9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN. kemahiran sifir darab 2 hingga 5? teknik ENIS. Ini dapat dibuktikan daripada Rajah 10 yang telah menunjukkan

dokumen-dokumen yang mirip
8.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI. soal selidik, dokumen, borang pemerhatian, dan temu bual. Data-data yang berbentuk

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

6.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN. hingga 5. Saya telah memberi bimbingan kepada empat orang peserta sekurangkurang

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

PANDUAN PENSKORAN PENCERAPAN P & P (PK04)

Mempertingkatkan Kemahiran Membaca Di Kalangan Murid Tahun Dua Melalui Kaedah Stesen

STANDARD 4: PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI 2012 HBAE1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

OH, ITUNYA DARAB! Oleh. Chai Mei Ling ABSTRAK

BAHAGI...OH...BAHAGI...! Oleh. Sinah anak Robinson Sekolah Kebangsaan Mubok Berawan, Serian, Sarawak. Abstrak

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES Sinopsis

Pengurusan Masa & Gaya Pembelajaran

Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif. Abstrak

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

PERISIAN TOONDOO MEMBINA KEMAHIRAN MENULIS MURID

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF

MODEL PENGAJARAN. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran MATEMATIK

3. Isu / Cabaran : Kesukaran Menulis dan Mengetahui Nilai Nombor

Pengajian Am (900) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

TEORI PEMBELAJARAN. IPG Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu.

Kemahiran Interpersonal dan Intrapersonal

Banding beza antara 5 teori pembelajaran yang telah anda pelajari. Teori. pembelajaran manakah yang biasa anda amalkan dalam bilik dajah anda?

Pada pendapat anda, bagaimana anda dapat membantu murid anda mencapai. pertumbuhan dan perkembangan yang optimum? Asaskan perbincangan anda pada

STRATEGI PENGAJARAN 1. PEMUSATAN GURU 2. PEMUSATAN MURID 3. BERASASKAN SUMBER 4. BERASASKAN TUGASAN

Penggunaan ICT Dalam Pengajaran dan Pengajaran Matematik

PENYELIDIKAN TINDAKAN: KAEDAH PENGUMPULAN DATA

Mengukuhkan Kemahiran Interaksi Penulisan. Abstrak

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUNDAR DENGAN KAEDAH JABAL (BUKIT)

FAKULTI PENDIDIKAN DAN SAINS SOSIAL

Noor Aainah Hj.Ag.Jaafar

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

GARIS PANDUAN AMALAN PROFESIONAL LATIHAN PERGURUAN PRAPERKHIDMATAN

Bab 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

KONSEP PENGAJARAN. Thomas F. Green : The Activitis Of Teaching (1971)

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Pemerkasaan Bahasa Melayu Melalui Penerapan Pendekatan Pembelajaran Kontekstual: Satu Anjakan Teori dan Amalan

GARIS PANDUAN AMALAN PROFESIONAL LATIHAN PERGURUAN PRAPERKHIDMATAN

BORANG PENILAIAN PRAKTIKUM UNISEL. Pengkhususan/Major: Penyeliaan 1 Penyeliaan 2 Penyeliaan 3. Sekolah :

Instrumen Standard Penarafan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

Kementerian Pelajaran Malaysia. Sukatan Pelajaran. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah MATEMATIK

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP (Laporan antara 8-10 muka surat)

MATEMATIK (MASALAH PENDENGARAN)

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI MASALAH PENDENGARAN

KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH SEKOLAH RENDAH ILMU PENDIDIKAN. ANGKA GILIRAN: MASA : 3 jam PUSAT :

: Kit SAKAMB Meningkatkan Kemahiran Membina Ayat Majmuk Berdasarkan Gambar Dalam Kalangan Murid Pemulihan Khas Tahun 3.

MEMPELBAGAIKAN PENDEKATAN UNTUK MEMBANTU MURID-MURID TAHUN 5 MENGUASAI SIFIR DARAB 1 HINGGA 10. Oleh

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.

