Garis Panduan Pengurusan Premis dan Kemudahan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

dokumen-dokumen yang mirip
Peraturan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Pengurusan Keselamatan Pekerja Luar 2016

PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 TAHUN 2013 TATACARA PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEMUDAHAN LATIHAN SECARA PAKEJ

GARIS PANDUAN PENGURUSAN DANA ENDOWMEN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)

PEKELILING BENDAHARI BIL. 3 TAHUN 2013 TATACARA PERMOHONAN DAN PELARASAN WANG PENDAHULUAN

UTHM.PB/100.6/4 Jld. 20 ( 12 ) Tarikh: 22 Mei 2014 PEKELILING BENDAHARI BIL. 2/2014

SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 TAHUN 2016 GARIS PANDUAN KAD KORPORAT PTJ (KKP) UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

1.0 KADAR PENYEWAAN BILIK KULIAH, BILIK SEMINAR DAN AUDITORIUM UTeM. 1 Hari (7.00 Pagi - 12 Malam) 1 Hari Siang (8 Jam Siang)

UTHM/PB/100-6/4Jld 3 ( 9 ) Tarikh: 26 September 2017 PEKELILING BENDAHARI BIL. 6/2017 PENGISIAN TUNTUTAN PERJALANAN DALAM NEGERI SECARA ATAS TALIAN

UTHM.PB/100-6/4( 20) 11 November 2008 PEKELILING BENDAHARI BIL. 14/2008 GARIS PANDUAN KEWANGAN BAGI MELAKSANAKAN PROGRAM / AKTIVITI PELAJAR

BAB 6 PENGURUSAN ASET

UTHM.PB/100.6/4 Jld. 3 ( 2 ) Tarikh: 7 Januari 2016 PEKELILING BENDAHARI BIL. 2/2016

KOLEJ UNIVERSITI TEKNIKAL KEBANGSAAN MALAYSIA

ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2.

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENAMBAHBAIKAN DASAR DAN GARIS PANDUAN INSENTIF BAGI STAF PENTADBIRAN YANG MELANJUTKAN PENGAJIAN

GARIS PANDUAN ELAUN KEMUDAHAN KOMPUTER/NOTEBOOK KEPADA PENSYARAH DAN PEGAWAI PENGURUSAN DAN PROFESIONAL UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

BAB 3 PENGURUSAN TERIMAAN

BORANG PENDAFTARAN KARNIVAL JOM SIHAT Stadium Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru 19 Oktober 21 Oktober 2012

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

TATACARA PENYERTAAN SEWA GERAI PESTA KONVOKESYEN KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH KALI KE-17

D D D PAP-04 PROSEDUR PROSES MINGGD HALDAN SISW A. o 4 OCT 2010 UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA. Nombor Edisi 3. No. Semakan o.

UTHM/PB/100 6/4/1 (03) Tarikh: 21 September 2007 PEKELILING BENDAHARI BIL. 3 / 2007

UTHM.PB/100.6/4 Jld. 2 ( 13 ) Tarikh: 22 Julai 2014 PEKELILING BENDAHARI BIL. 3/2014

Sumasni Sulaiman. PERANAN URUSETIA MESYUARAT JAWATANKUASA SEBUT HARGA RASMI / LEMBAGA PEROLEHAN TENDER

JPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PEJABAT BENDAHARI. UTHM.PB/100-6/4/ 1( 19 ) 06 Oktober 2008 PEKELILING BENDAHARI BIL. 13 /2008

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PEJABAT BENDAHARI

PEKELILING BENDAHARI BIL. 3 Tahun 2014 GARIS PANDUAN KEMUDAHAN KAD KORPORAT

UTHM/PB/100 6/4/1 (18) Tarikh: 19 Ogos 2008 PEKELILING BENDAHARI BIL. 12 / 2008

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: UPM/PU/PS/P004

PERATURAN PRAKTIKUM UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

UTHM/PB/100 6/4 (23) Tarikh: 24 April 2009 PEKELILING BENDAHARI BIL. 3 / 2009

KEMENTERIAN KEWANGAN SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 4 TAHUN 2013

TATACARA PENJAGAAN ASET, PENGURUSAN KEHILANGAN DAN TINDAKAN YANG BOLEH DIKENAKAN APABILA BERLAKU KEHILANGAN

GARIS PANDUAN PENGURUSAN BANK ITEM DAN PERATURAN PEMARKAHAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

JABATAN BENDAHARI. Bil. Kami : Bil. Tuan : Tarikh :

UNIVERSITI INSANIAH, KUALA KETIL KEDAH DARUL AMAN

GARIS PANDUAN MENGANJURKAN PERSIDANGAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA GARIS PANDUAN PENGGUNAAN PERALATAN DAN PERKAKASAN ICT UNTUK STAF UPNM

PENGURUSAN PEROLEHAN BEKALAN / PERKHIDMATAN / KERJA PMM-PK-PS-04

KANDUNGAN 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Tujuan Garis Panduan 1.2 Penyediaan Garis Panduan 1.3 Penggunaan Garis Panduan

Tajuk : Isu kelemahan pengurusan asset alih kerajaan sering dibangkitkan. dalam laporan Ketua Audit Negara. Sebagai pengurus sekolah,

KOLEJ UNIVERSITI TEKNIKAL KEBANGSAAN MALAYSIA

ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2.

