PANDUAN PEPERIKSAAN AKHIR

dokumen-dokumen yang mirip
ASPEK KAJIAN SASTERA. 1. Ringkasan cerita lebih kurang patah perkataan. 2. Mengandungi huraian cerita mengikut urutan masa berdasarkan plot.

HKA 101 PENGANTAR KESUSASTERAAN

FAKTOR-FAKTOR PENGGUNAAN UNSUR ALAM DALAM KARYA AGUNG

BAB 1 PENDAHULUAN. adanya bahasa, barulah sesebuah komunikasi itu dapat berjalan dengan lancar.

KESUSASTERAAN MELAYU

Kesusasteraan Melayu (922)

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Kepelbagaian Budaya Menurut kamus Dewan (2005) edisi keempat muka surat 102, kepelbagaian ialah perihal berbagai-bagai jenis. Kepelbagaian merangkumi

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

Abstrak. Penerapan Pantun dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Fauziah Muhamad Fadzillah Sekolah Rendah Fengshan

BAB 1: PENGENALAN KEMAHIRAN MENDENGAR

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

BAB 6 PENUTUP. juga, ia akan menjawab beberapa persoalan yang timbul daripada objektif kajian. Oleh

HHHC9501 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN SEMESTER 1 SESI 2014/2015 SET 4 TUGASAN 1:

Bab Kelima PENUTUP. Oleh yang demikian, rumusan ini akan diklasifikasikan kepada tiga bahagian mengikut

Biarkan Samudera (Raihanah Salleh)

BAB KELIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Rumusan di sini membawa pengertian kesimpulan kepada semua fakta-fakta

TAKLIMAT STANDARD KURIKULUM

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

Cerpen Idola ( Zaen Kasturi)

Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif. Abstrak

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA FAKULTI FILEM, TEATER DAN ANIMASI PROJEK FILEM PENDEK BABAK TERAKHIR: PENDEKATAN GENRE PSYCHOLOGICAL THRILLER

Memperkaya Kata Adjektif Melalui Penerokaan Taman Herba dan Rempah Ratus. Abstrak

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI BAHASA MELAYU TINGKATAN 1

BAB 7 PENYEDIAAN TEKS: KATA ALU-ALUAN, PRAKATA DAN TEKS UCAPAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Drama Cempaka Berdarah (A.Rahim Abdullah)

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

Bahasa Malaysia (910)

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

Tamadun Islam dan Tamadun Asia Edisi Kedua (TITAS) Bab 1: 1

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. sebelumnya. Seterusnya pengkaji akan mengemukakan beberapa cadangan yang

Cerpen Yap Siew Hong (Mohammed Latif Mohammed)

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF

BAB I PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

Nur Hafiza Osman (Fiza O)

ASPEK SENI BAHASA DALAM KURIKULUM STANDARD BAHASA MALAYSIA SEKOLAH RENDAH TAHUN SATU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT

BAGAIMANA MENJADI SEORANG PELAJAR

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Mengapakah Tuhan Tidak Menjawab Doa Saya? Adakah anda bercakap dengan Tuhan?

Peranan Industri Penerbitan terhadap Pembangunan Ekonomi. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan

PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PERISIAN TOONDOO MEMBINA KEMAHIRAN MENULIS MURID

SESI PERKONGSIAN FORMAT KERTAS PEPERIKSAAN PSLE, April 2017, Sabtu

Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca. Norazlina Abdul Jalil

Taklimat Peperikasaan PSLE Jabatan Bahasa Melayu BHPS

PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA: KOMIK MAT SOM SEBAGAI BAHAN BANTU MENGAJAR

Keperluan Komunikasi. Komunikasi Berkesan 2/2/2016

KEMAHIRAN BELAJAR. Mendengar dengan berkesan. Mencatat Nota. Menulis Laporan Cepat. Mengingat

KOLEKSI BAHAN BACAAN BUKU FIKSYEN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PENERAPAN SASTERA DALAM PENGAJARAN BAHASA DI SEKOLAH RENDAH

