Ucapan Menteri Besar Johor Program Negaraku Sehati Sejiwa Peringkat Negeri Johor Pada 16 Ogos 2017 di Dewan Majlis Daerah Pontian Johor.

dokumen-dokumen yang mirip
Teks Ucapan Menteri Besar Johor Pada Pelancaran Pertubuhan Ihsan Johor Pada 17 Ogos 2017 Di Hotel KSL Resort Johor Bahru, Johor.

RUKUN NEGARA. B.006(B.M) Januari 2013 (100.)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan

Ucapan YAB DATO MOHAMED KHALED BIN NORDIN Menteri Besar Johor

KENALI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran KAJIAN TEMPATAN

PERUTUSAN HARI GURU 2011 MENTERI PELAJARAN MALAYSIA Y.A.B. TAN SRI HAJI MUHYIDDIN BIN HJ MOHD YASSIN SEMPENA PERAYAAN HARI GURU KE-40 TEMA

TALKING POINT Y.BHG. PROFESOR DATUK DR. SHAHRIN BIN SAHIB NAIB CANSELOR

TEKS UCAPAN PERASMIAN YB DATO SERI DR. HILMI BIN HAJI YAHAYA TIMBALAN MENTERI KESIHATAN MALAYSIA SEMPENA MAJLIS PELANCARAN KEMPEN BARAH USUS BESAR

PERUTUSAN. Y. BHG. DATO Dr. HAJI AHAMAD BIN SIPON KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA. sempena SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-49 TAHUN 2006

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

TEKS PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA SEMPENA

UNIVERSITI MENTRANSFORMASIKAN KOMUNITI. Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

TARIKH AHAD, 1 JULAI 2007 TEMPAT ASTAKA, UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

TEKS UCAPAN YB DATO SERI HAJI MOHD SHAFIE BIN HAJI APDAL MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH PERASMIAN HALFEST SEPTEMBER 2014, 2.

Keutuhan Peribadi. Zahari Daud Ketua Penolong Pendaftar Bahagian Pengurusan Akademik

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Program Transformasi Kerajaan. Pelan Hala Tuju

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI TAALA WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA. YANG BERBAHAGIA PROF. DR. ALI YEON MD. SHAKAFF, TIMBALAN REKTOR KUKUM,

Assalamualaikum dan selamat petang serta selamat sejahtera saya ucapkan kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

rumah mampu tengok realiti pasaran hartanah hari ini

TEKS UCAPAN YBHG DATUK IDRIS BIN HASHIM PENGERUSI PERBADANAN NASIONAL BERHAD (PNS) SEMPENA: SEPETANG MERDEKA PADA: 8 SEPTEMBER 2014 (SELASA) 3 PETANG

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Assalamualaikum Warahmatullahi Ta alla Wabarakatuh Dan Salam

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 6

TEKS UCAPAN Y.BHG. NAIB CANSELOR SEMPENA MAJLIS PROGRAM SPRING FESTIVAL SEMPENA TAHUN BARU CINA 2007

TEKS UCAPAN Y.BHG. NAIB CANSELOR SEMPENA PELANCARAN KIBAR JALUR GEMILANG DAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 2007

Bab 3 ETIKA DAN POLITIK ORGANISASI FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL

Teks Ucapan YB. Datuk Abdul Rahim Bakri Timbalan Menteri Pertahanan. Sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Koperasi Tentera Yang Ke-49

TEKS UCAPAN YB. SENATOR DATUK SERI SYED IBRAHIM BIN KADER SEMPENA PELANCARAN BUKU ALAGE THAMILE SMK RAWANG TAHUN 2016


UCAPAN YAB DATO MOHAMED KHALED BIN NORDIN MENTERI BESAR JOHOR majlis malam muafakat johor 2016 pada hari jumaat, 29 april 2016 DI dewan perdana felda

SALUTASI. Saudara pengacara majlis; Yang Berhormat Dato M. Davendran, Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang Kawasan Sabai; Rakan-rakan saya:

UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA SEMPENA PERASMIAN PEJABAT BARU DAN

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1 PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

SKEMA JAWAPAN BM KERTAS 1 (1103/1) : Murid dapat menghuraikan pendapat tentang nilai murni yang perlu diamalkan

UCAPAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH BIN HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA SEMPENA PERASMIAN MESYUARAT AGUNG

RANCANGAN TAHUNAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 6

TEKS UCAPAN MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN ULANG TAHUN MK KE-60 DAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2015 OLEH

DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN SATU

HASIL PEMBELAJARAN. Menerangkan hubung kait antara pembangunan ekonomi dengan hubungan etnik di Malaysia.

