GARIS PANDUAN LIBATSAMA KOMUNITI UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

dokumen-dokumen yang mirip
GARIS PANDUAN LIBATSAMA INDUSTRI UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

PROSEDUR PELAKSANAAN AUDIT DALAMAN DI UTHM

PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Pengenalan 2. Visi Misi Objektif 3. Strategi- Strategi Utama Pelan Strategik Sumber Manusia Universiti Malaysia Pahang

Taklimat Kriteria untuk Komponen 2 -Transformasi (Sub-Komponen Jaringan Komuniti) Bagi Anugerah Penarafan Bintang Pengurusan Pentadbiran Sempena

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

Deskripsi Polisi Pengurusan Perhubungan Media Di Dalam Universiti Putra Malaysia. Naib Canselor

PROSEDUR. PK.UiTM.CNS(P).08

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

Polisi dan Prosedur. Nama Polisi: Polisi dan Prosedur Pengurusan Senat. Nombor Polisi: UTM P.A. 01

2.0 PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 1 TAHUN 2009

INDUSTRY/ COMMUNITY IN THE CLASSROOM (INDUSTRI/ KOMUNITI DALAM KULIAH)

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (JARINGAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT)

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

PENGURUSAN. PROSEDUR KOMUNIKASI Tarikh: 20/02/2014

Polisi Employee Assistance Program (EAP) PROGRAM BANTUAN & SOKONGAN STAF (EAP)

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. Anugerah Keterlibatan Industri

Anugerah Keterlibatan Komuniti

UNSUR PENILAIAN TERAS UTAMA UNTUK KENAIKAN PANGKAT - KATEGORI I Lampiran 1A-1

POLISI PEMBANGUNAN DAN PENYELENGGARAAN SISTEM MAKLUMAT

PEJABAT NAIB CANSELOR UPM/SOK/OSH/P002

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: UPM/PU/PS/P004

BAHAGIAN SUMBER MANUSIA UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

SULIT PROSEDUR KERJA UNTUK MEMOHON GERAN PRA- PENGKOMERSIALAN & UMP COMMERCIALIZATION SEEDFUND

GARIS PANDUAN AMALAN LATIHAN INDUSTRI/PRAKTIK

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

GARIS PANDUAN DANA TOP DOWN UKM (Jangka Pendek)

ANUGERAH TOKOH MASYARAKAT

1.0 TUJUAN 2.0 PENGENALAN

B. KEPENTINGAN DOKUMEN

GARIS PANDUAN Pembangunan Laman Web Universiti Kebangsaan Malaysia

Nombor Dokumen USIM / PK / 14. Prosedur LATIHAN INDUSTRI PELAJAR

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: UPM/PU/PS/P006

PERMOHONAN SKIM GERAN PROGRAM PEMINDAHAN ILMU (Knowledge Transfer Programme) - KTP - KOMUNITI - JABATAN PENGAJIAN TINGGI KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 1991

SOKONGAN JARINGAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT

BAB 1 PENGENALAN PROJEK


UTHM.PB/100.6/4 Jld. 20 ( 12 ) Tarikh: 22 Mei 2014 PEKELILING BENDAHARI BIL. 2/2014

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: UPM/PU/PS/P004

POLISI MYGIFT UMP. 2.2 Membangun dan memajukan dana atau harta yang diperolehi melalui kerjasama pihak yang sesuai bagi pihak UMP.

GARIS PANDUAN PROJEK PENYELIDIKAN INSTITUSI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR

GARIS PANDUAN SKIM GERAN INOVASI (SGI) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (Pindaan Tahun 2015)

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

GARIS PANDUAN PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PUSAT KECEMERLANGAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

PANDUAN PELAKSANAAN PENYELARASAN SISTEM PENGURUSAN REKOD KENDIRI DI PTJ SELURUH UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

CENTRE OF ACADEMIC INOVATION & COMPETITIVENESS (CAIC) DASAR KEBEBASAN AKADEMIK DAN KECEMERLANGAN PROFESIONAL UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: UPM/PU/PS/P007

PENGURUSAN BAJET 1.0 DEFINISI

PUSAT PENGETAHUAN, KOMUNIKASI & TEKNOLOGI (PPKT) KAMPUS PULAU PINANG UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 TAHUN 2013 TATACARA PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEMUDAHAN LATIHAN SECARA PAKEJ

SOKONGAN PEJABAT PENDAFTAR. PENGURUSAN SUMBER MANUSIA Dokumen: UPM/SOK/BUM/P005 PROSEDUR PENGURUSAN PENILAIAN PRESTASI TAHUNAN (LPPT)

