LAPORAN AKHIR LMCK2711 TANGGUNGJAWAB ALAM SEKITAR SET 4 SEMESTER 2 2014/2015 NAMA: NO MATRIK: PENILAI: KELAB: JUNAIDI BIN AZIZ A148904 PROF. MADYA DR. JAMAIAH BINTI YAHAYA CYBERETHICS UKM
Pengenalan Kelab Cyberethics adalah sebuah kelab yang ditubuhkan dibawah Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia. Kelab ini baru diwujudkan pada semester 1 sesi 2014/2015. Objektif Penubuhan Kelab ini adalah bagi memberikan pendedahan tentang etika siber yang perlu dipatuhi ketika menggunakan internet. Selain itu, kelab ini juga bertujuan bagi meningkatkan tahap kesedaran mahasiswa dan masyarakat kepentingan etika siber dan memberikan pendedahan tentang jenayah siber. Pendahuluan Bagi memenuhi keperluan kursus ini, alam sekitar menurut Kamus Collin English menakrifkan bahawa alam sekitar adalah Surrounding Condition of Life s Grows. Menurut Prof Dr Zawiyah (2004) dan Sontag (1993) pula, Alam sekitar merupakan persekitaran biofizikal, sosio-budaya dan teknologi binaan manusia. Alam sekitar bukan sahaja terhad kepada tumbuhan hijau dan kejadian alam semulajadi. Dunia siber juga dikatakan sebagai Alam Sekitar kerana ianya selaras dengan pandangan Zawiyah dan Sontag. Alam sekitar dunia siber telah memberi kesan kepada kehidupan manusia yang perlu diurus bagi melahirkan masyarakat yang lestari. Kelab Cyberethics telah menganjurkan program menghasilkan TAG untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang etika siber. Perlaksanaan Aktiviti Sepanjang semester 2 sesi 2014/2015, melalui kelab Cyberethics, saya telah terlibat dalam kelab TAG dan juga pertandingan TAG. TAG yang dihasilkan adalah secara berkumpulan dan mempunyai objektif untuk menyampaikan mesej kepada masyarakat bahawa penting nya menjaga keselamatan dan etika ketika menggunakan laman sosial.
Untuk menghasilkan TAG (poster) berkaitan etika siber, saya bersama ahli kumpulan seramai 4 orang memilih tajuk Cyber Addiction. Sebelum memulakan proses merekacipta TAG (poster) berkaitan tajuk yang telah kami pilih, objektif pertama yang perlu kami capai adalah mengenal pasti impak ketagihan siber kepada masyarakat umumnya dan pelajar khususnya. Objektif utama yang ingin dicapai adalah bagi menyedarkan masyarakat bahaya ketagihan laman sosial dan dunia siber. Selain melalui TAG (poster), kumpulan saya juga telah menyediakan sebuah video stop motion menggunakan perisian VideoScribe. Kedua-dua medium ini digunakan untuk menyampaikan informasi bahaya ketagihan siber kepada masyarakat. Disamping menyampaikan maklumat kepada masyarakat berkaitan bahaya ketagihan siber, video dan TAG (poster) yang kami hasilkan telah dipertandingkan antara kumpulan kecil dalam kumpulan dan kumpulan saya berjaya mendapat naib johan untuk pertandingan meyampaian maklumat kemasyarakatan melalui video dan TAG. Kesimpulan Kesimpulannya, melalui program TAG dan Video kesedaran masyarakat berkaitan etika siber, saya dan ahli kelab CyberEthics UKM dapat mempelajari bahawa dunia siber mampu mengundang pelbagai masalah jika disalahgunakan. Mesej ini perlu disebarkan kepada seluruh masyrakat tanpa mengira agama, bangsa atau peringkat umur serta latar belakang. Penggunaan siber secara beretika dapat mengelakkan masalah dikemudian hari. Semoga pada semester hadapan, kelab ini mampu membawa mesej kepada masyarakat diluar kampus bahawa penggunaan etika dunia siber adalah sangat penting dan perlu diikuti setiap masa agar negara dapat masyarakat dapat hidup dengan tenang dan aman.
Lampiran GAMBAR SEPANJANG PROGRAM BENGKEL TAG DAN ETIKA SIBER
GAMBAR SEPANJANG PROGRAM PERTANDINGAN TAG DAN VIDEO ETIKA SIBER
TAG (POSTER) KETAGIHAN SIBER KUMPULAN SAYA