CONTOH PENDAHULUAN DAN PENUTUP KARANGAN YANG MENARIK.

dokumen-dokumen yang mirip
MAJLlS PENGETUA SEKOLAH MENENGAH (CAWANGAN PULAU PINANG) MODUL LATIHAN BERFOKUS PMR 2013 BAHASA MELAYU KERTAS2 2 JAM

JABATAN PELAJARAN NEGERI TERENGGANU

JABATAN PELAJARAN NEGERI NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

- Dato Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abd Razak - Perdana Menteri Malaysia

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 4/1995 : PELAKSANAAN KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

BAB 1 ISU PERLAKSANAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA

FACT SHEET

Penulisan Ekspositori

Info Ketua Pengarah LPP Ke 10

TEKS UCAPAN PERASMIAN YB DATO SERI DR. HILMI BIN HAJI YAHAYA TIMBALAN MENTERI KESIHATAN MALAYSIA SEMPENA MAJLIS PELANCARAN KEMPEN BARAH USUS BESAR

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran MATEMATIK

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Memorandum Pertubuhan-Pertubuhan Cina. Y. A. B. Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran KAJIAN TEMPATAN

PERANAN GURU SEBAGAI PEMBINA MODAL INSAN

SULIT 1103/1. Modul Kecemerlangan Akhir Tahun TAHUN 2016 TINGKATAN 4 SKEMA BAHASA MELAYU. Kertas 1

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3 PENDIDIKAN SIVIK KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3

TEKS UCAPAN DATO' SERI DR SITI HASMAH BINTI HAJI MOHD ALI MENARA PERKESO, KUALA LUMPUR SIMPOSIUM KERJAYA ORANG KURANG UPAYA 12 MAC 2001

Mengenali Kelemahan Perilaku Pelabur: Semuanya Mainan Fikiran

Sekolah semai benih.perpaduan. Pelajar perlu disatukan bagi menzahir semangat toleransi antara kaum

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

SMK TUN TUAH PENYELIDIKAN DAN KONSULTASI SESI 2010/2011 KERTAS CADANGAN UNTUK MENGKAJI :


BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Soal Jawab: UMNO PERLU PEMUGARAN UNTUK JADI PARTI RELEVAN

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

LAPORAN HASIL DAPATAN KAJIAN PERSEPSI MAHASISWA MENGENAI RASUAH DI MALAYSIA

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

LOGO DAN NAMA SEKOLAH PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2007 PENDIDIKAN MORAL. Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

Masalah Kesihatan Mental Kurang Menerima Perhatian

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

PERUTUSAN HARI GURU 2012 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

1 SULIT PP 1103/1 PROGRAM GEMPUR KECEMERLANGAN SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 1 GARIS PANDUAN PEMERIKSA

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1 PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang

KERTAS PERCUBAAN BAHASA MELAYU SPM

SEMINAR PENDEKATAN WASATIYYAH PERINGKAT KEBANGSAAN : PEMAHAMAN, PENERAPAN SERTA CABARAN

Drama Forum Remaja 2020 (Sharif Shaary)

KAEDAH KARANGAN PASANG SIAP KARANGAN BAHAGIAN A

KENYATAAN MEDIA LAPORAN PEMBIAYAAN POLITIK JAWATANKUASA KONSULTATIF NASIONAL MENGENAI PEMBIAYAAN POLITIK

PENDIDIKAN KESIHATAN

PENDIDIKAN KESIHATAN

Laporan Kesejahteraan Rakyat Malaysia 2013

Perutusan daripada Stefan Karlen 3 Nilai etika Panalpina 4 Prestasi Integriti Profesionalisme Pengenalan Tatakelakuan 5 Perkara yang diharapkan

Mempertingkatkan Kemahiran Membaca Di Kalangan Murid Tahun Dua Melalui Kaedah Stesen

RENDAH SAINS MARA TRANSKRIAN NIBONG TEBAL, PULAU PINANG

MAJLIS IKRAR BEBAS RASUAH (IBR) MAKTAB KOPERASI MALAYSIA

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

RANCANGAN KESIHATAN SEKOLAH

Masa: 2 jam JUL 4OI _ BAHASA MALAYSIA IV UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. April2008