UTHM.PB/100-6/4/1(26) 8 Disember 2012 SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 6/2012

PENGURUSAN KERJA LUAR STAF

FADZILLAH BINTI RAHMAN

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENAMBAHBAIKAN GARIS PANDUAN CUTI SABATIKAL / CUTI SANGKUTAN INDUSTRI SECARA INBOUND

M / S : 1/12 TARIKH : 5 MEI 2017 PELANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT KAKITANGAN UPSI UPSI(ISO)/BSM/P07 PINDAAN : 00 KELUARAN : A 1.

M / S : 1/16 TARIKH : 1 APRIL 2015 PELANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT KAKITANGAN PENTADBIRAN PINDAAN : 01 UPSI(ISO)/BSM/P09 KELUARAN : A 1.

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: UPM/PU/PS/P004

PEKELILING BENDAHARI BIL. 7 TAHUN 2013 PERATURAN MENGENAI PENGURUSAN PANJAR WANG RUNCIT UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 2/2004 TATACARA PENYEDIAAN PESANAN TEMPATAN DI PERINGKAT PUSAT TANGGUNGJAWAB

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

PERKHIDMATAN PENGENDALIAN KANTIN KIOSK NO. 2, UNIVERSITI TEKNOLOGI BRUNEI BAGI TEMPOH DUA (2) TAHUN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

PANDUAN PENDAHULUAN PELBAGAI

BAB 10 GAJI DAN EMOLUMEN

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) PERATURAN-PERATURAN LALU LINTAS JALAN USIM 2007

POLISI PERUMAHAN UNIVERSITI. Polisi Perumahan Universiti ini adalah sebagai panduan kepada tadbir urus dan penghuni rumah Universiti.

DASAR dan GARIS PANDUAN PERUNDINGAN Universiti Teknologi MARA

B. KEPENTINGAN DOKUMEN

PANDUAN PELAKSANAAN DAN SYARAT PENTAULIAHAN SISTEM PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA BAGI PROGRAM PELAJAR ANTARABANGSA DI DALAM NEGARA

PEJABAT BENDAHARI. Dekan Fakulti/ Ketua Bahagian/ Pusat/ Akademi UiTM Shah Alam. Ketua Bahagian / Unit Kewangan Zon Pejabat Bendahari UiTM Shah Alam

BAHAGIAN SUMBER MANUSIA UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN. Maklumat Penuh Larian Amal 50 Tahun FSPU. UiTM)

PERATURAN PEMBAYARAN YANG MEMERLUKAN KEBENARAN KHAS (AP58)

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

PANDUAN BUDAYA KERJA CEMERLANG PPKT. KAMPUS KEJURUTERAAN, USM Versi 3 (25 April 2017)

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: UPM/PU/PS/P004

PEJABAT BENDAHARI. Dekan Fakulti/ Ketua Bahagian/ Pusat/ Akademi UiTM Shah Alam. Ketua Bahagian / Unit Kewangan Zon Pejabat Bendahari UiTM Shah Alam

SOKONGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI. PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT & KOMUNIKASI Kod Dokumen: UPM/OPR/IDEC/P004

PTSS-PK-PS-04 PENGURUSAN PEROLEHAN BEKALAN / PERKHIDMATAN

TATACARA PENGURUSAN ASET ALIH UiTM. BAHAGIAN PENGURUSAN HARTA BENDA PEJABAT BENDAHARI UiTM SHAH ALAM

BIL SENARAI SEMAK ZON/ SEKSYEN. 4. Tandatangan dan Cop Ketua PTJ yang berkaitan di ruang Melalui ke atas borang permohonan

TATACARA TERIMAAN WANG 2.0 TANGGUNGJAWAB BENDAHARI/ KETUA JABATAN

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: UPM/PU/PS/P004

GARIS PANDUAN DANA TOP DOWN UKM (Jangka Pendek)

BAB 4 PENGURUSAN KEWANGAN

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

SULIT PROSEDUR KERJA UNTUK MEMOHON GERAN PRA- PENGKOMERSIALAN & UMP COMMERCIALIZATION SEEDFUND

GARIS PANDUAN GARIS PANDUAN TEMPAHAN TIKET PENERBANGAN

GARIS PANDUAN PERMOHONAN GERAN PENYELIDIKAN TIER 1 UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

SOKONGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI. PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT & KOMUNIKASI Kod Dokumen: UPM/SOK/ICT/P001

Panduan Mengatasi Isu / Kelemahan Yang Sering Berlaku Dalam Pengurusan Kewangan

GARIS PANDUAN GERAN SEPADAN (MATCHING GRANT) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

PEKELILING BENDAHARI BIL : 5/2008 PEKELILING PEJABAT BENDAHARI

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

PEKELILING BENDAHARI

PEKELILING PERKHIDMATAN UPM BILANGAN 3 TAHUN 2011 DASAR DAN PROSEDUR PENGAMBILAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI BRUNEI KETERANGAN DESCRIPTION

PEKELILING BENDAHARI BIL 3/2009

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA. UTHM/PP/100-6/3 Jld 9 (05) 2009 PEKELILING PENGURUSAN BIL. 05/2009

PERATURAN PEPERIKSAAN

OPERASI PERKHIDMATAN DAN SOKONGAN PEJABAT TIMBALAN NAIB CANCELOR (HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI) KOD DOKUMEN: UPM/OPR/HEPA/P001

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. BAHAGIAN KESELAMATAN UNIVERSITI Kod Dokumen: UPM/OPR/BKU/P001