Abstrak. Penerapan Penanda Wacana dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Menulis. Muhammad Faizrin Hashim

KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH SEKOLAH RENDAH PEI TONG

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

INISIATIF PPPM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH PERKUKUHAN AKTIVITI KOKURIKULUM

PROGRAM KEMBARA PEMBELAJARAN

BAB 5 PENUTUP. berjaya menjawab objektif kajian khususnya berkaitan penggunaan media pendidikan di

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

KUR. MATEMATIK SEK. RENDAH PERBANDINGAN KBSR & KSSR

HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI / 2012 (SMP KHAS) HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

KAJI SELIDIK INDEKS GAYA PEMBELAJARAN

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI

BAB 2: KEMAHIRAN MENDENGAR

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA AYAT-AYAT YANG MENGANDUNGI PERKATAAN GABUNGAN TIGA SUKU KATA TERBUKA KV + KV + KV. Oleh. Abdillah Bin Nurdin Asis

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI MASALAH PEMBELAJARAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM MASALAH PENDENGARAN

MATEMATIK TINGKATAN 2

CONTOH KERTAS ARAHAN KEMAHIRAN SOSIAL (KENDIRI) JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA ARAS 7 & 8 BLOK D4, PARCEL D PUTRAJAYA

Kepelbagaian sosio budaya individu dalam sistem pendidikan bukan sahaja dilihat

ESS 222 AKTIVITI KO-KURIKULUM

PROGRAM BAHASA MALAYSIA MASTER LAB

Pengurusan Bilik Darjah

KKD 2063 Pembangunan Sahsiah

PENDEKATAN, KAEDAH, TEKNIK DAN STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI

Projek MTE3102E_PPG Jan2014

MENINGKATKAN PENGUASAAN PENGGUNAAN KATA ADJEKTIF MELALUI PEMBELAJARAN BERDASARKAN PENGALAMAN

Unit 5 Pendekatan Tematik

PEMBELAJARAN MASTERI

PENGENALAN KEPADA RESIPAN

KEMAHIRAN BELAJAR. Mendengar dengan berkesan. Mencatat Nota. Menulis Laporan Cepat. Mengingat

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

PENULISAN ARTIKEL PENYELIDIKAN TINDAKAN

BAB 1: PENGENALAN KEMAHIRAN MENDENGAR

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Transkripsi:

9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN Soalan 1 : Adakah teknik ENIS dapat membantu murid Tahun 3 menguasai kemahiran sifir darab 2 hingga 5? Hasil dapatan kajian tindakan ini telah menunjukkan peningkatan markah ujian pasca yang ketara bagi empat orang murid selepas mereka telah menguasai teknik ENIS. Ini dapat dibuktikan daripada Rajah 10 yang telah menunjukkan perbandingan markah dan peningkatan peratus murid bagi ujian pra dan ujian pasca. Peningkatan markah ujian pasca yang paling terbaik iaitu Zoey yang memperoleh 100%, Alex dan Brian telah meningkatkan kemahiran sebanyak 97.5% dan 92.5% manakala Janet didapati meningkatkan sebanyak 87.5% dalam ujian ini. Peningkatan markah ujian pasca ini juga membuktikan bahawa murid telah berjaya menguasai teknik ENIS untuk melengkapkan jadual sifir 2 hingga 5 dengan betul dan baik. Berdasarkan dapatan kajian tersebut, kita dapat melihat teknik ENIS mempunyai kekuatan untuk membimbing murid menguasai kemahiran sifir serta mencapai keputusan yang cemerlang dalam ujian pasca. Hal ini disebabkan kekuatan teknik ENIS ini dapat membekalkan pelbagai cara dan peluang kepada murid untuk membina kefahaman dan jawapan sendiri. Antara caranya ialah menggunakan bahan konkrit, melukis perwakilan, dan menulis ayat Matematik berpandukan gambar rajah. Justeru itu, murid boleh belajar kemahiran sifir secara berperingkat dan mendapat bimbingan yang sepenuhnya daripada guru. 70

