WABAK DENGGI DI FELDA SERTING SATU, JEMPOL, NEGERI SEMBILAN: SATU PENGALAMAN

Ukuran: px
Mulai penontonan dengan halaman:

Download "WABAK DENGGI DI FELDA SERTING SATU, JEMPOL, NEGERI SEMBILAN: SATU PENGALAMAN"

Transkripsi

1 98 Buletin Kesihatan Masyarakat Isu Khas 1999 WABAK DENGGI DI FELDA SERTING SATU, JEMPOL, NEGERI SEMBILAN: SATU PENGALAMAN Mohd. Rizal. A. M.* ABSTRAK Satu tinjauan wabak demam denggi telah dijalankan di FELDA Serting Satu, Jempol, Negeri Sembilan. Objektif tinjauan adalah untuk menilai aktiviti-aktiviti pencegahan dan kawalan, masalah-masalah yang timbul dan cadangan-cadangan untuk mengelakkan wabak dari berulang lagi. Data-data diperolehi dari rekod perubatan, laporan kes demam denggi dan melalui temuramah. Wabak telah diistiharkan pada 8 hb. Ogos, 1997 dan dikawal 15 hari kemudian. Sebanyak 6 kes demam denggi telah dilaporkan dan disahkan melalui ujian serologi denggi. Strategi pencegahan dan kawalan am yang telah diambil adalah menubuhkan bilik gerakan, memberitahu wabak kepada agensi-agensi kerajaan dan swasta, menyelia kakitangan vektor dan merancang aktiviti-aktiviti kawalan, mengadakan mesyuarat dengan agensi lain dan menyediakan laporan harian ke Pejabat Cawangan Bawaan Vektor Negeri. Strategi khusus pula meliputi penyiasatan kes, membuat kajian Aedes, penggunaan abate, memusnahkan tempat pembiakan, pengasapan, memberi pendidikan kesihatan, mengadakan gotong-royong dan menguatkuasakan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit, Masalah--masalah semasa wabak yang telah dihadapi adalah pembuangan sampah yang tidak sanitari, aktiviti kawalan yang kurang berkesan, kekurangan kakitangan dan peralatan serta penglibatan masyarakat yang kurang memuaskan. Cadangan-cadangan yang disarankan adalah membentuk pasukan anti-aedes di kalangan penduduk setempat, memastikan sampah dibuang di tempat yang sesuai, meningkatkan pendidikan kesihatan, menggunakan racun serangga 'water based' dan penggunaan kaedah 'ovitrap'. PENDAHULUAN Penyakit demam denggi telah mula dilaporkan di Malaysia sejak tahun 1902 tetapi jenis demam denggi yang serius iaitu demam denggi berdarah hanya dikenalpasti pada akhir tahun 1962 apabila berlakunya wabak yang pertama di Pulau Pinang (Rudnick et al.). Satu kajian oleh Institut Penyelidikan Perubatan menunjukkan Aedes aegypti yang terdapat dalam kawasan bandar adalah vektor utama dan Aedes albopictus adalah vektor kedua. Pada awal tahun 70an, demam denggi dan demam denggi berdarah telah dikenalpasti sebagai satu masalah utama kesihatan di Malaysia. Kelewatan ini kerana penyakit denggi hanya wajib dilaporkan kepada Kementerian Kesihatan sejak tahun * Jabatan Kesihatan Masyarakat, Fakulti Perubatan, UKM

2 Buletin Kesihatan Masyarakat Isu Khas Kes-kes denggi mula dilaporkan dari negeri-negeri yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi seperti Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor, Perak dan Melaka. Pada tahun 1982, kesemua negeri di Malaysia terlibat dengan penyakit denggi. Sungguhpun penyakit denggi ini biasanya berlaku di kawasan bandar, tetapi kejadian kes dan wabak denggi telah mula dilaporkan di kawasan perkampungan dan pendalaman. Taburan ini disebabkan faktor-faktor ekologi, sosio-ekonomi, tabiat kebudayaan dan kependudukan manusia yang berkaitan dengan tempat pembiakan aedes. Dengan situasi penyakit demam denggi yang semakin serius, maka satu tinjauan wabak denggi telah dijalankan di FELDA Serting Satu, Jempol, N. Sembilan untuk menilai aktiviti-aktiviti pencegahan dan kawalan, masalah-masalah yang timbul dan cadangan-cadangan untuk mengelakkan wabak berulang lagi. METODOLOGI Satu tinjauan wabak demam denggi telah dijalankan di FELDA Serting Satu, Jempol, Negeri Sembilan dari 8 Ogos, 97 sehingga 23 Ogos, 97. Kes pertama demam denggi telah dilaporkan pada 6 Ogos, 97 dan diikuti dengan kes kedua pada 8 Ogos, 97. Wabak telah diisytiharkan pada 8 Ogos, 97 dan sebanyak 6 kes demam denggi telah dilaporkan. Kesemua kes telah disahkan melalui ujian 'blot' serologi denggi yang dijalankan di makmal kajikuman Hospital Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Data-data mengenai wabak diperolehi dari rekod-rekod perubatan, laporan aktivitiaktiviti kawalan dan pencegahan wabak denggi serta melalui temuramah dengan Pegawai Kesihatan Daerah Kuala Pilah/Jempol dan Inspektor Kesihatan Cawangan Penvakit Bawaan Vektor. KEPUTUSAN Strategi pencegahan dan kawalan am yang telah diambil antaranya adalah menubuhkan bilik gerakan di Unit Cawangan Penyakit Bawaan Vektor, Pejabat Kesihatan Kuala Pilah. Inspektor Kesihatan yang 'on call' akan bertugas selepas waktu pejabat untuk memantau situasi wabak. Makluman mengenai kejadian wabak juga disebarkan kepada agensi-agensi kerajaan dan swasta seperti Hospital Kuala Pilah, Pejabat Pengarah Kesihatan Negeri, Pengurus FELDA, Pegawai Daerah dan Majlis Daerah Jempol. Penyeliaan kakitangan Unit Vektor dipertingkatkan dengan mesyuarat setiap hari untuk merancang aktiviti-aktiviti kawalan dan pencegahan. Laporan harian juga dihantar ke Pejabat Cawangan Bawaan Vektor Negeri untuk pemantauan serta mendapatkan bantuan teknikal. Strategi khusus pula meliputi penyiasatan kes, mengadakan kajian Aedes yang meliputi seluruh lokaliti, menggunakan abate di tempat-tempat yang sesuai dan mengadakan aktiviti pengurangan punca dengan memusnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk.