Garis Panduan Mengikuti Kursus Anjuran Dalaman, Luaran dan Luar Negara

Transkripsi:

0

GARIS PANDUAN PENGURUSAN PREMIS PERNIAGAAN DAN KEMUDAHAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1.0 TUJUAN Tujuan garis panduan ini disediakan adalah untuk : 1.1 Menerangkan secara terperinci tentang tatacara pengurusan premis perniagaan dan kemudahan di. 1.2 Sebagai panduan kepada semua Pusat Tanggungjawab (PTj), syarikat yang bernaung di bawah Universiti dan pihak-pihak luar termasuk agensi kerajaan, agensi swasta, individu serta lain-lain dalam membuat permohonan dan mendapatkan kelulusan penyewaan dan penggunaan premis perniagaan dan kemudahan di Universiti. 1.3 Memudahkan pihak pengurusan Universiti membuat pemantauan aktiviti penyewaan di Universiti mengikut garis panduan yang ditetapkan. 2.0 LATAR BELAKANG 2.1 Dasar Pengkorporatan Universiti, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mensyaratkan setiap universiti awam di Malaysia, perlu menjana pendapatan sendiri bagi menampung perbelanjaan pengurusan dan operasi masingmasing di samping mengurangkan kebergantungan terhadap peruntukan daripada agensi pusat. 2.2 Selaras dengan dasar tersebut, Universiti telah menjalankan pelbagai aktiviti penjanaan pendapatan dan pengurusan hasil penyewaan premis perniagaan serta kemudahan Universiti. 2.3 Aktiviti penyewaan premis perniagaan dan kemudahan ini telah pun dijalankan sejak penubuhan Universiti pada tahun 2001(dahulu dikenali sebagai Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn- KUiTTHO). Secara amnya aktiviti ini berpotensi untuk dijalankan secara komersial. 1

2.4 Untuk tujuan tersebut pada tahun 2013, Universiti telah menubuhkan dan memberi mandat kepada Pusat Perniagaan dan Keusahawanan untuk menyelaraskan segala aktiviti perniagaan dan keusahawanan di Universiti termasuk penyelarasan sewaan premis perniagaan dan kemudahan Universiti. 2.5 Selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) yang menitikberatkan kemampanan kewangan di semua institusi pengajian Tinggi Malaysia bagi memastikan ianya selari dengan Rancangan transformasi Ekonomi Negara. 3.0 TAFSIRAN Dalam garis panduan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain. 3.1 Jenis sewaan bermaksud aktiviti sewaan yang dijalankan secara kontrak atau bermusim. 3.2 JKPPK ertinya Jawatankuasa Pengurusan Premis Perniagaan dan Kemudahan Universiti. 3.3 Kemudahan ertinya, apa-apa jua prasarana milik Universiti seperti bilik mesyuarat, bilik kuliah, dewan, kemudahan sukan dan rekreasi, papan iklan termasuklah peralatan dan kelengkapan yang disediakan. Senarai kemudahan yang terdapat di Universiti seperti Lampiran 1. 3.4 Penyewa ertinya orang perseorangan atau badan yang telah diberi kebenaran serta kelulusan untuk menggunakan premis perniagaan dan kemudahan Universiti. 3.5 Premis perniagaan ertinya apa-apa ruang yang digunakan untuk aktiviti perniagaan seperti di Lampiran 2. 3.6 PTj ertinya Pusat Tanggungjawab dalam Universiti. 3.7 Satu hari sewaan ertinya satu (1) hari waktu bekerja rasmi Universiti 2

3.8 Setengah hari sewaan ertinya separuh hari (1/2) waktu bekerja rasmi Universiti. 3.9 Universiti ertinya. 4.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN PREMIS PERNIAGAAN DAN KEMUDAHAN UNIVERSITI 4.1 Keahlian JKPPK UNIVERSITI :- 4.1.1 Pengarah Pusat Perniagaan dan Keusahawanan Pengerusi 4.1.2 Penolong Pendaftar Pusat Perniagaan dan Keusahawanan Setiausaha 4.1.3 Timbalan Bendahari Kanan/ Wakil Pejabat Pendahari Ahli 4.1.4 Ketua / wakil Bahagian Perundangan Ahli 4.1.5 Pengarah / Bahagian Pengurusan Fasiliti Ahli 4.1.6 Ketua / wakil Bahagian Keselamatan Ahli 4.1.7 Pengarah / wakil Pusat Kesihatan Universiti - Ahli 4.2 Peranan Jawatankuasa 4.2.1 Menyelaras dan menetapkan peraturan, kadar sewaan dan tempoh bagi sewaan premis perniagaan dan kemudahan. 4.2.2 Menentukan premis, jenis perniagaan dan kemudahan yang boleh disewakan. 4.2.3 Memantau operasi premis perniagaan dan kemudahan berdasarkan laporan teknikal PTj terlibat. 4.2.4 Membuat keputusan permohonan baru / penyambungan / penamatan kontrak sewaan premis perniagaan. 4.2.5 Menyediakan laporan kepada pihak pengurusan Universiti berkaitan aktiviti penyewaan premis perniagaan dan kemudahan. 4.2.6 Mengeluarkan arahan untuk menjalankan tindakan berkenaan perkara perkara yang berkaitan 3