Perbincangan pandangan ini juga selaras dengan pandangan Van Luit dan Naglieri (dalam Kroesbergen & Johannes, 2005) yang menyatakan bahawa pengajaran yang berurutan daripada konkrit kepada abstrak, penggunaan bahan manipulasi kepada melukis perwakilan dan memberi contoh soalan yang bersesuaian dengan tajuk pelajaran mesti dapat membantu murid belajar Matematik. Sehubungan dengan pandangan ini, teknik ENIS dapat memenuhi keperluan pembelajaran murid di mana ia menegaskan pembelajaran sesuatu kemahiran mesti bermula dari peringkat konkrit sehingga ke peringkat abstrak. Impaknya melalui penggunaan teknik ENIS ialah membantu murid menguasai kemahiran sifir dengan baik. Pada peringkat 1, teknik ENIS ini menggalakkan para guru menggunakan bahan konkrit untuk menyampaikan konsep operasi darab yang abstrak. Pandangan tentang penggunaan bahan bantu mengajar konkrit selari dengan Post (1981) yang menyokong bahawa bahan manipulasi dapat mempengaruhi tahap perkembangan pemahaman konsep Matematik. Melalui penggunaan Joyboard, murid mempunyai peluang untuk menyusun konsep kumpulan dan bilangan ahli dengan meletakkan butang secara satu per satu. Teknik ENIS ini juga menggalakkan murid sentiasa berfikiran logik dan sistematik semasa membina jawapan pada Joyboard. Hasil susunan kumpulan objek yang betul dan kemas telah membuktikan bahawa teknik ENIS dapat membantu murid menguasai kemahiran sifir dengan baik dan progresif. Dalam proses penguasaan kemahiran sifir, penggunaan Joyboard dapat membantu murid membina konsep kefahaman secara konkrit. Oleh kerana murid dapat menyentuh dan merasai cara penyusunan konsep pendaraban yang sebenar. Apabila murid menguasai cara menyusun konsep dengan betul, mereka mempunyai keyakinan diri yang tinggi untuk memberi sebab dan menerangkan langkah-langkah penyusunan konsep kepada guru dan rakannya. Maka, penguasaan kemahiran pada 71

peringkat konkrit merupakan satu asas yang amat penting untuk membantu murid membina kefahaman konsep secara kukuh dan mantap. Secara tidak langsung, pembelajaran ini menjadi lebih bermakna apabila murid dapat belajar dengan membuat. Mengikut Dewey (1966), belajar dengan membuat (learning by doing) dapat membantu murid berfikir dan membentuk kefahaman tentang masalah yang cuba dihuraikan. Setelah murid menguasai kemahiran sifir melalui penggunaan bahan konkrit, murid didedahkan dengan cara melukis konsep pendaraban bagi sifir 2 hingga 5. Kelebihan teknik ENIS pada peringkat 2 ini ialah murid berupaya menggambarkan bentuk susunan yang teratur dalam fikirannya. Murid mampu melukis konsep pendaraban yang berhubung dengan apa yang dilihat dan dimanipulasikan pada Joyboard. Di samping itu, cara melukis bagi teknik ENIS ini menegaskan kepentingan melukis susunan bentuk secara melintang. Murid dikehendaki melukis petak dahulu bagi mewakili konsep kumpulan dan kemudiannya diikuti dengan bentuk bulat yang mewakili ahli bilangan. Sekiranya murid melukis secara tidak teratur, ia menjejaskan murid melihat bilangan bentuk bulat dan keupayaan membilang jumlah bentuk bulat serta gagal membina konsep pendaraban yang betul dan sistematik. Rajah 14 menunjukkan perbandingan antara bentuk susunan yang teratur dan tidak teratur. Rajah 14. Perbandingan antara bentuk susunan yang teratur dan tidak teratur. 72

