Faktor pergaulan luas digunakan dalam hal ini kerana pengkaji berpendapat

dokumen-dokumen yang mirip
Di dalam bab ini, pengkaji akan membincangkan mengenai kerangka teori, kaedah-kaedah yang digunakan, di mana pengkaji juga turut meninjau kerangka dan

BAB 5: KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. pembelajaran bahasa Arab di Malaysia masih memerlukan kajian lanjutan. Ini kerana

BAB 3 : METODOLOGI. Parit Keroma dan komuniti Bugis dari kampung itu yang telah menetap di Kuala Lumpur.

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

BAB I PENGENALAN. Mandarin di Kelantan serta faktor-faktor yang mempengaruhinya. Pada zaman moden ini,

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN. kajian ini secara terperinci. Ini kerana metodologi merupakan satu aspek yang penting

Sustainable Education 54

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. menunjukkan bahawa unsur penyebutan huruf al-qur an al-karim memain peranan

Tinjauan Kelas Peralihan di Malaysia: Suatu Kajian untuk Menilai Keberkesanannya

BAB 5: RUMUSAN DAN CADANGAN. membuat rumusan kepada kajian yang bertajuk Penguasaan Maṣdar : Satu Kajian Di

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

LAPORAN PENYELIDIKAN

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

DARI BURUK KE BAIK. Oleh. June Sim Mei Lin ABSTRAK

Konsep Kurikulum: Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

Mengurus Inflasi. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Model Pengurusan Strategik

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.

Mempertingkatkan Kemahiran Membaca Di Kalangan Murid Tahun Dua Melalui Kaedah Stesen

BAB KELIMA TINJAUAN KEBERKESANAN MODUL

BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. Keputusan kajian akan dianalisis dalam tiga bahagian seperti berikut:

BAB LIMA: RUMUSAN DAN CADANGAN. Di dalam bab ini, penyelidik merumuskan dapatan kajian yang dihuraikan menerusi

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

Akaun Semasa Mudarabah

BACALAH CICI..! Oleh. Mamat anak Chunggat Sekolah Kebangsaan St. Jude Bunan, Jalan Mongkos, Serian, Sarawak. Abstrak

8.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI. soal selidik, dokumen, borang pemerhatian, dan temu bual. Data-data yang berbentuk

Kepelbagaian sosio budaya individu dalam sistem pendidikan bukan sahaja dilihat

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan.

BAB 4. KEBERKESANAN DAN HALANGAN PEMBANGUNAN ETIKA DAN MORAL MENERUSI KURSUS YANG DITAWARKAN DI UTeM

Menangani Peningkatan Kos Sara Hidup. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

BAB V KESIMPULAN. Setelah meneliti hasil kajian yang dirancangkan di Bab IV, bab ini akan

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca. Norazlina Abdul Jalil

Program Kepimpinan Pengawas Sekolah Kebangsaan Convent Greenlane dan Pusat Pengajian Ilmu pendidikan, Universiti Sains Malaysia

BAB 5 DAPATAN DAN CADANGAN. diketengahkan kepada pengkaji-pengkaji pada masa akan datang.

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA AYAT-AYAT YANG MENGANDUNGI PERKATAAN GABUNGAN TIGA SUKU KATA TERBUKA KV + KV + KV. Oleh. Abdillah Bin Nurdin Asis

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Bab ini adalah membincangkan tentang metodologi yang digunakan dalam kajian ini.

Pengenalan kepada Ekonomi

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

perkara-perkara berkaitan pemahaman terhadap hadis kerana beliau merasakan penghayatan masyarakat Malaysia terhadap hadis masih berada di tahap yang

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP

GAYA KOGNITIF Pengenalan Konseptual Tempo

BAB 5 KESIMPULAN. berkaitan perwakilan dapatan kajian juga disentuh, sebelum diakhiri dengan cadangan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

Elitelink Pilih perlindungan paling bersesuaian dengan gaya hidup anda dan kemewahan berterusan.