5.0 PERANAN PTj Peranan PTj yang terlibat: 5.1 Pusat Perniagaan dan Keusahawanan - Pengurus ruang perniagaan secara keseluruhan. Tanggungjawab:- 5.1.1 Menyelaras mesyuarat dan perbincangan yang berkaitan dengan pengurusan premis perniagaan dan kemudahan di Universiti. 5.1.2 Menguruskan proses permohonan sewaan premis perniagaan dan kemudahan dengan pihak luar. 5.1.3 Menjadi urus setia kepada JKPPK. 5.1.4 Membuat pemantauan berkala prestasi setiap premis perniagaan terlibat. 5.1.5 Membincangkan tindakan yang akan diambil ke atas mana-mana penyewa yang melanggar kontrak penyewaan. 5.1.6 Mengeluarkan lesen perniagaan dalaman Universiti. 5.1.7 Melaksanakan keputusan JKPPK. 5.2 Pejabat Bendahari Pengurusan kontrak dan pembayaran sewaan. Tanggungjawab :- 5.2.1 Menguruskan proses perolehan sebutharga. 5.2.2 Membuat lantikan peniaga. 5.2.3 Menerima dan memantau pembayaran sewaan ruang perniagaan. 5.2.4 Menguruskan panel penilai temubual sebutharga kafetaria. 5.2.6 Menguruskan sesi taklimat dan serahan kunci kepada penyewa kontrak premis perniagaan 5.2.7 Menyediakan laporan penjanaan pendapatan melalui sewaan premis. 4

5.3 Bahagian Perundangan Penyediaan dan Pemantauan Kontrak. Tanggungjawab :- 5.3.1 Menguruskan penyediaan dokumen kontrak penyewaan setiap premis. 5.3.2 Mengesyorkan tindakan undang-undang jika berlaku perlanggaran atau ketidak patuhan kontrak oleh penyewa premis berdasarkan aduan yang diterima. 5.3.3 Menyediakan laporan tindakan perundangan kepada JKPPK dan pengurusan Universiti. 5.3.4 Melaksanakan tindakan perundangan berdasarkan peruntukan dibawah Kaedah Mahkamah 2012. 5.4 Bahagian Pengurusan Fasiliti Menambahbaik ruang dan memantau utiliti. Tanggungjawab :- 5.4.1 Melakukan penambahbaikan premis perniagaan dan kemudahan. 5.4.2 Menjalankan kerja kerja pembaikan. 5.4.3 Mengeluarkan resit pembayaran utiliti. 5.4.4 Memeriksa dan meluluskan kerja kerja pengubahsuaian dan penambahbaikan utiliti di premis perniagaan. 5.4.5 Menyediakan laporan pengurusan fasiliti kepada JKPPK dan pengurusan Universiti. 5.5 Bahagian Keselamatan Penguatkuasaan peraturan keselamatan Universiti dan kontrak. Tanggungjawab :- 5.5.1 Membuat tapisan keselamatan (rekod pekerja, pelekat kenderaan, rekod peralatan penyewa). 5.5.2 Membuat rondaan di sekitar premis perniagaan. 5.5.3 Meletakkan notis notis perlanggaran peraturan Universiti dan peraturan kontrak. 5

5.5.4 Melaksanakan arahan yang diberikan oleh JKPPK atau berdasarkan peruntukan kontrak. 5.5.5 Menahan peralatan yang dibawa masuk / keluar tanpa kebenaran 5.5.6 Menyediakan laporan keselamatan kepada JKPPK dan pengurusan Universiti. 5.5.7 Membuat laporan berkaitan penyitaan premis perniagaan. 5.6 Pusat Kesihatan Universiti Penguatkuasa kebersihan dan keselamatan makanan di premis perniagaan. Tanggungjawab :- 5.6.1 Memantau kebersihan premis perniagaan kekal dan sementara. 5.6.2 Menjalankan pemeriksaan secara berkala. 5.6.3 Mengeluarkan notis dan denda ketidakpatuhan Peraturan Pengendalian Makanan Kafeteria Universiti 2010. 5.6.4 Menetapkan gred kebersihan perniagaan. 5.6.5 Menyediakan laporan kebersihan kepada JKPPK dan pengurusan Universiti untuk tujuan penyambungan / penamatan kontrak / berdasarkan keperluan semasa. 5.7 Pejabat Pentadbiran Harta Bina Tanggungjawab :- 5.7.1 Meluluskan dan mengurus penggunaan ruang dewan serbaguna dan penginapan rumah tamu Universiti dibawah seliaan pengurusan Pejabat Pentadbiran Harta Bina 5.7.2 Meluluskan dan mengurus permohonan peralatan dan kelengkapan untuk Kemudahan. 5.7.3 Menyediakan laporan penggunaan Kemudahan kepada JKPPK. 6

5.8 Pusat Perumahan dan Pengangkutan Pelajar (P2P) & Hal Ehwal Pelajar Tanggungjawab :- 5.8.1 Memantau aktiviti penggunaan ruang dan kemudahan perniagaan oleh pelajar 5.8.2 Mengurus dan memantau sewaan penginapan kolej kediaman, dewan, rumah tamu dibawah seliaan kolej kediaman. 5.8.3 Memajukan sebarang permohonan sewaan premis dan aktiviti perniagaan kepada JKPPK untuk semakan dan kelulusan. 5.8.4 Menyediakan laporan hasil sewaan premis kepada JKPPK. 5.9 Pusat Sukan Tanggungjawab :- 5.9.1 Menguruskan permohonan kemudahan sukan. 5.9.2 Mengeluarkan sebutharga permohonan sewaan kemudahan sukan. 5.9.3 Memantau pembayaran sewaan kemudahan sukan. 5.9.4 Menyediakan laporan hasil sewaan kemudahan sukan kepada JKPPK. 6.0 KATEGORI SEWAAN PREMIS PERNIAGAAN DAN KEMUDAHAN 6.1 Sewaan secara kontrak 6.1.1 Kafeteria/ Kantin Perniagaan makanan dan minuman di kolej kediaman dan premis yang disediakan. 6.1.2 Dobi Perkhidmatan mencuci pakaian di kolej kediaman. 6.1.3 Mesin layan diri Perkhidmatan seperti mesin jualan air, mesin kad prabayar dan lain lain mesin yang seumpamanya. 6.1.4 Kiosk Tetap Gerai tetap yang memberi perkhidmatan jualan barang kering dan basah di perhentian bas, Pusat Khidmat Pelajar dan kolej kediaman. 7

