STRATEGI PERSAINGAN BANTU PERNIAGAAN KOPERASI

dokumen-dokumen yang mirip
Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Mengurus Inflasi. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Pengenalan kepada Ekonomi

Muka surat isi kandungan Muka surat ini menyenaraikan isi kandungan tajuk-tajuk utama mengikut muka surat dalam sesebuah Rancangan Perniagaan.

Model Pengurusan Strategik

Pengenalan Makroekonomi

dan pencapaian objektif kajian. Di samping itu, dalam bab ini juga terdapat cadangan

Lazimnya, pemandu yang mempunyai rekod memandu yang baik akan menikmati peratusan NCD yang lebih tinggi sehingga 55%.

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2007 EKONOMI ASAS

CABARAN KOPERASI DALAM MELAKSANAKAN AKTIVITI PERNIAGAAN

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

PERANCANGAN ORGANISASI PENDAHULUAN TUJUAN LATAR BELAKANG ASAS PERTIMBANGAN (RASIONAL) LANGKAH PERANCANGAN STRATEGIK VISI MISI ISU ISU UTAMA

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Tajuk 2 : KLASIFIKASI AKAUN: ASET, LIABILITI, EKUITI PEMILIK, HASIL, BELANJA & AKAUN KONTRA

Perakaunan (948) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

MGM3101 Prinsip Pengurusan 3 (3+0) Prasyarat: Tiada Kursus ini merangkumi teori, prinsip, teknik dan kaedah pengurusan organisasi.

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

944/2 PERCUBAAN STPM 2012

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan Projek

Aliran Tunai Pembelanjawan Modal

Bahan Cg Fadzlina - Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online BAB 7: ASET ( PERAKAUNAN UNTUK SUSUT NILAI )

ANJAKAN PARADIGMA PEROLEHAN KOPERASI DI NEGERI SARAWAK

Koperasi Pengangkutan

Isyarat Harga Membantu Pengagihan Sumber Secara Efisien. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan

Bank Perdagangan: Kadar Pinjaman Asas (BLR) dan Kadar Pinjaman Purata (ALR) bagi Pinjaman Baharu Berasaskan BLR

Harga Minyak Mencetus Kebiasaan Baharu dalam Persekitaran Ekonomi Global dan Keupayaan Malaysia Menanganinya.

Menangani Peningkatan Kos Sara Hidup. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

TINGKATAN 4 BAB 1: PENGENALAN KEPADA EKONOMI

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Soalan SPM Percubaan Negeri Tingkatan 4 Bab 2: Unsur Perdagangan

BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

Perancangan Kewangan PENGENALAN 9.1 PERANCANGAN KEWANGAN HASIL PEMBELAJARAN SEMAK KENDIRI 9.1

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Pengenalan. Mohamad Suandi Hj Mortadza Maktab Koperasi Malaysia Zon Sarawak 24 BIL BIL

Pengeluaran Negara PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Mengenali Kelemahan Perilaku Pelabur: Semuanya Mainan Fikiran

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA BAHAGIAN UKUR BAHAN DAN PENGURUSAN KONTRAK LAPORAN PENUH CABARAN INOVASI JPS 2011 SISTEM UNIT TENDER

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

SULIT 3757/1 SKEMA JAWAPAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2010 EKONOMI ASAS KERTAS 1

PANDUAN MENGENAI PENINGKATAN PRODUKTIVITI DALAM PERKHIDMATAN AWAM

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PANDUAN RANCANGAN PERNIAGAAN TAHUN 2015

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2009 BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI KHAS BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

PENGLIBATAN DAN PRESTASI KOPERASI DALAM SEKTOR PERUMAHAN DI MALAYSIA

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

KE ARAH MEMPERKASAKAN PROFESION PUSTAKAWAN DALAM PENGURUSAN ILMU DIKALANGAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN DI MALAYSIA

Akaun Pelaburan Waheed

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Koperasi Perkasa Ekonomi Belia

Wacana Ilmu ICT Servis Awan UTM. Pembuka Revolusi Industri 4.0 Perspektif Universiti Teknologi Malaysia

