Teori Perkembangan Moral Kohlberg. Penaakulan Moral. Elemen-elemen Penaakulan Moral. Peringkat-peringkat Penaakulan Moral. Peringkat 5 Kontrak Sosial

dokumen-dokumen yang mirip
BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB LIMA. dan cadangan kajian selanjutnya. Berdasarkan kepada sorotan kajian, penyelidikan tentang penaakulan moral dalam kalangan pelajar telah

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

DRAF MAC KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN EMPAT

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN SATU

PANDUAN APLIKASI PSIKOLOGI DALAM PENGURUSAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM

DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN DUA

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN TIGA

Kepelbagaian sosio budaya individu dalam sistem pendidikan bukan sahaja dilihat

Pengaruh Pengetahuan Agama ke Atas Amalan Agama dan Gaya Hidup Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia

Mempertingkatkan Kemahiran Membaca Di Kalangan Murid Tahun Dua Melalui Kaedah Stesen

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

LAPORAN PENYELIDIKAN

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 6

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN AMALAN PROFESIONAL

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil

Tajuk 7: Perkembangan Sosio-Emosi. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

KUR. MATEMATIK SEK. RENDAH PERBANDINGAN KBSR & KSSR

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENGURUSAN TINGKAH LAKU TAHUN 1 MASALAH PEMBELAJARAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran MATEMATIK

(TUGASAN INDIVIDU: PENYALAHGUNAAN LORONG KECEMASAN DI MALAYSIA)

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BESAR dan kecil. Oleh. Zailan Bin Jeman Sekolah Kebangsaan Tarat, Serian, Sarawak. Abstrak

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 4

MITOS & FAKTA KAUNSELING

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

PENGAKUAN. Tandatangan : Nama : No. Matrik : Program :

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1 PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN

PERANAN GURU SEBAGAI PEMBINA MODAL INSAN

KKD 2063 Pembangunan Sahsiah

SMK TUN TUAH PENYELIDIKAN DAN KONSULTASI SESI 2010/2011 KERTAS CADANGAN UNTUK MENGKAJI :

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Bab ini adalah membincangkan tentang metodologi yang digunakan dalam kajian ini.

GARIS PANDUAN AMALAN PROFESIONAL LATIHAN PERGURUAN PRAPERKHIDMATAN

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

MODUL UMUM 2: PENDEKATAN PROSES DALAM PENGURUSAN

DIPLOMA PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING

9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN. kemahiran sifir darab 2 hingga 5? teknik ENIS. Ini dapat dibuktikan daripada Rajah 10 yang telah menunjukkan

BAB 1 PENGENALAN. memberikan impak positif dan sumbangan kepada dunia pendidikan iaitu untuk

LMCK 1621 ETIKA DAN PROFESIONAL. Semester I TUGASAN INDIVIDU

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. prosedur menjalankan penyelidikan kajian. Pengkaji

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

UJIAN LATIHAN UJIAN TAAKULAN GLOBAL

1.0 Misi Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan

PENDIDIKAN KESIHATAN

BAB EMPAT PANDANGAN TERHADAP MASALAH MORAL DAN ORIENTASI MORAL PESERTA KAJIAN. Bab ini membincangkan pandangan peserta kajian tentang masalah

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 5

MASALAH PELAJAR DIPLOMA MEDIA DIGITAL (VIDEO & PENGAJIAN FILEM) TERHADAP PENCAPAIAN MARKAH TUGASAN

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

MENINGKATKAN AMALAN KESELAMATAN DALAM BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU (KHB) MELALUI KONSEP REA (RISKS, EFFECTS, & ACTS)

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3 PENDIDIKAN SIVIK KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3

LMCK 1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH SEM /2017 SET 4 LAPORAN AKHIR

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. langkah-langkah yang akan dilaksanakan dalam proses pengumpulan data

PENGLIBATAN DAN PRESTASI KOPERASI DALAM SEKTOR PERUMAHAN DI MALAYSIA

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

2. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL TAHUN 1

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

TAJUK 3 (4 jam) ISU-ISU ETIKA GURU

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3

Gaya Hidup Pelajar Cemerlang dalam Persekitaran Kampus

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

MANUAL PELAPORAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

ARAHAN: ( )