6.1.5 Kiosk Bergerak Gerai mudah alih yang memberi perkhidmatan jualan barang kering dan basah di Pusat Niaga Siswa, Kolej Kediaman, Fakulti dan sekitar kawasan Universiti. 6.1.6 Lain lain ruang dan kemudahan yang diluluskan oleh JKPPK atau Universiti. 6.2 Sewaan secara bermusim 6.2.1 Tapak Pameran dan Jualan Ruang pameran untuk disewa oleh agensi luar untuk tempoh tidak melebihi 5 hari di Pusat Niaga Siswa, Arked, Dataran Anggerik, Perpustakaan Tunku Tun Aminah, Fakulti Fakulti dan lain lain ruang yang dibenarkan oleh JKPPK atau universiti. 6.2.2 Kemudahan Latihan - bilik seminar / kuliah, dewan dan lain-lain yang terdapat di Universiti seperti di Lampiran 1 6.2.3 Lain lain ruang dan kemudahan yang diluluskan oleh JKPPK atau Universiti secara bermusim. 7.0 TATACARA SEWAAN SECARA KONTRAK DAN BERMUSIM 7.1 Kadar Sewa 7.1.1 Kadar sewa bagi premis perniagaan dan kemudahan ditetapkan melalui penilaian JKPPK dan tertakluk kepada kelulusan Lembaga Pengarah Universiti. 7.1.2 Kadar sewa bagi premis perniagaan dan kemudahan sebagaimana yang diluluskan oleh Universiti seperti di Lampiran 1. 7.2 Pengecualian dan Pengurangan (Diskaun) 7.2.1 Kadar untuk Badan Kerajaan dan Badan Berkanun 10% potongan dari kadar penuh. Potongan 10% ini sebagaimana yang dilaksanakan di sektor perhotelan. 8

7.3 Permohonan dan Kelulusan Sewaan 7.3.1 Semua borang permohonan sewaan boleh didapati di kaunter Pusat Perniagaan dan Keusahawanan, Pusat Sukan, dan kolej kediaman kecuali sewaan berkontrak untuk kafetaria/kantin hendaklah diperolehi dari Pejabat Bendahari. 7.3.2 Semua urusan permohonan sewaan hendaklah dibuat dalam waktu pejabat sahaja: Ahad - Rabu : 8.30 pagi 1.00 petang 2.00 petang 5.00 petang Khamis : 8.30 pagi 1.00 petang 2.00 petang 3.30 petang 7.3.3 Semua borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan kepada PTj yang berkaitan selewat-lewatnya empat belas (14) hari waktu bekerja sebelum tarikh penggunaan bagi memudahkan proses pengurusan tempahan. 7.3.4 Bagi permohonan sewaan kantin/kafetaria proses permohonan adalah melalui sebut harga yang diuruskan oleh Pejabat Bendahari. 7.3.5 Kelulusan permohonan sewaan ruang dan kemudahan adalah tertakluk kepada takwim akademik universiti. 7.3.6 Setelah pembayaran dijelaskan, PTj yang bertanggungjawab akan menguruskan tempahan termasuk memaklumkan kepada pihak pihak yang berkepentingan. 7.4 Tempoh Penyewaan 7.4.1 Tempoh penyewaan hendaklah dinyatakan dengan jelas dalam borang permohonan sewaan. 7.4.2 Bayaran balik tidak akan dibuat kepada penyewa yang menamatkan tempoh sewaan lebih awal daripada tempoh yang dinyatakan. 9

7.4.3 Masa yang digunakan untuk persiapan awal adalah termasuk dalam tempoh penyewaan. 7.5 Perlanjutan Tempoh Permohonan 7.5.1 Sebarang perlanjutan tempoh selepas permohonan diluluskan hendaklah dibuat secara bertulis dan dikemukakan kepada PTj yang terlibat dalam masa lima (5) hari waktu bekerja sebelum tarikh sewaan dan tertakluk kepada kekosongan yang ada pada masa tersebut. 7.6 Perubahan Permohonan 7.6.1 Sebarang perubahan tarikh selepas permohonan diluluskan hendaklah dibuat secara bertulis dan dikemukakan kepada PTj yang terlibat dalam masa lima (5) hari waktu bekerja sebelum tarikh sewa baru dan tertakluk kepada kekosongan yang ada pada masa tersebut. 7.7 Pembatalan Tempahan 7.7.1 Sebarang pembatalan selepas permohonan diluluskan hendaklah dibuat secara bertulis dan dikemukakan kepada PTj yang terlibat dalam masa sekurang-kurangnya lima (5) hari waktu bekerja sebelum tarikh penggunaan. 7.7.2 Pemulangan pembayaran sewaan ruang hanya boleh dituntut sekiranya pembatalan dibuat sekurang-kurangnya lima (5) hari waktu bekerja sebelum tarikh penggunaan. 7.8 Pembayaran 7.8.1 Penyewa hendaklah membayar kepada Universiti dengan bayaran penuh, selewat-lewatnya tiga (3) hari waktu bekerja sebelum tarikh penggunaan. Sekiranya pembayaran tidak dibuat dalam tempoh tersebut, pihak Universiti berhak untuk membatalkan tempahan tanpa sebarang notis kepada pemohon. 10

