BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

dokumen-dokumen yang mirip
Program Pencerapan Pengajaran Dan Pembelajaran JPN Sarawak 2011

NADI ILMU AMALAN MEMBACA

PK10 PENGURUSAN PERKEMBANGAN STAF

BAHAGIAN KEWANGAN, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA GARIS PANDUAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN RM100 KEPADA MURID

PELAKSANAAN PELAN LATIHAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM

BUKU LOG LATIHAN. Tahun : Kementerian Kesihatan Malaysia. No. K.P. Gred Jawatan :. Tempat Bertugas :

KURSUS PENDEDAHAN PELAKSANAAN KEM BESTARI SOLAT

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4)

PENGURUSAN PEROLEHAN BEKALAN / PERKHIDMATAN / KERJA PMM-PK-PS-04

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM KHATAM AL-QURAN MODEL TASMIK

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4) STPM 2016

GARIS PANDUAN MENGHADIRI PROGRAM LATIHAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

MANUAL PROSEDUR KERJA (MPK) LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

GARIS PANDUAN PENGURUSAN/AMALAN TERBAIK PERKHIDMATAN KAUNSELING DAN DISIPLIN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2016

PENGURUSAN LATIHAN STAF

Mesyuarat Pelaksanaan Peperiksaan Kelas Khas Kemahiran Membaca dan Menghafaz al-quran (KKQ)

DASAR PENGURUSAN KURIKULUM

Isi KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ANUGERAH KECEMERLANGAN KOKURIKULUM PERINGKAT KEBANGSAAN 2013 SEKOLAH CEMERLANG KOKURIKULUM

@ Hak Cipta Lembaga Peperiksaan

JPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009

PENGOPERASIAN LDP BERASASKAN SEKOLAH (SCHOOL BASED) BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Disediakan oleh: Unit jqaf,kkq dan Prasekolah, Sektor Operasi Pendidikan Islam. Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran Malaysia

KISSM adalah bertujuan untuk mencapai objektif-objektif berikut:

PTSS-PK-PS-04 PENGURUSAN PEROLEHAN BEKALAN / PERKHIDMATAN

Tarikh: 02 MEI 2012 Tarikh: 02 MEI 2012

blgerkompkipgkblgerkompkipgkbl

4. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

3. PRAKTIKUM menyepadukan teori dengan amali PdP mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran PdP.

INDEKS AKAUNTABILITI PENGURUSAN KEWANGAN KEMENTERIAN/ JABATAN DAN AGENSI KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

JPA(S)(BPO)324/14/12-4 Klt. 2 ( 22 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 27 TAHUN 2007

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PBPPP

Manual Kerja Kursus (Kerja Projek) Kesusasteraan Melayu Komunikatif Kertas 4 (922/4)

MANUAL PROSEDUR KERJA PERANCANGAN PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4) STPM 2017

UNSUR PENILAIAN TERAS UTAMA UNTUK KENAIKAN PANGKAT - KATEGORI I Lampiran 1A-1

Manual Kerja Kursus Kesusasteraan Melayu Komunikatif Kertas 4 (922/4)

PTSS PK PS 08 KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA PENGAWAI LATIHAN DAN PENDIDIKAN LANJUTAN JAWATAN PENGARAH TARIKH 19 OKTOBER OKTOBER 2016

BAB 6 PEMBEKALAN, PROSEDUR PENGGANTIAN DAN PEMBELIAN

Nama: MAZLAN BIN MOHAMAD Nama: DATIN ASARIAH BINTI MIOR SHAHARUDDIN. Tarikh: 15 FEBRUARI 2008 Tarikh: 15 FEBRUARI 2008 SALINAN TERKAWAL

PANDUAN APLIKASI PSIKOLOGI DALAM PENGURUSAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM

RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU SECARA DALAM TALIAN

INSTRUMEN 1 : PENGURUSAN KBAT SEKOLAH. 1. Pemeriksa hendaklah berbincang bersama-sama dengan pentadbir sekolah semasa mengurus tadbir instrumen ini.