GARIS PANDUAN DANA PENYELIDIKAN STRATEGIK (KRA)

GARIS PANDUAN DANA IMPAK PERDANA (DIP)

TAKLIMAT SISTEM PENILAIAN PRESTASI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA 2004

ANUGERAH PENGAJARAN UiTM 2014 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PUSAT PEMAJUAN KOMPETENSI BAHASA Kod Dokumen: UPM/OPR/CALC/P001 PROSEDUR PENGENDALIAN KURSUS TANPA KREDIT (CEL)

PEKELILING BENDAHARI BIL. 3 Tahun 2014 GARIS PANDUAN KEMUDAHAN KAD KORPORAT

ECO-SCHOOLS. Helaian Sumber Fasilitator 9 Pemerolehan Anugerah

Garis Panduan Mengikuti Kursus Anjuran Dalaman, Luaran dan Luar Negara

PERMOHONAN SKIM GERAN - INDUSTRI -

DASAR dan GARIS PANDUAN PERUNDINGAN Universiti Teknologi MARA

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: UPM/PU/PS/P004

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. Anugerah Keterlibatan Industri

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

POLISI PENYELIAAN PELAJAR IJAZAH TINGGI DI UNIVERSITI MALAYA

Borang Kontrak Pembelajaran Aktiviti Kursus LMCK2922 & HHHC9701/HHHC9801

KOLEJ UNIVERSITI TEKNIKAL KEBANGSAAN MALAYSIA

GARIS PANDUAN PENGENDALIAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) DAN MEMORANDUM PERJANJIAN (MOA)

LAMPIRAN B KETERANGAN BAGI BENTUK / KATEGORI PROGRAM KOMUNITI. A) Projek One-Off Individu

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN PEJABAT TNC (JINM) Kod Dokumen : UPM/OPR/TNC(JINM)/P002 PROSEDUR PENGURUSAN KERJASAMA DENGAN INDUSTRI

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

4. INTERNSHIP merancang dan melaksanakan aktiviti p&p dalam situasi sebenar di sekolah.

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN DEKAN (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: UPM/PU/PS/AK026

Garis Panduan ini bertujuan untuk menerangkan kaedah pengurusan penilaian permohonan geran penyelidikan yang diuruskan oleh Pejabat TNCPI.

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

SOKONGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI. PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT & KOMUNIKASI Kod Dokumen: UPM/OPR/IDEC/P004

GARIS PANDUAN PENGURUSAN DANA ENDOWMEN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)

GARIS PANDUAN PENCALONAN ANUGERAH PENGHARGAAN UCTC 2015

3 JUN 2016 (JUMAAT) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) KUALA LUMPUR

SALINAN DOKUMEN TERKAWAL

INDEKS AKAUNTABILITI PENGURUSAN KEWANGAN KEMENTERIAN/ JABATAN DAN AGENSI KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI

Garis Panduan ini bertujuan untuk menerangkan kaedah pelaksanaan dan pemantauan penyelidikan.

BORANG PERMOHONAN KURSUS KHAS INDUSTRI (KKI) POLITEKNIK KOTA BHARU TAHUN 2017 MAKLUMAT PEMOHON MAKLUMAT TEMPAT BERKURSUS KELULUSAN

Lampiran 1 GARIS PANDUAN PERMOHONAN ANUGERAH INOVASI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (AIICT)

POLISI PENGURUSAN TENAGA UMT

1.0 TUJUAN 2.0 PENGENALAN

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PENYELIDIKAN (PENYELIAAN) (P )

FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALASYIA SENARAI BIDANG TUGAS JAWATAN LANTIKAN

INISIATIF PPPM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH PERKUKUHAN AKTIVITI KOKURIKULUM

PTSS PK PS 08 KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA PENGAWAI LATIHAN DAN PENDIDIKAN LANJUTAN JAWATAN PENGARAH TARIKH 19 OKTOBER OKTOBER 2016

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: UPM/PU/PS/P007

GARIS PANDUAN MENGHADIRI PROGRAM LATIHAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

Transkripsi:

GARIS PANDUAN LIBATSAMA KOMUNITI UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG KELULUSAN OLEH MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN UNIVERSITI (JKPU) KALI KE 100 BILANGAN 6/2016 (SAMBUNGAN) BERSIDANG PADA 7 SEPTEMBER 2016