BAB I PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

SULIT 02/2 Bahasa Melayu Ogos Jam BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN SEKOLAH KECEMERLANGAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

TATAKELAKUAN PEMBEKAL GLOBAL AVON

SIARAN MEDIA Untuk Siaran Segera

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 8 : KESIMPULAN. kawasan bandar Jesselton (Kota Kinabalu) dalam kegiatan badan-badan beruniform

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

SKEMA UJIAN DIAGNOSTIK SPM TAHUN BAHASA MELAYU KERTAS 1 2 Jam 15 Min

BAB 1 PENDAHULUAN. dasar-dasar yang menjadi landasan pendidikan sains dan teknologi;

LAPORAN PROJEK KUMPULAN LMCK 1421 PEMIKIRAN KRITIKAL DAN PENYELESAIAN MASALAH SESI 2016/2017 TAJUK: KEMPEN JOM SIHAT NAMA PENSYARAH: DR NORA MUDA

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PROGRAM DWIBAHASA DUAL LANGUAGE PROGRAMME

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

RANCANGAN TAHUNAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN TIGA 2015

Hasrat Penjagaan Saya

LOGO DAN NAMA SEKOLAH PERATURAN PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2007 BAHASA MELAYU. Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN

AWAS!! Ketahuilah bahawa perbuatan MEMFOTOSTAT atau MENYALIN adalah tidak bermaruah dan TIDAK DIBERKATI ALLAH Hakcipta Terpelihara

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil

SKEMA JAWAPAN BAHASA MELAYU KERTAS /1


SEKOLAH BERASRAMA PENUH BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH / KLUSTER KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA. 2 ¼ jam Dua jam lima belas minit

KESUSASTERAAN MELAYU

GARIS PANDUAN MENGURUSKAN PEGAWAI/STAF YANG BERPRESTASI RENDAH DAN YANG BERMASALAH DI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

INAMA PERCUBAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013 PMR. Kertas 2. Dua Jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM /1 TINGKATAN LIMA BAHASA MELAYU Kertas 1 Ogos 2 ¼ jam Dua jam lima belas minit

MODUL PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013

MODUL 1 BAHASA MELAYU KERTAS 1 PERATURAN PEMARKAHAN

JENIS-JENIS PERENGGAN DEDUKTIF, INDUKTIF, dan GABUNGAN

Kepelbagaian sosio budaya individu dalam sistem pendidikan bukan sahaja dilihat

(TUGASAN INDIVIDU: PENYALAHGUNAAN LORONG KECEMASAN DI MALAYSIA)

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

30 MAC 2017 SOALAN NO: 55 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT JAWAPAN OLEH YB DATUK SERI DR S.SUBRAMANIAM MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

2017 UPSR BAHASA MELAYU TIPS TAMBAHAN

TEKS UCAPAN YBHG DATO SRI ALI HAMSA KETUA SETIAUSAHA NEGARA SEMPENA DIALOG PERDANA PERKHIDMATAN AWAM 2012 ANJURAN RAZAK SCHOOL OF GOVERNMENT

SKEMA JAWAPAN BM KERTAS 1 (1103/1) : Murid dapat menghuraikan pendapat tentang nilai murni yang perlu diamalkan

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

Transkripsi:

CONTOH PENDAHULUAN DAN PENUTUP KARANGAN YANG MENARIK. Soalan Contoh 1 Kerajaan telah berusaha untuk membanteras gejala rasuah, namun amalan yang berakar umbi dalam kalangan masyarakat ini masih wujud. Pada pendapat anda, mengapakah masalah rasuah perlu dibendung? Perenggan Pendahuluan Contoh 1 Kebelakangan ini, kes rasuah semakin bertambah dan nampaknya sukar dibanteras kerana melibatkan pegawai kerajaan dan swasta, ahli politik, dan orang awam. Keadaan ini membimbangkan kita kerana jika dibiarkan, sudah tentu perkara ini akan menjadi seperti api di dalam sekam. Fenomena ini sekali gus akan melahirkan masyarakat yang tiada integriti, contohnya jika seseorang pegawai menawarkan rasuah untuk menutup kesalahan dirinya daripada landasan undang-undang, jelaslah betapa rendahnya akhlak dan maruah dirinya. Oleh itu, semua pihak harus berusaha untuk membanteras gejala rasuah agar masyarakat Malaysia yang amanah dan berintegriti dapat dilahirkan. Hal ini perlu dititikberatkan kerana rasuah perlu dibanteras dari awal iaitu, mencegah lebih baik daripada mengubati sesuatu penyakit. Perenggan Penutup Contoh 1 Oleh hal yang demikian, masalah rasuah perlulah ditangani oleh pihak berkuasa dengan kerjasama anggota masyarakat. (Kesimpulan) Pihak berkuasa hendaklah mengadakan kempen secara besar-besaran tentang keburukan dan kesan rasuah kepada masyarakat. (Huraian Apa yang perlu dibuat) Hal ini demikian kerana, jika masalah rasuah tidak diatasi sudah tentu perkara ini akan merosakkan jentera pentadbiran negara.(huraian Apa kesannya) Jadi, sebelum nasi menjadi bubur, kita berharap agar masalah ini dapat ditangani dengan berkesan sebelum menjadi lebih serius. (Peribahasa) Sekiranya hal ini dapat direalisasikan, sudah pastilah masyarakat dan negara kita akan bebas daripada belenggu rasuah. (Kepentingan)

Soalan Contoh 2 Bincangkan usaha-usaha bagi membudayakan Program Kitar Semula dalam kalangan rakyat. Bahagian A) Perenggan Pendahuluan Contoh 2 Darsawarsa, dalam menempuh arus modenisasi yang menerjah watan tanpa diundang, pencemaran alam sekitar makin, menjadi parah barah serta duri dalam daging watan. Pelbagai anjakan paradigma telah digarap dan dicanang bagi membendung kemelut ini temasuklah yang hangat meniti dari bibir ke bibir masyarakat; Program Kitar Semula. Persoalan yang menjadi tanda tanya ialah apakah strategi- strategi yang wajar diorak dan digarap bagi membudaya Program Kitar Semula dalam kalangan masyarakat 1 Malaysia? Perenggan Penutup Contoh 2 Intihanya, semua pihak perlu bekerjasama membentuk sinergi bak aur dan tebing serta persis isi dan kuku dalam usaha membudayakan Program Kitar Semula kerana bulat air kerana pembentung, bulat masyrakat kerana muafakat. Selanjutnya Malaysia mampu dijulang sebagai negara model bukan sahaja dari aspek pembangunan fizikal malahan akhlak rakyat pertiwi kerana terbangnya belon bukan kerana merah, biru dan kuning warnanya tetapi kerana kandungan gasnya selaras dengan hasrat dan aspirasi negara untuk bersukat sama paras, bertimbang sama berat dengan negara- negara maju yang lain. Contoh pengenalan : Huraikan pendapat anda tentang cara-cara mengamalkan gaya hidup sihat. Panjang karangan anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan. Dalam meniti arus kemodenan yang berteraskan sains dan teknologi maklumat, faktor kesihatan masyarakat pada hari ini berada pada tahap yang membimbangkan pihak berkuasa terutamanya Kementerian Kesihatan Malaysia. Semakin hari, masalah wabak pelbagai penyakit semakin menjalar dalam kalangan masyarakat tanpa mengira usia tua atau muda. Jika dahulu masalah darah tinggi dan kencing manis merupakan penyakit yang sering dihadapi oleh golongan tua tetapi pada hari ini golongan kanak-kanak juga sering dihantui penyakit berkenaan. Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2011, angka pesakit yang menghadapi masalah kesihatan telah meningkat sebanyak 200 000 orang pesakit melebihi bilangan pesakit pada tahun sebelumnya. Sebenarnya masalah kesihatan masyarakat mampu diatasi dengan pelbagai cara terutamanya dengan kemudahan prasarana berkaitan kesihatan semakin banyak disediakan oleh pihak kerajaan. Klinik desa, Klinik 1 Malaysia, Hospital Desa, Hospital Besar merupakan tempat masyarakat mendapat kemudahan rawatan kesihatan. Persoalannya, mengapakah kadar pertambahan bilangan pesakit yang tidak mengenal usia berlaku pada zaman sekarang? Bak kata pepatah, setiap penyakit ada ubatnya,

