GARIS PANDUAN PERMOHONAN KENAIKAN PANGKAT KAKITANGAN AKADEMIK UPSI(ISO)BSM/P08/GP01

dokumen-dokumen yang mirip
PANDUAN PERMOHONAN KENAIKAN PANGKAT/ LANTIKAN KE GRED YANG LEBIH TINGGI KAKITANGAN AKADEMIK UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)

M / S : 1/12 TARIKH : 5 MEI 2017 PELANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT KAKITANGAN UPSI UPSI(ISO)/BSM/P07 PINDAAN : 00 KELUARAN : A 1.

GARIS PANDUAN DAN KRITERIA KENAIKAN PANGKAT STAF AKADEMIK UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

Permohonan Kenaikan Pangkat Jawatan Akademik

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

BUKU PANDUAN KENAIKAN PANGKAT JAWATAN PROFESOR

ANUGERAH AHLI AKADEMIK HARAPAN UiTM 2017 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

M / S : 1/16 TARIKH : 1 APRIL 2015 PELANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT KAKITANGAN PENTADBIRAN PINDAAN : 01 UPSI(ISO)/BSM/P09 KELUARAN : A 1.

SKIM PERKHIDMATAN GURU BAHASA

Nama calon * :.. UKM (PER) * :.. Jawatan * :... No. Telefon Bimbit dan No. Tel Pejabat * :... TANDAKAN SEMAKAN ADA ( ) DAN TIADA (X) (diisi oleh BSM)

ANUGERAH TOKOH AKADEMIK KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

ANUGERAH AHLI AKADEMIK HARAPAN UiTM 2016 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

Polisi dan Prosedur. Nama Polisi: Polisi dan Prosedur Pengurusan Senat. Nombor Polisi: UTM P.A. 01

UNTUK KEGUNAAN JABATAN PENDAFTAR

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM UPSI

ANUGERAH AHLI AKADEMIK HARAPAN UiTM 2015 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

NO. DOKUMEN IPS 631/2017 TARIKH KUATKUASA NO. SEMAKAN 03 HALAMAN 1/11

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

ANUGERAH AHLI AKADEMIK HARAPAN UiTM 2017 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

INSTITUT PENGAJIAN SISWAZAH UNIVERSITI MALAYA GARISPANDUAN PROGRAM PENGAJIAN IJAZAH DOKTOR FALSAFAH MELALUI MOD PENERBITAN (PRIOR PUBLICATION)

6.3 Kriteria Pemarkahan & Penilaian Kenaikan Pangkat Staf Akademik JawatanPensyarah Kanan (DS52)

SULIT BORANG LAPORAN PENGESAHAN/ PELANJUTAN/ PENAMATAN (STAF AKADEMIK) ARAHAN; PP 03

ANUGERAH TOKOH AKADEMIK

GARIS PANDUAN PENGURUSAN PRESTASI STAF UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

ANUGERAH KEPIMPINAN AKADEMIK UiTM 2017 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

Memastikan urusan kenaikan pangkat kakitangan akademik selaras dengan peraturan dan kriteria yang dtetapkan.

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA SYARAT ASAS PERMOHONAN KENAIKAN PANGKAT KE JAWATAN PROFESOR GRED KHAS C DAN PROF. MADYA

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/OPR/PEND/P003 PROSEDUR KENAIKAN PANGKAT KE JAWATAN PROFESOR MADYA

ANUGERAH PENGAJARAN UiTM 2014 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

SOAL & JAWAB UNIT CUTI BELAJAR BAHAGIAN SUMBER MANUSIA (BSM)

BORANG LAPORAN PENGESAHAN/ PELANJUTAN/ PENAMATAN (STAF BUKAN AKADEMIK)

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

PANDUAN DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL


DASAR KENAIKAN PANGKAT BAGI STAF BUKAN AKADEMIK UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

BORANG PERMOHONAN INSENTIF DAN YURAN PENGAJIAN STAF PENTADBIRAN Dihantar melalui PTj / Fakulti kepada Unit Kemudahan Pengajian Staf, Pejabat Pendaftar

Garis Panduan Mengikuti Kursus Anjuran Dalaman, Luaran dan Luar Negara

SOAL & JAWAB UNIT PERJAWATAN AKADEMIK BAHAGIAN SUMBER MANUSIA (BSM)

