SOALAN LAZIM PROGRAM BERSEPADU POTENSI DAN KOMPETENSI (PROSPEK) KONSEP 1. Apakah itu PROSPEK? PROSPEK adalah singkatan kepada Program Bersepadu Potensi dan Kompetensi. PROSPEK merupakan program menyeluruh bagi menilai dan membangun kompetensi dan potensi pegawai bagi melaksanakan tanggungjawab di gred yang lebih tinggi. Ia juga merupakan usaha bagi melahirkan pegawai yang berprestasi tinggi. 2. Apakah rasional PROSPEK diperkenalkan? PROSPEK diperkenalkan bagi membangunkan potensi pegawai. Penekanan kepada elemen potensi adalah bertujuan untuk mengoptimumkan keupayaan pegawai awam dalam usaha mengekalkan kecemerlangan organisasi. 3. Apakah objektif PROSPEK? Secara ringkasnya PROSPEK adalah menilai dan membangunkan kompetensi serta potensi pegawai sekaligus meningkatkan pembangunan diri dan kemajuan kerjaya pegawai serta melahirkan pegawai berprestasi tinggi. 4. Apakah elemen dalam PROSPEK? PROSPEK terbahagi kepada Penilaian Kompetensi dan Potensi (PKP) dan/atau Pembangunan Kompetensi dan Potensi (BKP). 5. Apakah faedah yang diperolehi jika mengikuti PROSPEK? Pegawai yang mengikuti PROSPEK akan mendapat faedah berikut: a) Pembangunan diri - Berpeluang meningkatkan kemahiran, kebolehan dan potensi melalui programprogram pembangunan b) Kemajuan kerjaya - Berpeluang untuk menjawat jawatan yang lebih tinggi Soal Selidik Pelaksanaan PROSPEK 1
6. Bagaimanakah kedudukan PROSPEK dalam konteks kemajuan kerjaya pegawai? PROSPEK terdiri daripada Penilaian Kompetensi dan Potensi (PKP) Pembangunan Kompetensi dan Potensi (BKP). dan Pegawai akan melalui PROSPEK selepas melepasi proses tapisan kenaikan pangkat sedia ada. Pegawai akan dinilai melalui PROSPEK sama ada PKP sahaja, atau PKP beserta BKP. Pegawai yang memenuhi kompetensi serta potensi yang ditetapkan akan dipertimbangkan ke gred jawatan lebih tinggi. PENILAIAN KOMPETENSI DAN POTENSI (PKP) 7. Apakah itu Penilaian Kompetensi dan Potensi (PKP)? PKP merupakan mekanisme penilaian bertujuan untuk mengenal pasti pegawai yang mempunyai kompetensi dan potensi bagi tujuan kenaikan pangkat atau layak mengikuti Pembangunan Kompetensi dan Potensi (BKP). Soal Selidik Pelaksanaan PROSPEK 2
8. Bilakah PKP dilaksanakan? PKP dilaksanakan apabila terdapat keperluan urusan kenaikan pangkat pada skim dan gred yang berkenaan seperti kekosongan jawatan atau mencapai tempoh perkhidmatan yang melayakkan kenaikan pangkat bagi skim perkhidmatan yang memperuntukkan tempoh atau kriteria tertentu untuk kenaikan pangkat (time-based) 9. Siapakah pegawai yang layak dinilai menggunakan PKP? Pegawai yang layak dinilai menggunakan PKP adalah pegawai yang telah melepasi tapisan kenaikan pangkat. Tapisan kenaikan pangkat antara lain meliputi kriteria kekananan, tapisan keutuhan, laporan prestasi tahunan, perakuan oleh Ketua Jabatan dan syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat. 10. Bagaimana cara untuk memohon mengikuti PKP? Pegawai tidak perlu memohon untuk mengikuti PKP sebaliknya pegawai yang akan dinilai melalui PKP akan dikenal pasti oleh Pengurus Sumber Manusia di Kementerian/Jabatan/Agensi berkenaan. 11. Apakah perkara yang dinilai dalam PKP? Perkara yang dinilai dalam PKP meliputi dimensi pengetahuan dan kemahiran, sahsiah dan potensi. 12. Apakah yang dimaksudkan dengan potensi dan sahsiah? Potensi merujuk kepada kemampuan untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab di gred yang lebih tinggi berasaskan kepada bakat dan kompetensi yang dimiliki manakala sahsiah pula merujuk kepada ciri-ciri peribadi dan perlakuan yang perlu dihayati dan diamalkan oleh pegawai. 13. Bagaimanakah penilaian PKP dilaksanakan? Penilaian PKP dilaksanakan dengan menggunakan borang penilaian PKP oleh tiga (3) orang Panel Penilai. Soal Selidik Pelaksanaan PROSPEK 3
