Definisi Istilah. : Murid sekolah tempat Internshipdilaksanakan.

dokumen-dokumen yang mirip
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN AMALAN PROFESIONAL

4. INTERNSHIP merancang dan melaksanakan aktiviti p&p dalam situasi sebenar di sekolah.

KUMPULAN TERLIBAT: PISMP AMBILAN FEBRUARI 2012 (MOD PJJ) KUMPULAN PPG

3. PRAKTIKUM menyepadukan teori dengan amali PdP mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran PdP.

4. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

3. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

PANDUAN MENULIS PERNYATAAN PROFESIONAL / KONTRAK AKTIVITI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH PANDUAN MENULIS PERNYATAAN PROFESIONAL/KONTRAK AKTIVITI

GARIS PANDUAN AMALAN PROFESIONAL LATIHAN PERGURUAN PRAPERKHIDMATAN

PRAKTIKUM PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP (Laporan antara 8-10 muka surat)

GARIS PANDUAN AMALAN PROFESIONAL LATIHAN PERGURUAN PRAPERKHIDMATAN

PROJEK INTERNSHIP PELAKSANAAN PROJEK INOVASI INTERNSHIP PPG AMB JUN 2011

GARIS PANDUAN INTERNSHIP PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN KPM INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG KUCHING 23 Jun Ketua Unit Praktikum

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

2. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

2. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

KISSM adalah bertujuan untuk mencapai objektif-objektif berikut:

HARUN HAJI SARAIL SETIAUSAHA AKADEMIK IPG KAMPUS KENT TUARAN

DEFINISI ISTILAH. Bilik Darjah : Merujuk kepada tempat sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan, termasuk bilik khas, bengkel, dan makmal.

GARIS PANDUAN PROJEK SARJANA MUDA *

Projek MTE3102E_PPG Jan2014

POLISI PENYELIAAN PELAJAR IJAZAH TINGGI DI UNIVERSITI MALAYA

GARIS PANDUAN AMALAN PROJEK SARJANA MUDA *

1.0 Misi Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4) STPM 2016

PENGURUSAN PRAKTIKUM DG34

1.0 Langkah-langkah Sebelum Latihan Mengajar

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PANDUAN LATIHAN INDUSTRI PPKK

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4)

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI

BORANG PERMOHONAN KURSUS KHAS INDUSTRI (KKI) POLITEKNIK KOTA BHARU TAHUN 2017 MAKLUMAT PEMOHON MAKLUMAT TEMPAT BERKURSUS KELULUSAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI MASALAH PEMBELAJARAN

PISMP (PEMBELAJARAN JARAK JAUH) TUGASAN PROJEK

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

KANDUNGAN. 1. Nama Dan Tarikh Berkuatkuasa Tujuan Tafsiran Penggubalan Item 3

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

GARIS PANDUAN AMALAN LATIHAN INDUSTRI/PRAKTIK

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI MASALAH PENDENGARAN

PENGURUSAN KURIKULUM

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM MASALAH PEMBELAJARAN

Tarikh: 15 JUN 2014 Tarikh: 15 JUN 2014

Manual Kerja Kursus Kesusasteraan Melayu Komunikatif Kertas 4 (922/4)

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4) STPM 2017

DASAR PENGURUSAN KURIKULUM

6. PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK SARJANA MUDA BACHELOR S DEGREE PROJECT GUIDELINES

Tarikh: 02 MEI 2012 Tarikh: 02 MEI 2012

PEGAWAI PENGURUSAN (PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN) DG 41

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PBPPP

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 1991

Manual Pelajar (Untuk Calon Sekolah Kerajaan dan Calon Sekolah Bantuan Kerajaan)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM MASALAH PENDENGARAN

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu Pentaksiran Kerja Kursus Projek (Jadual Spesifikasi Tugasan, Soalan Tugasan dan Rubrik Pemarkahan)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG PENILAIAN PRAKTIKUM

GARIS PANDUAN PENGURUSAN/AMALAN TERBAIK PERKHIDMATAN KAUNSELING DAN DISIPLIN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2016

INSTITUSI LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK TAHUN AKHIR

Garis Panduan Praktikum

PENGURUSAN KURIKULUM

RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU SECARA DALAM TALIAN

Mesyuarat Pelaksanaan Peperiksaan Kelas Khas Kemahiran Membaca dan Menghafaz al-quran (KKQ)

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PENYELIDIKAN (PENYELIAAN) (P )

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

REKA BENTUK KURIKULUM

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN TANGGUNGJAWAB PENYELIA-CALON

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN DEKAN (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: PU/PS/GP003 GARIS PANDUAN SISTEM PENASIHATAN AKADEMIK

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

Manual Kerja Kursus (Kerja Projek) Kesusasteraan Melayu Komunikatif Kertas 4 (922/4)

SPESIFIKASI TUGAS PEMBANTU PEGAWAI PENGURUSAN (HAL EHWAL PELAJAR) DG 34

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

PEMBANTU PEGAWAI PENGURUSAN PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN DGA34