KAJIAN KES: PERNIAGAAN HOMESTAY OLEH KOPERASI

BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT

SOALAN LATIH TUBI BERFOKUS (SOLAF 2) SIJIL PELAJARAN MALAYSIA /2

Belanjawan Menguruskan Perniagaan Koperasi Oleh: Adila Hashim MKM Cawangan Selatan

1. Belanjawan adalah penting kepada pengurusan dalam fungsi-fungsi perancangan dan kawalan.

Tingkatan 4 Bab 2: Pendapatan Dan Penggunaan Pendapatan Individu

PENYATA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

Kesetiaan kepada Syarikat

Tingkatan 4 Bab 1: Pengenalan Kepada Ekonomi

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini adalah bab terakhir dalam laporan penyelidikan ini dan pengkaji

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

2 SULIT 3757/2 Bahagian A [75 markah] Jawab mana-mana tiga soalan daripada bahagian ini

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN UTAMA (JUSA) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

MODUL 10: KESIMPULAN. Isi Kandungan Pengenalan Rumusan Buku Kerja Asas Perancangan Kewangan Soalan penilaian

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

CABARAN KOPERASI PENGGUNA DALAM AKTIVITI PERUNCITAN DI SEMENANJUNG MALAYSIA RINGKASAN EKSEKUTIF

Kandungan. Apakah perbankan Islam? Perbankan Islam di Malaysia. Pematuhan prinsip Syariah Konsep Syariah dalam perbankan Islam. Soalan Lazim.

Akaun Pelaburan Wafiyah

BAB 1 PENGENALAN Latar belakang kajian

PENGENALAN KEPADA PEMASARAN oleh Dra. Masitoh, M.Pd.

SINOPSIS KURSUS. Jabatan Perakaunan Dan Kewangan

ANUGERAH INOVASI PERKHIDMATAN LAMPIRAN 1 GARIS PANDUAN PENILAIAN ANUGERAH INOVASI PERKHIDMATAN

No.K.P./ Passport LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN UTAMA SEKTOR AWAM (JUSA) Tahun

GARIS PANDUAN BAGI MELAKSANAKAN ANUGERAH INOVASI JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NEGERI MELAKA

Oleh : Y. BHG. DATO MANGSOR BIN SAAD PENGERUSI EKSEKUTIF SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Soalan SPM Berpotensi Tingkatan 4 Bab 1 & 2

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

EPPD1023: Makroekonomi Kuliah 7: Wang, Kadar Bunga dan Pendapatan Negara

Info Ketua Pengarah LPP Ke 10

10.1 PERANCANGAN DAN KITAR KAWALAN

Deskripsi Polisi Pengurusan Perhubungan Media Di Dalam Universiti Putra Malaysia. Naib Canselor

TAJUK PROJEK: SISTEM PAPARAN LAMPU ISYARAT UNTUK PEMANDU BUTA WARNA (SINGLE DISPLAY TRAFFIC LIGHT SYSTEM FOR COLOUR VISION DEFICIENCY DRIVERS)

BAB V KESIMPULAN. Setelah meneliti hasil kajian yang dirancangkan di Bab IV, bab ini akan

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA. Y.B. DATO' HAJI ZAINUDIN BIN ISMAIL [ JELEBU ] minta MENTERI

KRITERIA AKNC 2017 Berdasarkan Kriteria Pendidikan Malcolm Baldridge 2011

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

BAB 1 : PENGENALAN KEPADA EKONOMI

GARIS PANDUAN PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PUSAT KECEMERLANGAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

TOPIC 2 STAKEHOLDER RELATIONSHIPS (HUBUNGAN BERKEPENTINGAN)

Transkripsi:

STRATEGI PERSAINGAN BANTU PERNIAGAAN KOPERASI Frank Me-ol Abdullah frank@mkm.edu.my Maktab Koperasi Malaysia Zon Sarawak 52 BIL. 53 2017