3 100 Buletin Kesihatan Masyarakat Isu Khas 1999 Pengasapan telah dijalankan di sekitar 200 meter radius dari rumah kes pertama. Setelah wabak diisytiharkan, semburan 'Ultra Low Volume' telah dijalankan meliputi seluruh lokaliti. Pendidikan kesihatan juga dilaksanakan termasuklah mengedarkan risalah dan poster serta memberi ceramah berkaitan penyakit demam denggi. Gotong-royong juga diadakan dengan disertai penduduk setempat, kakitangan Majlis Daerah Jempol dan Pengurus FELDA. Penguatkuasaan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit, 1975 juga dijalankan di mana 12 penghuni rumah yang di dapati positif pembiakan aedes telah dikompaun. Masalah-masalah semasa wabak yang telah dikenalpasti adalah pembuangan sampah yang tidak sanitari. Terdapat satu tempat pembuangan sampah yang berdekatan dengan tempat kediaman penduduk Serting Satu dan semasa kajian Aedes di dapati terdapat pembiakan jentik-jentik. Aktiviti-aktiviti kawalan juga kurang berkesan kerana pengasapan tidak dapat dijalankan dengan sempurna kerana hujan. Kekurangan kakitangan juga menimbulkan masalah kerana kejadian penyakit denggi yang berlaku hampir setiap hari di kawasan lain yang juga memerlukan pengawasan dan tindakan dari kakitangan Unit Vektor. Kekurangan peralatan di Unit Vektor seperti ketiadaan mesin 'Ultra Low Volume' juga melambatkan aktiviti pengasapan. Mesin ULV yang digunakan semasa wabak ini dipinjam dari Pejabat Kesihatan Port Dickson dan ini mengambil masa. Akhir sekali sambutan masyarakat yang kurang semasa ceramah dan gotong-royong menyebabkan penyebaran maklumat tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan. CADANGAN Cadangan telah diberi kepada Pengurus FELDA Serting Satu untuk menubuhkan pasukan anti-aedes yang disertai oleh penduduk setempat mengikut blok-blok kediaman. Pasukan ini haruslah memeriksa dan memusnahkan bekas atau tempat pembiakan jentik--jentik sekurang-kurangnya seminggu sekali kerana kitaran hidup nyamuk adalah lebih kurang seminggu. Ini secara tidak langsung menyedarkan warga FELDA supaya menjaga kebersihan dan mengawal pembiakan nyamuk aedes. Pihak pengurusan FELDA harus menangani masalah pelupusan sampah dengan memastikan syarikat yang ditugaskan untuk memungut sampah menjalankan aktiviti mereka dengan baik dan sampah dibuang ke suatu tempat yang jauh dari rumah kediaman. Aktiviti pendidikan kesihatan perlu dipertingkatkan di kalangan penduduk FELDA Serting Satu dan seluruh penduduk berhampiran dari masa ke semasa untuk menyedarkan mereka tentang kepentingan pembuangan sampah yang sempurna, menjaga kebersihan diri dan sekitar serta bahaya penyakit-penyakit yang boleh memudaratkan mereka. Pihak Kesihatan juga harus menyebarkan maklumat mengenai wabak kepada klinik-klinik swasta yang beroperasi di Bandar Baru Serting dan Bahau. Ini disebabkan ada segelintir masyarakat FELDA Serting yang mendapat rawatan awal di klinik ini dan tidak di diagnosa sebagai demam denggi atau tidak dinotifikasi

4 Buletin Kesihatan Masyarakat Isu Khas sebagai penyakit denggi. Oleh itu pesakit tidak dirujuk ke hospital dan tindakan awal untuk mencegah merebakan penyakit ini tidak dapat diambil. Cadangan-cadangan lain yang boleh diambil perhatian adalah mempertingkatkan program bebas denggi di sekolah-sekolah di FELDA Serting dengan memberi penekanan bukan sahaja di sekolah tetapi murid-murid dididik sepaya mengamalkan program bebas denggi di rumah masing-masing. Di pihak Unit Vektor, disyorkan penggunaan racun serangga yang berformulasi 'water based' yang boleh membunuh kedua-dua nyamuk aedes dewasa dan juga di peringkat jentikjentik. Penggunaan kaedah 'ovitrap' untuk mengesan kepadatan nyamuk boleh dijalankan. Kaedah ini berguna untuk kajian larva dan memantau aktiviti pengasapan. PERBINCANGAN Wabak demam denggi yang berlaku di FELDA Serting Satu ini telah dapat dikawal selepas 15 hari diisytiharkan. Menurut 'Quality Assurance' bagi protokol untuk program pengawalan penyakit bawaan vektor, wabak demam denggi harus dikawal dalam masa 14 hari. Selain dari masalah-masalah yang telah diterangkan, ada beberapa faktor yang mungkin menyebabkan berlakunya wabak dan tidak dapat dikawal dalam masa 14 hari. Antaranya adalah purata tarikh 'onset' demam dan tarikh masuk ke hospital adalah 7 hari. Ini menunjukkan mereka lambat mendapatkan rawatan atau mendapat rawatan di klinik swasta terdekat dan tidak didiagnosa sebagai demam denggi atau tidak dinotifikasi kepada Pejabat Kesihatan. Dalam masa 'period of communicability' iaitu sehari sebelum onset hingga hari ke 5, pesakit boleh menyebarkan virus denggi melalui gigitan nyamuk dan menyebabkan wabak. Juga diketahui bahawa Aedes albopictus juga berperanan sebagai vektor kepada virus denggi selain Aedes aegypti. Nyamuk A. albopictus boleh terbang lebih jauh iaitu 45 kilometer dan berupaya hidup ditanah pamah dan juga tanah tinggi atau sejuk. Hasil kajian Aedes yang dijalankan di dapati 12 buah rumah terdapat pembiakan Aedes albopictus. Ini seterusnya menyukarkan pengawalan nyamuk dengan aktiviti pengasapan atau melalui 'Ultra Low Volume' kerana nyamuk tersebut boleh terbang jauh. Sehingga kini masih tiada vaksin yang benar-benar berkesan untuk menghapuskan virus denggi. Walaubagaimanapun penyelidikan terhadap vaksin-vaksin ini masih dijalankan di Thailand dan Amerika Syarikat untuk memastikan ia benar-benar berkesan dan selamat untuk digunakan. KESIMPULAN Peningkatan kes demam denggi yang berlaku di kawasan bukan prioriti atau perkampungan harus diambil perhatian oleh semua pihak terutama pihak Kesihatan. Ini memandangkan sebelum ini kawasan bandar dihantui masalah wabak denggi dan langkah pencegahan di kawasan kampung telah diabaikan. Pendidikan kesihatan di kalangan masyarakat tentang sesuatu penyakit dan cara mencegahnya adalah penting bukan sahaja kepada individu tetapi kepada masyarakat dan negara yang terpaksa

5 102 Buletin Kesihatan Masyarakat Isu Khas 1999 menanggung kos rawatan dan pencegahan. Akhir sekali penglibatan semua pihak baik individu, masyarakat dan agensi-agensi swasta dan kerajaan merupakan satu eleman penting dalam memastikan keberkesanan sesuatu program tercapai. RUJUKAN Asian Medical News. Ogos Hlm. 1 & 22. Kawalan dan Pencegahan Wabak Denggi Hlm Commhlth. medic.ukm.my Panduan Pencegahan dan Kawalan Penyakit Demam Denggi/ Demam Denggi Berdarah Kementerian Kesihatan Malaysia. Quality Assurance Investigation Protocol for Vector-Borne Disease Control Programme. June Kementerian Kesihatan Malaysia. Strategi-Strategi Kawalan Wabak Demam Denggi. Mei Ibu Pejabat Rancangan Kawalan Penyakit Bawaan Vektor, Kuala Lumpur.