Berpandukan kepada Rajah 14, teknik ENIS mengalakkan murid melukis konsep pendaraban dalam bentuk susunan yang teratur seperti yang ditunjukkan dalam gambar (a). Tujuannya adalah untuk membantu menyusun idea konsep pendaraban secara sistematik. Berbanding dengan gambar (b), bentuk susunan yang tidak teratur kurang dapat membantu murid menvisualisasikan konsep pendaraban dengan baik. Bagi murid yang lemah, mereka tidak dapat menggambarkan bentuk yang tidak teratur dalam fikirannya serta melahirkan perasaan keliru apabila melihat bilangan bentuk bulat bertambah banyak dalam satu petak. Oleh itu, teknik ENIS dalam kajian ini menegaskan kepentingan melukis bentuk susunan yang teratur agar murid dapat mevisualisasikan konsep mendarab dalam fikirannya secara jelas supaya ia memudahkan murid menguasai kemahiran sifir 2-5 dengan baik. Kajian ini juga menyokong pandangan Baig dan Halai (2006) bahawa murid belajar dengan menggunakan bahan konkrit dan perwakilan adalah berguna untuk membantu mereka membina kefahaman yang mendalam tentang operasi. Keistimewaan teknik ENIS ialah teknik ini membimbing murid menguasai kemahiran sifir melalui penggunaan bahan konkrit di samping mempraktikkan pendekatan Konstruktivisme dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Borich dan Tombari (1997) telah menjelaskan bahawa konstruktivisme adalah pendekatan pembelajaran yang menyediakan peluang kepada murid untuk membina kefahaman terhadap perkara yang dipelajari dengan mewujudkan jaringan antara idea dan fakta yang sedang dipelajari. Penggunaan teknik ENIS dalam pembelajaran kemahiran sifir dapat mempraktikkan pendekatan konstruktivisme seperti membantu murid membina kefahaman sendiri dengan menghubungkaitkan konsep mendarab dan kemahiran sifir melalui penggunaan Joyboard. Murid boleh menggunakan dua jenis warna untuk membanding beza konsep kumpulan dan bilangan ahli dalam setiap 73

kumpulan. Dalam proses ini, ia memerlukan murid berfikir secara logik dan rasional untuk menyusun konsep pendaraban dengan betul. Apabila murid mampu menggunakan warna butang yang berbeza untuk mewakili konsep pendaraban, mereka dapat melihat secara jelas untuk mendapat jawapan yang betul di Joyboard dan juga meningkatkan keyakinan diri untuk menguasai kemahiran sifir 2-5. Justeru, teknik ENIS ini memainkan peranan penting untuk membimbing murid membina konsep sendiri dan menguasai kemahiran sifir dengan baik melalui penggunaan bahan konkrit yang sesuai. Kesimpulannya, teknik ENIS merupakan satu urutan tindakan pengajaran dan pembelajaran yang teratur untuk membantu murid menguasai kemahiran sifir 2-5 dengan baik. Pada peringkat enaktif, murid menggunakan bahan konkrit untuk menguasai kemahiran sifir melalui cara menyusun butang di Joyboard. Seterusnya pada peringkat ikonik, murid juga berjaya menguasai kemahiran melukis untuk melukiskan konsep pendaraban supaya dapat menjawab soalan sifir dengan betul. Pada peringkat simbolik, murid mampu menggunakan simbol matematik untuk melengkapkan jadual sifir 2-5 dengan betul dan memperoleh keputusan yang baik dalam ujian pasca. Justeru, kajian tindakan ini telah menunjukkan teknik ENIS ini telah berjaya membantu murid melalui setiap peringkat untuk menguasai kemahiran sifir 2-5 secara berkesan. 74

