UNSUR KESANTUNAN DALAM TAFSIR PIMPINAN AR-RAHMAN

dokumen-dokumen yang mirip
KETIDAKSEPADANAN TERJEMAHAN KATA GANTI NAMA DIRI DALAM SURAH AL-SYU ARAA

BAB SATU PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan. Istilah merupakan perkataan atau paduan perkataan-perkataan yang

ULASAN BUKU. Hasmidar Hassan, 2011, Kata Hubung Dan dan Tetapi dari Sudut Pragmatik, 201 halaman, ISBN

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

TERJEMAHAN KATA NAMA JAMA TAKSIR KE BAHASA MELAYU: KAJIAN TERHADAP TAFSIR PIMPINAN AR-RAHMAN

PENGGUNAAN DAN FUNGSI BAHASA

Abstrak. Penerapan Penanda Wacana dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Menulis. Muhammad Faizrin Hashim

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

TEORI DAN PRINSIP PERKAMUSAN

BAB 5 KESIMPULAN DAN SARANAN. Setelah kajian secara teliti dilakukan terhadap tajuk yang dipilih dan dipersetujui,

Peluasan Ayat Melalui Strategi Penggunaan Pelbagai Keterangan. Abstrak

Jilid 13 Bil. 2 Disember 2013 ISSN: KK:

BAB SATU PENGENALAN. Hikmat terbesar daripada penurunan al-qur an al-karim dengan tujuh

Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif. Abstrak

BAB I PENGENALAN. Sejarah pendidikan bahasa Arab di Malaysia telah mula semenjak awal abad ke-19

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

NAMA PELAJAR : SITI NUR HASINAH BINTI HUSSIAN NO MATRIK : P79063 TAJUK: STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA OLEH PELAJAR CEMERLANG PENSYARAH:

Memorandum Pertubuhan-Pertubuhan Cina. Y. A. B. Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia

Abstrak. Penggunaan S 2 TAMP 2 D dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kepelbagaian Ayat. Zaetun Abbas

BAB 5 : PENUTUP. Al-Khatib al-shirbini adalah seorang yang faqih dalam mazhab al-shafi i dan

PENENTUAN TEMPOH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU KLASIK: SATU KAJIAN TINJAUAN

perkara-perkara berkaitan pemahaman terhadap hadis kerana beliau merasakan penghayatan masyarakat Malaysia terhadap hadis masih berada di tahap yang

JUL 401 BAHASA MALAYSIA

Pengaruh Pengetahuan Agama ke Atas Amalan Agama dan Gaya Hidup Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

Jenis-jenis Wacana Lisan

BAB PERTAMA PENGENALAN. Pembinaan ayat dalam bahasa Arab terdiri daripada tiga bentuk : Jumlat ismiyyat,

PELUASAN KOSA KATA BAHASA MELAYU

BAB SATU PENGENALAN. topik perbincangan dalam kajian morfologi ( ) perlu diketengahkan. fonologi yang berlaku dalam pembentukan kata bahasa Arab.

BAB 5 PENUTUP. ayat tanpa penafian (مثبت) maka yang lainnya ayat penafian.(منفي) Kedua-duanya

BAB 2 TERJEMAHAN DAN MAKNA PERINTAH

BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat.

BAB KELIMA TINJAUAN KEBERKESANAN MODUL

i. Kekeliruan Ejaan: Yang Dipertua, Yang di-pertua, Yang Dipertuan, dan Yang di-pertuan ii. Soal Jawab Masalah Tatabahasa iii.