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PEKELILING PENGURUSAN BIL.56/2008

GARIS PANDUAN HADIAH LATIHAN SKIM LATIHAN AKADEMIK BUMIPUTERA (SLAB)/SKIM LATIHAN AKADEMIK IPTA (SLAI)

GARIS PANDUAN PENANGGUNGAN KERJA

GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN

PROSEDUR & GARIS PANDUAN PENUBUHAN SYARIKAT TERBITAN DAN SYARIKAT SPIN OFF/ START-UP

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PENYELIDIKAN (PENYELIAAN) (P )

1. ANUGERAH KEPIMPINAN AKADEMIK

GARIS PANDUAN DAN PERATURAN PROGRAM CUTI SABATIKAL

SKIM PERKHIDMATAN PENSYARAH UNIVERSITI

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PENYELIDIKAN (KRITERIA PEMERIKSA) (P )

SYARAT PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN UNTUK MENGHADIRI KONFERENSI/WOKSYOP LUAR NEGARA

POLISI PENYELIAAN PELAJAR IJAZAH TINGGI DI UNIVERSITI MALAYA

SESI PERKONGSIAN SEKSYEN KENAIKAN PANGKAT PEJABAT PENDAFTAR. 11 April 2018

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN KEDAH KAMPUS SUNGAI PETANI

ANUGERAH KHAS UiTM 2013 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

DASAR KENAIKAN PANGKAT BAGI STAF PENTADBIRAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK DAN ANTARABANGSA)

ANUGERAH PENERBITAN MAKALAH JURNAL UiTM 2013 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

PINDAAN KALI PERTAMA DILULUSKAN OLEH MESYUARAT PENGURUSAN EKSEKUTIF BIL.19/2016 BERTARIKH 29 JUN 2016 DISEDIAKAN OLEH BAHAGIAN SUMBER MANUSIA JABATAN

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG BORANG PERMOHONAN JAWATAN KENAIKAN PANGKAT JAWATAN AKADEMIK

SALINAN DOKUMEN TERKAWAL

PROSEDUR PEROLEHAN PERKHIDMATAN STAF SAMBILAN. PK.UiTM.CNS.HEA(O).05

SOKONGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/SOK/BUM/P002 PROSEDUR PELANTIKAN PENSYARAH DAN GURU BAHASA (TETAP)

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/OPR/PEND/P004 PROSEDUR KENAIKAN PANGKAT KE JAWATAN PENSYARAH KANAN

PTSS PK PS 08 KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA PENGAWAI LATIHAN DAN PENDIDIKAN LANJUTAN JAWATAN PENGARAH TARIKH 19 OKTOBER OKTOBER 2016

4.1 Penentuan Indeks Penunjuk Prestasi (KPI)

LAPORAN NILAIAN KERJA KAKITANGAN

SOKONGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

JPA(S)(K)173/18/Jld.15(30) KERAJAAN MALAYSIA PENURUNAN KUASA MENIMBANG PELANTIKAN SECARA KONTRAK OLEH INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM

PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN (RMC) GARIS PANDUAN FELO PASCA DOKTORAL

BAHAGIAN A DASAR PENGAMBILAN PELAJAR

UKM-SPKP-JP-PK06-BO01 No. Semakan: 01 Tarikh Kuatkuasa: 01/02/2013 PERMOHONAN CUTI BELAJAR / TAJAAN. 1. SENARAI SEMAK Nama: UKM(PER) / Kad Pengenalan:

SOKONGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/SOK/BUM/P001

SOKONGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA. PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/SOK/BUM/P002 PROSEDUR PELANTIKAN PENSYARAH GURU BAHASA (TETAP) SERTA TUTOR

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

BORANG PERMOHONAN BIASISWA AINUDDIN WAHID BAGI PERINGKAT IJAZAH KEDOKTORAN DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

DASAR PERTUKARAN PEGAWAI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 1991

LAPORAN PENCAPAIAN PIAGAM PELANGGAN MEI HINGGA SEPTEMBER 2014 PERKHIDMATAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/OPR/PEND/P004 PROSEDUR KENAIKAN PANGKAT KE JAWATAN PENSYARAH KANAN