Soalan 2: Adakah teknik ENIS dapat membantu murid Tahun 3 menguasai kefahaman konsep pendaraban? Melalui hasil pemerhatian daripada rakaman video, ia telah menunjukkan bahawa teknik ENIS ini telah berjaya membantu murid menguasai kefahaman konsep pendaraban. Rajah 15 menunjukkan semasa murid menggunakan teknik ENIS untuk menjawab soalan. Rajah 15. Murid menggunakan teknik ENIS pada setiap peringkat. Daripada hasil pemerhatian tersebut, murid menggunakan teknik ENIS ini untuk menguasai kefahaman konsep pendaraban semasa menjawab soalan. Cara mengesan murid menguasai kefahaman adalah memerhati cara murid menyusun setiap butang pada kedudukan yang betul di atas Joyboard. Murid juga digalakkan menggunakan dua warna yang berbeza untuk membezakan konsep kumpulan dan bilangan ahli dalam setiap kumpulan. Pada peringkat enaktif, murid mudah menyusun konsep pendaraban pada Joyboard. Hasil susunan bentuk yang betul dihasilkan oleh murid dapat membuktikan bahawa murid telah berjaya menguasai konsep pendaraban melalui penggunaan teknik ENIS ini. Teknik ENIS menekankan kepentingan membentuk visualisasi terhadap kefahaman konsep pendaraban melalui peringkat ikonik. Menurut Moses (dalam Samsudin & Fatimah, n.d), visualisasi adalah berguna untuk setiap peringkat 75

penyelesaian masalah. Bagi menjawab soalan sifir, murid perlu memahami konsep dahulu supaya dapat menghasilkan imej visual yang mewakili konsep pendaraban dengan tepat. Teknik ENIS juga membimbing murid merancang strategi untuk melukis konsep dan membuat lakaran yang betul untuk menggambarkan konsep dengan baik. Dengan menggunakan teknik ENIS, ia dapat membantu murid meningkatkan keupayaan visualisasi murid untuk membentuk semula konsep dengan menggunakan perkataan sendiri. Penerangan yang diberi oleh murid adalah selaras dengan apa-apa yang mereka fikirkan dalam otaknya. Sehubungan dengan itu, teknik ENIS ini juga menggalakkan murid membuat penaakulan tentang cara menyusun bahan konkrit dan melukis konsep pendaraban. Semasa murid mempelajari konsep pendaraban melalui teknik ENIS, murid diberi peluang untuk menyelidik, menyiasat, menerokai idea operasi darab, dan juga membuat penaakulan berdasarkan kefahaman yang dibina oleh diri sendiri. Apabila murid berjaya membuat penaakulan yang betul, murid dapat menyatakan buah fikiran tentang konsep pendaraban kepada rakannya secara koheren. Secara tidak langsung, teknik ENIS ini membantu murid menganalisis dan menilai cara yang mana sesuai dengan tahap kebolehan diri sama ada penggunaan Joyboard atau cara melukis untuk menguasai kefahaman konsep pendaraban dengan baik. Di samping itu, teknik ENIS juga menggalakkan murid menyusun dan mengukuhkan pemikiran tentang konsep pendaraban melalui komunikasi. Misalnya, melalui komunikasi, ia dapat membantu murid membina makna, menstabilkan idea dan menyampaikan idea yang teratur kepada guru dan rakannya. Murid yang dapat menjelaskan hasil pemikirannya kepada rakan dapat menyakinkan guru bahawa teknik ENIS ini dapat membantu murid menguasai kefahaman konsep pendaraban dengan baik. Manakala, murid lain yang mendengar penjelasan tersebut dapat 76