GARIS PANDUAN LIBATSAMA KOMUNITI UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG 1. TUJUAN Garis panduan ini bertujuan untuk menerangkan pelaksanaan program dan aktiviti libatsama komuniti Universiti Malaysia Pahang dan kaedah pengurusan di peringkat Universiti dan Pusat Tanggungjawab (PTJ). 2. PENGENALAN Universiti Awam (UA) bukan sahaja berperanan melahirkan tenaga kerja mahir dalam pelbagai bidang malah juga bertanggungjawab menyumbang ilmu dan kepakaran dalam pembangunan komuniti setempat. Pelbagai program dilaksanakan untuk merapatkan jurang antara masyarakat dan komuniti universiti sebagai satu proses memasyarakatkan universiti. Ini selaras dengan hasrat universiti untuk memasyarakatkan kewujudannya sebagai sebuah UA agar kewujudannya dirasai, kehadirannya dapat dilihat dan suaranya didengari masyarakat. Konsep libatsama komuniti atau community engagement adalah merujuk kepada proses di mana organisasi dan individu membina secara berterusan atau hubungan tetap melalui kerjasama yang memberi manfaat kepada masyarakat menerusi program komuniti berimpak tinggi. Ianya merangkumi penyertaan dari awal dengan mengenalpasti isu-isu dan menggerakkan sumber-sumber dan strategi yang releven dalam meningkatkan masyarakat ke arah perubahan. Pelaksanaan program komuniti berimpak tinggi merujuk kepada program atau projek yang dilaksanakan oleh UMP dengan penglibatan komuniti dalaman (pelajar, penyelidik dan warga kampus) dan komuniti luar (setempat dan global) termasuk pihak industri. Sehubungan itu, UMP telah melaksanakan konsep Komuniti Universiti bertujuan untuk memperluaskan peranan universiti dalam penyebaran ilmu dan maklumat bagi membantu pembangunan industri dan meningkatkan taraf hidup masyarakat. Page 1 of 17

3. TAFSIRAN 4.1 Komuniti ertinya merujuk kepada sekumpulan manusia yang berinteraksi bersama-sama di dalam sesuatu masyarakat termasuk; organisasi, entiti, persatuan atau pertubuhan kerajaan/ bukan kerajaan (NGO) yang bergerak untuk kepentingan bersama; atau, institusi yang ditubuhkan untuk mencapai matlamat sosial seperti institusi pendidikan, sekolah, pra-sekolah dan institusi-institusi latihan; 4.2 Libatsama ertinya membina hubungan yang berterusan dan kekal serta mengaplikasikan visi kerjasama yang memberi manfaat kepada komuniti. 4.3 Libatsama Komuniti ertinya proses di mana organisasi dan individu membina hubungan yang berterusan dan kekal serta mengaplikasikan visi kerjasama yang memberi manfaat kepada komuniti. Ianya merangkumi di penyertaan di peringkat awalan daripada mengenalpasti isu-isu dan menggerakkan sumber dan strategi yang releven untuk meningkatkan masyarakat ke arah perubahan. Unsur-unsur penglibatan, perkongsian, kerjasama dan kemampanan adalah penting demi memastikan fungsi sosial dan kesejahteraan. Ianya turut merangkumi penglibatan masyarakat secara sukarela bagi manfaat pengetahuan dan sumber. 4.4 Staf ertinya pegawai Universiti Malaysia Pahang. 4.5 Pelajar ertinya seseorang pelajar berdaftar, selain pelajar di suatu institusi yang bersekutu dengan Universiti atau Kolej Universiti yang mengikuti kursus pengajian, pengajaran, latihan atau penyelidikan daripada apa-apa perihalan pada peringkat persediaan, praijazah, lepas ijazah atau lepas kedoktoran secara sepenuh masa atau sambilan dalam, oleh atau dari Universiti atau Kolej Universiti itu, dan tidak termasuklah pembelajaran jarak jauh, luar kampus, pertukaran dan pelajar tidak berijazah. 4.6 PTJ ertinya Pusat Tanggungjawab yang wujud di Universiti Malaysia Pahang merangkumi Fakulti / Jabatan / Pusat / Bahagian / Unit. Page 2 of 17

