PANDUAN MENJAWAB PEPERIKSAAN

dokumen-dokumen yang mirip
KEMAHIRAN BELAJAR. Mendengar dengan berkesan. Mencatat Nota. Menulis Laporan Cepat. Mengingat

FORMAT PSLE BAHASA MELAYU

Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif. Abstrak

Objektif taklimat ini :

PROSEDUR PENILAIAN ANUGERAH NILAM PERINGKAT DAERAH PONTIAN TAHUN 2017

MAKLUMAT TUGASAN KEDUA BBM3402 SISTEM TULISAN JAWI

Cikgu Fitri Cikgu Marhaini - Sekolah Rendah Henry Park -

SEKOLAH RENDAH SHUQUN. Taklimat Format Peperiksaan Baharu PSLE 2017

JABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR OPERASI PENCAPAIAN STANDARD 93 TINGKATAN LIMA BAHASA MELAYU KERTAS 1

Taklimat Peperikasaan PSLE Jabatan Bahasa Melayu BHPS

PEPERIKSAAN PERCUBAAN TAHUN 2014


mengajak waktu rehat membersihkan bilik darjah melontar mentertawakan menjadi marah menegur meminta maaf

SELAMAT DATANG SESI PERTEMUAN DENGAN IBU BAPA JUMAAT, 19 JAN 2018

MAKLUMAT KURIKULUM DARJAH 5. Cikgu Sharifah Maznah

Cara-cara Menjawab Soalan Kefahaman Subjektif. Bengkel Untuk Ibu Bapa P3 & P4

SELAMAT DATANG SESI PERTEMUAN DENGAN IBU BAPA JUMAAT, 19 JAN 2018

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

PENGAJARAN Sistem Nombor Perduaan Mengenal pasti nombor perduaan dan nombor perpuluhan

BAB IV METODOLOGI KAJIAN. mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang

CARA-CARA MENJAWAB SOALAN KEFAHAMAN SUBJEKTIF. Bengkel Untuk Ibu Bapa P5 & P6

TAKLIMAT. 3 Mac 2018

Membudayakan Kemahiran Berfikir KEMENTERIAN 1 PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

PEPERIKSAAN PERCUBAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013 BAHASA MELAYU. 2jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

Mempertingkatkan Kemahiran Membaca Di Kalangan Murid Tahun Dua Melalui Kaedah Stesen

BENTUK DAN JENIS PENGUJIAN DALAM PENGAJARAN

OH, ITUNYA DARAB! Oleh. Chai Mei Ling ABSTRAK

Pelajar Aktif, Pengguna Cekap Bahasa Kita, Gunakanlah

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN DEBAT PIALA MENTERI BESAR PERAK 2017

Mengukuhkan Kemahiran Interaksi Penulisan. Abstrak

BAHASA MELAYU KURIKULUM BAHASA MELAYU & FORMAT PEPERIKSAAN,

TAJUK 5: TEKNIK-TEKNIK MENINGKATKAN INGATAN. NordinTahir IPG Kampus Ipoh

SESI PERKONGSIAN FORMAT KERTAS PEPERIKSAAN PSLE, April 2017, Sabtu

1. (1) menyiapkan (2) bersiap (3) disiap (4) tersiap ( )

Bahagian A: Imbuhan (10 markah)

Abstrak. Penerapan Penanda Wacana dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Menulis. Muhammad Faizrin Hashim

BAGAIMANA MENJADI SEORANG PELAJAR

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya

BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN. kajian ini secara terperinci. Ini kerana metodologi merupakan satu aspek yang penting

SEKOLAH BERASRAMA PENUH BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH / KLUSTER KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA. 2 ¼ jam Dua jam lima belas minit

Page 1 of 10 MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)

MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)

DEBAT SANTAI LANCASTER UNIVERSITY 02hb JANUARI 2013

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

Markah yang diperoleh Page 3. (lihat halaman sebelah)