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT JAWAPAN OLEH YB DATUK SERI DR. S. SUBRAMANIAM MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT JAWAPAN OLEH YB DATUK SERI DR. S. SUBRAMANIAM MENTERI KESIHATAN MALAYSIA SOALAN NO: 2 5 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT JAWAPAN OLEH YB DATUK SERI DR. S. SUBRAMANIAM MENTERI KESIHATAN MALAYSIA PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATUK NOOR EHSANUDDIN BIN MOHD HARUN NARRASHID

Lebih terperinci

BAB 1 ISU PERLAKSANAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA

BAB 1 ISU PERLAKSANAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA BAB 1 ISU PERLAKSANAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA 1.1 Pendahuluan Para pekerja adalah antara aset penting negara dan menjadi tulang belakang proses pembangunan dimana tanpa sumbangan

Lebih terperinci

PROSEDUR PENGURUSAN WABAK PENYAKIT

PROSEDUR PENGURUSAN WABAK PENYAKIT KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA PEJABAT KESIHATAN KOTA TINGGI, JOHOR PROSEDUR PENGURUSAN WABAK PENYAKIT NO KELUARAN : 04 NO RUJUKAN : JOH-PKKT-PK-AKE03 NO PINDAAN : 03 TARIKH KUATKUASA : 01 OGOS 2015 PROSEDUR

Lebih terperinci

KANDUNGAN TAKLIMAT. Nyamuk aedes Denggi Rawatan denggi Pencegahan denggi Statistik Kes Dan Kematian Aktiviti promosi dan pendidikan di sekolah

KANDUNGAN TAKLIMAT. Nyamuk aedes Denggi Rawatan denggi Pencegahan denggi Statistik Kes Dan Kematian Aktiviti promosi dan pendidikan di sekolah KANDUNGAN TAKLIMAT Nyamuk aedes Denggi Rawatan denggi Pencegahan denggi Statistik Kes Dan Kematian Aktiviti promosi dan pendidikan di sekolah NYAMUK AEDES Jangkitan virus merebak melalui gigitan nyamuk

Lebih terperinci

LAPORAN SIQ (SHORTFALL IN QUALITY) - KEMATIAN KES MALARIA. 2 Cara kes dikesan: ACD PCD MBS Kes Ikutan lain-lain, nyatakan

LAPORAN SIQ (SHORTFALL IN QUALITY) - KEMATIAN KES MALARIA. 2 Cara kes dikesan: ACD PCD MBS Kes Ikutan lain-lain, nyatakan LAPORAN SIQ (SHORTFALL IN QUALITY) - KEMATIAN KES MALARIA Nota 1 Pegawai Kesihatan Daerah diminta mendapat bantuan dan kerjasama Pengarah Hospital untuk melengkapkan borang ini. Seboleh-bolehnya, kes kematian

Lebih terperinci

RANCANGAN KESIHATAN SEKOLAH

RANCANGAN KESIHATAN SEKOLAH 90 Buletin Kesihatan Masyarakat Jilid 5, 1999 RANCANGAN KESIHATAN SEKOLAH Rahmah M.A.* Rancangan Kesihatan Sekolah (RKS) telah diwujudkan sejak tahun 1967, sebagai satu rancangan bersepadu dan komprehensif

Lebih terperinci

MANUAL PENGGUNA SISTEM Modul 1 : Mendaftar masuk, melihat butiran, mengemaskini dan memadam rekod notifikasi Kemalangan

MANUAL PENGGUNA SISTEM Modul 1 : Mendaftar masuk, melihat butiran, mengemaskini dan memadam rekod notifikasi Kemalangan Sistem Pemantauan Keselamatan Dan Kesihatan ( SPKK ) Kepada FELDA GLOBAL VENTURES HOLDINGS BERHAD MANUAL PENGGUNA SISTEM Modul 1 : Mendaftar masuk, melihat butiran, mengemaskini dan memadam rekod notifikasi

Lebih terperinci

PEK.KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN BIL.8 TAHUN 1982 Peraturan-Peraturan Bilik Rekod Di Jabatan Ukur Negeri

PEK.KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN BIL.8 TAHUN 1982 Peraturan-Peraturan Bilik Rekod Di Jabatan Ukur Negeri KKTKW 18/4/4.01/(8) Ibu Pejabat Jabatan Ukur, Jalan Gurney, Kuala Lumpur 15-02 20 hb. November, 1982. PEK.KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN BIL.8 TAHUN 1982 Peraturan-Peraturan Bilik Rekod Di Jabatan Ukur

Lebih terperinci

TEKS UCAPAN Y.BHG. PROF. DATUK DR. SHAHRIN BIN SAHIB NAIB CANSELOR

TEKS UCAPAN Y.BHG. PROF. DATUK DR. SHAHRIN BIN SAHIB NAIB CANSELOR TEKS UCAPAN Y.BHG. PROF. DATUK DR. SHAHRIN BIN SAHIB NAIB CANSELOR ----------------------------------------------------------------------------------------- WELLNESS PROGRAMME TOWARDS A HEALTHY LIFE 1

Lebih terperinci

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.0 Pendahuluan Berdasarkan hasil kajian yang telah dianalisis, pengkaji telah membincangkan secara terperinci mengenai data-data yang diperolehi. Dalam bab lima ini pula,

Lebih terperinci

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2003 PEMERIKSAAN KESIHATAN BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2003 PEMERIKSAAN KESIHATAN BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2003 PEMERIKSAAN KESIHATAN BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM TUJUAN 1. Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan menjelaskan syarat

Lebih terperinci

AKTA PERANTI PERUBATAN 2012 (AKTA 737)

AKTA PERANTI PERUBATAN 2012 (AKTA 737) 26 KANUN (1) [ULASAN Dura PERUNDANGAN] Diyana Kamal 147 AKTA PERANTI PERUBATAN 2012 (AKTA 737) Dura Diyana Kamal durakamal@gmail.com Fakulti Undang-undang, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti

Lebih terperinci

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Masalah projek perumahan terbengkalai merupakan salah satu masalah perumahan yang masih wujud sehingga kini. Ia merupakan projek perumahan di mana kerja pembinaan atau

Lebih terperinci

Dr. Che Rosli bin Che Mat [Hulu Langat]

Dr. Che Rosli bin Che Mat [Hulu Langat] No Soalan: 429 PR-1323-T64081 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB BERTULIS DEWAN RAKYAT MALAYSIA PERTANYAAN JAWAB BERTULIS DARIPADA DR. CHE ROSLI BIN CHE MAT [HULU LANGAT] SO ALAN Dr. Che Rosli bin Che

Lebih terperinci

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Perkembangan dalam bidang komputer pada masa kini telah memberi banyak faedah kepada semua bidang termasuk bidang pentadbiran tanah. Hari ini, kita telah melihat kebanyakan

Lebih terperinci

1.0 Pendahuluan. 2.0 Skop

1.0 Pendahuluan. 2.0 Skop GARIS PANDUAN PROSEDUR MELAPORKAN ADUAN, KEMALANGAN, KEMALANGAN NYARIS, KEJADIAN BERBAHAYA, KERACUNAN, PENYAKIT PEKERJAAN DAN PENYIASATAN DI TEMPAT KERJA INSTITUT AKUAKULTUR TROPIKA UNIVERSITI MALAYSIA

Lebih terperinci

SASARAN KERJA TAHUNAN (2014)

SASARAN KERJA TAHUNAN (2014) BAHAGIAN II SASARAN KERJA TAHUNAN (SKT) (Untuk diisi oleh PYD dan dilampirkan kepada Borang LNPT) PSP/H003/BD1 V.2.0 (a) Aktiviti / Projek / Keterangan yang disenaraikan sebagai Sasaran Kerja Tahunan (SKT)