4. OBJEKTIF KOMUNITI UNIVERSITI Walaupun terdapat pelbagai definisi dan tafsiran penglibatan komuniti di UMP, ianya membawa maksud penglibatan aktif dan bermakna dalam dan luar universiti di seluruh peringkat tempatan, kebangsaan dan antarabangsa dengan tujuan untuk bertukar-tukar pengetahuan dan membolehkan pembelajaran untuk manfaat masyarakat. Oleh yang demikian, objektif komuniti universiti digariskan seperti berikut : i. Memberi peluang kepada warga UMP untuk berkomunikasi dan bekerja sebagai satu berpasukan, selain menerapkan penerapan nilai dan etika masyarakat; ii. Menggalakkan penglibatan warga kampus dalam pertubuhan sosial khususnya pertubuhan bukan kerajaan; iii. Membina semangat patriotisme dan semangat perpaduan dalam kalangan warga kampus. iv. Mengumpul semua aktiviti libatsama komuniti dalam satu pengkalan data bagi menjadi rujukan pelbagai pihak dalam dan luar negara. 5. SKOP PROGRAM DAN AKTIVITI LIBATSAMA Program dan aktiviti libatsama komuniti boleh diterjemahkan melalui pelbagai sudut dan ianya berbeza berdasarkan kategori libatsama berikut (perincian seperti di Lampiran A) : a) Pengajaran dan pembelajaran termasuk perkhidmatan pembelajaran bersepadu dan latihan industri; b) Integrasi penyelidikan, pertukaran pengetahuan dan aplikasi serta penglibatan industri; c) Perkhidmatan sosial dan penyertaan meluas, termasuk perkongsian dengan sekolah-sekolah dan institusi pendidikan; d) Pembangunan institusi dan penggunaan sumber termasuk bagi menghargai alam semulajadi, budaya, seni dan sukan. Page 3 of 17

Bagi memastikan kelestarian terhadap program dan aktiviti libatsama komuniti, beberapa elemen berikut akan diambil kira : i. Perancangan Membuat perancangan dengan menetapkan objektif yang jelas, tadbir urus, perundangan, proses, peranan pihak berkepentingan dan jangkaan hasil yang diharapkan. ii. iii. iv. Kumpulan Sasaran Mengiktiraf komuniti sasaran sebagai sebuah entiti yang boleh dikenalpasti dan dihormati dalam menangani isu yang releven dengan kesejahteraan masyarakat dan entiti budaya mereka. Mekanisme Penyampaian Memudahcara penglibatan bersama secara saksama melibatkan semua rakan komuniti di semua peringkat inisiatif. Kelestarian Memastikan kelangsungan hubungan kerjasama bagi jangka masa panjang dan berterusan sesama rakan komuniti melalui strategi dan pelan pembangunan dengan memberi kuasa kepada kumpulan sasar. v. Nilai dan Budaya Mencapai tahap libatsama komuniti yang tulen, telus dalam semua tindakan, bertanggungjawab, amanah dan fokus melalui usaha mengintegrasikan pengetahuan dan menggalakkan pemindahan ilmu yang bermanfaat kepada semua kumpulan sasar. Antara kumpulan sasar dan pihak berkepentingan dalam melaksanakan program dan aktiviti libatsama komuniti seperti berikut : 1. Staf dan pelajar UMP, warga kampus dan Alumni ; 2. Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan ; 3. Industri, termasuk dari bidang perusahaan, konsortium dan persatuan industri; 4. Kumpulan Komuniti dan Persatuan; 5. Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) ; 6. Institusi pendidikan; termasuk sekolah dan institusi lain ; 7. Badan-badan profesional dan kumpulan masyarakat berdasarkan disiplin; dan 8. Badan Pembiayaan. Page 4 of 17

Antara bentuk program dan aktiviti libatsama komuniti yang dilaksanakan berdasarkan perancangan Pusat Tanggungjawab (PTJ), permohonan pelanggan, kelulusan atau arahan pihak Pengurusan Universiti adalah seperti berikut: a) Misi Kemanusian Dalam dan Luar Negara b) Program Khidmat Komuniti / Khidmat Masyarakat c) Program Sekolah Angkat / Sekolah Kluster Kecemerlangan d) Program Inovasi Sosial / Inovasi Komuniti e) Program Pembangunan Komuniti f) Hari Terbuka Komuniti g) Program Khidmat Nasihat Keusahawanan / Pengembangan Perniagaan h) Ekspo/ Pameran/ Demonstrasi i) Program Komuniti Bersama Majlis Tempatan/ Pihak BerkuasaTempatan (PBT)/ JKKK/ Agensi Kerajaan/ Swasta/ NGO Jadual terperinci terhadap bentuk / kategori program komuniti boleh dirujuk di Lampiran B. 6. PANDUAN PELAKSANAAN Elemen-elemen penting dalam penglibatan masyarakat Universiti perlu mempunyai kaitan secara langsung dengan tujuan utamanya dan keupayaan untuk berfungsi dengan berkesan. Ianya merangkumi : Pemindahan teknologi dan pengetahuan dari universiti kepada komuniti yang jelas ; Penyelidikan dan latihan penyelidikan; Pengajaran dan pembelajaran; Perhubungan awam (termasuk menggalakkan pencapaian dan impak Universiti dalam masyarakat) dan akauntabiliti awam (termasuk mekanisme menyampaikan pandangan dan nasihat); Menyokong perkongsian, hubungan dan kerjasama strategik serta rangkaian untuk memastikan jalinan kerjasama kukuh, hubungan saling menyokong dan lestari. Melibatkan pihak-pihak berkepentingan dalam industri dan masyarakat secara amnya; Page 5 of 17

