Kesusasteraan Melayu (922)

dokumen-dokumen yang mirip
Kesusasteraan Melayu (922)

Bahasa Arab (913) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

SKEMA PEMARKAHAN MPU3123

Bahasa Malaysia (910)

HKA 101 PENGANTAR KESUSASTERAAN

PANDUAN PEPERIKSAAN AKHIR

Bahasa Malaysia (910)

Bahasa Arab (913) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

KESUSASTERAAN MELAYU

Pengajian Am (900) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

Beta amat murka dengan tindakan Tun Mutahir yang mengumpul banyak harta. Adakah beliau hendak menandingi kedudukan beta sebagai sultan?

ASPEK KAJIAN SASTERA. 1. Ringkasan cerita lebih kurang patah perkataan. 2. Mengandungi huraian cerita mengikut urutan masa berdasarkan plot.

SESI PERKONGSIAN FORMAT KERTAS PEPERIKSAAN PSLE, April 2017, Sabtu

Sejarah (940) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA (PKPSM) KEDAH PEPERIKSAAN PERCUBAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2008

PROGRAM PEMANTAPAN PRESTASI TINGKATAN 5 TAHUN 2017 MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA ( KEDAH )

BAB 1: PENGENALAN KEMAHIRAN MENDENGAR

Gurindam Tonggak Dua Belas

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF 922 Sukatan Pelajaran

Sejarah (940) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

Dapatkan Skema di


SESI TAKLIMAT FORMAT PEPERIKSAAN PSLE, Februari 2017, Sabtu

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

Drama Cempaka Berdarah (A.Rahim Abdullah)

BAB 1 PENDAHULUAN. adanya bahasa, barulah sesebuah komunikasi itu dapat berjalan dengan lancar.

KERTAS PERCUBAAN BAHASA MELAYU SPM

PEPERIKSAAN PERCUBAAN TAHUN 2014

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN

SKEMA UJIAN DIAGNOSTIK SPM TAHUN BAHASA MELAYU KERTAS 1 2 Jam 15 Min


Syariah (930) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN TUGASAN KERJA KURSUS TAHUN AKADEMIK: JUN NOV 2016

Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif. Abstrak

2011

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

SULIT 1103/1 PERATURAN PEMARKAHAN BAHASA MELAYU SPM KERTAS 1. Tujuan Pengujian : Untuk menguji kebolehan calon dalam;

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID SEJARAH TINGKATAN 1 SEJARAH TINGKATAN 1 1

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN DAN PERTANDINGAN

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

Keutuhan Peribadi. Zahari Daud Ketua Penolong Pendaftar Bahagian Pengurusan Akademik

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI BAHASA MELAYU TINGKATAN 1

PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SBP 2015 PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

SKEMA JAWAPAN BAHASA MELAYU KERTAS /1

Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca. Norazlina Abdul Jalil

BBM 3104 Kuliah 11 A.Munsyi

1 SULIT PP 1103/1 PROGRAM GEMPUR KECEMERLANGAN SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 1 GARIS PANDUAN PEMERIKSA

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER KURSUS : TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Oleh. Nurnee Bukehmatee Idris Mohd Radzi Abu Hassan Abdul Fakulti Bahasa dan Komunikasi Universiti Pendidikan Sultan Idris

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

Abstrak. Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca


PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2006

Seni Visual (970) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

MODUL PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013

GARIS PANDUAN MEMERIKSA KERTAS 012 (PANDUAN MEMBERI DAN MENENTUKAN MARKAH)

Biarkan Samudera (Raihanah Salleh)

Drama Forum Remaja 2020 (Sharif Shaary)

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA (MPSM) DAERAH PETALING UTAMA SKOR A DISEDIAKAN OLEH :

SULIT 1249/2 NAMA PELAJAR LOGO SEKOLAH NAMA SEKOLAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2016 TINGKATAN 5. SEJARAH KERTAS 2 Dua jam tiga puluh minit

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

Modal insan: membentuk keluarga berkesan. Sinopsis:

Pemain Catur (Zaharah Nawawi)

