 Bab 8. 4 Bab 9. Tingkatan 5. Bab. Bab

MODUL EKSPLORASI 2011 FOKUS SPM TINGKATAN5

BAB 7 CABARAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

PN. MASARIAH BINTI MISPARI

BAHAGIAN A [ 40 Markah ] Jawab semua soalan. 1 Gambar 1 menunjukkan perkembangan bentuk roda Tamadun Mesopotamia. Perkembangan bentuk roda.

dan pencapaian objektif kajian. Di samping itu, dalam bab ini juga terdapat cadangan

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

BAB 9: MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSA

Bab. Bab 2. Bab 1. Bab. Bab. 4 Bab 9. 3 Bab 8. Tingkatan 5. Bab. Bab

PERANG SIBER HANYA ILUSI MAYA?

- Dato Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abd Razak - Perdana Menteri Malaysia

BAB 6: PENGUKUHAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA

Kemerdekaan Negara 31 Ogos Penyediaan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

Bab 6. Kesimpulan. Kajian berhubung dengan budaya pemakanan masyarakat Malaysia. daripada perspektif agama, polisi, sains dan teknologi dengan rujukan

PN. MASARIAH BINTI MISPARI

BAB 1 KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA

MASARIAH MISPARI SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH PUTRAJAYA

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2014

Najib gesa negara-negara Asia perkukuh kerjasama

Dapatkan Skema di

SEJARAH SPM 1249/2 (Set D)

SEKOLAH KEBANGSAAN BATU BERENDAM, MELAKA. Penjajahan & Kebangkitan Tokoh

KENYATAAN MEDIA LAPORAN PEMBIAYAAN POLITIK JAWATANKUASA KONSULTATIF NASIONAL MENGENAI PEMBIAYAAN POLITIK

Shamrahayu A. Aziz, (Profesor Madya, Dr) Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Tuan yang Di Pertua, DEW AN RAKYAT. M A LA YSIA. YB D ATUK HAJI DATU N ASRUN BIN DATU M A N SUR (SILAM ) 14 M ac 2016

Dapatkan Skema di

Soal Jawab: UMNO PERLU PEMUGARAN UNTUK JADI PARTI RELEVAN

PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA: KOMIK MAT SOM SEBAGAI BAHAN BANTU MENGAJAR

Transkripsi:

BULETIN KHAS SEJARAH 2016 TEAM CIKGU SEJARAH KEDAH BIL 1/2016 EDARAN PERCUMA tugas rutin harian tanpa diganggu atau diancam oleh pihak-pihak tertentu. Begitu juga sesebuah negara perlu mengekalkan kedaulatannya serta menjamin keselamatannya daripada serangan musuh. Hal ini lebih diutamakan bagi sesebuah negara yang kecil seperti Malaysia. Kadangkala negara-negara kecil ini terpaksa mencari perlindungan daripada kuasa-kuasa besar, atau bekerjasama dengan negara lain untuk mempertahankan kepentingan bersama. Keperluan asas negara yang berikutnya ialah mencari sumber pendapatan. Berdasarkan hal ini, sesebuah negara perlulah menjamin kepentingan ekonomi perdagangan yang menjadi punca pendapatannya. Negara-negara yang bergantung kepada perdagangan tentu akan memelihara hubungan yang baik dengan negara-negara lain bagi memasarkan barangannya atau bagi mendapatkan bahan mentah yang diperlukannya. Oleh itu, sekiranya kita ingin memahami dasar luar sesebuah negara, kita mesti mengetahui keperluan asas negara itu dari segi keselamatan ekonomi dan politik. Di samping itu pula, kita mesti mengetahui tentang latar belakang sejarah dan kebudayaan masyarakat tersebut. PENGENALAN DASAR LUAR NEGARA APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN DASAR LUAR NEGARA? Dasar luar Negara bermaksud dasar kerajaan terhadap negara-negara lain. Negara juga boleh diibaratkan sebagai seorang manusia. Oleh itu, sesebuah negara perlulah menjaga keselamatannya. Kita semua ingin menjalankan DEFINISI DASAR LUAR NEGARA Dasar luar dapat didefinisikan sebagai matlamat, rancangan dan tindakan yang dijalankan oleh sesebuah negara dalam usaha untuk berhubung dengan sesebuah negara yang lain dalam pengertian yang terhad, dasar luar negara hanya mementingkan aspek tindakan yang diambil oleh sesebuah negara bagi mempengaruhi keadaan-keadaan yang berada di luar bidang kuasanya. Bagi menjaga kepentingan, keamanan