Polisi dan Prosedur. Nama Polisi: Polisi dan Prosedur Pengurusan Senat. Nombor Polisi: UTM P.A. 01

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

GURU PEMBIMBING SEBAGAI MENTOR

PENGAJARAN BERPASANGAN

DASAR PELANTIKAN DAN PELAKSANAAN SKIM PEMBANTU PENYELIDIK DAN PENGAJAR PASCASISWAZAH [GRADUATE RESEARCH & TEACHING ASSISTANT (GRTA)]

GARIS PANDUAN MENGHADIRI PROGRAM LATIHAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

JPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009

PK10 PENGURUSAN PERKEMBANGAN STAF

BAB III KERTAS KERJA PROGRAM AKADEMIK BAHARU

Padankan. Padankan. Padankan

GARIS PANDUAN PENGURUSAN BANK ITEM DAN PERATURAN PEMARKAHAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

FAKULTI PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA

PUSAT PENILAIAN KOMPETENSI PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN (PTK) BAGI STAF BUKAN AKADEMIK

Bab Dua - Langkah-langkah Awal, Semasa dan Akhir Latihan Mengajar

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

1.0 Pengenalan. 2.0 Guru Pembimbing

PENGURUSAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PENILAIAN MBE PROJEK SARJANA 1 PROGRAM SARJANA PTV (KERJA KURSUS) FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL

ANUGERAH PENGAJARAN UiTM 2014 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

Transkripsi:

Definisi Istilah IPGM IPG Senat PPG Internship Penilai : Institut Pendidikan Guru Malaysia iaitu bahagian di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia yang melaksanakan Program Pendidikan Guru Praperkhidmatan dan Dalam Perkhidmatan seperti yang ditetapkan dalam Akta Pendidikan 1996. IPGM juga merancang dan memantau Perkhidmatan Pendidikan Guru yang dilaksanakan oleh IPG. : Institut Pendidikan Guru yang melaksanakan Program Pendidikan Guru Praperkhidmatan dan Dalam Perkhidmatan seperti yang ditetapkan dalam Akta Pendidikan 1996. : Senat Institut-institut Pendidikan Guru adalah badan akademik yang ditubuhkan di bawah Perkara 6, Peraturan-peraturan Pendidikan (Institut-institut Pendidikan Guru) 2010. : Program Pensiswazahan Guru adalah kesinambungan daripada rancangan pembangunan pendidikan dalam Rancangan Malaysia Ke-9 yang dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (2011-2015) untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah mengikuti pengajian peringkat ijazah pertama secara Pendidikan Jarak Jauh. : Satu latihan amali bertujuan mengaitkan pengalaman amalan profesional perguruan pelajar yang terdahulu dengan dapatan pengetahuan baharu untuk diaplikasi dalam perkhidmatan pendidikan. : Pensyarah IPG dan mentor yang dilantik oleh Pengarah IPGK dan Pengarah JPN masing-masing untuk menilai prestasi pelajar semasa Internship. Mentor : Penolong Kanan/Ketua Panitia/Guru sekolah yang berpengalaman dalam mata pelajaran sekolah dan dilantik oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN). Pengurus Sekolah : Pentadbir sekolah yang terdiri daripada Guru Besar dan Guru Penolong Kanan. Pelajar Murid : Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah (PPPBS) yang sedang mengikuti Program Pensiswazahan Guru (PPG). : Murid sekolah tempat Internshipdilaksanakan. Bilik Darjah : Tempat sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) dijalankan, termasuk bilik khas, bengkel, dan makmal. Sekolah : Institusi pendidikan tempat Internshipdilaksanakan. 1

Pemantauan : Proses mengesan pelaksanaan Internshipoleh ahli JKIAPIPGK/JKIPIPGK. Gagal : Markah kurang 50 % atau gagal mematuhi garis panduaninternship. Senarai Singkatan IPGM : Institut Pendidikan Guru Malaysia IPGK : Institut Pendidikan Guru Kampus JKIAPIPGK/ JKIPIPGK : Jawatankuasa Induk Amalan Profesional Institut Pendidikan Guru Kampus/Jawatankuasa Induk Praktikum Institut Pendidikan Guru Kampus JPN : Jabatan Pendidikan Negeri PPD : Pejabat Pendidikan Daerah PPG : Program Pensiswazahan Guru PPPBS : Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah SM : sekolah menengah PdP : pengajaran dan pembelajaran RPH : Rancangan Pengajaran Harian RPI : Rancangan Pengajaran Individu TMK : Teknologi Maklumat dan Komunikasi 2

