DASAR PENGGUNA NEGARA (DPN)

dokumen-dokumen yang mirip
BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

PERUBAHAN. BERMULA DENGAN SAYA KEMPEN KONSUMER KEBANGSAAN Terbitan. Consumer Research and Resource Centre ( H)

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3 PENDIDIKAN SIVIK KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3

Prinsip-prinsip Tingkah Laku Korporat

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2004 PANDUAN PERTUKARAN PEGAWAI AWAM

PERANCANGAN ORGANISASI PENDAHULUAN TUJUAN LATAR BELAKANG ASAS PERTIMBANGAN (RASIONAL) LANGKAH PERANCANGAN STRATEGIK VISI MISI ISU ISU UTAMA

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

PERANCANGAN BANDAR & WILAYAH DI MALAYSIA:

SUNEDISON, INC. September 2013 DASAR ANTI-RASUAH ASING

TERMA ASAS RUJUKAN PERUNTUKAN PERKHIDMATAN PROFESIONAL BAGI KAJIAN KEMUNGKINAN PENGGUBALAN AKTA STANDARD KESELAMATAN SIBER

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1 PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

STANDARD AUDIT DALAM UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA. 1.1 Tujuan Standard Audit Dalam adalah untuk:

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran KAJIAN TEMPATAN

BAB 14 AUDIT DALAMAN

PERANAN PIHAK BERKUASA PERANCANG TEMPATAN DALAM PEMBANGUNAN TANAH

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

PEGAWAI ELEKTRONIK MAKMAL DGA 32/34 PPPLD

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

DORONGAN DAN KERJA BERPASUKAN. Oleh: Najwa Ahmad Zawawi Unit Perkhidmatan, BSM.

Pengawalseliaan Berteraskan Penzahiran

Pengenalan 2. Visi Misi Objektif 3. Strategi- Strategi Utama Pelan Strategik Sumber Manusia Universiti Malaysia Pahang

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

MALAYSIA RANGKA RANCANGAN JANGKA PANJANG KETIGA

PERPADUAN MENJAMIN KECEMERLANGAN GAGASAN 1 MALAYSIA OLEH SHAHRANI BIN YUSOFF PEGAWAI PERPADUAN DAERAH JOHOR BAHRU

KOD KELAKUAN DAN ETIKA BAGI APACMED SEMASA BERINTERAKSI DENGAN PENJAGA KESIHATAN PROFESIONAL

KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

OBJEKTIF DAN STRUKTUR AKTA PERSAINGAN 2010

TAJUK : GURU DAN ALAM PENDIDIKAN

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

KENYATAAN MEDIA LAPORAN PEMBIAYAAN POLITIK JAWATANKUASA KONSULTATIF NASIONAL MENGENAI PEMBIAYAAN POLITIK

Maklumat Am. Supaya dapat menyediakan bahan atau perkhidmatan kepada Kumpulan NSG, para pembekal dikehendaki mematuhi Kod Tatalaku ini.

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PEGAWAI PERKHIDMATAN MEDIA DGA 32/34 PPPLD

Laporan Kesejahteraan Rakyat Malaysia 2013

Prinsip Pembangunan Komuniti

UNIT HAL EHWAL MURID SKTM PROGRAM SEKOLAH SELAMAT

KANDUNGAN. Muka Surat. Sekapur Sirih Kata Alu-aluan.. 4

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

PENILAIAN PENGGALAN SEJAGAT (UPR) PENGENALAN MENGENAI PENILAIAN PENGGALAN SEJAGAT (UPR)

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 6

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN UTAMA (JUSA) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

DASAR PERTUKARAN PEGAWAI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

BAB 1 Dasar Pengurusan ICT

BAB 8 : KESIMPULAN. kawasan bandar Jesselton (Kota Kinabalu) dalam kegiatan badan-badan beruniform

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

GARIS PANDUAN MENGURUSKAN PEGAWAI/STAF YANG BERPRESTASI RENDAH DAN YANG BERMASALAH DI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