Lebih terperinci

RUJUKAN: UKM 3.6/224/3 Jld Oktober 2003 PEKELILING PENDAFTAR BIL. 9/2003

RUJUKAN: UKM 3.6/224/3 Jld Oktober 2003 PEKELILING PENDAFTAR BIL. 9/2003 RUJUKAN: UKM 3.6/224/3 Jld. 6 PEKELILING PENDAFTAR BIL. 9/2003 Tarikh: 15 Oktober 2003 Dekan/Pengarah Fakulti/lnstitut/Pusat Ketua Jabatan/Bahagian Universiti Kebangsaan Malaysia Y. Bhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan,

Lebih terperinci

LAPORAN PROGRAM CARI & MUSNAH AEDES ANJURAN MYSIHAT & KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA LMCK2711: TANGGUNGJAWAB ALAM SEKITAR

LAPORAN PROGRAM CARI & MUSNAH AEDES ANJURAN MYSIHAT & KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA LMCK2711: TANGGUNGJAWAB ALAM SEKITAR LAPORAN PROGRAM CARI & MUSNAH AEDES ANJURAN MYSIHAT & KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA LMCK2711: TANGGUNGJAWAB ALAM SEKITAR NAMA: NURUL NISA BINTI MOHD NO.MATRIK: A148243 PROGRAM: SAINS BIOPERUBATAN JAWATAN:

Lebih terperinci

POLISI DAN PROGRAM KESIHATAN REPRODUKTIF DI TEMPAT KERJA

POLISI DAN PROGRAM KESIHATAN REPRODUKTIF DI TEMPAT KERJA POLISI DAN PROGRAM KESIHATAN REPRODUKTIF DI TEMPAT KERJA INSTITUT PERUBATAN DAN PERGIGIAN TERMAJU UNIVERSITI SAINS MALAYSIA POLISI DAN PROGRAM KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN BERKAITAN KESIHATAN REPRODUKTIF

Lebih terperinci

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BIL. 1 TAHUN 2001

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BIL. 1 TAHUN 2001 KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BIL. 1 TAHUN 2001 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN SISTEM PEMANTAUAN PENGUATKUASAAN UNDANG- UNDANG DI PERINGKAT PENTADBIRAN DAERAH JABATAN PERDANA MENTERI

Lebih terperinci

GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN

GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN 1. PENDAHULUAN Garis panduan ini bertujuan untuk memberi panduan kepada staf tentang syarat dan urusan berkaitan salah satu kursus dalam perkhidmatan iaitu pasca-kedoktoran.

Lebih terperinci

Program Dengue Patrol 2018

Program Dengue Patrol 2018 Program Dengue Patrol 2018 Latar Belakang Visi: Bersatu untuk membanteras denggi di dalam usaha menjadikan Malaysia bebas denggi Misi: Untuk memperlengkap dan memperkasa murid sebagai pendidik dan insan

Lebih terperinci

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011 JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011 DASAR DAN PROSEDUR PENEMPATAN PEGAWAI DI BAWAH PROGRAM PENEMPATAN SILANG (CROSS FERTILIZATION PROGRAM) TUJUAN

Lebih terperinci

BAB SATU PENDAHULUAN

BAB SATU PENDAHULUAN 1 BAB SATU PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Di bawah Ordinan (Undang-undang) Kemajuan Tanah (Akta No. 20, 1956), Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan yang dikenali dengan singkatan FELDA adalah sebuah Badan Berkanun

Lebih terperinci

PERANAN PIHAK BERKUASA PERANCANG TEMPATAN DALAM PEMBANGUNAN TANAH

PERANAN PIHAK BERKUASA PERANCANG TEMPATAN DALAM PEMBANGUNAN TANAH PERANAN PIHAK BERKUASA PERANCANG TEMPATAN DALAM PEMBANGUNAN TANAH 1.0 PENGENALAN Sudah diketahui bahawa hal ehwal berkenaan tanah di dalam Perlembagaan Persekutuan dijelaskan di bawah Senarai Negeri, dan

Lebih terperinci

Notis Laman Web Berkenaan Dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

Notis Laman Web Berkenaan Dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 Notis Laman Web Berkenaan Dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 1) Perlindungan dan Penggunaan Akta Peribadi Penang Adventist Hospital ( PAH ) menghargai data peribadi anda dan berusaha untuk melindungi

Lebih terperinci

PERANCANGAN BANDAR & WILAYAH DI MALAYSIA:

PERANCANGAN BANDAR & WILAYAH DI MALAYSIA: PERANCANGAN BANDAR & WILAYAH DI MALAYSIA: PENGENALAN & KONTEKS Nota kuliah ini disumberkan sepenuhnya oleh: http://www.slideshare.net/aidafazihrah/sistem-pentadbiran-perancangan-bandar Foto-foto disumberkan

Lebih terperinci

SASARAN KERJA TAHUNAN ( 2014 )

SASARAN KERJA TAHUNAN ( 2014 ) PSP/H003/BD1 V.2.0 BAHAGIAN II SASARAN KERJA TAHUNAN (SKT) (Untuk diisi oleh PYD dan dilampirkan kepada Borang LNPT) (a) Aktiviti / Projek / Keterangan yang disenaraikan sebagai Sasaran Kerja Tahunan (SKT)

Lebih terperinci

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan 1 BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan Seringkali kedengaran berita tentang tanah-tanah milik persendirian diambil oleh kerajaan di mana sejumlah pampasan akan diberikan kepada tuan tanah untuk menggantikan

Lebih terperinci

Pelan Perancangan Strategik : Bidang HEM

Pelan Perancangan Strategik : Bidang HEM UNIT KESIHATAN 1.0 PENDAHULUAN Unit Kesihatan merupakan salah satu unit di bawah Bahagian Hal Ehwal Murid (HEM). Unit ini bertanggungjawab merancang dan melaksanakan program atau aktiviti berkaitan dengan

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan Projek

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan Projek BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Projek Industri pelancongan, terutamanya yang melibatkan sistem penerbangan, telah menunjukkan keberkesanannya dalam membawa penumpang dan bagasi. Walau bagaimanapun, para

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN KEPADA KAJIAN

BAB 1 PENGENALAN KEPADA KAJIAN 15 BAB 1 PENGENALAN KEPADA KAJIAN 1.0 Pengenalan Manusia dan rumah tidak dapat dipisahkan kerana rumah merupakan tempat manusia berlindung dan berteduh dari segala bahaya dan ancaman. Rumah merupakan keperluan

Lebih terperinci

KERTAS KONSEP. Piala Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia A.S.A.T

KERTAS KONSEP. Piala Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia A.S.A.T KERTAS KONSEP Anugerah Seri Asrama Terbilang Piala Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia A.S.A.T Unit Pengurusan Asrama Sektor Pengurusan Kesihatan Intervensi Asrama (SPKIA) Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

Lebih terperinci

Bab 11. JARINGAN KAWALAN UKUR KADASTER (Sumber Rujukan : Pekeliling KPUP 5/2002)

Bab 11. JARINGAN KAWALAN UKUR KADASTER (Sumber Rujukan : Pekeliling KPUP 5/2002) J Bab 11 JARINGAN KAWALAN UKUR KADASTER (Sumber Rujukan : Pekeliling KPUP 5/2002) aringan kawalan adalah sangat penting kepada kerja-kerja ukur, khasnya kerja ukur kadaster. Ini terbukti apabila di antara