Model Pengajaran dan Pembelajaran Empat Imam Mazhab

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

Mengukuhkan Kemahiran Interaksi Penulisan. Abstrak

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

ULASAN TENTANG GEJALA PONTENG SEKOLAH

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN

BAB I PENDAHULUAN. kreatif dalam rupa atau wujud yang indah. Pengertian indah, tidak semata-mata merujuk pada

Dengan nama Allah Yang Pemurah, Yang Pengasih

PEPERIKSAAN PRASPM 2013

RAGAM TULISAN KREATIF. Muhamad Husni Mubarok, S.Pd., M.IKom

Abstrak. Penerapan Penanda Wacana dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Menulis. Muhammad Faizrin Hashim

Reka Bentuk Visual (6 jam + 8 jam)

BENTUK DAN JENIS PENGUJIAN DALAM PENGAJARAN

Memorandum Pertubuhan-Pertubuhan Cina. Y. A. B. Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID SEJARAH TINGKATAN 1 SEJARAH TINGKATAN 1 1

TEORI SEGITIGA SEMIOTIK

BAB 2: KEMAHIRAN MENDENGAR

BAB PERTAMA PENGENALAN. Pembinaan ayat dalam bahasa Arab terdiri daripada tiga bentuk : Jumlat ismiyyat,

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat.

SKEMA JAWAPAN BAHASA MELAYU KERTAS /1

Abstrak. Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran KAJIAN TEMPATAN

Pengajaran Dari Surah Maryam Bahagian 3. Muhammad Haniff Hassan /

BAB 5 DAPATAN DAN CADANGAN. diketengahkan kepada pengkaji-pengkaji pada masa akan datang.

KAJI SELIDIK INDEKS GAYA PEMBELAJARAN

UNSUR KESANTUNAN DALAM TAFSIR PIMPINAN AR-RAHMAN

BAB I PENGENALAN. Mandarin di Kelantan serta faktor-faktor yang mempengaruhinya. Pada zaman moden ini,

TEMA 1: RUMAH SEBAGAI KEPERLUAN ASAS MANUSIA

Asas Reka bentuk Aplikasi Multimedia Pendidikan

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

BAB 5: KESIMPULAN. Dalam bab ini, penyelidik akan membuat kesimpulan berdasarkan analisis

TAJUK 5: TEKNIK-TEKNIK MENINGKATKAN INGATAN. NordinTahir IPG Kampus Ipoh

BAB 5 PENUTUP. berjaya menjawab objektif kajian khususnya berkaitan penggunaan media pendidikan di

BAB 5 KESIMPULAN DAN SARANAN. Setelah kajian secara teliti dilakukan terhadap tajuk yang dipilih dan dipersetujui,

KAEDAH KUMPULAN KECIL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJARAH

SULIT 1249/2 NAMA PELAJAR LOGO SEKOLAH NAMA SEKOLAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2016 TINGKATAN 5. SEJARAH KERTAS 2 Dua jam tiga puluh minit

Kegiatan Cadangan bagi Pengajaran dan Pembelajaran (Prauniversiti)

Transkripsi:

TEMA Tema ialah suatu ide (ekspresif) atau pemikiran (gagasan) pengkarya. Ianya tidak ditulis (bersifat abstrak). Tema diperolehi melalui huraian maksud dan persoalan-persoalan yang terdapat dalam sajak itu. Dalam hal ini, persoalan yang paling penting boleh disimpulkan menjadi sebuah tema. LATAR Latar Latar berperanan memberikan suasana kepada peristiwa dan manusia yang terdapat dalam cerita. Latar penting dalam mengembangkan tema, persoalan, plot, watak, dan perwatakan. Idea, plot, dan watak akan lebih hidup jika berada dalam situasi pelbagai latar. Latar merangkumi pelukisan geografi, topografi, pemandangan, bangunan, peralatan, tanggungjawab watak, waktu, dan sebagainya. Latar terbahagi kepada empat jenis, iaitu: (a) Latar tempat Merupakan ruang atau tempat peristiwa berlaku yang berkaitan dengan lokasi geografi. (b ) Latar waktu atau masa Menunjukkan masa peristiwa berlaku seperti zaman, era, sejarahnya, atau musimnya. (c) Latar masyarakat atau citra masyarakat Menunjukkan gambaran keadaan masyarakat dalam cerita merangkumi bangsa atau etnik, status dan kehidupan sosial, ekonomi, dan sebagainya yang bersesuaian dengan watak. (e) Latar peralatan cerita dan watak Alatan yang digunakan oleh watak dalam sesebuah cerita. 1

SUDUT PANDANGAN (Aspek pilihan sahaja) Sudut pandangan berperanan untuk mengisahkan sesuatu cerita dan menjelaskan pihak yang menceritakan sesuatu kisah. Maka sudut pandangan mempunyai hubungan yang erat dengan watak. Menurut Anwar Ridhwan (1985), sudut pandangan ialah cara bagaimana pembaca dihidangkan dengan bahan cerita atau bagaimana pengarang memilih cara yang terbaik untuk menyampaikan ceritanya. Teknik sudut pandangan: (a) Sudut pandangan orang pertama Pengarang bercerita sendiri atau terlibat dalam cerita sebagai watak utama atau watak sampingan. Sudut pandangan ini disebut sebagai gaya aku, iaitu cerita itu dibawakan seluruhnya oleh watak aku, orang pertama, secara subjektif. Maknanya pengarang terlibat secara aktif. Teknik ini digunakan untuk menjadikan cerita lebih realistik. (b) Sudut pandangan orang ketiga tidak terbatas (serba tahu) Kerap digunakan oleh pengarang yang mengisahkan ceritanya melalui watak lain menggunakan kata ganti nama diri ketiga, iaitu dia dan mereka atau lengkap dengan nama. Pengarang bersikap serba tahu dan bebas bercerita untuk mengemukakan emosi, fikiran, dan pergolakan jiwa watak-watak. (c) Sudut pandangan orang ketiga terbatas Pengarang tidak menceritakan semua peristiwa atau watak tetapi hanya akan memilih watakwatak tertentu dan penceritaannya tertumpu kepada mereka. Watak-watak lain diceritakan serba sedikit sahaja. (d) Sudut pandangan objektif Pengarang hanya menceritakan segala sesuatu yang dilihat dan didengarnya (melapor) dan masih menggunakan kata ganti nama diri ketiga. Bezanya pengarang tidak terlibat dalam cerita. Maka pembaca berpeluang membuat penilaian sendiri terhadap cerita tersebut. PENYUNTINGAN PENYUNTINGAN SUBSTANTIF Menyunting keseluruhan bahan untuk memastikan hasrat atau idea penulis dapat disampaikan setepat, sepadat dan sejelas yang mungkin kepada pembaca sasaran. Penyuntingan substantif perlu dilakukan sebelum penyuntingan kopi. 2