DINAMIKA BAHASA MELAYU VARIASI BAHASA (Soalan Sebenar STPM: )

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN

Pengajaran Dari Surah Maryam Bahagian 3. Muhammad Haniff Hassan /

LMCK PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH

LOGO DAN NAMA SEKOLAH PERATURAN PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2007 BAHASA MELAYU. Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN

PENDEKATAN KOLABORATIF DALAM MENINGKATKAN KETERAMPILAN BERBAHASA PELAJAR: SATU KAJIAN TINJAUAN TERHADAP PELAJAR IPTA

PEPERIKSAAN PERCUBAAN TAHUN 2014

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. Rumusan itu merangkumi hal-hal yang berkaitan terjemahan Al-Quran, metodologi

BAB I PENDAHULUAN. Arab. Tiada sesiapapun yang menyangkal bahawa bahasa Arab dan al-qur an al-karim

BAB KEENAM RUMUSAN, CADANGAN DAN PENUTUP

ASPEK TATABAHASA DALAM KURIKULUM STANDARD BAHASA MALAYSIA SEKOLAH RENDAH TAHUN SATU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

PENYAJIAN LISAN DAN TULISAN

SIKAP GENERASI MUDA TERHADAP BAHASA MELAYU: SENARIO DI MALAYSIA, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DAN INDONESIA. Aminah Awang Basar

BAB IV METODOLOGI KAJIAN. mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang

HMT Teori dan Kaedah Penyelidikan Linguistik

Pemerkasaan Bahasa Melayu Melalui Penerapan Pendekatan Pembelajaran Kontekstual: Satu Anjakan Teori dan Amalan

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

CHIA CHONG YANG A143398

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. sebelumnya. Seterusnya pengkaji akan mengemukakan beberapa cadangan yang

1. Jangan sekali-kali fikir bahawa kita akan masih hidup setelah menghabiskan solat ini.

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

1103/1 (PP) SULIT BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH & SEKOLAH KECEMERLANGAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PERATURAN PEMARKAHAN

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA GARIS PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGURUSAN MEL ELEKTRONIK

PERSEPSI MASYARAKAT ISLAM TERHADAP KONSEP ISLAM HADHARI: TINJAUAN AWAL

KEMAHIRAN BERDIALOG TIGA BAHASA MENERUSI PEMBANGUNAN APLIKASI DIALOGUE TRILOGY GAME

Penyelidikan Pelajar Sarjana Pendidikan Islam UKM: Fokus Dan Hala Tuju. oleh. Shahrin Awaludin Fakulti Pendidikan UKM

HMT 502 SOSIOLOGI DAN KOMUNIKASI BAHASA MELAYU

PERSEPSI DAN SIKAP PELAJAR MELAYU TERHADAP MODUL BAHASA KEBANGSAAN A DI KUIS

Pertama : Menghormati kedua ibu bapa. Firman Allah SWT dalam surah al-isra' ayat 23:

SUKATAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN BAGI KERTAS PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM GRED S29

BAB 7 PENYEDIAAN TEKS: KATA ALU-ALUAN, PRAKATA DAN TEKS UCAPAN

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

TAFSIR SURAH YUSUF Bahagian 5

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITAWARKAN

Bahasa Malaysia (910)

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

TAFSIR SURAH YUSUF Bahagian 2

BAB 2: KEMAHIRAN MENDENGAR

MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK TAHUN LIMA DALAM BAHASA INGGERIS

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BAB EMPAT PEMBINAAN KATA MENERUSI PROSES IBDA:L. illat. Manakala ibda:l sasarannya ialah huruf illat dan huruf sahi:h, iaitu

PENGGUNAAN BUKU TEKS SECARA BERKESAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJARAH UNTUK MURID BERPRESTASI RENDAH DI PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. mendapatkan data yang boleh dipercayai, ia merangkumi tiga aspek penting yang menjadi METODOLOGI KUANTITATIF

PANDUAN PEMOHONAN PENERBITAN BUKU

Di dalam bab ini, pengkaji akan membincangkan mengenai kerangka teori, kaedah-kaedah yang digunakan, di mana pengkaji juga turut meninjau kerangka dan

BAB I PENGENALAN. idea, konsep, meluahkan perasaan, menjalinkan interaksi sosial, menjalankan transaksi

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PROGRAM PPISMP GWP 1092 WACANA PENULISAN Topik 1: Pengenalan kepada Wacana

PERSEPSI TERHADAP PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

BAB 5 PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

BAB LIMA: RUMUSAN DAN CADANGAN. Di dalam bab ini, penyelidik merumuskan dapatan kajian yang dihuraikan menerusi

KELAS BIMBINGAN KANAK-KANAK PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SIRAH KBK 4 NAMA:

Abstrak. Penerapan Pantun dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Fauziah Muhamad Fadzillah Sekolah Rendah Fengshan

LMCK 1621 ETIKA DAN PROFESSIONAL TAJUK: LAPORAN PROGRAM SEGENGGAM BUDI, SEGUNUNG HARAPAN (INSTITUTE-HEARS, UKM)

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 2

Transkripsi:

UNSUR KESANTUNAN DALAM TAFSIR PIMPINAN AR-RAHMAN Nasimah Abdullah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Lubna Abd. Rahman Universiti Sains Islam Malaysia Norfazila Ab. Hamid Murni Syakirah Musa Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor ABSTRAK Tafsir Pimpinan Ar-Rahman terjemahan merupakan satu terjemahan makna al-quran ke bahasa Melayu yang sangat popular dan telah diulang cetak beberapa kali dan yang terakhir adalah pada tahun 2013. Terjemahan tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat Melayu khususnya di Malaysia disebabkan oleh cara terjemahan makna yang menggunakan bahasa yang ringkas dan mudah difahami oleh setiap pembaca. Penulisan ini bertujuan mengkaji unsur kesantunan yang terdapat dalam kaedah terjemahan yang digunakan oleh terutamanya dalam menterjemahkan kata ganti nama diri daripada bahasa Arab ke bahasa Melayu dengan memilih beberapa ayat al-quran sebagai sampel kajian. Berdasarkan beberapa contoh ayat yang diteliti, kajian ini mendapati bahawa amat meraikan unsur kesopanan dalam menterjemahkan ayat-ayat al-quran yang mengandungi dialog antara ahli keluarga kerana beliau menterjemahkan kata ganti nama diri Arab kepada kata panggilan kekeluargaan dalam bahasa Melayu. Ini sekaligus membuktikan bahawa beliau mengambilkira konteks dan peraturan sosiolinguistik masyarakat Melayu semasa menterjemahkan al-quran ke bahasa Melayu. Kata Kunci: Tafsir Pimpinan Ar-Rahman; al-quran; kesantunan; sosiolinguistik; Melayu PENDAHULUAN Tafsir Pimpinan Ar-Rahman merupakan satu terjemahan makna al-quran ke bahasa Melayu yang sangat popular dan telah diulang cetak beberapa kali dan yang terakhir adalah pada tahun 2013. Terjemahan tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat Melayu khususnya di Malaysia disebabkan oleh cara terjemahan makna yang menggunakan bahasa yang ringkas dan mudah difahami oleh setiap pembaca. Terjemahan ini telah diusahakan oleh Sheikh. Beliau telah menterjemahkan 30 juzuk al-quran ke bahasa Melayu. Kemudian hasil terjemahan beliau telah disemak oleh Tuan Haji Muhammad Noor bin Haji Ibrahim bekas Mufti Kerajaan Negeri Kelantan. Pada tahun 1980, cetakan pertama dalam tulisan rumi telah diterbitkan di bawah kawalan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Terjemahan Sheikh Abdullah Basmeih ini telah diulang cetak beberapa kali iaitu pada tahun 1982, 1985, 1987, 1988, 1992, 1995, 1998, 1999, 2000, 2001 dan cetakan terakhir adalah pada tahun 2010.