Taklimat Bahasa Melayu Darjah

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

PEPERIKSAAN PRASPM 2013

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Taklimat Bahasa Melayu Darjah

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA CAWANGAN MELAKA BAHASA MELAYU. Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA AMARAN

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

PEPERIKSAAN PERCUBAAN TAHUN 2012

Manual Pelaksanaan Kerja Kursus Bahasa Melayu Kertas 4 (910/4): Penulisan Esei Berformat

RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU TINGKATAN 3 TAHUN 2013 JABATAN PELAJARAN PERAK

MODUL PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013

Usuluddin (931) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

JABATAN PELAJARAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR. 2 ½ jam Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

Model Pengajaran dan Pembelajaran Empat Imam Mazhab

LOGO DAN NAMA SEKOLAH PERATURAN PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2007 BAHASA MELAYU. Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN

PERISIAN TOONDOO MEMBINA KEMAHIRAN MENULIS MURID

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Bab. Bab 2. Bab 1. Bab. Bab 3 Bab 8. 4 Bab 9. Tingkatan 4. Bab. Bab 7. Bab

MODUL PENILAIAN SPM 2012 BAHASA MELAYU Kertas /1

PANDUAN MENJAWAB PEPERIKSAAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini adalah bab terakhir dalam laporan penyelidikan ini dan pengkaji

JABATAN PELAJARAN NEGERI NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

MODUL PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA CAWANGAN PULAU PINANG. Kertas /1 BAHASA MELAYU. Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA

BAB 6 : KEMEROSOTAN MELAKA

2.2 Sekolah bermaksud semua sekolah menengah di Malaysia. 2.3 Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan adalah individu yang dilantik oleh pihak penganjur.

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SEJARAH ISLAM KBM 3

Noor Aainah Hj.Ag.Jaafar

Landskap merupakan satu daripada dua tajuk elektif dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu pilihan Sains Pertanian Tingkatan 3.

KOLEJ VOKASIONAL MALAYSIA BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

CHIA CHONG YANG A143398

Transkripsi:

Kesusasteraan Melayu (922) PRESTASI KESELURUHAN Sebanyak 7522 calon telah menduduki peperiksaan bagi mata pelajaran ini pada tahun 2012. Peratusan calon yang lulus penuh dalam mata pelajaran ini pada tahun 2012 ialah 65.43%, iaitu menurun 0.67% berbanding dengan 66.10% pada tahun 2011. Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut: Gred A A B+ B B C+ C C D+ D F Peratusan 5.38 4.15 6.77 9.20 11.55 14.93 13.45 8.73 10.11 5.40 10.33 RESPONS CALON KERTAS 922/1 (KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL) Komen am Secara keseluruhannya, mutu jawapan calon bagi kertas ini pada tahun ini adalah sederhana. Secara umum, jawapan calon dapat dipecahkan kepada tiga kelompok, iaitu lemah, sederhana, dan baik. Kelompok pertama terdiri daripada jawapan yang terpesong daripada kehendak soalan. Kelompok kedua terdiri daripada jawapan yang ada fakta dengan huraian yang kurang lengkap. Kelompok ketiga terdiri daripada jawapan yang berstruktur; ada fakta, huraian, dan contoh. Kelemahan yang ketara adalah pada soalan yang menggunakan tugasan perbincangan. Calon didedahkan dengan soalan yang memerlukan format jawapan secara berstruktur yang menepati sebuah esei yang menghendaki adanya pengenalan, isi, dan penutup. Namun begitu, pendedahan soalan dan format sebegini merupakan sesuatu yang sangat baik untuk menjadikan calon lebih matang dalam berfikir dan mengemukakan hujah. Komen soalan demi soalan Bahagian A: Sejarah Kesusasteraan Melayu Tradisional Soalan 1 Soalan ini berdasarkan pernyataan bahawa cerita teladan dalam kesusasteraan Melayu tradisional bertujuan untuk memberi pengajaran. Soalan ini menghendaki calon membincangkan pernyataan tersebut. Terdapat calon yang mengemukakan jawapan yang berstruktur dan mengemukakan hujahan yang bernas yang disertakan contoh yang tepat. Namun begitu, terdapat juga kelemahan dalam jawapan sebilangan calon. Mereka tidak faham akan maksud cerita teladan atau keliru dengan cerita rakyat lain. Antara jawapan yang sepatutnya adalah memberi pengajaran supaya berakhlak, supaya masyarakat dapat melaksanakan tanggungjawab, supaya menjauhi perbuatan yang tidak baik, supaya mewujudkan kehidupan yang sejahtera, supaya masyarakat berfikir sebelum bertindak, supaya masyarakat tidak menjadi orang yang menderhaka, dan supaya tidak membunuh diri apabila ada masalah. 34