EDU 3101 FALSAFAH & PENDIDIKAN DI MALAYSIA

PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PERMASALAHAN DI KALANGAN GURU BERKELUARGA YANG MELANJUTKAN PELAJARAN DI UNIVERSITI

MATEMATIK (MASALAH PENDENGARAN)

PANDUAN CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DRAF

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran KAJIAN TEMPATAN

Model Pengurusan Strategik

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES Sinopsis

BORANG SOAL SELIDIK (A) (untuk diisi oleh guru) Sila tandakan ( ) pada pilihan yang anda pilih dan isikan tempat kosong dalam ruangan yang disediakan.

BAB I PENGENALAN. idea, konsep, meluahkan perasaan, menjalinkan interaksi sosial, menjalankan transaksi

DRAF KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN MORAL TAHUN EMPAT

KANDUNGAN KBSM HU RAI A N S U K ATA N P EL AJ A RA N PENDIDI KA N MORAL. RUKUN NEGARA ii. BIDANG PEMBELAJARAN 3 : Nilai Berkaitan Dengan Alam Sekitar

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

RANCANGAN TAHUNAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN TIGA 2015

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUNDAR DENGAN KAEDAH JABAL (BUKIT)

Transkripsi:

Teori Perkembangan Moral Kohlberg Penaakulan Moral Elemen-elemen Penaakulan Moral Peringkat-peringkat Penaakulan Moral Orientasi Moral Peringkat 1 Hukuman dan Kepatuhan Peringkat 2 Timbal Balik Peringkat 5 Kontrak Sosial Orientasi Utilitarian Orientasi Kesaksamaan Peringkat 3 Persetujuan Antara Individu Peringkat 4 Undangundang dan Peraturan Peringkat 6 Prinsip Etika Sejagat Orientasi Normatif Orientasi Kesempurnaan Rajah 1 Kerangka Teori Kajian

23 Peringkat penaakulan moral ini dibahagikan kepada tiga tahap dan setiap tahap terdiri daripada dua peringkat. Tahap pertama adalah tahap prakonvensional, tahap dua adalah tahap konvensional dan tahap tiga adalah tahap pos konvensional. Peringkat pertama dikenali orientasi hukuman dan kepatuhan, peringkat kedua dikenali orientasi asas dan saluran, peringkat ketiga adalah orientasi persetujuan antara individu, peringkat keempat adalah orientasi undang-undang dan peraturan, peringkat kelima adalah kontrak sosial dan peringkat keenam orientasi prinsip etika sejagat. Susunan dalam enam peringkat ini adalah mengikut keupayaan seseorang memberi alasan yang matang dalam menyelesaikan isu yang dihadapi oleh watak dalam dilema. Terdapat tiga ciri utama yang ditekankan dalam perkembangan peringkatperingkat penaakulan moral iaitu pertama, peringkat bersifat hierarchial intergration kedua, peringkat-peringkat tersebut adalah structured wholes dan ketiga, peringkat-peringkat ini adalah tidak varian. Kajian-kajian yang menyokong kesejagatan peringkat-peringkat telah dilakukan di Malaysia (Jeevajothi, 1997; Loganathan, 1995; Azian, 1990) dan dijalankan dengan meluas di luar negara (Snarey, 1985). Penjelasan lebih lanjut mengenai peringkat-peringkat penaakulan moral dan ciri-ciri peringkat ini dinyatakan dalam Bab 2. Kajian yang dijalankan ini walau bagaimanapun tidak mengambil kira penentuan peringkat-peringkat penaakulan moral sebaliknya meneroka isu yang kurang diberi perhatian dalam teori tersebut iaitu orientasi moral. Penentuan orientasi moral adalah merujuk kepada Rajah 2 di bawah.

