DRAF GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MAJLIS DAN IPG KPM

dokumen-dokumen yang mirip
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MAJLIS DAN ACARA IPG KPM

DRAF GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM KERJASAMA IPG KPM

PENGURUSAN MAJLIS RASMI. Anwar Mohd Zain Unit Komunikasi Korporat

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 1991

KERAJAAN MALAYSIA. Garis Panduan Perbelanjaan Secara Berhemat Bagi Mengawal Perbelanjaan Awam

Deskripsi Polisi Pengurusan Perhubungan Media Di Dalam Universiti Putra Malaysia. Naib Canselor

1.0 LATAR BELAKANG AKAUN AMANAH DANA KECEMERLANGAN AKADEMIK UiTM

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

: LATIHAN PEMBANGUNAN STAF

PROSEDUR DAN PERATURAN MAJLIS SYARAHAN UMUM UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

LAMPIRAN C PENERANGAN TUGASAN PEGAWAI PARLIMEN NO TUGASAN UKURAN KERJA HASIL KERJA

Tarikh : 29 Disember 2017 Tarikh : 29 Disember 2017

PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 TAHUN 2013 TATACARA PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEMUDAHAN LATIHAN SECARA PAKEJ

SALINAN DOKUMEN TERKAWAL

PEKELILING PENTADBIRAN BILANGAN 3 TAHUN 2007 KEMEMTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PANDUAN PERMOHONAN PEMBENTANGAN KERTAS PENYELIDIKAN DI LUAR NEGARA BAGI SEMINAR PERINGKAT ANTARABANGSA

PEKELILING BENDAHARI BIL 2 TAHUN 2008 GARIS PANDUAN BAGI PERBELANJAAN SECARA BERHEMAT

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

LAPORAN KURSUS LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (DALAMAN - LPS)

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2008

Polisi dan Prosedur. Nama Polisi: Polisi dan Prosedur Pengurusan Senat. Nombor Polisi: UTM P.A. 01

Tarikh: 15 JUN 2014 Tarikh: 15 JUN 2014

PELAKSANAAN PROGRAM SKIM LATIHAN 1MALAYSIA (SL1M)

PEKELILING BENDAHARI BILANGAN 1/2008

PENGURUSAN BAJET 1.0 DEFINISI

SENARAI SEMAK TUGAS-TUGAS AJK KONVOKESYEN

Garis Panduan Mengikuti Kursus Anjuran Dalaman, Luaran dan Luar Negara

KEMENTERIAN KEWANGAN SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 4 TAHUN 2013

URUSAN PERKHIDMATAN PENGANJURAN AKTIVITI PELAJAR DALAM NEGARA

UTHM/PB/100 6/4/1 (14 ) Tarikh: 25Julai 2008 PEKELILING BENDAHARI BIL. 8 / 2008

BORANG PERMOHONAN TABUNG AMANAH PEMBANGUNAN AKADEMIK

PERBENDAHARAAN MALAYSIA

BAYARAN PASPORT DAN VISA BAGI PEGAWAI YANG DILULUSKAN MENGIKUTI KURSUS JANGKA SEDERHANA DAN KURSUS JANGKA PANJANG DI LUAR NEGARA

TATA CARA KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA (SARANA) SMK KING GEORGE V SEREMBAN NEGERI SEMBILAN

PTSS PK PS 08 KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA PENGAWAI LATIHAN DAN PENDIDIKAN LANJUTAN JAWATAN PENGARAH TARIKH 19 OKTOBER OKTOBER 2016

SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 TAHUN 2016 GARIS PANDUAN KAD KORPORAT PTJ (KKP) UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

KEMENTERIAN KEWANGAN PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 7 TAHUN 2008

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

FAIL MEJA NAMA : ALAMAT KOLEJ : PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM (S41) JABATAN PENDIDIKAN KOLEJ KOMUNITI KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA

GARIS PANDUAN MENGANJURKAN PERSIDANGAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

2.0 PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 1 TAHUN 2009

JPA(S)(BPTM)146/1-130( 12 ) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 2008