INTERNSHIP 1. KONSEP Internship adalah latihan lapangan yang bertujuan untuk mengembang serta mengaplikasipengetahuan, kemahiran dan pengalaman sedia adasebagai seorang guru. Pelajar dikehendaki merancang, melaksana dan menilai projekinovasi yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Pada peringkat ini, pelajar perlu menunjukkan dayakreativiti dan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Internship juga memberi peluang kepada pelajar untuk meningkatkan kompetensi diri, keyakinan, ketahanan dan jati diri serta membentuk sifat kepemimpinan serta memupuk nilai profesionalisme keguruan ke arah melahirkan guru yang berinovasi. 2. OBJEKTIF Melalui Internship, pelajar dapat: i. Merancang dan melaksana projek inovasi yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. ii. Menunjukkan komitmen yang tinggi ke arah kecemerlangan, akauntabiliti dan integriti dalam melaksanakan tugas. iii. Menampilkan ciri-ciri kepemimpinanbersesuaian dengan tanggungjawab yang diberikan. iv. Mengaplikasi kemahiran komunikasi secara berkesan dengan sekolah/tempat bertugas dalam pelbagai situasi. komuniti v. Menunjukkan usaha menangani pelbagai cabaran untuk memenuhi kehendak program pendidikan semasa. vi. Membuat refleksi dan menilaiamalan pengajaran dan pembelajaran serta projekinovasi yang telah dilaksanakan untuk penambahbaikan yang berterusan. vii. Memantapkan usaha dan inisiatif ke arah pemupukan ciri-ciri inovasi dan kreativiti dalam meningkatkan nilai profesionalisme keguruan secara berterusan. 3. PROSEDUR PELAKSANAAN 3

i. Tempoh Pelajar perlu menjalani Internship selama empat (4) minggu dengan peruntukan sebanyak dua (2) kredit dalam Semester 8. ii. PenempatanInternship Pelajar wajibmenjalani Internship di sekolah rendah sahaja. iii. Bilangan Waktu Mengajar Bilangan waktu mengajar untuk pelajar yang terdiri daripada Guru Besar/Penolong Kanan/Ketua Panitia/guru yang mengajar di sekolah rendah adalah tertakluk kepada pihak sekolah. Bilangan waktu mengajar untuk pelajar yangtidak mengajar di sekolah rendah seperti PPPBSyang bertugasdi Bahagian-bahagian di KPM/JPN/PPD/SMadalahsebanyak 2-4 waktu seminggu di sekolah rendah. iv. Mata Pelajaran Pelajar wajib mengajar mata pelajaran bidang pengkhususan sahaja di samping melaksanakan tugas hakiki dalam tempoh Internship. v. Taklimat Internship Pelajar wajib menghadiri taklimat Internship yang dikendalikan oleh Unit Praktikum IPGK. vi. Portfolio Pelajar mesti menyediakan portfolio Internship(rujuk Lampiran 3).. 4. PROJEKINTERNSHIP i. Pelajar wajib melaksanakansatu(1)projek inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang berkaitan dengan major masing-masing. Projek tersebut perlu dibuat rakaman video berdurasi 20 30 minit (satu waktu) ii. iii. Pelajar dikehendaki mengaplikasikaninovasi tersebut dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah. Projek inovasi hendaklah dijalankan secara individu dan atas pembiayaan sendiri. iv. Pelajar perlu menyediakan kertas cadangan yang menjelaskan objektif, strategi dan pelan tindakan projek inovasi. v. Pelajar hendaklah membuat penilaian pelaksanaan dan keberkesanan projek inovasi dalam PdP yang telah dilaksanakan. Sehubungandengan itu, 4

penulisan perancangan dan laporan perlu melibatkan output, outcome, aplikasi ilmu, kreativiti dan inovasi. vi. vii. Pelajar hendaklah menyediakan laporan bertulis antara 8 10 muka surat (tidak termasuk abstrak, lampiran atau keterangan berkenaan bahan grafik seperti rajah, peta, jadual, gambar, illustrasi dan sebagainya) mengenai projek yang dijalankan berdasarkan panduan yang disediakan (rujuk Lampiran 1). Laporan bertulis yang dimuatkan di dalam portfolio, portfolio internship berserta rakaman video pelaksanaan projek inovasi dalam PdP hendaklah diserahkan kepada mentor/pensyarah dalam tempoh SATU (1) minggu selepas tamat Internship untuk dinilai. 5. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB (i) Pelajar a) Menghadiri taklimat yang dikendalikan oleh Unit Praktikum IPGK. b) Memahami, menghayati dan berusaha mencapai matlamat dan objektif Internship. c) Memaklumkan kepada Unit Praktikum (PPPBS yang bertugas di Bahagian-bahagian di KPM/JPN/PPD/SM): i. maklumat sekolah yang dipilih untuk melaksanakan Internship ii. mentoryang telah dilantik olehpengurusan sekolah berkenaan d) Menyediakan kertas cadangan projek inovasi yang akan dilaksanakan sebelum menjalani Internship. e) Berbincang dengan pengurus sekolah dan mentor/pensyarah untuk mencapai persetujuan bersama tentang projekinovasi yang akan dilaksanakan. f) Membina hubungan profesional dengan pengurus sekolah, guru/pegawai dan staf sokongan. g) Mematuhi dan mengamalkan Tatasusila Profesion Perguruan, Etika Kerja Kementerian Pendidikan Malaysia, peraturan IPG, dan peraturan sekolah. h) Hadir ke sekolah/tempat bertugas dan terlibat dengan aktiviti anjuran sekolah/tempat bertugas sepanjang tempoh Internship. Pelajar kategoripppbsyang bertugas dibahagian-bahagian di KPM/JPN/PPD/SM dikehendaki hadir ke sekolah satu (1) hari untuk sesi persekolahan dalam seminggu. i) Merekod kehadiran pada setiap hari persekolahan/bertugas. j) Melengkap dan menghantar borang kehadiran Internshipkepada Unit Praktikum IPGK. 5