24 Pelajar Salah Laku Pelajar Tidak Salah laku Pandangan terhadap masalah moral Dilema dan masalah sebenar diri sendiri Vignet-vignet dilema sebenar Alasan-alasan kepada tindakan memilih penyelesaian masalah dalam vignet dilema sebenar Orientasi moral Rajah 2 Kerangka Konsep Kajian Rajah 2 menunjukkan kerangka konsep kajian di mana pelajar tidak salah laku dan pelajar salah laku dipilih sebagai peserta kajian. Maklumat mengenai pandangan mereka terhadap masalah moral serta dilema atau masalah yang sedang dihadapi oleh peserta dikenal pasti terlebih dahulu. Berdasarkan masalah yang diutarakan, empat jenis vignet dilema sebenar telah diolah. Peserta diminta memberi respons kepada dilema yang terkandung dalam vignet dilema sebenar sebelum orientasi moral peserta ditentukan.

25 1.6 Kepentingan kajian Penyelidikan dalam bidang Pendidikan Moral di Malaysia sering dijalankan terutama dalam penentuan peringkat-peringkat penaakulan moral (Mukherjee, 1988; Abdul Rahman & Chang, 1994). Bagaimanapun, kajian untuk menentukan orientasi moral pelajar masih kurang dilaksanakan. Memandangkan pada ketika ini, negara mula menitikberatkan soal-soal disiplin, moral dan akhlak pelajar, maka kajian lebih lanjut mengenai orientasi moral perlu dijalankan. Ini kerana, orientasi moral mampu menunjukkan corak pemikiran individu dari sudut kepercayaan moral serta pandangannya apabila menyelesaikan dilema (Gilligan, 1982). Kajian ini yang berasaskan Teori Penaakulan Moral oleh Kohlberg, yang menjelaskan bahawa asas pemikiran moral individu adalah berdasarkan kepada prinsip keadilan. Kajian lanjutan ini adalah untuk menguji sejauhmana kebenaran teori tersebut memandangkan prinsip keadilan dikatakan bersifat sejagat. Sebelum ini, kajian berdasarkan teori ini telah banyak dijalankan seperti di Jepun, Taiwan, Filipina, Indonesia dan Turkey (Snarey, 1985). Teori ini juga telah digunakan untuk beberapa kajian di Malaysia. Bagaimanapun, bagi memperluaskan dapatan kajian, peserta yang berbeza latar belakang daripada kajian sebelumnya telah diambil, kajian ini mengambil remaja berusia 16 tahun yang terdiri daripada pelajar salah laku dan pelajar tidak salah laku sebagai peserta kajian. Kepentingan kajian juga dilihat kepada aspek pertambahan kes-kes salah laku. Kajian mengenai penaakulan moral pelajar, yang dilihat daripada aspek

26 orientasi moral, membantu kita memahami punca penglibatan seseorang dalam masalah salah laku. Pemahaman ini juga memberi ruang kepada kita untuk memahami corak pemikiran pelajar-pelajar. Kajian-kajian sebelum ini telah membuktikan pemikiran moral berkait secara langsung dalam penentuan tingkah laku moral (Giordano, 2003; Elliott & Menard, 1996; Blasi, 1980). Kajian penaakulan moral pelajar perlu juga diberi perhatian kerana kajian ini berkaitan dengan objektif Pendidikan Moral iaitu mengembangkan keupayaan berfikir dan menyelesaikan masalah serta tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melihat pelajar yang dilahirkan oleh sistem pendidikan adalah seimbang dari segi Intelek, Emosi, Rohani dan Jasmani. Dari segi amalan, maklumat yang diperoleh, akan membantu pendidik memahami orientasi moral pelajar secara menyeluruh. Perbezaan dan persamaan orientasi moral yang wujud antara pelajar juga akan memberi maklumat tambahan kepada pendidik terutama dalam aspek menangani masalah atau dilema diri pelajar. Di mana alasan pelajar tidak semestinya berfokus kepada alasan yang sama. Ini sekurang-kurangnya membantu pendidik mengenal pasti corak pemikiran pelajar terlebih dahulu, sebelum memikirkan kaedah serta strategi yang lebih berkesan untuk melahirkan pelajar yang seimbang. Dapatan kajian yang melihat orientasi moral pelajar berdasarkan jantina dan kumpulan pelajar, diyakini dapat membantu pihak Kementerian Pendidikan memikirkan langkah-langkah terbaik bagi mempertingkatkan keupayaan membuat penaakulan moral. Keupayaan pelajar-pelajar bertindak mengikut pertimbangan sendiri secara rasional dan positif akan membantu melahirkan

