22 Feb 2012 Kajian Mata Kedua Berita Harian (Singapura)

dokumen-dokumen yang mirip
Ayah: Adakah saya yang memberi gen kanser payu dara kepada anak perempuan saya?

Kesan kecacatan bayi Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN

Masalah Kesihatan Mental Kurang Menerima Perhatian

2 Penyimpanan Tempatan dan Perkongsian Data adalah di bawah Kawalan Anda

PERMASALAHAN DI KALANGAN GURU BERKELUARGA YANG MELANJUTKAN PELAJARAN DI UNIVERSITI

KANSER PAYU DARA. 1 dalam 32 orang Mungkinkah ANDA? menyerang. kanserpayudara (ap-768-mj-05-11)).indd 1

PERSEPSI PENAGIH, IBUBAPA DAN MASYARAKAT TERHADAP DADAH. oleh

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

Fig : Lepuhan air terbentuk pada kulit akibat geseran, gosokan, garu atau tape pelekat

Pakej Generasi Perintis

PENGAWALAN KENCING MANIS

RANCANGAN KESIHATAN SEKOLAH

LAPORAN HASIL DAPATAN KAJIAN PERSEPSI MAHASISWA MENGENAI RASUAH DI MALAYSIA

LMCK 1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH SEM /2017 SET 4 LAPORAN AKHIR

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Satu Malaysia

Apakah yang membimbangkan anda? 3. Informasi lanjut mengenai kanser payudara 4. Informasi lanjut mengenai rawatan kanser payudara 7

30 MAC 2017 SOALAN NO: 55 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT JAWAPAN OLEH YB DATUK SERI DR S.SUBRAMANIAM MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

TEKS UCAPAN PERASMIAN YB DATO SERI DR. HILMI BIN HAJI YAHAYA TIMBALAN MENTERI KESIHATAN MALAYSIA SEMPENA MAJLIS PELANCARAN KEMPEN BARAH USUS BESAR

Kajian Kes (Set 1) Fi Pendaftaran Pesakit Luar Am (warga asing) yang mendapatkan rawatan di

BAB 1 ISU PERLAKSANAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA

SMK TUN TUAH PENYELIDIKAN DAN KONSULTASI SESI 2010/2011 KERTAS CADANGAN UNTUK MENGKAJI :

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT JAWAPAN OLEH YB DATUK SERI DR. S. SUBRAMANIAM MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

KTeractive. PROGRAM BANTUAN KESIHATAN sihat SELANGOR

PUSAT INFORMASI ANGIN AHMAR

1. Terima kasih kerana dapat bersama kami malam ini. Saya ingin mengambil. peluang dalam perjumpaan kita malam ini untuk mengucapkan terima kasih

WABAK DENGGI DI FELDA SERTING SATU, JEMPOL, NEGERI SEMBILAN: SATU PENGALAMAN

Alkohol. Merosakkan tindak balas refleks mental dan fizikal. Kanser otak, lidah, mulut, esofagus, larink dan pundi kencing.

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT

POLISI DAN PROGRAM KESIHATAN REPRODUKTIF DI TEMPAT KERJA

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

JUP 201/3 Pengurusan Kejuruteraan I

GARIS PANDUAN GERAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN (GUP) TOP DOWN PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INSTRUMENTASI (CRIM)

PILIHAN ANDA PENTING, KERANA KEHIDUPAN ANDA AMAT BERMAKNA. Suarakan Pilihan Anda

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perak. Kerja kursus geografi ting. 2

Hidup dengan Tekanan Darah Tinggi

Hasrat Penjagaan Saya

MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)

CPF: Jaminan anda dalam Persaraan

JENIS-JENIS TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN

Masalah Ketika Hamil

Soalan: Mohd Shukri Kuantan. Jawapan:

Kaunseling mampu selamatkan...mahligai bergelora Pasangan akui perlunya komunikasi, bijak sesuai diri hidup bersama dan tahu peranan masing-masing