DASAR DASAR PERTANIAN (DPN) DPN1 ( ) DPN2 ( ) DPN3 ( ) LATARBELAKANG SEKTOR PERTANIAN NEGARA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

MEMUPUK PEMBANGUNAN KELUARGA DAN MASYARAKAT

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran MATEMATIK

RANCANGAN KESIHATAN SEKOLAH

Nilai-nilai dan Kod Etika Kumpulan Pirelli

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH REKA CIPTA

PANDUAN MENGURUS PEGAWAI TIDAK HADIR BERTUGAS

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. Anugerah Kepimpinan Inovatif UKM

GARIS PANDUAN PENYEDIAAN RANCANGAN MALAYSIA KE SEPULUH (RMKE-10) NEGERI SEMBILAN

KERTAS KONSEP. Piala Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia A.S.A.T

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Ucapan YAB DATO MOHAMED KHALED BIN NORDIN Menteri Besar Johor

Nilai-nilai dan Kod Etika Kumpulan Pirelli

Oleh : Y. BHG. DATO MANGSOR BIN SAAD PENGERUSI EKSEKUTIF SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 4

STANDARD 1 KEPEMIMPINAN

2.0 PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 1 TAHUN 2009

SURAT PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 2002

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN FAQ 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

Pengurusan dan Pembuatan Keputusan FEM 3201

ANUGERAH PENARAFAN BINTANG PENGURUSAN PENTADBIRAN 2016

POLISI PENYELIAAN PELAJAR IJAZAH TINGGI DI UNIVERSITI MALAYA

Membudayakan Kecemerlangan Dalam Perkhidmatan Awam

DASAR PRIVASI. UiTM... Mengubah Destini Anak Bangsa

PRAKTIKUM PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN BUKAN LISAN MESYUARAT PERTAMA. PENGGAL KEEMPAT PARLIMEN KETIGA BELAS. MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BIL. 1 TAHUN 2001

KATERING DAN PENYAJIAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

TAJUK 11 DASAR-DASAR SOSIAL

UTHM.PB/100-6/4/1( 15 ) 4 Februari 2009 SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 1/2009

SKW 101 Pengantar Perancangan dan Pengurusan Pembangunan

BAB 1 ISU PERLAKSANAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA

Sustainable Education 54

No.K.P./ Passport LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN UTAMA SEKTOR AWAM (JUSA) Tahun

Bab 7: Struktur Sistem

DIMENSIKOOP. melibatkan aktiviti perekodan, pengkelasan, menganalisis dan mentafsir kegiatan urus niaga.

BAB 6 Nilai Berkaitan Dengan Demokrasi

SPESIFIKASI TUGAS PEGAWAI PENGURUSAN DG 41 (PRAKTIKUM)

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

REKAAN DAN JAHITAN PAKAIAN

BUKU LOG LATIHAN. Tahun : Kementerian Kesihatan Malaysia. No. K.P. Gred Jawatan :. Tempat Bertugas :

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

Transkripsi:

DASAR PENGGUNA NEGARA (DPN) KENYATAAN DASAR Dasar Pengguna Negara bertujuan menggalakkan keseimbangan hak dan tanggungjawab di kalangan dan di antara pengguna, pembekal/pengilang dan Kerajaan dalam melaksanakan peranan masing-masing, menggalakkan penggunaan lestari (sustainable consumption) di kalangan pengguna dan pembekal/pengilang ke arah memelihara kedaulatan Negara serta prinsip Agama untuk mencapai Wawasan Negara dalam menjamin kesejahteraan dan kebajikan pengguna dalam era globalisasi. Dasar Pengguna Negara memberi fokus terhadap usaha-usaha tiga pihak, iaitu melalui perlindungan kendiri (self-protection) di kalangan pembekal/pengilang dan penglibatan Kerajaan melalui peningkatan tahap perlindungan pengguna yang berkesan. Ini boleh dicapai dengan mewujudkan susasana yang harmoni untuk menggalakkan keseimbangan hak dan tanggungjawab di antara pengguna, pembekal/pengilang dan Kerajaan dengan memantapkan bidang perundangan, amalan perdagangan, pendidikan, kesihatan, kemudahan awam dan lain-lain bidang yang berkaitan RASIONAL DASAR PENGGUNA NEGARA Dasar Pengguna Negara (DPN) diperlukan sebagai prinsip dan panduan dalam menggubal undang-undang berkaitan perlindungan pengguna. DPN juga wajar digunakan dalam penggubalan mana-mana dasar ekonomi atau sosial negara. Dasar ini adalah asas kepada segala kegiatan kepenggunaan oleh Agensi Kerajaan, Persatuan Pengguna, badan bukan Kerajaan yang lain dan sektor swasta supaya perkembangan kepenggunaan yang lestari (sustainable) dapat dipupuk di negara ini. DPN diperlukan dalam menghadapi kesan globalisasi terhadap pengguna, pembekal/pengilang dan Kerajaan. Kepelbagaian barangan dan perkhidmatan serta kecanggihan teknologi kesan dari globalisasi mengubah aspek perundangan, ekonomi, strategi perdagangan dan sosial sesebuah negara. DPN diperlukan bagi mewujudkan masyarakat pengguna yang mempunyai perlindungan kendiri iaitu bijak, bermaklumat, proaktif dah bertanggungjawab, mampu mempengaruhi aktiviti golongan pembekal/pengilang dan sensitif terhadap segala tingkahlakunya yang mempengaruhi keadaan ekonomi dan sosial negara. DPN diperlukan bagi mewujudkan masyarakat pembekal/pengilang yang mempunyai kawalselia kendiri, iaitu bertanggungjawab terhadap kebajikan dan kesejahteraan pengguna.

DPN diperlukan bagi mencapai Wawasan Kerajaan dalam menggalakkan masyarakat pengguna dan pembekal/pengilang yang sentiasa prihatin dan berpengetahuan mengenai hak dan tanggungjawab masing-masing serta berganding bahu bagi mencapai kemakmuran negara seluruhnya. OBJEKTIF Tahap Perlindungan Pengguna Yang Terbaik Memastikan tahap perlindungan pengguna yang terbaik dari segi perlindungan kendiri, kawalselia kendiri dan aspek perundangan. Dari perspektif perundangan, setiap undang-undang yang melibatkan pengguna hendaklah menyediakan peruntukan yang melindungi pengguna, tindakan yang munasabah terhadap kecurangan pembekal/pengilang dan sistem penyelesaian perundingan yang murah, mudah dan cepat. Amalan Perdagangan Yang Saksama dan Bertanggungjawab Menggalakkan amalan perdagangan yang saksama dan bertanggungjawab dalam segala aspek yang melibatkan pengguna khususnya dalam aspek pengeluaran, promosi, penentuan harga dan pemasaran barangan serta perkhidmatan yang dihasilkan oleh pembekal/pengilang supaya dapat memenuhi keperluan asas pengguna dan keselamatan pengguna serta menggalakkan pendekatan untung bersama dalam amalan perdagangan. Menggalakkan kawalselia kendiri dalam amalan perdagangan yang mengutamakan kebajikan dan kesejahteraan pengguna. Pendidikan Memastikan pendidikan pengguna yang berterusan diberi keutamaan oleh sektor awam dan swasta dan diintegrasikan dalam aktiviti pendidikan formal dan tidak formal. Memberi pendidikan pengguna di kalangan pembekal/pengilang mengenai peranan dan tanggungjawab mereka dalam masyarakat sebagai usaha untuk melahirkan masyarakat yang adil dan harmoni. Penggunaan Lestari Dalam Era Globalisasi Meningkatkan usaha ke arah amalan penggunaan lestari (sustainable consumption) di kalangan pengguna, pembekal/pengilang dan Kerajaan, untuk menjamin kesejahteraan dan kebajikan pengguna dalam era globalisasi dan liberalisasi perdagangan.