SALUTASI. Saudara Pengacara Majlis; Yang Berhormat Dato Norol Azali Sulaiman, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia

TM3923 ETIKA PROFESIONAL TEKNOLOGI MAKLUMAT. Objektif :

- Dato Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abd Razak - Perdana Menteri Malaysia

Penasihat Jawatankuasa Pelaksana Karnival Bahasa Tamil 2013;

TEKS UCAPAN DATO' SERI DR SITI HASMAH BINTI HAJI MOHD ALI MENARA PERKESO, KUALA LUMPUR SIMPOSIUM KERJAYA ORANG KURANG UPAYA 12 MAC 2001

Teks Ucapan Perasmian Sambutan Hari Guru Sekolah Pendidikan Dan Pembangunan Sosial Tahun 2010

Soal Jawab: UMNO PERLU PEMUGARAN UNTUK JADI PARTI RELEVAN

TEKS UCAPAN Y.BHG. NAIB CANSELOR SEMPENA MAJLIS GRADUASI KE - 21

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

PILIHAN ANDA PENTING, KERANA KEHIDUPAN ANDA AMAT BERMAKNA. Suarakan Pilihan Anda

Terima Kasih, Saudara/i Pengacara Majlis. Selamat Pagi, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia dan Salam UnimasKu Sayang

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

UCAPAN PERASMIAN PENUTUPAN YBHG.DATO HJ. ABDUL FATAH HJ. ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA SEMPENA MAJLIS DIALOG BERSAMA PENGETUA- PENGETUA NEGERI PAHANG

Laman Graduan, Dewan Canselor 27 Julai 2008, jam 8.00 malam.

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM /1 TINGKATAN LIMA BAHASA MELAYU Kertas 1 Ogos 2 ¼ jam Dua jam lima belas minit

TEKS UCAPAN PENGERUSI KOPSYA YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN KALI KE 5

TEKS UCAPAN MAJLIS KUNJUNGAN & PENYAMPAIAN SUMBANGAN PROGRAM KHIDMAT SOSIAL KORPORAT ANGKASA (CSR) BERSAMA PESAKIT DAN WARGA KERJA,

TEKS UCAPAN YB DATO SUK SEMPENA POGRAM ROADSHOW INTEGRITI 2018

MODUL 1 BAHASA MELAYU KERTAS 1 PERATURAN PEMARKAHAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera. Yang Berbahagia Prof. Dr. Ali Yeon Md. Shakaff, Timbalan Rektor Akademik dan

BAHAGIAN A (80 markah) Jawab semua soalan PERTANIAN ORGANIK. Pertanian mesra alam Tiada penggunaan baja kimia

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID SEJARAH TINGKATAN 2

AMANAT HARI KEBANGSAAN 2016

LAPORAN AKTIVITI PERPUSTAKAAN POLITEKNIK BALIK PULAU 2010

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

JABATAN PELAJARAN NEGERI TERENGGANU

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID SEJARAH TINGKATAN 1 SEJARAH TINGKATAN 1 1

DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN TIGA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

ﻢﯿﺤﺮﻠ ﻤ اﻦ ﺤﺮﻠاﷲاﻢﺴﺒ ﮫﺗﺎگﺮﺒﻮﷲاﺔﻤﺣﺮﻮﻢﻛﯿﻠﻋﻤﻸﺴﻟا

TEKS UCAPAN OLEH: MAJLIS: SEMINAR PEMBANGUNAN KAPASITI USAHAWAN BUMIPUTERA PADA: TEMPAT:

Info Ketua Pengarah LPP Ke 10

UCAPAN YBHG. DATO HAJI ABDUL FATTAH BIN HAJI ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERTAMA KOPERASI ALUMNI SEVOTEK TAIPING BERHAD

KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA

Dato Mohamed Khaled Nordin sempena Majlis Amanat YAB Menteri Besar Johor hb Februari 2016

YWP 215 Pengenalan Kepada Kewartawanan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha. Assamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan

BIDANG PEMBELAJARAN 2 NILAI BERKAITAN DENGAN KEKELUARGAAN

Program Menara Impian diadakan pada 20 hingga 22 Disember 2013 di Kolej Matrikulasi. Melaka yang bertemakan merintih keperitan menggapai kejayaan.

UCAPAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERTAMA KOPERASI ALUMNI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK KUANTAN 72/73

UCAPAN PERASMIAN DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERTAMA KOPERASI KARIAH MASJID AMBANGAN HEIGHT KEDAH BERHAD

TITAH UCAPAN D.Y.M.M. TUANKU PEMANGKU RAJA PERLIS DI MAJLIS PELANCARAN PALAPES, PBSMM DAN PBK KOLEJ UNIVERSITI KEJURUTERAAN UTARA MALAYSIA 3 MAC 2005

Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang Bagi Kawasam Sungai Lembing; Pengurus Besar, Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

UCAPAN YBHG. TAN SRI DR. ALI BIN HAMSA KETUA SETIAUSAHA NEGARA

ANALISIS KERJAYA DIRI

Kepelbagaian sosio budaya individu dalam sistem pendidikan bukan sahaja dilihat

UCAPAN Y.BHG. PROF DATO DR. MUSA AHMAD NAIB CANSELOR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

DRAF TEKS UCAPAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SBP 2015 PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

Yang Berhormat Dato Haji Mohd Sharkar Haji Shamsudin, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi

UCAPAN PERDANA MENTERI DI UPACARA PELANCA- RAN PERAYAAN MENYAMBUT ABAD KE 15 HIJRAH DI BANGUNAN PARLIMEN, PADA 21 NOVEMBER, 1979.

Yang Berusaha En. Wan Nazrul Helmy bin Wan Mohd. Zain, Penasihat Projek Semaian Kasih;

TEKS UCAPAN MAJLIS PERASMIAN PESTA KAAMATAN SABAH PERINGKAT IPTA DAN IPTS KALI KE-9 (4 ogos 2010) Masa:10.00am-11.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia yang saya hormati saudara dan saudari pengerusi majlis,

Saudara Mohd. Rahmat bin Nordin, Pengerusi Jawatankuasa Penaja Persatuan Alumni Universiti Malaysia Pahang;

Transkripsi:

Ucapan Menteri Besar Johor Program Negaraku Sehati Sejiwa Peringkat Negeri Johor Pada 16 Ogos 2017 di Dewan Majlis Daerah Pontian Johor. Salam sejahtera dan salam muafakat Johor, Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati, 1. Terima kasih semua kerana hadir. 2. Saban tahun kita akan berkumpul dan menyambut bulan kemerdekaan. Yang dekat, yang jauh, yang kecil, yang dewasa, semuanya dari seluruh pelosok negeri dan tanah air akan keluar menyambut bulan ini dengan penuh kemeriahan. 3. Pada penghujung bulan ini, kemuncaknya kita akan meraikan pula ulang tahun kemerdekaan negara yang ke 60 tahun. 4. Perayaan 6 dekad kemerdekaan ini pastilah membawa bersamanya beberapa makna yang besar. Makna yang harus kita semua hayati dan selami dengan sebaik-baiknya. 5. Pastinya semua perayaan dan sambutan ini, tidak kita lakukan sekadar satu keraian yang berwarna-warni. Yang hanya meriah dengan sorakan dan nyanyian lagu-lagu patriotik. 6. Dan pastinya tidak juga kita lakukan sekadar untuk memperingatkan kepada semua tentang kepentingan patriotisme dan kesetiaan kepada negara. 7. Jadi, saya ingin sekali mengambil kesempatan dalam perhimpunan yang sangat penting ini, untuk mengajak kita semua mengimbas dan menelaah kembali makna merdeka dan ertinya kepada sebuah bangsa yang berdaulat. Tuan-tuan dan puan-puan, 8. Kemerdekaan memberikan kita pelbagai kelebihan. Ia membebaskan kita dari belenggu dan nafsu penjajah. 9. Ia memberikan kita matlamat hidup, harga diri dan maruah. Bukan sahaja sebagai sebuah bangsa dan negara. Tetapi sebagai seorang manusia. 10. Tetapi semua itu sudah sering kita dengar. Dan kita sudah sering diperingatkan tentangnya. 1

