PIMKU 11 PENDIDIKAN ISLAM GOLONGAN MASALAH PENDENGARAN : TINJAUAN AWAL ISU DAN CABARAN DARI PERSPEKTIF GURU

dokumen-dokumen yang mirip
Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

Penyelidikan Pelajar Sarjana Pendidikan Islam UKM: Fokus Dan Hala Tuju. oleh. Shahrin Awaludin Fakulti Pendidikan UKM

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 6 PENUTUP. juga, ia akan menjawab beberapa persoalan yang timbul daripada objektif kajian. Oleh

Pengaruh Pengetahuan Agama ke Atas Amalan Agama dan Gaya Hidup Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

LMCK PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. prosedur menjalankan penyelidikan kajian. Pengkaji

BAB 5 PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN

Program Doktor Pendidikan Tinggi

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

1.0 Misi Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan

SKIM PERKHIDMATAN GURU BAHASA

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

BAB 5: KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. pembelajaran bahasa Arab di Malaysia masih memerlukan kajian lanjutan. Ini kerana

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME. Set5 Sem 1 ( 2015/2016) DISEDIAKAN UNTUK : ENCIK ANUAR BIN PUTIH DISEDIAKAN OLEH :

INSTRUMEN KAJIAN RINTIS SISTEM PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN

LAPORAN PENYELIDIKAN

PANDUAN CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DRAF

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

GARIS PANDUAN PENULISAN TESIS/DISERTASI KOMPILASI. Pusat Siswazah. Universiti Kebangsaan Malaysia

PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA: KOMIK MAT SOM SEBAGAI BAHAN BANTU MENGAJAR

BAB I PENGENALAN. Sejarah pendidikan bahasa Arab di Malaysia telah mula semenjak awal abad ke-19

SOALSELIDIK MENGENAI PENGUASAAN HASIL PEMBELAJARAN, KEMAHIRAN INSANIAH DAN TAHAP KEPUASAN PELAJAR UTHM

Ulasan Buku/Book Review

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES Sinopsis

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

NAMA PELAJAR : SITI NUR HASINAH BINTI HUSSIAN NO MATRIK : P79063 TAJUK: STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA OLEH PELAJAR CEMERLANG PENSYARAH:

BAB 1 PENGENALAN. memberikan impak positif dan sumbangan kepada dunia pendidikan iaitu untuk

BAB 5 PENUTUP. berjaya menjawab objektif kajian khususnya berkaitan penggunaan media pendidikan di

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

MAKLUM BALAS PELAJAR TERHADAP PROGRAM PRASISWAZAH FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN (FASS)

BAB 4 DAPATAN KAJIAN DAN ANALISIS. dapatan kajian. Dalam prosedur analisis data, teknik Delphi melalui temu bual dilakukan

Keseluruhan kaedah pengajaran BM murid-murid pekak telah memberi gambaran yang

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

GE 1155 KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN SEMESTER 1, SESI 2015/2016

NO. DOKUMEN IPS 631/2017 TARIKH KUATKUASA NO. SEMAKAN 03 HALAMAN 1/11

Analisis Persepsi Bakal Graduan Program Sains Maklumat Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

1. Berapa lama tuan telah berkhidmat di Bahagian Pendidikan JAIM? 3. Berapakah jumlah kakitangan pengurusan atasan dan sokongan?

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA BORANG SOAL SELIDIK

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

Program Sarjana Dan Kedoktoran

Peluasan Ayat Melalui Strategi Penggunaan Pelbagai Keterangan. Abstrak

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

KEBERKESANAN ANIMASI DALAM PEMBELAJARAN BAHASA ARAB DALAM KALANGAN PELAJAR MELAYU SOAL SELIDIK PELAJAR

DASAR PELANTIKAN DAN PELAKSANAAN SKIM PEMBANTU PENYELIDIK DAN PENGAJAR PASCASISWAZAH [GRADUATE RESEARCH & TEACHING ASSISTANT (GRTA)]

PERSPEKTIF KOMUNITI LESBIAN, GAY DAN TRANSGENDER MUSLIM DI MALAYSIA TERHADAP PERLAKUAN HOMOSEKSUAL DAN KONSEP PERKAHWINAN DI DALAM AL-QUR AN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Instrumen Standard Penarafan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

KECEKAPAN GURU PELATIH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MEMBACA BAHASA CINA

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

BAB SATU PENGENALAN. Hikmat terbesar daripada penurunan al-qur an al-karim dengan tujuh

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. menunjukkan bahawa unsur penyebutan huruf al-qur an al-karim memain peranan

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

BAB 1 PENDAHULUAN. bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal) memahaminya. ( Al-Zukhruf 43:3)

BAB TIGA METODOLOGI PENYELIDIKAN. Bab ini akan membincangkan panduan dan kaedah yang digunakan dalam kajian ini.