Soalan 2 Soalan ini berdasarkan pernyataan bahawa Sheikh Daud al-fatani merupakan tokoh yang menguasai pelbagai bidang ilmu dalam sejarah kesusasteraan Melayu tradisional. Soalan ini menghendaki calon membincangkan pernyataan tersebut. Soalan ini juga memerlukan pengetahuan calon yang khusus terhadap tokoh tersebut. Kebanyakan calon tidak dapat mengemukakan jawapan dengan baik. Antara jawapan yang sepatutnya termasuklah latar belakang tokoh tersebut dan bidang ilmu yang dikuasainya, termasuk bidang Usuluddin, Fiqah, Tasawuf, Hadis, Sejarah, dan Kesusasteraan. Bahagian B: Karya Agung Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) Soalan 3 Soalan ini terbahagi kepada tiga bahagian berdasarkan petikan daripada teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu). Soalan bahagian (a) menghendaki calon menamakan permaisuri Pahang. Kebanyakan calon dapat mengemukakan Tun Teja sebagai jawapan. Soalan bahagian (b) menghendaki calon menjelaskan teknik penulisan yang digunakan oleh pengarang dan menerangkan fungsi penggunaan teknik tersebut berdasarkan petikan. Kebanyakan calon dapat menjelaskan teknik dialog dan monolog dalaman sebagai jawapan. Kebanyakan calon juga dapat menerangkan fungsi teknik tersebut, seperti memberi ruang, menghidupkan suasana, dan sebagainya. Soalan bahagian (c) menghendaki calon menghuraikan kesan daripada peristiwa yang terdapat dalam petikan. Kebanyakan calon dapat menjawab soalan dengan baik. Mereka berupaya mengemukakan fakta, huraian, dan contoh. Antara jawapan yang sepatutnya termasuklah Tun Mutahir tidak patuh akan aturan negeri, difitnah hendak merampas kuasa, Sultan Mahmud Syah menyimpan dendam terhadap Tun Mutahir, dan Tun Fatimah menjadi isteri Sultan Mahmud Syah. Soalan 4 Soalan ini menghendaki calon membincangkan konsep raja, kerajaan, daulat, tulah, dan derhaka yang terdapat di Melaka sebagaimana yang tergambar dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu). Terdapat sebilangan jawapan calon yang menyempurnakan tugasan dengan baik dan mengemukakan jawapan berstruktur. Namun begitu, sebilangan besar jawapan calon tersasar kerana mereka tidak faham akan konsep berkenaan walaupun kedengarannya agak mudah. Antara jawapan yang sepatutnya bagi konsep raja ialah orang yang memerintah sesebuah negeri yang berkuasa mutlak dan berdaulat. Bagi kerajaan pula, konsep ini merujuk kepada satu organisasi besar yang dipimpin raja yang dibantu oleh pembesar dalam menjalankan pemerintahan terhadap rakyat bagi sesebuah negeri dan jajahan takluknya. Bagi daulat pula, konsep ini merujuk sifat luar biasa pada seorang raja yang dipercayai boleh mendatangkan tulah. Bagi tulah pula, konsep ini merujuk kepada balasan yang diterima oleh seseorang yang tidak menghormati kedaulatan raja. Derhaka pula ialah perbuatan yang bersalahan dengan aturan dan larangan khas raja. Bahagian C: Prosa Melayu Tradisional Soalan 5 Soalan ini terbahagi kepada dua bahagian berdasarkan petikan Hikayat Pandawa Lima. Soalan bahagian (a) menghendaki calon menjelaskan unsur luar biasa dalam petikan. Kebanyakan calon dapat menjelaskan unsur luar biasa termasuklah cakera menjadi hujan, watak dewa bertukar menjadi api, tujuh lapis bumi sengsara, kemuncak gunung runtuh, segala ikan di laut timbul, segala bintang lari bertempiaran, dan para dewa kepanasan sebagai jawapan. 35