Polisi dan Prosedur. Nama Polisi: Polisi dan Prosedur Pengurusan Senat. Nombor Polisi: UTM P.A. 01

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

Tarikh: 15 JUN 2014 Tarikh: 15 JUN 2014

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2003 PEMERIKSAAN KESIHATAN BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

Program Transformasi Daerah

PENGURUSAN KURIKULUM

@ Hak Cipta Lembaga Peperiksaan

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 2010 PANDUAN PELAKSANAAN PEMENTORAN DALAM PENGURUSAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM

PROSEDUR PENYEDIAAN ANGGARAN BELANJAWAN DAN PENGURUSAN PEROLEHAN PK.UiTM.FKM.(PA).09

BUKU LOG LATIHAN TAHUN : NAMA : NO. K.P : GRED JAWATAN : TEMPAT BERTUGAS :

SPESIFIKASI TUGAS JAWATANKUASA MAJLIS KUALITI (MKI) INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

PTSS PK PS 10 KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA PEGAWAI PENGARAH PENGURUSAN PENYELENGGARAAN JAWATAN TARIKH 19 OKTOBER OKTOBER 2016

: LATIHAN PEMBANGUNAN STAF

3. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

PRAKTIKUM PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PENGGUNAAN LOG LATIHAN BAGI PEGAWAI JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

JPA(S)(BPTM)146/1-130( 12 ) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 2008

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

PENGURUSAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 1991

Manual Kerja Kursus (Kerja Projek) Bahasa Melayu Kertas 5 (910/5)

1 MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

GARIS PANDUAN DANA IMPAK PERDANA (DIP)

PENGENDALIAN MESYUARAT

PEJABAT NAIB CANSELOR UPM/SOK/OSH/P002

POLITEKNIK MUADZAM SHAH

INSTRUMEN KHIDMAT BANTU BERSEPADU BTP 2017 IKBB/SEK/2017 BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

BORANG PERMOHONAN KURSUS KHAS INDUSTRI (KKI) POLITEKNIK KOTA BHARU TAHUN 2017 MAKLUMAT PEMOHON MAKLUMAT TEMPAT BERKURSUS KELULUSAN

PANDUAN MENGURUS PEGAWAI TIDAK HADIR BERTUGAS

Manual Pelajar (Untuk Calon Sekolah Kerajaan dan Calon Sekolah Bantuan Kerajaan)

Manual Kerja Kursus Kerja Kursus Usuluddin Kertas 4 (931/4)

SPESIFIKASI TUGAS PEGAWAI PENGURUSAN (LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN) DG 41

SOKONGAN PEJABAT PENDAFTAR. PENGURUSAN SUMBER MANUSIA Dokumen: UPM/SOK/BUM/P005 PROSEDUR PENGURUSAN PENILAIAN PRESTASI TAHUNAN (LPPT)

Garis Panduan Pelaksanaan SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH. Sektor Operasi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia

1.0 Langkah-langkah Sebelum Latihan Mengajar

PELAN STRATEGIK (PENJANAAN AKADEMIK)

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI)

PANDUAN PELAKSANAAN MODEL 6 BULAN KHATAM AL-QURAN TAHUN 6

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2009 BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI KHAS BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

GARIS PANDUAN GERAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN (GUP) TOP DOWN PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INSTRUMENTASI (CRIM)

6.0 SENARAI SEMAK OPERASI HEADCOUNT

PROSEDUR KUALITI PK 19 PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Kehilangan Dan Hapus Kira

SOKONGAN PEJABAT PENDAFTAR. PENGURUSAN SUMBER MANUSIA Dokumen: UPM/SOK/BUM/P005 PROSEDUR PENGENDALIAN BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI TAHUNAN (LPPT)

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

MODEL TASMIK KONSEP DAN PANDUAN PELAKSANAAN

PENGENDALIAN AUDIT DALAMAN

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa saya telah diarah menarik perhatian Y.Bhg. Tan Sri/Datuk/Dato /Datin/tuan/puan mengenai perkara di atas.