setiap masalah pasti ada jalan keluarnya. Salah satu daripadanya adalah dengan mengamalkan gaya hidup sihat sebagaimana yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Bagaimanakah caranya untuk kita mengamalkan gaya hidup sihat? Penutup karangan Kesimpulannya, pengamalan gaya hidup sihat merupakan inisiatif kita sendiri. Jika kita inginkan kesihatan kita sentiasa sihat, kita perlulah melibatkan diri dengan melakukan aktivitiaktiviti yang boleh menyihatkan tubuh badan kita seperti pengambilan makanan seimbang, melakukan aktiviti rekreasi, menyertai aktiviti sukan dan mendapatkan rawatan kesihatan secara sempurna. Oleh itu, untuk menyokong kerajaan dalam merealisasikan Wawasan 2020, kita perlulah memastikan tahap kesihatan kita dalam keadaan terbaik kerana pekerja, pentadbir, dan pemimpin yang sihat jasmani, rohani, emosi dan inteleknya sahaja yang akan dapat membantu menggapai cita-cita pemimpin untuk memastikan Malaysia mampu untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara maju yang lain. Justeru, kesihatan merupakan aset paling penting sebagai warganegara Malaysia kerana bak kata pepatah, kesihatan itu lebih penting daripada wang ringgit yang menggunung. Contoh pengenalan : Dalam meniti arus modenisasi yang kian rancak, masyarakat pada zaman millenium ini sudah semakin ketagih mengejar kemewahan duniawi sehinggakan mereka alpa terhadap kesihatan tubuh badan mereka. Senario ini jika dibiarkan menular dalam kalangan masyarakat kita akan mengakibatkan hasrat kerajaan untuk menjayakan dan merealisasikan Wawasan 2020 hatta gagasan 1Malaysia sekalipun terbantut. Apakah peranan kita sebagai rakyat yang prihatin terhadap kemajuan negara dalam mengatasi kemelut ini? Usaha yang dapat kita lakukan bagi menyelesaikan krisis ini adalah dengan menjalani kehidupan yang sihat. Belakangan ini, banyak adpertensi disiarkan oleh pihak media bagi memaparkan cara-cara mengemudikan kehidupan agar sihat dan sejahtera. Contoh penutup karangan : Akhirulkalam, jelaslah kepada kita bahawa kehidupan manusia dan kesihatan memang tidak dapat dipisahkan. Seluruh rakyat Malaysia dinasihatkan oleh Perdana Menteri Malaysia. Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak agar sentiasa menjaga kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat agar misi Malaysia untuk mencapai status negara maju dan menjadi contoh kepada negara lain tercapai. Maka secara realitinya menunjukkan bahawa betapa penting cara atau langkah dalam menjana kehidupan yang lebih sihat. Sediakan payung sebelum hujan merupakan