11. Hari ini saya ingin menyentuh tentang satu aspek kemerdekaan dalam konteks yang lebih besar. Iaitu betapa kemerdekaan memberikan kita ruang dan peluang untuk merencana masa depan negara dan tanah air sendiri. 12. Kerana, tidak guna jika negara kita hanya bebas dan merdeka. Tetapi kita tidak berhak dan berupaya untuk merancang hala tuju dan matlamatnya. Tidak dapat mencari naratif pembangunan yang kita mahu. Tidak berpeluang menetapkan apakah agenda yang terbaik kepada masyarakat kita. 13. Jika itu adalah keadaannya, ia adalah kebebasan sekadar pada nama. Pada saya, itu hanyalah kemerdekaan atas kertas. 14. Sebab itulah di Johor, antara perkara yang paling kita beri perhatian dan tekankan adalah gagasan Johor Berkemajuan. 15. Ada beberapa sebab penekanan Gagasan Johor Berkemajuan ini boleh menjadi lambang kita menghargai dan menghayati kemerdekaan. 16. Pertama, ia adalah dasar dan seruan yang bertujuan mengubah cara berfikir dan cara kita melihat masa depan. 17. Saya amat tekankan perkara ini kerana saya percaya, bangsa kita, negeri kita, negara kita, hanya akan maju dan bergerak ke hadapan jika kita mengubah cara berfikir. 18. Kita mesti berfikir dengan cara yang baharu, berfikir dengan kreatif, berfikir dengan mandiri dan berfikir dengan cara yang bersungguh-sungguh untuk memberi kebaikan kepada semua. 19. Tanpa pemikiran baharu, pemikiran kreatif dan mandiri, tidak akan ada bangsa dan negara yang boleh berjaya. Biarpun mereka pada hakikatnya sudah bebas dan merdeka. 20. Dengan mengubah cara berfikir, kita akan mengubah cara bekerja. Dengan mengubah cara berfikir, kita akan mengubah cara kita menetapkan dan menilai sesebuah kejayaan. 21. Kita tidak boleh lagi terkurung dalam pemikiran lama. Pemikiran yang akan merantai kreativiti dan keupayaan meraikan pandangan dan idea. 22. Jadi, pada tahun ini, saya telah mula menyeru semua pihak. Agar kita semua memberikan sepenuh ikrar dan tekad, untuk bersama-sama mengubah cara kita berfikir. Ke tahap yang lebih baik. Lebih cemerlang dan berkemajuan. 2