k) Melaksanakan projek inovasi dalam PdP yang dicadangkan secara individu. Projek inovasi dalam PdP hendaklah berkaitan dengan mata pelajaran pengkhususan, praktikal dan boleh disempurnakan dalam masa empat minggu. Projek inovasi hendaklah asli dan tidak memplagiat inovasi terdahulu. Walau bagaimanapun, penambahbaikan terhadap projek inovasi sedia ada adalah dibenarkan. Contoh Projek Inovasi dalam PdP: i. Kaedah BacaCepat Dalam Pengajaran Jawi (bidang Pendidikan Islam) ii. Rekreasi Matematik (bidang Matematik) iii. Teknik Parodi Dalam Set Induksi (bidang Sains Sosial) l) Membuat rakaman video satu slot pengajaran pelaksanaan projek inovasi tersebut berdurasi selama 20-30 minit (1 waktu) dalam bentuk cakera padat (CD) beserta RPH perlu disediakan untuk tujuan penilaian. (Pelajar dinasihatkan membuat salinan rakaman dalam fail peribadi) m) Membina dan melengkapkan portfolio Internship yang mengandungi antaranya laporan bertulis projek inovasi serta menghantar kepada mentor/penilai n) Mengamalkan pemikiran reflektif dan membuat penulisan refleksipada setiap minggu sepanjang tempoh Internship berpandukan format yang ditetapkan.(rujuk Lampiran 2 dan 2a). o) Pelajar kategori PPPBS yang bertugas sebagai guru di sekolah rendahperlu menghantar rakaman video, RPH dan portfolio internship untuk dinilai oleh mentor yang dilantik oleh pihak sekolah dalam tempoh satu (1)minggu setelah tamat internship. Seterusnya bahan-bahan yang telah dinilai oleh mentor perlu di hantar ke Unit Praktikum IPGK untuk proses penilaian oleh pensyarah selewat-lewatnya dua (2) minggu selepas tamat Internship. p) Pelajar kategori PPPBS yang bertugas di Bahagian-bahagian di KPM/JPN/PPD/SM pula rakaman video, RPH dan portfolio internshipperlu menghantar terus ke Unit Praktikum IPG untuk proses penilaian oleh pensyarah dalam tempoh satu (1)minggu selepas tamat Internship. (ii) Pengurus Sekolah a) Memahami, menghayati dan bekerjasama dengan IPGK ke arah pencapaian matlamat dan objektif Internship. b) Menerima maklumatdaripada Unit Praktikum IPGK. c) Memastikan dan membantupelajar melaksanakan tanggungjawab dan tugasan yang dipersetujubersama oleh pihak sekolah sepanjang tempoh Internship. d) Mencalonkan mentor dalam kalangan Penolong Kanan/Ketua Panitia/guru untuk dilantik oleh JPNbagi membimbing pelajar semasa Internship. Seorang mentor dibenarkan membimbing maksimum dua orang pelajar. 6

e) Memaklumkan kepada IPGK jika terdapat kes-kes disiplin dan pelajar berpotensi gagal. f) Mengesahkan markah penilaian Internship yang dibuat oleh mentor. g) Menghantar markah penilaian Internship(Borang PR5) kepada Unit Praktikum IPGK dalam tempoh satu (1) minggu selepas tamat Internship.Semua dokumen pemarkahan adalah SULIT. h) Melaporkan kepada IPGK secara bertulis kes gagal Internship (iii) Mentor a) Menerima maklumat daripada Unit Praktikum IPGK. b) Memberi kerjasama dan membantu pelajar melaksanakanprojekinovasi yang dijalankan. c) Membimbing pelajar ke arah perkembangan sahsiah pendidik yang cemerlang, kompeten dan berjiwa pendidik. d) Memaklumkan kepada pengurus sekolahmengenai perkembangan dan kemajuan pelajar dari semasa ke semasa. g) Menilai pelaksanaan projek inovasi pelajar semasainternship dengan menggunakan Borang PR5 dalam tempoh satu(1) minggu selepas tamat Internship untuk disahkan oleh pengurus sekolah.sila rujuk Lampiran 4 dan Lampiran 4a. (iv) Pensyarah a) Menerima surat pelantikan sebagai penilaidaripadapengarah IPGK. b) Menerima maklumat berkaitan Internship daripada Unit Praktikum. c) Menyemak dan menilai portfolio serta rakaman pelaksanaan projek inovasi pelajar dalam PdP. d) Melengkapkan dan menyerahkan Borang Penilaian (PR5) kepada Unit Praktikum. (v) Unit Praktikum a) Melaksanakan garis panduaninternship yang dikeluarkan oleh IPGM. b) Menguruskan pelantikan mentor/pensyarah yang telah dicalonkan oleh pengurus sekolah/ketua Jabatan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri/IPGK. c) Merancang dan menguruskan dokumenberkaitan pelaksanaan Internship. d) Merancang dan menguruskan taklimat pengurusan Internship kepada pelajar. 7

