BAB KEENAM RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab terakhir ini dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu bahagian rumusan dan bahagian

dokumen-dokumen yang mirip
BAB I PENDAHULUAN. Arab. Tiada sesiapapun yang menyangkal bahawa bahasa Arab dan al-qur an al-karim

BAB PERTAMA PENGENALAN. Pembinaan ayat dalam bahasa Arab terdiri daripada tiga bentuk : Jumlat ismiyyat,

BAB SATU PENGENALAN. Hikmat terbesar daripada penurunan al-qur an al-karim dengan tujuh

BAGAIMANA CARA LEBIH MUDAH MEMAHAMI TAJWID?

BAB LAPAN PENUTUP. cadangan. Tajuk kesimpulan mengandungi kesimpulan-kesimpulan bagi. mempertingkatkan pengajaran bahasa Arab.

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. sebelumnya. Seterusnya pengkaji akan mengemukakan beberapa cadangan yang

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB KELIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Rumusan di sini membawa pengertian kesimpulan kepada semua fakta-fakta

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN. Al-Quran diturunkan oleh Allah s.w.t sebagai mukjizat kepada Nabi Muhammad s.a.w

BAB V PENUTUP. pada Surah al-baqarah dalam Tafsir al-mishbah dan Abdul Hayei A.S. dalam Tafsir

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

Lailatul Qadar. Surah Al Qadr 97 : 1-5

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

BAB 5 : RUMUSAN DAN CADANGAN

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil

BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT

Memorandum Pertubuhan-Pertubuhan Cina. Y. A. B. Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia

ENAM KESIMPULAN DAN CADANGAN. penulis ternyata gaya bahasa syart salah satu gaya bahasa yang

BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. Keputusan kajian akan dianalisis dalam tiga bahagian seperti berikut:

Amalan Dengan Ketekunan Wajar. 5. Siapa Yang Harus Melaksanakan Ketekunan Wajar? 6. Apakah Skop Sesuatu Kajian Semula Ketekunan Wajar?

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. bertentangan dalam arena bacaan al-quran, bahkan in menambahkan lagi khazanah kaedah

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. Rumusan itu merangkumi hal-hal yang berkaitan terjemahan Al-Quran, metodologi

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP

BAB 5 KESIMPULAN DAN SARANAN. Setelah kajian secara teliti dilakukan terhadap tajuk yang dipilih dan dipersetujui,

BAB 2: KEMAHIRAN MENDENGAR

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

BAB ENAM RUMUSAN, CADANGAN DAN PENUTUP

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

BAB 5 PENUTUP. ayat tanpa penafian (مثبت) maka yang lainnya ayat penafian.(منفي) Kedua-duanya

Bab Kelima PENUTUP. Oleh yang demikian, rumusan ini akan diklasifikasikan kepada tiga bahagian mengikut

Menerangkan kepentingan akhlak dalam kehidupan. Menerangkan ciri-ciri akhlak Islam. Menjelaskan perbezaan antara akhlak, moral dan etika

perkara-perkara berkaitan pemahaman terhadap hadis kerana beliau merasakan penghayatan masyarakat Malaysia terhadap hadis masih berada di tahap yang

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 17 April 2015 / 27 Jamadilakhir 1436 Memahami Hikmah Dalam Pengamalan Agama

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

BAB LIMA DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN. Bab ini menghuraikan dan merumuskan dapatan-dapatan daripada kajian

BAB KETUJUH RUMUSAN DAN CADANGAN

"SABAR ANUGERAH TERINDAH"

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

BAB 5 : PENUTUP. Al-Khatib al-shirbini adalah seorang yang faqih dalam mazhab al-shafi i dan


BAGAIMANA MENJADI SEORANG PELAJAR

SIJIL PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING. WPK 113 Pengenalan kepada Psikologi Islam

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN FAQ 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. menunjukkan bahawa unsur penyebutan huruf al-qur an al-karim memain peranan

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

Menerangkan pengertian akhlak mahmudah. Menjelaskan skop-skop akhlak mahmudah. Mengklasifikasikan akhlak mahmudah dalam Islam