23. Kedua, melalui dasar yang komprehensif dan besar seperti ini, ia menyatukan kita semua sebagai sebuah bangsa untuk bersama-sama mencapai satu sasaran yang sama. 24. Salah satu prasyarat penting untuk bangsa kita mencapai kemajuan adalah dengan kekal bersatu hati. Kita semua mesti mempunyai satu sasaran bersama yang jelas. 25. Seperti yang disarankan dalam sambutan Sehati Sejiwa ini misalnya. Mesejnya amat ringkas dan jelas. Namun, tajam dan mendalam. 26. Hanya dengan menjadi bangsa yang bergerak sehati dan sejiwa, kita boleh mencapai pelbagai kejayaan yang besar, yang luar biasa. 27. Dan hanya dengan bergerak sehati sejiwa, kita akan melihat betapa bermaknanya kemerdekaan negara selama ini. 28. Selain kempen Sehati Sejiwa ini, terdapat pelbagai dasar khusus di peringkat nasional yang sebenarnya mengajak kita semua untuk bersama-sama menumpukan kepada matlamat yang satu. 29. Dasar Transformasi Nasional misalnya. Ia adalah bentuk satu cita-cita besar. Cita-cita besar yang hanya boleh dikecapi oleh bangsa yang merdeka. Cita-cita besar yang hanya boleh direalisasikan apabila kita teguh bersama. 30. Dalam contoh yang lain, Model Ekonomi Baharu, adalah satu lagi lambang bagaimana, sebagai sebuah negara merdeka, kita bebas menentukan cara kita menguruskan kemakmuran negara ini. 31. Terbaru, melalui agenda Transformasi Nasional 2050 atau TN50, kita seterusnya memberi makna yang lebih jelas kepada kemerdekaan kita. Dengan mengajak segenap lapisan masyarakat, dari pelbagai kelompok usia dan kedudukan untuk bersama-sama melihat masa depan dengan cara yang lebih inklusif dan terancang. 32. Pada saya, kempen Sehati Sejiwa ini, TN50 dan segala dasar besar yang lain, bukan sekadar satu agenda masa depan. Ia adalah bukti kepada cara kita mengurus dan mengisi kemerdekaan ini. 33. Akan tetapi, sekalipun semua dasar dan agenda ini baik. Namun percayalah, jika kita masih dibebankan dengan masalah perpecahan di sana sini. Pergelutan merebut kuasa. Persaingan yang tidak sihat. Serta anasir-anasir yang merenggangkan hubungan sesama kaum. Kita sebetulnya belum merdeka dalam erti kata yang sebenar-benarnya. 3

34. Jika kita berpecah dan tidak bersatu hati, kejayaan tidak akan dapat kita capai. Biar sebaik mana pun sesebuah agenda pembangunan itu dirancang. 35. Kerana, sebarang dasar yang baik, yang bertujuan membawa kelebihan kepada semua, pastinya tidak akan dapat diterjemahkan dengan lancar oleh Kerajaan jika rakyat dan masyarakat sekeliling terus menerus bercakaran. 36. Jadi, sebagai salah satu cara menghargai dan menghayati sambutan kemerdekaan dan kempen Sehati Sejiwa ini, marilah kita semua berazam untuk mengeratkan hubungan sesama kita. 37. Hubungan dalam sesebuah kaum, hubungan sesama antara kaum. Hubungan dengan sesiapa sahaja. 38. Khususnya di Johor ini. Sebagai bangsa yang berbangga dengan amalan dan budaya muafakat, kita mesti berupaya meraikan kepelbagaian yang ada di bumi Johor ini dengan penuh kematangan dan keterbukaan. 39. Ketiga, bersempena bulan kemerdekaan ini juga, saya ingin menyeru semua yang hadir pada hari ini, untuk mencari jalan menyumbang ke arah kebaikan bangsa dan tanah air. Saudara dan saudari, tuan-tuan dan puan-puan, 40. Kita seharusnya berasa malu, jika setiap tahun kita bersama-sama yang lain meraikan kemerdekaan negara. 41. Tetapi pada masa yang sama, kita tidak pernah pula menanam azam untuk menyumbang kepada negara ini. 42. Jadi, atas semangat kemerdekaan, atas semangat Sehati Sejiwa, kita mesti mula menanam cita-cita dan keinginan secara serius, untuk memberi dan menyumbang kepada negara. 43. Kerana, sebagai bangsa yang merdeka, yang bermaruah, yang menghargai segala kebebasan yang kita kecapi ini, kita mesti sedar. Kemajuan dan kejayaan negara ini haruslah dibina oleh tangan-tangan kita semua. 44. Kita jangan hanya menjadi tangan-tangan yang mahu menerima sahaja kelebihan pembangunan negara. Tetapi tidak pula ringan tangan dalam menghulurkan sumbangan dan jasa. 45. Lebih teruk, janganlah kira sampai menjadi tangan-tangan yang menodai dan merosakkan segala kejayaan yang telah dibina selama ini. 4