Lebih terperinci

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT JAWAPAN OLEH YB DATUK SERI DR. S. SUBRAMANIAM MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT JAWAPAN OLEH YB DATUK SERI DR. S. SUBRAMANIAM MENTERI KESIHATAN MALAYSIA SOALAN NO :17 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT JAWAPAN OLEH YB DATUK SERI DR. S. SUBRAMANIAM MENTERI KESIHATAN MALAYSIA PERTANYAAN DARIPADA TARIKH SO ALAN LIS AN YB DATUK ZAHIDI BIN ZAINUL ABIDIN

Lebih terperinci

IKHLAS BASIC TERM TAKAFUL

IKHLAS BASIC TERM TAKAFUL IKHLAS BASIC TERM TAKAFUL Perlindungan untuk orang yang tersayang www.takaful-ikhlas.com.my PERLINDUNGAN UNTUK ORANG YANG TERSAYANG Di dalam kehidupan ini, kita tidak dapat lari dari keadaan yang sukar

Lebih terperinci

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT JAWAPAN OLEH YB DATUK SERI DR. S.SUBRAMANIAM MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT JAWAPAN OLEH YB DATUK SERI DR. S.SUBRAMANIAM MENTERI KESIHATAN MALAYSIA SOALAN NO: 40 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT JAWAPAN OLEH YB DATUK SERI DR. S.SUBRAMANIAM MENTERI KESIHATAN MALAYSIA PERTANYAAN DARIPADA TARIKH : LISAN : YB DATO' NGEH KOO HAM [ BERUAS 1 : 5 NOVEMBER

Lebih terperinci

S A R A N A. Sekolah. Inisiatif Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta Suatu Inisiatif Utama Makmal GTP2.0

S A R A N A. Sekolah. Inisiatif Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta Suatu Inisiatif Utama Makmal GTP2.0 S A R A N A Sekolah Inisiatif Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta Suatu Inisiatif Utama Makmal GTP2.0 Kepercayaan kepada Tuhan Kesetiaan kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-Undang

Lebih terperinci

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN 1 BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN 1.1 Pengenalan Sejak hampir dua dekad yang lalu, beberapa kajian berkaitan penilaian selepas-dihuni (post-occupancy

Lebih terperinci

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Perancangan Bandar yang berkualiti mampu memantapkan perkhidmatan pihak berkuasa tempatan terutamanya di dalam zaman pembangunan teknologi yang pesat kini. Kemunculan bandar-bandar

Lebih terperinci

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM 1 Dasar Pemberi Maklumat (Dalaman) Definisi 1. Pemberian maklumat adalah pendedahan yang dilakukan oleh individu yang kebiasaannya terdiri daripada

Lebih terperinci

Jangkitan Patogen/ Keracunan/ Penyakit Pekerjaan. Kesan Insiden : Kematian Kecederaan anggota/kemudaratan Kerosakan harta benda

Jangkitan Patogen/ Keracunan/ Penyakit Pekerjaan. Kesan Insiden : Kematian Kecederaan anggota/kemudaratan Kerosakan harta benda UMT/MB/M/203 BORANG LAPORAN KEMALANGAN/KEJADIAN MERBAHAYA/KERACUNAN/PENYAKIT PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU Kepada: Ketua Makmal, Urusetia JKKP Induk UMT d/a Bangunan Kompleks

Lebih terperinci

UNIT PERSEKITARAN, KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN UTM

UNIT PERSEKITARAN, KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN UTM UNIT PERSEKITARAN, KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN UTM PROSEDUR MELAPORKAN ADUAN, KEMALANGAN, KEMALANGAN NYARIS, KEJADIAN BERBAHAYA, KERACUNAN, PENYAKIT PEKERJAAN DAN PENYIASATAN PENDAHULUAN Peraturan-Peraturan

Lebih terperinci

SASARAN KERJA TAHUNAN ( 2014 )

SASARAN KERJA TAHUNAN ( 2014 ) PSP/H003/BD1 V.2.0 BAHAGIAN II SASARAN KERJA TAHUNAN (SKT) (Untuk diisi oleh PYD dan dilampirkan kepada Borang LNPT) (a) Aktiviti / Projek / Keterangan yang disenaraikan sebagai Sasaran Kerja Tahunan (SKT)

Lebih terperinci

K E L U A R G A D E N G G

K E L U A R G A D E N G G POSHayat5.indd 1 I D I I R & K E L U A R G A I N D U N G L A N D A D A R I P A D A I D E N G G Dari Januari hingga Ogos 2014, jumlah kes denggi telah mencecah hampir 60,000 kes atau telah meningkat sebanyak

Lebih terperinci

SMK SYED HASSAN SEKOLAH SUKAN NEGERI

SMK SYED HASSAN SEKOLAH SUKAN NEGERI SENARAI TUGAS JAWATANKUASA MAJLIS HEM JAWATANKUASA LEMBAGA DISIPLIN 1. Meningkatkan tahap disiplin sekolah dengan memberi idea dan pandangan melalui perbincangan dalam menggubal Peraturan Sekolah. 2. Memberi

Lebih terperinci

PENGURUSAN SUMBER LUAR (KONTRAK PERKHIDMATAN)

PENGURUSAN SUMBER LUAR (KONTRAK PERKHIDMATAN) SISTEM PENGURUSAN KUALITI MS ISO 9001:2008 BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PEJABAT PENDIDIKAN WILAYAH PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PK19 PENGURUSAN SUMBER LUAR (KONTRAK PERKHIDMATAN)

Lebih terperinci

Polisi Privasi. Pengenalan

Polisi Privasi. Pengenalan Polisi Privasi Pengenalan imsme ialah satu platform rujukan atas talian yang pertama di Malaysia bagi pinjaman/ pembiayaan PKS yang dimiliki dan diuruskan sepenuhnya oleh Credit Guarantee Corporation Malaysia

Lebih terperinci

SKIM PERKHIDMATAN KESIHATAN PELAJAR. (pindaan 2013)

SKIM PERKHIDMATAN KESIHATAN PELAJAR. (pindaan 2013) SKIM PERKHIDMATAN KESIHATAN PELAJAR (pindaan 2013) KANDUNGAN PERKARA MUKASURAT 1.0 PENDAHULUAN 1 2.0 DEFINISI 1 3.0 PEMERIKSAAN KESIHATAN UNTUK PELAJAR DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA 3 4.0 YURAN SKIM PERKHIDMATAN

Lebih terperinci

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA GARIS PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGURUSAN MEL ELEKTRONIK

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA GARIS PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGURUSAN MEL ELEKTRONIK 1/18-5-29 1 / 11 UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA GARIS PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGURUSAN MEL ELEKTRONIK 1. PENGENALAN Garis panduan ini adalah untuk memberikan panduan yang khusus kepada semua pegawai

Lebih terperinci

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN : Y.B. TUAN GOOI HSIAO-LEUNG (ALOR SETAR) Saya memohon untuk menjawab soalan dari Yang Berhormat jasin

