Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

dokumen-dokumen yang mirip
Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif. Abstrak

Abstrak. Penerapan Penanda Wacana dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Menulis. Muhammad Faizrin Hashim

Mengukuhkan Kemahiran Interaksi Penulisan. Abstrak

Peluasan Ayat Melalui Strategi Penggunaan Pelbagai Keterangan. Abstrak

Abstrak. Penggunaan S 2 TAMP 2 D dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kepelbagaian Ayat. Zaetun Abbas

ULASAN BUKU. Hasmidar Hassan, 2011, Kata Hubung Dan dan Tetapi dari Sudut Pragmatik, 201 halaman, ISBN

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

Pengajaran Kata Nama dengan Menggunakan Konsep MBBT. Abstrak

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

Penggunaan Kad Permainan dalam Pengajaran Kata Seerti/Seiras

Abstrak. Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca

PERISIAN TOONDOO MEMBINA KEMAHIRAN MENULIS MURID

Memperkaya Kata Adjektif Melalui Penerokaan Taman Herba dan Rempah Ratus. Abstrak

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca. Norazlina Abdul Jalil

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

Abstrak. Penerapan Pantun dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Fauziah Muhamad Fadzillah Sekolah Rendah Fengshan

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA AYAT-AYAT YANG MENGANDUNGI PERKATAAN GABUNGAN TIGA SUKU KATA TERBUKA KV + KV + KV. Oleh. Abdillah Bin Nurdin Asis

MEMBINA AYAT KOHESI LEKSIKAL REPETISI DENGAN KAEDAH PEMBARIS OATAK ARdiKOOS AJAIB

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

PROGRAM KEMBARA PEMBELAJARAN

SEMINAR PASCA SISWAZAH DALAM PENDIDIKAN (GREDUC 2013)

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

BAHASA MELAYU KURIKULUM BAHASA MELAYU & FORMAT PEPERIKSAAN,

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

PAKEJ IMBUHAN: MENINGKATKAN PENGUASAAN IMBUHAN PELAJAR

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Landskap merupakan satu daripada dua tajuk elektif dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu pilihan Sains Pertanian Tingkatan 3.

BAHAGIAN A 30 markah. Jawab semua soalan pada kertas saranan jawapan yang disediakan.

TEORI DAN PRINSIP PERKAMUSAN

JUL 401 BAHASA MALAYSIA

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES Sinopsis

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

OH, ITUNYA DARAB! Oleh. Chai Mei Ling ABSTRAK

MEMPELBAGAIKAN PENDEKATAN UNTUK MEMBANTU MURID-MURID TAHUN 5 MENGUASAI SIFIR DARAB 1 HINGGA 10. Oleh

NAMA PELAJAR : SITI NUR HASINAH BINTI HUSSIAN NO MATRIK : P79063 TAJUK: STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA OLEH PELAJAR CEMERLANG PENSYARAH:

BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat.

BAB LIMA DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN. Bab ini menghuraikan dan merumuskan dapatan-dapatan daripada kajian

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

MENINGKATKAN PENGUASAAN PENGGUNAAN KATA ADJEKTIF MELALUI PEMBELAJARAN BERDASARKAN PENGALAMAN

Jilid 13 Bil. 2 Disember 2013 ISSN: KK:

MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK TAHUN LIMA DALAM BAHASA INGGERIS

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF

Penilaian Holistik Darjah 1 & 2

8.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI. soal selidik, dokumen, borang pemerhatian, dan temu bual. Data-data yang berbentuk

RANCANGAN PELAJARAN BAHASA MELAYU PENGGAL DUA TINGKATAN ENAM 2013

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUNDAR DENGAN KAEDAH JABAL (BUKIT)

KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) KAJIAN TINDAKAN

ASPEK TATABAHASA DALAM KURIKULUM STANDARD BAHASA MALAYSIA SEKOLAH RENDAH TAHUN SATU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

BESAR dan kecil. Oleh. Zailan Bin Jeman Sekolah Kebangsaan Tarat, Serian, Sarawak. Abstrak

Penggunaan PetaK dalam Memperkasakan Imbuhan Pelajar. Abstrak

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN. kemahiran sifir darab 2 hingga 5? teknik ENIS. Ini dapat dibuktikan daripada Rajah 10 yang telah menunjukkan

Pemerkasaan Bahasa Melayu Melalui Penerapan Pendekatan Pembelajaran Kontekstual: Satu Anjakan Teori dan Amalan