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

JABATAN PELAJARAN NEGERI NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

SKIM PERSARAAN SWASTA PRIVATE RETIREMENT SCHEMES (PRS)

KEMAHIRAN BELAJAR. Mendengar dengan berkesan. Mencatat Nota. Menulis Laporan Cepat. Mengingat

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

SOALAN LAZIM BERKENAAN BIL BARU TM. (M1R2 Drop 2)

TEORI SEGITIGA SEMIOTIK

BAB KEENAM PENUTUP. Bab ini menyimpulkan semua permasalahan kajian iaitu menjelaskan perbandingan

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

SIJIL PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

1.0 Langkah-langkah Sebelum Latihan Mengajar

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Jadual 4.11 : Matrik Analisis Temubual, Pemerhatian Dan Dokumen Berkaitan P&P Pendidikan Islam (P.I) KBSR

KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) KAJIAN TINDAKAN

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya

Pengenalan Makroekonomi

GE 1155 KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN SEMESTER 1, SESI 2015/2016

Penggunaan ICT Dalam Pengajaran dan Pengajaran Matematik

BAB KEEMPAT ANALISIS DATA. Di dalam usaha untuk memperincikan kemahiran tilawah al-qur an al-karim,

Akaun Pelaburan Wafiyah Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Mac 2017

Ia disertakan dengan contoh bagi meningkatkan pemahaman kita terhadap cara penggunaan bonus ini.

KAJI SELIDIK INDEKS GAYA PEMBELAJARAN

Kriteria Belanjawan Modal

rumah mampu tengok realiti pasaran hartanah hari ini

3.6 REKA BENTUK BANDAR Profil Fizikal dan sosial budaya

CHIA CHONG YANG A143398

KESIMPULAN DAN CADANGAN. banyak oleh Allah S.W.T. Disebabkan tawaran yang terlalu istimewa daripada Allah S.W.T

Mengukuhkan Kemahiran Interaksi Penulisan. Abstrak

Nikmati detik indah bersama keluarga dan keupayaan untuk melindungi mereka.

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

Akaun Pelaburan Waheed Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 30 Jun 2017

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

(TUGASAN INDIVIDU: PENYALAHGUNAAN LORONG KECEMASAN DI MALAYSIA)

BAB 7 KESIMPULAN. dibincangkan, iaitu data korpus, dapatan kajian dan kajian hadapan.

BAB KELIMA RUMUSAN KAJIAN DAN CADANGAN

OH, ITUNYA DARAB! Oleh. Chai Mei Ling ABSTRAK

Kesetiaan kepada Syarikat

PROGRAM KAJIAN TINDAKAN NEGERI PERAK PERINGKAT SEKOLAH

BAB 5 : RUMUSAN DAN CADANGAN

Transkripsi:

BAB 5 ANALISIS FAKTOR PERGAULAN LUAS DALAM ASPEK PERINGKAT UMUR, TARAF PENDIDIKAN DAN TARAF EKONOMI TERHADAP PERALIHAN BUNYI 5.0 Pengenalan Faktor pergaulan luas digunakan dalam hal ini kerana pengkaji berpendapat bahawa apabila penduduk bergaul dengan masyarakat disekelilingnya, mereka akan memasukkan elemen-elemen bunyi yang lain dalam pertuturan di kampung mereka. Hal ini dibandingkan dengan golongan yang enggan bercampur, di mana mereka masih mengekalkan bunyi dialek asal kampung mereka. Menerusi faktor pergaulan luas, pengkaji ingin melihat dan meneliti adakah aspek peringkat umur, taraf pendidikan dan taraf ekonomi yang menyebabkan sesetengah penduduk mengalihkan bunyi leksikon dialek asal kampung mereka. Sebagaimana yang dijelaskan sebelum ini, penduduk kampung Surau Panjang menuturkan bunyi yang berakhir dengan /au/ dengan bunyi /ɔ /, namun terdapat juga individu yang membunyikannya dengan bunyi /a /. Hal sedemikian juga berlaku bagi penduduk kampung AT di mana bunyi dialek asal mereka ialah / a/, walau bagaimanapun terdapat juga individu yang menuturkannya dengan bunyi / au / iaitu mengikut bahasa Malaysia standard dalam keadaan tertentu. 74