BAB 1 : PENGENALAN. Walau bagaimanapun, Membeczka (2008) menyatakan bahawa pengajaran sebutan

KEMAHIRAN ASAS MENOLONG

LAPORAN MALAM CINTA RASUL

Cek Tak Laku AKAUN ANDA DAN PERKHIDMATAN. Cek Tak Laku. Program pendidikan pengguna oleh:

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM. WD3013 MUSTHOLAH AL-HADITH (Minggu 2)

BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian

Keperluan Komunikasi. Komunikasi Berkesan 2/2/2016

Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif. Abstrak

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

BAB KETUJUH RUMUSAN DAN CADANGAN. ayat bahasa Arab dan bahasa Melayu secara terperinci, maka terbuktilah di sana wujud

MODUL UMUM 2: PENDEKATAN PROSES DALAM PENGURUSAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 6 PENUTUP. juga, ia akan menjawab beberapa persoalan yang timbul daripada objektif kajian. Oleh

PENGGUNAAN PERKATAAN ALLAH

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

BAB PERTAMA PENGENALAN. Kajian mengenai al-ùibéq yang merupakan komponen terpenting dalam al-badi adalah

BAB PERTAMA PENGENALAN. Bahasa Arab mempunyai beberapa keistimewaan tersendiri yang menyebabkannya

KESIMPULAN DAN CADANGAN. banyak oleh Allah S.W.T. Disebabkan tawaran yang terlalu istimewa daripada Allah S.W.T

Penilaian Holistik Darjah 1 & 2

BAB SATU PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan. Istilah merupakan perkataan atau paduan perkataan-perkataan yang

CHIA CHONG YANG A143398

BAB 1 PENDAHULUAN. bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal) memahaminya. ( Al-Zukhruf 43:3)

DASAR PERTUKARAN PEGAWAI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

IMAM / BILAL BERTUGAS USTAZ MUHAMMAD FAUZEE BIN MOHAMED USTAZ HASNIZATUL AZRI BIN ZAINUDIN MUAZZIN/BILAL KHATIB /IMAM

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

TASAWWUR ISLAM. Kertas 1. Satu jam lima belas minit

BAB LIMA: RUMUSAN DAN CADANGAN. Di dalam bab ini, penyelidik merumuskan dapatan kajian yang dihuraikan menerusi

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya

BAB KELIMA RUMUSAN DAN SARANAN. saranan kepada pihak-pihak yang mempunyai kaitan dengan pengajaran dan pembelajaran,

BAB 5: RUMUSAN DAN CADANGAN. membuat rumusan kepada kajian yang bertajuk Penguasaan Maṣdar : Satu Kajian Di

LMCK 1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH SEM /2017 SET 4 LAPORAN AKHIR

BAB EMPAT RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini akan menampilkan rumusan bagi keseluruhan perkara yang telah

TAFSIR SURAH YUSUF Bahagian 5

Institut Pengajian Tinggi Al-Zuhri Diploma Perguruan Pengajian Islam

Ditulis oleh : Hajar Abdullah

TASAWWUR ISLAM KERTAS 2. Dua jam tiga puluh minit

PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

1223/2 SULIT BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENDIDIKAN ISLAM SET 5 KERTAS 2 SATU JAM EMPAT PULUH MINIT

BAB 5: KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. pembelajaran bahasa Arab di Malaysia masih memerlukan kajian lanjutan. Ini kerana

BAB SATU PENGENALAN. topik perbincangan dalam kajian morfologi ( ) perlu diketengahkan. fonologi yang berlaku dalam pembentukan kata bahasa Arab.

BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat.

Ulasan makalah. Wan Suhaimi Wan Abdullah

Undang-Undang Malaysia

BAB PERTAMA PENGENALAN. bahasa-bahasa yang wujud. Segala persamaan dan perbezaan yang wujud ini dikaji dan

ULASAN BUKU. Hasmidar Hassan, 2011, Kata Hubung Dan dan Tetapi dari Sudut Pragmatik, 201 halaman, ISBN

Model Pengurusan Strategik

Transkripsi:

BAB KEENAM RUMUSAN DAN CADANGAN 6.0 Pendahuluan Bab terakhir ini dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu bahagian rumusan dan bahagian cadangan. Bahagian rumusan akan menyorot aspek-aspek penting yang telah dibincangkan dalam bab-bab yang lalu. Sorotan ini bertujuan untuk menghasilkan satu rumusan yang menyeluruh yang melahirkan maklumat-maklumat penting yang berkaitan dengan kajian ini. Bahagian cadangan pula akan cuba mengetengahkan beberapa cadangan yang berasaskan kepada kepentingan mempelajari ilmu Bala:ghat dan kaedah-kaedah yang lebih berkesan bagi meningkatkan tahap pengajian bahasa al-qur an dan memahami ciri-ciri retorik al-qur an, khususnya dalam aspek gaya bahasa pengulangan yang banyak terkandung di dalamnya. 6.1 Rumusan Setelah diperhatikan kepada perbincangan dan analisis yang telah dilakukan dalam kajian ini, penulis dapat mengemukakan rumusan-rumusan penting yang boleh djadikan intipati keseluruhan kajian ini. Antaranya ialah: 1. Ilmu al-ma a:ni: adalah satu daripada bahagian ilmu Bala:ghat yang terpenting yang membahaskan tujuan-tujuan percakapan yang berlandaskan kepada 309

kesesuaian situasi dan pendengar. Antara bahasan ilmu al-ma a:ni: yang penting ialah gaya bahasa pengulangan yang menjadi topik kajian ini. Melalui ilmu al- Ma a:ni:, kita dapat mengenalpasti ciri-ciri kemukjizatan al-qur an serta keindahan puisi dan prosa Arab. 2. Pengulangan ataupun al-takra:r mengambil ruang yang besar dalam percakapan Arab dari sudut Bala:ghat. Pengulangan yang berlaku dalam komunikasi bahasa Arab adalah bertujuan untuk pengukuhan makna di samping memberikan ingatan berganda agar pihak yang terlibat memberikan perhatian dan fokus yang lebih terhadap sesuatu ujaran itu. Pengulangan ini adalah satu fenomena bahasa yang kerap berlaku melibatkan pengulangan partikel, frasa dan kisah. Para sarjana Bala:ghat Arab telahpun meletakkan kaedah-kaedah yang tertentu yang membantu memahami objektif pengulangan-pengulangan itu berlaku beserta tujuan dalam konteks ayat-ayatnya. 3. Penulis telah pun membuktikan bahwa pengulangan frasa juga amat penting kerana banyak mengandungi arahan-arahan dan makna-makna Bala:ghat yang sangat mendalam. Ini dapat dilihat menerusi analisis terhadap ayat-ayat yang diulang-ulang dalam surah al-rahma:n yang menjadi fokus utama kajian ini. Melalui analisis tersebut, dapat dirumuskan bahawa ayat-ayat ayat-ayat yang diulang itu merangkumi suruhan, perintah, larangan, pertanyaan, sub-jungtif (tamanni:) dan seruan. Pengulangan suruhan untuk mengingati dan mensyukuri 310

nikmat Allah yang telah diulang sebanyak tiga puluh satu (31) kali daripada jumlah keseluruhan ayat iaitu sebanyak tujuh puluh lapan (78) dalam surah dan bagi menunjukkan kepada pembaca keberkesanan kaedah pengulangan ini dilakukan tanpa mencacatkan struktur surah secara total. 4. Dalam kajian ini juga kita dapat menyaksikan kebenaran teori Nazariyyat al- Nazm yang dikemukakan oleh Abd al-qa:hir al-jurja:niyy yang telah disentuh oleh penulis dalam bab yang ketiga. Dari penelitian dalam pembahagian penggalpenggal dalam bab lima yang lalu, terbuktilah bahawa salah satu wajah keunggulan atau I ja:z bahasa al-qur'an adalah dibangunkan atas faktor kekuatan lafaz dan makna sekaligus. Ini bermakna sesuatu ayat yang terdapat dalam al- Qur'an tidak akan mampu diubah atau dipinda oleh sesiapa kerana ini akan menyebabkan hilangnya kekuatan dalam mesej yang dibawa. Walaupun ayat yang digugurkan itu merupakan ayat yang berulang-ulang. Pengulangan yang berlaku ini tidaklah seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak orientalis yang beranggapan sebagai tidak penting. Pada tanggapan mereka jika setiap ayat yang berulang digugurkan makna yang dikemukakan tidak akan terjejas. Tanggapan ini telah terbukti salah kerana sebarang kehilangan melibatkan ayat akan memberikan kesan pada gaya persembahannya. Sebagai contoh, sila lihat pengguguran ayat ي آلا ء ر ب ك م ا ت ك ذب ان) (ف ب ا yang memisahkan penggal pertama dan penggal kedua daripada surah al-rahma:n: 311