Penulisan ini bertujuan mengkaji unsur kesantunan yang terdapat dalam kaedah terjemahan yang digunakan oleh terutamanya dalam menterjemahkan kata ganti nama diri daripada bahasa Arab ke bahasa Melayu dengan memilih beberapa ayat al-quran sebagai sampel kajian. PERATURAN SOSIOLINGUISTIK DALAM MASYARAKAT MELAYU Peraturan penggunaan bahasa boleh dibahagikan kepada tiga (3) jenis iaitu peraturan linguistik, sosiolinguistik dan pragmatik (Awang Sariyan: 2007: 3). Kepatuhan pengguna bahasa kepada peraturan-peraturan sosiolinguistik yang terdapat dalam bahasa masyarakatnya menjadi ukuran kepada kesantunan berbahasa. Kata panggilan kekeluargaan adalah termasuk dalam peraturan sosiolinguistik. Awang Sariyan (2007: 4) mendefinisikan peraturan sosiolinguistik kepada penggunaan bahasa yang menitikberatkan hubungan sosial antara pembicara dengan pendengar (dalam konteks komunikasi lisan) dan antara penulis dengan pembaca (dalam konteks komunikasi tulisan). Pemilihan kata perlulah sesuai dengan konteks hubungan kedua-dua pihak yang berinteraksi untuk memastikan wujudnya unsur kesantunan bahasa. Penggunaan kata ganti nama dalam bahasa Melayu adalah berbeza mengikut taraf sosial para pengguna bahasa yang terlibat dalam peristiwa bahasa, hubungan antara manusia, keadaan persekitaran peristiwa bahasa dan tajuk yang diperkatakan (Asmah Omar: 89). Kata ganti nama ada yang berbentuk halus dan ada yang berbentuk kasar (Nik Safiah Karim 1981: 103). Dalam peraturan sosiolinguistik Melayu, kata ganti nama diri kadangkadang diganti dengan kata panggilan kekeluargaan jika melibatkan konteks interaksi antara ahli keluarga. Oleh itu, penterjemah perlu peka dengan penggunaan kata panggilan keluarga dalam menterjemahkan kata ganti nama supaya pembaca dapat memahami maksud ayat mengikut konteks yang betul. Kata ganti nama diri ialah kata nama yang menjadi pengganti sesuatu benda, perkara atau manusia. Kata ganti nama diri orang terbahagi kepada tiga (3) jenis iaitu 1) kata ganti nama diri orang pertama, 2) kata ganti nama diri orang kedua, dan 3) kata ganti nama diri orang ketiga (Tatabahasa Dewan: 103). Kesemua jenis kata ganti nama diri tersebut digunakan mengikut konteks yang berbeza pada peraturan sosiolinguistik masyarakat Melayu. HUBUNGAN KATA GANTI NAMA DIRI DENGAN KATA PANGGILAN KEKELUARGAAN Sistem panggilan merupakan unsur bahasa yang ada pada setiap bahasa di dunia tetapi fungsi dan peranannya mungkin lebih menonjol dalam sesetengah bahasa berbanding bahasa yang lain. Sistem panggilan merupakan unsur penting dalam berkomunikasi bagi masyarakat Melayu untuk menggambarkan cara menghormati seseorang. Antara sistem panggilan dalam peraturan sosiolinguistik Melayu adalah kata panggilan kekeluargaan dan kata panggilan bangsawan. Dalam bahasa Melayu, kata panggilan menunjukkan kehalusan bahasa dan budaya masyarakat Melayu yang berteraskan adab dan akhlak. Penggunaan kata panggilan yang betul ditentukan oleh jarak sosial antara individuindividu yang terlibat dalam wacana tersebut. Dengan erti kata lain, penggunaan kata panggilan dianggap menepati konteks dengan merujuk kepada jarak sosial antara dua pihak