dan keselamatan sesebuah negara, hubungan di antara sebuah negara dengan sesebuah negara yang lain adalah perlu dan penting. Hal ini demikian kerana kebanyakan negara bergantung antara satu sama lain dalam pelbagai aspek seperti politik, ekonomi, teknologi dan keselamatan. Negara maju perlu mengadakan hubungan dengan negara membangun khususnya dalam bidang perdagangan. ASAS-ASAS PENGGUBALAN DASAR LUAR MALAYSIA Penggubalan dasar luar Malaysia dipengaruhi oleh beberapa faktor yang menentukan corak dan arah dasar luar negara. Faktor-faktor berkenaan ialah sejarah, ekonomi, politik, geografi dan demografi. FAKTOR MEMPENGARUHI POLISI DASAR LUAR MALAYSIA? Faktor Sejarah Sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka telah terjalin hubungan dengan negara luar seperti China, Arab, Siam dan juga negeri-negeri di Kepulauan Melayu. Hubungan luar ini lebih berbentuk hubungan perdagangan. Pada masa ini telah terjalin hubungan Melayu serumpun di Kepulauan Melayu termasuklah negara-negara yang pada hari ini dikenali sebagai Indonesia, Brunei, Singapura dan Malaysia. Setelah mencapai kemerdekaan, Malaysia menyertai pertubuhan Komanwel dan meneruskan hubungan diplomatik dengan Britain dan negara Komanwel lain seperti Australia dan New Zealand. Pada masa itu, Malaysia sedang diancam oleh fahaman komunis yang disebarkan oleh Parti Komunis Malaya (PKM). Ancaman komunis ini menggugat keselamatan negara Malaysia dan dengan ini mendorong Malaysia mengamalkan dasar luar yang pro-barat dan antikomunis. Pada masa yang sama, Malaysia masih bergantung kepada kuasa Barat kerana Malaysia belum mempunyai keupayaan pertahanan. Faktor Ekonomi Malaysia merupakan negara yang mengamalkan pasaran bebas. dan dengan ini menjalin hubungan baik dengan negara-negara lain di dunia dalam usaha memajukan ekonominya. Sejak zaman penjajahan British lagi, Malaysia merupakan antara negara pengeluar utama bijih timah dan getah. Pada masa ini telah terjalin hubungan ekonomi antara Malaysia dengan negara-negara maju seperti Britain dan Amerika Syarikat. Setelah mencapai kemerdekaan, Malaysia masih mengharapkan pasaran dan juga modal dari negara-negara tersebut. Beberapa langkah telah diambil bagi menggalakkan pelaburan asing. Langkah ini diharapkan dapat meningkatkan ekonomi negara di samping menyediakan peluang pekerjaan. Menjelang tahun 1980-an, melalui Dasar Pandang ke Timur, pelaburan asing juga digalakkan dari negara-negara di Timur terutama Jepun dan Korea. Pada masa yang sama, Malaysia menjalin hubungan baik dengan negara-negara sedang membangun dan juga negara-negara Islam bagi meningkatkan pasaran barangan keluaran Malaysia di samping mengadakan pelaburan di negara berkenaan. 2 B U L E T I N K H A S S E J A R A H 2 0 1 6