27 golongan pelajar yang berfikiran matang dan berkeupayaan menyelesaikan masalah moral yang dihadapi oleh mereka. Kajian ini juga mustahak kepada golongan seperti pentadbir, guru disiplin serta guru bimbingan dan kaunseling yang secara langsung mengendalikan masalah tingkah laku kerana kematangan penaakulan moral berupaya memupuk tingkah laku moral (DiLalla, 2002; Blasi, 1980; Hoffman, 1976). Maklumat baru ini akan dijadikan panduan kepada guru-guru menangani masalah salah laku pelajar di sekolah kerana secara amnya jenis orientasi yang digunakan oleh pelajar-pelajar ini diketahui. 1.7 Batasan kajian Beberapa batasan kajian telah dikenal pasti dalam kajian ini. Pertama dilihat daripada aspek pemilihan pelajar salah laku dan tidak salah laku. Pada peringkat permulaan kajian, senarai nama pelajar telah diperoleh daripada rekod disiplin sekolah, ini bermakna pelajar salah laku telah dikenal pasti pernah terlibat dengan kes salah laku, mana kala pelajar tidak salah laku, tidak mempunyai sebarang rekod salah laku. Bagaimanapun, setelah setiap pelajar dinasihatkan mengisi borang soal selidik salah laku secara jujur, maka didapati kesemua pelajar-pelajar yang namanya tersenarai sebagai pelajar tidak salah laku mengakui pernah melakukan kes salah laku, tetapi tidak pernah direkodkan. Oleh kerana itu, pihak sekolah tiada sebarang rekod salah laku pelajar-pelajar tersebut. Kesimpulannya, walaupun pelajar-pelajar dikategorikan sebagai pelajar tidak

28 salah laku, tetapi sebenarnya mereka pernah terlibat dengan beberapa kesalahan salah laku tanpa pengetahuan pihak sekolah. Selain itu, walaupun terdapat sembilan kategori salah laku tetapi pelajar yang terpilih tidak khusus kepada mana-mana kategori salah laku. Ini bermakna setiap pelajar yang terpilih tidak seragam dan menyeluruh daripada jenis serta jumlah kesalahan yang dilakukan sepanjang sesi persekolahan pada tahun kajian dijalankan. Seterusnya, memandangkan pengkaji telah menetapkan peserta kajian mewakili tiga kaum utama di sekolah, maka pemilihan peserta kajian adalah berdasarkan kepada seorang pelajar untuk satu kaum yang mewakili pelajarpelajar lelaki dan perempuan yang terlibat dengan kes salah laku dan pelajarpelajar yang tidak terlibat dengan kes salah laku serta mewakili jantina yang berbeza. Penetapan ini menyebabkan terdapat peserta kajian yang mempunyai bilangan kesalahan yang lebih tinggi tidak terpilih sebagai peserta kajian kerana telah ada pelajar yang mewakili kaum yang sama. Pemilihan pelajar yang berdasarkan jumlah kesalahan yang tercatat dalam borang salah laku juga menyebabkan faktor latar belakang peserta kajian seperti faktor sosioekonomi keluarga tidak dapat diambil kira dalam kajian ini. Kajian kualitatif yang menggunakan teknik temu bual sahaja dalam pengutipan data didapati amat mencabar. Pengkaji harus mempunyai kemahiran serta teknik-teknik yang betul bagi mencungkil masalah atau dilema yang dihadapi pelajar. Ini kerana sikap pelajar yang amat berahsia terutama apabila membincangkan masalah sebenar yang dialami dan kebanyakan mereka cuba