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK-PROJEK DI BAWAH MAKSUD PEMBANGUNAN P.16 (02) DAN (03)

PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA RUKUN TETANGGA

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PENGENDALIAN KONVOKESYEN

KERAJAAN MALAYSIA. Surat Pekeliling Am Bil. 11 of 1981 SISTEM PENGGUNAAN KAD PERAKAM WAKTU (PUNCH CARD) DI PEJABAT-PEJABAT KERAJAAN

BORANG PERMOHONAN KURSUS KHAS INDUSTRI (KKI) POLITEKNIK KOTA BHARU TAHUN 2017 MAKLUMAT PEMOHON MAKLUMAT TEMPAT BERKURSUS KELULUSAN

RINGKASAN PERMOHONAN KEGIATAN PELAJAR AKADEMIK / ILMIAH KEPIMPINAN KHIDMAT MASYARAKAT PATRIOTISME KREATIF / INOVASI KEMAHIRAN KOMUNIKASI

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PBPPP

PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEMBERIAN GERAN PEMADANAN MTV DAN SOKONGAN LAWATAN ARTIS KE LUAR NEGARA

PEJABAT STRATEGI KORPORAT & KOMUNIKASI (COSCOMM) PERMOHONAN MEMASANG BAHAN PUBLISITI (BILLBOARD/BANNER/BUNTING/POSTER)

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

JPA.BK(R)149/3/5Jld.2(26) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 7 TAHUN 2011

KURSUS PASCA AKRAB BENGKEL DAN PROJEK AKRAB

GARIS PANDUAN Pembangunan Laman Web Universiti Kebangsaan Malaysia

PUSAT PENGETAHUAN, KOMUNIKASI & TEKNOLOGI (PPKT) KAMPUS PULAU PINANG UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

PENGURUSAN PEROLEHAN BEKALAN / PERKHIDMATAN / KERJA PMM-PK-PS-04

MANUAL RUJUKAN INSTITUSI KEWANGAN ISLAM KEPADA MAJLIS PENASIHAT SHARIAH

SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 11 TAHUN 1995 PANDUAN LAWATAN KE LUAR NEGERI KERANA PEROLEHAN KERAJAAN

B. KEPENTINGAN DOKUMEN

GARIS PANDUAN MENGHADIRI PROGRAM LATIHAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

BAHAGIAN KEWANGAN, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA GARIS PANDUAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN RM100 KEPADA MURID

: PENGURUSAN ELAUN PELAJAR

KUKTEM.BEND.10.12/3(2) 01 Ogos 2006 PEKELILING BENDAHARI BIL. 2/2006

KAWALAN REKOD. Jawatan: Tarikh: 15 JUN 2014 Tarikh: 15 JUN 2014

Tarikh: 02 MEI 2012 Tarikh: 02 MEI 2012

GARIS PANDUAN DANA TOP DOWN UKM (Jangka Pendek)

SPESIFIKASI TUGAS PEGAWAI PENGURUSAN DG 41 (HAL EHWAL PELAJAR)

Diluluskan oleh: Disediakan oleh: Jawatan: Jawatan: PENGARAH SEKTOR KHIDMAT PENGURUSAN REKTOR INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

FUNGSI BADAN EKSEKUTIF

PENYEDIAAN ANGGARAN BELANJA MENGURUS

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4)

TAJUK 5 Seminar Penyelidikan Tindakan

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 7 TAHUN 2005 SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN GRED N17, N22, N26

PERMOHONAN PENCERAHAN MENGENAI PEKELILING DAN PERATURAN

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN RASIONALISASI LAMAN WEB SEKTOR AWAM

M / S : 1/16 TARIKH : 1 APRIL 2015 PELANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT KAKITANGAN PENTADBIRAN PINDAAN : 01 UPSI(ISO)/BSM/P09 KELUARAN : A 1.