yang berinteraksi. Terdapat kepelbagaian konteks yang akan menentukan kepelbagaian penggunaan kata panggilan. Kata panggilan kekeluargaan didefinisikan kepada kata yang menggantikan nama yang digunakan kepada manusia dengan penentuan gender, rujukan dan kedudukan dalam keluarga. (Nor Hashimah Jalaluddin et al 2005: 17). Penggunaan kata panggilan keluarga melambangkan kehormatan, keeratan dan kesopanan (Nik Safiah Karim 1981: 106-107). Ia perlu diterjemahkan dengan betul daripada Bahasa Arab ke Bahasa Melayu agar boleh menggambarkan tanda hormat seorang yang lebih rendah tarafnya kepada orang yang lebih tinggi taraf atau status kekeluargaannya. Contohnya seorang anak saudara perlu menyapa ayah saudara atau ibu saudara dengan panggilan pakcik atau makcik, bukan dengan panggilan nama sebagai tanda hormat. Dari segi sistem panggilan yang menggunakan kata ganti nama diri, kadang-kadang terdapat masalah pada padanan terjemahan harfiah Arab-Melayu dari sudut sintaksis kerana kata ganti nama diri orang pertama atau kedua boleh berubah apabila suasana dan keadaannya berubah seperti engkau berubah menjadi tuan hamba (Amat Juhari Moain 1989: 75). ANALISA DAN PERBINCANGAN Kertas kerja ini hanya akan menganalisa penggunaan kata panggilan kekeluargaan oleh dalam menterjemahkan kata ganti nama diri Arab. Kategori yang dianalisis ialah kata panggilan antara anak dengan ayah iaitu hubungan dari bawah ke atas. Semua kata panggilan kekeluargaan dan kata ganti nama yang dianalisa dihitamkan. 1- Dialog Nabi Ibrahim dengan ayahandanya. Jadual 1: Surah Maryam (19) : 42 قوله تعاىل: { Tatkala ia berkata kepada bapanya: Wahai ayahku, mengapa ayah menyembah benda yang tidak mendengar dan tidak melihat serta tidak dapat menolongmu sedikit pun? } Jarak sosial yang terdapat dalam ayat di Jadual 1 di atas adalah hubungan dari bawah ke atas iaitu antara anak dengan bapa. Jarak tersebut diterjemahkan kepada (ayah) dan (mu). Terjemahan harfiah untuk frasa تعبد) (لم adalah tidak sepadan kerana kata ganti nama dalam teks asal diterjemahkan tidak sejajar dengan peraturan sintaksis bahasa Melayu. Penulis لم ( menterjemahkan dapati menggunakan kata panggilan ayah untuk menggantikan engkau. Penggunaan kata panggilan ayah boleh dianggap sebagai (تعبد tanda hormat seorang anak terhadap ayahnya. Cuma penulis berpandangan kata ganti (mu) yang digunakan tidak sesuai dengan konteks kesopanan dan kesantunan masyarakat

Melayu dalam komunikasi antara anak dan ayah. Ia kelihatan agak kasar dalam norma masyarakat Melayu. Jadual 2: Surah Maryam (19) : 44 قوله تعاىل: { Wahai ayahku, janganlah ayah menyembah Syaitan, sesungguhnya Syaitan itu adalah menderhaka kepada } Allah yang melimpah-limpah rahmatnya. Jarak sosial yang terdapat dalam ayat di Jadual 2 di atas adalah antara anak dengan bapa. Jarak tersebut diterjemahkan kepada (ayah). Terjemahan harfiah adalah tidak sepadan kerana kata ganti nama dalam teks asal diterjemahkan tidak sejajar dengan peraturan sintaksis bahasa Melayu. Penulis dapati menggunakan kata panggilan ayah untuk menterjemahkan تعبد) (ال menggantikan engkau dan kamu. Penggunaan kata panggilan ayah boleh menggambarkan tanda hormat seorang anak terhadap ayahnya. Jadual 3: Surah Maryam (19) : 45 قوله تعاىل: { } Wahai ayahku, sesungguhnya aku bimbang bahawa ayah akan kena azab dari (Allah) Ar-Rahmaan disebabkan ayah menyembah yang lainnya; maka dengan sebab itu akan menjadilah ayah rakan bagi Syaitan di dalam neraka. Jarak sosial yang terdapat dalam ayat di Jadual 3 di atas adalah antara anak dengan bapa. Jarak tersebut diterjemahkan kepada (aku) dan (ayah). Tiada masalah yang timbul pada terjemahan harfiah (أخاف) kepada (aku bimbang) kerana wujudnya kesepadanan antara peraturan sintaksis bahasa Melayu dan bahasa Arab. Cuma penulis merasakan bahawa penggunaan kata ganti nama diri )aku( tidak sesuai dengan konteks kesopanan dan kesantunan masyarakat Melayu kerana dialog ini berlangsung antara anak dan ayah. Walaupun begitu, penulis dapati terjemahan adalah sopan bila beliau menggunakan kata panggilan ayah menggantikan engkau dan kamu. Penggunaan kata panggilan ayah boleh dianggap sebagai tanda hormat seorang anak terhadap ayahnya. Penulis juga merasakan bahawa kata ganti nama pertama tunggal aku yang diguna dalam teks terjemahan di atas perlu diubah ke saya yang kelihatan lebih bersifat neutral dan sesuai dengan konteks interaksi antara anak dan ayah.