BAHASA MELAYU KURIKULUM BAHASA MELAYU & FORMAT PEPERIKSAAN, DARJAH 6

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

BAB TIGA : KAEDAH PENYELIDIKAN

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

3.0 HUBUNGAN STRATEGI HEADCOUNT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA PENGUJIAN

Model Pengurusan Strategik

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

Noor Aainah Hj.Ag.Jaafar

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. prosedur menjalankan penyelidikan kajian. Pengkaji

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

Bab 2: Memahami Proses Penulisan dan Cara Menilai Karangan

PENDEKATAN KOLABORATIF DALAM MENINGKATKAN KETERAMPILAN BERBAHASA PELAJAR: SATU KAJIAN TINJAUAN TERHADAP PELAJAR IPTA

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

KAEDAH SEBUT, EJA DAN BUNYIKAN. Oleh. Cathy John ABSTRAK

KECEKAPAN GURU PELATIH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MEMBACA BAHASA CINA

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

NOMBOR DAN ABJAD TERBALIK. Oleh. Sumiyati binti Abdul Halim Jikem ABSTRAK

Suriana Mohamed Bakri Sekolah Rendah Kranji Pusat Bahasa Melayu Singapura ABSTRAK

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

BAB VII KESIMPULAN DAN CADANGAN. Bab ini menerangkan ringkasan kajian secara menyeluruh. Ianya merangkumi tujuan

KAJIAN TERHADAP MINAT MEMBACA DI KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI LEDANG

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. mendapatkan data yang boleh dipercayai, ia merangkumi tiga aspek penting yang menjadi METODOLOGI KUANTITATIF

Oleh yang demikian, pengkaji memilih kaedah kajian lapangan dalam kajiannya. Bab

MENINGKATKAN AMALAN KESELAMATAN DALAM BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU (KHB) MELALUI KONSEP REA (RISKS, EFFECTS, & ACTS)

TUNDUK PADI BERISI. Oleh. Mohammad Asffia Bin Edi ABSTRAK

PENERAPAN SASTERA DALAM PENGAJARAN BAHASA DI SEKOLAH RENDAH

STANDARD 4: PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

DARJAH 6 BAHASA MELAYU 29 JANUARI 2016

Katakunci : penggunaan internet, guru sekolah rendah

BAB ENAM RUMUSAN, CADANGAN DAN PENUTUP

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

BAB IV METODOLOGI KAJIAN. mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang

2.0 PENYATAAN MASALAH

BAB V KESIMPULAN. Setelah meneliti hasil kajian yang dirancangkan di Bab IV, bab ini akan

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Kajian tinjauan (survey) ini merupakan kajian inferensi dengan menggunakan

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. langkah-langkah yang akan dilaksanakan dalam proses pengumpulan data

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH SEKOLAH RENDAH PEI TONG

Transkripsi:

39 Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit Melati Hallel melati_hallel@moe.edu.sg Noor Aisyah Buang noor_aisya_buang@moe.edu.sg Sekolah Rendah Si Ling Abstrak Dua isu penting yang murid hadapi ketika menggunakan kata hubung ialah kekeliruan terhadap kesesuaian penggunaan kata hubung. Murid sering menggunakan kata hubung yang salah dalam penulisan. Isu ini penting kerana penulisan merupakan komponen yang membawa markah paling banyak dalam peperiksaan. Kajian ini memberi tumpuan pada penggunaan pengajaran secara eksplisit dalam pembelajaran kata hubung bagi mempertingkat kemahiran murid dalam penulisan. Seramai 45 murid darjah 5 dan 6 telah dipilih sebagai responden bagi kajian tindakan ini. Murid-murid dinilai dari segi penulisan karangan mereka. Borang refleksi digunakan bagi meninjau persepsi murid-murid terhadap keberkesanan pengajaran secara eksplisit yang telah dijalankan. Pengkaji juga menjalankan praujian dan pascaujian terhadap penulisan murid-murid setelah intervensi dijalankan. Dapatan kajian menunjukkan 83% responden telah memahami maksud kata hubung yang dipelajari. 78% responden berjaya mengetahui fungsi dan penggunaan kata hubung. Dari segi penggunaan yang betul, 76% responden dapat menggunakan kata hubung dengan betul. Kajian ini membuktikan bahawa pengajaran tatabahasa secara eksplisit merupakan strategi yang sangat sesuai diajarkan kepada murid untuk meningkatkan pengetahuan tentang kata hubung khususnya dan pengetahuan bahasa secara amnya. Kata Kunci: kata hubung, eksplisit, penulisan, keterampilan, pengetahuan 475 Seminar Bahasa Melayu 2017