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN : Y.B. TUAN GOOI HSIAO-LEUNG (ALOR SETAR) Saya memohon untuk menjawab soalan dari Yang Berhormat jasin NO SOALAN :37 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA DARIPADA PERTANYAAN TARIKH : Y.B. TUAN GOOI HSIAO-LEUNG (ALOR SETAR) LIS AN 07.04.2014 Y.B. TUAN GOOI HSIAO-LEUNG [ ALOR SETAR ] minta MENTERI

Lebih terperinci

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Senario desakan pembangunan, acapkali dihubungkaitkan dengan aktiviti-aktiviti pencerobohan di kawasan-kawasan tanah tinggi dan lereng-lereng bukit yang mempunyai kecerunan

Lebih terperinci

Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia dan Salam Ilmu Keikhlasan Kecemerlangan UniMAP

Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia dan Salam Ilmu Keikhlasan Kecemerlangan UniMAP TALKING POINT YG BHG BRIG. JENERAL DATUK PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP) SEMPENA PROGRAM HIDUP SIHAT TANPA AEDES & PELANCARAN SKUAD COMBI PELAJAR UNIMAP 2014

Lebih terperinci

Sustainable Education 54

Sustainable Education 54 Sustainable Education 54 AMALAN PEMBUANGAN SAMPAH DALAM KALANGAN PENSYARAH, PELAJAR & PEKERJA KAFETERIA DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU- KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM Fazida binti Haji Othman Jabatan Sains Sosial,

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.8 Pengenalan Projek

BAB 1 PENGENALAN. 1.8 Pengenalan Projek BAB 1 PENGENALAN 1.8 Pengenalan Projek Kes kecemasan terutamanya kes kebakaran boleh menyebabkan bencana kepada manusia dan harta benda. Bencana yang berlaku adalah seperti kecederaan fizikal dan mental,

Lebih terperinci

LAPORAN HC KEMAHIRAN KOMUNIKASI NAMA : SHARIFAH NADZIRAH BINTI SYED MUTHADZA ALAM SHAH ( A144662)

LAPORAN HC KEMAHIRAN KOMUNIKASI NAMA : SHARIFAH NADZIRAH BINTI SYED MUTHADZA ALAM SHAH ( A144662) LAPORAN HC KEMAHIRAN KOMUNIKASI NAMA : SHARIFAH NADZIRAH BINTI SYED MUTHADZA ALAM SHAH ( A144662) NAMA PROJEK : PROGRAM INTAI DESA ANJURAN : PROGRAM KESIHATAN PERSEKITARAN DAN KESELAMATAN INDUSTRI (KPKI)

Lebih terperinci

1.1 Latar Belakang Penyelidikan

1.1 Latar Belakang Penyelidikan 1 BAB 1 PENGENALAN Hospital adalah sebuah institusi penjagaan kesihatan yang menyediakan perkhidmatan dan rawatan kepada pesakit. Kaki tangan khusus, peralatan dan sistem pengurusan rawatan pesakit adalah

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Bahagian III Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), Pindaan 2001 (Akta A1129) telah memperuntukkan keperluan kepada penyediaan sistem rancangan pemajuan sebagai

Lebih terperinci

1.0 Langkah-langkah Sebelum Latihan Mengajar

1.0 Langkah-langkah Sebelum Latihan Mengajar 20 BAB 2 Langkah-langkah Awal, Semasa dan Akhir Latihan Mengajar 1.0 Langkah-langkah Sebelum Latihan Mengajar 1.1 Menghadiri Taklimat Latihan Mengajar Taklimat Latihan Mengajar diadakan oleh Jawatankuasa

Lebih terperinci

PROSEDUR PENGAMBILAN CONTOH MAKANAN

PROSEDUR PENGAMBILAN CONTOH MAKANAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA PEJABAT KESIHATAN KOTA TINGGI, JOHOR PROSEDUR PENGAMBILAN CONTOH MAKANAN NO KELUARAN : 06 NO RUJUKAN : JOH-PKKT-PK-AKE02 NO PINDAAN : 01 TARIKH KUATKUASA : 14 OGOS 2014 PROSEDUR

Lebih terperinci

LAPORAN BERGAMBAR AKTIVITI GOTONG-ROYONG MENCEGAH NYAMUK AEDES DAN DEMAM DENGGI

LAPORAN BERGAMBAR AKTIVITI GOTONG-ROYONG MENCEGAH NYAMUK AEDES DAN DEMAM DENGGI LAPORAN BERGAMBAR AKTIVITI GOTONG-ROYONG MENCEGAH NYAMUK AEDES DAN DEMAM DENGGI ANJURAN KAWASAN RUKUN TETANGGA (KRT) JALAN H DAN K, PRESINT 11 DENGAN KERJASAMA MAJLIS PERWAKILAN KESEJAHTERAAN BANDAR (MPKB)

Lebih terperinci

Kejohanan Sukan Ekstrem Paintball Murid Asrama Harian Kementerian Pendidikan Malaysia

Kejohanan Sukan Ekstrem Paintball Murid Asrama Harian Kementerian Pendidikan Malaysia KERTAS KONSEP Kejohanan Sukan Ekstrem Paintball Murid Asrama Harian Kementerian Pendidikan Malaysia Unit Pengurusan Asrama Sektor Pengurusan Kesihatan Intervensi Asrama (SPKIA) Bahagian Pengurusan Sekolah

Lebih terperinci

BAB V KESIMPULAN. Di dalam bab ini pengkaji akan membincangkan tentang kedapatan atau

BAB V KESIMPULAN. Di dalam bab ini pengkaji akan membincangkan tentang kedapatan atau BAB V KESIMPULAN 5.1 PENGENALAN Di dalam bab ini pengkaji akan membincangkan tentang kedapatan atau pandangan setelah meneliti hasil kajian dari Bab IV dan juga akan mengemukakan suatu rumusan ringkas

Lebih terperinci

Garis Panduan Bagi Perbelanjaan Potongan Dua Kali Untuk Perbelanjaan Penyelidikan Dan Pembangunan Di Bawah Seksyen 34A Akta Cukai Pendapatan 1967

Garis Panduan Bagi Perbelanjaan Potongan Dua Kali Untuk Perbelanjaan Penyelidikan Dan Pembangunan Di Bawah Seksyen 34A Akta Cukai Pendapatan 1967 Garis Panduan Bagi Perbelanjaan Potongan Dua Kali Untuk Perbelanjaan Penyelidikan Dan Pembangunan Di Bawah Seksyen 34A Akta Cukai Pendapatan 1967 Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia KANDUNGAN Muka Surat

Lebih terperinci

HUSM/LCD/QP-19 PENGURUSAN SISA HOSPITAL MAKMAL PERUBATAN HOSPITAL UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

HUSM/LCD/QP-19 PENGURUSAN SISA HOSPITAL MAKMAL PERUBATAN HOSPITAL UNIVERSITI SAINS MALAYSIA HUSM/LCD/QP-19 MAKMAL PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Disediakan Oleh : Diluluskan Oleh : Tarikh kuatkuasa : 1.11.2009 MAKMAL PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Mukasurat 1 drp 13 Tajuk : ISI KANDUNGAN

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang BAB 1 PENGENALAN 1.1 Latar Belakang Luar bandar merupakan satu kawasan yang dikenalpasti sebagai satu kawasan yang mundur dan kurang mendapat kemajuan seiring dengan kawasan bandar. Luar bandar juga dikenali

Lebih terperinci

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar Rumusan Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar normal yang lain. Secara keseluruhannya pemaparan