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PERKHIDMATAN SOKONGAN (II) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

JAWATAN PENTADBIRAN (KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL) RM2, (Minimum) - RM 9, (Maksimum)

Pindaan 2013 (Bilangan 1)

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PEKELILING PENGURUSAN BIL.10 TAHUN 2015 SKIM FELO INDUSTRI UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

BUKU PANDUAN Kenaikan Pangkat Staf Akademik Pensyarah Kanan Profesor Madya Profesor

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. Anugerah Penyelidikan (Individu/Kumpulan)

SOKONGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/SOK/BUM/P002 PROSEDUR PELANTIKAN PENSYARAH DAN GURU BAHASA (TETAP)

SKIM PERKHIDMATAN PENSYARAH PERUBATAN

GARIS PANDUAN CUTI PENYELIDIKAN. Tarikh KuatKuasa: 10/03/2008 Tarikh Kemaskini: Unit Latihan, Bahagian Sumber Manusia. Nombor Telefon:

SOKONGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA. PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/SOK/BUM/P002 PROSEDUR PELANTIKAN PENSYARAH DAN GURU BAHASA (TETAP)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

SASARAN KERJA TAHUNAN (SKT) PEGAWAI DAN KAKITANGAN BAHAGIAN SUMBER MANUSIA

DASAR PELANTIKAN DAN PELAKSANAAN SKIM PEMBANTU PENYELIDIK DAN PENGAJAR PASCASISWAZAH [GRADUATE RESEARCH & TEACHING ASSISTANT (GRTA)]

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

Garis Panduan Pertukaran Tempat Bertugas Kakitangan Bukan Akademik. (Kumpulan Pengurusan Dan Profesional Dan Kumpulan Sokongan)

KELULUSAN CADANGAN PINDAAN/TAMBAHAN DOKUMEN (CPD)

GARIS PANDUAN PENGURUSAN BANK ITEM DAN PERATURAN PEMARKAHAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PELANTIKAN SEMULA SELEPAS BERSARA / PEMBAHARUAN PERKHIDMATAN KAKITANGAN AKADEMIK

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

BORANG PERMOHONAN TABUNG AMANAH PEMBANGUNAN AKADEMIK

Transkripsi:

Muka surat : 1/12 GARIS PANDUAN PERMOHONAN / LANTIKAN KE GRED YANG LEBIH TINGGI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) PENDAHULUAN Panduan ini adalah untuk menerangkan prinsip-prinsip umum dalam eksesais kenaikan pangkat kakitangan akademik dan juga perkara-perkara yang diambil kira. Panduan ini mengandungi 3 perkara utama dalam proses permohonan kenaikan pangkat kakitangan akademik di UPSI iaitu: I- Prinsip-prinsip umum II- Prosedur permohonan III- Panduan mengisi borang A. PRINSIP-PRINSIP UMUM 1. Syarat Skim Perkhidmatan Skim Perkhidmatan Pensyarah Universiti adalah berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 20 Tahun 2008 Perubahan Skim Perkhidmatan Pensyarah Universiti, Pensyarah Perubatan, Pensyarah Pergigian dan Pensyarah UiTM. Pegawai akademik yang hendak ditimbangkan untuk kenaikan pangkat ke jawatan atau gred yang lebih tinggi dalam skim berkaitan perlu memenuhi syarat-syarat yang seperti berikut: 1.1 Kenaikan Pangkat Ke Jawatan Pensyarah Kanan (DS52) Pensyarah Universiti Gred DS45 adalah layak dipertimbangkan ke jawatan Pensyarah Kanan Gred DS52 apabila: i. Telah disahkan dalam perkhidmatan; ii. Telah berkhidmat melebihi lima (5) tahun iii. Laporan Penilaian Prestasi Tahunan tidak kurang 80% untuk 3 tahun terakhir ; dan iv. Diperakukan oleh Ketua Jabatan. Bagi pensyarah di Gred DS45 yang mempunyai kelayakan Ph.D/tamat dengan jayanya pengajian Ph.D sila berhubung dengan Unit Perjawatan Akademik bagi urusan pertimbangan khas ke Gred DS52. 1