Selamat Datang ke Majlis Taklimat. Darjah Januari 2016

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB KELIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Rumusan di sini membawa pengertian kesimpulan kepada semua fakta-fakta

P6 Meet-the-Parents Session (SESI TAKLIMAT P6) 23 Januari

SESI TAKLIMAT FORMAT PEPERIKSAAN PSLE, Februari 2017, Sabtu

KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH SEKOLAH RENDAH CANBERRA

2.2 Sekolah bermaksud semua sekolah menengah di Malaysia. 2.3 Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan adalah individu yang dilantik oleh pihak penganjur.

I I I I I I I I I I I I I UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 1 SESI 2015/ DEC 2015 MASA : 1 JAM 30 MINIT ARAHAN

: Kit SAKAMB Meningkatkan Kemahiran Membina Ayat Majmuk Berdasarkan Gambar Dalam Kalangan Murid Pemulihan Khas Tahun 3.

JABATAN PELAJARAN NEGERI NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

Taklimat Bahasa Melayu Darjah

BAB 7 PENYEDIAAN TEKS: KATA ALU-ALUAN, PRAKATA DAN TEKS UCAPAN

Belajar daripada pengalaman orang lain... Disediakan oleh;

MODUL PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013

Taklimat Bahasa Melayu Darjah

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA CAWANGAN MELAKA BAHASA MELAYU. Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA AMARAN

IMBUHAN (10 markah) 1 (1) bertujuan (2) dituju

Modul Kreatif Utk Nuqaba Vol 2.0

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

Panduan Menjawab Soalan Kefahaman Subjektif 9 April 2016

Jabatan Bahasa Ibunda

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( RPH )

1 SULIT PP 1103/1 PROGRAM GEMPUR KECEMERLANGAN SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 1 GARIS PANDUAN PEMERIKSA

Abstrak. Penggunaan S 2 TAMP 2 D dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kepelbagaian Ayat. Zaetun Abbas

1103/1 (PP) SULIT BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH & SEKOLAH KECEMERLANGAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PERATURAN PEMARKAHAN

PANDUAN PENGGUNA SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (HUMAN RESOURCE MANGEMENT INFORMATION SYSTEM) MODUL PENGURUSAN PRESTASI

FAKULTI PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA Pindaan Terakhir :

PERANAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DALAM MELAHIRKAN PELAJAR CELIK MAKLUMAT (THE ROLE OF SCHOOL RESOURCE CENTRE IN INCULCATING INFORMATION LITERATE STUDENTS)

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA (MPSM) DAERAH PETALING UTAMA SKOR A DISEDIAKAN OLEH :

JABATAN PELAJARAN NEGERI NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

Aplikasi Taksonomi Blooms dalam Merekabentuk Program Pembangunan Pelajar

FAKULTI KOMPUTERAN PANDUAN PEPERIKSAAN AKHIR

KOLEJ VOKASIONAL MALAYSIA BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KOLEKSI BAHAN BACAAN BUKU FIKSYEN

Unit 5 Pendekatan Tematik

Bahasa Arab (913) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

BAHASA MELAYU H1 (8622)

UJIAN MINAT BELAJAR (Soal Selidik) Bil Pernyataan (item) Jumlah Skor

PISMP (PEMBELAJARAN JARAK JAUH) TUGASAN PROJEK

Bahagian 1: Imbuhan (10 markah)

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAHASA MELAYU KURIKULUM BAHASA MELAYU & FORMAT PEPERIKSAAN, DARJAH 6

Taklimat Bahasa Melayu Darjah

3756/2 PRINSIP PERAKAUNAN 2

BAHAGIAN B. Oh, Nenek pasti kamu akan (26)! Kehidupan di kampung tidak semudah tinggal di flat.