GARIS PANDUAN DANA IMPAK PERDANA (DIP)

PENYEDIAAN ANGGARAN BELANJA MENGURUS

PENGURUSAN LATIHAN. PK.UniMAP.(P).14

PEKELILING BENDAHARI BIL. 4 Tahun 2014 GARIS PANDUAN PENGURUSAN KEWANGAN BAGI MELAKSANAKAN PROGRAM/AKTIVITI PELAJAR

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN PEJABAT NAIB CANSELOR UPM/OPR/PNC-BP/P001 PROSEDUR PENGURUSAN PERMOHONAN KE LUAR NEGARA

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

INDEKS AKAUNTABILITI PENGURUSAN KEWANGAN KEMENTERIAN/ JABATAN DAN AGENSI KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI

: MAKLUM BALAS PELANGGAN. Jawatan :

NOTIS MAKLUMAN PENAMBAHBAIKAN KEMUDAHAN PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM BERKAITAN BAJET 2018

PROSEDUR PELAKSANAAN MAJLIS SYARAHAN UMUM UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

LAMPIRAN A GARIS PANDUAN PENGURUSAN KEWANGAN PERUNTUKAN BANTUAN BAYARAN TAMBAHAN PERSEKOLAHAN (BBTP)

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH KOMPLEKS PENDIDIKAN, JALAN STADIUM, 05604ALOR SETAR, KEDAH DARULAMAN.

PEKELILING BENDAHARI BIL. 3 Tahun 2014 GARIS PANDUAN KEMUDAHAN KAD KORPORAT

Nama: MAZLAN BIN MOHAMAD Nama: DATIN ASARIAH BINTI MIOR SHAHARUDDIN. Tarikh: 15 FEBRUARI 2008 Tarikh: 15 FEBRUARI 2008 SALINAN TERKAWAL

TERMA ASAS RUJUKAN PERUNTUKAN PERKHIDMATAN PROFESIONAL BAGI KAJIAN KEMUNGKINAN PENGGUBALAN AKTA STANDARD KESELAMATAN SIBER

PROSEDUR PEROLEHAN PERKHIDMATAN STAF SAMBILAN. PK.UiTM.CNS.HEA(O).05

,ffi, 1. Surat pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai garis panduan

ANUGERAH PENGAJARAN UiTM 2014 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 2/2004 TATACARA PENYEDIAAN PESANAN TEMPATAN DI PERINGKAT PUSAT TANGGUNGJAWAB

POLITEKNIK MUADZAM SHAH JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA UNIT KEUSAHAWANAN SAIFUL BAKHTIAR BIN MASDUKI

Transkripsi:

DRAF GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MAJLIS DAN IPG KPM Disediakan Oleh: PUSAT PENYELIDIKAN, PEMBANGUNAN DAN INOVASI INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA 2015

1.0 PENGENALAN Pelaksanaan majlis atau acara yang berkualiti bukan sahaja memberi impak kepada imej Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan Institut Pendidikan Guru Kampus (IPGK) tetapi juga kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Majlis atau acara yang dianjurkan oleh IPG KPM seperti seminar, persidangan, majlis dialog/bual bicara, konvokesyen, lawatan tetamu kenamaan, majlis penghargaan dan lain-lain banyak melibatkan tetamu kenamaan dan jemputan dari dalam dan luar negara. Justeru, semua majlis atau acara IPG KPM perlu dirancang rapi dan dilaksanakan dengan lebih profesional agar ianya memberi impak yang positif kepada IPG KPM. 2.0 TUJUAN Garis Panduan Pelaksanaan Majlis dan Acara ini bertujuan untuk: 1.1 memaklumkan ketetapan IPG KPM tentang dasar sesuatu majlis dan acara yang dilaksanakan di peringkat IPG KPM; 1.2 menyediakan panduan mengenai pengurusan majlis dan acara di peringkat IPG KPM; 1.3 menyediakan maklumat tentang perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan dan prosedur yang perlu dipatuhi apabila merancang majlis atau acara IPG KPM. 3.0 PUNCA KUASA/ RUJUKAN 3.1 Surat Arahan Pegawai Pengawal Kementerian Pendidikan Malaysia (Bagi tahun semasa, boleh dimuat turun di laman sesawang KPM ) 3.2 Buku Panduan Pengurusan Majlis & Acara Edisi Pertama Tahun 2014, Jabatan Perdana Menteri 3.3 Lampiran 1 Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 1 Tahun 2014 bertarikh 6 Jun 2014 berkaitan Tatacara Penyediaan Kemudahan Pakej Majlis/ Acara Rasmi INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA 1