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL

Pelaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus Kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah Menengah Dalam Bandar Di Daerah Kuantan, Pahang

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA AYAT-AYAT YANG MENGANDUNGI PERKATAAN GABUNGAN TIGA SUKU KATA TERBUKA KV + KV + KV. Oleh. Abdillah Bin Nurdin Asis

BAB III KERTAS KERJA PROGRAM AKADEMIK BAHARU

KAUNSELING BIMBINGAN KERJAYA

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

GARIS PANDUAN AMALAN LATIHAN INDUSTRI/PRAKTIK

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN TANGGUNGJAWAB PENYELIA-CALON

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

INSTITUT PENGAJIAN SISWAZAH (IPS) UNIVERSITI MALAYA

TAHAP PERSEDIAAN BAKAL GURU FIZIK DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA DALAM MELAKSANAKAN PENGAJARAN FIZIK DENGAN MENGGUNAKAN BAHASA INGGERIS LOW BEE YEN

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian

BAB 1: PENGENALAN KEMAHIRAN MENDENGAR

MASALAH PELAJAR DIPLOMA MEDIA DIGITAL (VIDEO & PENGAJIAN FILEM) TERHADAP PENCAPAIAN MARKAH TUGASAN

4. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

NOMBOR DAN ABJAD TERBALIK. Oleh. Sumiyati binti Abdul Halim Jikem ABSTRAK

Gaya Pembelajaran Guru Pelatih Kursus Pengajian Lepasan Ijazah Maktab Perguruan Batu Lintang. oleh. Nazamud-din Bin Alias Jabatan Penyelidikan ABSTRAK

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

1 Soal Jawab ini telah dikemaskini pada 5 May 2014 SOAL JAWAB. Kategori Soalan : Umum Bil. Soalan Jawapan

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

BAB IV KERTAS KERJA SEMAKAN KURIKULUM

3. PRAKTIKUM menyepadukan teori dengan amali PdP mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran PdP.

Hj. Mustapha Kamal Hj. Ahmad Kassim Jabatan hal Ehwal Pelajar,IPG Kampus Ilmu Khas, KL & Dr. Hjh. Zahiah Hj. Harith Jabatan Pendidikan Islam

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

Transkripsi:

PIMKU 11 PENDIDIKAN ISLAM GOLONGAN MASALAH PENDENGARAN : TINJAUAN AWAL ISU DAN CABARAN DARI PERSPEKTIF GURU Oleh : Mohd Huzairi bin Awang @ Husain Hajarul Bahti binti Zakaria Bani Hidayat bin Mohd Shafie Nor Hayati Fatmi binti Talib Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Keningau, Sabah