Prosedur Kloz. Kaedah Menjawab. Contoh Prosedur Kloz

BAHASA MELAYU B (8613)

6.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN. hingga 5. Saya telah memberi bimbingan kepada empat orang peserta sekurangkurang

SIJIL PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING. WPK 313 Psikologi Pendidikan (Minggu 5)

Suriana Mohamed Bakri Sekolah Rendah Kranji Pusat Bahasa Melayu Singapura ABSTRAK

OPERA ESTATE PRIMARY SCHOOL PENILAIAN PRELIM BAHASA MELAYU LANJUTAN PRIMARI 6 MARKAH:

dan istilah. Frasa pemikiran kritis adalah merupakan gabungan atau hubungan antara dua perkataan iaitu pemikiran dan juga

Imbuhan (5 x 2 markah)

Transkripsi:

PANDUAN MENJAWAB PEPERIKSAAN

CABARAN KERTAS 2

BAHASA MELAYU KANDUNGAN 1. Kaedah Menjawab Soalan Kefahaman Bahagian B & C 2. Kaedah Menjawab Melengkapkan Teks dan Prosedur Kloz 3. Kaedah Membina Ayat 4. Kaedah Meneka Makna Perkataan di dalam petikan 5. Langkah Menjawab Kertas 2

(1) Kaedah menjawab soalan-soalan KEFAHAMAN (Bahagian B) dan (Bahagian C) A. KEFAHAMAN (Bahagian B Kefahaman dengan 4 jawapan) 1. Kaedah MEMBACA Petikan. 1. Cari Ayat Topik (memberi isi utama dalam perenggan). Gunakan Highlighter untuk menandakan Ayat Topik dan/atau perkataanperkataan utama. 2. Kalau boleh dan masa mengizinkan, tulis nota dengan menggunakan perkataan kamu sendiri di sebelah perenggan tertentu, yang dapat membantu kamu lebih memahami dan mengingati isi kandungan setiap perenggan. 2. Kaedah MENCARI Jawapan. 1. Baca soalan-soalan. Lazimnya, soalan-soalan diatur mengikut urutan perenggan iaitu jawapan bagi soalan satu biasanya ada di perenggan pertama atau awal perenggan kedua. 2. Perhatikan perkataan-perkataan yang ada di dalam soalan. - Perkataan-perkataan manakah yang penting di dalam soalan? - Boleh kamu cari perkataan-perkataan itu di dalam petikan? Kalau boleh, jawapannya berada BERDEKATAN atau DI SEKELILING perkataan-perkataan yang kamu jumpa di dalam petikan itu. - Jika kamu tidak menjumpai perkataan-perkataan yang sama di dalam petikan, cari perkataan-perkataan yang sama atau hampir sama MAKNAnya (kata-kata seerti/seiras) dengan perkataan-perkataan di dalam soalan. Jawapannya berada BERDEKATAN atau DI SEKELILINGnya.

3. Kaedah MEMILIH Jawapan. 1. Lihat keempat-empat jawapan yang diberikan. Baca kesemua jawapan yang diberikan SEBELUM kamu memilih jawapan mana yang pada kamu ialah jawapan yang paling tepat. 2. Jawapan mana yang JELAS SALAH? Jawapan A, B, C atau D? Pangkah HURUF pada jawapan yang jelas salah atau pangkah seluruh jawapan yang jelas salah itu. Setelah memangkah kesemua jawapan yang jelas salah, teruskan dengan langkah seterusnya. 3. Lihat jawapan yang tinggal setelah kamu memangkah kesemua jawapan yang jelas salah. Pilih jawapan mana yang tepat. Semasa memilih, kamu perlu memikirkan soalan berikut : - Jawapan mana yang membuat jawapan lain tidak boleh diterima sebagai jawapan yang tepat? 4. Kalau keempat-empat jawapan seperti boleh diterima, pilih satu jawapan yang dapat MERANGKUMKAN tiga jawapan lain yang diberikan. B. KEFAHAMAN (Bahagian C Kefahaman tiada jawapan) 1. Kaedah MEMBACA Petikan. 1. Baca petikan untuk memahami jalan cerita, maksud, mesej dan maklumat yang ingin disampaikan oleh pengarang petikan. 2. Kaedah MENCARI Jawapan. 1. Ikut kaedah bagi Kefahaman (Bahagian B). 2. Cari MAKSUD yang TERSURAT dan TERSIRAT di dalam petikan. TERSURAT kata-kata di dalam petikan yang JELAS menunjukkan maksud, mesej dan maklumat yang hendak disampaikan oleh pengarang petikan. TERSIRAT kata-kata di dalam petikan yang TIDAK JELAS menunjukkan maksud, mesej dan maklumat yang hendak disampaikan; maksud, mesej dan maklumat tersembunyi yang perlu ditafsir atau diteka oleh pelajar. 3. Kaedah MENULIS Jawapan.