Muka surat : 2/12 1.2 Kenaikan Pangkat Ke Jawatan Profesor Madya (DS54) Pensyarah Universiti Gred DS52/51 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Profesor Madya Gred DS54 apabila: i. Telah disahkan dalam perkhidmatan; ii. Laporan Penilaian Prestasi Tahunan tidak kurang 80% untuk 3 tahun terakhir ;dan iii. Diperakukan oleh Ketua Jabatan. 1.3 Kenaikan Pangkat Ke Jawatan Profesor (VK7) Profesor Madya Gred DS54/53 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Profesor VK7 apabila: i. Telah disahkan dalam perkhidmatan; ii. Laporan Penilaian Prestasi Tahunan tidak kurang 80% untuk 3 tahun terakhir ; dan iii. Diperakukan oleh Ketua Jabatan 1.4 Kenaikan Pangkat Dalam Keadaan Istimewa Berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil 31 Tahun 2005 (Perubahan Skim-skim Perkhidmatan Pensyarah Universiti), pensyarah universiti boleh mengemukakan permohonan kenaikan pangkat Dalam Keadaan Istimewa setelah memenuhi syarat-syarat perkhidmatan dan mencapai tahap-tahap kecemerlangan seperti berikut : i. Dari DS45 ke Gred DS54 - tahap kecemerlangan akademik yang sangat terkemuka mutunya. ii. iii. Dari DS45 ke Gred VK7 - tahap kecemerlangan akademik yang sangat luar biasa mutunya. Dari DS51/52 ke Gred VK7 - tahap kecemerlangan akademik yang luar biasa mutunya. 2

Muka surat : 3/12 2. Pengendalian Urusan Kenaikan Pangkat Pengendalian urusan kenaikan pangkat ke jawatan Pensyarah Kanan Gred DS52, Profesor Madya Gred DS54 dan Profesor VK5/6/7 adalah terbuka sepanjang tahun dan tiada tempoh masa yang ditetapkan. Pemohon boleh mengemukakan permohonan rasmi mereka pada bila-bila masa yang mereka fikirkan sesuai setelah memenuhi kriteria-kriteria kenaikan pangkat yang ditetapkan oleh pihak universiti melalui Dekan fakulti masingmasing/naib Canselor bagi Dekan/Pengarah Pusat. 3. Kriteria Kenaikan Pangkat Syarat dan skor markah kriteria dipaparkan di laman web Bahagian Sumber Manusia, UPSI dan setiap pensyarah perlu mengemukakan permohonan kenaikan pangkat berdasarkan format yang ditetapkan. Kriteria dan format skor kriteria dilampirkan dan perinciannya dijelaskan dalam prosedur permohonan kenaikan pangkat. 4. Asas Pertimbangan Calon dan Pelantikan Penilai Semua urusan kenaikan pangkat jawatan Pensyarah Kanan/Profesor Madya/Profesor adalah berdasarkan kecemerlangan calon dan tidak tertakluk kepada kekosongan jawatan. Dalam melaksanakan proses kenaikan pangkat jawatan Profesor Madya dan Profesor, Universiti juga melantik Penilai-penilai Luar bagi membantu Universiti menilai kesesuaian calon untuk kenaikan pangkat ke jawatan tersebut. 5. Pelantikan Penilai Luar Pihak Universiti akan mendapatkan laporan daripada penilai luar bagi kenaikan pangkat ke Profesor Madya dan Profesor. Penilai Luar bagi kenaikan adalah terdiri daripada pegawai akademik yang bertaraf Profesor dalam bidang kepakaran yang berkaitan (dari dalam atau luar negara). Nama-nama Penilai Luar adalah dicadangkan oleh fakulti dan perlu diluluskan oleh Pihak Pengurusan Universiti/Jawatankuasa Pemilih sebelum surat lantikan dibuat oleh Pejabat Pendaftar. 3