Pengenalan Kewujudan lebih banyak kedai pesaing dalam pasaran, ditambah lagi dengan keadaan ekonomi global yang tidak menentu sudah pastinya memberi impak yang signifikan kepada perniagaan koperasi. Perniagaan serupa dalam kalangan pesaing yang berbeza akan menyebabkan syer pasaran menjadi semakin mengecil. Porter (1998), menyatakan bahawa persaingan seperti harga memberikan impak yang mendalam ke atas keuntungan organisasi. Penurunan harga sudah pastinya mengecilkan margin keuntungan sesebuah organisasi dan secara tidak langsung akan melibatkan perbelanjaan operasi yang perlu dikecilkan bagi menampung keuntungan yang semakin menyusut. Dalam masa yang sama, persaingan lain seperti persaingan pengiklanan atau promosi produk akan membantu sesebuah koperasi untuk menampilkan kelebihan produk masing-masing. Persaingan ini secara tidak langsung memberi kelebihan kepada produk atau perkhidmatan yang mempunyai nilai terbaik kepada pelanggan. Dalam proses mengatasi persaingan, koperasi memerlukan sistem pemasaran yang kukuh untuk terus kekal bersaing. Pemasaran merupakan perkara yang paling kritikal dan merupakan titik tolak kepada kejayaan sesebuah perniagan itu. Graham et al (2004) menyatakan bahawa syarikat yang kukuh dari segi kewangan dan sentiasa dilihat mempunyai nilai yang tinggi dalam kalangan pemegang saham adalah syarikat yang berjaya di dalam pemasarannya. Secara ringkas, pemasaran dapat didefinisikan sebagai merancang dan melaksanakan konsepsi, penentuan harga, promosi dan pengedaran produk bagi memenuhi kehendak dan keperluan pengguna. Walau bagaimanapun, beberapa definisi lain turut diberi oleh para cendekiawan. Zaharah Bakar (2003) di dalam buku Asas Pemasaran, mentakrifkan pemasaran mempunyai dua aspek iaitu pertama sebagai satu falsafah, sikap, perspektif atau orientasi pengurusan yang menekankan kepuasan pengguna dan yang kedua ianya merupakan satu set aktiviti yang digunakan untuk melaksanakan falsafah itu. BIL. 53 2017 53

Philip Kotler (1991), pula mentakrifkan pemasaran sebagai satu proses sosial ataupun pengurusan individu atau kumpulan memperoleh apa yang dikehendaki dan diperlukan sama ada dengan menciptakannya sendiri ataupun melalui pertukaran produk atau nilai dengan pihak lain. Manakala Persatuan Pemasaran Amerika (AMA) mendefinisikan pemasaran sebagai satu proses merancang dan melaksanakan konsep, perletakan harga, promosi dan pengedaran sesuatu idea, barangan dan perkhidmatan. Definisi tersebut menjelaskan lagi maksud pemasaran yang merujuk kepada proses merancang, menyampai, menentukan harga, mempromosi dan mengagihkan produk dan manfaat yang memenuhi kehendak pasaran dan dalam masa yang sama memenuhi objektif koperasi. Bagi memastikan proses atau sistem pemasaran tersebut membantu koperasi mencapai sasaran atau objektif sebenar penubuhan, koperasi perlulah membangunkan pemasaran strategik masingmasing. Pemasaran strategik merupakan satu proses untuk menentukan misi, objektif, strategi dan mengimbangi portfolio produk yang ada dalam sesebuah syarikat (Lambin, 1997). Cravens & Piercy (2006) pula menyatakan bahawa pemasaran strategik adalah sebuah proses pengembangan strategi yang ada di dalam perniagaan yang sering berubah bagi membolehkan syarikat sentiasa mampu memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggannya. Terdapat beberapa perkara yang terlibat di dalam pemasaran strategik antaranya menjalankan analisis, mencari peluang baru, tindakan yang proaktif, pengurusan berteraskan jangka panjang, kakitangan yang berkebolehan dalam semua bidang, persekitaran yang dinamik dan menitikberatkan kesesuaian produk berdasarkan pasaran. 54 BIL. 53 2017