29 menyembunyikan hal-hal peribadi. Keadaan ini telah menyukarkan pengutipan data pada peringkat awal. Jumlah peserta kajian adalah kecil iaitu seramai 12 orang sahaja. Pemilihan peserta kajian yang kecil ini berkemungkinan menghadkan hasil dapatan kajian dan pelbagai maklumat tambahan tentang masalah dan dilema pelajar. Walaupun terdapat batasan kajian, namun kajian kualitatif dengan menggunakan teknik temu bual ini berjaya memenuhi dan menjawab tujuan kajian, objektif kajian dan persoalan kajian. 1.8 Pentakrifan Istilah Beberapa istilah yang digunakan dan membawa makna yang khusus dalam konteks kajian ini dinyatakan di bawah: 1. Orientasi Moral Orientasi moral merujuk kepada alasan-alasan yang diberikan ke atas tindakan pilihan apabila memberi respons kepada dilema yang terdapat di dalam vignet dilema sebenar. 2. Penaakulan Moral Penaakulan moral merujuk kepada proses pemikiran seseorang individu apabila menentukan tindakan yang betul ketika memberi alasan kepada tindakan yang diambil dalam sesuatu situasi.

30 3. Dilema Sebenar Dilema sebenar merujuk kepada masalah atau dilema yang benar-benar dilalui dan dialami oleh peserta kajian semasa pengutipan data dilakukan. Dilema sebenar menyentuh masalah diri peserta yang berkaitan dengan dirinya sendiri, masalah diri peserta dengan keluarganya, masalah diri peserta dengan rakan sebayanya atau masalah diri peserta dengan orang sekeliling. 4. Salah Laku Pelajar Salah laku pelajar merujuk kepada penglibatan pelajar dalam manamana sembilan jenis salah laku yang disenaraikan oleh Kementeriaan Pelajaran Malaysia seperti jenayah, lucah, kekemasan diri, tidak pentingkan masa, kurang sopan dan biadab, tingkah laku musnah, tidak jujur dan menipu, ponteng dan kenakalan. Kesalahan ini dilakukan di sekolah sahaja dan membolehkan tindakan disiplin dikenakan ke atas pelajar-pelajar yang terlibat. 5. Vignet Dilema Sebenar Vignet dilema sebenar merujuk kepada cerita-cerita pendek yang diolah, disusun dan diubah suai daripada masalah dan dilema yang diceritakan oleh peserta-peserta kajian. Vignet dilema sebenar melibatkan satu isu yang memerlukan seseorang membuat penyelesaian masalah dan vignet ini diakhiri dengan suatu situasi di mana seseorang berhadapan dengan dua atau lebih pilihan dalam membuat keputusan.

31 6. Pelajar Salah Laku Pelajar salah laku dalam kajian ini merujuk kepada pelajar yang mempunyai rekod kes-kes salah laku yang tinggi di sekolah. Mereka juga telah dikenal pasti pernah digantung persekolahan atas kesalahan salah laku. 7. Pelajar Tidak Salah Laku Pelajar tidak salah laku merupakan pelajar yang telah dikenal pasti oleh pihak sekolah sebagai bebas daripada rekod kes salah laku. Kesalahan salah laku yang diakui pernah dilakukan oleh pelajar tetapi tidak pernah dikenakan sebarang tindakan oleh pihak sekolah, tersenarai sebagai pelajar tidak salah laku. 8. Dilema Kendiri Merujuk kepada masalah atau dilema yang dicari sendiri oleh peserta kajian kerana perasaan rendah diri dengan kelemahan atau kekurangan yang dirasai ada pada diri. 9. Dilema Keluarga Merujuk kepada masalah atau dilema yang dihadapi kerana sikap atau kehendak ahli keluarga yang menimbulkan tekanan kepada peserta kajian.

32 10. Dilema Rakan Sebaya Merujuk kepada masalah atau dilema yang dihadapi oleh peserta kajian kerana sikap rakan sebaya di sekolah yang tidak menghormati, membuli atau mengambil kesempatan dan ini memberi tekanan kepada peserta kajian. 11. Dilema Dengan Orang Sekeliling Merujuk kepada masalah atau dilema yang dihadapi oleh peserta kajian kerana tertekan dengan sikap beberapa orang di sekeliling seperti kaum keluarga, rakan-rakan, guru-guru atau jiran tetangga.