Anugerah Persuratan 2017

KERTAS KERJA CADANGAN PEMASANGAN JUBIN DI BANGUNAN TABIKA PERPADUAN JALAN REKO, HULU LANGAT

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN. Maklumat Penuh Larian Amal 50 Tahun FSPU. UiTM)

KECELARUAN KEMURUNGAN (Depression Disoder)

UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR MALAYSIA

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

PENGAKUAN. Tandatangan : Nama : No. Matrik : Program :

LAPORAN PELAKSANAAN SISTEM KUALITI DAN PENCAPAIAN OBJEKTIF KUALITI JANUARI-JUN 2008 BAHAGIAN PEMBANGUNAN AUTOMASI

TAJUK PROJEK: PENGLIBATSAMAAN KOMUNITI MELALUI PROGRAM KAJIAN KOMUNITI DAN KES KELUARGA (KKKK) KE ARAH PENAMBAHBAIKAN DALAM KESIHATAN

Borang soal selidik iklim keselamatan perkerjaan Nordic

GARIS PANDUAN Pembangunan Laman Web Universiti Kebangsaan Malaysia

Memahami Angin Ahmar. Menambahkan usia Sihat kepada penduduk Singapura. Sebuah Buku Pendidikan untuk

Kumpulan Pelaksana Pengawal Keselamatan KP11 10

Cabaran dalam Menjaga Kanak-kanak Berkeperluan Khas. Erica Lovel

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Cadangan Pemberian Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal. (BIPK) Bagi Skim Perkhidmatan. Pegawai Perancang Bandar dan Desa

Tahun penyertaan pelan saham kakitangan

1.1 Latar Belakang Penyelidikan

Perlukah saya memulakan Insulin?

UNIT HAL EHWAL MURID SKTM PROGRAM SEKOLAH SELAMAT

FAQ PEKELILING PENTADBIRAN UMP BIL. 6 TAHUN 2017 KEMUDAHAN CUTI KUARANTIN

Mengurus Inflasi. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

BAB IV TAHAP LITERASI POLITIK DAN KERENGGANGAN TERHADAP PARTI: TINJAUAN TERHADAP DATA-DATA SURVEI SEBELUM PRU 12

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

PANDUAN MENGENAI UNDANG-UNDANG PEKERJAAN UNTUK PEKERJA

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN LARIAN HARI KEPUTERAAN SULTAN NAZRIN SHAH [LHKSNS] 2017 (Sila luangkan masa untuk membaca syarat2 dan peraturan di bawah)

LAPORAN PENCAPAIAN PIAGAM PELANGGAN PRASISWAZAH

BAHASA MELAYU KERTAS 2 UJIAN BERTUTUR

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

Oleh Nor Affizar Ibrahim. com.my. gurau tidak lekang

BAB 1 : PENGENALAN KEPADA EKONOMI

Detik terbaik henti merokok

bermain layanglayang tidak memberi perhatian mengalami kecederaan terjatuh SELESAI

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Kami mempunyai sebuah set Prosedur bagi melantik Pengurus-pengurus Dana. Langkah-langkah itu adalah seperti berikut:

Giro Takaful Asas. Perlindungan Takaful yang MENINGKAT bersama anda BSNMalaysia

AKTA PERANTI PERUBATAN 2012 (AKTA 737)

MINIT MESYUARAT MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ) JABATAN PERHUBUNGAN PERUSAHAAN BILANGAN 1 TAHUN 2012

BAB 1 PENGENALAN KAJIAN

BAB I PENGENALAN Pengenalan Kajian

Kurang nutrisi. Big» dah 1Q j. lemak tubuh, imbasan ketumpatan tulang, pengambilan. dilakukan dalam sehari. K e t u a Program Sains Nutrisi Universiti

Giro Takaful Impian. Berikan anak anda inspirasi untuk CAPAI YANG TERBAIK

Kajian kes dan transkrip consulting:

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

DUTI SETEM JELAS UW-NM-F413(E)

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN DEBAT PIALA MENTERI BESAR PERAK 2017

ULASAN TENTANG GEJALA PONTENG SEKOLAH

LAPORAN PENCAPAIAN PIAGAM PELANGGAN PRASISWAZAH

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

FASAL III CUTI HARI REHAT Hari Ahad atau hari Jumaat di mana berkenaan dan hari Sabtu akan dianggap sebagai Hari Rehat Mingguan yang biasa.