7.8.2 Kaedah bayaran adalah seperti berikut: 7.8.2.1 Secara tunai di kaunter Pejabat Bendahari atau, 7.8.2.2 Cek berpalang Akaun Penerima Sahaja atas nama UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA di Kaunter Bayaran, Pejabat Bendahari Universiti atau, 7.8.2.3 Pesanan Tempatan (L/O) bagi penyewa kerajaan atau, 7.8.2.4 Bayaran atas talian ke akaun Bank Muamalat Malaysia Berhad cawangan Universiti, nombor akaun - 01070000001716 (perlu disertakan resit pembayaran atau bayaran tidak diterima sekiranya bukti pembayaran tidak disertakan) 7.9 Penggunaan Premis Perniagaan dan Kemudahan 7.9.1 Waktu penggunaan ruang/tempat adalah seperti berikut:- Ahad - Sabtu : 8.00 pagi 11.00 malam * Kecuali ruang Perpustakaan sehingga 10.00 malam 7.10 Carta Alir Proses Permohonan 7.10.1 Sila Rujuk Lampiran 2 8.0 HAK-HAK UNIVERSITI 8.1 Universiti berhak untuk menerima atau menolak sesuatu permohonan sewaan. 8.2 Universiti berhak mengenakan sebarang peraturan tambahan berhubung penyewaan ruang dan kemudahan dari semasa ke semasa sekiranya difikirkan perlu. 8.3 Universiti berhak membatalkan program yang dijalankan sekiranya pihak penyewa melanggar syarat-syarat garis panduan ini dan peraturan peraturan lain yang berkuat kuasa di Universiti. 11

8.4 Universiti berhak menyenarai hitamkan pihak penyewa yang telah didapati melanggar syarat syarat garis panduan ini dan peraturan peraturan lain yang berkuat kuasa di Universiti. 8.5 Universiti berhak untuk mengambil gambar atau membuat rakaman audio visual program yang dijalankan dengan tujuan untuk simpanan/dokumentasi dan bukan untuk tujuan dagangan. 8.6 Universiti atau pegawai yang bertugas berhak membuat pemeriksaan semasa program sedang dijalankan. 9.0 TANGGUNGJAWAB PIHAK-PIHAK YANG TERLIBAT 9.1 Tanggungjawab 9.1.1 Universiti akan menyediakan premis perniagaan dan kemudahan seperti yang dimohon. 9.1.2 Universiti bertanggungjawab memberi akses kepada penyewa premis perniagaan dan kemudahan mengikut tempoh yang telah diluluskan selagi penyewa mematuhi peraturan peraturan yang berkuat kuasa di Universiti. 9.2 Tanggungjawab Penyewa 9.2.1 Penyewa perlu menjelaskan bayaran sepertimana yang telah ditetapkan. 9.2.2 Penyewa bertanggungjawab terhadap sebarang kemalangan yang berlaku sepanjang tempoh penyewaan. 9.2.3 Penyewa adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kerosakan, kemusnahan dan kehilangan peralatan milik Universiti akibat kecuaiannya sepanjang tempoh penyewaan. 9.2.4 Penyewa tidak dibenarkan menambah atau mengurangkan sebarang peralatan teknikal sedia ada di ruang/tempat yang disewa. Sebarang penambahan perlu mendapat kelulusan bertulis daripada Universiti. 12

9.2.5 Penyewa boleh dengan persetujuan Universiti membawa perabot atau kelengkapan lain milik penyewa selain daripada yang disediakan oleh Universiti. 9.2.6 Penyewa adalah bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan di semua bahagian ruang/tempat yang digunakan sepanjang tempoh sewaan dan perlu membawa keluar semua sampah atau segala terbitan sisa dari premis perniagaan dan kemudahan Universiti. 9.2.7 Penyewa tidak dibenarkan melakukan sebarang kerja/aktiviti yang boleh menyebabkan kecacatan atau perubahan kekal kepada struktur atau rupa fizikal ruang dan kemudahan yang disewa. 9.2.8 Penyewa tidak dibenarkan menampal/melekat/menggantung bahan-bahan hebahan seperti banner, bunting, poster, brosur atau gambar di dalam kawasan Universiti melainkan setelah mendapat kelulusan bertulis daripada Universiti. 9.2.9 Penyewa hendaklah menyediakan urusetia program sendiri untuk semua aktiviti yang berlangsung sepanjang tempoh sewaan. 9.2.10 Penyewa hendaklah mematuhi had masa yang ditetapkan oleh Universiti. 9.2.11 Penyewa dikehendaki mengeluarkan segala peralatan kepunyaan sendiri daripada ruang sewaan serta merta selepas tamat tempoh sewaan. 10.0 SYARAT-SYARAT AM 10.1 Aktiviti yang dijalankan oleh pihak penyewa hendaklah: 10.1.1 Tidak bertentangan dengan undang-undang negara, perlembagaan dan peraturan Universiti. 10.1.2 Tidak akan mencemarkan imej dan nama baik Universiti sebagai institusi pengajian tinggi. 10.2 Setiap persembahan/pertunjukan/majlis yang memerlukan surat kelulusan atau permit daripada pihak Polis Diraja Malaysia atau mana-mana pihak berkuasa, perlulah dikemukakan salinan permit tersebut kepada Universiti dan dipamerkan di pintu masuk premis perniagaan dan kemudahan yang disewa. 13