GARIS PANDUAN PENGURUSAN BANK ITEM DAN PERATURAN PEMARKAHAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PK18 PENGURUSAN PENTAKSIRAN KOKURIKULUM. Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) Negeri Johor.

LS-PK-01 PERANCANGAN DAN PENGURUSAN LATIHAN

Membudayakan Kecemerlangan Dalam Perkhidmatan Awam

PENGURUSAN KURIKULUM

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2006

Transkripsi:

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN KAEDAH LATIHAN SECARA PEMBACAAN BUKU SEBAGAI TAMBAHAN BAGI MELENGKAPKAN KURSUS LDP SECARA SCHOOL BASED DI SEKOLAH BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 1

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN KAEDAH LATIHAN SECARA PEMBACAAN BUKU SEBAGAI TAMBAHAN BAGI MELENGKAPKAN KURSUS LDP SECARA SCHOOL BASED DI SEKOLAH 1.0 PENGENALAN Pelaksanaan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) di sekolah telah dilaksanakan secara School Based oleh Bahagian Pendidikan Guru sejak Tahun 2008. Pada Tahun 2009, seramai 321,000 guru telah mengikuti kursus secara School Based. Daripada bilangan tersebut, sebanyak 33% guru telah mengikuti kursus kurang daripada 3 hari, 63% guru telah mengikuti kursus antara 3 hingga 7 hari dan 5 % guru telah mengikuti kursus lebih dari 7 hari. Dapatan pemantauan yang dilaksanakan pada Tahun 2009 juga mendapati 92.8 % guru memberi respons yang positif terhadap pelaksanaan latihan guru secara School Based. 96.6 % guru tersebut menyatakan latihan guru secara School Based dapat meningkatkan profesionalisme mereka. Bagi Tahun 2010 Unit KDP telah merancang sebanyak 159 kursus dengan bilangan peserta seramai 664632 orang guru yang menggunakan anggaran perbelanjaan secara keseluruhan sebanyak RM 126 juta. Walau bagaimanapun disebabkan peruntukan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) telah dikurangkan, latihan yang akan diberi penekanan adalah kepada dasar-dasar berikut : Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 2005 Siaran Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam 23 Julai 2009 bertajuk Pendekatan Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam Tahun 2010 dan 2011 secara Blended Approach, Mentor-Mentee, Coaching, Book Review dan Sesi Perkongsian Ilmu Melalui Mesyuarat Panitia. 2

Sehubungan itu, Mesyuarat Pengurusan KPM Bil 19 / 2009 yang dipengerusikan oleh Y.Bhg Tan Seri KSU pada 18 November 2009, meminta kursus 7 hari digantikan dengan pembacaan 7 buku ilmiah oleh setiap orang guru mulai tahun 2010. Setiap buku ilmiah yang telah dibaca oleh guru perlu dibentangkan untuk dikongsi bersama, iaitu pembentangan sebuah buku (Book Review) adalah bersamaan 1 hari kursus untuk guru tersebut. 2.0 DEFINISI BOOK REVIEW Book Review berasal dari bahasa Latin revidere atau recensere yang bermaksud melihat kembali, menimbang atau menilai. Tiga istilah itu menjurus kepada maksud yang sama iaitu pengulasan buku. Dalam ertikata lain, ulasan buku atau book review ialah memberi huraian ringkas mengenai isi buku serta penilaian tentang kekuatan dan kelemahan isi buku kepada masyarakat umum. Aktiviti yang terlibat semasa mengulas buku ialah: mengungkap kembali isi buku membahas isi kandungan buku menganalisa buku secara kritis memberikan penilaian terhadap maklumat yang terdapat di dalam buku mengulas implikasi dan kegunaan maklumat. (Online: Los Angeles Valley College Library) 3.0 OBJEKTIF Objektif pelaksanaan kaedah latihan secara pembacaan buku (sebagai tambahan) bagi melengkapkan kursus LDP secara school based di sekolah adalah untuk: 3.1 menyemaikan budaya membaca di kalangan guru. 3.2 berkongsi ilmu dan pengetahuan untuk diaplikasikan dalam Pengajaran Dan Pembelajaran (P&P). 3.3 meningkatkan profesionalisme keguruan. 3.4 mendedahkan guru-guru kepada inovasi terkini dalam bidang pendidikan. 3