Maksudnya: Dan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhluknya yang lain. Terdapat padanya berbagai jenis buah-buahan dan pohon-pohon kurma yang ada kelopak-kelopak mayang;. Demikian juga terdapat biji-bijian yang ada jerami serta daun dan terdapat lagi bunga-bungaan yang harum. Dia menciptakan manusia (lembaga Adam) dari tanah liat kering seperti tembikar. Dan Dia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang. Ketiadaan ayat ي آلا ء ر ب ك م ا ت ك ذب ان) (ف ب ا sebagai penyelang antara ayat penceritaan tentang tanaman dan kejadian makhluk kategori jin dan manusia. Walaupun ayat ini merupakan suatu frasa yang berperanan sebagai ayat pengulangan, namun penggugurannya menyebabkan hilangnya keserasian antara dua bentuk sebutan tentang nikmat itu. Ini disebabkan kehebatan ciptaan pokokpokok adalah nikmat yang berbeza daripada kehebatan Allah dalam menjadikan jin dan manusia. 312

Pemilihan perkataan yang digunakan dalam ayat-ayat menerusi surah al- Rahma:n ini juga menerbitkan alunan muzik yang menyebabkannya menggungguli sajak dan pidato yang dianggap hebat oleh masyarakat Arab Jahiliah. Perkara ini menepati kajian Sayyid Qutb dalam karyanya al-taswi:r al- Fanniyy serta para pengkaji aspek I ja:z seperti al-khatta:biyy, al-rumma:niyy, al-ba:qilla:niyy dan lain-lain. Sebahagian daripada pandangan sarjana ini telah dimuatkan dalam perbahasan tentang I ja:z menerusi hujung bab ketiga yang lalu. 5. Sebahagian besar daripada ayat-ayat yang diulang dalam surah ini, berkisar tentang nikmat-nikmat yang berbagai daripada dunia berupa pendidikan dan ilmu hinggalah kepada nikmat yang paling tinggi iaitulah anugerah syurga buat hamba yang layak, iaitu golongan yang berjaya menggunakan nikmat tersebut secara berterusan sejak dunia lagi. Memahami pendekatan gaya bahasa pengulangan yang dipaparkan dalam kajian ini dapat membantu mempertingkatkan kaedah-kaedah pembelajaran gaya bahasa tersebut kepada para pelajar dengan lebih berkesan dan mantap sama ada dari sudut pertuturan mahupun penulisan. 6. Gaya bahasa pengulangan yang dikaji dalam sastera Arab dan al-qur an juga mempunyai identiti yang tersendiri yang hanya dapat dikenalpasti oleh orangorang yang mendalaminya secara langsung. Pengolahan struktur pengulangan 313

dalam surah al-rahma:n telah berjaya merealisasikan ayat-ayat tersebut dalam menyampaikan segala suruhan dan larangan Allah dengan lebih berkesan dan jelas. 6.2 Cadangan Peranan gaya bahasa pengulangan amat besar sekali faedahnya terutama dalam konteks dakwah dan penyampaian syariat Islam seperti yang pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w sendiri dan para sahabatnya. Ia juga amat berfaedah dalam konteks pendidikan dan pembelajaran. Di bawah topik ini, penulis ingin mengemukakan beberapa cadangan bagi tujuan mempertingkatkan tahap pembelajaran ilmu Bala:ghat dan retorik al-qur an khususnya yang berkaitan pendekatan pengulangan. Antara cadangan-cadangan yang dikemukakan adalah seperti berikut: a) Penting bagi setiap guru yang mengajar ilmu Bala:ghat agar memberikan pendedahan awal tentang kaedah al-itna:b yang termasuk salah satu daripada topiknya adalah berkaitan pengulangan atau al-takra:r itu sendiri.ini penting bagi mempastikan objektif sesuatu ayat samada dalam bentuk percakapan dan penulisan dapat dicapai.seseorang yang memahami pendekatan pengulangan akan menguasai teknik menyampaikan maklumat secara lebih berkesan kerana dapat memahami situasi yang manakah yang memerlukan pengulangan bagi memenuhi aspek penekanan terhadap sesuatu mesej yang ingin disampaikan. 314

