Bab Kelima PENUTUP. Oleh yang demikian, rumusan ini akan diklasifikasikan kepada tiga bahagian mengikut

dokumen-dokumen yang mirip
BAB 6 PENUTUP. juga, ia akan menjawab beberapa persoalan yang timbul daripada objektif kajian. Oleh

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

Ulasan makalah. Wan Suhaimi Wan Abdullah

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF

PELUASAN KOSA KATA BAHASA MELAYU

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

Kegiatan Cadangan bagi Pengajaran dan Pembelajaran (Prauniversiti)

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

BAB 5 KESIMPULAN. kesimpulan akan dibuat terhadap kajian kitab Tafsir Quran Marbawi beserta ketokohan

KEMAHIRAN KOMUNIKASI (CS)

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

BAB I PENGENALAN. idea, konsep, meluahkan perasaan, menjalinkan interaksi sosial, menjalankan transaksi

HHHC9501 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN SEMESTER 1 SESI 2014/2015 SET 4 TUGASAN 1:

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID SEJARAH TINGKATAN 1 SEJARAH TINGKATAN 1 1

BAB SATU PENGENALAN. Hikmat terbesar daripada penurunan al-qur an al-karim dengan tujuh

Kenapa kebencian? Apakah yang membuat seseorang itu membenci?

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB PERTAMA PENGENALAN. Pembinaan ayat dalam bahasa Arab terdiri daripada tiga bentuk : Jumlat ismiyyat,

Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca. Norazlina Abdul Jalil

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. menunjukkan bahawa unsur penyebutan huruf al-qur an al-karim memain peranan

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

BAB 7 PENYEDIAAN TEKS: KATA ALU-ALUAN, PRAKATA DAN TEKS UCAPAN

Ulasan Buku/Book Review

BAB LIMA KESIMPULAN DAN SARANAN. Berdasarkan kepada keseluruhan hasil kajian yang diperolehi, bab ini akan

BAB 5 PENUTUP. ayat tanpa penafian (مثبت) maka yang lainnya ayat penafian.(منفي) Kedua-duanya

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

BAB 8 : KESIMPULAN. kawasan bandar Jesselton (Kota Kinabalu) dalam kegiatan badan-badan beruniform

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID SEJARAH TINGKATAN 2

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

KONSEP PENGAJARAN. Thomas F. Green : The Activitis Of Teaching (1971)

Oleh yang demikian, pengkaji memilih kaedah kajian lapangan dalam kajiannya. Bab

Abstrak. Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SEJARAH ISLAM KBM 3

Model Pengajaran dan Pembelajaran Empat Imam Mazhab

BAB 5 PENUTUP. Mahar merupakan harta berharga dan bermanfaat yang wajib diberikan oleh suami

BAB V KESIMPULAN. Setelah meneliti hasil kajian yang dirancangkan di Bab IV, bab ini akan

KAJIAN TERHADAP MINAT MEMBACA DI KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI LEDANG

CHIA CHONG YANG A143398

Peluasan Ayat Melalui Strategi Penggunaan Pelbagai Keterangan. Abstrak

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

Dapatkan Skema di

Program Kepimpinan Pengawas Sekolah Kebangsaan Convent Greenlane dan Pusat Pengajian Ilmu pendidikan, Universiti Sains Malaysia

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 5 PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN

Tamadun Islam dan Tamadun Asia Edisi Kedua (TITAS) Bab 1: 1

BAB V PENUTUP. pada Surah al-baqarah dalam Tafsir al-mishbah dan Abdul Hayei A.S. dalam Tafsir

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

PENGENALAN. Hasil Pembelajaran. ACIS, UiTM CTU553/555 MARUWIAH AHMAT

sepenuhnya modeniti, sebaliknya cuba mengubahsuai ciri-ciri modeniti untuk

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. sebelumnya. Seterusnya pengkaji akan mengemukakan beberapa cadangan yang

LAPORAN MALAM CINTA RASUL

Amalan Dengan Ketekunan Wajar. 5. Siapa Yang Harus Melaksanakan Ketekunan Wajar? 6. Apakah Skop Sesuatu Kajian Semula Ketekunan Wajar?