3.5 meningkatkan pengetahuan dan kemahiran profesionalisme keguruan secara berterusan. 3.6 mewujudkan dan memantapkan nilai dan amalan profesionalisme keguruan dalam kalangan warga pendidik. 3.7 memartabatkan profesion keguruan. 4.0 KOMPONEN BACAAN (Dicadangkan) Buku-buku yang dibaca hendaklah berfokus kepada 3 bidang iaitu: 1. Pengetahuan Profesionalisme ( 60% ) Ilmu Pengetahuan Pendidikan dan Mata Pelajaran Kandungan dan Kaedah Pedagogi Pengurusan Kurikulum Kreativiti dan Inovasi Pedagogi 2. Kemahiran Profesionalisme ( 20% ) Kejurulatihan Penulisan ilmiah Kajian Dan Penyelidikan Ilmiah Kepimpinan Pengurusan Kewangan Pengurusan Strategik 3. Amalan dan Nilai Profesionalisme Keguruan ( 20% ) Nilai Dan Etika Komunikasi Berkesan Soft Skills Guru dikehendaki membaca buku-buku dari Bidang Pengetahuan Profesionlisme, Bidang Kemahiran Profesionalisme dan Bidang Nilai Dan Amalan Profesionalisme Keguruan mengikut peratusan dan kesesuaian seperti yang diunjurkan di atas. Setiap buku ilmiah tersebut mestilah mengandungi sekurang-kurangnya 50 halaman. 4

5.0 PELAKSANAAN LATIHAN 5.1 JANGKAMASA PELAKSANAAN 5.1.1 Pembacaan Buku Guru boleh membaca 1 hingga 7 buah buku ilmiah mulai dari bulan Febuari hingga bulan November bagi melengkapkan kursus yang dijalankan di sekolah. Sebelum pembacaan, setiap buku yang dipilih mestilah mendapat pengesahan daripada pihak pentadbir. (Lampiran A) 5.1.2 Perkongsian Ilmu Sesi pembentangan hendaklah dijalankan mengikut jadual yang dibuat oleh setiausaha LDP sekolah msing-masing. Jangka masa pembentangan untuk setiap pembentang adalah 20 hingga 30 minit. Ulasan buku mestilah merangkumi 3 aspek iaitu (i) sinopsis buku (ii) pengetahuan / pengajaran yang boleh diperolehi (iii) aplikasi ilmu dalam organisasi / P&P Kehadiran guru-guru untuk mendengar pembentangan-pembentangan tersebut selama 6 jam dinilai sebagai 1 hari berkursus. Kehadiran guru-guru untuk mendengar pembentangan dibenarkan sehingga 18 jam atau 3 hari sahaja. 5.2 KUMPULAN SASARAN Semua guru termasuk pihak pentadbir dan kaunselor. Pihak pentadbir bermaksud Pengetua / Guru Besar, Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan HEM, Penolong Kanan Ko-Kurikulum dan Penyelia Petang. 5