PENYUNTINGAN KOPI Penyuntingan yang melibatkan penyemakan pembacaan manuskrip dengan teliti, iaitu membaca perkataan demi perkataan, huruf demi huruf, ayat demi ayat, baris demi baris, perenggan demi perenggan bagi memastikan ketepatan fakta, keselarasan gaya, dan kebolehbacaan Penyuntingan kopi dilakukan selepas penyuntingan substantif FUNGSI PENYUNTINGAN 1. Menyediakan karya yang sempurna 2. Memastikan isi atau fakta jelas dan tepat 3. Memastikan pengaliran idea disampaikan dalam bahasa yang indah dan menarik 4. Menjaga nilai estetika 5. Tidak menyalahi atau bercanggah dengan agama, undang-undang, etika, dan norma masyarakat. 6. Menjadikan persembahan buku dapat menggambarkan nilai dan identiti karya yang dapat menarik pembaca 7. Memastikan manuskrip itu menepati kehendak Gaya Dewan TEKNIK PLOT Teknik plot ialah cara pengarang mengembangkan plot ceritanya supaya menarik. Antara teknik plot termasuklah seperti yang berikut: (a) Imbas kembali 1. Imbas kembali merupakan suatu teknik pengarang mengenang semula peristiwa yang pernah dialaminya. 2. Peristiwa itu boleh diimbas kembali melalui pemerian pengarang atau khayalan, dialog, monolog, atau monolog dalaman (b) Imbas muka 1. Imbas muka merupakan cara pengarang memberikan bayangan awal atau ramalan tentang sesuatu peristiwa yang akan berlaku kesan daripada aksi-aksi watak dalam cerita berkenaan. 2. Imbas muka dapat mewujudkan keyakinan dalam kalangan pembaca terhadap sesuatu yang akan berlaku. 3

(c) Saspens 1. Saspens atau ketegangan ialah peristiwa dalam cerita yang menimbulkan keadaan tertanya-tanya atau perasaan ingin tahu di kalangan pembaca tentang peristiwa yang akan berlaku selanjutnya. (d) Konflik 1. Konflik merupakan pertentangan antara dua pihak atau dua kekuatan dalam satu urutan plot. 2. Konflik boleh berlaku secara dalaman, iaitu konflik dalam diri watak dan secara luaran, iaitu antara watak dengan watak yang lain atau antara watak dengan alam sekitar. 3. Konflik dapat juga digambarkan melalui pertentangan pendapat, idea, sikap, atau pemikiran. (e) Kejutan 1. Kejutan ialah perubahan dalam urutan peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba tanpa diduga oleh pembaca. 2. Lazimnya, kesan yang timbul daripada kejutan tidak sama dengan yang diduga oleh pembaca. (f) Dialog 1. Dialog merupakan pertuturan antara dua watak atau lebih daripada dua watak. 2. Melalui dialog antara watak-watak inilah biasanya tergambar pendapat atau fikiran yang berkaitan dengan tema. BAHAGIAN PEMAHAMAN Baca Nota Drama Tiang Cengal Dinding Sayung Rujuk nota di link berikut : https://pppnukm.files.wordpress.com/2012/08/nota-rujukan-drama-tiang-cengaldinding-sayang.pdf 4

SASTERA (((( BACA DAN FAHAMI BUKAN MENGHAFAL )))) UNSUR ALAM DAN MANUSIA KECINTAAN MASYARAKAT MELAYU TERHADAP ALAM Pada zaman dahulu, masyarakat Melayu lebih cenderung menggunakan unsur-unsur alam untuk tujuan tertentu, seperti menamai anak-anak mereka, pembayang di dalam pantun, simpulan bahasa dan sebagainya. Hal yang demikian ini terjadi disebabkan masyarakat Melayu terdahulu sangat menghargai alam. Mereka tidak sanggup untuk melakukan pelbagai pencemaran seperti yang berlaku pada masa kini sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Perbezaan yang ketara boleh dilihat antara masyarakat Melayu lama dengan masyarakat Melayu moden dari aspek hubungan keakrabannya dengan alam. Menurut pendapat H B Jassin di dalam penulisan master Zurinah Hassan (2007) mengatakan bahawa Seniman yang halus perasaannya sangat rapat hubungannya dengan alam sekitar. Dalam angan-angannya alam itu hidup juga dan tumbuh-tumbuhan, batu-batu dan bunga-bungaan baginya ialah makhluk yang bernyawa. Mereka juga sedar bahawa alam begitu kaya dengan flora dan faunanya telah banyak memberi manfaat dalam kehidupan seharian mereka. Misalnya, terdapat pelbagai tumbuh-tumbuhan yang boleh dijadikan penawar penyakit dan juga binatang-binatang tertentu untuk dijadikan santapan seisi keluarga. Bahkan, matahari atau bintang di langit memberi petunjuk kepada mereka dalam menentukan arah atau peredaran satu-satu masa tanpa menggunakan alatan canggih seperti yang disajikan pada zaman moden sekarang. Oleh sebab itulah, banyak unsur alam diambil dan dilihat tertulis di dalam karya agung, terutamanya pantun kerana kecintaan mereka terhadap alam sekitar yang terlalu tinggi. Hal ini bertepatan dengan pendapat Muhammad Haji Salleh yang dipetik oleh Azmi Rahman (2008) di dalam artikelnya yang mengatakan bahawa manusia Melayu amat peka dan setia kepada alam raya. Kesensitivitian dan kesetiaan mereka terhadap alam telah melahirkan karya sastera yang diwarisi sehingga kini. Antaranya ialah pantun, syair dan gurindam yang membicarakan unsur alam dalam penyampaian isi tersurat dan tersirat. Menurut pendapat al-ghazali yang dipetik oleh Siti Zainon Ismail (Alam Puisi:1994,22) menyarankan tentang keakraban alam atau akrab dengan alam. Menurut beliau, seseorang penyair bukan sahaja terpukau dengan alam persekitaran secara lahiriah tetapi mengangkat makna yang lebih daripada itu secara alam batin pula dengan menggunakan unsur alam di dalam karya mereka. 5