Pengkaji mengilustrasikannya menerusi graf bar agar ia dapat dilihat dengan jelas peratusan peralihan bunyi-bunyi / a /, / ɔ / dan / au / dalam aspek peringkat umur, taraf pendidikan dan taraf ekonomi. Pengkaji hanya memilih 9 orang sampel bagi mewakili 1800 orang jumlah penduduk kampung Surau Panjang dan 5130 orang jumlah penduduk kampung Atas Tol. Analisis ini hanya melibatkan 32 perkataan yang mempunyai perbezaan bunyi daripada 405 perkataan yang menjadi dapatan kajian. ( sila rujuk lampiran 2 ) 5.1 Analisis Faktor Pergaulan Luas Dalam Aspek Peringkat Umur Sampel pilihan pengkaji bagi setiap kampung terdiri daripada golongan tua yang berumur dalam lingkungan (51 hingga 75) tahun, golongan dewasa yang berumur antara (31 hingga 50) tahun dan golongan muda yang berusia antara (20 hingga 30) tahun. Tiga orang sampel dipilih bagi setiap kategori. Jadual peralihan bunyi dalam aspek umur secara terperinci boleh dilihat menerusi lampiran 3. \ 75

5.1.1 Analisis Faktor Pergaulan Luas Dalam Aspek Peringkat Umur Terhadap Peralihan Bunyi Di Kampung Surau Panjang 120% 100% 100% 80% 65.62% 68.75% 60% 40% 34.38% 31.25% Bunyi /ɔ/ Bunyi /a/ 20% 0% 0% Golongan Tua Golongan Dewasa Golongan Muda Graf Bar 5.1 : Peratus bentuk bunyi mengikut umur di kampung Surau Panjang Peralihan bunyi leksikon yang berlaku di kalangan golongan tua, dewasa dan muda bagi penduduk kampung Surau Panjang yang diilustrasikan melalui graf bar 5.1 di atas menunjukkan bahawa golongan tua bagi penduduk kampung Surau Panjang masih kekal menggunakan bunyi dialek asal kampung mereka iaitu bunyi / ɔ /. Pengekalan bunyi ini adalah dipengaruhi oleh kehidupan sosial mereka yang agak terhad. Mereka jarang keluar dari kampung halaman mereka. Pergaulan mereka juga hanya berkisar di sekitar penduduk di Mukim Pengadang Buluh sahaja. Dengan pergaulan sosial yang agak terhad, sudah tentu sukar untuk mereka menerima pengaruh daripada luar dan seterusnya kekal dengan bunyi dialek asal kampung mereka. 76

Manakala bagi golongan dewasa pula, mereka melakukan peralihan bunyi leksikon kerana keperluan kehidupan yang menuntut mereka untuk mempunyai keseragaman bunyi bahasa agar boleh bercampur gaul dan berkomunikasi dengan masyarakat yang berada disekeliling mereka dengan lancar dan berkesan. Peralihan ini berlaku kerana pergaulan luas yang mereka lalui yang menuntut mereka menuturkan bunyi yang mempunyai keseragaman dengan bunyi yang dituturkan oleh penutur dialek Terengganu standard. Seterusnya bagi golongan muda masa kini, mereka begitu prihatin dengan perubahan bunyi bahasa. Mereka begitu mudah terpengaruh dengan pertuturan rakan sebaya mereka. Oleh itu apabila mereka menuturkan bunyi leksikon yang berbeza dengan rakan-rakan mereka yang lain, mereka pasti akan mengalihkannya kepada bunyi leksikon yang mempunyai lebih ramai masyarakat penuturnya. Contohnya perkataan yang bermaksud pisau akan disebut / pisa/, bukannya / pisɔ / sebagaimana dialek asal kampung ini. Ini menunjukkan bahawa mereka berusaha untuk mengalihkan bunyi leksikon dialek asal kampung mereka kerana faktor pergaulan luas dengan rakan-rakan mereka yang akhirnya menuntut mereka melaksanakan peralihan bunyi tersebut. 77