Menyediakan akses dan peluang kepada semua pelajar dan staf serta masyarakat yang lebih luas untuk mengambil bahagian dalam aktiviti sosial dalam mendokong matlamat komuniti universiti. Menyediakan akses dan peluang kepada masyarakat yang lebih luas kepada kemudahan universiti (di mana berkenaan) dan pengajaran berdasarkan keperluan khusus dan kursus (jika perlu); dan Menggalakkan semua warga Universiti untuk meningkatkan kesedaran dan penyertaan dalam aktiviti-aktiviti yang memberi manfaat kepada masyarakat. Oleh itu, berikut adalah antara beberapa panduan dalam pengurusan program libatasama komuniti 6.1 Kenal Pasti Khidmat Komuniti a) PTJ akan mengenalpasti program khidmat komuniti berdasarkan perancangan oleh PTJ masing-masing atau melalui permohonan daripada komuniti / agensi tertentu. b) Menentukan objektif bagi setiap program khidmat komuniti yang akan dilaksanakan. 6.2 Pilih Kaedah Promosi PTJ akan melaksanakan promosi program oleh PTJ (jika perlu) samada melalui edaran brosur / borang, lawatan ke agensi, pameran, portal, media UMP seperti UMP.fm atau surat khabar dengan mendapatkan pandangan dan kerjasama Bahagian Komunikasi Korporat UMP. 6.3 Terima Permohonan a) PTJ menerima permohonan program daripada pelanggan melalui surat rasmi / borang / email b) PTJ mencatatkan tarikh penerimaan surat / borang permohonan / email dan proses permohonan tersebut. 6.4 Beri Maklumbalas kepada Pelanggan PTJ akan memberi maklum balas kepada pelanggan mengenai status permohonan melalui surat rasmi/email. 6.5 Bincang di peringkat PTJ a) PTJ akan mendapatkan kelulusan daripada pengurusan masingmasing melalui mesyuarat atau perbincangan b) PTJ akan membuat perancangan pelaksanaan khidmat komuniti Page 6 of 17

6.6 Maklum kepada Penyelaras Utama (JHEPA / PNC / JJIM / PIMPIN / NGO-NGO UMP) PTJ memaklumkan kepada pihak Penyelaras Utama (JHEPA / PNC / JJIM / PIMPIN/NGO-NGO UMP) untuk penyelarasan program melalui memo E-Community / surat / email. 6.7 Selaras Program Mengadakan mesyuarat atau perbincangan bagi tujuan penyelarasan program. 6.8 Beri Maklumbalas kepada PTJ a) Pihak Penyelaras Utama memberi maklumbalas kepada PTJ setelah dibuat penyelarasan dengan permohonan PTJ lain (jika berkaitan). b) Sekiranya memerlukan peruntukan kewangan daripada pihak Pengurusan Universiti, PTJ perlu menyediakan kertas kerja untuk mendapatkan kelulusan Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JKPU) 6.9 Laksana Program Laksana program mengikut beberapa panduan tatacara seperti berikut : i. Mendapatkan maklumat asas komuniti ii. iii. Lawatan tapak/indusri (jika perlu) Perbincangan dengan pelanggan iv. Laksanakan program mengikut persetujuan dalam perbincangan v. Pantau pelaksanaan program vi. Penilaian program Page 7 of 17