1. Lazimnya, soalan-soalan diatur mengikut urutan perenggan iaitu jawapan bagi soalan satu biasanya ada di perenggan pertama atau awal perenggan kedua. 2. Berikan apa yang dikehendaki oleh soalan berdasarkan perkataanperkataan di dalam soalan seperti : i. Mengapakah... berikan sebab-sebab. ii. iii. iv. Apakah... berikan jenis isi yang diminta oleh soalan. Senaraikan... berikan jenis isi yang diminta oleh soalan. Pada pendapat kamu... berikan pendapat kamu sendiri. v. bukti... - berikan jumlah bukti yang dikehendaki. vi. Sebarang perkataan lain yang penting seperti - Wajarkah... - Sejauh mana... - menggambarkan... - yang menyumbang kepada... - mungkin... 3. Berikan jawapan yang layak diberikan markah yang ditetapkan bagi setiap soalan. Bahagian C mengandungi 6 soalan dan markah penuh 30 markah. Maka, markah penuh bagi setiap soalan ialah 5 markah. 5 markah 2 isi perlu diberikan dan 2½ markah bagi setiap isi yang tepat. Tip : Jawapan yang terlalu pendek berkemungkinan besar tidak mengandungi isi yang mencukupi. 4. Seupaya kamu, gunakan perkataan-perkataan kamu sendiri di dalam jawapan.

(2) Kaedah Menjawab Melengkapkan Teks dan Prosedur Kloz Sila klik pada rangkaian ini untuk mendapatkan maklumat tentang kaedah tersebut F:\Panduan Menjawab Peperiksaan\Kaedah Menjawab Prosedur Kloz.ppt

(3) KAEDAH MEMBINA AYAT Tujuan pelajar diminta Membina Ayat adalah untuk menguji pengetahuan pelajar tentang : - MAKNA atau MAKSUD perkataan-perkataan/frasa-frasa; dan - PENGGUNAANNYA di dalam sepotong ayat di dalam Bahasa Melayu. Oleh itu, arahan di bahagian Membina Ayat di dalam kertas peperiksaan meminta pelajar menunjukkan MAKNA perkataan yang diberikan di dalam ayat yang dibina seperti berikut : Arahan : Bina sepotong ayat yang sesuai dengan menggunakan setiap perkataan yang diberi. Ayat kamu haruslah menunjukkan makna/frasa perkataan tersebut. KAEDAH MEMBINA AYAT NOTA RINGKAS 1. Jangan menambahkan atau mengurangkan apa-apa pada perkataan/frasa yang diberikan. Contohnya, tidak boleh memberi imbuhan kepada perkataan. 2. Bolehkah perkataan yang diberikan dijadikan KATA KOLOKASI untuk memudahkan pembinaan ayat? 3. Gunakan NAMA-NAMA BIASA seperti Ali, Ahmad, dan KATA GANTI NAMA DIRI seperti saya, dia, kita. 4. Gunakan KEADAAN (KONTEKS) KEHIDUPAN YANG DIKENALI OLEH PELAJAR, seperti zaman remaja, zaman persekolahan. 5. Gunakan CONTOH yang KUKUH dan tidak boleh dipertikaikan atau dipersalahkan. 6. Gunakan KATA BERLAWAN bagi perkataan yang diberikan (jika ada). 7. Ayat mengandungi MESEJ/MAKLUMAT yang MASUK AKAL. 8. Ayat TIDAK TERLALU PENDEK ATAU PANJANG. 9. Ayat dapat MENJAWAB SOALAN-SOALAN berikut : Siapa...? Apa...? Mengapa...? Bagaimana...? Bila...? Di mana...?