Soalan bahagian (b) menghendaki calon menerangkan persengketaan yang wujud antara Maharaja Gatotkaca dengan Maharaja Baladewa. Kebanyakan calon dapat mengemukakan fakta pihak yang terlibat, punca persengketaan, dan penyelesaian persengketaan. Walau bagaimanapun, terdapat sebilangan jawapan calon yang mengemukakan sinopsis cerita Hikayat Pandawa Lima. Soalan 6 Soalan ini terbahagi kepada dua bahagian berdasarkan cerita Inilah Hikayat Nur Muhammad. Soalan bahagian (a) menghendaki calon menyatakan unsur alam yang terdapat dalam cerita tersebut. Kebanyakan calon dapat mengemukakan sekurang-kurangnya empat unsur, iaitu tanah, air, api, dan angin. Amat jarang calon dapat menyatakan unsur cahaya sebagai jawapan. Soalan bahagian (b) menghendaki calon membincangkan aksi Nur Muhammad terhadap unsur alam dalam cerita tersebut. Kebanyakan calon dapat membincangkan sifat angkuh sombong unsur air, api dan angin, serta sifat rendah diri tanah. Sekali gus calon berjaya mengemukakan aksi Nur Muhammad ketika bertemu dengan keempat-empat unsur alam tersebut. Bahagian D: Puisi Melayu Tradisional Soalan 7 Soalan ini menghendaki calon membincangkan persoalan dalam puisi ghazal yang berjudul Kekasih. Dalam membincangkan persoalan puisi itu, terlebih dahulu calon hendaklah memahami maksud Kekasih yang digunakan oleh pengarang. Kekasih di sini dimaksudkan kepada Allah. Hampir keseluruhan jawapan calon untuk soalan ini tidak mengaitkan Kekasih itu dengan maksud Allah, sebaliknya mereka merujuk kepada kekasih biasa (manusia) atau ilmu. Oleh itu, calon tidak mendapat markah untuk soalan ini. Antara jawapan yang sepatutnya termasuklah Allah adalah segala-galanya bagi manusia, hidup tidak bermakna tanpa Allah, Allah memberikan kegembiraan, dan sebagainya. Soalan 8 Soalan ini terbahagi kepada dua bahagian berdasarkan puisi peribahasa berangkap. Soalan bahagian (a) menghendaki calon menjelaskan gaya bahasa dalam puisi. Kebanyakan calon dapat menjelaskan gaya bahasa seperti anafora, responsif, asonansi, aliterasi, rima akhir, dan personifikasi sebagai jawapan. Soalan bahagian (b) menghendaki calon membincangkan mesej dalam puisi. Kebanyakan calon dapat menjawab soalan ini dengan baik. Antara jawapan yang sepatutnya termasuklah manusia mati meninggalkan adat pusaka, manusia hendaklah bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan, manusia mempunyai berbagai-bagai ragam, melakukan pekerjaan hendaklah berdasarkan kepakaran, melakukan pekerjaan mengikut kemampuan, menjaga tingkah laku semasa di perantauan, dan mengajak kita supaya jangan membuat aib malu. KERTAS 922/2 (KESUSASTERAAN MELAYU MODEN) Komen am Secara keseluruhannya, mutu jawapan calon bagi kertas ini pada tahun ini adalah lemah. Antara kelemahan jawapan calon yang dikesan termasuklah tidak dapat mengemukakan fakta dengan tepat, terutamanya 36