6.10 Penilaian Program Membuat penilaian keberkesanan program menggunakan borang maklumbalas program / kursus (secara atas talian atau manual) atau borang penilaian yang disediakan oleh PTJ. 6.11 Sedia laporan dan muatnaik ke Portal MyCommunity Sediakan laporan program melalui sistem Industry-Community Information Dashboard (ICID). Hantar laporan ke penterjemah untuk diterbitkan dalam Bahasa Inggeris. Laporan perlu dikemukakan ke Bahagian Penerbitan Korporat, Pejabat Naib Canselor untuk dimuatnaik ke dalam Portal MyCommunity. 6.12 Buat Penambahbaikan Membuat penambahbaikan bagi meningkatkan kualiti program di masa akan datang. 7. SISTEM PENARAFAN BINTANG PROGRAM LIBATSAMA KOMUNITI Penarafan bintang program libatsama komuniti oleh PTJ ditetapkan berdasarkan kriteria seperti berikut : TARAF DISKRIPSI IMPAK INDIKATOR 5 Penghakupayaan Kesejahteraan komuniti dan peningkatan kualiti persekitaran. Kelestarian amalan inovasi. Memperkasa amalan inovasi. Komuniti / peserta mengendalikan perubahan secara berdikari tanpa penglibatan UMP 4 Perubahan Amalan Manfaat secara terus dari amalan inovasi seperti peningkatan kualiti dan pendapatan, pengurangan kos Komuniti / peserta menggunakan inovasi dalam bidang usahanya. Page 8 of 17

TARAF DISKRIPSI IMPAK INDIKATOR 3 2 Perubahan Pengetahuan, Sikap, Kemahiran dan Aspirasi Sokongan dan Penglibatan 1 Jalinan hubungan Program tindakan komuniti membawa peningkatan pengetahuan, sikap, kemahiran dan aspirasi komuniti. Komuniti membentuk kesedaran terhadap kepentingan tindakan komuniti. Hubungan strategik komuniti / organisasi. Komuniti bertanggapan positif terhadap UMP dan program tindakan komuniti. Komuniti / peserta menunjukkan peningkatan pengetahuan, sikap, kemahiran dan aspirasi komuniti. *Bukti pengukuran melalui hasil analisis dan lain-lain UMP melaksanakan program bersama komuniti / peserta. Pengukuhan hubungan UMP-komuniti / peserta melalui kunjungan, lawatan, surat, email dan lain-lain. 8. PELAKSANAAN DAN PEMANTAUAN GARIS PANDUAN Dalam pelaksanaan garis panduan ini, UMP akan memastikan aktiviti dan program libatsama komuniti yang dijalankan dengan memastikan sistem penyampaian adalah berkualiti dan didengari serta menumpukan kepada amalan pembangunan yang lestari. a) Pelbagai inisiatif penglibatan masyarakat Universiti akan diselaraskan oleh Jawatankuasa Komuniti Universiti yang diketuai oleh Jabatan Jaringan Industri & Masyarakat (JJIM) sekali gus meningkatkan jumlah staf dan pelajar yang mengambil bahagian dalam aktiviti dan program libatsama komuniti. Page 9 of 17

b) Jawatankuasa Komuniti Universiti akan terdiri daripada wakil-wakil dari Jabatan Jaringan Industri & Masyarakat (JJIM), Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (JHEPA), Pusat Islam & Pembangunan Insan (PIMPIN), Pejabat Naib Canselor (PNC) dan mana-mana Pusat Tanggungjawab (PTj) lain yang mungkin terlibat dalam aktiviti dan program libatsama komuniti. c) Jawatankuasa ini akan menjadi titik penghubung bagi penyelarasan mesyuarat dan rangkaian dengan masyarakat tempatan dalam usaha untuk mewujudkan mekanisme di mana UMP boleh menggunakan sumber-sumber yang sedia ada untuk menambah nilai atau menyumbang kepada komuniti mereka. d) Ianya juga bertindak untuk membuat kawalan terhadap maklumat dan data-data program libatsama komuniti yang dilaksanakan oleh setiap PTJ. e) Pusat Tanggungjawab (PTj) berkaitan akan bekerjasama dengan PTj lain untuk mengenal pasti keperluan realistik dan khusus organisasi berasaskan komuniti dan NGO secara lebih tepat dan cekap. Ianya juga bagi mengenalpasti keperluan dan kemahiran kelompok sukarelawan di universiti. f) Pangkalan data inisiatif libatsama komuniti UMP dan pasukan sukarelawan UMP yang akan mengambil bahagian dalam aktiviti pembangunan dan libatsama komuniti. Mekanisme pelaksanaan perlu direkodkan dan dikemaskini pada setiap enam (6) bulan. Bagi maksud pemantauan garis panduan ini, setiap laporan akan dibentangkan di bawah Jawatankuasa Komuniti Universiti yang dipengerusikan oleh Penolong Naib Canselor (Jabatan Jaringan Industri & Masyarakat). Jawatankuasa ini akan bertanggungjawab untuk memantau keberkesanan hasil inisiatif program libatsama komuniti di UMP. Pusat Tanggungjawab (PTj) akan melaporkan aktiviti dan program libatsama komuniti yang dilaksanakan secara bersepadu melalui penetapan dalam KPI dan sasaran kerja tahunan. Portal My Community akan dikemaskini secara berterusan. Page 10 of 17