Faktor Politik Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen, Malaysia berhak menentukan hala tuju masa depannya sendiri berdasarkan prinsip-prinsip keamanan sejagat. Ini jelas terpapar dalam dasar luar Malaysia yang menekankan pemeliharaan kedaulatan negaranegara lain. Contohnya, dasar Malaysia yang menyokong Palestin bagi mewujudkan keamanan di rantau Asia Barat. Malaysia juga berpegang teguh pada prinsipprinsip dan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi memelihara keamanan dunia. Oleh itu, Malaysia tegas dengan pendiriannya menyokong semua resolusi yang telah diambil oleh PBB bagi mencapai dan mengekalkan keamanan dunia. Malaysia mempunyai kedudukan yang strategik di Asia Tenggara dan bersempadan dengan hampir kebanyakan negara di rantau ini seperti Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina dan Brunei. Perairannya juga menjadi laluan utama kapal-kapal perdagangan di dunia. Dengan itu, keselamatan negara serantau akan mempengaruhi dan meninggalkan kesan terhadap keselamatan Malaysia. Malaysia telah menjalinkan hubungan diplomatik yang baik dengan negara-negara Islam sejajar dengan penduduknya yang majoriti beragama Islam. Malaysia tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan negara Israel disebabkan dasar negara berkenaan yang menceroboh dan menindas peribumi Palestin. Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama juga diberikan kebebasan sepenuhnya untuk mengamalkan budaya hidup dan agama masing-masing. Amalan konsep perpaduan dan sikap komited terhadap hak asasi manusia menyebabkan Malaysia menentang keras Dasar Aparteid yang diamalkan di Afrika Selatan asar kerajaan Afrika Selatan yang membezakan taraf penduduk Afrika Selatan mengikut warna kulit. Orang kulit putih diberikan banyak keistimewaan, manakala orang kulit hitam atau kulit berwarna dianggap rendah dan tidak diberikan hak politik dan kemasyarakatan yang sama. Malaysia juga tidak mengadakan sebarang hubungan diplomatik dengan negara berkenaan sehinggalah undang-undang dasar aparteid itu dihapuskan oleh kerajaan Afrika Selatan. Oleh itu, faktor kepelbagaian kaum di negara ini amat mempengaruhi penggubalan dasar luar Malaysia. PERKEMBANGAN DASAR LUAR MALAYSIA Sejak mencapai kemerdekaan, dasar luar Malaysia sentiasa berubah mengikut peredaran masa dan perkembangan dunia. Dalam menentukan dasar luar negara, perkembangan semasa memainkan peranan penting. Pengaruh komunis yang begitu kuat dan perkembangan dunia yang sedang menghadapi era Perang Dingin merupakan faktor yang perlu diambil kira. Perkembangan dasar luar Malaysia dapat dibahagikan kepada tiga tahap seperti yang berikut: Tahap Pertama Tahap Kedua Tahap Ketiga Tahap Pertama Tunku Abdul Rahman (1957-1970). Tun Abdul Razak (1972-1976) dan Tun Hussein Onn (1976-1981). Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad (1981-2003). Dasar luar Malaysia pada tahap pertama memperlihatkan DASAR PRO-BARAT yang ANTIKOMUNIS serta DASAR BERBAIK-BALK DENGAN NEGARA JIRAN DAN KOMANWEL. Dasar luar berkenaan dilaksanakan oleh Tunku Abdul Rahman disebabkan faktor politik, ekonomi dan sosial. 3 B U L E T I N K H A S S E J A R A H 2 0 1 6