PENGENALAN Kata Hubung ialah sejumlah perkataan yang bertugas menghubungkan dua binaan ayat-ayat kecil atau lebih yang kemudian membentuk ayat majmuk. Kata hubung tergolong dalam Kata tugas dan menjadi salah satu elemen tatabahasa bahasa Melayu. Ia sangat penting untuk dikuasai oleh seseorang jika ingin menjadi pengguna bahasa Melayu yang baik. Lantas, ia penting dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah. Kata hubung sangat penting diajar di sekolah kerana ia melibatkan aspek tatabahasa yang sukar dikuasai oleh pelajar. Apabila pelajar mengaplikasikan kata hubung dalam penulisan mahupun lisan, jelas, banyak kesalahan yang mereka lakukan. Ada kalanya ramai murid yang terkeliru antara kata hubung dengan kata sendi. Kata hubung dan kata sendi adalah dua jenis kekata dalam bahasa Melayu yang berbeza. Menurut Abdullah Hassan (20044), kata sendi digunakan dalam frasa tetapi kata hubung digunakan untuk menggabungkan perkataan dengan perkataan, klausa dengan klausa atau pun ayat dengan ayat. Kata hubung merupakan salah satu aspek tatabahasa yang penting dalam pembelajaran bahasa Melayu. Berikutan itu, kajian ini membincangkan bagaimana guru boleh mengajar kata hubung kepada murid-murid dengan strategi pengajaran secara eksplisit, sekali gus meningkatkan keterampilan murid-murid ketika melakukan aktiviti menulis. TUJUAN KAJIAN Tujuan kajian ini adalah untuk: 1. meningkatkan kesedaran dan pengetahuan murid-murid tentang fungsi kata hubung yang berbeza dan penggunaannya dalam ayat mengikut konteks; dan 2. membina keterampilan murid menggunakan kata hubung dalam penulisan. 476 Menyempurnakan Kata Menyampaikan Makna

Pernyataan Masalah Dua isu penting yang dihadapi murid ketika menggunakan kata hubung ialah mereka: 1. keliru terhadap kesesuaian penggunaan kata hubung, seperti contoh bila dan apabila ; dan 2. menggunakan kata hubung yang salah dalam penulisan. Isu ini dikenal pasti sebagai penting kerana penulisan merupakan komponen yang membawa markah paling banyak dalam peperiksaan karangan Kertas 1 dan Kertas 2 dalam peperiksaan juga memerlukan murid mempunyai pengetahuan bahasa yang kukuh lagi mantap. Sebanyak 20% diperuntukkan kepada aspek bahasa dalam penulisan karangan. Maka dari itu, pengajaran secara eksplisit merupakan strategi yang sangat sesuai diajarkan kepada murid untuk meningkatkan pengetahuan kata hubung khususnya dan pengetahuan bahasa secara amnya. KAJIAN LEPAS Kata hubung termasuk dalam bidang kajian tatabahasa yang melibatkan aspek pembentukan ayat (sintaksis) dan makna (semantik). Menurut Nik Safiah Karim et al. (1996), kata hubung merupakan kekata yang dikategorikan sebagai kata tugas untuk menghubungkan ayat-ayat kecil menjadi ayat majmuk. Ia juga disebut sebagai kata penyambung ayat. Dua jenis kata hubung yang dihuraikan dalam Tatabahasa Dewan ialah kata hubung gabungan dan kata hubung pancangan. Penggunaan kata hubung yang tepat dapat meningkatkan keterampilan penulisan murid-murid. Kebijaksanaan seseorang guru bahasa dalam membimbing muridmurid memahami perihal kata hubung dapat membantu murid-murid dalam penulisan mereka, baik dalam penulisan karangan mahupun menjawab soalan-soalan kefahaman. Strategi pengajaran secara eksplisit merupakan strategi yang membolehkan guru memberi penerangan mendalam, terperinci 477 Seminar Bahasa Melayu 2017