PENDIDIKAN ISLAM GOLONGAN MASALAH PENDENGARAN : TINJAUAN AWAL ISU DAN CABARAN DARI PERSPEKTIF GURU Abstrak : Oleh : Mohd Huzairi bin Awang @ Husain Hajarul Bahti binti Zakaria Bani Hidayat bin Mohd Shafie Nor Hayati Fatmi binti Talib Kajian ini cuba membincangkan isu dan cabaran yang dihadapi oleh para guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam di program pendidikan khas masalah pendengaran sekolah-sekolah KPM dalam mengendalikan dan membantu pelajar dalam menguasai mata pelajaran Pendidikan Islam. Jurang perbezaan dalam pelbagai aspek berbanding pelajar normal ternyata mempunyai impak yang signifikan dengan pencapaian mata pelajaran pendidikan Islam dalam kalangan pelajar bermasalah pendengaran. Huraian berkaitan dengan cabaran dan masalah yang dihadapi oleh guru diperjelaskan dan beberapa cadangan diketengahkan dalam mengatasi situasi yang dihadapi. Semoga artikel ini dapat menimbulkan kesedaran dan membuka mata semua pihak dalam usaha meningkatkan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran seterusnya memperbaiki tahap penguasaan pendidikan Islam pelajar bermasalah pendengaran. Pendahuluan Pendidikan Islam merupakan tunjang kepada proses pembinaan individu. Ia akan membawa kepada penyuburan asas keimanan dan ketaqwaan serta penghayatan kepada Allah. Hal ini sebaik-baik dan kemuliaan manusia terletak kepada aras taqwa kepada Allah SWT sebagaimana firman Allah bermaksud : Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal. (al-quran, al-hujurat 49 : 13) Golongan bermasalah pendengaran tidak terkecuali, mereka adalah sebahagian daripada kelompok manusia biasa yang dipertanggungjawabkan taklifan beragama yang mencakupi penilaiannya seluruh aspek kehidupan. Individu muslim pada hakikatnya berhutang kepada Allah (al-attas 1977:5) atas prinsip pengabdian diri dan hakikat pengabdian perlu dilangsaikan dan dipertanggungjawabkan ke atas setiap diri individu muslim berdasarkan perjanjian manusia di alam roh sebagaimana maksud firman Allah : Apabila Tuhanmu mengeluarkan daripada anak Adam daripada tubuhnya zuriatnya dan menyuruhnya mengangkat saksi terhadap dirinya dan berkata Bukankah Aku Tuhan kamu? Maka mereka berkata (menjawab) Ya, kami saksikan (al-quran, al-a raf 7 : 172)

Oleh yang demikian, bukan tugas yang mudah bagi guru-guru pendidikan Islam yang dipertanggungjawabkan mendidik dan membimbing pelajar berkeperluan khas dalam masalah pendengaran. Membimbing dan mendidik mereka ke arah mendekatkan diri kepada Allah (al-ghazali ) menjadi matlamat dan tujuan utama. Guru pendidikan Islam perlu berhadapan dengan pelbagai cabaran dan memerlukan kekuatan diri berbentuk semangat dan iltizam yang utuh dalam berhadapan dengan pelajar bermasalah pendengaran disebabkan mereka mempunyai pelbagai kelainan upaya meliputi keupayaan pertuturan, bahasa, komunikasi, hubungan sosial (Safani Bari et. al 2005:2) yang akhirnya memberi kesan kepada proses pemerolehan ilmu. Kegagalan memahami dan menguasai ilmu asas agama akan memberi kesan yang besar dalam kehidupan muslim disebabkan ia mempunyai implikasi terhadap tujuan kezahiran manusia (al-attas 1977:21) iaitu penyerahan dan pengabdian diri kepada Allah sebagaimana maksud firmannya : Tidak Ku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepadaku (al- Quran, al-dhariyat 51 : 56) Tujuan Kajian Tujuan kajian ini diringkaskan seperti berikut : Mengenal pasti permasalahan yang dihadapi oleh guru pendidikan Islam dalam mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam pelajar masalah pendengaran Persoalan Kajian Apakah masalah yang dihadapi oleh guru pendidikan Islam dalam mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam pelajar masalah pendengaran Metodologi Kajian Kajian ini berbentuk tinjauan melalui temu bual dengan responden. Melalui kaedah ini membantu penyelidik mendapatkan maklumat dan gambaran yang mendalam terhadap isu yang dikaji. Peserta

kajian terdiri daripada 4 orang guru pendidikan Islam di sebuah sekolah menengah pendidikan khas masalah pendengaran Dapatan Kajian Dapatan kajian yang dijalankan ke atas empat orang peserta yang terdiri daripada guru-guru pendidikan Islam seperti berikut ; Profil Peserta Jadual 1 : Profil Peserta Latar belakang Item Kekerapan 1. Jantina Lelaki 2 Perempuan 2 2. Umur 30 tahun 1 32 tahun 1 43 tahun 1 44 tahun 1 3. Pengalaman mengajar 5 tahun 1 7 tahun 1 13 tahun 1 21 tahun 1 4. Pengalaman mengajar pelajar masalah pendengaran 4 tahun 1 5 tahun 1 7 tahun 1 10 tahun 1 5. Kelayakan akademik tertinggi Sarjana Muda 3 Sarjana 1 6. Opsyen Pendidikan khas 2 Pendidikan Islam 2 7. Mendapat pendedahan tentang pendidikan pelajar masalah pendengaran Semasa latihan keguruan 2 Setelah ditempatkan mengajar di sekolah pendidikan khas masalah pendengaran 2 8. Mempelajari bahasa isyarat Semasa latihan keguruan 2 Setelah ditempatkan mengajar di sekolah pendidikan khas masalah pendengaran 2