5.3 TEMPAT PEMBENTANGAN Pembentangan dijalankan di premis sekolah sendiri. 5.4 PERANAN PELAKSANA 5.4.1 Peranan Pentadbir / Guru / SU LDP di sekolah adalah seperti berikut: BIL JAWATAN TINDAKAN 1. Pentadbir sekolah (Pengetua/Guru Besar, Guru-guru Penolong Kanan dan Penyelia Petang) Mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa LDP dan memberi taklimat pelaksanaan Mengesahkan bahan bacaan guru. Mengesahkan sinopsis buku (Lampiran C) Memantau perjalanan pembentangan (setiap kali pembentangan) (Lampiran F) Memberi markah Prestasi Tahunan guru dengan mengambil kira jumlah pembacaan buku dan kehadiran semasa pembentangan rakan sekerja 2. SULDP Menyediakan borang-borang (Lampiran A F) Menyediakan jadual pembentangan (Lampiran B) Menguruskan surat-menyurat Menetapkan giliran pembentangan (Lampiran B) Menetapkan tarikh pembentangan yang berikutnya bagi guru pembentang yang tidak dapat hadir Menyediakan minit mesyuarat Menyediakan jadual pembentangan gantian bagi guru pembentang yang tidak dapat hadir Memastikan pengurusan fail dikemaskinikan Mengumpul Borang Sinopsis (Lampiran C) Menyelaraskan kutipan Kad Pelaporan LDP dan salinan sijil LDP Menyediakan laporan dan laporan KMLDP mengikut ketetapan BPG Menghantar laporan dan laporan KMLDP (3 kali setahun April, Julai, Oktober) 6

3. Semua Guru Memilih bahan bacaan dan mendapatkan pengesahan pentadbir sekolah (Lampiran A). Membaca dan melengkapkan Borang Sinopsis (Lampiran C) Membentangkan ulasan bahan bacaan. Mendapatkan pengesahan untuk pembentangan (Lampiran C) Menyerahkan Lampiran C kepada SU LDP 5.4.2 Pembentangan boleh dibuat semasa: Mesyuarat Guru Mesyuarat Panitia Taklimat profesional Perhimpunan sekolah In- house training 5.4.3 Langkah-langkah pelaksanaan. Bil. Perkara Tindakan 1. Sebelum Pembentangan (Pembacaan Buku) Guru megenalpasti buku yang hendak dibaca berdasarkan bidang profesionalime yang telah ditetapkan. Guru melengkapkan Borang Rekod Pengesahan Dan Pembacaan serta mendapatkan pengesahan daripada pentadbir sekolah (Lampiran A). Guru memaklumkan dan menyemak giliran yang sesuai dalam jadual pembentangan( Lampiran B). Guru membaca dan melengkapkan Borang Sinopsis (Lampiran C). Guru Guru dan pentadbir Guru / SULDP Guru 2. Semasa Pembentangan Guru diberi masa 20 hingga 30 minit untuk membentangkan Pembentang 7

ulasan buku kepada guru-guru lain. Ulasan buku mestilah merangkumi 3 aspek iaitu i) sinopsis buku ii) pengetahuan / pengajaran yang boleh diperolehi iii) aplikasi ilmu dalam organisasi / P&P Semua guru diminta untuk mengisi borang kehadiran (Lampiran D) Pendengar menilai pembentangan yang telah dibuat (Lampiran E ). Pentadbir memantau pembentangan (Lampiran F). Pembentang Semua guru Semua guru Pentadbir 3. Selepas Pembentangan SU LDP dikehendaki mengumpul borang-borang berikut:- 1. Borang Sinopsis (Lampiran C) 2. Borang Penilaian Pembentangan (Lampiran E) 3. Borang Pemantauan (Lampiran F) 4. Rekod Kehadiran Pembentangan (Lampiran D) SU LDP 4. Laporan LDP Menyediakan Pelaporan selepas pembentangan Menghantar Laporan Kursus & laporan KMLDP ke JPN/PPD (3 kali setahun - April, Julai dan Oktober) SU LDP SU LDP 6.0 PENSIJILAN DAN PENGHARGAAN Mesyuarat bersama setiausaha LDP JPN dan Bahagian Pendidikan Guru 2009 menyarankan kehadiran tujuh hari berkursus setahun diambil kira bagi pemberian markah Prestasi Tahunan. Sijil LDP disediakan oleh BPG pada akhir tahun (setahun sekali). 8