Faktor POLITIK merujuk pada ancaman komunis di negara-negara Asia Tenggara dan juga di dalam negara melalui Parti Komunis Malaya. Oleh itu, Malaysia memerlukan bantuan pertahanan daripada negara-negara Komanwel terutama Britain, Australia dan New Zealand. Bagi menyekat perkembangan pengaruh komunis, Malaysia telah menandatangani Perjaniian Pertahanan Inggeris-Tanah Melayu atau Anglo-Malayan Defence Treaty (AMDA) pada tahun 1956. Mengikut perjanjian ini pihak British akan memberikan bantuan kepada Malaysia sekiranya diserang oleh mana-mana negara. Di samping itu, dasar luar Malaysia juga adalah BERBAIK-BAIK DENGAN NEGARA JIRAN. Hal ini disebabkan timbulnya krisis dengan negara jiran terutama selepas Malaysia mencapai kemerdekaan seperti konfrontasi dengan Indonesia (1963-1965), terputusnya hubungan dengan Filipina (1963 1965) dan keluarnya Singapura daripada Malaysia (1965). Usaha-usaha untuk memelihara hubungan dengan negara jiran terbukti melalui beberapa perjanjian. Malaysia telah menandatangani perjanjian menubuhkan Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASA) pada tahun 1961 bersama-sama Thailand dan Filipina, MAPHILINDO pada tahun 1962 bersamasama Indonesia dan Filipina serta ASEAN pada tahun 1967 bersama-sama Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura. Faktor EKONOMI pula memperlihatkan PERGANTUNGAN MALAYSIA KEPADA BRITAIN dalam menjaga kepentingan ekonomi negara ini. Pertama, hal ini disebabkan Malaysia merupakan anggota blok sterling yang menjalankan urusan perdagangan dalam nilai mata wang paun sterling. 4 B U L E T I N K H A S S E J A R A H 2 0 1 6 Kedua, Malaysia masih memberikan tumpuan kepada dua hasil utamanya, iaitu bijih timah dan getah dengan mengharapkan sepenuhnya permintaan daripada negara Barat termasuk Britain. Ketiga, pelabur Britain masih menquasai peratus yang besar dalam ekonomi Malaysia terutama dalam bidang perladangan dan perindustrian. Bagi mengurangkan pergantungan ini, Malaysia yang mengamalkan pasaran bebas mula membina rangkaian perdagangan dengan negara-negara lain seperti Amerika Syarikat, Jepun, Singapura dan Jerman Barat bagi mengurangkan pergantungan kepada Britain dan bagi mencari pasaran baru. Tahap Kedua Menjelang tahun 1970-an dasar luar Malaysia mula berubah kepada DASAR BERKECUALI dan BERBAIK-BAIK DENGAN SEMUA NEGARA. Perubahan dasar luar ini disebabkan kurangnya peranan yang dimainkan oleh AMDA dan kurangnya pengaruh Britain di Timur. pergolakan yang berlaku di Vietnam yang melibatkan dua kuasa besar, iaitu Amerika Syarikat dan China. Dalam mencapai matlamat dasar luar Malaysia, beberapa usaha telah dilakukan seperti mengisytiharkan konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali atau Zone of Peace, Freedom and Neutrality (ZOPFAN) bersama-sama dengan anggota negara ASEAN. Malaysia juga telah menjalin hubungan diplomatik dengan negara berfahaman komunis seperti China, Jerman Timur, Korea Utara, Vietnam Utara dan Mongolia. Keinginan Malaysia menjalin persahabatan dengan semua negara khususnya dengan negara jiran jelas dapat dilihat apabila Malaysia mengadakan hubungan diplomatik dengan Vietnam pada tahun 1976. Masalah pelarian