10.3 Semua kawasan dalam Universiti adalah kawasan larangan merokok. 10.4 Makan dan minum dalam apa jua bentuk sekalipun adalah tidak dibenarkan di dalam ruang yang disewa melainkan di tempat yang dikhaskan. 10.5 Minuman keras dan makanan yang tidak halal adalah dilarang sama sekali. 10.6 Sebarang aktiviti jualan semasa tempoh sewaan hendaklah mendapatkan kebenaran terlebih dahulu semasa permohonan dibuat. 10.7 Penyewa disyorkan memilih pembekal makanan daripada senarai yang disediakan oleh pihak Universiti. Bayaran penyediaan makanan boleh dibuat secara langsung kepada pihak pembekal. 10.8 Penyewa tidak dibenarkan menyewakan premis perniagaan dan kemudahan yang telah diluluskan kepada pihak lain. 10.9 Penggunaan polisterin sebagai pembungkus makanan dan minuman adalah dilarang di Universiti. 11.0 PENGECUALIAN Pengecualian kepada peruntukan garis panduan ini hendaklah mendapat kelulusan Naib Canselor. 12.0 PEMAKAIAN Garis Panduan ini adalah terpakai di Universiti sahaja 14

LAMPIRAN 1 1. PEJABAT PENGURUSAN AKADEMIK (PPA) KADAR SEWAAN RUANG DAN KEMUDAHAN DI UTHM BIL KOD RUANG / KEMUDAHAN KEGUNAAN LOKASI KAPASITI 1 PERPUSTAKAAN KULIAH KADAR SEWA (RM) 1/2 HARI 1 HARI Dewan Kuliah 1 Perpustakaan, UTHM 250 500 800 Dewan Kuliah 2, 3 & 4 Perpustakaan, UTHM 150 300 500 Bilik Tutorial 1, 5, 6, 7, 8, 9 & 10 Perpustakaan, UTHM 80 150 250 2 BLOK B1 KULIAH Dewan Kuliah 6 & 7 Blok B1 120 200 350 Dewan Kuliah 8 Blok B1 60 130 260 Bilik Kuliah 17, 20, 21, 22, 23, 24, 27, & 28 Blok B1 60 130 260 3 BLOK B2 KULIAH Dewan Kuliah 1 & 3 Blok B1 150 300 500 Dewan Kuliah 2 Blok B1 250 500 800 4 BLOK B6 KULIAH BS A1, A2, A3, A4, A5 & A6 Blok B6 60 130 260 Bilik Seminar B1 & B2 Blok B6 120 200 350 Bilik Seminar C1 & C2 Blok B6 120 200 350 5 BLOK B7 KULIAH Bilik Kuliah 1 & 2 Blok B7 80 150 250 15

6 BLOK B8 KULIAH Bilik Teater 1 & 2 Blok B8 150 300 500 7 BLOK B15 KULIAH Bilik Kuliah 32 (E15-1) Blok B15 80 150 250 Bilik Kuliah 33 (E15-2) Blok B15 80 150 250 Bilik Kuliah 34 (E15-3) Blok B15 80 150 250 8 BLOK G3 KULIAH Bilik Kuliah B1, B2, B3, B4, B5, B6, B7, B8, B9 & B10 Blok G3 80 150 250 Bilik Kuliah E1, E2, E3, E4, E5, E6, E7, E8, E9 & E10 Blok G3 80 150 250 Bilik Perbincangan 1 & 2 Blok G3 80 150 250 Dewan Kuliah A Blok G3 500 800 1600 Dewan Kuliah C & F Blok G3 250 500 800 Dewan Kuliah D & G Blok G3 150 300 500 9 DEWAN PEPERIKSAAN KULIAH Aras Atas Dewan Peperiksaan 650 - - Aras Bawah Dewan Peperiksaan 350 - - 16

1. PEJABAT PEMBANGUNAN PENGURUSAN HARTA BINA (PPH) (ASET/KELENGKAPAN: P.A Sistem /LCD Projekter/ Layar Putih /Rostrum/ Pentas/ Berhawa Dingin / Wi-fi/ LED TV/ Kipas dinding) KADAR SEWA ( RM) BIL KOD RUANG / KEMUDAHAN KEGUNAAN LOKASI KAPASITI 1/2 HARI 1 HARI 1 BLOK UTAMA A1 Dewan Tunku Mahkota Ismail (DTMI) Acara Majlis / Seminar / Bengkel / Ceramah / Ruang Makan Blok A1, Area DTMI 1000 2500 4000 A1 Dewan 1 RUANG MAKAN VIP Blok A1, Area DTMI 80 600 1000 A1 Dewan 2 A1 Dewan 3 A1 Dewan 4 A1 Dewan 5 Acara Majlis / Seminar / Bengkel / Ceramah / Ruang Makan Acara Majlis / Seminar / Bengkel / Ceramah / Ruang Makan Acara Majlis / Seminar / Bengkel / Ceramah / Ruang Makan Acara Majlis / Seminar / Bengkel / Ceramah / Ruang Makan Blok A1, Area DTMI 120 250 400 Blok A1, Area DTMI 300 300 500 Blok A1, Area DTMI 120 250 400 Blok A1, Area DTMI 300 300 500 A1 Dewan Terbuka Acara Majlis / Pameran / Jualan / Ruang Makan Blok A1, Area DTMI 800 450 800 A1 Dataran Anggerik Acara Majlis / Pameran / Jualan / Ruang Makan Blok A1, Area DTMI 120 150 250 Padang Kawad 1,500 ( siang shj) 2,000 ( pagi -malam) 17