9. KAJIAN SEMULA DAN SEMAKAN Garis panduan ini akan dikaji semula setiap tahun untuk memastikan ia kekal relevan dan berkesan. 10. TARIKH BERKUATKUASA Polisi ini berkuatkuasa pada September 2016. Page 11 of 17

PROSEDUR PENGURUSAN PROGRAM LIBATSAMA KOMUNITI LAMPIRAN Tanggungjawab Proses Kerja Dokumen Rujukan (Masa) Mula 1 PNC (JJIM), Ketua PTJ, Rancang Aktiviti 2 3 Permohonan dari Komuniti Perancangan Aktiviti Tahunan PTJ / Program Pelajar / Surat Permohonan Komuniti (Awal Tahun) Ketua PTJ, Penyelaras, Kenalpasti Aktiviti 6 4 Ya Penuhi Kriteria Senarai Semak? Ketua PTJ, Penyelaras, Penglibatan PTJ Lain? 7 Tidak 5 Tidak Maklumkan Komuniti 1 bulan dari tarikh terima permohonan Ya Ketua PTJ,Ketua Projek, Ketua PTJ,Ketua Projek, Aturkan Perbincangan dengan PTJ Atur perbincangan dengan Komuniti / NGO & Agensi Terlibat 8 9 Sekurang-kurangnya 1-2 bulan sebelum program Ketua Projek, Laksana Aktiviti 10 Ketua Projek, Pantau Status Pelaksanaan Aktiviti dan Pelaporan 11 7 hari selepas program 12 Ketua PTJ, JJIM (ICID) Disemak dan Disahkan? Tidak Lengkap Maklumkan kepada PTJ 13 Penarafan Bintang Program Libatsama Komuniti (7 hari selepas laporan dikemukakan) Ketua Projek, Lengkap Tambahbaik Pelaksanaan Aktiviti 14 Template Laporan Ketua Projek,, Penterjemah (BI), Bhg. Penerbitan Korporat PNC Kemaskini Laporan Dalam Portal MyCommunity 15 Laporan Dalam MyCommunity (1 hari selepas laporan disahkan) 16 Tamat Page 12 of 17

PROSES TERPERINCI 1 MULA TINDAKAN TANGGUNGJAWAB 2 Rancang Aktiviti Rancang program / projek / aktiviti komuniti berpandukan kepada perancangan Universiti / PTj dan Pelan Strategik UMP. Daftar masuk ke dalam sistem Industry-Community Information Dashboard (ICID). Isi maklumat perancangan program/projek/aktiviti komuniti mengikut perancangan di PTJ. Semak maklumat yang diinput, cetak perancangan dan simpan di dalam fail. 3 Terima Permohonan dari Komuniti Jika PTJ menerima permohonan dari pihak Komuniti untuk menjalankan program/projek/aktiviti komuniti, perlu dibuat semakan bagi mengenalpasti kriteria pemilihan komuniti samada menepati keperluan universiti untuk diteruskan program/projek/aktiviti selanjutnya atau tidak. Rujuk senarai semak. 4 Penuhi Kriteria? Jika YA, teruskan langkah 6. Jika TIDAK, ikut langkah 5. 5 Maklumkan Komuniti Maklumkan kepaa komuniti mengenai permohonan yang ditolak melalui surat/email/cetakan paparan (print screen/screenshot) dan proses TAMAT 6 Kenalpasti Aktiviti Kenalpasti program /projek/aktiviti yang hendak dijalankan dan rujuk Polisi Pelaksanaan Aktiviti dan Program Libatsama Komuniti. Bagi permohonan dari komuniti yang diterima, maklumkan kepada komuniti berkenaan status permohonan melalui surat/email/cetakan paparan (print screen / screenshot) 7 Penglibatan PTJ lain? Jika YA, ikut langkah 8 Jika TIDAK, ikut langkah 9 PNC (JJIM) / Ketua PTJ / Ketua PTJ, Ketua PTJ Ketua PTJ, Ketua PTJ, Ketua Projek, Ketua PTJ, Ketua Projek, Page 13 of 17