b) Pembelajaran ilmu Bala:ghat hendaklah lebih banyak melibatkan applikasi berbanding dengan teori. Ini termasuklah menggunakan teks-teks daripada al- Qur an, al-hadith dan teks-teks sastera Arab samada daripada puisi agar dengan ini mereka mempunyai kefahaman yang bersifat amali dan bukannya bersifat teori sahaja.sebagai contohnya dalam kajian ini surah al-rahma:n telah menjadi satu bahan eksperimen bagi membuktikan peranan pengulangan untuk memenuhi objektif-objektif tertentu. c) Selain daripada mempelajari kaedah-kaedah ilmu Bala:ghat dalam bahasa Arab kajian perbandingan antara bahasa ibunda dengan bahasa Arab yang melibatkan pengulangan turut membantu mempertingkatkan kefahaman terhadap gaya bahasa pengulangan dalam bahasa Arab. d) Bagi menjamin keseragaman pembelajaran ilmu Bala:ghat, pihak-pihak yang berkenaan hendaklah menyediakan tenaga pengajar yang betul-betul berkelayakan dan mahir dalam bidang ini supaya ia dapat disampaikan dengan lebih efektif dan bersepadu.dalam kajian seumpama ini terbukti bahawa kebanyakan bahan rujukan dikarang dalam bahasa Arab.Justru tanpa mengembeling tenaga secara bersungguh-sungguh untuk merujuk bahan-bahan dalam bahasa Arab, seseorang itu tidak akan mampu menyampaikan maklumat yang tepat tentang gaya bahasa pengulangan yang digunakan oleh al-qur an al- Kari:m. 315

e) Pelajaran tafsir hendaklah diberikan penekanan secara seiring sejalan dengan pembelajaran bahasa Arab. Ini disebabkan pembelajaran bahasa al-qur an secara berasingan daripada tafsir akan menyebabkan para pelajar kurang memahami kerana bahan-bahan selain dari al-qur an dan tafsir amat susah difahami oleh para pelajar disebabkan kekangan bahasa, kelainan budaya dan sebagainya. Sekiranya mereka diberikan penerangan menerusi ayat-ayat al-qur an sudah tentu manfaatnya lebih banyak lagi. f) Umat Islam juga digalakkan mempelajari topik-topik berkaitan kemukjizatan al- Qur an kerana dengan cara itu mereka akan mendapat pendedahan tentang keindahan gaya bahasanya termasuk kehebatan gaya bahasa pengulangan yang merupakan sebahagian daripada al-itna:b. g) Dalam mengetengahkan bala:ghat al-qur an, guru-guru agama, para pendakwah, pegawai agama dan lain-lainnya perlu melengkapkan diri mereka dengan ilmu bala:ghat al-qur an seperti gaya bahasa pengulangan yang ketara digunakan secara jelas dan bidang-bidang selainnya dalam surah-surah al-qur an, supaya mereka dapat menyampaikan ilmu ini kepada orang-orang awam menerusi kerjaya masing-masing untuk menarik minat mereka memahami ayat-ayat al- Qur an dan ajaran-ajarannya dengan lebih mendalam. Pendekatan pengulangan ini sebenarnya dapat membantu mempengaruhi psikologi para pendengar untuk menjayakan komunikasi yang sedang berlaku. 316