Hubungan Antara Pengguna, Pembekal/Pengilang Pengilang dan Kerajaan Mengharmonikan hubungan pengguna, pembekal/pengilang dan Kerajaan agar semua pihak mempunyai satu matlamat yang bersepadu iaitu mencapai perlindungan pengguna yang terbaik di bawah satu dasar iaitu DPN. MATLAMAT DASAR PENGGUNA NEGARA Meningkatkan Kebajikan dan Kesejahteraan Pengguna Matlamat utama DPN ialah untuk meningkatkan kebajikan dan kesejahteraan pengguna supaya menjadi pengguna yang bertanggungjawab dan berupaya melaksanakan hak pengguna untuk memilih dan bersuara. Meningkatkan keseimbangan kuasa berunding, maklumat yang sahih dan mencukupi, serta keseimbangan kualiti/pulangan antara pengguna dengan pembekal/pengilang. Meningkatkan Kesejahteraan Sosio-Ekonomi Mewujudkan dan menjamin kesejahteraan sosio-ekonomi di kalangan anggota masyarakat melalui amalan perdagangan yang bertanggungjawab berasaskan kepada hak-hak dan kepentingan pengguna iaitu hak untuk mendapatkan keperluan asas, membuat pilihan, mendapat maklumat, gantirugi, keselamatan, menyuarakan pendapat, mendapat pendidikan pengguna dan hidup dalam alam sekitar yang menjamin kesihatan. Meningkatkan Amalan Penggunaan Lestari Meningkatkan amalan penggunaan lestari dalam mengurus sumber-sumber yang terhad untuk menjamin kesejahteraan ekonomi dan sosial. Penggunaan lestari menggalakkan berbelanja dengan berhemat, menggunakan sumber semulajadi dan kemudahan asas seperti air dan tenaga dengan berhemat, serta memelihara kesejahteraan dan kebajikan pengguna generasi semasa dan generasi akan datang.

STRATEGI Strategi-strategi berikut boleh dilaksanakan bagi tujuan pencapaian objektif-objektif yang telah ditetapkan:- Tahap Perlindungan Pengguna Yang Terbaik SOSIAL Meningkatkan Kualiti Kehidupan Taraf kepenggunaan berkait rapat dengan taraf kualiti kehidupan. Faktor-faktor yang menyumbang dalam peningkatan taraf kualiti kehidupan termasuklah kemudahan asas yang mencukupi, perumahan yang mencukupi, kemudahan kesihatan yang mampu dinikmati oleh semua golongan masyarakat, jaminan makanan yang berzat, kemudahan pendidikan seperti sekolah dan perpustakaan kepada semua golongan masyarakat, serta kemudahan teknologi maklumat yang kesemuanya memainkan peranan penting dalam mencapai penggunaan lestari. Peningkatan kualiti kehidupan memerlukan kerjasama dan permuafakatan pihak Kerajaan, sektor swasta dan pengguna. Pihak Kerajaan hendaklah mengambilkira faktor-faktor di atas dalam penggubalan dasar-dasar Kerajaan dan menyediakan infrastruktur yang mencukupi. Pihak swasta hendaklah mengambilkira faktor-faktor di atas dalam penghasilan/pengeluaran barangan dan perkhidmatan dan pengguna perlu bertanggungjawab untuk memastikan kualiti kehidupan kepada taraf terbaik. Meningkatkan Perlindungan Kendiri Mewujudkan badan khas yang bebas untuk mengendalikan isu-isu kepenggunaan yang dianggotai oleh pihak Kerajaan, pengguna dan pembekal/pengilang. Mewujudkan pusat maklumat pasaran yang lengkap berkenaan barangan dan perkhidmatan di setiap daerah. Meningkatkan Sokongan dan Bantuan Terhadap Pergerakan Kepenggunaan Kemajuan dan keberkesanan pergerakan pengguna berkait rapat dengan sokongan masyarakat, kedudukan kewangan, keberkesanan tenaga penggerak yang mengendalikan gerakan kepenggunaan dan sokongan Kerajaan. Kekurangan sokongan dari masyarakat, kedudukan kewangan yang tidak kukuh dan kelemahan dalam pengurusan organisasi menyebabkan aktiviti pergerakan kepenggunaan tidak dapat dilaksanakan dengan memuaskan. Oleh itu, Kerajaan perlu meneruskan sokongan