e) Menguruskan pengumpulan dan penyimpanan dokumen/rekod Internship. f) Menyediakan dokumen dan laporan kes-kes Internship (jika ada) untuk dibawa ke mesyuarat JKPIPGK/JKIAPIPGK. g) Mengurus dan membentang keputusan Internship untuk disahkan oleh JKPIPGK/JKIAPIPGKsebelum diserahkan kepada Unit Peperiksaan dan PenganugerahanInstitut Pendidikan Guru. (v) Jawatankuasa Induk Praktikum Institut Pendidikan Guru Kampus/Jawatankuasa Induk Amalan Profesional Institut Pendidikan Guru Kampus (JKIPIPGK/JKIAPIPGK) a) Memastikan pelaksanaangaris panduaninternship dipatuhi. b) Mengendalikan kes-kes khas seperti penangguhan, melengkapkan tempohinternship, disiplin dan gagal serta mengambil tindakan susulan yang sewajarnya. c) Mengesahkan kehadiran dan keputusan Internship pelajar. 6. KEHADIRAN INTERNSHIP a) Pelajar wajib hadir 100%kecuali dengan kebenaran Pengarah JPN/ Pengarah IPGK /Pegawai Pendidikan Daerah /Pengetua/Guru Besar/ Ketua Jabatan tempat bertugas tetapi tidak melebihi 30% daripada jumlah hari internship adalah atas sebab-sebab berikut:. Pelajar sakit atau cedera dan disahkan oleh pegawai perubatan. Menjadi saksi atau terlibat dalam perbicaraan kes mahkamah. Keluarga terdekat meninggal dunia dengan disertakan sijil kematian. (Nyatakan ahli keluarga terdekat. Rujuk Pekeliling Perkhidmatan Awam Bab Cuti) Peristiwa di luar jangkaan atau hal-hal kecemasan. 8

b)kehadiran yang kurang daripada 100% tanpa sebab atau tanpa kebenaran, kesnya akan dirujuk kepada pihak jawatankuasa tatatertib IPGK untuk tindakan seperti yang berikut: Kehadiran Internship 90 % ke atas Tindakan JKIPIPGK/JKIAPIPGK akan menentukan sama ada pelajar perlu melengkapkan kehadiran Internship atau tidak. 70% - 89.9% Pelajar wajib melengkapkan kehadiran Internship. Kurang daripada 69.9% Pelajar wajib mengulang keseluruhan Internship. Jadual 2: Tindakan Bagi Kes Kehadiran InternshipTanpa Sebab Atau TanpaKebenaran dan Kurang Daripada100% 7. PENANGGUHAN INTERNSHIP a) Semua permohonan penangguhan Internshiphendaklah dibuat kepada Rektor IPGM melalui Pengarah IPGK. b) Kelulusan penangguhan Internship tertakluk kepada keputusan yang dibuat oleh Rektor IPGM. c) Penangguhan tidak boleh melebihi satu tahun selepas tamat tempoh pengajian. d) Internship yang tertangguh perlu disempurnakan sebagai syarat lulus dan sebelumboleh dianugerahkan ijazah. e) Pelajar mesti melaporkan diri ke IPGK asal mereka selepas tamat tempoh penangguhan yang dimohon untuk meneruskan Internship. f) Pelajar tidak dibenarkan menukar sekolah penempatan Internship kecuali dengan kelulusan Pengarah IPGK. g) Pelajar tidak dibenarkan bertukar IPGK ketika melaksanakan Internship kecuali dengan kebenaran Rektor IPGM. 9. PENILAIAN INTERNSHIP a) Penilaian oleh mentor/pensyarah terhadap projek inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran akan dilaksanakan selepas tamat internship. b) Penilaian pelajar dalam Internshipmelibatkan aspek-aspek perancangan, pelaksanaan dan penilaian projek inovasiyang dijalankan, penulisan refleksi. 9