2. PUSAT ISLAM (ASET/ KELENGKAPAN: Kerusi/ Meja ) BIL KOD RUANG / KEMUDAHAN KEGUNAAN LOKASI KAPASITI 1 Dewan Seminar Al-Farabi 2 Dewan Jamuan 3 Bilik Fardu Ain 4 Bilik Mesyuarat As-Syafie 5 Bilik Perbincangan Pusat Islam SEMINAR / KULIAH SEMINAR / KULIAH SEMINAR / KULIAH SEMINAR / KULIAH SEMINAR / KULIAH KADAR SEWA ( RM) 1/2 HARI 1 HARI MASJID UTHM 250 150 400 MASJID UTHM 300 200 300 MASJID UTHM 30 30 100 MASJID UTHM 25 150 MASJID UTHM 10 80 6 Rumah Tamu Pusat Islam MASJID UTHM 4 120 7 Masjid UTHM MASJID UTHM 3000 1000 18

3. PERPUSTAKAAN BIL RUANG / KEMUDAHAN LOKASI KAPASITI ASET / KELENGKAP 1 Bilik Perbincangan Hikmah 2 Bilik Perbincangan Eksplora 3 Bilik Seminar Lestari 1 & 2 4 Auditorium Al - Jazari Perpustakaan Aras 2 & 3 (15 Bilik) Perpustakaan Aras 2 & 3 (5 Bilik) Perpustakaan Aras 2 & 3 (15 Bilik) Perpustakaan Aras 2 & 3 (5 Bilik) Perpustakaan Aras 2 & 3 (1 Bilik) Perpustakaan Aras 2 & 3 (1 Bilik) 6 org / per bilik PC 1 Unit 5 org / per bilik PC 1 Unit / LCD 1 Unit 10 org / per bilik PC 1 Unit 10 org / per bilik PC 1 Unit / LCD 1 Unit 80 org / per bilik 150 org / per bilik PA Sistem 1Unit / LCD 1 Unit / Meja Banquet Bulat 10 Unit / PC 1 Unit LCD 1 Unit / Theater Surround Sound System 1 Unit / PC 1 Unit KADAR SEWA (RM) 1/2 HARI 1 HARI 50 70 60 100 80 120 70 150 600 800 600 1200 19

LAMPIRAN 2 CARTA ALIR PROSES 20

CARTA ALIR 1.0 : PROSEDUR PERMOHONAN SEWAAN RUANG UNIVERSITI SECARA BERMUSIM Pelaksana Mula Permohonan diterima PT (P&O) Semak borang Permohonan yang diterima PT (P &O) Tidak Ya Kenalpasti ruang dipohon PT (P&O) Tidak Nilai Permohonan Ya PP N41/Pegawai yang diturunkan kuasa Maklum pada Pemohon Serahkan surat kelulusan kepada pemohon Pemohon membuat bayaran PT (P&O) Pemohon Serahkan bukti pembayaran kepada PTj Pemohon Failing sewaan kemudahan UTHM/PPK/200 3/6 JLD 1 PT (P& O) Selesai 21

CARTA ALIR 2.0 : PROSEDUR PERMOHONAN RUANG SECARA KONTRAK (MESIN LAYAN DIRI) Mula Pelaksana Menghantar Kertas kerja Ke Pusat Perniagaan & Keusahawanan PT (P/O) Kertas kerja di bawa ke Mesyuarat JKPPKP Pengarah/ Penolong Pendaftar Kenalpasti ruang dipohon Penolong Pendaftar Penilaian Pemohon Penolong Pendaftar Tidak Ya Penolong Pendaftar Pelantikan syarikat JK Pengurusan Permis Keluarkan surat setuju terima PT (P/O) Penyedian Kontrak Bahagian Perundangan Penyerahan kontrak kepada syarikat yang dilantik Bahagian perundangan Pemantauan Failing Penyediaan Kontrak Mesin Layan Diri Pusat Perniagaan & Keusahawanan Selesai 22

CARTA ALIR 3.0 : PROSEDUR PERMOHONAN SEWAAN RUANG SECARAKONTRAK (KAFETERIA) MULA Pelaksana Sediakan spesifikasi sebutharga Pejabat Bendahari Iklan sebutharga ruang sewaan Pejabat Bendahari Penilaian sebutharga dan temubual JK Penilaian di Pejabat Bendahari Perlantikan syarikat Keluarkan surat setuju terima Pejabat Bendahari Penyediaan Kontrak Bahagian Perundangan Penyerahan Kontrak kepada syarikat yang dilantik Pejabat Bendahari/ Bahagian Perundangan Pemantauan Pusat Perniagaan & Keusahawanan Failing Kontrak Kafateria SELESAI 23

LAMPIRAN 3 BORANG PERMOHONAN 24

25