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Kajian tinjauan (survey) ini merupakan kajian inferensi dengan menggunakan

BESAR dan kecil. Oleh. Zailan Bin Jeman Sekolah Kebangsaan Tarat, Serian, Sarawak. Abstrak

KOD KELAKUAN DAN ETIKA BAGI APACMED SEMASA BERINTERAKSI DENGAN PENJAGA KESIHATAN PROFESIONAL

PruBSN Anugerah. Sentiasa disisimu.

GARIS PANDUAN GERAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN (GUP) PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INSTRUMENTASI (CRIM)

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM TAHUN /2 EKONOMI ASAS Kertas 2 Mei 2 jam Dua jam

BAB III METODOLOGI KAJIAN. tertentu yang boleh memberikan data yang sahih dan dikehendaki untuk menyelesaikan

Transkripsi:

22 Feb 2012 Kajian Mata Kedua Berita Harian (Singapura) SEKUMPULAN orang Melayu yang menjalani kajian kesihatan mata enam tahun lalu telah diberi peluang menjalani kajian kedua yang dimulakan tahun lalu. Tujuan kajian kedua kali ini adalah mendokumentasikan petanda dan faktor-faktor risiko baru bagi penyakit-penyakit mata utama di kalangan orang Melayu. Kajian Singapore Malay Eye Study (SiMES) pertama telah dijalankan dari 2004 hingga 2006 melibatkan 3,280 penduduk Melayu, dan hasilnya menunjukkan ramai mereka mempunyai tahap kesihatan mata yang agak kurang baik. Separuh daripada mereka didapati mempunyai penglihatan kurang jelas di sekurang-kurangnya satu mata, dengan separuh daripadanya boleh dibaiki dengan memakai cermin mata. Lebih 80 peratus yang menghidap diabetik retinopati (penyakit mata yang berkaitan dengan kencing manis) dan lebih 90 peratus yang menghidap glaukoma tidak sedar mereka menghidap masalah itu. Satu lagi dapatan menunjukkan 60 peratus kebutaan di kalangan orang Melayu berpunca daripada katarak - suatu keadaan yang boleh disembuhkan melalui pembedahan. Kajian kedua (SiMES-2) itu dimulakan seawal Januari tahun lalu dan dijadualkan berakhir tahun depan. Ia melibatkan penduduk Melayu lelaki dan wanita berusia 40 tahun ke atas. Menjelaskan lebih lanjut rasional di sebalik langkah mengadakan kajian kedua itu, Pengarah Institut Kajian Mata Singapura (Seri), yang menjalankan kajian tersebut, Profesor Wong Tien Yin, berkata: 'Kajian lanjutan ini satusatunya cara mendapatkan maklumat mengenai berapa ramai individu yang terlibat dalam kajian pertama yang kemudian menghidap penyakit mata, dan kesannya pada kos penjagaan kesihatan. 'Usaha ini akan juga membantu kami mengenali faktor-faktor risiko utama yang membawa kepada penyakit mata melalui teknologi imbasan terbaru yang kami gunakan untuk mengkaji data kajian.' Selain itu, tambah Profesor Wong, kajian lanjutan akan juga meningkatkan pemahaman mereka mengenai kaitan yang kompleks antara baka dan faktor sekitaran dengan penyakit-penyakit mata. 'Maklumat yang penting yang didapati diharap dapat membantu kami melakar strategi bagi mengurangkan masalah penglihatan dan kebutaan di Singapura dan Asia,' katanya lagi. Asia dikaitkan dengan kajian ini bersandarkan latar belakang yang mendapati 60 peratus kes masalah penglihatan dan kebutaan di dunia terdapat di Asia yang merangkumi orang Melayu, India dan China. Namun, sejauh mana masalah itu meluas di kalangan tiga kaum ini belum diketahui; maka itu kajian SiMES itu dijalankan.