Dapatan Temu Bual Dapatan kajian daripada hasil temu bual tersebut yang berkaitan dengan pelaksanaan pengajaran pendidikan Islam terhadap pelajar-pelajar bermasalah pendengaran sebagaimana berikut : Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam mengikut garis panduan dan kurikulum yang ditetapkan. Peruntukan waktu bagi menengah rendah adalah 6 waktu (4+2) manakala menengah atas adalah 4 waktu (3+1) Kebanyakan pelajar tidak mempunyai asas Islam yang kukuh Dilema guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk memenuhi kehendak dan keperluan peperiksaan dan tuntutan kehidupan Proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan secara bergabung iaitu dengan menggabungkan dua kelas kepada satu kelas Kesukaran pelajar untuk memahami perkara abstrak dan istilah-istilah dalam pendidikan Islam Tumpuan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran adalah rendah Daya ingatan pelajar terhadap perkara yang dipelajari tidak tinggi menyebabkan mereka mudah lupa Pelajar tidak boleh membaca al-quran dan pengajaran dan pembelajaran komponen tilawah al-quran tidak dapat dijalankan disebabkan ketidakupayaan pelajar dalam pertuturan Terdapat pelajar yang mempunyai pelbagai ketidakupayaan disamping masalah pendengaran seperti masalah penglihatan terhad dan masalah pembelajaran Bahan pembelajaran utama yang dibekalkan iaitu buku teks pendidikan Islam tidak boleh diguna Pelajar tidak boleh bertutur, menyebabkan tidak boleh membaca bahan pembelajaran Pelajar tidak mahir mengeja dan membina ayat sendiri dalam bahasa melayu Kod tangan yang berbeza antara Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM) dan Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) Asas Kod tangan Bahasa Melayu (KTBM) adalah terhad Komunikasi pelajar adalah terhad iaitu berlegar dalam kalangan mereka sahaja Kebanyakan ibu bapa yang bersikap lepas tangan dengan menyerahkan anak-anak kepada pihak sekolah semata-mata Perbincangan

Dapatan kajian menunjukkan bahawa kesemua guru yang mengajar mata pelajaran pendidikan Islam di sekolah ini adalah dalam kalangan yang berumur 30 tahun ke atas, mempunyai pengalaman mengajar 5 tahun ke atas dan mempunyai kelayakan akademik sekurang-kurangnya ijazah Sarjana Muda. Dalam hal ini, guru-guru ini dikira sebagai guru terlatih dan berpengalaman serta bersedia untuk membawa tugas-tugas dan tanggung jawab keguruan, tidak mengalami kejutan realiti (Yusof Ahmad 2008) mereka bukan lagi tergolong dalam lingkungan guru permulaan (Bahagian Pendidikan Guru 2007) iaitu guru yang baru melepasi program latihan keguruan. Dari segi opsyen guru, 2 orang adalah opsyen pendidikan khas manakala 2 orang adalah opsyen pendidikan Islam. Perkara ini seharusnya diambil berat oleh pentadbir pendidikan. Tugas mengajar pendidikan Islam tidak boleh diambil mudah dandipandang ringan. Tidak semua guru muslim layak dan dikira berkebolehan mengajar dalam mata pelajaran pendidikan Islam. Bagi memastikan matlamat pendidikan Islam dicapai, seharusnya pengajar dan pembimbing mata pelajaran tersebut menguasai kandungan mata pelajaran walau dikatakan tahap kandungan mata pelajaran pendidikan Islam seharusnya telah dikuasai oleh setiap individu muslim. Persoalan kelayakan mengajar adalah penting dan menjadi tumpuan khusus dalam bab pendaftaran guru dan permit mengajar dalam akta pendidikan (Akta Pendidikan 1996). Dalam hal ini, timbul persoalan bagaimana guru yang bukan dilatih dalam opsyen pendidikan Islam dapat menguruskan sesi pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam tanpa penguasaan dalam bidang tersebut Seterusnya dapatan menunjukkan bahawa dua orang guru telah mendapat pendedahan awal tentang pendidikan pelajar bermasalah pendengaran dan telah didedahkan dengan bahasa isyarat semasa latihan keguruan. Guru ini adalah guru opsyen pendidikan khas, manakala guru opsyen pengajian Islam pula tidak mendapat pendedahan tersebut semasa latihan keguruan sebaliknya memperolehi perkara tersebut setelah ditempatkan di sekolah yang mengendalikan pelajar tersebut. Oleh itu pemerolehan ilmu secara tidak formal dijadikan sebagai bekal untuk berhadapan dan mengendalikan sesi pengajaran dan pembelajaran bersama pelajar ini. Perkara ini menimbulkan sedikit kecacatan, guru ini menguasai kemahiran kandungan tetapi tidak menguasai kemahiran pedagogi. Hal ini telah disentuh oleh Mohd Mokhtar dan Aliza (2003 : 401) dalam kajiannya yang menyatakan bahawa hanya 30.4% guru yang mempunyai pengetahuan strategi pengajaran pendidikan Islam kepada kanak-kanak berkeperluan khas. Hamdi Ishak et. al (2010 : 170) juga menyatakan bahawa guru-guru pendidikan Islam yang mengajar pelajar bermasalah pendengaran menghadapi masalah dalam pedagogi pendidikan khas masalah pendengaran dan pengetahuan dalam keperluan kanakkanak bermasalah pendengaran disebabkan tidak mendapat latihan semasa latihan keguruan. Hal ini amat penting dalam mencapai objektif pembelajaran, disamping penguasaan kemahiran kandungan, guru mesti menguasai kaedah pengajaran pelajar berkeperluan khas bagi memastikan guru dapat