PENGAMATAN TERHADAP KESERUPAAN UNSUR ALAM PADA MANUSIA Jelas bahawa alam memainkan peranan yang sangat penting kerana masyarakat Melayu zaman dahulu berada dalam proses interaksi, interpretasi dan integrasi dengan alam di sekeliling. Para pencipta karya yang menggunakan unsur alam perlu berinteraksi dengan alam, iaitu berkomunikasi, bercakap dan bertindak balas dengan alam baharulah proses pentafsiran berlaku. Pentafsiran di sini bermakna setiap objek alam dianggap membawa makna yang lebih besar. Kemudian, mereka mengamati atau mengintegrasi alam sebagai keserupaan dengan dirinya atau masyarakat. Penggunaan unsur alam yang melibatkan objek alam fizikal yang boleh dilihat dengan mata kasar manusia dan dialami secara langsung itu menjadi petanda kepada makna sebenar. Pengamatan dan penghayatan yang tersirat dari objek-objek tersebut hanya tercapai setelah melalui proses pemerhatian, renungan dan penggunaan akal fikiran. Masyarakat Melayu dahulu gemar merenung alam tetapi renungan itu sebenarnya berkait rapat atau berbalik semula kepada dirinya sendiri kerana renungan tersebur sebenarnya memberi makna mendalam terhadap erti kewujudan dan kehidupan yang sedang dilaluinya. Fenomena ini berlaku kerana mereka mudah dirangsang oleh suasana alam yang diamatinya sama ada di dalam perjalan atau ketika beristirehat di rumah. Misalnya, kisah pembukaan negeri Melaka yang asal usulnya bermula daripada kisah pelanduk yang menendang anjing perburuan Raja Iskandar ke dalam air. Setelah baginda mengamati peristiwa itu, maka lahirlah negeri Melaka yang terkenal dengan sejarahnya sehingga kini. Maka Raja Iskandar Syah pun berjalan berbalik dari sana ke tepi pantai, pada sutu sungai di tepi laut; dan nama sungai itu Bertam. Maka Raja Iskandar pun berdiri di bawah sepohon kayu, terlalulah rendang. Maka baginda pun berburu, maka anjing perburuan itupun diterangkan oleh pelanduk putih, jatuh ke air. Maka titah Raja Iskandar Syah, Baik tempat ini, sedang pelanduknya lagi gagah, baiklah kita berbuat negeri di sini. (Sejarah Melayu edisi Shellabear cetakan ke-30 dalam penulisan Zurinah Hassan). 6