Pemeriksaan percuma Dr Mohamad Rosman Othman, Konsultan Pakar Optalmologi di Pusat Mata Nasional Singapura (SNEC) dan penyelidik projek SiMES, berkata mereka yang terlibat dalam kajian kedua itu akan menjalani pemeriksaan mata yang lengkap secara percuma oleh pakar optalmologi seperti dalam kajian pertama. 'Pemeriksaan ini baik untuk mereka yang mendapati mereka memiliki mata sihat enam tahun lalu dan ingin tahu keadaan mata mereka sekarang kerana masalah mata boleh timbul setelah beberapa lama dan kebanyakannya tidak menunjukkan tanda-tanda sehingga ia telah di tahap lanjut. 'Tetapi, jika dikesan awal, ia boleh dicegah,' kata Dr Mohamad Rosman. Sejauh ini, 878 penduduk Melayu yang terlibat dalam kajian pertama telah menjalani pemeriksaan mata di bawah kajian kedua itu. Antara mereka ialah Cik Siti Zaharah Abdul Wahab, 68 tahun, ibu tujuh anak dan mempunyai 23 cucu dan seorang cicit. 'Alhamdulillah, semasa menjalani ujian mata yang pertama, saya didapati tak ada apa-apa masalah mata. Cuma, saya memang ada pakai cermin mata untuk membaca Quran atau buku. 'Mudah-mudahan ujian mata kali ini pun menunjukkan saya sihat,' kata Cik Siti Zaharah yang tinggal di Bukit Batok, salah satu kawasan yang terlibat dalam kajian SiMES-2. Kawasan-kawasan lain termasuk Jurong West, Telok Blangah, Bukit Merah, Commonwealth, Queenstown dan Tanjong Pagar. Encik Hamzah Bahari, 59 tahun, seorang lagi peserta kajian kedua itu juga memberitahu gembira mengetahui keadaan matanya baik belaka hasil kajian pertama. 'Saya memang tak pernah pakai cermin mata, kecuali untuk membaca, dan penyakit lain pun tak ada,' kata bapa dua anak ini yang bekerja sebagai penjaga pintu di sebuah pusat perubatan. 'Kajian mata seperti ini memang bagus sebab ia beri kesedaran kepada kita tentang masalah mata yang boleh bersangkut-paut dengan penyakit seperti kencing manis dan darah tinggi,' kata Encik Hamzah. Kedua-dua projek kajian mata ini dibiayai melalui geran daripada Majlis Kajian Perubatan Nasional dan Majlis Kajian Biomedikal dan disokong oleh Kementerian Kesihatan, Yayasan Mendaki dan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).