h) Para ibu bapa dan pendidik wajar mempelajari kaedah pengulangan dalam gaya bahasa al-qur an agar dengan cara yang demikian dapat mendidik anak-anak mereka dengan cara yang lebih efisyen serta mengelakkan kebosanan daripada berlaku. Sebagai contohnya dalam surah al-rahma:n yang telah dibincangkan ternyata kepelbagaian bentuk nikmat yang dikemukakan menjadi sebab persembahan surah itu menjadi amat menarik. i) Pembelajaran tentang gaya bahasa pengulangan dalam al-qur an wajar diajarkan kepada semua umat Islam memandangkan adanya silap faham daripada pihakpihak tertentu yang sengaja menimbulkan fitnah mengatakan al-qur an mengandungi terlalu banyak pengulangan tentang perkara-perkara yang sama.apabila umat Islam memahami tujuan-tujuan dan bentuk-bentuk pengulangan yang terdapat dalam surah-surah al-qur an, sudah tentu mereka dapat menangkis segala dakyah palsu yang diada-adakan oleh para musuh Islam seperti yang ditimbulkan oleh sebahagian daripada Orientalis yang bertujuan mendedahkan kelemahan Islam. 6.3 Penutup 317

Kajian ini mendapati gaya bahasa pengulangan dalam al-qur an terutamanya dalam surah al-rahma:n memainkan peranan yang amat penting untuk memperkukuhkan pengetahuan terhadap sesuatu mesej yang ingin disampaikan.seseorang yang kita berbicara dengannya ( ال م خ اط ب ) merupakan seorang manusia yang berada dalam satu keadaan berikut : 1. Seorang yang tidak mengetahui langsung perkara yang disampaikan kepadanya.individu seperti ini hanya memerlukan ayat yang berbentuk kenyataan umum. 2. Seseorang yang telah mengetahui secara umum tentang sesuatu perkara tetapi dia masih belum dapat memastikan kebenarannya.individu ini memerlukan penegasan terhadap maklumat yang diterimanya dahulu untuk memperkukuhkan keyakinannya. 3. Seseorang yang mengetahui sesuatu maklumat tetapi dia meraguinya.maka dalam konteks ini dia memerlukan pemberitahuan demi pemberitahuan secara berulang-ulang untuk menghilangkan keraguannya. Menghadapi seseorang dari kategori ke tiga ini menyebabkan perlunya kepada pendekatan pengulangan yang menjadi fokus kajian ini.individu seperti ini memerlukan pemberitahuan itu disampaikan kepadanya berterusan dari masa ke masa.kemungkinan penyampaian secara berulang-ulaang ini memerlukan kepelbagaian teknik penyampaian ataupun satu bentuk yang sama tetapi disampaikan secara berulang-ulang.pengulangan 318

peringatan kepadanya akan dapat membimbingnya agar mengikuti sesuatu perkara yang benar-benar akan menyelamatkannya dari sesuatu bahaya. Pendekatan secara pengulangan juga didapati amat penting dalam sektor pendidikan dan dakwah kerana perkara-perkara yang diulang ini akan menyebabkan seseorang menanganinya secara serius kerana ingatan yang disampaikan secara bertalutalu itu. Berdasarkan kajian ini juga jelaslah bagaimana pengulangan yang dilakukan bukan sahaja dapat memberikan kesedaran kepada manusia dan jin terhadap kewajipan bersyukur kepada Allah s.w.t malah ia juga mewujudkan suatu alunan suara yang amat berkesan di jiwa para pendengar.perkara ini jelas dirasai sesudah mengkhatamkan surah al-rahma:n bahawa pengulangan ayat ي آلا ء ر ب ك م ا ت ك ذب ان) (ف ب ا sebanyak 31 kali yang ini akan menarik minat pembaca untuk meneroka senarai nikmat yang dikemukakan oleh Allah s.w.t. Amatlah benarnya Allah apabila Dia menurunkan firmannya ayat ke-109 surah al-kahf, maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahkan lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan. Demikianlah pula seperti yang disifatkan oleh Nabi s.a.w dalam sebuah hadith riwayat al-ha:kim dan al-bayhaqiyy bermaksud: al-qur an itu mengandungi khabar 319

masa lampau,berita akan datang, tidak lekang oleh panas, tidak lapuk oleh hujan, tidak lapuk oleh hujan, tidak terhenti keajaibannya dan tidak pula using oleh banyaknya diskusi tentangnya. 320