Vietnam di Malaysia dapat diatasi dengan kerjasama negara-negara jiran. Tahap Ketiga Dasar luar Malaysia pada tahap ini telah mengekalkan dasar-dasar tahap kedua tetapi memberikan PENEKANAN KEPADA KEPENTINGAN EKONOMI. Kepentingan ini adalah berkaitan dengan isu-isu perdagangan, pelaburan dan pembangunan terutama di kalangan negara membangun. Dalam usaha mencapai matlamat dasar tersebut, Malaysia telah mengadakan hubungan yang lebih erat dengan negara-negara ASEAN seperti menyelesaikan krisis Vietnam dan Kampuchea. Di samping itu, DASAR PANDANG KE TIMUR telah diperkenalkan pada tahun 1982 dengan menggunakan Jepun dan Korea Selatan sebagai model bagi membangunkan negara Malaysia. Dasar ini bertujuan menggalakkan rakyat Malaysia mengambil dan menerima pakai nilainilai yang baik seperti semangat mencintai negara, kesungguhan dalam pekerjaan dan etika pengurusan kerja yang baik. Malaysia juga telah mempertingkatkan hubungan dua hala dengan negara-negara lain menerusi lawatan yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad, ke negara Afrika, Amerika Selatan, Caribbean dan Pasifik Selatan. Dalam setiap siri lawatannya, misi perdagangan Malaysia akan turut serta dan menandatangani perjanjian perdagangan dua hala yang menguntungkan kedua-dua belah pihak. Beliau percaya Malaysia bukan sahaja harus menjalin hubungan politik dan perdagangan dengan negara maju malah dengan negara Dunia Ketiga juga. EVOLUSI DASAR LUAR MALAYSIA SEPINTAS LALU Gaya dan pendekatan dalam engumumkan dasar luar negara Malaysia mungkin berbeza 5 B U L E T I N K H A S S E J A R A H 2 0 1 6 mengikut personaliti setiap Perdana Menteri Malaysia. Mengikut kajian yang dibuat oleh penyelidik-penyelidik di negara ini menunjukkan bahawa dasar luar negara Malaysia sejak 1957 memperlihatkan perkembangan yang stabil dan mempunyai ciri perubahan ketara mengikut perubahan dalam pengawasan politik Malaysia. Dalam zaman Tunku Abdul Rahman dari 1957 1969, dasar luar Malaysia berada di tahap pengasasan dan pengembangan, di mana ianya didorong ke arah kelangsungan hidup negara yang baru merdeka. Dasar luar negara kita pada waktu itu ternyata bersifat antikomunis dan pro-barat dengan hubungan yang rapat dengan negaranegara Komanwel. Pendekatan ini juga bersumberkan pengaruh keperibadian Tunku yang begitu pro-barat dan antikomunis, selain situasi dan kondisi politik domestik yang kurang stabil ketika itu (Faridah Jaafar, 2007). Kita juga menentang kuat dasar Aparteid. Pendirian kita tentang kerjasama serantau juga mula bertapak dengan kemunculan ASA (1960), MAPHILINDO (1963) dan ASEAN (1967). Era pemerintahan Perdana Menteri Kedua Malaysia dari 1970 1976, di bawah kepimpinan Tun Abdul Razak memperlihatkan keupayaan mendalam beliau mengendalikan hubungan luar Malaysia mengikut arus perubahan. Malaysia telah menganggotai Pertubuhan Persidangan Islam OIC) dan mula mengenalkan dirinya sebagai sebuah Negara Islam. Beliau telah merintis usaha ke arah peneutralan dasar luar Malaysia dengan menjalinkan hubungan diplomatik dengan hampir semua negara tanpa mengira ideologi. Pencarian negara rakan baru secara besar-besaran meningkatkan kepentingan Negara-negara Berkecuali (Non-Alignment Movement) kepada Malaysia. Kita dikenali sebagai negara berkecuali dan terdorong ke arah kekecualian, kewujudan bersama secara harmoni dan kebebasan. Kita juga mula menjauhkan diri daripada kuasa utama dunia, menekankan semangat serantau dan membina hubungan dan hubungan diplomatik dengan negara komunis. Pelaburan daripada negara selain British juga mula dialu-alukan. Beliau juga telah mengadakan penyelarasan dalam aspek politik,