terhadap pergerakan pengguna dan aktiviti-aktiviti kepenggunaan. Sumbangan dan sokongan yang diberikan sudah tentu dapat membantu persatuan dalam usaha mempertingkatkan lagi aktiviti-aktiviti kepenggunaan. Menggalakkan Penyertaan Persatuan Pengguna Dalam Pembentukan dan Perlaksanaan Program Agensi Kerajaan Di Peringkat Negeri dan Daerah Menggalakkan penyertaan Persatuan Pengguna dalam pembentukan dan perlaksanaan program kepenggunaan di peringkat negeri dan daerah. Persatuan Pengguna boleh menjadi saluran utama untuk pengguna mengemukakan aduan dan pandangan dengan lebih cepat dan berkesan untuk tindakan sewajarnya, contohnya melalui penyertaan dalam jawatankuasa tertentu diperingkat Agensi Kerajaan dan Pihak Berkuasa Tempatan. PERUNDANGAN Pemantapan Undang-Undang Perlindungan Pengguna Kerajaan hendaklah terus memainkan peranan untuk melindungi dan mengimbangi kepentingan kedua-dua pihak iaitu pengguna dan pembekal/pengilang. Dalam hubungan ini, Kerajaan perlu:- Memantapkan lagi penguatkuasaan undang-undang dan peraturan-peraturan agensi penguatkuasaan di Kemeteriannya supaya tindakan yang berkesan dapat dilaksanakan. Penguatkuasaan boleh dibantu oleh Persatuan Pengguna. Meminda undang-undang yang sedia ada dari masa ke semasa dengan mengenakan tindakan sivil dan jenayah yang setimpal untuk mengawal kegiatankegiatan perdagangan yang tidak bertanggungjawab. Menggubal undang-undang baru dengan mengambilkira kesan globalisasi, liberalisasi perdagangan dan penggunaan lestari. Memastikan setiap undang-undang yang berkait dengan pengguna mengandungi peruntukan yang menjamin kebajikan dan kesejahteraan pengguna. --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Secara umumnya, dasar kepenggunaan negara untuk setiap individu rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat adalah berpandukan kepada falsafah kepenggunaan dan kesedaran oleh setiap individu tersebut menengenai tanggungjawab sebagai seorang pengguna di Malaysia.

Antara falsafah umum kepenggunaan ialah: Mewujudkan sifat berdikasi di kalangan para pengguna iaitu " - "Perlindungan Paling Berkesan Ialah Perlindungan Sendiri." Mewujudkan pembangunan berorientasikan kepada menunaikan keperluan asas manusia melalui kuasa beli kita sebagai pengguna bagi mewujudkan satu kebudayaan hidup yang sesuai, bahagian dan tidak membazir Para pengguna bolehlah merujuk kepada senarai di bawah samaada mereka mempraktikkkan tanggungjawab mereka sebagai pengguna atau tidak walaupun tanpa disedari: Kesedaran untuk mengkritik Pengguna mestilah mempunyai kesedaran untuk mengkritik jika berlaku sebarang penyalahgunaan atau penyelewengan terhadap hak-hak pengguna. Penglibatan dan tindakan Pengguna mesti terlibat dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan hak-hak pengguna dilayani dengan adil. Tanggungjawab sosial Pengguna mesti bertindak dengan penuh tanggungjawab dan kesedaran terhadap masyarakat supaya tindak-tanduk yang diambil tidak menimbulkan kesulitan yang lebih besar. Bersatu padu Pengguna mesti bersatu dan bekerjasama dalam tindakan agar kepentingan mereka tidak mudah digugat. Sumber : http://www.kpdnkk.gov.my/