Abstrak. Penerapan Penanda Wacana dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Menulis. Muhammad Faizrin Hashim

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

BAB 5 : PENUTUP. Al-Khatib al-shirbini adalah seorang yang faqih dalam mazhab al-shafi i dan

PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA: KOMIK MAT SOM SEBAGAI BAHAN BANTU MENGAJAR

Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif. Abstrak

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

MODUL UMUM 2: PENDEKATAN PROSES DALAM PENGURUSAN

Peranan Industri Penerbitan terhadap Pembangunan Ekonomi. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

Model Pengurusan Strategik

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Abstrak. Penerapan Pantun dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Fauziah Muhamad Fadzillah Sekolah Rendah Fengshan

KECEKAPAN GURU PELATIH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MEMBACA BAHASA CINA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

PANDUAN PEMOHONAN PENERBITAN BUKU

JABATAN PELAJARAN NEGERI NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

BESAR dan kecil. Oleh. Zailan Bin Jeman Sekolah Kebangsaan Tarat, Serian, Sarawak. Abstrak

Tamadun Islam & tamadun asia. Sinopsis:

BAB SATU PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan. Istilah merupakan perkataan atau paduan perkataan-perkataan yang

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

Instrumen Standard Penarafan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

BAB 7 CABARAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat.

Noor Aainah Hj.Ag.Jaafar

NUR FARA AYUNI BINTI ABDUL RAFFAR PISMP AMBILAN JANUARI 2012 RBT 1

LMCK PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH

Teknologi Multimedia dalam Pendidikan

KOLEKSI BAHAN BACAAN BUKU FIKSYEN

JABATAN PELAJARAN NEGERI NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Isu-Isu Terpilih Dalam Sejarah Politik Dan Perjuangan

GARIS PANDUAN PENULISAN TESIS/DISERTASI KOMPILASI. Pusat Siswazah. Universiti Kebangsaan Malaysia

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

Transkripsi:

Bab Kelima PENUTUP 1. KESIMPULAN Bab ini merupakan rumusan secara menyeluruh ke atas kajian ini. Di samping itu juga, ia akan menjawab beberapa persoalan yang timbul daripada objektif kajian. Oleh yang demikian, rumusan ini akan diklasifikasikan kepada tiga bahagian mengikut objektif yang ingin dicapai iaitu: i) Penerbitan Majalah Guru dan Bahagian Tawārikh Daripada kajian ini, penerbitan majalah yang dipimpin oleh guru-guru meenggambarkan usaha gigih guru-guru Melayu untuk membela nasib bangsanya. Malahan, idea-idea pemikiran guru-guru melayu juga telah disalurkan melalui akhbar dan majalah seperti Saudara,Majlis, Warta Melayu, Utusan Melayu dan juga Majalah Guru sendiri. Pemikiran yang dipaparkan didada-dada akhbar dan majalah pada masa itu secara tidak langsung telah menaikkan nama guru-guru Melayu.Tidak keterlaluan sekiranya penulis menyatakan bahawa guru-guru Melayu mendominasi penulisan akhbar dan majalah pada masa sebelum Perang Dunia ke-2. Selain dari menyumbangkan idea dalam majalah yang dikeluarkan oleh Persekutuan Guru-guru Melayu, mereka juga telah menyebarkan idea-idea kemajuan melalui akhbar dan majalah lain iaitu majalah bukan terbitan persekutuan seperti Warta Malaya, Majlis, Saudara, Utusan Melayu, Warta Negeri dan banyak lagi. 186

Guru-guru Melayu disenangi oleh masyarakat Melayu memandangkan kebanyakan daripada mereka berasal dari kampung-kampung, beragama Islam dan berbangsa Melayu menjadikan mereka tiada masalah untuk mendekatkan diri dengan masyarakat.selain daripada itu, guru-guru Melayu mempunyai sifat yang bersesuaian untuk menjadi seorang pemimpin. Di sekolah mereka menjadi pemimpin dan contoh teladan kepada anak-anak Melayu. Manakala diluar sekolah, mereka bertindak sebagai pemimpin dan penasihat kepada masyarakat. Penerbitan Majalah Guru ini telah memberi kesan kepada masyarakat Melayu khususnya, bukan sahaja dari aspek pendidikan, malah dari aspek ekonomi, semangat nasionalisme dan sebagainya. Kemunculan majalah ini memainkan peranan guru-guru Melayu sebagai golongan yang berpengaruh pada dekad 20 an itu. Bermula dengan kewujudan maktab perguruan, kemudian Persekutuan Guru-guru Melayu sehingga terbitnya Majalah Guru yang menjadi panduan dan nasihat kepada masyarakat. Oleh yang demikian, para guru ini telah menghasilkan suatu penulisan di dalam Majalah Guru yang dapat menyuntik semangat masyarakat Melayu. Ini bermaksud segala penulisan yang terdapat di dalam majalah ini bukanlah sia-sia. Ini termasuk jugalah dengan Bahagian Tawārikh. Penulisan sejarahnya menyentuh segala aspek, iaitu tokoh-tokoh Islam, sejarah Melayu, budaya dan ekonomi. ii) Sumber-sumber sejarah yang terdapat dalam Majalah Guru. Sumber sejarah merupakan asas kepada segala penyelidikan dalam bidang sejarah. Penelitian ke atas sumber sejarah sememangnya diberi perhatian oleh semua ahli sejarah dari pelbagai latar belakang sebagai tulang belakang kepada perkembangan