Lebih terperinci

KENYATAAN MEDIA LAPORAN PEMBIAYAAN POLITIK JAWATANKUASA KONSULTATIF NASIONAL MENGENAI PEMBIAYAAN POLITIK

KENYATAAN MEDIA LAPORAN PEMBIAYAAN POLITIK JAWATANKUASA KONSULTATIF NASIONAL MENGENAI PEMBIAYAAN POLITIK KENYATAAN MEDIA LAPORAN PEMBIAYAAN POLITIK JAWATANKUASA KONSULTATIF NASIONAL MENGENAI PEMBIAYAAN POLITIK JAWATANKUASA Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) telah ditubuhkan oleh YAB

Lebih terperinci

UNIT HAL EHWAL MURID SKTM PROGRAM SEKOLAH SELAMAT

UNIT HAL EHWAL MURID SKTM PROGRAM SEKOLAH SELAMAT UNIT HAL EHWAL MURID SKTM PROGRAM SEKOLAH SELAMAT ELEMEN SEKOLAH SELAMAT 2012 1. Keselamatan pelajar pergi balik sekolah. 2. Keselamatan warga sekolah. DEFINISI Sekolah Selamat didefinisikan sebagai persekitaran

Lebih terperinci

PENGAJARAN BERPASANGAN

PENGAJARAN BERPASANGAN LAMPIRAN 2-2 PENGAJARAN BERPASANGAN 1. Konsep Satu strategi yang melibatkan dua orang pelajar bekerjasama merancang pengajaran dan pembelajaran, memerhati pengajaran rakan sebaya dan memberi maklum balas

Lebih terperinci

PENYIASATAN KEMALANGAN & SISTEM PELAPORAN KEMALANGAN

PENYIASATAN KEMALANGAN & SISTEM PELAPORAN KEMALANGAN PENYIASATAN KEMALANGAN & SISTEM PELAPORAN KEMALANGAN Suzana Hj Abu Bakar Pejabat Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan UKM 03-8921 3329 / 019-2627338 sab@ukm.edu.my AKTA DAN PERATURAN BERKAITAN PENYIASATAN

Lebih terperinci

2. Sehubungan dengan itu, pihak kami tiada apa-apa halangan ke atas

2. Sehubungan dengan itu, pihak kami tiada apa-apa halangan ke atas PEJABAT KESIHATAN DAERAH MELAKA TENGAH, JALAN BUKIT BARU, 75150 MELAKA, No. Telefon : 06-2823760 06-2822332 No Fax : 06-28162'19 Nadi Consult Era Sdn. Bhd. No.47D, Jalan Orkid 28, Seksyen BS2, Bukit Sentosa,

Lebih terperinci

DASAR PENGURUSAN REKOD KERAJAAN

DASAR PENGURUSAN REKOD KERAJAAN DASAR PENGURUSAN REKOD KERAJAAN ARKIB NEGARA MALAYSIA DASAR PENGURUSAN REKOD KERAJAAN 1. PENDAHULUAN Dasar ini menetapkan prinsip dan teras pengurusan rekod yang perlu dipatuhi dan dilaksanakan oleh setiap

Lebih terperinci

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN LISAN : DATUK DR. MARCUS MOJIGOH (PUTATAN) TARIKH : (SELASA)

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN LISAN : DATUK DR. MARCUS MOJIGOH (PUTATAN) TARIKH : (SELASA) z -i NO SOALAN : 19 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN LISAN PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : DATUK DR. MAKIN @ MARCUS MOJIGOH (PUTATAN) TARIKH : 01.08.17 (SELASA) SOALAN: Minta PERDANA MENTERI menyatakan:-

Lebih terperinci

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971 PERLEMBAGAAN UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR) 2012 -------------------------------------------

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian 1 BAB 1 PENGENALAN 1.1 Latar Belakang Kajian Kampus merupakan suatu persekitaran yang menempatkan ribuan pelajar untuk menjalankan aktiviti akademik. Di samping pelajar, sebuah kampus turut menempatkan

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Perindustrian merupakan salah satu sektor penting dalam pembangunan harta tanah di Malaysia pada masa kini. Satu sistem perancangan yang baik untuk sektor perindustrian

Lebih terperinci

PENGAGIHAN NETBOOK 1MALAYSIA BAGI SEKOLAH-SEKOLAH KPM GARIS PANDUAN. November Versi 1.0

PENGAGIHAN NETBOOK 1MALAYSIA BAGI SEKOLAH-SEKOLAH KPM GARIS PANDUAN. November Versi 1.0 PENGAGIHAN NETBOOK 1MALAYSIA BAGI SEKOLAH-SEKOLAH KPM GARIS PANDUAN November 2014 Versi 1.0 KANDUNGAN m/s 1.0. Pendahuluan 1 2.0. Proses Pengagihan 2.1 Pengagihan Netbook 1Malaysia ke Sekolah 2 2.2. Pengagihan

Lebih terperinci

KANDUNGAN. 1.0 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan 1.2 Tujuan 2.0 LATIHANPENGUSIAN BANGUNAN 3.0 BEDAH SIASAT BERSAMA BOMBA. 4.0 KESIMPULAN.

KANDUNGAN. 1.0 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan 1.2 Tujuan 2.0 LATIHANPENGUSIAN BANGUNAN 3.0 BEDAH SIASAT BERSAMA BOMBA. 4.0 KESIMPULAN. KANDUNGAN 1.0 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan 1.2 Tujuan 2.0 LATIHANPENGUSIAN BANGUNAN 3.0 BEDAH SIASAT BERSAMA BOMBA. 4.0 KESIMPULAN. 5.0 LAPORAN BERGAMBAR. 1 UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA UNIVERSITI

Lebih terperinci

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. langkah-langkah yang akan dilaksanakan dalam proses pengumpulan data

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. langkah-langkah yang akan dilaksanakan dalam proses pengumpulan data BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 PENDAHULUAN Bab ini akan membincangkan proses yang perlu diselaraskan dan langkah-langkah yang akan dilaksanakan dalam proses pengumpulan data mentah untuk kajian ini. Langkah-langkah

Lebih terperinci

GARIS PANDUAN MENGURUSKAN PEGAWAI/STAF YANG BERPRESTASI RENDAH DAN YANG BERMASALAH DI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

GARIS PANDUAN MENGURUSKAN PEGAWAI/STAF YANG BERPRESTASI RENDAH DAN YANG BERMASALAH DI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA GARIS PANDUAN MENGURUSKAN PEGAWAI/STAF YANG BERPRESTASI RENDAH DAN YANG BERMASALAH DI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA TUJUAN 1. Untuk memaklumkan Pusat Tanggungjawab, Pusat Kecemerlangan dan semua Jabatan/Pejabat/Unit

Lebih terperinci

GARIS PANDUAN LATIHAN PROFESIONAL/INDUSTRI

GARIS PANDUAN LATIHAN PROFESIONAL/INDUSTRI GARIS PANDUAN LATIHAN PROFESIONAL/INDUSTRI 1. PENDAHULUAN Garis panduan ini mula dikuatkuasakan tahun 1976 dan telah melalui beberapa pindaan selaras dengan keperluan semasa. 2. DEFINISI NO TERMA DEFINISI

Lebih terperinci

BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT

BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT 1.0 Latarbelakang Kajian Tempat kerja dan pekerja merupakan dua entiti yang saling berkait rapat di antara satu sama lain. Perkaitan ini wujud kerana pekerja