Pembangunan Strategi dalam Pemasaran Strategik Melalui pemasaran strategik, koperasi dapat terus kompetitif dan berdaya saing dalam mengatasi persaingan. Pemasaran strategik menekankan koperasi untuk menjawab tiga persoalan dalam menjalankan operasi perniagaan seharian iaitu; i. Bagaimanakah keadaan perniagaan semasa koperasi? ii. iii. Bagaimanakah keadaan sekeliling semasa koperasi? Apa yang sepatutnya dilakukan oleh koperasi dalam menjalankan perniagaan tersebut. Ringkasnya pemasaran strategik memerlukan koperasi berbalik semula kepada objektif utama penubuhan koperasi pada peringkat awal dan misi perniagaan koperasi itu dijalankan. Hamel dan Prahalad (1989) menyatakan bahawa sesebuah organisasi itu perlu mempunyai niat strategik sewaktu awal penubuhan iaitu visi yang ingin dicapai dalam jangka masa panjang. Visi yang jelas akan membantu koperasi untuk lebih fokus kepada pencapaian visi dan segala bentuk strategi yang dibentuk adalah bagi memastikan visi utama dapat dicapai. Hanya dengan mengetahui objektif utama penubuhan koperasi, sesuatu pemasaran strategik itu dapat dibangunkan dengan berkesan. Ia dapat dimudahkan dalam carta seperti berikut; KEADAAN SEMASA PASARAN Strategi perlu dibangunkan mengikut kepada keadaan semasa pasaran Kedudukan sumber koperasi untuk terus beroperasi di pasaran sedia ada PEMASARAN STRATEGIK SUMBER DALAMAN KOPERASI Sumber yang diperlukan oleh koperasi untuk membangunkan sesuatu strategi Rajah 1 : Kedudukan strategik koperasi BIL. 53 2017 55

Strategi Persaingan dalam Pemasaran Strategik Salah satu daripada strategi yang boleh dibangunkan di dalam pemasaran strategik adalah strategi persaingan. Strategi persaingan bertujuan mencari kelebihan berbanding pesaing di dalam pasaran bagi memastikan organisasi terus berada di dalam kedudukan menguntungkan dan stabil (Porter, 1985). Graham et. Al (2004) menyatakan organisasi perlu melihat semula sama ada sumber yang mereka miliki mampu memberi tambah nilai kepada pelanggan mereka dan ini termasuklah perkhidmatan yang lebih baik, memiliki jenama yang berbeza dan penggunaan teknologi terkini. Pelanggan akan menganggap itu sebagai kelebihan sekiranya semua tambah nilai ini mampu memberi kebaikan kepada mereka. Strategi persaingan melibatkan pembangunan dua strategi utama iaitu strategi kepimpinan kos dan juga strategi perbezaan. Ia turut dikenali sebagai strategi perniagaan memandangkan kedua-dua strategi merupakan strategi utama bagi memastikan kelangsungan sesebuah perniagaan. Strategi Kepimpinan Kos Bagi membolehkan koperasi terus bersaing dalam pasaran, koperasi perlu mengawal kos perniagaan mereka di mana kos tersebut secara tidak langsung akan diterjemahkan dalam penurunan harga produk dan perkhidmatan koperasi. Kebolehan koperasi menawarkan harga yang lebih rendah kepada pengguna berbanding pesaing dalam kategori produk dan perkhidmatan yang sama dikenali sebagai strategi kepimpinan kos. Porter (1985) menyatakan bahawa terdapat beberapa perkara yang boleh mempengaruhi kos sesebuah organisasi seperti berikut; Skala Ekonomi Polisi Pengalaman Lokasi Tahap Penggunaan KOS Tempoh Masa Kerajaan Tahap Integrasi Hubungan Dalaman Rangkaian Rajah 2 : Faktor yang mempengaruhi kos perniagaan 56 BIL. 53 2017