46. Benar, negara kita ini tidak sempurna, tetapi, dengan semangat dan dedikasi dari semua anak-anak merdeka, kita pastinya berupaya untuk menjadikannya lebih baik, lebih maju dan sejahtera untuk semua, insya-allah. 47. Dan saya ingin tekankan juga. Untuk menyumbang kepada negara, ia bukanlah sukar. Ia tidak semestinya dengan menjadi anggota keselamatan dan tentera yang bersabung nyawa di perbatasan negara. 48. Bukan hanya dengan menjadi doktor, atau jurutera atau dengan menjadi usahawan yang kaya raya. Dan ia tidak semestinya dengan menghulurkan dana dan wang kepada proses pembangunan. 49. Tetapi, sesiapa pun kita, apa pun kedudukan dan latar belakang kita. Percayalah, kita mempunyai segala kelebihan untuk menyumbang dan menjadikan Malaysia rumah terbaik untuk semua. 50. Yang mengajar di sekolah, ajar dan didiklah anak bangsa kita dengan sebaik mungkin. 51. Yang merawat di hospital, rawatlah setiap pesakit dengan sepenuh ikhlas seperti mereka itu ahli keluarga kita sendiri. 52. Yang memandu pengangkutan awam, pandulah dengan berhemat, dengan kepercayaan bahawa yang dibawa itu, adalah para penumpang yang akan menjadi harapan negara. 53. Kepada yang berniaga, berniagalah dengan jujur. Agar timbul rasa percaya yang kuat sesama kita dalam masyarakat. 54. Yang menjadi suri rumah, uruskanlah urusan harian keluarga dengan baik, dengan penuh rasa keseronokan. Dan percayalah, kalian juga sedang menyumbang kepada negara. Kerana, tidak ada masyarakat dapat menjadi cemerlang, jika unit paling asas iaitu keluarga, berada dalam keadaan yang teruk dan berantakan. 55. Dan kepada semua Orang Muda Johor, golongan yang saya gelarkan sebagai O.M.J., kalian punya tugas yang besar kepada Johor dan kepada Malaysia. 56. Masa hadapan negara ini di tangan anda. Kelangsungan kemerdekaan dan kedaulatannya di tangan anda. 57. Jadi, apabila pulang daripada acara ini nanti, mulalah berfikir dengan mendalam. 5

58. Carilah segala ruang dan peluang yang ada di luar sana. Majukanlah diri, tingkatkan kecerdasan fizikal dan kebingkasan akal. Perbaiki sahsiah, dan jauhi gaya hidup yang tidak baik. 59. Elakkan dari menjadi mangsa kerakusan politik atau mereka yang menjaja tohmahan dan cerita buruk tentang Johor dan Malaysia. 60. Kerana, ini adalah negeri dan tanah air kita. Baik atau buruknya negeri dan tanah air ini, ia adalah sesuatu yang tidak boleh kita tukar ganti. 61. Jadi, kepada seluruh bangsa Johor dan seluruh rakyat Malaysia, di bahu anda terpikul satu harapan besar dan satu tanggungjawab murni, untuk menjadikan negeri dan tanah air kita ini, negeri dan tanah air yang terbaik untuk semua. 62. Saya harap seruan saya ini akan mendapat sambutan dan perhatian daripada segenap lapisan masyarakat. Tuan-tuan dan puan-puan, 63. Sebelum berakhir, saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan kepada seluruh rakyat Malaysia. 64. Marilah kita mendoakan agar tanah air kita lebih sejahtera dan terpelihara. 65. Dengan Nama Allah Yang Maha Besar Lagi Maha mengasihani, saya dengan ini merasmikan pelancaran Program Sehati Sejiwa Peringkat Negeri Johor. 66. Terima kasih. 6