disiplin sejarah sebagai satu cabang ilmu.begitu juga dengan Bahagian Tawārikh, penjelasan mengenai sumber yang digunakan telah ditulis dengan jelas agar pembaca dapat menerima maklumat yang tepat. Kebanyakan sumber yang digunakan dalam Bahagian Tawārikh ini merupakan sumber dari Barat.Walaupun umum mengetahui bahawa Za ba dan M.Y merupakan antara penulis prolifik yang mempunyai semangat nasionalisme, akan tetapi penggunaan sumber tulisan mereka tetap menggunakan sumber dari Barat. Walaubagaimanapun, Za ba menyatakan bahawa beliau menggunakan sumber dari Barat ini adalah kerana ulamak pada ketika itu tidak menulis mengenai sejarah Islam dan hanya mementingkan perkara atau isu-isu untuk dijadikan perbalahan. Antara tahun 1924-1929, Za ba menyatakan bahawa masyarakat Melayu pada ketika itu lebih gemar menokok tambah sesebuah cerita tanpa mengetahui samada sesuatu cerita sejarah itu adalah benar ataupun tidak. Oleh itu, penerbitan Majalah Guru dengan ruangan Bahagian Tawārikh dapat memperbetulkan salah faham fakta mengenai sejarah Islam. Za ba mengguatkan lagi fakta dengan merujuk lebih dari satu sumber untuk menyatakan bahawa sesuatu fakta yang dijelaskan kepada masyarakat merupakan fakta yang betul dan bukan fakta yang direka-reka. Ini jelas menunjukkan bahawa sumber yang betul dan tepat merupakan keutamaan Za ba dalam pemilihan artikel tulisan sejarah Islam bagi bacaan masyarakat Melayu pada ketika itu. 188

iii) Perkaitan antara tema, penulis dan kekerapan Za ba merupakan penulis yang paling banyak menyumbangkan artikel dalam Bahagian Tawārikh. Tema yang memonopoli bahagian ini adalah tema tokoh dan kesemuanya merupakan sumbangan Za ba kepada majalah ini. Za ba adalah seorang perjuang agama Islam dan bangsa Melayu. Beliau tidak mahu pendidikan dunia terpisah dari pendidikan agama. Oleh sebab itu kebanyakan artikel yang disediakan olehnya dalam ruangan pensejarahan Majalah Guru memfokuskan kepada duniawi umumnya dan agama khasnya. Walaupun kebanyakan tulisan sejarah yang diterbitkan merupakan terjemahan kepada buku-buku karangan orang Barat, namun dapat memberikan penjelasan secara ringkas ataupun pengenalan terhadap seseorang tokoh Islam yang ditonjolkan dengan diperjelaskan dengan sumber yang benar. Za ba merupakan penulis yang banyak menerbitkan artikel terjemahan di dalam Bahagian Tawārikh ini, walaupun beliau dilihat memperjuangkan nasib Melayu dan agama Islam tetapi tetap menggunakan sumber Barat sebagai medium menyampaikan sejarah Islam. Antara tujuan beliau menggunakan sumber tulisan Barat ini juga adalah kerana untuk mencabar ulamak (kaum Tua) pada ketika itu yang hanya mengambil tahu perkara-perkara yang remeh dan tidak menulis mengenai sejarah Islam untuk tatapan masyarakat dengan sumber yang betul. Za ba sedar peranan dan kepentingan Islam sebagai umbi kemajuan umatnya terutamanya Melayu kerana Islam adalah agama yang diwahyukan dan ditegakkan dengan roh kemajuan. Islam tidak menolak dunia seperti yang difahami oleh ulama

