SIMPOSIUM WARISAN BANGSA 2014 PANDUAN PENULISAN KAJIAN & PENYELIDIKAN Disediakan Oleh : Unit Kebudayaan dan Warisan, JSKK Politeknik Seberang Perai Dengan kerjasama Unit Kebudayaan & Warisan Politeknik Zon Utara & Unit Penyelidikan & Inovasi Politeknik Seberang Perai
1.0 SKOP KAJIAN Kesenian, Kebudayaan & warisan 2.0 ALAMAT URUSETIA PENGELOLA Pengarah Politeknik Seberang Perai Permatang Pauh Pulau Pinang (u.p : Ketua Unit Kebudayaan & Warisan) 3.0 TARIKH PENTING & TARIKH TUTUP Tarikh Penghantaran Kertas Kajian Penuh : 13 Oktober 2014 Tarikh Pemberitahuan pembetulan : 20 Oktober 2014 Tarikh Penghantaran semula Kertas Kajian Penuh : 27 Oktober 2014 4.0 URUSETIA SIMPOSIUM KEBUDAYAAN & WARISAN POLITEKNIK MALAYSIA 2014 PENGARAH PROGRAM Puan Fazilatul Haida Binti Hidzir Pegawai Kebudayaan & Warisan No Tel : 04-5383322 No Faks : 04-5389266 No Hp : 011-26493309 PENYELARAS PENYELIDIKAN & PEMBENTANGAN Cik Nur Farrah Azwa Binti Jasni Email : nurfarrahazwa@gmail.com No Hp : 011-23436062 Cik Siti Salwa Binti Badiozaman @ Idris Email : salwa@ptsb.edu.my No. HP : 019-2931391
5.0 E-MAIL PENGHANTARAN KERTAS KERJA Kertas kerja yang lengkap boleh diemailkan terus pada alamat email PENYELARAS PENYELIDIKAN & PEMBENTANGAN 1) nurfarrahazwa@gmail.com 2) salwa@ptsb.edu.my Dinasihatkan agar calon dapat menghubungi pemilik email selepas menghantar ketas kerja tersebut untuk memastikan pemilik menerima kertas kerja calon. 6.0 WEB SIMPOSIUM Panduan Penulisan Kajian & Penyelidikan serta informasi lain boleh dicapai di laman web simposium dengan menggunakan URL berikut : http://syssvr.psp.edu.my/wordpress 7.0 PANDUAN PENULISAN KAJIAN ILMIAH 7.1 OBJEKTIF Garis panduan ini disediakan sebagai panduan untuk pembentangan Simposium Warisan Bangsa 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia. 7.2 JENIS PENULISAN a. Penulisan kajian yang diterima adalah dalam bentuk: i. Hasil kerja kajian. ii. Penemuan, kaedah atau aplikasi baharu iii. Penilaian sesuatu perkara secara kritikal (review) I b. Penulisan kajian boleh ditulis dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris. 7.3 SYARAT PENERIMAAN Penulisan kajian yang dihantar hendaklah belum pernah diterbitkan dalam mana-mana jurnal, prosiding atau seumpamanya. Penulisan kajian perlu dihantar dalam bentuk softcopy berformat Microsoft Word.
7.4 FORMAT PENULISAN KAJIAN a. Tajuk b. Nama, alamat dan emel pengkaji c. Abstrak (dwibahasa) d. Kata kunci e. Kandungan i. Pengenalan ii. Kaedah / metodologi kajian iii. Data dan analisis iv. Hasil/Keputusan v. Perbincangan dan cadangan vi. Kesimpulan vii. Rujukan f. Penghargaan Penulisan kajian menggunakan font Arial 12 langkau 1.5 8.0 MAKLUMAT LANJUT FORMAT PENULISAN KAJIAN 8.1 Tajuk Tajuk perlulah ringkas dan tepat yang menerangkan tentang kandungan dan bidang kajian. 8.2 Nama, Alamat dan Emel Pengkaji Nama, alamat dan emel pengkaji yang terlibat dalam kajian. 8.3 Abstrak (Dwibahasa) Ringkasan kandungan teks yang ditulis antara 150 200 perkataan. Abstrak perlu mengandungi tujuan dan tumpuan kajian, bahan, kaedah yang digunakan, penemuan atau hasil utama kajian dan kesimpulan yang penting. 8.4 Kata Kunci Perkataan pendek, terminologi atau kata kunci dalam pembolehubah dan abstrak kajian. 8.5 Kandungan a. Pengenalan i. Menerangkan tujuan dan kaedah kajian secara umum dan khusus. ii. Sebab dan kenapa kaedah tersebut dipilih. iii. Menjelaskan tentang sampel kajian yang dipilih. iv. Hasil kajian. v. Menerangkan istilah dan kependekan yang digunakan.
b. Kaedah dan Bahan Kajian i. Menerangkan reka bentuk kajian. ii. Menenerangkan dengan jelas kaedah yang dipilih dengan jelas samaada secara kualitatif atau kuantitatif. iii. Bahan yang digunakan dengan menyatakan spesifikasi teknikal dan kuantiti serta sumbernya atau kaedah penyediaan nama-nama genetik atau nama kimia. Perlu dinyatakan dengan tepat supaya ahli sains yang lain dapat merujuk kepada bahan kimia yang sama apabila mengulangi ujikaji yang sama. c. Data dan Analisis i. Data, sampel dan kaedah analisis yang digunakan. d. Hasil/Keputusan i. Ringkas dan jelas. ii. Laporan menggunakan data yang dikumpul. iii. Jadual dan rajah perlu dinomborkan. e. Perbincangan dan Cadangan i. Pengarang menerangkan tujuan, hasil dan dapatan kajian. ii. Menunjukkan bagaimana hasil kajian bertepatan atau tidak dengan hasil kajian yang telah diterbitkan sebelumnya. iii. Membincangkan implikasi dari hasil kajian. f. Kesimpulan i. Merumuskan dengan menulis kata kunci terpenting dari dapatan kajian. ii. Menyatakan tentang pentingnya hasil kajian kepada kepenggunaan komuniti. g. Rujukan i. Senarai rujukan dari buku teks, jurnal dan majalah. ii. Senarai rujukan dari Internet. iii. Bukti-bukti asli seperti gambar artifak. 8.6 Penghargaan Pengarang mengucapkan ucapan tarima kasih kepada pihak terlibat seperti jabatan, orang perseorangan, firma, tuan punya premis dan sebagainya. Hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
CARTA ALIR PROSES PENYEDIAAN KERTAS KAJIAN ILMIAH SIMPOSIUM WARISAN BANGSA 2014 Edaran surat makluman oleh JPP Penyediaan Kertas Kerja oleh peserta Penerimaan Kertas Kerja oleh urusetia. Semakan kertas kajian oleh panel penilai. Makluman tentang status kertas kerja Penghantaran semula kertas kerja oleh peserta Penjilidan