Lebih terperinci

BUKU LOG LATIHAN. Tahun : Kementerian Kesihatan Malaysia. No. K.P. Gred Jawatan :. Tempat Bertugas :

BUKU LOG LATIHAN. Tahun : Kementerian Kesihatan Malaysia. No. K.P. Gred Jawatan :. Tempat Bertugas : BUKU LOG LATIHAN Tahun : Kementerian Kesihatan Malaysia Nama :. No. K.P. Gred Jawatan :. Bertugas : BUKU LOG LATIHAN, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 1. TUJUAN Buku ini diterbitkan oleh Kementerian Kesihatan

Lebih terperinci

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKIM KEMUDAHAN PERUBATAN PEGAWAI PENGENALAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKIM KEMUDAHAN PERUBATAN PEGAWAI PENGENALAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKIM KEMUDAHAN PERUBATAN PEGAWAI PENGENALAN Nama F1. Skim ini dinamakan Skim Kemudahan Perubatan Pegawai Universiti Putra Malaysia Tujuan F2. Skim ini menetapkan kemudahan-kemudahan

Lebih terperinci

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pembangunan Negara menjadi agenda utama dalam setiap kali belanjawan Negara dibentangkan. Ini jelas terbukti dengan peruntukan yang banyak telah disediakan untuk meningkatkan

Lebih terperinci

PROSEDUR PEMBELIAN BAHAN ARKIB

PROSEDUR PEMBELIAN BAHAN ARKIB PROSEDUR PEMBELIAN BAHAN ARKIB SEKSYEN PEROLEHAN ARKIB NEGARA MALAYSIA 1 KANDUNGAN MUKA SURAT 1. Tujuan 3 2. Skop 3 3. Latar Belakang 3 4. Objektif Pembelian Bahan 3 5. Punca Kuasa 4 6. Penubuhan Pasukan

Lebih terperinci

SENARAI TUGAS GURU BESAR

SENARAI TUGAS GURU BESAR SENARAI TUGAS GURU BESAR A. Pentadbiran: Dalam bidang pentadbiran, Guru Besar adalah bertanggungjawab secara langsung dalam segala pengurusan perjawatan dan perkhidmatan guru dan kakitangan bukan guru

Lebih terperinci

PENGLIBATAN DAN PRESTASI KOPERASI DALAM SEKTOR PERUMAHAN DI MALAYSIA

PENGLIBATAN DAN PRESTASI KOPERASI DALAM SEKTOR PERUMAHAN DI MALAYSIA PENGLIBATAN DAN PRESTASI KOPERASI DALAM SEKTOR PERUMAHAN DI MALAYSIA NAJMAH BINTI NAWAWI MOHD. NUSI BIN ABD. RAHMAN NOOR SHAFEEZA BINTI ZAINUDDIN NUR SYAZWANI BINTI ZAINUL ABIDIN RINGKASAN EKSEKUTIF Penyelidikan

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Secara umumnya, kuari merupakan suatu tempat untuk mendapatkan batu, batu loh dan lain-lain jenis batuan dengan cara menggerudi, menembak, meletupkan dan sebagainya (DBP,

Lebih terperinci

PROGRAM PERLINDUNGAN SINARAN (PPS)

PROGRAM PERLINDUNGAN SINARAN (PPS) PROGRAM PERLINDUNGAN SINARAN (PPS) RADAS PENYINARAN (LESEN KELAS C) The University of Nottingham Malaysia Campus Jalan Broga, 43500 Semenyih Selangor Darul Ehsan Malaysia Telefon: +6 (03) 8924 8000 Fax:

Lebih terperinci

TUNTUTAN TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN

TUNTUTAN TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN Tuntutan Takaful Perubatan dan Kesihatan 251 BAB A13 TUNTUTAN TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN PENGENALAN Bab A13 akan membincangkan isu-isu berkaitan tuntutan Takaful perubatan dan kesihatan, yang meliputi

Lebih terperinci

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN TANGGUNGJAWAB PENYELIA-CALON

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN TANGGUNGJAWAB PENYELIA-CALON UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN TANGGUNGJAWAB PENYELIA-CALON Surat perakuan ini mentakrifkan hubungan penyeliaan antara (Nama Penyelia1) dan (Nama Calon) (Nama Penyelia 2) (No. Matrik) (Nama Penyelia 3) bagi

Lebih terperinci

D.R. 20/2007 RANG UNDANG-UNDANG MAKMAL PATOLOGI 2007

D.R. 20/2007 RANG UNDANG-UNDANG MAKMAL PATOLOGI 2007 1 D.R. 20/2007 RANG UNDANG-UNDANG MAKMAL PATOLOGI 2007 SUSUNAN FASAL BAHAGIAN I PERMULAAN Fasal 1. Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 2. Tafsiran BAHAGIAN II KAWALAN KE ATAS MAKMAL PATOLOGI 3. Kelulusan

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Selepas negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, proses urbanisasi yang pesat telah berlaku terutamanya di bandar-bandar besar, semakin banyak bangunan yang didirikan

Lebih terperinci

POLISI PENGURUSAN TENAGA UMT

POLISI PENGURUSAN TENAGA UMT POLISI PENGURUSAN TENAGA UMT Perisytiharan Komitmen Universiti Malaysia Terengganu (UMT) komited untuk melaksanakan aktivitiaktiviti kecekapan tenaga dan pemuliharaannya di seluruh kampus melalui penerapan

Lebih terperinci

2.1 Membolehkan mereka membawa senjatapi semasa menjalankan tugastugas dalam kawasan di tentukan dan menjaga harta benda majikan.

2.1 Membolehkan mereka membawa senjatapi semasa menjalankan tugastugas dalam kawasan di tentukan dan menjaga harta benda majikan. Telefon : 03-2262 6222 POLIS DIRAJA MALAYSIA Telegram : MALAPOL KUALA LUMPUR BUKIT AMAN Telex : PDRM MA 30469 50560 KUALA LUMPUR Fax : 03-2273 1629 E-mail : admin.mgnt.@rmp.gov.my KPN 30 8 September 2005

Lebih terperinci

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pengenalan BAB I PENGENALAN 1.1 Pengenalan Keteguhan ekonomi Kuala Lumpur sebagai pusat pentadbiran negara telah menyaksikan pelbagai konsep pembangunan dilaksanakan dengan bangunan pencakar langit mewarnai Pusat

Lebih terperinci

KERAJAAN MALAYSIA. Surat Pekeliling Am Bil. 11 of 1981 SISTEM PENGGUNAAN KAD PERAKAM WAKTU (PUNCH CARD) DI PEJABAT-PEJABAT KERAJAAN

KERAJAAN MALAYSIA. Surat Pekeliling Am Bil. 11 of 1981 SISTEM PENGGUNAAN KAD PERAKAM WAKTU (PUNCH CARD) DI PEJABAT-PEJABAT KERAJAAN KERAJAAN MALAYSIA Surat Pekeliling Am Bil. 11 of 1981 SISTEM PENGGUNAAN KAD PERAKAM WAKTU (PUNCH CARD) DI PEJABAT-PEJABAT KERAJAAN Jabatan Perdana Menteri Malaysia 25 November 1981 Dikelilingkan Kepada:

Lebih terperinci