lagi tuntas tentang kata hubung. Menurut Rosenshine (1997), pengajaran secara eksplisit merupakan strategi pengajaran yang berstruktur, sistematik dan melibatkan pengajaran yang menekankan kepada penguasaan kemahiran dan pengetahuan bahasa melalui penyertaan aktif dalam proses pembelajaran. Tambahan lagi, berdasarkan penyelidikan yang dilakukan, strategi pengajaran secara eksplisit memiliki beberapa ciri-ciri persamaan yang dapat membantu murid dalam pembelajaran yang dilaksanakan. Selain itu, pengajaran secara eksplisit juga menyokong peringkat awal pembelajaran bahasa yang memerlukan murid menerima input asas yang mudah difahami dalam konteks yang sesuai dengan keupayaan diri dan sekitaran yang menggalakkan. KAEDAH KAJIAN Bagi memastikan murid-murid dapat menggarap pengajaran kata hubung yang dijalankan, terlebih dahulu, guru mengenal pasti kata hubung yang kerap disalahgunakan. Seterusnya, guru perlu menerangkan kepada murid-murid kesalahan yang telah dilakukan sebelum memberi penerangan yang tuntas terhadap kata hubung secara eksplisit lagi tuntas. Bagi mencapai objektif pengajaran, strategi pengajaran secara eksplisit digunakan sebagai bimbingan semasa membuat rancangan pengajaran. Secara amnya, strategi pengajaran secara eksplisit melibatkan lima peringkat iaitu peringkat pengenalan; pengenalan kepada kata hubung yang terdapat dalam sukatan, peringkat penerangan; menerangkan kepada penggunaan dan maksud kata hubung, modelling; guru memberi contohan yang baik, latihan; latihan bertulis secara tuntas dan penutup. Strategi pembelajaran koperatif juga diterapkan memandangkan kerja berkumpulan sering dijalankan bagi membantu murid-murid yang dalam kumpulan, praaras kebolehan. 478 Menyempurnakan Kata Menyampaikan Makna

Subjek Kajian Kajian ini melibatkan murid-murid Darjah 5 Bahasa Melayu yang berada dalam aras keupayaan yang tinggi serta murid-murid Darjah 6 Bahasa Melayu yang berada pada tahap aras keupayaan yang rendah. Jumlah keseluruhan murid yang terlibat ialah 45 orang. Pemilihan subjek kajian bagi kedua-dua peringkat ini dilakukan untuk memberi pendedahan yang mendalam tentang kata hubung kepada murid-murid tersebut. Pengajaran kata hubung yang pelbagai digunakan bagi menitikberatkan perbezaan tahap dan keupayaan murid-murid. Namun, setiap lima peringkat pengajaran secara eksplisit tetap sama dijalankan. Instrument Kajian Murid-murid dinilai dari segi penulisan khususnya penulisan karangan. Pemerhatian guru terhadap sikap murid terhadap pengajaran yang dijalankan juga dipantau dan diambil kira dalam kajian ini. Tugasan secara berkumpulan yang diberikan dapat menggalak murid untuk bekerjasama dan membantu satu sama lain sekiranya ada yang masih belum difahami. Borang refleksi digunakan bagi meninjau persepsi murid-murid terhadap keberkesanan pengajaran secara eksplisit yang telah dijalankan. Guru juga membuat praujian dan pascaujian terhadap penulisan murid-murid setelah dijalankan pengajaran secara eksplisit. Segala maklum balas yang diperolehi dan dikumpulkan oleh guru dapat dijadikan bahan rujukan sekira timbul keperluan untuk membuat pengubahsuaian pada rancangan pengajaran seterusnya agar objektif pengajaran dapat dicapai. Prosedur Kajian Kajian ini dijalankan sebanyak lima sesi, iaitu semasa waktu penulisan karangan yang dijadualkan sehari pada setiap minggu. Setiap waktu pengajaran adalah tiga masa ataupun satu jam tiga puluh minit. Bagi pelajaran yang pertama, murid diminta untuk menulis sebuah karangan gambar bersiri. Guru menyenaraikan kata hubung yang murid-murid telah pelajari bagi membantu murid-murid mengingat kembali kata hubung yang telah mereka pelajari. Setelah selesai, 479 Seminar Bahasa Melayu 2017