c) Penilaian Internship pelajar PPG dilakukan oleh mentor (50%) dan Pensyarah (50%) menggunakan Borang PR5 (Rujuk Lampiran 4 dan 4a). d) Pengesahan markah penilaian yang dilakukan oleh mentor dilakukan oleh Guru Besar. e) Pengesahan markah penilaian yang dilakukan oleh Pensyarah dilakukan oleh Ketua Jabatan di IPGK. f) Wajaran bagi penilaian pelajar adalah seperti berikut: Kategori Pelajar PPPBS yang bertugas sebagai guru di sekolah rendah PPPBS (Guru Besar, Penolong Kanan, pegawai bertugas Bahagianbahagian di KPM/ JPN/ PPD/SM Wajaran Penilaian Sekolah IPG 50% 50% 50% 50% Jadual 3: Wajaran Penilaian Internship g) Komponen Penilaian Internship adalah seperti berikut :- Aspek Penilaian Rujukan Markah A.Perancangan ProjekInovasi Portfolio Internship/RPH 20% B. Pelaksanaan Projek Inovasi Jadual 4: Komponen Penilaian Internship Portfolio Internship/RPH dan rakaman video projek inovasi dalam PdP. 30% C. Penilaian Projek Inovasi 30% D. Penulisan Refleksi Portfolio Internship 20% JUMLAH 100% 10. SYARAT LULUS ATAU GAGAL INTERNSHIP a) Syarat penentuan keputusan Prestasi pelajar dalam Internship diputuskan mengikut gred seperti yang ditetapkan dalam syarat danperaturan sistem peperiksaan, penilaiandan penganugerahan pendidikan guru yang dikeluarkan oleh Senat. 10

b) Penentuan lulus berdasarkan kepada syarat-syarat berikut:- Kehadiran 100 %. Lulus dalam penilaian Internship (rujuk PR5) Tidak melanggar mana-mana peraturan di bawah Akta 174 dan disabitkankesalahan. c) Penentuan gagal Internship berdasarkan kepada syarat-syarat berikut:- Pelajar tidak memenuhi syarat-syarat seperti disenaraikan dalam syarat penentuan lulus. d) Pelajar yang lulus/gagal perlu disahkan oleh JKIPIPGK/JKIAPIPGK. e) Pelajar yang gagal diberi peluang mengulang sekali sahaja. 11

LAMPIRAN 12

LAMPIRAN 1 LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP (Laporan antara 8 10 muka surat) NAMA PELAJAR NO. KAD PENGENALAN PROGRAM NAMA SEKOLAH NAMA PROJEK TEMPOH PELAKSANAAN : : : : : : 1. OBJEKTIF.......... 2. STRATEGI PELAKSANAAN 3. REFLEKSI a) Kekuatan Projek: b) Kelemahan Projek:.. 4. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN 5. KESIMPULAN 13

CATATAN REFLEKSI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN (Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) LAMPIRAN 2 1. Isu / Perkara yang difokus: 2. Analisis isu / perkara yang difokus: 2.1 Kekuatan: 2.2 Kelemahan: 3. Cadangan penambahbaikan: (sila simpan dokumen ini di dalam portfolio anda) 14

LAMPIRAN 2a PENULISAN REFLEKSI 1. Definisi Refleksi Proses merenung, menganalisis, mencari alasan, cadangan dan tindakan untuk membaiki diri yang dilakukan secara berterusan. (Hanipah, 1999) Amalan refleksi merupakan perlakuan memikirkan semula pengalaman pelajar. Ia memerlukan penerokaan unsur-unsur yang ketara dan tersirat. Proses ini membuat andaian sebab musabab berasaskan fakta pemerhatian, temu bual dan soal selidik. Refleksi dalam Internship membolehkan pelajar dibimbing untuk menaakul, memilih strategi pelaksanaan tugasan dan seterusnya membuat penilaian kendiri. Amalan refleksi ini membolehkan pelajar menghayati dan meningkatkan profesionalisme keguruan secara efektif. 2. Tujuan Refleksi: Pelajar dapat mengesan keberkesanan pelaksanaan setiap tugasan yang dilaksanakan. Pelajar dapat menjadikan refleksi sebagai asas untuk menambahbaik dan meningkatkan kualiti setiap tugasan secara berterusan. Memperkembangkan keupayaan celik akal pelajar bagi melahirkan kreativiti dan inovasi dalam setiap tugas yang dijalankan. Meningkatkan kualiti insan guru yang mempunyai ilmu profesional keguruan. 3. Ciri-Ciri Refleksi Bermula dengan mengingat kembali Melibatkan perasaan(domain afektif) terhadap sesuatu Menentukan usaha secara sedar (conscious effort) Bersedia mengubah sikap, kesedaran diri, amalan dan tingkah laku positif 4. Amalan Refleksi/Penilaian Kendiri DalamInternship a) Satu proses mengkaji semula keberkesanan pelaksanaan Internship oleh pelajar sendiri melalui refleksi untuk mempertingkatkan kemahiran keguruan. b) Antara panduan yang boleh diikuti ialah:- i). Hendaklah dibuat selepas projek inovasi dalam PdP yang dijalankan oleh PPPBSselesai dilaksanakan.antara perkara-perkara yang dicadangkan adalah seperti berikut: Sejauh manakah objektif projek yang dirancang dan dilaksanakan tercapai? Apakah kekuatan dan kelemahan yang dapat dikenal pasti? Jelaskan langkah-langkah yang boleh difikirkan untuk membaiki pelaksanaan aktiviti tersebut? Apakah faktor-faktor yang dapat membantu dalam meningkatkan atau menambah baikkan pelaksanaan projek tersebut? ii) Melaksanakan proses refleksi berpandukan format refleksi seperti di Lampiran 2 dan 2a. 15