5.1.2 Analisis Faktor Pergaulan Luas Dalam Aspek Peringkat Umur Terhadap Peralihan Bunyi Di Kampung Atas Tol 12 10 10 8 71.88% 6 4 28.12% 56.25% 43.75% Bunyi /a/ Bunyi /au/ 2 Golongan Tua Golongan Dewasa Golongan Muda Graf Bar 5.2 : Peratus Bentuk Bunyi Mengikut Umur Bagi Kampung Atas Tol Ilustrasi di atas memaparkan peratusan peralihan bunyi mengikut peringkat umur di kampung Atas Tol. Menerusi graf dapat dijelaskan bahawa golongan tua di kampung Atas Tol juga masih kekal dengan dialek asal kampung mereka iaitu bunyi /a/. Dengan hanya bekerja sebagai petani dan penoreh, kehidupan sosial mereka hanya berkisar di tempat kerja dan di rumah. Pergaulan mereka juga hanya terhad dengan penduduk di sekitar kampung mereka sahaja. Dengan ini pergaulan sosial mereka agak terbatas. Justeru itu, dapat dilihat bahawa tanpa pergaulan yang luas, sukar bagi seseorang individu itu untuk mengalihkan bunyi leksikon dialek asal kampung mereka. 78

Menerusi graf di atas juga dapat dilihat sejumlah 28.12% golongan dewasa mengalihkan bunyi dialek asal kampung mereka iaitu bunyi / a/ kepada bunyi /au/. Informan-informan pengkaji bagi golongan dewasa terdiri daripada mereka yang jarang keluar daripada kampung halaman mereka. Sebagaimana yang dijelaskan sebelum ini, bunyi dialek kampung AT adalah seragam dengan dialek Terengganu standard. Sehubungan dengan itu dapat dikatakan bahawa kemungkinan ketika ditemu bual mereka ingin menjaga imej dan status sosial mereka dan juga terikut-ikut dengan bahasa Malaysia standard. Manakala golongan muda pula mengalihkan bunyi dialek asal kampung mereka kepada bunyi / au / sejumlah 43.75%. Golongan muda masa kini begitu aktif bersosial sejajar dengan sistem teknologi yang semakin canggih. Justeru itu pergaulan sosial mereka tidak terbatas hanya dengan rakan taulan sesama daerah sahaja, malah antara negeri dan negara. Dengan ini dapat dijelaskan bahawa pergaulan luas mendorong mereka untuk mencari keseragaman bunyi dialek yang dituturkan agar mereka mampu berkomunikasi dan berinteraksi dengan baik dan sempurna. 79

5.2. Analisis Faktor Pergaulan Luas Dalam Aspek Taraf Pendidikan Menerusi aspek taraf pendidikan, pengkaji mengkategorikannya kepada tiga bahagian iaitu tiada mendapat pendidikan formal, pendidikan menengah dan pendidikan tinggi. Jadual peralihan bunyi dalam aspek taraf pendidikan secara terperinci boleh dilihat menerusi lampiran 4. 5.2.1 Analisis Faktor Pergaulan Luas Dalam Aspek Taraf Pendidikan Terhadap Peralihan Bunyi Di Kampung Surau Panjang 12 10 10 8 71.88% 75.00% 6 Bunyi /ɔ/ 4 2 28.12% 25.00% Bunyi /a/ Tiada Pendidikan Formal Sek. Menengah Pendidikan Tinggi Graf Bar 5.3: Peratus Bentuk Bunyi Mengikut Taraf Pendidikan Bagi Kampung Surau Panjang Ilustrasi di atas memaparkan peratusan bentuk bunyi mengikut taraf pendidikan bagi kampung SP. Berdasarkan graf dapat dihuraikan bahawa mereka yang tidak mendapat pendidikan secara formal di sekolah sukar untuk mengalihkan bunyi leksikon 80