Kerajaan dan Latihan Serta Aktiviti Murid/ Pelajar di Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) 3.4 Lampiran 2 Pekeliling Perbendaharaan mengenai Garis Panduan Perbelanjaan Secara Berhemat Bagi Mengawal Perbelanjaan Awam P.B 3.1/2013 3.5 Lampiran 3 Panduan Penyediaan Kertas Cadangan dan Kertas Makluman Serta Pelaksanaan Keputusan Mesyuarat Profesional Kementerian Pelajaran Malaysia Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, KPM. 4.0 JENIS-JENIS MAJLIS 4.1 Rasmi Sesebuah majlis yang dianjurkan oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri yang mendapat kelulusan peruntukan Kerajaan. 4.2 Rasmi dan Formal Majlis/aktiviti yang sumber peruntukannya dari Kerajaan seperti hari bekerja dari Isnin sehingga Jumaat di pejabat, di luar pejabat, majlis penuh istiadat, majlis jamuan (malam atau hujung minggu iaitu di luar waktu rasmi bekerja). Majlis yang melibatkan pembesar Negara/Negeri dan menepati aspek protokol secara penuh. 4.3 Rasmi dan Tidak Formal Majlis/aktiviti yang sumber peruntukannya dari Kerajaan seperti program turun padang, lawatan dan majlis perasmian. Terdapat sedikit kelonggaran dari segi protokol. 4.4 Tidak Rasmi Merupakan majlis yang dianjurkan oleh Agensi-agensi Kerajaan/swasta yang tidak melibatkan peruntukan Kerajaan serta aspek protokol sepenuhnya. INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA 2

4.5 Tidak Rasmi Tetapi Formal Majlis/aktiviti yang sumber peruntukannya bukan dari Kerajaan seperti individu atau pertubuhan/kelab. Majlis dihadiri oleh orang-orang kenamaan daripada Senarai Keutamaan Persekutuan dan Negeri (rujuk senarai yang terkini). 4.6 Separa Rasmi Majlis/aktiviti seperti kejohanan sukan dan riadah di mana sebahagian sumber peruntukan dari Kerajaan dan sebahagiannya daripada sumbangan oleh wang kelab sukan atau pertubuhan 5.0 JENIS-JENIS ACARA 5.1 Dalaman Acara dalaman lebih merujuk kepada penyertaan dalam kalangan warga IPG KPM 5.2 Luaran Acara terbuka merujuk kepada skop pelibatan peserta yang tidak terhad dalam kalangan warga IPG KPM, termasuk pelibatan peserta atau penceramah luar negara. 5.3 Kebangsaan Acara peringkat kebangsaan memerlukan pelibatan atau penyertaan dari pelbagai Negeri. 5.4 Antarabangsa Acara peringkat antarabangsa biasanya melibatkan penyertaan daripada beberapa Negara tertentu. INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA 3

6.0 PENYELARAS MAJLIS DAN ACARA IPGK 6.1 Penyelaras tersebut bertindak sebagai pegawai penghubung antara IPGK dan IPGM apabila terdapat sebarang urusan berkaitan majlis atau acara yang dianjurkan di peringkat kampus terutamanya yang melibatkan mana-mana kenamaan atau pihak dari kementerian, agensi atau institusi dalam dan luar negara. 6.2 Surat pelantikan ditandatangani oleh Rektor IPGM. 7.0 PENGURUSAN DAN PUBLISITI MEDIA 7.1 Majlis atau acara IPG KPM adakalanya memerlukan liputan pihak media. Perhubungan, pengurusan dan publisiti media perlu dirancang dan dilaksanakan dengan teliti. Kejayaan sesuatu program anjuran IPG KPM turut diukur melalui publisiti media, yang berfungsi menghebahkan sebarang majlis sama ada di peringkat kebangsaan atau antarabangsa. 7.2 Oleh itu, sebarang majlis atau acara perlu dirancang dan kaedah promosi bagi majlis dan acara seperti persidangan, bengkel, seminar, lawatan kenamaan, syarahan awam, dan lain- lain yang berkaitan. Selain daripada itu, kebenaran daripada pihak Pengurusan Tertinggi KPM juga perlu diperolehi melalui Unit Komunikasi Korporat KPM. 7.3 Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian dalam melaksanakan perhubungan media yang berkaitan dengan sesuatu majlis dan acara: 7.3.1 Kenyataan Media (Press Release) merupakan suatu kenyataan ringkas yang disediakan untuk menyampaikan maklumat (mengenai aktiviti, perkhidmatan, produk, pencapaian, individu dan lain-lain) yang berguna, tepat dan menarik untuk sebaran media. INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA 4