TINDAKAN 8 Atur Perbincangan dengan PTJ Atur perbincangan bersama PTJ lain yang perlu terlibat sama di dalam pelaksanaan program/projek/aktiviti komuniti 9 Atur Perbincangan dengan Komuniti / NGO / Agensi terlibat - PTJ mengaturkan perbincangan dengan komuniti / NGO / agensi terlibat berkaitan program/projek/aktiviti komuniti yang hendak dilaksanakan. - Bentuk Jawatankuasa Kerja yang bertanggungjawab untuk menjalankan setiap program/projek/aktiviti. 10 Laksana Aktiviti - Laksanakan program/projek/aktiviti komuniti seperti yang dirancang. - Edar borang maklumbalas penilaian program/projek/aktiviti (di bawah skop Bahagian Pengurusan Bakat Latihan) atau borang yang disediakan oleh PTJ kepada peserta atau komuniti yang terlibat. TANGGUNGJAWAB Ketua PTJ, Ketua Projek, Ketua PTJ, Ketua Projek, Ketua PTJ, Ketua Projek, - Kumpulkan borang penilaian program/projek/aktiviti selepas tamat program/projek/aktiviti dan buat analisis. - Sediakan laporan program / projek / aktiviti dengan menggunakan sistem ICID. Daftar masuk dan isi laporan program/projek/aktiviti komuniti yang bersesuaian. Semak maklumat yang diinput. Simpan dan hantar untuk pengesahan. 11 Pantau Status Pelaksanaan Aktiviti dan Pelaporan Pantau status laporan program /projek/aktiviti komuniti dan status perancangan program/projek/aktiviti komuniti di PTJ yang telah diinput ke dalam sistem ICID. 12 Disemak dan Disahkan Jika laporan LENGKAP dan disahkan, ikut langkah 15 Jika laporan TIDAK LENGKAP dan tidak disahkan, ikut langkah 13 Ketua Projek, Ketua PTJ, JJIM (ICID) Page 14 of 17

TINDAKAN 13 Maklumkan kepada Ketua Projek Memaklumkan penambahbaikan pelaporan yang dibuat kepada Ketua Projek. 14 Tambahbaik Pelaporan dan Pelaksanaan Aktiviti Membuat penambahbaikan pelaporan di dalam sistem ICID dan membuat penambahbaikan pelaksanaan program/projek/aktiviti akan datang. Pelaporan yang telah ditambahbaik, disimpan dan dihantar untuk pengesahan semula dan ulangi langkah 12. 15 Kemaskini Laporan dan Portal MyCommunity - Kemaskini laporan dan cetak laporan yang telah disahkan. - Hantar laporan ke Penterjemah untuk diterbitkan dalam Bahasa Inggeris. - Hantar laporan ke Bahagian Penerbitan Korporat PNC untuk dimuatnaik ke dalam Portal MyCommunity. TANGGUNGJAWAB Ketua PTJ, Ketua Projek Ketua Projek Ketua Projek,, Penterjemah (BI), Bhgn. Penerbitan Korporat PNC Page 15 of 17

BORANG SENARAI SEMAK JABATAN JARINGAN INDUSTRI & MASYARAKAT (JJIM) SENARAI SEMAK PELAKSANAAN PROGRAM / PROJEK / AKTIVITI KOMUNITI Senarai semak ini bertujuan untuk mengenalpasti kriteria pemilihan komuniti agar menepati keperluan universiti untuk program selanjutnya Nama Organisasi/Komuniti : Alamat Organisasi/Komuniti: No. Telefon Organisasi/Komuniti: SILA TANDAKAN (/) DI RUANGAN YANG SESUAI BIL PERKARA YA TIDAK CATATAN 1 Arahan pihak universiti 2 Permohonan daripada komuniti 3 Terdapat peruntukan kewangan daripada komuniti 4 Peruntukan kewangan daripada universiti sedia ada 5 Peruntukan daripada universiti perlu dipohon terlebih dahulu Terdapat kemudahan prasarana di komuniti yang boleh digunakan 6 pada bila-bila masa seperti balairaya dan lain-lain 7 Kemudahan perhubungan pengangkutan yang baik dan boleh diakses Terdapat potensi yang boleh dibangunkan seperti pembangunan 8 teknologi, pembangunan usahawan, elemen memasyarakatkan teknologi dan lain-lain. Senaraikan di ruang catatan 9 Ada kepakaran UMP yang boleh disalurkan kepada komuniti 10 Kesesuaian masa program JUMLAH Permohonan ini *sesuai/ tidak sesuai/ ditangguhkan untuk dilaksanakan bagi kerjasama komuniti (*potong yang tidak berkenaan) Catatan: Disemak oleh : Disahkan oleh : Ketua PTJ Tandatangan & Cop: Tandatangan & Cop : Nama : Nama : Tarikh : Tarikh : Page 16 of 17