10. Ayat yang lengkap dan dapat menunjukkan makna/maksud perkataan/frasa yang diberikan biasanya terbahagi kepada 3 bahagian Bahagian Awal Ayat, Bahagian Pertengahan Ayat dan Bahagian Akhir Ayat. 11. Ayat bersifat POSITIF. 12. Jangan menggunakan sebarang perkataan di dalam ayat jika pelajar tidak benarbenar faham makna dan penggunaan perkataan itu. 13. Jangan menyempitkan makna perkataan yang diberikan. Contohnya, jika sesuatu itu boleh berlaku di seluruh dunia, tidak boleh disempitkan makna perkataan itu dengan mengatakan ia berlaku di Singapura sahaja. 14. Setelah selesai membaca ayat yang dibina, tidak seharusnya timbul TANDA TANYA di fikiran pembaca akan mesej/maklumat yang ingin disampaikan oleh pelajar. Bermakna ayat yang dibina MESTI dapat menerangkan makna perkataan DENGAN JELAS. 1 KAEDAH-KAEDAH MEMBINA AYAT PENERANGAN LANJUT 1. Tidak boleh menambahkan atau mengurangkan apa-apa pada perkataan/frasa yang diberikan. Contohnya, tidak boleh memberi imbuhan kepada perkataan/frasa dan tidak boleh mengubah atau menggugurkan sebarang perkataan yang diberikan. 2. Bolehkah perkataan yang diberikan dijadikan Kata Kolokasi untuk memudahkan pembinaan ayat? perbalahan Kata Kolokasi - mencetuskan perbalahan mengutarakan Kata Kolokasi - mengutarakan/mengemukakan pendapat 3. Gunakan NAMA-NAMA BIASA seperti Ali, Ahmad dan KATA GANTI NAMA DIRI seperti saya, dia, kita. 4. Gunakan KEADAAN (KONTEKS) KEHIDUPAN YANG DIKENALI OLEH PELAJAR, seperti zaman remaja, zaman persekolahan.

5. Gunakan CONTOH yang KUKUH yang tidak boleh dipertikaikan atau dipersalahkan. 6. Gunakan KATA BERLAWAN bagi perkataan yang diberikan (jika ada). Contoh kata yang diberikan : jalan penyelesaian lawan Contoh ayat : Jika kita mempunyai masalah, kita perlu berusaha untuk mencari jalan penyelesaian baginya, bukan melarikan diri dari masalah itu. 7. Ayat mengandungi MESEJ/MAKLUMAT yang MASUK AKAL. 8. Ayat TIDAK TERLALU PENDEK ATAU PANJANG. Ayat yang terlalu pendek kemungkinan besar tidak dapat menunjukkan makna perkataan yang diberikan. Ayat yang terlalu panjang pula dibimbangkan akan mengandungi lebih banyak kesalahan bahasa. Lagipula, ayat yang terlalu panjang boleh membuat pembaca keliru, kurang faham atau berasa bosan membacanya, yang boleh menyebabkan pelajar kehilangan markah. 9. Ayat DAPAT MENJAWAB SOALAN-SOALAN berikut : Siapa...? Apa...? Mengapa...? Bagaimana...? Bila...? Di mana...? Contohnya : 10. Lazimnya, ayat yang lengkap dan dapat menunjukkan makna/maksud perkataan yang diberikan terbahagi kepada 3 bahagian. 1. Bahagian Awal Ayat : Biasanya dimasukkan perkataan yang diberikan tetapi tidak menunjukkan makna/maksud perkataan yang diberikan. 2. Bahagian Pertengahan Ayat : Menghubungkan kedua-dua bahagian awal dan akhir ayat, biasanya dengan Kata Hubung seperti kerana atau Kata Sendi Nama seperti agar.