dalam Bahagian A dan tidak menguasai kata tugasan yang digunakan dalam soalan, seperti bincangkan. Kebanyakan jawapan calon tidak membincangkan isi-isi yang dikemukakan, sebaliknya jawapan calon lebih tertumpu kepada menghuraikan atau menjelaskan isi. Komen soalan demi soalan Bahagian A: Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden dan Kritikan Sastera Soalan 1 Soalan ini terbahagi kepada tiga bahagian berdasarkan karya Hikayat Abdullah dan Kisah Pelayaran Abdullah oleh Abdullah Munsyi. Soalan bahagian (a) menghendaki calon membincangkan aspek pembaharuan dalam karya tersebut. Kebanyakan calon tidak dapat mengemukakan fakta dengan baik. Antara jawapan yang sepatutnya termasuklah memperkenalkan autobiografi, kisah yang berpijak di alam nyata, latar cerita yang benar-benar wujud, mengandungi kritikan pengarang, dan sebagainya. Soalan bahagian (b) menghendaki calon menjelaskan faktor yang mempengaruhi keberanian beliau melakukan pembaharuan dalam karya tersebut. Kebanyakan calon tidak dapat mengemukakan jawapan dengan baik. Antara jawapan yang sepatutnya termasuklah latar belakang keluarga, penguasaan pelbagai bahasa, pergaulan luas, kemerosotan kuasa feudal, dan sebagainya. Soalan bahagian (c) menghendaki calon menghuraikan pengaruh daripada sastera tradisi dalam karya tersebut. Kebanyakan calon tidak dapat mengemukakan jawapan dengan baik. Antara jawapan yang sepatutnya termasuklah judul, gaya bahasa, sisipan puisi tradisional, dan sebagainya. Soalan 2 Soalan ini terbahagi kepada dua bahagian berdasarkan pernyataan bahawa pengkritik sastera tanah air sepatutnya menggunakan pendekatan Melayu berbanding dengan menggunakan pendekatan barat ketika membuat kritikan terhadap hasil karya sastera tanah air. Soalan bahagian (a) menghendaki calon menghuraikan pendekatan Melayu yang digunakan. Kebanyakan calon tidak dapat mengemukakan jawapan dengan baik disebabkan mereka tidak menguasai pendekatan Melayu. Antara jawapan yang sepatutnya termasuklah teori Pengkaedahan Melayu, Puitika Melayu, Persuratan Baru, Teksdealisme, Konseptual Kata Kunci, dan sebagainya. Soalan bahagian (b) menghendaki calon membincangkan kepentingan pendekatan Melayu yang digunakan oleh pengkritik. Kebanyakan calon tidak dapat mengemukakan jawapan dengan baik. Antara jawapan yang sepatutnya termasuklah falsafah atau pandangan hidup yang berbeza, mengantarabangsakan pendekatan Melayu, dan sebagainya. Bahagian B: Novel dan Cerpen Soalan 3 Soalan ini terbahagi kepada tiga bahagian berdasarkan petikan daripada novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur. Soalan bahagian (a) menghendaki calon menghuraikan sikap aku seperti yang terdapat dalam petikan. Secara keseluruhannya, mutu jawapan calon adalah sederhana. Antara jawapan yang sepatutnya termasuklah berani, tegas, simpati, dan sebagainya. 37