merancang dan melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan baik dan teratur bagi memastikan proses pemindahan ilmu berjalan dengan lancar. Hal ini dapat dijayakan dengan baik sekiranya terdapat dalam latihan keguruan pengkhususan dalam bidang pengajian Islam dan pendidikan khas. Dalam mengendalikan proses P&P, guru menghadapi kesukaran berdasarkan latar belakang pelajar yang tidak mempunyai asas agama. Dalam kesukaran tersebut, guru menghadapi dilema dalam usaha untuk memberi penekanan kepada asas-asas agama atau pembelajaran berorientasikan peperiksaan yang natijahnya kebanyakan pelajar gagal dalam mata pelajaran pendidikan Islam peringkat PMR dan SPM (Analisis Peperiksaan SMPKPPP 2000-2009). Kegagalan ini adalah disebabkan beberapa kelemahan mereka yang akan dibincangkan selepas ini serta aspek dan cara penilaian yang setara dan sama dengan kaedah dan cara penilaian terhadap pelajar normal. Mereka tidak mampu bersaing dalam gelanggang yang sama melainkan kaedah penilaian diberi pendekatan berbeza kepada golongan ini. Dalam pelaksanaan P&P juga, guru mengendalikan sesi secara gabungan kelas disebabkan kekurangan guru menjadikan nisbah guru dan murid adalah besar membabitkan 10 hingga 15 pelajar. Sedangkan nisbah guru dan murid sepatutnya dalam kalangan pelajar berkeperkuan khas adalah kecil bagi memudahkan proses dan tumpuan yang lebih dapat diberikan. Hal ini tidak membabitkan mata pelajaran lain dan ini memberi kesan kepada proses dan hasil pengajaran guru dan penerimaan murid. Semasa mengikuti proses pembelajaran, pelajar-pelajar ini menghadapi kesukaran untuk memahami perkara-perkara abstrak dan juga istilah-istilah dalam Islam. Perkara-perkara abstrak termasuklah yang berkaitan dengan akidah dan sam iyyat. Ini kerana mereka menghadapi masalah dalam bahasa (Mohd Mokhtar dan Aliza 2003 : 398) dan perkara tersebut tidak dapat digambarkan dengan mata serta tidak ada disekeliling mereka. Pembelajaran dan pemahaman mereka adalah mudah jika sesuatu dapat digambarkan secara visual dan dikaitkan dengan persekitaran (Shahrul Arba iah 2007:25) Apabila mereka tidak memahami atau sukar memahami sesuatu konsep menyebabkan tumpuan belajar mereka menjadi rendah. Mereka lebih banyak dan suka mengalih tumpuan ke arah perkara lain menjadikan fokus terhadap proses pembelajaran teralih. Disamping itu daya ingatan pelajar terhadap perkara yang dipelajari tidak tinggi menyebabkan mereka mudah lupa. Fakta yang diberikan sekiranya dialih dengan ayat yang berbeza, seolah-olah perkara tersebut tidak pernah ada dalam maklumat dan pengetahuan mereka. Dalam hal ini proses ulangan dan pembelajaran secara beransur-ansur amat ditekankan. Dalam berhadapan dengan golongan pelajar ini, terdapat pelajar yang mempunyai pelbagai ketidakupayaan disamping masalah pendengaran seperti masalah pertuturan, masalah penglihatan terhad dan masalah pembelajaran (multiple disabilities). Proses pengajaran dan pembelajaran