7.3.2 Penyediaan Kenyataan Media IPG KPM yang mengendalikan sebarang pengurusan majlis dan aktiviti boleh mempromosikan maklumat kepada media massa melalui kenyataan media, dengan kebenaran Rektor IPGM dan kelulusan KPM. 7.3.3 Jemputan Media Penyelaras Majlis dan Acara IPGK perlu menghantar maklumat mengenai sesuatu majlis atau aktiviti kepada IPGM sebulan sebelum program bermula. 7.3.4 Penyediaan Press Kit Press Kit perlu disediakan oleh pihak penganjur mengandungi semua bahan seperti berikut: a) Buku Atur Cara/ Buku Program/ Brosur/ Pamplet dan lain- lain risalah yang mengandungi perjalanan dan penerangan sesuatu majlis tersebut. b) Salinan teks ucapan tetamu yang dijemput untuk memberi ucapan seperti yang terkandung dalam atur cara majlis. c) Salinan teks ucapan menteri yang dijemput (sekiranya berkaitan) press kit. d) Pihak penganjur juga digalakkan untuk menyediakan Press Release bagi program yang diadakan. e) IPG KPM yang menganjurkan sesuatu majlis/acara di digalakkan memasukkan risalah atau brosur mengenai IPG KPM dalam kit tersebut. f) Cenderahati kebiasaannya diberi kepada wakil media yang membuat liputan dengan memasukkannya ke dalam press kit (sekiranya perlu). g) Menyediakan tag nama yang mengandungi tanda nama "Press kepada wakil media jika program tersebut berkaitan dengan bengkel atau seminar yang berlangsung lebih daripada sehari. INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA 5

h) Press kit perlu diberi kepada semua wakil media sama ada wartawan dan jurugambar akhbar, majalah, televisyen, radio dan media alternatif. 7.3.5 Publisiti Media Publisiti yang diberi oleh IPG KPM terbahagi kepada empat situasi. Ianya penting bagi mengelak harapan terlalu tinggi terhadap liputan media. a) Program Yang Tidak Dihadiri Menteri Luasnya liputan media (kehadiran wakil media) dalam program anjuran IPG KPM bergantung kepada betapa besarnya impak nilai berita sesuatu program tersebut. b) Program Yang Dihadiri Menteri Kehadiran ramai wakil media dalam sesuatu majlis atau acara IPG KPM bukanlah ukuran pentingnya majlis atau acara tersebut. Kehadiran wakil media didorong oleh kehadiran Menteri atau Timbalan Menteri yang lebih berminat untuk bertanya isu selain daripada program yang dianjurkan. c) Program Kerjasama Media (Penganjur Bersama) Kerjasama IPG KPM dengan media selaku penganjur bersama digalakkan kerana majlis/acara tersebut dijamin mendapat liputan meluas media sebelum dan selepas ianya dilaksanakan. Walau bagaimanapun kelemahan kaedah kerjasama ini ialah tiada wakil media lain yang berminat untuk membuat liputan. d) Sidang Akhbar (Press Conference) Sidang Akhbar kebiasaannya dibuat sekiranya terdapat sesuatu penjelasan isu atau pengumuman. INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA 6