membantu diri membuat refleksi terhadap pemahaman sendiri dan mengukuhkan lagi pemahaman konsep melalui komunikasi. Penguasaan konsep Matematik merupakan satu perkara yang sangat penting dalam mempelajari mata pelajaran Matematik. Apabila murid dapat memahami konsep Matematik, mereka akan mengingati dan menyimpan kefahaman tersebut untuk jangka masa yang panjang. Begitu juga dengan teknik ENIS ini, ia mementingkan kepada penguasaan konsep dan kemahiran sifir pada setiap peringkat yang berbeza. Sekiranya murid tidak menguasai lagi cara penyusunan konsep kumpulan objek pada peringkat enaktif, mereka tidak boleh beralih ke peringkat yang seterusnya. Selepas sesi bimbingan pada setiap peringkat, guru menjalankan aktiviti permainan untuk menilai sejauhmana murid dapat menguasai konsep pendaraban dengan baik. Melalui aktiviti permainan, ia dapat mengukuhkan kefahaman konsep mendarab murid dengan mengaplikasikan cara menyusun butang di Joyboard, melukiskan konsep pendaraban dan menulis ayat matematik yang betul berpandukan kepada gambar rajah yang diberi. Berbanding dengan kaedah tradisional iaitu kaedah penghafalan sifir yang digunakan oleh guru sekolah rendah, ia dapat dilihat kurang efektif kepada murid yang gagal menghafal sifir dan tidak dapat menjawab soalan yang berkaitan dengan operasi darab. Menurut Anthonysamy (dipetik dalam Zatur, 2004) menyatakan konsep pembelajaran Matematik berdasarkan penghafalan dan penyaluran ilmu dari guru kepada para pelajar semakin tidak popular kerana kaedah ini menunjukkan bahawa murid gagal mengaplikasikan kemahiran di luar bilik darjah. Hal ini disebabkan murid masih tidak menguasai kefahaman konsep dan menyebabkan mereka tidak boleh menggunakan kemahiran tersebut dalam kehidupan seharian. 77

Pada pandangan saya, guru tidak sepatutnya terikat dengan satu kaedah penghafalan sahaja. Pengajaran yang bersifat hafalan akan menyebabkan murid melahirkan perasaan takut dan hilang minat terhadap pembelajaran Matematik. Oleh itu, guru digalakkan menggunakan teknik ENIS untuk membimbing murid belajar konsep pendaraban melalui peringkat konkrit, semi-konkrit dan simbolik. Berdasarkan pandangan Clabaugh (2010) telah menyatakan bahawa matlamat pendidikan kini ialah guru perlu membimbing murid membina konsep kefahaman asas kendiri tentang sesuatu ilmu pengetahuan dan ia lebih penting daripada hanya fokus mengajar murid menghafal fakta asas Matematik dalam proses pembelajaran. Pembelajaran konsep sifir secara penghafalan kurang dapat membantu murid membina kefahaman dengan baik. Manakala berbanding dengan teknik ENIS, ia merupakan teknik yang kreatif kerana dapat mengalakkan murid dalam proses pembelajaran konsep pendaraban melalui aktiviti yang bersifat hands on dan minds on. Murid bukan sahaja belajar sifir sambil bermain, mereka juga perlu berfikir secara kreatif tentang strategi menyusun konsep pada Joyboard dan melukis konsep pendaraban dengan betul. Pandangan ini juga disokong oleh National Council of Teacher of Mathematics (dipetik daripada Zatur, 2004) menegaskan bahawa matlamat yang perlu difokuskan dalam pendedahan awal pengajaran dan pembelajaran Matematik kepada kanak-kanak pada peringkat awal persekolahan ialah pembinaan pemahaman konseptual awal Matematik, kebolehan berkomunikasi tentang Matematik dan penggunaan Matematik dalam penyelesaian masalah. Melalui aktiviti hands on dan minds on, murid dapat membina kefahaman konseptual tentang pendaraban dan memahami cara membina jawapan dengan betul. Justeru itu, teknik ENIS yang 78

menekankan kepentingan pembinaan konseptual pendaraban awal adalah lebih baik daripada kaedah penghafalan sifir. Kesimpulannya, teknik ENIS ini telah menunjukkan kekuatannya untuk membantu murid meningkatkan kefahaman konsep darab melalui tiga peringkat tersebut. Teknik ini dapat meningkatkan daya imaginasi murid berfikir secara kreatif dan berkeupayaan menyusun, menganalisis, serta menyampaikan konsep kepada orang lain. Akhirnya, murid yang menguasai teknik ENIS dapat membantu diri membuat pertimbangan dan keputusan yang teliti terhadap jawapan yang dibina serta mengaplikasikan teknik ENIS ini untuk menyemak jawapan latihan. 79