3. Bahagian Akhir Ayat : Menunjukkan makna/maksud perkataan yang diberikan. Contoh perkataan : terkemuka Contoh ayat : Lapangan Terbang Antarabangsa Changi ialah lapangan terbang yang terkemuka di dunia kerana telah dianugerahkan Anugerah Lapangan Terbang Terbaik Dunia selama sepuluh tahun berturut-turut. 11. Ayat bersifat POSITIF. 12. Jangan menggunakan sebarang perkataan di dalam ayat jika pelajar tidak benarbenar faham makna dan penggunaan perkataan itu. 13. Jangan menyempitkan makna perkataan yang diberikan. Contohnya, jika sesuatu itu boleh berlaku di seluruh dunia, tidak boleh disempitkan makna perkataan itu dengan mengatakan ia berlaku di Singapura sahaja. 14. Setelah selesai membaca ayat yang dibina, tidak timbul TANDA TANYA di fikiran pembaca akan mesej/maklumat yang ingin disampaikan oleh pelajar. Bermakna ayat yang dibina MESTI dapat menerangkan makna perkataan DENGAN JELAS. Contoh TANDA TANYA yang tidak patut timbul di fikiran pembaca : 1. Apakah mesej yang hendak disampaikan oleh pelajar ini? 2. Apakah maksud pelajar? 3. Mengapakah pelajar menulis begini?

Kertas Bahasa Melayu (Kertas 2) Pelajar tidak dibenarkan menggunakan kamus. Soalan : Bagaimana untuk memahami makna perkataan-perkataan di dalam petikan-petikan Kefahaman, Melengkapkan Teks dan Prosedur Kloz? (4) Kaedah MEMAHAMI makna/maksud perkataan- perkataan di dalam petikan-petikan. petikan. MENEKA makna/maksud perkataan-perkataan di dalam petikan 1. Penanda (clue) yang ada pada perkataan-perkataan : i. di dalam AYAT yang mengandungi perkataan tersebut ATAU ii. di dalam AYAT-AYAT SEBELUMNYA atau SELEPASNYA ATAU iii. di dalam PERENGGAN yang sama ATAU iv. di dalam PERENGGAN-PERENGGAN SEBELUMNYA atau SELEPASNYA. 2. Makna/maksud bagi perkataan-perkataan mungkin : - TERSURAT - KATA-KATA atau FRASA-FRASA yang SEERTI/SEIRAS.

- TERSIRAT - kata-kata atau frasa-frasa yang terdapat di dalam petikan yang mungkin mengandungi makna/maksud bagi perkataan-perkataan tetapi TIDAK JELAS KELIHATAN. - sering kali KATA-KATA ADJEKTIF/SIFAT yang digunakan untuk tujuan ini.

