GARIS PANDUAN PERLAKSANAAN TERIMAAN BAGI HASIL KEWANGAN PRODUK INOVASI, PERTANDINGAN PRODUK INOVASI DAN PENGKOMERSIALAN DAN PEMBERIAN SAGUHATI POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN PENGURUSAN AKAUN AMANAH POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN Versi Jun 2016 Berkuatkuasa 28 Jun 2016
PENGHARGAAN Garis Panduan Pelaksanaan Terimaan Bagi Hasil Kewangan Produk Inovasi, Pertandingan Produk Inovasi Dan Pengkomersialan Dan Pemberian Saguhati Politeknik Ibrahim Sultan versi Jun 2016 ini adalah berpandukan kepada Garis Panduan Pelaksanaan Terimaan Bagi Hasil Kewangan Produk Inovasi, Pertandingan Produk Inovasi Dan Pengkomersialan Dan Pemberian Saguhati Politeknik Melaka versi April 2016.
KANDUNGAN MUKA SURAT 1.0 TUJUAN 1 2.0 LATAR BELAKANG 1 3.0 SKOP 2 4.0 PANDUAN PERKONGSIAN KEUNTUNGAN 3 5.0 PENGURUSAN TERIMAAN BAGI HASIL KEWANGAN 5
GP Terimaan Hasil Kewangan Produk Inovasi GARIS PANDUAN PELAKSANAAN TERIMAAN BAGI HASIL KEWANGAN PRODUK INOVASI, PERTANDINGAN PRODUK INOVASI DAN PENGKOMERSIALAN DAN PEMBERIAN SAGUHATI POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN 1.0 TUJUAN Garis panduan ini bertujuan memberikan panduan kepada Jawatankuasa Pengurusan Akaun Amanah Politeknik Ibrahim Sultan khusus mengenai pelaksanaan terimaan bagi hasil kewangan yang diperoleh melalui produk inovasi, pertandingan produk inovasi dan pengkomersialan, dan pemberian saguhati Politeknik Ibrahim Sultan. 2.0 LATAR BELAKANG Garis panduan pengurusan produk inovasi, penyertaan pameran dan pengurusan pengkomersialan produk inovasi Politeknik Ibrahim Sultan dilaksanakan berasingan berlandaskan kepada Buku Panduan Perancangan Dan Pengurusan Inovasi, Harta Intelek (IP) Dan Pengkomersialan Politeknik Malaysia terbitan Pusat Penyelidikan dan Inovasi Politeknik (PPIP), Jabatan Pengajian Politeknik pada tahun 2014. Ketua Unit Penyelidikan, Inovasi dan Keusahawanan (KUPIK) Politeknik Ibrahim Sultan bertanggungjawab mengemukakan pengurusan produk inovasi, penyertaan pameran dan pengurusan pengkomersialan produk inovasi Politeknik Ibrahim Sultan tahunan kepada PPIP. Laporan pelaksanaan pula hendaklah dihantar secara berkala setiap suku tahun. MS 1/6
GP Terimaan Hasil Kewangan Inovasi dan Pengkomersialan 3.0 SKOP Skop pelaksanaan pengurusan produk inovasi Politeknik Ibrahim Sultan adalah seperti berikut: 1. Pengurusan Produk Inovasi 2. Penyertaan Pameran dan Pertandingan 3. Pengurusan Pengkomersialan Produk Inovasi Skop 1 : Pengurusan Produk Inovasi Pengurusan produk inovasi Politeknik Ibrahim Sultan. Peranan KUPIK adalah seperti berikut: a) Menggalakkan penjanaan idea inovasi dalam kalangan staf/pelajar politeknik dan membantu daripada segi pengurusan produk inovasi Politeknik Ibrahim Sultan. b) Menyelaraskan pelaksanaan pertandingan projek akhir pelajar di Politeknik Ibrahim Sultan. c) Memastikan inovasi yang disenarai pendek dibuat perlindungan harta intelek terlebih dahulu sebelum diketengahkan untuk pameran dan pertandingan pada peringkat yang lebih tinggi (rujuk panduan perancangan dan pengurusan IP). MS 2/6
GP Terimaan Hasil Kewangan Inovasi dan Pengkomersialan Skop 2 : Penyertaan Pameran Dan Pertandingan Peranan KUPIK adalah seperti berikut: a) Menggalakkan penyertaan politeknik dalam pameran/pertandingan Produk Inovasi Politeknik Ibrahim Sultan. b) Memastikan inovasi tersebut telah diiktiraf pada peringkat politeknik dan kebangsaan untuk layak ke peringkat antarabangsa. Skop 3 : Perancangan Pengkomersialan & Pertandingan Usahawan KUPIK dan Ketua Unit Keusahawanan melaksanakan proses perancangan pengkomersialan tahunan politeknik dengan penglibatan PPIP. Peranan KUPIK adalah seperti berikut: a) Mengenalpasti keperluan dan membuat perancangan pengkomersialan termasuk anggaran belanjawan pengkomersialan. b) Menghantar salinan perancangan pengkomersialan berkenaan kepada PPIP. 4.0 PANDUAN PERKONGSIAN KEUNTUNGAN Sebarang hasil kewangan yang diperoleh daripada produk inovasi, pertandingan inovasi dan pengkomersialan / eksploitasi inovasi / IP politeknik hendaklah dibahagikan di antara politeknik dengan pereka cipta setelah mengambil kira potongan ke atas semua perbelanjaan yang munasabah. MS 3/6