Soalan 3: Apakah persepsi murid Tahun 3 terhadap penggunaan teknik ENIS? Daripada hasil temu bual saya dengan empat orang murid, ia dapat dirumuskan bahawa murid mempunyai persepsi yang baik terhadap penggunaan teknik ENIS semasa mempelajari kefahaman dan kemahiran sifir 2 hingga 5. Murid telah memberitahu saya bahawa mereka sangat gembira kerana teknik ENIS dapat membantu mereka mencari jawapan dengan lebih mudah dan tepat. Mereka hanya perlu memberi tumpuan yang sepenuhnya semasa mengira jumlah bilangan butang yang ada pada Joyboard. Melalui penggunaan Joyboard dalam proses pembelajaran sifir, teknik ENIS telah berjaya meningkatkan semangat murid untuk mencari jawapan dengan cepat dan mudah. Di samping itu, murid juga menyatakan bahawa penggunaan teknik ENIS dapat membantu mereka mencari jawapan yang betul. Apabila murid berasa senang menjawab soalan darab, ia dapat meningkatkan keinginan murid mempelajari sifir. Selain daripada itu, apabila selesai satu sesi pengajaran dan pembelajaran, murid meminta latihan tambahan daripada guru untuk tujuan mengukuhkan lagi kemahiran dan mengembangkan kefahaman konsep melalui penggunaan teknik ENIS. Justeru, hasil dapatan tersebut telah menunjukkan murid mempunyai persepsi yang positif terhadap penggunaan teknik ENIS dalam menguasai kemahiran sifir 2 hingga 5. Persepsi murid terhadap penggunaan teknik ENIS adalah positif kerana mereka boleh menggunakan Joyboard untuk mencari jawapan, melukis gambar bagi mewakili konsep pendaraban serta mampu menulis ayat matematik yang betul dan melengkapkan jadual sifir 2 hingga 5. Oleh kerana sebelum ini murid diajar menghafal sifir, mereka jarang mempunyai peluang untuk mempelajari sifir melalui teknik yang lain. Setelah murid menguasai teknik ENIS, mereka bertambah lebih 80

yakin untuk menjawab soalan darab. Justeru itu, teknik ENIS disambut baik oleh murid dalam proses menguasai kefahaman dan kemahiran sifir. Salah satu sebab murid suka terhadap teknik ENIS kerana ia berjaya menimbulkan minat murid semasa mempelajari kemahiran sifir. Misalnya, murid meminta soalan tambahan daripada guru apabila menjalankan aktiviti permainan, murid berusaha membilang butang yang disusun di Joyboard untuk menjawab soalan sifir, tidak berputus asa untuk melukis konsep pendaraban walaupun melakukan sedikit kesilapan dalam latihan, dan juga menyatakan perasaan suka melibatkan diri dalam aktiviti hands on dan minds on. Menurut Zainuddin dan Fadzilah (2004), minat memainkan peranan yang penting bagi membantu seseorang murid mencapai kejayaan dalam dunia pendidikan. Tambahan lagi, minat yang wujud dalam diri sendiri pada seseorang murid akan mempengaruhi proses pembelajaran. Apabila minat murid ditingkatkan, murid melibatkan diri secara aktif dalam proses pembelajaran. Antaranya ialah memberi tumpuan perhatian yang sepenuhnya, bersungguh-sungguh menyelesaikan latihan, dan memberi maklum balas yang cepat semasa sesi soal jawab. Melalui penggunaan teknik ENIS, ia dapat mengubah sikap murid kepada positif dalam proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran sifir. Selain itu, teknik ENIS juga menerapkan unsur belajar sambil bermain dalam proses pengajaran dan pembelajaran sifir darab. Apabila murid belajar sesuatu konsep atau kemahiran melalui cara bermain, mereka berasa sangat seronok dan mempunyai semangat ingin tahu yang kuat untuk menerokai jawapan. Saayah (n.d) juga menyatakan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran yang berunsur belajar sambil bermain dapat mendatangkan keseronokan dan kepuasan kepada mereka dalam sesuatu pengajaran yang hendak disampaikan. Melalui aktiviti belajar sambil 81