ekonomi, dan dasar pertahanan bagi memenuhi tuntutan strategik negara. Tempoh penggabungan di bawah pemerintahan Tun Hussein Onn (1976 1981) dengan ASEAN menjadi asas dalam dasar luar negara Malaysia ekoran daripada kejatuhan Saigon (kini Bandar Ho Chi Minh) pada tahun 1975, pengunduran Tentera AS dari Asia Tenggara dan pencerobohan Kampuchea (kini Kemboja) oleh Vietnam. Sidang Kemuncak ASEAN yang pertama diadakan dan Malaysia menandatangani Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama di Bali pada tahun 1976. Penekanan yang lebih tegas turut dibuat ke atas kebebasan, kekecualian dan kedudukan yang sama dengan kuasa utama dunia. Dalam tempoh ini, beliau lebih banyak mengekalkan dan meneruskan dasar yang telah diasaskan oleh pemimpin sebelumnya. Dasar luar Malaysia dalam tempoh ini menunjukkan era pengukuhan, di mana kita tidak memihak kepada mana-mana negara. Hal ini bertepatan dengan lingkungan global ketika itu yang sedang bergerak ke arah pengenduran hubungan tegang di antara negara-negara yang sedang berkonfl ik. Perubahan yang lebih ketara terjadi apabila Tun Dr. Mahathir Mohammad mengambil alih jawatan sebagai Perdana Menteri yang keempat pada tahun 1981 (1981-2003). Pendirian dasar luar negara Malaysia lebih banyak berorientasikan ekonomi daripada sebelum ini, ditambah dengan pembelaan yang kuat dan bersemangat kebangsaan untuk hak, kepentingan dan aspirasi negara membangun serta sokongan daripada Kerjasama Selatan-selatan. Sebelum ini, dasar luar Malaysia menjadikan Barat sebagai role-model, tetapi dalam era Mahathir, beliau membuat perubahan yang drastik dengan menjadikan Timur sebagai role-model. Ini merupakan satu pembaharuan yang sangar nyata dalam pemerintahan Malaysia dan menarik perhatian dunia khususnya, Barat (Zulhilmi Paidi &Asrar, 2003, m/s 134). Kepimpinan Tun Dr. Mahathir menunjukkan pelbagai inisiatif baru diusahakan, contohnya: Pelbagai Inisiatif Baru yang Diusahakan: Antartika sebagai warisan bersama dunia. Dasar Pandang ke Timur (LEP). Berjuang untuk negara membangun dalam isu utama seperti alam sekitar, hak asasi manusia dan demokrasi. Dengan kemunculan globalisasi, mengenal pasti kesan baik dan buruk globalisasi terhadap negara membangun. Pendekatan yang proaktif dan bersungguhsungguh dalam isu Aparteid dan Palestin. Perpaduan Islam Mempengerusikan dan menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak OIC ke-10, tuan rumah Ekspo OIC Pertama, membentuk D-8. Keamanan dan keselamatan antarabangsa Malaysia menganggotai UNSC, peranan sebagai pengaman di beberapa buah negara seperti Kemboja, Somalia, Bosnia, Kosovo, Namibia dan Timur Leste. Malaysia turut giat menentang sikap pilih kasih, berat sebelah dan tindakan pintas di luar lingkungan PBB. Keganasan Malaysia menerapkan kerjasama antarabangsa serantau yang kukuh untuk membanteras keganasan, menentang kuat menyalahkan agama atau kaum, menyarankan pelbagai aspek pendekatan dalam membanteras keganasan termasuk mengenal pasti dan menghapuskan penyebabnya, menjadi tuan rumah Mesyuarat Menteri-menteri Luar OIC berkenaan keganasan pada tahun 2002, menubuhkan SEARCCT yang memberikan tumpuan utama kepada latihan dan pembinaan keupayaan. Membuka Sempadan Baru: Mengadakan hubungan dua hala secara aktif dengan negara Afrika, Amerika Latin dan Eropah Timur, terutamanya dalam perdagangan, pelaburan dan pemindahan teknologi dengan semangat Kerjasama Selatan-Selatan. Termasuk juga membuka Perwakilan Diplomatik dan lanjutan kepada Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP) di negara ini. 6 B U L E T I N K H A S S E J A R A H 2 0 1 6