golongan ini memerlukan kaedah yang khusus, strategi dan pendekatan yang sesuai serta perancangan yang teliti daripada pihak guru disamping memerlukan tahap keupayaan dan kesabaran yang tinggi demi memastikan hasil pembelajaran (learning outcomes) dapat dicapai Salah satu komponen dalam mata pelajaran Pendidikan Islam ialah tilawah al-quran. Disebabkan pelajar mempunyai masalah dalam pertuturan, maka pengajaran dan pembelajaran komponen tilawah al-quran tidak dapat dijalankan. Dengan itu kemahiran membaca al-quran tidak diajar. Dalam hal ini, pelajar terlebih dahulu perlu diberi terapi pertuturan bagi membolehkan mereka diajar untuk membaca al-quran. Golongan kurang pendengaran (partially hearing) dan sederhana boleh diajar bertutur dengan menggunakan alat amplifikasi melalui komponen latihan pertuturan iaitu artikulasi, baca bibir dan latihan auditori (Saadiah Ahmad 1990:4), dengan demikian mereka boleh didedahkan dengan pembacaan al-quran. Bahan bantu mengajar dan belajar amat penting dalam amalan pengajaran dan pembelajaran. Salah satu bahan utama yang dibekalkan ialah buku teks. Buku teks pendidikan Islam adalah dalam versi tulisan jawi. Bagi golongan bermasalah pendengaran, penguasaan dalam bahasa melayu dari segi mengeja, membina ayat telah lama diperbincangkan oleh para pengkaji, apatah lagi dalam ejaan jawi yang turut menjadi masalah kepada pelajar normal. Dalam hal ini, guru-guru mengambil pendekatan tidak menggunakan buku teks yang dibekalkan dan sebagai bahan bantu yang lain, guru memberikan nota bagi menerangkan isi pembelajaran. Rentetan daripada masalah ini, pembacaan pelajar tidak meluas dan maklumat hanya terhad kepada pengajaran dan nota daripada guru sahaja. Pelajar tidak mampu meneroka maklumat yang lebih luas dalam bidang berkaitan. Komunikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat penting, tanpa komunikasi proses tersebut tidak akan berlaku. Komunikasi dalam kalangan golongan bermasalah pendengaran adalah melalui kod tangan dalam bahasa isyarat. Bagi proses pengajaran dan pembelajaran, komunikasi seluruh digunakan. Dalam hal ini, guru mendapati kod tangan yang berbeza antara Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM) dan Bahasa Isyarat Malaysia (BIM), bahasa isyarat rasmi di sekolah adalah KTBM manakala penggunaan secara biasa adalah dalam BIM. Perkara ini telah menjadi pertikaian dan perbincangan oleh pihak-pihak yang terlibat. Pihak Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) menuntut BIM digunakan secara menyeluruh atas dasar BIM telah diiktiraf sebagai bahasa rasmi golongan pekak (Akta Orang Kurang Upaya 2008 : 8) di samping Asas Kod tangan Bahasa Melayu (KTBM) adalah terhad. Dalam hal ini, komunikasi pelajar adalah terhad iaitu berlegar dalam kalangan mereka sahaja. Dengan itu proses sosialisasi, percambahan idea dan pemikiran tidak berlaku menjadikan golongan pelajar ini sedikit lambat dalam arus keilmuan, keterbukaan sikap dan pemikiran.