Muka surat : 4/12 Pemohon dibenarkan mencalonkan 3 Penilai Luar yang bertaraf Profesor (seorang (1) dari luar Negara dan dua (2) orang dalam Negara) melalui pihak Fakulti. Sekurang-kurangnya seorang penilai yang dicadangkan oleh pemohon akan dipilih tertakluk perakuan pihak Pengurusan Universiti/Jawatankuasa Pemilih Universiti. Penyelia tesis peringkat Sarjana dan Ph.D pemohon tidak boleh dinamakan sebagai cadangan penilai luar. 6. Penilaian oleh Penilai Luar Pihak urusetia akan mengemukakan Curriculum Vitae (CV) pemohon berdasarkan format dalam Portal UPSI, bahan-bahan penerbitan dan maklumat berkaitan pemohon kepada Penilai Luar yang terdiri daripada dalam negara dan luar negara bagi kenaikan ke jawatan Profesor Madya dan Profesor. 7. Perujuk Peribadi 7.1 Calon dikehendaki untuk mendapatkan sendiri laporan daripada Perujuk Peribadi dan dihantar bersama dokumen-dokumen permohonan. 7.2 Calon digalakkan untuk mendapatkan Perujuk Peribadi di kalangan ahli akademik yang boleh memberi laporan dari segi kepakaran/penglibatan calon sebagai ahli akademik. 8. Curriculum Vitae (CV) Setiap calon yang mengemukakan permohonan perlu mengemaskini Curriculum Vitae (CV) yang terkini (mengikut format yang ditetapkan seperti di dalam Portal UPSI). Penilaian kenaikan pangkat adalah berdasarkan maklumat yang terdapat dalam CV. 4

Muka surat : 5/12 9. Hasil Penerbitan Pemohon dikehendaki menghantar senarai hasil-hasil penerbitan yang telah diterbitkan dalam jurnal, kertas-kertas kerja yang dibentang dalam seminar/konferensi, laporan-laporan penyelidikan dan sebagainya ke Pejabat Pendaftar. Jika penerbitan-penerbitan itu dalam Bahasa Malaysia maka ringkasan terjemahannya atau abstrak (dalam Bahasa Inggeris) bagi penerbitan itu hendaklah disediakan untuk memudahkan Penilai-penilai Luar (dari luar negara) untuk membuat penilaian. Lima (5) salinan lengkap penerbitan diperlukan untuk tujuan semakan dan rujukan. Menyediakan ringkasan maklumat penerbitan termasuk melabelkan dan salinan-salinan penerbitan tersebut. 10. Pertimbangan Jawatankuasa Pemilih Permohonan yang telah lengkap akan dikemukakan untuk pertimbangan Jawatankuasa Pemilih. Calon-calon dikehendaki hadir semasa sesi temu duga diadakan 11. Penilaian Jawatankuasa Pemilih akan menimbangkan kelayakan calon dan juga prestasi mereka berdasarkan perkara-perkara berikut: 10.1 CV terkini yang diserahkan 10.2 Calon memenuhi Skor Kriteria Kenaikan Pangkat 10.3 Lampiran-lampiran penerbitan dan bahan-bahan berkaitan 10.4 Laporan Penilai Luar 10.5 Laporan perujuk peribadi (referees) 12. Perakuan Jawatankuasa Pemilih Calon yang layak untuk kenaikan pangkat akan diperakukan untuk kelulusan Mesyuarat Pengurusan Eksekutif (MPE) atau Lembaga Pengarah Universiti (LPU) bagi jawatan Profesor. MPE/LPU akan membuat keputusan meluluskan/tidak meluluskan perakuan oleh Jawatankuasa Pemilih. 5