8.0 KAEDAH JEMPUTAN TETAMU 8.1 Kesesuaian kaedah jemputan adalah seperti berikut: BIL TETAMU KEHORMAT KAEDAH JEMPUTAN 1 SPB Yang di-pertuan Agong/ DYMM Raja/Permaisuri/ TYT Yang di-pertuan Negeri Warkah Persilaan dibawa mengadap 2 TYT Yang di-pertuan Negeri/ YAB Perdana Menteri/ YAB Timbalan Perdana Menteri/ YB Menteri Surat Jemputan 3 YAB Menteri Besar/ Ketua Menteri Surat/Kad Jemputan 4 Jemputan lain Surat/Kad Jemputan Faks E-mel Telefon Sistem Pesanan Ringkas Sumber : Buku Panduan Pengurusan Majlis & Acara, Edisi Pertama Tahun 2014, Jabatan Perdana Menteri INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA 7

8.2 Warkah Persilaan, Surat Jemputan atau Kad Jemputan perlu ditandatangani seperti berikut: BIL. TETAMU KEHORMAT/ VVIP/VIP WARKAH PERSILAAN/ SURAT JEMPUTAN/KAD JEMPUTAN DITANDATANGANI OLEH 1 SPB Yang di-pertuan Agong DYMM Raja/Permaisuri TYT Yang di-pertuan Negeri YAB Perdana Menteri YAB Timbalan Perdana Menteri YB Menteri-menteri Kabinet Warkah Persilaan dan Surat Jemputan ditandatangani oleh Menteri Pendidikan 2 Menteri Pendidikan Timbalan Menteri Pendidikan I Timbalan Menteri Pendidikan II Surat Jemputan ditandatangani oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. 3 Ketua Setiausaha KPM Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. YAB Menteri Besar YAB Ketua Menteri Exco Negeri Agensi Luar Pengarah-pengarah Bahagian KPM Surat/Kad Jemputan ditandatangani oleh Rektor IPGM. 4 Rektor IPGM Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Surat/Kad Jemputan ditandatangani oleh Pengarah IPG kampus 8.3 Bagi penganjuran seminar antarabangsa atau jemputan penceramah luar negara, Arahan Setiausaha Jemaah Menteri Bilangan 1 Tahun 2008 telah menjelaskan bahawa semua penganjuran seminar antarabangsa perlu mendapatkan kelulusan Jemaah Menteri manakala jemputan penceramah luar INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA 8

pula perlu mendapatkan nasihat daripada Kementerian Luar Negeri (KLN) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta agensi lain yang berkaitan. 9.0 PROSES KERJA BIL PROSES KERJA SENARAI SEMAK TINDAKAN 1 Merancang Majlis /Acara (a) IPG KPM memohon kebenaran secara bertulis daripada Rektor IPGM untuk pelaksanaan majlis/ acara dengan menyertakan maklumat berkenaan majlis/ acara berkenaan. (b) Memastikan tarikh pelaksanaan majlis/acara tersebut dimasukkan dalam Takwim Perancangan Tahunan IPGM bagi semua Majlis yang melibatkan kenamaan negara, Menteri Kabinet YB Menteri Pendidikan/ YB Timbalan Menteri/ KSU/ KPPM. (c) Mengenalpasti sumber kewangan untuk melaksanakan majlis/acara. IPG KPM perlu menghantar perancangan tersebut kepada Penyelaras Perancangan Tahunan IPGM selewat-lewatnya bulan Oktober tahun semasa bagi pelaksanaan pada tahun berikutnya Rujuk Lampiran 1 dan 2 (sekiranya berkaitan) 2 Menyediakan Kertas Cadangan Pelaksanaan Majlis/ Acara (a) IPG KPM perlu menyediakan kertas cadangan bagi tujuan mendapatkan kebenaran melaksanakan majlis/ acara. (b) Bagi IPGK, kertas cadangan tersebut perlu dibentangkan dan mendapat kelulusan pengarah IPGK terlebih dahulu di Mesyuarat Majlis Profesional, Pengurusan dan Pentadbiran (M3P) di peringkat kampus. Rujuk Lampiran 3 bagi Format Kertas Cadangan Penyelaras Majlis & Acara IPGK. 3 Mendapatkan Kelulusan Pelaksanaan Majlis/ Acara (a) Kertas cadangan pelaksanaan majlis/ acara berkenaan dihantar ke IPGM untuk semakan. (b) Kertas cadangan dibentangkan untuk kelulusan di mesyuarat peringkat IPGM Pengarah Pusat/ INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA 9