HAMPIR SEPARUH MELAYU PUNYA PENGLIHATAN LEMAH BERIKUT beberapa dapatan utama hasil kajian mata pertama, Singapore Malay Eye Study (SiMES), yang dijalankan oleh Institut Kajian Mata Singapura (Seri). Seorang daripada setiap enam orang Melayu Singapura mengalami masalah kesihatan mata. Sekitar 47 peratus mempunyai penglihatan yang lemah atau buta di satu atau kedua-dua belah mata. Daripada mereka yang mempunyai penglihatan lemah di kedua-dua belah mata, enam daripada 10 orang adalah wanita. Wanita mempunyai kadar kebutaan seganda lebih tinggi berbanding lelaki (4.27 peratus wanita, 2.1 peratus lelaki). Sebanyak 92 peratus kes penglihatan lemah yang dialami orang Melayu sebenarnya boleh dicegah. Dua punca utama penglihatan lemah bagi mereka ialah rabun jauh yang tidak dirawat (55 peratus) dan katarak (37 peratus). Katarak merangkumi 60 peratus punca kebutaan di kalangan orang Melayu. Katarak, masalah penyelaputan kanta mata yang menjejas penglihatan, boleh dirawat melalui pembedahan. Enam daripada 10 orang Melayu berusia 40 tahun ke atas menghidap tekanan darah tinggi. Penyakit ini, yang tidak boleh disembuhkan tetapi hanya dikawal, boleh merosakkan saluran-saluran darah di retina (bahagian di belakang mata yang memfokus imej). Seorang daripada lima orang menghidap kencing manis. Salah satu penyakit mata yang biasa dikaitkan dengan kencing manis ialah diabetic retinopati iaitu gangguan pada saluran-saluran darah di retina dan boleh menyebabkan buta. Sekitar 60 peratus daripada pesakit ini menghidap kencing manis selama 15 tahun atau lebih dan berisiko menjadi buta. Lelaki Melayu lebih cenderung menghidap glaukoma. Glaukoma ialah punca utama kedua yang menyebabkan buta di seluruh dunia. Kajian menunjukkan trend peningkatan glaucoma dengan peningkatan usia di kalangan masyarakat Melyu, walaupun kadarnya rendah (4.5 peratus). Penglihatan yang lemah boleh dikaitkan dengan status sosio-ekonomi iaitu taraf pendidikan dan pendapatan seseorang dan juga masyarakat

di sekelilingnya. Ia bermakna taraf pendidikan rendah boleh dikaitkan dengan tahap kesihatan mata yang rendah satu dapatan baru yang memerlukan kajian lanjut, menurut pengkaji kajian tersebut. Hasil kajian SiMES ini telah diterbitkan dalam majalah Singapore Medical Journal keluaran Februari 2012. PELAWAAN SERTAI SIMES-2 ADAKAH anda di antara mereka yang terlibat dalam kajian kesihatan mata pertama, Singapore Malay Eye Studies (SiMES), yang dijalankan Institut Kajian Mata Singapura (Seri) dari 2004 hingga 2006? Jika ya, anda dipelawa menyertai kajian keduanya (SiMES-2). Pihak Seri sedang berusaha menghubungi kesemua 3,280 peserta yang terlibat dalam kajian pertama untuk mengambil bahagian dalam kajian kedua dan tidak akan mengecualikan mereka walaupun mereka telah berpindah rumah atau tinggal di kawasan lain. Pegawai kajian akan menghubungi peserta melalui telefon atau lawatan ke rumah untuk mendapatkan keterangan lanjut dan memberikan surat janji temu untuk ujian mata. Ujian mata itu akan dijalankan di Seri di Pusat Mata Nasional Singapura (SNEC) dekat Hospital Besar Singaura (SGH). Antara pegawai kajian itu ialah Encik Nazri Shah Zin, 25 tahun. Beliau memberitahu telah menziarahi ke purata 30 rumah sehari untuk kajian kedua itu. Alhamdulillah, ada yang menerima kami dengan baik dan sedia mengambil bahagian lagi dalam kajian kedua ini, tapi ada yang tak mahu atau kata mereka tak boleh dating kerana sudah tua dan tiada siapa yang boleh menghantar mereka untuk jalani ujian mata itu, kata Encik Nazri Shah. Tetapi warga tua seperti ini tidak harus bimbang kerana kami boleh jemput mereka di rumah untuk jalani ujian di Seri dan kemudian menghantar mereka pulang, kata seorang lagi pegawai kajian, Cik Rosesita Shaikh Mohamad, 31 tahun. Perseta atau ahli keluarga mereka yang ingin membuat janji temu bagi kajian ini atau mendapatkan keterangan lanjut boleh menghubungi coordinator SiMES-2, Encik Abdul Farook Abdul Kader, di talian 6601-1012 atau 6601-1019 atau kirim e-mel ke Abdul.Farook.Abdul.Kader@seri.com.sg.