Muka surat : 6/12 13. Kelewatan Yang Mungkin Timbul Dalam urusan ini kelewatan mungkin timbul apabila Pejabat Pendaftar lambat menerima Laporan Penilaian daripada Penilai Luar terutama penilai yang dilantik adalah terdiri daripada penilai luar negara. Walau bagaimanapun, urusan ini akan cuba diselesaikan dalam tempoh sesingkat yang boleh. 14. Pemberitahuan Keputusan Kenaikan Pangkat Keputusan MPE/LPU mengenai kenaikan pangkat akan dimaklumkan kepada calon selewat-lewatnya tujuh (7) hari bekerja apabila minit berkaitan diterima daripada Pejabat Pendafta PROSEDUR PERMOHONAN STAF AKADEMIK Prosedur permohonan merupakan salah satu perkara yang paling penting dalam keseluruhan langkah kenaikan pangkat. Oleh yang demikian, sistem yang diamalkan adalah bertujuan meringkaskan prosedur permohonan kenaikan pangkat di samping memastikan bahawa cara pelantikan adalah telus (adil dan saksama). Carta alir prosedur pelaksanaan urusan kenaikan pangkat adalah seperti di carta alir Lampiran 1 Pensyarah Kanan dan Lampiran 2 Prof. Madya dan Profesor. Panduan Umum Permohonan 1. Garis panduan lengkap diberikan kepada semua staf. Hebahan pada setiap fakulti. Maklumat lengkap boleh diperolehi dalam laman http://bsm.upsi.edu.my 2. Tiada tempoh masa urusan ditetapkan. Setiap calon boleh mengemukakan permohoan apabila telah memenuhi kriteria yang ditetapkan. Setiap permohonan perlu mengisi borang skor markah dan melepasi markah minimum yang ditetapkan bagi setiap kriteria. Walau bagaimanapun proses penilaian akan dijalankan dalam tempoh tertentu yang akan dimaklumkan daripada semasa ke semasa. 3. Borang Skor Kriteria Kenaikan Pangkat 3.1 Ruang disediakan untuk calon memberikan markah mengikut bahagian yang ditetapkan; 3.2 Dekan perlu mengesahkan butiran maklumat-maklumat di borang skor kriteria kenaikan pangkat; 3.3 Cadangan nama dan laporan perujuk peribadi serta cadangan nama penilai luar yang dicadangkan oleh pemohon melalui pihak fakulti. 6

Muka surat : 7/12 4. Penilai Luar (Jawatan Profesor Madya) 4.1 Tiga (3) Penilai Luar iaitu dua (2) Penilai dalam negara dan satu (1) Penilai luar negara bertaraf Profesor dalam bidang berkaitan yang dinamakan oleh Fakulti. 4.2 Pemohon yang mendapat majoriti sokongan daripada penilai luar akan dipertimbangkan untuk sesi temu duga. 5. Penilai Luar (Jawatan Profesor) 5.1 Empat (4) Penilai Luar iaitu dua (2) Penilai dalam negara dan dua (2) penilai luar negara bertaraf Profesor dalam bidang berkaitan yang dicadangkan pemohon melalui Fakulti. 5.2 Pemohon yang mendapat sokongan majoriti penilai luar akan dipertimbangkan untuk sesi temu duga. 6. Di bawah sistem ini juga, kepentingan calon dapat dijamin menerusi: 6.1 Maklumat yang jelas mengenai urusan kenaikan pangkat yang dinyatakan dalam buku panduan kenaikan pangkat staf akademik. 6.2 Ruang tersedia untuk calon memberi markah yang diperolehi dengan melampirkan lampiran berkaitan sebagai bukti. 6.3 Calon dibenarkan mencalonkan nama-nama Penilai Luar melalui Fakulti. 7

Muka surat : 8/12 PANDUAN MENGISI BORANG Semua calon mesti mengisi Borang Skor Kriteria Kenaikan Pangkat yang telah disediakan dengan memuat turun format tersebut di dalam laman web Bahagian Sumber Manusia, UPSI; 1. Borang Skor Kriteria Kenaikan Pangkat Pensyarah Kanan Gred DS52 - BSM001 2. Borang Skor Kriteria Kenaikan Pangkat Prof. Madya Gred DS54 - BSM002 3. Borang Skor Kriteria Kenaikan Pangkat Profesor VK7/6/5 - BSM003 Borang Skor Kriteria Kenaikan Pangkat Borang Skor Kriteria Kenaikan Pangkat mempunyai tiga bahagian A, B dan C bagi Pensyarah Gred DS52 dan lima bahagian A, B, C, D, E bagi Prof. Madya dan Profesor yang membawa markah keseluruhan 100%. Calon perlu mengisi dalam ruangan bilangan, secara jujur dan perlu menghantar semua lampiran-lampiran berdasarkan kepada susunan yang telah ditetapkan dalam ruangan lampiran sebagai bahan bukti. Calon mungkin mendapat markah melebihi 100% tetapi calon perlu memastikan memenuhi markah pada setiap bahagian bagi kriteria yang ditetapkan. Perincian Kriteria Penilaian Kenaikan Pangkat A. Penerbitan Penilaian bagi bahagian penerbitan adalah berdasarkan penilaian secara sumatif iaitu hasil penerbitan dinilai mulai calon mendapat kelayakan sarjana/ph.d dan menceburi kerjaya sebagai ahli akademik atau kerjaya lain yang berkaitan. Penyelidikan dan Penerbitan diberikan keutamaan tertinggi kerana aktiviti ini bukan sahaja dapat memperluaskan bidang pengetahuan tetapi juga menyumbang kepada aktiviti pengajaran yang lebih berkesan (lebih terkini, lebih hands-on, dsb.) Malah, aktiviti ini akan menyumbang kepada semua aktiviti lain yang disenaraikan. Jenis-jenis Penerbitan ii. Penerbitan daripada hasil penyelidikan yang terdiri daripada buku penyelidikan dan monograf perlu diwasit, disunting dan diterbitkan oleh penerbit yang diiktiraf. 8