2- Dialog Nabi Ismail dengan ayahandanya Nabi Ibrahim. Jadual 4: Surah al-saaffat (37) : 102 قوله تعاىل: { Maka tatkala anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu? Anaknya menjawab: Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah, } ayah akan mendapati daku dari orangorang yang sabar. Jarak sosial yang terdapat dalam ayat di Jadual 4 di atas adalah hubungan dari bawah ke atas iaitu antara anak dengan bapa. Jarak tersebut diterjemahkan kepada (ayah), (aku), (mu), dan (daku). Terjemahan harfiah adalah sepadan kerana setiap kata ganti nama dalam teks asal diterjemahkan sejajar dengan peraturan sintaksis bahasa Melayu. Cuma penulis berpandangan penggunaan kata ganti nama diri (aku) dan (mu) oleh tidak sesuai dengan konteks kesopanan dan kesantunan masyarakat Melayu kerana kelihatan agak kasar. Walaupun begitu, cuba menyesuaikan penggunaan kata ganti nama diri pada perkataan (ستجدني) kepada kata panggilan kekeluargaan iaitu (ayah). Penulis berpandangan bahawa kata ganti nama pertama tunggal (aku) yang diguna oleh perlu diubah ke (ayah) yang kelihatan lebih sesuai dengan konteks interaksi antara anak dan ayah. 3- Dialog anakanda-anakanda Nabi Yaakob dengan baginda. Jadual 5: Surah Yusuf (12) : 11 قوله تعاىل: { } Mereka pun (pergi berjumpa dengan bapa mereka lalu) berkata: Wahai ayah kami! Mengapa ayah tidak percaya kepada kami tentang Yusuf, padahal sesungguhnya kami sentiasa tukus ikhlas mengambil berat kepadanya?

Jadual 6: Surah Yusuf (12) : 17 قوله تعاىل: { Mereka berkata: Wahai ayah kami! Sesungguhnya kami telah pergi berlumba-lumba berburu dan kami telah tinggalkan Yusuf menjaga barangbarang kami, lalu ia dimakan oleh serigala; dan sudah tentu ayah tidak akan percaya kepada kata-kata kami ini, sekalipun kami adalah orang-orang } yang benar. Jarak sosial yang terdapat dalam dua ayat di Jadual 5 dan Jadual 6 di atas adalah hubungan dari bawah ke atas iaitu antara anak dengan bapa. Jarak tersebut diterjemahkan kepada (ayah) dan (kami). Penulis dapati terjemahan nampak sopan bila beliau menggunakan kata panggilan ayah untuk menterjemahkan لك ال تأمنا) (ما menggantikan engkau. Begitu juga penggunaan kata ganti nama diri kami yang merujuk kepada status anak yang digunakan oleh adalah sesuai dengan konteks kesopanan dan kesantunan masyarakat Melayu. DAPATAN KAJIAN Berdasarkan beberapa contoh ayat yang diteliti, kajian ini mendapati bahawa Abdullah Basmeih amat meraikan unsur kesopanan dalam menterjemahkan ayat-ayat al-quran yang mengandungi dialog antara ahli keluarga kerana beliau menterjemahkan kata ganti nama diri Arab kepada kata panggilan kekeluargaan dalam bahasa Melayu khususnya kata panggilan seorang anak terhadap ayahnya. Ini sekaligus membuktikan bahawa beliau mengambilkira konteks dan peraturan sosiolinguistik masyarakat Melayu semasa menterjemahkan al-quran ke bahasa Melayu. RUJUKAN. (2001). Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian al-quran. Kuala Lumpur: Darul Fikir. Cetakan 12. Amat Juhari Moain. 1989. Sistem Panggilan Dalam Bahasa Melayu: Suatu Analisis Sosiolinguistik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Awang Sariyan. 2007. Santun Berbahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nor Hashimah Jalaluddin et al. 2005. Sistem Panggilan dalam Keluarga Melayu: Satu Dokumentasi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.