14. Mengapakah bilangan ahli panel seramai tiga (3) orang? Bilangan ahli panel ditetapkan kepada tiga (3) orang bertujuan untuk meningkatkan ketepatan penilaian, mengurangkan bias dan memberi keadilan dalam penilaian. Walau bagaimanapun, bagi jabatan yang tidak dapat memenuhi bilangan tiga (3) ahli penilai tersebut, dua (2) pegawai boleh dilantik sebagai ahli panel dengan persetujuan LKP. boleh dikurangkan apabila keputusan dibuat secara persetujuan bersama 15. Siapakah ahli panel penilai PKP? Ahli panel penilai terdiri daripada penyelia kepada pegawai yang dinilai dan dua (2) orang ahli panel yang lain ialah pegawai yang mempunyai hubungan tugas dengan pegawai yang dinilai. 16.Siapakah yang layak menjadi ahli panel? Panel Penilai mestilah sekurang-kurangnya satu gred lebih tinggi daripada pegawai yang dinilai. Panel penilai juga mestilah mempunyai pengetahuan tentang tugas dan kompetensi pegawai yang dinilai. 17. Apakah bentuk keputusan PKP? Keputusan PKP adalah dalam bentuk markah pencapaian penilaian. Tiada keputusan lulus atau gagal. Markah pencapaian ini akan digunakan bersama-sama kriteria lain untuk pertimbangan kenaikan pangkat. 18. Apakah kegunaan keputusan PKP? Keputusan PKP bagi Kumpulan Pelaksana akan digunakan bersama-sama kriteria lain untuk pertimbangan kenaikan pangkat. Manakala bagi Kumpulan P&P keputusan ini akan digunakan sebagai satu daripada kriteria pertimbangan tawaran ke BKP dan kenaikan pangkat. Soal Selidik Pelaksanaan PROSPEK 4
19. Komponen Borang PKP Borang penilaian mengandungi tiga (3) dimensi iaitu pengetahuan serta kemahiran, sahsiah dan potensi. Setiap dimensi berkenaan mengandungi item penilaian. Item penilaian bagi dimensi sahsiah dan potensi hendaklah diguna pakai oleh semua Ketua Perkhidmatan sebaliknya bagi item penilaian dalam dimensi pengetahuan serta kemahiran boleh diubah suai mengikut kesesuaian skim perkhidmatan berkenaan. PEMBANGUNAN KOMPETENSI DAN POTENSI (BKP) 20. Apakah Pembangunan Kompetensi dan Potensi (BKP)? BKP merupakan program pembangunan kompetensi dan potensi pegawai sebagai persediaan untuk menjawat jawatan yang lebih tinggi bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional. 21. Apakah rasional Pembangunan Kompetensi dan Potensi (BKP)? BKP adalah program pembangunan dan penilaian bagi memastikan pegawai dilengkapkan dengan kompetensi kepimpinan dan pengurusan untuk melaksanakan tugas di gred yang lebih tinggi. 22. Siapakah yang layak mengikuti BKP? Pegawai yang layak mengikuti BKP adalah pegawai yang telah melepasi PKP. 23. Bilakah BKP dilaksanakan? BKP dilaksanakan setelah pegawai selesai menjalani penilaian PKP. BKP perlu dirancang secara berjadual sesuai dengan keperluan pengisian jawatan kenaikan pangkat. Soal Selidik Pelaksanaan PROSPEK 5
24. Bagaimanakah BKP dilaksanakan? BKP boleh dilaksanakan melalui Pusat Pembangunan Potensi (Potential Development Centre PDC). Disamping itu BKP boleh dilaksanakan melalui program sedia ada iaitu Pembangunan Profesional Berterusan (Continuous Professional Development CPD), Latihan Berasaskan Kompetensi (Competency Based Training CBT) dan programprogram lain yang diubahsuai dengan memasukkan modul pembangunan potensi. 25. Berapa lamakah tempoh pelaksanaan BKP? Tempoh pelaksanaan BKP adalah bergantung kepada tempoh pelaksanaan yang ditetapkan oleh Lembaga Kompetensi dan Potensi Kementerian / Jabatan / Agensi. 26. Apakah bentuk keputusan BKP? Pencapaian penilaian ditetapkan dalam bentuk keputusan berpotensi atau tidak mencapai potensi untuk ke gred lebih tinggi. Soal Selidik Pelaksanaan PROSPEK 6