BIL PROSES KERJA SENARAI SEMAK TINDAKAN IPGM (Mesyuarat Profesional IPGM/ Mesyuarat Pengurusan Pentadbiran IPGM/ Mesyuarat Pengurusan Pendidikan Guru atau mana-mana mesyuarat IPGM yang sesuai) (c) Sekiranya kertas cadangan tersebut perlu mendapatkan kelulusan pihak Pengurusan Tertinggi KPM mahu pun sehingga peringkat Jemaah Menteri, prosedur pembentangan dan kelulusan kertas cadangan berkenaan akan diuruskan oleh Pusat Penyelidikan, Pembangunan dan Inovasi (PPPI) IPGM. Sektor/ Jabatan/ Unit IPGM atau wakil Pengarah IPGK atau wakil IPGK Pegawai Meja PPPI IPGM 4 Menyelaras Persediaan/ Pelaksanaan Majlis/Acara (a) Penyelaras Majlis dan Acara IPGK memastikan semua majlis yang dipersetujui untuk menjemput kehadiran kenamaan negara, diselaraskan bersama-sama IPGM. (b) Penyelaras Majlis dan Acara IPGK mengambil kira aspek protokol termasuklah susunan keutamaan, susunan tempat duduk, panggilan hormat, pengacaraan majlis, atur cara majlis, penyambut tetamu dan lainlain yang berkaitan. (c) Penyelaras Majlis dan Acara IPGK memastikan urusan yang berkaitan dengan pihak media berjalan lancar (Pengurusan Publisiti dan Media) (d) Semua pihak yang terlibat di peringkat IPG KPM memastikan majlis/ acara berjalan lancar dan segala isu berkaitan diatasi dengan segera. Penyelaras Majlis dan Acara IPGK Semua pihak INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA 10

CARTA ALIRAN PROSEDUR KERJA Mula IPG KPM memohon kebenaran secara bertulis daripada Rektor IPGM untuk pelaksanaan majlis/ acara dengan menyertakan maklumat berkenaan majlis/ acara berkenaan. Perancangan Pelaksanaan Majlis/ Acara Memastikan tarikh pelaksanaan majlis/acara tersebut dimasukkan dalam Takwim Perancangan Tahunan IPGM. IPG KPM perlu menyediakan kertas cadangan bagi tujuan mendapatkan kebenaran melaksanakan majlis/ acara. Kertas cadangan IPGK perlu dibentangkan dan mendapat kelulusan Pengarah IPGK terlebih dahulu di Mesyuarat Majlis Profesional, Pengurusan dan Pentadbiran (M3P) di peringkat kampus. Kertas cadangan dihantar ke IPGM untuk semakan. Pembentangan kertas cadangan untuk kelulusan di mesyuarat peringkat IPGM Sekiranya perlu kelulusan pihak Pengurusan Tertinggi KPM / Jemaah Menteri: TAMAT Tidak Ya Persiapan Pelaksanaan Majlis/ Acara Prosedur pembentangan dan kelulusan kertas cadangan berkenaan akan diuruskan oleh Pusat Penyelidikan, Pembangunan dan Inovasi (PPPI) IPGM. Pelaksanaan Majlis/ Acara INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA 11

SELESAI 10.0 RUMUSAN 10.1 Garis panduan ini perlu dibaca bersama-sama dengan Surat Pekeliling dan Surat Arahan yang berkaitan dengan pelaksanaan majlis dan acara. 10.2 Adalah diharapkan Garis Panduan ini dapat memberi panduan kepada semua warga IPG KPM terutamanya dalam proses mendapatkan kelulusan Pegawai Pengawal di samping memudahkan kawalan peruntukan kewangan. INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA 12

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA 13