dialek asal kampung mereka. Mereka masih berpegang teguh dengan dialek asal kampung mereka kerana tiadanya gangguan dan pengaruh daripada elemen-elemen lain yang menggalakkan mereka untuk melakukan peralihan bunyi tersebut. Ini berikutan kerana mereka jarang bercampur gaul dan berkomunikasi dengan mereka yang bukan berasal dari kampung halaman mereka. Adakalanya mereka malu untuk bersuara dan mengeluarkan pendapat apabila berhadapan atau berkumpul dengan mereka yang berpelajaran tinggi. Ini dapat dilihat apabila mereka mengambil masa yang agak lama untuk menjawab dan sering kali menundukkan kepala apabila diajukan sebarang pertanyaan. Justeru itu pergaulan yang terhad ini tidak akan mendorong mereka untuk mengalihkan bunyi dialek asal kampung mereka. Menerusi ilustrasi di atas dapat dihuraikan bahawa mereka yang mendapat pendidikan menengah mengalihkan bunyi leksikon dialek asal kampung mereka. Walau bagaimanapun hanya 28.12% sahaja peralihan bunyi tersebut berlaku. Seterusnya melalui ilustrasi di atas di dapati bahawa mereka yang berpendidikan tinggi begitu cenderung mengalihkan bunyi leksikon dialek asal kampung mereka iaitu sejumlah 75%. Ini kerana mereka yang berpendidikan tinggi begitu terdedah kepada pergaulan sosial yang meluas. Mereka mudah terpengaruh dengan bunyi subdialek-subdialek yang dituturkan oleh masyarakat penutur yang berada di sekeliling mereka disebabkan oleh faktor pergaulan luas yang diterima rentetan daripada taraf pendidikan yang diperolehi dan alam pekerjaan yang menuntut mereka berkomunikasi dan berhadapan dengan pelbagai lapisan masyarakat. Mereka juga ingin mempunyai keseragaman dialek dengan dialek Terengganu standard. 81

5.2.2 Analisis Faktor Pergaulan Luas Dalam Aspek Taraf Pendidikan Terhadap Peralihan Bunyi Di Kampung Atas Tol 12 10 10 8 81.25% 65.62% 6 4 34.38% Bunyi /a/ Bunyi /au/ 2 18.75% Tiada Pendidikan Formal Sek. Menengah Pendidikan Tinggi Graf Bar 5.4 : Peratus Bentuk Bunyi Mengikut Taraf Pendidikan Bagi Kampung Atas Tol Ilustrasi di atas menjelaskan peratusan bentuk bunyi berdasarkan taraf pendidikan di kampung AT. Menerusi graf dapat dikatakan bahawa mereka yang tidak mendapat pendidikan formal sememangnya sukar untuk mengalihkan bentuk bunyi dialek asal kampung mereka. Ini kerana tanpa pendidikan,mereka hanya mampu membina kerjaya di kampung halaman mereka sahaja iaitu sebagai petani, penoreh atau pekebun. Pergaulan sosial mereka pula terhad di kalangan penduduk kampung halaman mereka sendiri dan di kampung - kampung di sekitarnya sahaja. Justeru itu, tanpa 82

pergaulan yang luas sukar bagi mereka mengalihkan bentuk bunyi leksikon dialek asal kampung mereka. Manakala bagi mereka yang mempunyai taraf pendidikan setakat peringkat menengah sahaja mengalihkan bunyi leksikon dialek asal kampung mereka hanya sejumlah 18.75% sahaja. Ini disebabkan oleh taraf pendidikan yang digenggam, mereka hanya mampu memperoleh kerjaya yang tidak memerlukan mereka bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat seperti tukang cuci dan tukang jahit. Justeru itu, tanpa pergaulan yang luas, mereka tidak begitu cenderung untuk mengalihkan bunyi leksikon dialek asal kampung mereka. Seterusnya mereka yang berpendidikan tinggi pula begitu cenderung untuk mengalihkan bunyi leksikon dialek asal kampung mereka iaitu sejumlah 34.38%. Ini adalah kerana pendidikan tinggi yang diperolehi begitu mempengaruhi kerjaya yang mendedahkan mereka kepada pergaulan sosial yang meluas, yang akhirnya memaksa mereka mengalihkan bunyi leksikon dialek asal mereka bagi membolehkan mereka bercampur gaul dan berkomunikasi dengan masyarakat sekeliling dengan berkesan. 5.3 Analisis Faktor Pergaulan Luas Dalam Aspek Taraf Ekonomi Taraf ekonomi dikategorikan berdasarkan kepada pendapatan rendah (RM 0.7k), berpendapatan sederhana ( RM0.7k RM 2k ) dan mereka yang berpendapatan tinggi. (RM2k ke atas ). Jadual peralihan dalam aspek taraf ekonomi secara terperinci boleh dilihat menerusi lampiran 5. 83