LAMPIRAN 3 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SENARAI SEMAK KANDUNGAN PORTFOLIO INTERNSHIP PPG A Bahagian No. Perkara Maklumat Diri A01 A02 A03 Biodata Pelajar Surat Pengenalan Diri Salinan Borang Kehadiran Internship Tandakan () B01 Kertas Cadangan Projek Inovasi Dalam PdP B Maklumat Projek Inovasi B02 B03 Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Menyediakan Laporan Projek Inovasi B04 Cadangan Penambahbaikan C Amalan Refleksi C01 Catatan Refleksi Mingguan D01 Maklumat Tambahan Projek Inovasi PdP D Lain-lain D02 Rakaman video yang disimpan dalam cakera padat (CD) D03 16

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM, SUNGAI PETANI, KEDAH BORANG PR5 BORANG PENILAIAN INTERNSHIP Perhatian: Borang ini digunakan untuk penilaian Internship yang perlu dilengkapkan oleh mentor/pensyarah dan pengurus sekolah. Nama Pelajar : No. K.P : Kursus : Ambilan : Major : Elektif : Nama Sekolah : RUMUSAN UNTUK INTERNSHIP Petunjuk Tahap Tahap 1 Tahap 2 Tahap 3 Tahap 4 Tahap 5 : Terdapat banyak kelemahan : Terdapat beberapa kelemahan : Pencapaian sederhana : Baik dalam banyak aspek : Amat baik, cemerlang dalam banyak aspek KRITERIA PEMARKAHAN MENGIKUT TAHAP TAHAP 10% 20% 30% 1 2 3 4 5 0.0-1.9 2.0-3.9 4.0-6.4 6.5-7.9 8.0-10.0 0.0-3.9 4.0-7.9 8.0-12.9 13.0-15.9 16.0-20.0 0.0-5.9 6.0-11.9 12.0-19.4 19.5-23.9 24.0-30.0 17

Arahan: Sila bulatkan angka yang berkenaan BORANG PENILAIAN INTERNSHIP (PR5) Aspek Tahap Ulasan A. PERANCANGAN PROJEK INOVASI PdP (20 MARKAH) - Objektif jelas dan sesuai - Pelan tindakan disediakan - Sasaran pelajar dinyatakan - Inovasi sesuai dengan sasaran 1 2 3 4 5 Markah A = B. PELAKSANAAN PROJEK INOVASI DALAM PdP (30 MARKAH) 1 2 3 4 5 - Mengikut kesesuaian jadual perancangan Markah B = - Penglibatan aktif murid - Impak kepada murid C. PENILAIAN PROJEK INOVASI DALAM PdP (rujuk portfolio) (30 MARKAH) 1 2 3 4 5 - Menyediakan laporan projek inovasi - Cadangan penambahbaikan - Laporan akhir pelaksanaan projek inovasi Markah C = D. CATATAN REFLEKSI (rujuk portfolio) (20 MARKAH) 1 2 3 4 5 - Isu/perkara difokus - Analisis kekuatan/kelemahan - Cadangan penambahbaikan Markah D = - Rumusan Jumlah Keseluruhan Markah = (A + B + C + D) = % RUMUSAN KESELURUHAN Tandatangan Mentor/Pensyarah Tandatangan Pengurus Sekolah/Ketua Jabatan (Nama: ) (Nama: ) Tarikh: Tarikh: 18