Muka surat : 9/12 Buku penyelidikan ialah karya ilmiah yang dihasilkan daripada kajian, penyelidikan atau pemikiran yang menyumbang kepada pembinaan ilmu dan diiktiraf sebagai karya yang bermutu tinggi melalui proses penilaian. Siri monograf ialah karya ilmiah berbentuk buku tentang suatu subjek spesifik dan terhad yang didokumenkan secara terperinci dan biasanya dihasilkan oleh seorang pengarang. iii. Penerbitan jurnal, e-jurnal dan prosiding. Calon diminta untuk menyatakan salinan author search pangkalan data ISI atau pengkalan data antarabangsa lain. iv. Bab dalam buku; asas pertimbangan adalah berdasarkan ; Sidang editor Penyumbang Penerbit Penilaian/wasit Suntingan v. Buku Antologi (novel/antologi, cerpen/puisi); karya asli yang bermutu tinggi dalam bentuk penulisan (seperti novel, cerpen dan puisi) dan seni tampak (seperti catan, lakaran, arca dan fotografi). vi. Karya kreatif profesional/studio/lukisan/tulisan muzik; karya asal dalam seni halus, reka bentuk, muzik, drama dan teater (individu) (setiap hasil) (sila nyatakan tajuk penerbitan, tarikh, tempat dan maklumat lain yang berkenaan. Karya asal ini mestilah diiktiraf oleh badan luar. Penilaian yang dibuat berasaskan badan penerbit bukan penerbitan tersebut. Setiap hasil karya yang akan dinilai mestilah telah dipersembahkan/dirakam/dipamer ditayang/diprototaipkan oleh badan luar. Contoh badan yang diiktiraf ialah seperti pementasan di Istana Budaya. Penilaian mestilah terhadap satu hasil sahaja. Contohnya, drama yang dipentaskan beberapa kali di tempat yang berbeza akan dikira sekali sahaja. vii. Paten; pemarkahan diberikan kepada produk yang dipaten dan bukan pada bilangan lokasi paten tersebut difailkan. 9

Muka surat : 10/12 B. Penyelidikan Setiap aktiviti penyelidikan yang boleh dinilai adalah berdasarkan aktiviti penyelidikan bagi tiga (3) tahun terkini/selepas kenaikan pangkat jawatan terkini dan perlu dikemukakan dengan melampirkan surat kelulusan. Pemohon perlu menyatakan perincian aktiviti penyelidikan tersebut seperti berikut : 1. Jenis penglibatan: Ketua program ( top down multiple projects ) Ketua projek Penyelidik bersama 2. Peringkat: Antarabangsa Kebangsaan Universiti (Sila nyatakan juga sama ada ianya melibatkan badan antarabangsa, persatuan profesional atau industri) 3. Sumber kewangan/dana penyelidikan/penaja (contoh): Kementerian; Techo Fund, PR/SR, Science Fund, SAGA, FRGS Agensi kerajaan; FELDA Industri; INTEL, TORAY dan lain-lain. C. Pengajaran Sebagai sebuah Universiti Pendidikan, UPSI menumpukan terhadap aktiviti pengajaran dan ianya dapat mengukur tugas rasmi pemohonan. Penilaian adalah berdasarkan aktiviti pengajaran bagi dua (2) kursus setiap semester dan mendapat 3.0 bagi markah penilaian pelajar. Setiap pemohon diminta untuk mengemukakan/mendapatkan markah penilaian pelajar daripada bahagian/pusat yang menguruskan penilaian tersebut. 10