Skala Ekonomi Kebolehan koperasi untuk mengeluar ataupun membeli stok barangan dalam kuantiti yang besar membolehkan mereka untuk menjual pada harga yang lebih rendah. Koperasi yang menjalankan perniagaan pasar raya misalnya boleh membeli stok pada kuantiti pukal untuk mendapatkan harga yang lebih rendah. Ini memudahkan mereka untuk meletak harga pasaran yang lebih rendah dan bersaing dengan pasar raya lain. Rangkaian Pasar Raya WallMart misalnya berjaya bertindak sebagai kepimpinan kos disebabkan oleh skala ekonomi perniagaannya yang besar berbanding pesaingnya. Rajah 3 : Pasar Raya Wallmart menawarkan harga 15 peratus lebih rendah berbanding pesaing Rajah 4 : Kecekapan penggunaan pesawat memastikan AirAsia terus mencatat perkembangan positif BIL. 53 2017 57

Pengalaman Rangkaian Pengalaman memainkan peranan penting dalam memastikan koperasi dapat menguruskan kos operasi mereka. Pengalaman yang banyak membolehkan koperasi mampu mengawal kos berdasarkan pengalaman terdahulu. Tahap Penggunaan Tahap penggunaan sumber yang paling maksimum membolehkan koperasi mengurangkan kos operasi dan sekali gus mengurangkan kos per item setiap barangan yang dijual. Pembaziran sumber berjaya dikurangkan. Kerajaan dan Polisi Kebolehan koperasi bekerjasama dengan baik dengan pembekal ataupun pemasar mampu membantu mengurangkan kos seperti kos pengangkutan dan kos bahan mentah. Ini secara tidak langsung akan diterjemahkan kepada harga barangan. Hubungan Dalaman Keupayaan koperasi memastikan setiap unit dalam koperasi sentiasa bekerjasama, memastikan kos yang lebih rendah. Kerjasama termasuklah perkongsian pengalaman, penyelidikan dan pembangunan, kerjasama dalam membuat tempahan ataupun melakukan pemasaran. Dasar dan polisi kerajaan banyak menentukan kos di dalam perniagaan. Ini termasuklah pengenalan tarif ataupun cukai baharu yang mungkin berkaitan secara langsung ataupun tidak langsung dengan perniagaan koperasi. Rajah 5: Penggunaan mesin pengimbas layan diri Koperasi NTUC Singapura yang dapat menjimatkan masa 58 BIL. 53 2017

Tahap Integrasi Lokasi Kemampuan koperasi mengintegrasikan perniagaan sedia ada dengan mengupah pihak luar untuk menjalankan aktiviti pengangkutan dan pemasaran untuk mengurangkan kos operasi. Ini membolehkan koperasi mengurangkan kos produk dan perkhidmatan. Lokasi yang strategik, mudah untuk dicapai oleh pengangkutan dan kemudahan asas akan membantu koperasi mengurangkan banyak kos. Kos operasi yang rendah secara tidak langsung mampu membantu koperasi menurunkan harga barangan yang ditawarkan. Tempoh Masa Strategi Perbezaan Keupayaan koperasi mengurangkan tempoh masa yang terlibat sama ada untuk menghasilkan produk, mengangkut, mengurus dan sebagainya membolehkan koperasi mengurangkan banyak kos. Ini termasuk penggunaan mesin yang berteknologi tinggi yang mampu menghasilkan kuantiti yang banyak ataupun dengan mempunyai pengangkutan yang efisien membolehkan barangan dibawa dengan mudah tanpa memerlukan tenaga kerja yang ramai. Dalam persaingan yang kian sengit, kepimpinan kos semata-mata tidak lagi mampu menjadikan perniagaan sesebuah koperasi itu sebagai pilihan pengguna. Koperasi dari masa ke semasa perlulah mencari titik perbezaan dengan pesaing bagi membolehkan pengguna mengenali mereka atas perbezaan yang mereka ada. Kebolehan koperasi menghasilkan sesuatu yang berbeza berbanding pesaing mereka, dikenali sebagai strategi perbezaan. Porter (1985) menyatakan bahawa terdapat beberapa perkara yang membolehkan sesebuah organisasi itu berbeza daripada pesaingnya iaitu; Perbezaan Produk Perbezaan Harga PERBEZAAN Perbezaan Pengagihan Perbezaan Promosi Perbezaan Jenama Rajah 6 : Faktor yang membolehkan perbezaan di antara organisasi BIL. 53 2017 59