bermain, ia membolehkan fikiran murid berkembang dengan baik seperti menguasai strategi menyusun butang pada Joyboard atau teknik melukis konsep pendaraban. Menurut Caplan dan Caplan (dalam Saayah, n.d), main sebagai penentu penting perkembangan kekuatan sahsiah, daya cipta, kestabilan emosi, perkembangan sosial dan intelek di samping dapat memperkembangkan kekuatan fizikal, koordinasi dan ketangkasan murid. Melalui aktiviti permainan ENIS yang dijalankan, murid dapat mengukuhkan koordinasi motor kasar dan motor halus untuk menyusun konsep dengan menggunakan bahan konkrit. Murid juga menggunakan daya kreatif untuk membina jawapan berdasarkan pengalaman dan kefahaman sendiri. Tambahan lagi, murid dapat mendisiplinkan diri dan mematuhi peraturan aktiviti permainan yang ditetapkan serta membina keyakinan diri yang tinggi semasa memberi jawapan dalam aktiviti tersebut. Teknik ENIS juga memupuk semangat kerjasama yang baik dalam kalangan murid. Hal ini kerana murid mempunyai peluang untuk meluahkan perasaan dan memberi pendapat terhadap apa yang mereka faham tentang konsep pendaraban. Sekiranya murid menghadapi masalah, mereka boleh berbincang dan mendapat bantuan daripada kawan. Secara tidak langsung, murid yang sudah menguasai konsep pendaraban boleh memainkan peranan sebagai mentor untuk memberi bimbingan kepada kawannya. Justeru itu, suasana pembelajaran menjadi lebih bermakna dan berkesan kerana murid saling membantu, menghormati dan memupuk semangat belajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, teknik ENIS juga menerapkan unsur kecerdasan kinestetik, visual-spatial, verbal-linguistik dan logikal matematik. Dari segi kecerdasan kinestetik, murid dapat mempraktikkannya melalui penggunaan Joyboard. Murid boleh menggunakan pergerakan tangan untuk menyusun konsep pendaraban secara 82

aktif dan bermakna. Apabila murid dapat memahami konsep, barulah mereka dapat menyusun jawapan dengan betul di Joyboard. Manakala, murid mempraktikkan kecerdasan visual spatial melalui teknik melukis konsep pendaraban dalam bentuk perwakilan yang jelas. Imej-imej yang dilukis oleh murid dapat menggambarkan fikiran murid secara menyeluruh. Kecerdasan verbal linguistik dan logikal matematik adalah dipraktikkan melalui cara murid menerangkan cara konsep dan memberi sebab tentang kepentingan menguasai konsep pendaraban dalam kehidupan seharian. Oleh itu, murid menunjukkan kesungguhan untuk menguasai teknik ENIS supaya dapat membantu diri memperkembang lagi kecerdasan pelbagai ke arah yang lebih baik dan maju. Secara keseluruhanya, persepsi murid terhadap penggunaan teknik ENIS dalam menguasai kemahiran adalah positif dan baik. Ia juga melahirkan perasaan suka, gembira, minat, seronok, yakin dan aktif dalam kalangan murid semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran sifir. Selain itu, penggunaan teknik ENIS juga membolehkan murid berinteraksi aktif dan membentuk murid yang berfikiran kreatif serta memperkembang lagi kecerdasan pelbagai murid untuk menguasai kemahiran sifir. Justeru itu, murid digalakkan mengaplikasikan teknik ENIS dengan baik dalam proses pengajaran dan pembelajaran kefahaman dan kemahiran sifir. 83