GP Terimaan Hasil Kewangan Inovasi dan Pengkomersialan Politeknik Ibrahim Sultan boleh mengagihkan pendapatan bersih tersebut berdasarkan surat perjanjian yang telah dimeterai di antara politeknik, pereka cipta dan pihak yang berkenaan (pembeli/ syarikat usahasama/ pemegang lesen). Surat perjanjian tersebut (MOA) dengan jelas memperuntukkan persetujuan pengagihan keuntungan dan ditandatangani bersama-sama oleh politeknik, pereka cipta dan pihak berkenaan. Terdapat pelbagai model perkongsian keuntungan yang boleh digunapakai oleh politeknik. Contoh model perkongsian keuntungan yang boleh dirujuk adalah seperti di bawah: Model Perkongsian Keuntungan No. Jumlah Pereka Cipta Politeknik 1. RM 250,000.00 pertama 80% 20% 2. RM 250,001.00 RM 1,000,000.00 70% 30% 3. RM 1,000,001.00 RM 2,000,000.00 60% 40% 4. RM 2,000,001.00 ke atas 50% 50% (rujukan: Buku Panduan Perancangan Dan Pengurusan Inovasi, Harta Intelek (IP) Dan Pengkomersialan Politeknik Malaysia terbitan Pusat Penyelidikan dan Inovasi Politeknik (PPIP), Jabatan Pengajian Politeknik, 2014) Sekiranya terdapat dua atau lebih pereka cipta menghasilkan inovasi/ip, pengagihan pendapatan pereka cipta adalah mengikut perjanjian bertulis yang telah dibuat di antara mereka. Jika tiada sebarang perjanjian bertulis, setiap pereka cipta berhak untuk mendapat bahagian pendapatan bersih yang sama. Jika terdapat perubahan dalam keahlian pasukan pereka cipta, terma perjanjian perlu dirunding semula dalam kalangan pasukan lama dan baharu. Terma baharu hendaklah didokumenkan. MS 4/6
GP Terimaan Hasil Kewangan Inovasi dan Pengkomersialan 5.0 PENGURUSAN TERIMAAN BAGI HASIL KEWANGAN PRODUK INOVASI, PERTANDINGAN PRODUK INOVASI DAN PENGKOMERSIALAN DAN PEMBERIAN SAGUHATI Pengurusan terimaan bagi hasil kewangan pengkomersialan dan pemberian saguhati hendaklah dilaksanakan melalui Akaun Amanah Kewangan Politeknik Ibrahim Sultan, yang telah diluluskan oleh Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan. Segala pendapatan hasil pengkomersialan inovasi / IP dan apa-apa jenis sumbangan yang berkaitan hendaklah disampaikan kepada Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan untuk dikreditkan ke dalam Akaun Amanah Politeknik Ibrahim Sultan. Berikut adalah pembahagian hasil terimaan: No. Item Pereka Cipta Politeknik 1. Produk Inovasi 2. 3. Pertandingan Inovasi Pengkomersialan / Pertandingan Usahawan 4. Fasilitator / mentor / coach 20% 80% (75%) Peserta + (25%) Amanah Penyelia 20% 80% (75%) (25%) Peserta Amanah 70% 30% (75%) (25%) Peserta Amanah 25% dari peruntukan -- peserta Nota: Pensyarah pengiring tidak layak mendapat pembahagian hasil terimaan. MS 5/6
GP Terimaan Hasil Kewangan Inovasi dan Pengkomersialan Garis Panduan Garis Panduan Pelaksanaan Terimaan Bagi Hasil Kewangan Produk Inovasi, Pertandingan Produk Inovasi Dan Pengkomersialan, Dan Pemberian Saguhati Politeknik Ibrahim Sultan versi Jun 2016 ini telah dibentangkan dalam Taklimat Kepada Ahli Pengurusan Tentang Garis Panduan Dan Prosedur Permohonan Bayaran Dan Terimaan Akaun Amanah Politeknik Ibrahim Sultan (rujukan: PIS/PENT/16/02 JLD. 6 (40)) pada 28 Jun 2016. Garis panduan ini diluluskan untuk diguna pakai oleh Politeknik Ibrahim Sultan oleh:.... (HJH RASHIDAH BINTI MUSTAPA) Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan Garis Panduan ini berkuatkuasa mulai 28 Jun 2016. MS 6/6