Perbezaan Produk Perbezaan Jenama Keupayaan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang berbeza secara tidak langsung akan meningkatkan nilainya kepada pengguna. Pengguna sanggup membayar lebih ke atas produk yang memberi kepuasan di luar jangkaan mereka. Levitt (1986) menyatakan bahawa pengguna sentiasa menginginkan sesuatu yang lebih dari yang kebiasaan. Sewaktu mengisi minyak kenderaan misalnya, pengguna berharapkan untuk mendapat pekhidmatan tambahan seperti perkhidmatan mencuci cermin kereta, pam tayar dan sebagainya. Bagi memastikan jenama yang dikeluarkan oleh koperasi lebih menonjol berbanding pesaing, koperasi perlu menjalankan proses penjenamaan bagi memastikan pengguna mampu mengingati jenama keluaran mereka. Kaedah penjenamaan yang unik antaranya melalui penambahan dari segi kehebatan produk mungkin boleh digunakan. Beberapa penjual kek lapis Sarawak misalnya telah mula meletakkan kelebihan produk mereka bagi menguatkan penjenamaan mereka misalnya Kek Lapis Lembap Koperasi Usrati. Perbezaan Pengagihan Perbezaan Promosi Kaedah pengagihan yang berbeza antaranya adalah melalui rangkaian pengedaran yang meluas dengan membuat kerjasama dengan kedai lain berbanding dengan hanya bergantung kepada hanya satu kedai. Selain daripada itu, koperasi juga boleh melakukan pemasaran melalui media sosial seperti Facebook sebagai saluran pengagihan. Kebanyakan daripada pengeluar produk banyak tertumpu kepada strategi perbezaan pengagihan untuk mengatasi pesaing. Kaedah promosi yang berbeza dan berkesan akan mampu menarik hati pelanggan untuk membeli produk dan perkhidmatan yang ditawarkan. Promosi ini termasuklah penggunaan media, penggunaan input pemasaran seperti banner dan juga khidmat pelanggan terbaik daripada kakitangan. Ada pemasar menjalankan kaedah promosi yang berbeza melalui media massa dan mampu menembusi pasaran sasaran tetapi ada juga organisasi yang masih menggunakan kaedah lama misalnya melalui jualan runtuh dan sebagainya. VS + Rajah 7 : Perkhidmatan mencuci cermin sebagai tambahan daripada sekadar mengisi minyak merupakan salah satu perbezaan yang unik. 60 BIL. 53 2017

Perbezaan Harga Kebolehan koperasi meletakan harga yang kompetitif ataupun lebih rendah daripada pesaing membuatkan koperasi berbeza daripada pesaing mereka. Walau bagaimanapun, koperasi boleh menekankan kepada perbezaan produk terlebih dahulu dan seterusnya berpatah kepada strategi perbezaan harga iaitu menjual pada harga yang lebih tinggi sekiranya produk tersebut tiada pesaing. Kesimpulan Sudah tiba masanya bagi sektor koperasi membuktikan kemampuan mereka. Koperasi perlu menunjukkan bahawa kekuatan sektor dengan jumlah anggota melebihi tujuh juta orang di Malaysia mampu mengubak corak perniagaan yang ada masa kini. Kekuatan ini membolehkan koperasi menjadi pemimpin bukan sahaja dari segi kos bahkan turut mampu mengeluarkan produk dan perkhidmatan yang berbeza berbanding pesaing mereka. Di sinilah perlunya koperasi untuk menggunakan strategi persaingan untuk terus dikenali dan mendapat pengiktirafan daripada masyarakat pengguna secara keseluruhannya. Kepercayaan daripada pelanggan akan menjadi pengadil terbaik BIL. 53 2017 61