PANDUAN PENGGUNAAN BORANG PENILAIAN INTERNSHIP (PR5) 1. Borang PR5 digunakan untuk membuat penilaian Internship. LAMPIRAN 5a 2. Pengurus sekolah dan mentor perlu membuat perbincangan sebelum membuat rumusan dan penilaian pada borang PR5. 3. Empat komponen yang mengandungi aspek-aspek tertentu disediakan sebagai fokus untuk membuat rumusan. Setiap aspek disediakan tahap yang digunakan sebagai petunjuk pencapaian pelajar. 4. BORANG RUMUSAN PR5 INI TIDAK BOLEH DIBERIKAN KEPADA PELAJAR. A. PERANCANGAN INOVASI DALAM PdP Tahap 1 Tahap 2 Tahap 3 Tahap 4 Tahap 5 Perancangan tidak jelas, tidak teratur, strategi tidak sesuai, tidak ada sumber rujukan, persembahan sangat lemah Perancangan projek inovasi kurang jelas, kurang teratur, strategi kurang sesuai, sumber rujukan sangat terhad, persembahan lemah Perancangan projek inovasi jelas tetapi kurang teratur, strategi sesuai, sumber rujukan terhad, persembahan mengikut format Perancangan projek inovasi jelas dan teratur, strategi sesuai, sumber rujukan sesuai dengan tajuk, persembahan mengikut format Perancangan projek inovasi sangat jelas dan teratur, strategi sesuai, sumber rujukan pelbagai dan sesuai dengan tajuk, persembahan kreatif dan mengikut format B. PELAKSANAAN INOVASI DALAM PdP Tahap 1 Tahap 2 Tahap 3 Tahap 4 Tahap 5 Penglibatan murid tidak jelas, tidak teratur dan tidak mengikut jadual perancangan. Penglibatan murid kurang jelas, kurang teratur dan kurang mengikut jadual perancangan. Penglibatan murid jelas, tetapi kurang teratur dan kurang mengikut jadual perancangan. Penglibatan murid jelas, teratur dan mengikut jadual perancangan. Penglibatan murid sangat jelas, sangat teratur dan mengikut jadual perancangan. Projek inovasi tidak memberi impak kepada murid Projek inovasi kurang memberi impak kepada murid Projek inovasi kurang memberi impak kepada murid Projek inovasi jelas dan memberi impak kepada murid Projek inovasi sangat jelas dan memberi impak kepada murid 19

C. PENILAIAN PROJEK INOVASI DALAM PdP Tahap 1 Tahap 2 Tahap 3 Tahap 4 Tahap 5 Tidak jelas dan tidak teratur dalam menyediakan laporan projek inovasi Kurang jelas dan kurang teratur dalam menyediakan laporan projek inovasi Jelas tetapi kurang teratur dalam menyediakan laporan projek inovasi Jelas dan teratur dalam menyediakan laporan projek inovasi Sangat jelas dan sangat teratur dalam menyediakan laporan projek inovasi Tidak jelas dan tidak teratur dalam menyediakan cadangan penambahbaikan dan laporan akhir pelaksanaan projek inovasi Kurang jelas dan kurang teratur dalam menyediakan cadangan penambahbaikan dan laporan akhir pelaksanaan projek inovasi Jelas tetapi kurang teratur dalam menyediakan cadangan penambahbaikan dan laporan akhir pelaksanaan projek inovasi Jelas dan teratur dalam menyediakan cadangan penambahbaikan dan laporan akhir pelaksanaan projek inovasi Sangat jelas dan sangat teratur dalam menyediakan cadangan penambahbaikan dan laporan akhir pelaksanaan projek inovasi D. CATATAN REFLEKSI Tahap 1 Tahap 2 Tahap 3 Tahap 4 Tahap 5 Kurang berusaha untuk menilai diri Ada usaha untuk menilai kekuatan dan kelemahan diri. Sentiasa berusaha menilai kekuatan dan kelemahan diri. Berjaya menilai kekuatan dan kelemahan diri. Sangat berjaya menilai kekuatan dan kelemahan diri. Tidak dapat menghubungkaitkan sebab dan akibat tentang tindakan yang telah diambil. Tidak menunjukkan usaha untuk menghubung kait dalam merancang dan membuat tindakan susulan. Kurang dapat menghubungkaitkan sebab dan akibat tentang tindakan yang telah diambil. Kurang menghubungkaitkan situasi dan pengalaman untuk membuat inferens. Dapat menghubungkaitkan sebab dan akibat yang telah diambil. Dapat menghubungkaitkan situasi dan pengalaman untuk membuat inferens. Berjaya menghubungkaitkan sebab dan akibat tentang tindakan yang diambil Berjaya menghubungkaitkan sebab dan akibat untuk membuat inferens. Berjaya meramal kesan sesuatu tindakan dan bertindak berlandaskan bukti, seterusnya merancang langkah susulan. Sangat berjaya menghubungkaitkan sebab dan akibat tentang tindakan yang diambil Sangat berjaya menghubungkaitkan sebab dan akibat untuk membuat inferens. Sangat berjaya meramal kesan sesuatu tindakan dan bertindak berlandaskan bukti, seterusnya merancang langkah susulan. 20

AHLI PANEL PENGGUBAL: Dr. Mohd. Nordin bin Abu Bakar Pusat Pembangunan Akademik Institut Pendidikan Guru Malaysia Tn. Hj. Aleas bin Hj. Md. Isa Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas En. Ahmad Tarmizi bin Salleh Ketua Unit Praktikum Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam En. Johari bin Joned Ketua Unit Praktikum Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu Dr. Syed Ismail bin Syed Mustafa Ketua Unit Praktikum Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas En. Muhammad bin Ibrahim Pusat Pembangunan Akademik Institut Pendidikan Guru Malaysia Tn. Syed Hamid bin Syed Alwi Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam Tn. Hj. Azhar bin Hashim Ketua Unit Praktikum Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik Pn. Hjh. Hasnah bt. Razali Ketua Unit Praktikum Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa En. Mohd. Izan bin Yusop Ketua Unit Praktikum Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar 21