(5) Langkah yang lebih baik untuk menjawab Kertas 2 1. Bahagian C (Kefahaman tiada jawapan) 2. Soalan A1 (Melengkapkan Teks) 3. Soalan A4 (Prosedur Kloz) 4. Soalan A2 (Peribahasa) 5. Bahagian B (Kefahaman dengan 4 jawapan) 6. Soalan A3 (Bina Ayat) MENGAPA? Sebelum masuk ke dewan atau bilik peperiksaan, apakah perasaan para pelajar? Takut, bimbang, gemuruh, gementar, fikiran berkecamuk, seram sejuk. Kesemua perasaan itu lazimnya menyelubungi diri pelajar sebelum pelajar masuk ke dalam dewan atau bilik peperiksaan, semasa menunggu kertas peperiksaan dibahagikan dan mungkin juga sebaik sahaja kertas peperiksaan sudah berada di tangan pelajar. ************************ Dapatkah pelajar menjawab soalan-soalan dengan baik jika pelajar diselubungi perasaan-perasaan itu? Sudah tentu tidak kerana hanya perasaan yang tenang yang dapat menolong pelajar menjawab soalan-soalan dengan baik. ************************ Oleh itu, perlu difikirkan soalan berikut : Apakah yang perlu pelajar lakukan untuk mengawal perasaan-perasaan negatif itu agar dapat menjawab soalan-soalan dengan baik?

Jawapan : Lakukan apa yang dapat MENENANGKAN perasaan dan fikiran pelajar sebelum pelajar mula menjawab soalan-soalan. Langkah yang lebih baik untuk menjawab Kertas 2 Penjelasan 1. BAHAGIAN C (Kefahaman tiada jawapan) a. BENTUK PETIKAN - CERITA - Petikan kefahaman di dalam bahagian ini berbentuk CERITA. - Perlu MEMBACA petikan sebelum menjawab soalan-soalan. pelajar. - MEMBACA dapat MENENANGKAN fikiran dan perasaan (tidak perlu terus menjawab soalan, hanya membaca) (membaca CERITA = mula tenang) - Petikan yang dibaca berbentuk CERITA lebih mudah difahami. petikan) (membaca CERITA = mula tenang = mudah fahami (mudah fahami petikan = mudah menjawab soalan-soalan) (mudah menjawab soalan = menjawab soalan dengan baik) b. MARKAH PENUH PALING BANYAK - Markah penuh di dalam bahagian ini 30 markah. - 6 soalan = 30 markah (1 soalan = 5 markah)

- Perhatian yang lebih sepatutnya diberikan kepada bahagian yang paling banyak markah = peluang lebih untuk mendapat markah lebih. c. KAEDAH MENJAWAB SOALAN KEFAHAMAN (BAHAGIAN C) - Boleh menggunakan Kaedah Menjawab Soalan Kefahaman (Bahagian C). (ada bantuan) 2. SOALAN A1 (Melengkapkan Teks) - Jawapan diberikan pilih 1 daripada 4. - Boleh menggunakan Kaedah Menjawab Prosedur Kloz. (ada bantuan) - Markah penuh 10 markah. 3. SOALAN A4 (Prosedur Kloz) - Boleh menggunakan Kaedah Menjawab Prosedur Kloz. (ada bantuan) - Markah penuh 10 markah. 4. SOALAN A2 (Peribahasa) - Senarai Peribahasa diberikan dapat memilih. - Markah penuh hanya 5 markah. 5. BAHAGIAN B (Kefahaman dengan 4 jawapan) a. BENTUK PETIKAN - FAKTA - Fakta lebih sukar difahami - lebih berat, mencabar. - Walaupun boleh memilih daripada 4 jawapan yang diberikan tetapi jawapan-jawapan yang diberikan boleh MENGELIRUKAN. b. MARKAH PENUH - 10 markah - Markah penuh sama dengan Soalan A1 dan A4.

c. KAEDAH MENJAWAB KEFAHAMAN BAHAGIAN B - Boleh menggunakan Kaedah Menjawab Soalan Kefahaman Bahagian B. (ada bantuan) 6. SOALAN A3 (Bina Ayat) - Tiada bantuan untuk memahami makna/maksud perkataan/frasa yang diberikan. (tidak faham/tahu makna/maksud perkataan/frasa - bagaimana membina ayat?) - Setelah membaca petikan dan menjawab soalan-soalan di bahagian lain di Kertas 2 = mungkin mendapat idea bagaimana untuk membina ayat? - Boleh gunakan Kaedah Membina Ayat. (ada bantuan)