Kejayaan pelajar ini juga adalah datang daripada faktor sokongan keluarga. Kebanyakan ibu bapa yang bersikap lepas tangan dengan menyerahkan anak-anak kepada pihak sekolah semata-mata. Dalam hal ini gaya keibubapaan dan jangkaan ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam menetapkan haluan pendidikan anak-anak yang menghadapi masalah pendengaran (Shahrul Arba iah 2007:51). Gaya ibu bapa yang bersikap dan mendidik anak bermasalah pendengaran ini dengan penuh kemesraan, kasih sayang, tumpuan yang tinggi, jangkaan yang munasabah, mengenakan disiplin yang tekal, tidak diberikan kebebasan melampau adalah antara antara faktor kritikal dalam perkembangan dan pembinaan diri anak-anak dalam golongan ini Penutup Pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam golongan pelajar bermasalah pendengaran tidak boleh dipandang ringan. Guru yang bertanggung jawab mengajar dan membimbing mereka berhadapan dengan pelbagai cabaran dan kesulitan berbanding dengan mereka yang mengajar pelajar normal. Walaupun mereka mengalami seikit ketidakupayaan, mereka tetap mempunyai potensi dan berpeluang untuk menguasai bidang pendidikan Islam sebagai asas bekalan dalam menjalani kehidupan sebagai muslim dalam hakikat pengabdian diri kepada Allah SWT. BIBLIOGRAFI Akta Orang Kurang Upaya (2008) (Akta 685) Akta Pendidikan (1996) (Akta 550) Bahagian Pendidikan Guru. (2007). MS ISO 9001:2000. No. Keluaran 4 (CD) Institut Pendidikan Guru Malaysia Hamdi Ishak et. al (2010), Amalan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam Kepada Murid Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Masalah Pendengaran : Satu Kajian Kes, dalam Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah UKM, Bangi : Fakulti Pendidikan UKM Mohd Mokhtar Tahar & Aliza Alias (2003), Isu Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam Pelajar Berkeperluan Khas, dalam Prosiding Wacana Pendidikan Islam : Perkaedahan Pengajaran Pendidikan Islam : Antara Tradisi dan Inovasi, Bangi : Fakulti Pendidikan UKM Saadiah Ahmad (1990), Kanak-kanak Bermasalah Komunikasi, dalam Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan Kanak-kanak Dengan Keperluan Khas : Cabaran Kini, Bangi : Fakulti Pendidikan UKM Safani Bari et. al (2005), Kaedah Komunikasi Seluruh dan Pencapaian Murid-murid Bermasalah Pendengaran Dalam Peperiksaan (Laporan Penyelidikan Fakulti Pendidikan UKM) Shahrul Arba iah Othman (2007), Faktor Yang Menyumbang kepada kecemerlangan Akademik

Pelajar Pekak : Kajian Kes Retrospektif (Tesis Ijazah Doktor Falsafah Fakulti Pendidikan UKM) Syed Muhammad Naquib al-attas (1977), Islam : Faham Agama dan Asas Akhlak, cet. 1, Kuala Lumpur : Angkatan Belia Islam Malaysia Yusof Ahmad (2008), Masalah Kesediaan Guru Permulaan : Sekolah Perlu Memainkan Peranan Utama Untuk Menyelesaikannya Atas talian http://www.ipsah.edu.my/lamanr&d2007/journal/journal2008.pdf (14 Mei 2010) Biodata Penulis Mohd Huzairi bin Awang @Husain adalah Pensyarah Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Keningau, Sabah, berkelulusan Sarjana Muda Syariah (Fiqh dan Usul) Universiti Malaya, Sarjana Syariah (Fiqh dan Usul) (Universiti Malaya), Diploma Pentadbiran kehakiman dan Guaman Islam (Universiti Kebangsaan Malaysia) dan Diploma Pendidikan (Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan). Sekarang ini adalah calon Doktor Falsafah Universiti Malaya Hajarul Bahti binti Zakaria adalah Pensyarah Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Keningau, Sabah, berkelulusan Sarjana Muda Usuluddin (al-quran dan al-hadith) Universiti Malaya, Sarjana Usuluddin (al-quran dan al-hadith) (Universiti Malaya), dan Diploma Pendidikan (Qiraat Tarannum) (Maktab Perguruan islam). Sekarang ini adalah calon Doktor Falsafah Universiti Kebangsaan Malaysia Bani Hidayat bin Mohd Shafie adalah calon Doktor Falsafah Universiti Kebangsaan Malaysia Nor Hayati Fatmi binti Talib calon Doktor Falsafah Universiti Kebangsaan Malaysia