Berorientasikan Ekonomi: Kerjasama Ekonomi Asia Timur (daripada EAEG kepada EAEC kepada ASEAN +3). Kerjasama Pembangunan Serantau Konsep Segi Tiga Pertumbuhan, seperti, IMTGT, IMSGT, BIMP- EAGA. Kumpulan G-15 (G15) pelaksanaannya dimulakan oleh Malaysia. Diplomasi Ekonomi pelaburan ke luar negara dengan prinsip makmurkan jiran anda, Kerjasama Selatan-Selatan, MIGHT, Dialog Antarabangsa Langkawi (LID), Dialog Antarabangsa Afrika Selatan (SAID). Dasar luar Malaysia di bawah kepimpinan YAB Tun Abdullah Ahmad Badawi dari 2003-2009 disifatkan telah melalui proses evolusi yang dinamik. Beliau meneruskan kesinambungan dasar luar Malaysia era Perdana Menteri sebelumnya di samping memperhalusi dan mengkonsolidasi dasar luar sedia ada. Di bawah kepimpinan beliau, inisiatif dasar luar negara terus diperhalus untuk memperlihatkan: Respons pragmatik dalam menyahut cabaran geopolitik dan ekonomi semasa pandangan Malaysia disampaikan dengan lebih jelas. Keteguhan sebagai lanjutan dinamik kepada dasar sedia ada. Peranan kepimpinan yang berpengaruh sebagai Pengerusi Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan ASEAN; dan Malaysia sebagai contoh terkemuka sebuah negara Islam yang bertoleransi dan progresif Islam Hadhari Oleh itu, perkembangan dasar luar negara di bawah kepimpinan perdana menteri yang silih berganti ini menunjukkan tindak balas pragmatik terhadap perubahan geopolitik dan ekonomi pada tempoh tersebut. Untuk terus relevan dengan keperluan negara, dasar luar negara tidak boleh statik. Walaupun perubahan dalam keutamaan menjadi ciri asas bagi dasar luar negara Malaysia, namun kesinambungan juga jelas kelihatan. Perubahan dan kesinambungan ini 7 B U L E T I N K H A S S E J A R A H 2 0 1 6 memperlihatkan tahap keyakinan dan kematangan negara yang lebih tinggi dalam mengendalikan hubungan antarabangsanya. Malah, kepimpinan Malaysia turut diiktiraf dalam pelbagai isu yang menarik minat negara membangun. DASAR LUAR ERA DATO SERI MOHD NAJIB TUN RAZAK Dato Seri Mohd Najib Tun Razak telah menjadi Perdana Menteri Malaysia Ke-6 pada 3 April 2009 menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Dalam era pemerintahan beliau sebagai Perdana Menteri, beliau telah mengorak langkah ke hadapan dengan menekankan kepada dasar luar yang lebih proaktif dan dinamik berbanding era Tun Abdullah. Beliau meneruskan dasar luar yang kukuh yang membantu mewujudkan ekonomi yang mantap, dinamik dan mudah pulih. Penekanan diberikan dalam kerjasama serantau, terutama dengan ASEAN, OIC, NAM dan sebagainya. Di samping itu, beliau juga menekankan peri penting dalam menjalinkan hubungan dua hala (diplomasi dua hala) dengan Negara-negara yang merupakan negara trading partner dengan Malaysia, terutamanya dalam bidang ekonomi, seperti China, Jepun, Singapura, Amerika Syarikat dan sebagainya. Dasar Luar Malaysia Era Dato Seri Najib Tun Razak telah memperlihatkan kesinambungan dasar luar Perdana Menteri sebelumnya, di mana Malaysia masih menekankan pendekatan dasar luar yang proaktif di peringkat antarabangsa. Walau bagaimanapun, Dato Seri Najib telah menekankan tentang peri pentingnya mengadakan hubungan dua hala (diplomasi dua hala) dalam pendekatan dasar luar Malaysia. Diplomasi dua hala dikatakan lebih efektif dan telus kerana ianya hanya melibatkan dua negara dalam membincangkan isu-isu yang ada kena mengena di antara kedua-dua negara tersebut. Di samping itu, ia juga dikatakan lebih efektif kerana kurangnya kerenah atau halangan yang boleh membantutkan usaha-usaha ke arah persepakatan dan kerjasama antara dua buah negara yang terlibat. Namun demikian, walaupun wujudnya perubahan pemimpin dan pendekatan dalam dasar