Kaum Tua dan orang Melayu yang berfikiran sempit. Dalam konteks dan perspektif sejarahnya, umat Islam telah berjaya mengungguli kejayaan dalam kehidupan duniawi. Penulis dapat menyimpulkan juga bahawa, walaupun terdapat bidang yang tidak tergolong dalam bidang pengajian sejarah, contohnya terdapat tema mengenai asal usul iaitu bidang antropologi dan juga tema kumpulan minoriti iaitu kajian bidang etnologi, namun diletakkan tulisan mengenainya dalam Bahagian Tawārikh. Ini menunjukkan bahawa terdapat kelemahan dalam perkongsian maklumat mengenai sejarah, namun begitu, penulis merasakan bahawa Za ba bertujuan hanya untuk menyampaikan ilmu pengetahuan yang tidak diketahui oleh masyarakat pada ketika itu dan didapati hanya ruangan Bahagian Tawārikh sahaja yang sesuai untuk disampaikan maklumat tersebut. 2. CADANGAN Berdasarkan dari perkara-perkara yang telah dibincangkan, penulis mendapati terdapat beberapa perkara yang dirasakan perlu untuk diperbaiki dan diusahakan. Pertama mengenai kesedaran masyarakat terhadap kepentingan ilmu sejarah, ia perlu disemai dari peringkat awal lagi. Ini kerana kepentingannya dalam memberikan makna diri iaitu jati diri sesuatu bangsa tidak boleh dinafikan. Maka pelbagai langkah perlu diambil oleh pihak-pihak tertentu dalam menarik minat masyarakat terhadap ilmu sejarah khususnya di peringkat kanak-kanak dan golongan remaja. Hanya dengan kefahaman terhadap sejarah inilah nilai-nilai tradisi yang berpaksikan kepada agama khususnya dapat dipujuk dalam jiwa setiap individu dan seterusnya dapat mengatasi masalah-masalah sosial masyarakat. Kedua, meskipun kajian ini telah menyatakan secara menyeluruh mengenai kajian historiografi terhadap Majalah Guru iaitu Bahagian Tawārikh, namun adalah 190

dicadangkan supaya kajian yang lebih mendalam dapat dilakukan seperti perbandingannya dengan majalah yang mempunyai ruangan tulisan sejarah yang sezaman dengannya. Ataupun perbandingan penulisan sejarah majalah dahulu dan sekarang agar pemahaman mengenai kajian historiografi dapat diterapkan. Ketiga, penekanan perlu diberikan ke atas kajian historiografi Islam dalam pembelajaran dan penyelidikan sejarah bagi menggantikan ideology sejarah Barat dalam sistem pendidikan kita. Perkara ini adalah perlu bagi memahami motif-motif di sebalik perjalanan sejarah berpandukan pandangan Islam, di samping dapat mengemukakan satu rangka berguna dalam membina sejarah dari kaca mata Islam tersebut. Dengan pencapaian dalam aspek ini, masyarakat Islam diharap memperolehi rangsangan untuk mengembangkan lagi nilai-nilai Islamiyyah sehingga dapat menentukan proses sejarah global. Keempat, penulis merasakan perlunya kajian yang lebih mendalam mengenai sumber yang diterjemah oleh Za ba dalam Bahagian Tawārikh ini. Ini adalah kerana penulis tidak mampu mencari dan mengkaji lebih mendalam sebahagian besar sumber yang digunakan tersebut. Oleh itu diharapkan terdapatnya kajian yang lebih mendalam mengenai sumber tersebut bagi masyarakat sekarang lebih mengenalinya. Kelima, bagi sesuatu penyelidikan dan pensejarahan yang dilakukan pula mestilah berpandukan kepada sumber yang benar. Kajian dan penulisan sejarah yang benar akan menjadi sumber inspirasi dan motivasi dalam membangkitkan kesedaran kebangsaan sesuatu bangsa. Begitu juga dengan kajian sejarah yang baik akan memberikan inspirasi bagi menjadikan kita lebih memahami keadaan dan pergolakan yang berlaku sekarang. Demikianlah tanpa sejarah mungkin kita tidak akan dapat

mengambil ikhtibar daripada sesuatu peristiwa yang berlaku dan mengulangi semula peristiwa tersebut. Di sinilah kepentingan sejarah itu dilihat iaitu bagi memastikan perubahan terus berlaku dalam sesebuah masyarakat dan seterusnya dapat membina peradaban dan tamadun yng gemilang. Akhir sekali, kajian mengenai historiografi Islam sememangnya menarik ditambah pula kajian dilakukan terhadap majalah yang usianya telah melangkau 89 tahun ini. Diharapkan agar kajian terhadap majalah dan akhbar yang telah terbit sebelum merdeka dapat diteruskan kerana di dalam majalah dan akhbar tersebut terdapatnya sejarah yang telah terakam sebagai sumber primer bagi rujukan penulisan sejarah masa kini. Segala kekurangan di dalam penulisan ini dapat diperbaiki dan dikritik oleh pengkaji yang akan datang bagi memastikan penyelidikan ini berterusan dan menghasilkan satu kajian yang lebih baik pada masa akan datang. Kelemahan dalam kajian ini adalah atas kekurangan diri penulis sendiri. Koleksi Majalah Guru dari tahun 1924-1929 salinannya ada pada simpanan penulis. Diharapkan ada penyelidik akan datang yang berminat untuk mengkaji Majalah Guru dari sudut pandangan lain. 192