5.3.1 Analisis Faktor Pergaulan Luas Dalam Aspek Taraf Ekonomi Terhadap Peralihan Bunyi Di Kampung Surau Panjang 12 10 10 8 6 4 2 75.00% 25.00% 28.12% 71.88% Bunyi /ɔ/ Bunyi /a/ Rendah Sederhana Tinggi Graf Bar 5.5 : Peratus Bentuk Bunyi Mengikut Taraf Ekonomi Bagi Kampung SP Ilustrasi daripada graf bar 5.5 di atas menjelaskan peratus bentuk bunyi mengikut taraf ekonomi iaitu mereka yang berpendapatan rendah, sederhana dan tinggi bagi kampung SP. Berdasarkan kajian pengkaji mendapati bahawa mereka yang berpendapatan rendah masih mengekalkan bunyi dialek asal mereka. Ini adalah kerana mereka kurang bersosial dan banyak menghabiskan masa mencari rezeki menyara keluarga walaupun pada cuti hujung minggu. Dengan ini pergaulan sosial mereka agak terhad dan membataskan mereka untuk bergaul dengan masyarakat lainnya. Justeru itu tanpa pergaulan luas sukar untuk mereka mengalihkan bunyi dialek asal kampung mereka. 84

Bagi mereka yang mempunyai pendapatan sederhana hanya mengalihkan bunyi leksikon dialek asal mereka hanya sejumlah 25% sahaja. Pendapatan yang diperolehi hanya cukup untuk menyara keluarga dan dengan ini tiada ruang untuk mereka keluar bergaul dan menghabiskan masa dengan aktiviti-aktiviti lain. Justeru itu, pergaulan yang terbatas inilah yang menyebabkan mereka hanya melakukan peralihan bunyi dalam jumlah yang sedikit. Sementara bagi mereka yang mempunyai pendapatan tinggi pula, agak rancak mengalihkan bunyi dialek asal kampung mereka iaitu sejumlah 71.88%. Ini adalah kerana dengan pendapatan yang tinggi merupakan satu bonus kepada mereka untuk melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang memerlukan mereka berjumpa dan bergaul dengan masyarakat dari pelbagai peringkat. Oleh sebab inilah mereka merasakan perlunya mereka mengalihkan bunyi asal dialek kampung mereka untuk mencari keseragaman dengan dialek Terengganu standard. 5.3.2 Analisis Faktor Pergaulan Luas Dalam Aspek Taraf Ekonomi Terhadap Peralihan Bunyi Di Kampung Atas Tol 12 10 8 6 4 2 10 81.25% 62.50% 37.50% 18.75% Rendah Sederhana Tinggi Bunyi /a/ Bunyi /au/ Graf Bar 5.6: Peratus Bentuk Bunyi Mengikut Taraf Ekonomi Bagi Kampung AT 85

Hasil analisis faktor pergaulan luas dalam aspek taraf ekonomi terhadap peralihan bunyi menunjukkan bahawa mereka yang berpendapatan rendah iaitu pendapatan dibawah RM 700.00 yang boleh dikategorikan sebagai miskin didapati masih kekal menggunakan bunyi asal dialek kampung mereka. Hasil pemerhatian pengkaji terhadap golongan miskin ini pergaulan mereka masih terbatas, contohnya masih malu-malu ketika ditemu bual. Manakala bagi mereka yang berpendapatan di antara RM700.00 hingga RM2,000.00, sejumlah 81.25% informan mengekalkan bunyi dialek asal kampung mereka. Manakala hanya 18.75% informan sahaja mengalihkan bunyi asal dialek kampung mereka. Ini kerana mereka yang berpendapatan sederhana ini hanya bergaul dan bersosial dengan mereka yang berada dalam kelompok mereka di kampung yang sama sahaja. Bagi mereka yang berpendapatan tinggi pula, sejumlah 37.50% informan mengalihkan bunyi asal dialek kampung mereka, peratus peralihan yang sederhana ini disebabkan oleh dialek asal kampung AT yang sama dengan dialek Terengganu standard dan pergaulan sosial mereka yang tertumpu kepada kelompok penutur dialek Terengganu standard sahaja. 86