guru memeriksa dan membuat pemarkahan karangan. Guru mengenal pasti dan mencatatkan kata hubung yang kerap disalahgunakan. Seterusnya, bagi pelajaran kedua, guru memperkenalkan sekali lagi kata hubung serta menerangkan penggunaan kata hubung kepada muridmurid. Guru mengadakan aktiviti berkumpulan iaitu memadankan kata hubung dengan penggunaan yang tepat. Terdapat empat kumpulan. Kumpulan A dan B diberikan kata hubung yang berbeza dan Kumpulan C dan D diberikan ayatayat yang perlu digabungkan menggunakan kata hubung yang sesuai agar menjadi ayat majmuk yang gramatis. Setiap kumpulan harus mencari padanan masing-masing. Bagi minggu ketiga, guru mengimbas kembali pelajaran sekali gus memberi latihan bertulis dalam bentuk kertas latihan bagi memastikan muridmurid memahami dan mengetahui penggunaan kata hubung dengan tepat. Bagi minggu keempat, guru menunjukkan contohan karangan murid yang telah mereka lakukan pada minggu pertama. Guru memberi penekanan terhadap kesilapan kata hubung yang telah mereka lakukan. Langkah ini bertujuan untuk menimbulkan kesedaran kepada murid-murid agar tidak mengulangi kesalahan mereka. Pengajaran kelima dan terakhir memerlukan murid-murid menulis sebuah karangan berpandu yang berbeza secara kendiri. Seterusnya, penilaian dilakukan oleh guru bagi menganalisis keberkesanan pengajaran yang telah dijalankan. DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN Berdasarkan respons murid, didapati murid-murid lebih memahami tentang kata hubung terutama ketika membina ayat majmuk dalam penulisan karangan. 83% murid yang terlibat dalam kajian telah memilih sangat boleh dan boleh untuk pernyataan yang menunjukkan mereka memahami maksud kata hubung yang dipelajari jika dibandingkan dengan hanya 17% yang masih mencuba. Dari segi pengetahuan penggunaan kata hubung, 78% murid memilih sangat boleh dan boleh dan menunjukkan bahawa mereka tahu fungsi dan penggunaan kata hubung dan hanya 22% yang masih mencuba. Dari segi penggunaan yang betul, 76% murid dapat menggunakan kata hubung dengan betul dan 24% masih mencuba. Kajian ini membuktikan murid dapat 480 Menyempurnakan Kata Menyampaikan Makna

memantapkan pengetahuan sedia ada mereka khususnya aspek tatabahasa berkaitan kata hubung yang telah diajar oleh guru di sekolah. Rujuk Jadual 1 di bawah ini. Jadual 1: Respons Murid No Item Sangat Boleh/ Boleh % 1 Memahami maksud kata hubung 2 Mengetahui penggunaan kata hubung 3 Menggunakan kata hubung dengan betul dalam ayat Masih mencuba % 83 (37) 17 (8) 78 (35) 22 (10) 76 (34) 24 (11) Rajah 1: Respons Murid 90 80 70 60 50 40 30 20 10 0 Memahami maksud kata hubung Mengetahui penggunaan kata hubung Menggunakan kata hubung yang betul dalam ayat Sangat Boleh/ Boleh Masih mencuba Berdasarkan pemantauan dan penilaian guru, jumlah ayat majmuk yang mengandungi kesilapan kata hubung telah berkurangan. Tidak dapat dinafikan bahawa masih ada segolongan murid-murid yang masih keliru. Dengan melakukan lebih banyak pengajaran secara eksplisit serta latihan yang diberikan, diharapkan jumlah murid yang masih mencuba dapat dikurangi. 481 Seminar Bahasa Melayu 2017

KESIMPULAN Melalui hasil kajian ini, guru-guru dapat menggunakan data yang ada sebagai rujukan apabila mahu mengajar tatabahasa berkaitan kata hubung. Guru-guru juga dapat menggunakan pengetahuan lain berkaitan kata hubung sebagai perkembangan tajuk ini. Kesilapan dan kesalahan yang ditunjukkan boleh dijadikan panduan supaya tidak mengulanginya lagi. Sebagai contoh, bagaimana membina ayat majmuk dengan memasukkan kata hubung tertentu. Contohancontohan yang banyak perlu didedahkan kepada murid-murid supaya mereka dapat melihat sendiri bagaimana sesuatu kata hubung itu digunakan. Guru harus lebih tuntas dalam memberi penerangan dan mungkin menggunakan kaedah yang berbeza ketika mengajar murid-murid yang mempunyai keupayaan aras rendah. Sejajar dengan penilaian yang dijalankan, guru boleh membuat penilaian yang jauh lebih luas. Guru boleh menilai kelakonan murid secara perseorangan bagi melihat keberkesanan pengajaran secara eksplisit dengan lebih mendalam. Data yang diperoleh akan jauh berbeza berbanding dengan data yang dikumpulkan bagi kelakonan murid secara keseluruhan. Rujukan Abdullah Hassan & Ainon Mohd., 1994. Tatabahasa Dinamika. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Kuala Lumpur Asmah Haji Omar, 1982. Nahu Melayu Mutakhir. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur Kamus Dewan, 2002. Edisi Ketiga.: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur Nik Safiah Karim, Farid M Onn, Hashim Hj Musa (2008). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur Za ba, 2000. Pelita Bahasa Melayu Penggal I-III. Edisi Baharu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur https://ms.wikipedia.org/wiki/kata_hubung_(bahasa_melayu) http://pustaka2.upsi.edu.my/eprints/134/1/mengajar kata hubung.pdf 482 Menyempurnakan Kata Menyampaikan Makna