Muka surat : 11/12 D. Penyeliaan Keunggulan calon digambarkan oleh bilangan siswazah yang diselia dengan jayanya (tamat pengajian ijazah). Setiap permohonan perlu menyelia pelajar pasca siswazah mengikut jumlah/kesetaraan yang dinyatakan dalam kriteria berdasarkan jawatan yang dipohon dan mengemukakan maklumat/bukti seperti surat pelantikan dan pengesahan tamat pengajian pelajar di bawah seliaannya. E. Perundingan Kategori ini merujuk keupayaan seseorang ahli akademik untuk memberikan khidmat perundingan dalam bidang kepakarannya melalui pelantikan untuk menyelesaikan masalah tertentu. Oleh yang demikian, pemberian markah akan berdasarkan projek dan calon perlulah dilantik sebagai perunding. Pada asasnya, dua (2) jenis perundingan dikenal pasti, iaitu perundingan yang mempunyai ganjaran dan perundingan yang tidak mempunyai ganjaran. Perbezaan asas antara kedua-duanya ialah ganjaran kewangan yang diperolehi calon (tidak termasuk honorium, per diem, dsb.) dan sama ada projek ini melibatkan pembayaran kepada Universiti atau tidak. Perundingan yang membawa kewangan digalakkan dalam era pengkorporatan. Akan tetapi, projek-projek yang berbentuk khidmat kepada masyarakat (tanpa caj) terus digalakkan dengan syarat calon tidak akan mengambil keuntungan dari projek tersebut. Pemohon perlu mengemukakan surat pelantikan dan laporan perundingan. Asas Penilaian Lain Walaupun aktiviti khidmat kepada Universiti/khidmat masyarakat/penglibatan sukan tidak diambil kira dalam lima (5) kriteria utama bagi penilaian kenaikan pangkat seperti dinyatakan tetapi akan diambil kira bagi pertimbangan Jawatankuasa Kenaikan Pangkat untuk dipanggil ke sesi temu duga. Khidmat kepada Universiti merujuk kepada penglibatan dan sumbangan seseorang ahli akademik dalam semua aktiviti Universiti untuk menjayakan wawasan, perancangan dan hala tuju Universiti. Terdapat dua jenis penglibatan: 11

Muka surat : 12/12 a. berasaskan jawatan pentadbiran (contoh: Dekan/Pengarah, Timbalan Dekan/Timbalan Pengarah, Pengerusi/Penyelaras). b. berasaskan keupayaan dan kepakaran individu. Khidmat masyarakat merujuk sumbangan seseorang ahli akademik kepada masyarakat di luar Universiti, khususnya dalam bidang/aktiviti bukan akademik. Setiap aktiviti yang dikategorikan sebagai aktiviti khidmat kepada Universiti/khidmat masyarakat/penglibatan sukan perlu dinyatakan dalam Curriculum Vitae (CV) rasmi dalam portal Universiti dan perlu mengemukakan surat lampiran semasa mengemukakan permohonan. Perhatian Sila ambil perhatian bahawa setiap calon dikehendaki menyertakan lima (5) salinan bagi setiap penerbitan dan apa-apa dokumen lain yang berkaitan dengan hasil dan aktiviti yang disenaraikan di dalam Curriculum Vitae (CV) rasmi Universiti. Tarikh mula proses ditetapkan pada setiap tahun, calon boleh memohon pada bila-bila masa tetapi proses penilaian akan bermula pada tarikh yang ditetapkan. Maklumat Lanjut/ Pertanyaan Sebarang pertanyaan mengenai perkara di atas, sila hubungi Unit Perjawatan Akademik Bahagian Sumber Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris Tel: 05 4506339/6338/6328 Fax: 05 459 5488 Email : anuar@upsi.edu.my Bahagian Sumber Manusia Unit Perjawatan Akademik NAJ/mm/mfa. 12