Soalan bahagian (b) menghendaki calon menjelaskan peristiwa yang berlaku sebelum dialog dalam petikan. Kebanyakan calon tidak dapat mengemukakan jawapan tentang peristiwa yang berlaku. Antara jawapan yang sepatutnya termasuklah mendapat surat daripada Mahani, menghantar surat kepada ayah, membantah rancangan ayah, dan sebagainya. Soalan bahagian (c) menghendaki calon menjelaskan perkara yang ayah terima sebagai penyelesaian konflik antara aku dengan ayah selepas aku pulang. Secara keseluruhannya, mutu jawapan calon adalah sederhana. Antara jawapan yang sepatutnya termasuklah menerima gagasan yang dicadangkan oleh Lebai Maarup yang mewakafkan tanah pusakanya, menerima cadangan Rahim untuk dilantik sebagai Pegawai Pengurusan Lombong, dan sebagainya. Soalan 4 Soalan ini terbahagi kepada dua bahagian yang berdasarkan petikan cerpen Garis Panorama. Soalan bahagian (a) menghendaki calon menjelaskan alasan sebab-sebab dia mengatakan bahawa Dia tidak ada pilihan. Secara keseluruhannya, mutu jawapan calon adalah sederhana. Antara jawapan yang sepatutnya termasuklah satu-satunya tanah perkuburan, maruah diri, diberi kepercayaan, dan sebagainya. Soalan bahagian (b) menghendaki calon membincangkan mesej yang terdapat dalam cerpen tersebut. Kebanyakan calon tidak dapat mengemukakan jawapan dengan baik. Hal ini disebabkan jawapan calon tidak dapat memahami kata tugasan yang digunakan dalam soalan. Antara jawapan yang sepatutnya termasuklah menghormati orang yang lebih tua merupakan amalan mulia, sanggup mempertahankan hak merupakan satu kewajipan, dan sebagainya. Bahagian C: Drama Soalan 5 Soalan ini terbahagi kepada dua bahagian berdasarkan drama Lawyer Dahlan. Soalan bahagian (a) menghendaki calon menghuraikan contoh budaya Barat yang diamalkan Dahlan dan Rahimah. Kebanyakan calon dapat mengemukakan jawapan dengan baik. Antara jawapan yang sepatutnya termasuklah pergaulan bebas, berpesta, gaya pertuturan, dan sebagainya. Soalan bahagian (b) menghendaki calon membincangkan kesan negatif budaya Barat yang terdapat pada Dahlan. Kebanyakan calon dapat mengemukakan jawapan dengan baik. Antara jawapan yang sepatutnya termasuklah suka berfoya-foya, mengabaikan tanggungjawab, pecah amanah, dan sebagainya. Soalan 6 Soalan ini berdasarkan petikan dalam drama Malam ini Penyu Menangis. Soalan ini menghendaki calon membincangkan keperibadian watak yang dimaksudkan dalam petikan. Kebanyakan calon tidak membincangkan fakta-fakta yang dikemukakan, sebaliknya lebih kepada menghuraikan atau menjelaskan fakta-fakta itu. Antara jawapan yang sepatutnya termasuklah setia, tabah, gigih, iman, dan sebagainya. Bahagian D: Sajak Soalan 7 Soalan ini terbahagi kepada dua bahagian yang berdasarkan sajak Bulan Berdarah. Soalan bahagian (a) 38

menghendaki calon menghuraikan perasaan penyajak berdasarkan tanggapannya terhadap bulan. Kebanyakan calon memberikan tafsiran yang salah tentang perasaan penyajak terhadap bulan. Antara jawapan yang sepatutnya termasuklah perasaan gembira, sayu, cinta, dan sebagainya. Soalan bahagian (b) menghendaki calon membincangkan mesej yang terdapat dalam sajak. Kebanyakan calon tidak dapat mengemukakan jawapan dengan baik. Antara jawapan yang sepatutnya termasuklah membuat seruan agar berjuang mempertahankan Islam, mengharapkan masyarakat bertoleransi dalam menghadapi sengketa, jangan mudah berputus asa apabila menghadapi masalah, dan sebagainya. Soalan 8 Soalan ini terbahagi kepada dua bahagian berdasarkan sajak www.sibermerdeka.com.my. Soalan bahagian (a) menghendaki calon menjelaskan harapan penyair yang terdapat dalam sajak. Kebanyakan calon tidak dapat mengemukakan jawapan dengan baik. Antara jawapan yang sepatutnya termasuklah membebaskan minda rakyat di tanah air, mengenal batas diri, menjadi manusia yang berguna, dan sebagainya. Soalan bahagian (b) menghendaki calon menghuraikan bentuk perulangan kata yang memperlihatkan nilai-nilai estetiknya dalam sajak. Kebanyakan calon dapat mengemukakan perulangan kata di awal baris dalam rangkap, perulangan kata di akhir baris dalam rangkap, dan perulangan kata di tengah baris dalam rangkap sebagai jawapan. 39