peribahasa yang amat bersesuaian dengan maaduk cara menjaga kesihatan, jadi di sini mencegah adalah lebih baik daripada mengubatinya. Secara kesinambungannya, pelbagai usaha mestilah diimplementasikan oleh semua pihak kerana kehidupan yang bermakna adalah kehidupan yang sihat. Contoh pengenalan karangan B: Dalam meladeni arus pascamodenisme yang semakin mencabar dari semasa ke semasa ini, nusa yang kita cintai ini semakin utuh dan terkenal di persada antarabangsa. Jelas bahawa pembangunan negara kita semakin rancak dan selaras dengan negara-negara maju yang lain bak aforisme yang sering diperkatakan, duduk sama rendah berdiri sama tinggi. Namun begitu, dari segi pembangunan atau pembinaan jati diri murid yang berdisiplin, negara kita masih belum berjaya sepenuhnya. Semakin negara kita berusaha mencapai status negara maju, semakin meningkat peratus pelajar sekolah yang terlibat dengan gejala-gejala yang tidak sihat. Hal ini telah diakui oleh Datuk Ahmad Fuad Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran dalam satu program temu bual tv. Usaha telah dilakukan oleh pelbagai pihak untuk mengatasi kemelut yang semakin meruncing ini. Saya sebagai seorang pengawas yang telah diberikan mandat oleh pihak sekolah, mempunyai cara yang tersendiri untuk membentuk murid yang berdisiplin. Izharnya, seseorang individu yang bergelar pengawas berperanan penting dalam membantu pihak sekolah dalam membentuk murid yang berdisiplin. Penutup karangan : Kesimpulannya, tiada penyakit yang tiada ubatnya, dan tiada racun yang tiada penawarnya. Maka, modus operandi yang konkrit, sistematik dan pragmatik perlu diimplementasikan secara berterusan agar murid yang berdisiplin dapat dibentuk. Saya dan beberapa pihak yang lain seperti badan pengawas dan pihak sekolah akan sentiasa menacri jalan atau alternatif untuk memastikan murid yang berdisiplin dapat dibentuk dan hasrat kerajaan untuk melihat sifar masalah disiplin dapat direalisasikan pada tahun 2020. Hasrat kerajaan untuk memperkukuh gagasan 1Malaysia akan tercapai dengan terbentuknya murid yang berdisiplin berteraskan nilai perpaduan dan ketaatan. Saya berharap agar peranan yang saya kemukakan tadi akan dapat saya realisasikan dan diadaptasi oleh rakan pengawas yang lain serta pihak-pihak yang lain. Pendahuluan Karangan Umum Contoh 1

Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Isu..semakin kerap dipaparkan melalui media massa dan media eletronik. Hal ini menggambarkan bahawa masyarakat pada hari ini peka terhadap isu semasa. Lantas mereka cuba mengenal pasti punca permasalahan serta mencari jalan penyelesaiannya. Hal ini bermakna masyarakat tidak akan membiarkan.. menjadi barah yang memusnahkan kehidupan. Justeru, apakah punca-punca yang menyebabkan berlaku? Contoh 2 Pada zaman ini, apabila memperkatakan isu, isu tersebut sering kita dengar dan baca daripada media massa..sering berkaitan dengan masyarakat di negara kita. Oleh sebab itu, langkah-langkah/cara-cara mengatasinya harus dilaksanakan @ Oleh sebab itu, faktor-faktor yang menyebabkannya perlu diteliti. Contoh 3 Isu.. sering diperkatakan oleh semua pihak. Perkara ini perlu diberikan perhatian. Semua pihak perlu bekerjasama untuk mengatasi masalah. Sekiranya semua pihak bekerjasama, hal ini dapat diatasi untuk kesejahteraan dan kebaikan semua, bak kata pepatah Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Contoh 4 Sejak belakangan ini, kita sering kali mendengar atau membaca berita tentang melalui dada-dada akhbar serta media elektronik.

Isu ini hangat dan sering dibincangkan dalam kalangan masyarakat dan juga pada peringkat global. Pelbagai pihak telah mengambil..yang semakin serius ini. Peribahasa Sediakan payung sebelum hujan wajar dijadikan pedoman individu dalam mengatasi masalah ini. Contoh 5 Dalam menempuhi era modenisasi yang semakin mencabar ini, pelbagai isu telah timbul dan fenomena ini amat meresahkan pelbagai pihak. Isu..telah menjadi perbualan dalam kalangan masayarakat. Berbagai-bagai inisiatif telah diambil namun segala usaha ini bagai hujan jatuh ke pasir. Sikap tegar masyarakat menyebabkan masalah ini bukan sahaja semakin sukar untuk diatasi, malah kian parah. Situasi sedemikian boleh berlaku kerana tindakan sesetengah pihak yang bersikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masingmasing. Malah diburukkan lagi dengan pihak yang bersikap melepaskan batuk di tangga. Di bawah akan dijelaskan lagi tentang..