luar Malaysia tetapi objektif dan matlamat negara tetap sama iaitu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju dari segi ekonomi, stabil dari segi politik, dihormati oleh semua masyarakat dunia dan mampu memberikan sumbangan di arena antarabangsa. Bagi mencapai hasrat ini, Malaysia harus mempunyai dasar luar yang bukan sahaja dinamik, tetapi juga berupaya mengubah corak dan oreintasinya, selaras dengan maklumbalas yang diterima oleh Kerajaan dan setimpal dengan tuntutan semasa. Dengan pendekatan ini diharapkan Malaysia akan terus mengorak langkah menuju ke arah sebuah negara maju menjelang tahun 2020. ANALISIS PENGLIBATAN MALAYSIA DI ARENA ANTARABANGSA DALAM BIDANG EKONOMI, POLITIK DAN ISU ALAM SEKITAR YANG TELAH MENDAPAT PENGIKTIRAFAN DUNIA. BIDANG EKONOMI Bidang ekonomi memperlihatkan pergantungan Malaysia kepada Britain dalam menjaga kepentingan ekonomi negara ini. Pertama, hal ini disebabkan Malaysia merupakan anggota blok sterling yang menjalankan urusan perdagangan dalam nilai mata wang paun sterling. Kedua, Malaysia masih memberikan tumpuan kepada dua hasil utamanya, iaitu bijih timah dan getah dengan mengharapkan sepenuhnya permintaan daripada negara Barat termasuk Britain. Ketiga, pelabur Britain masih menguasai peratus yang besar dalam ekonomi Malaysia terutama dalam bidang perladangan dan perindustrian. Bagi mengurangkan pergantungan ini, Malaysia yang mengamalkan pasaran bebas mula membina rangkaian perdagangan dengan negaranegara lain seperti Amerika Syarikat, Jepun, Singapura dan Jerman Barat bagi mengurangkan pergantungan kepada Britain dan bagi mencari pasaran baru. BIDANG POLITIK Bidang politik merujuk kepada ancaman komunis di negara-negara Asia Tenggara dan juga di dalam negara melalui Parti Komunis Malaya. Oleh itu, Malaysia memerlukan bantuan pertahanan daripada negara-negara Komanwel terutama Britain, Australia dan New Zealand. Bagi menyekat perkembangan pengaruh komunis, Malaysia telah menandatangani Perjanjian Pertahanan Inggeris-Tanah Melayu atau Anglo-Malayan Defence Treaty (AMDA) pada tahun 1956. Mengikut perjanjian ini pihak British akan memberikan bantuan kepada Malaysia sekiranya diserang oleh mana-mana negara. Di samping itu, dasar luar Malaysia juga adalah berbaik-baik dengan negara jiran. Hal ini disebabkan timbulnya krisis dengan negara jiran terutamanya selepas Malaysia mencapai kemerdekaan seperti konfrontasi dengan Indonesia (1963-1965), terputusnya hubungan dengan Filipina (1963-1965) dan keluarnya Singapura daripada Malaysia (1965). Usaha-usaha untuk memelihara hubungan dengan negara jiran terbukti melalui beberapa perjanjian menubuhkan Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASA) pada tahun 1961 bersama-sama Thailand dan Filipina, MAPHILINDO pada tahun 1962 bersamasama Indonesia dan Filipina serta ASEAN pada tahun 1967 bersama-sama Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura. BIDANG ISU ALAM SEKITAR Bidang isu alam sekitar merujuk kepada penyertaan Malaysia dalam beberapa pertubuhan antarabangsa dan bergiat secara aktif seperti dalam Komanwel, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM), Kumpulan Selatan-Selatan dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC). 8 B U L E T I N K H A S S E J A R A H 2 0 1 6