7.0 PENUTUP Program ini hanya akan mencapai objektif sekiranya semua pihak yang terlibat mengikuti Garis Panduan yang ditetapkan. 8.0 KHIDMAT NASIHAT Sebarang kemusykilan berkaitan dengan Garis Panduan ini bolehlah dirujuk kepada : Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia Aras 2, Blok E 13, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 PUTRAJAYA ( U.P. : Unit Kursus Dalam Perkhidmatan ) Tel: 03-88841307 / 03-88841291 Faks : 03-88893570 ATAU Jabatan Pelajaran Negeri / Pejabat Pelajaran Gabungan / Pejabat Pelajaran Daerah yang berhampiran. 9

PENGOPERASIAN PELAKSANAAN KAEDAH LATIHAN SECARA PEMBACAAN BUKU BAGI MELENGKAPKAN KURSUS LDP SECARA SCHOOL BASED DI SEKOLAH 1 Carta Alir Kerja Rujuk Garis Panduan Pelaksanaan Latihan Dalam PerkhidmatanSchool Based 2 3 1. Pelantikan Jawatankuasa LDP peringkat sekolah 2. Taklimat bahan bacaan untuk guru Maklumkan mengenai ; jenis buku berdasarkan 3 komponen yang ditetapkan borang-borang yang akan digunakan Sesi pembentangan bermula bulan Mac sehingga bulan November 4 5 6 3. Penyediaan /Makluman Jadual Pembentangan 4. Pembentangan / Pernilaian / Pemantauan 5. Dokumentasi 1. Pembentangan mengikut jadual (Lampiran B) 2. Penilaian dilakukan oleh peserta (Lampiran E) 3.Pemantauan oleh pentadbir (Lampiran F) 1. Rekod bacaan (Lampiran A) 2. Borang Sinopsis (Lampiran C) 3. Rekod Kehadiran pembentangan (Lampiran D) 4. Borang Penilaian Pembentangan (Lampiran E) 5. Borang Pemantauan (Lampiran F) 6. Laporan 1. Penghantaran laporan bacaan (April, Julai, Oktober) ke Unit LDP (PPD / JPN) 2. Penghantaran Kad Pelaporan Latihan ke Unit LDP PPD / JPN (akhir tahun) 10

PENGOPERASIAN PELAKSANAAN KAEDAH LATIHAN SECARA PEMBACAAN BUKU BAGI MELENGKAPKAN KURSUS LDP SECARA SCHOOL BASED DI SEKOLAH 1 Carta Aliran (Guru) 1. Pemilihan buku - Berdasarkan 3 bidang latihan : a. Pengetahuan Profesionalisme b. Kemahiran Profesionalisme c. Amalan dan Nilai Profesionalisme Keguruan - Buku yang dipilih mengandungi sekurang-kurangnya 50 m/s 2 2. Pengesahan / rekod pentadbir sekolah Borang Rekod Pengesahan dan Pembacaan buku dilengkapkan dan disahkan (Lampiran A) 3 3. Pembacaan Buku sekurang-kurangnya 50 m/s 4 4. Borang Sinopsis Lengkapkan Borang Sinopsis (Lampiran C) 5 5. Pembentangan 1. Pembentangan mengikut jadual yang disediakan (Lampiran B) 2. Ulasan buku mesti merangkumi sinopsis buku, pengetahuan yang diperolehi dan aplikasi ilmu 6 6. Penilaian / Pengesahan 1. Penilaian dilakukan oleh peserta dengan mengunakan Borang Penilaian Pembentangan (Lampiran E) 2. Hantar Borang Sinopsis untuk pengesahan (Lampiran C) 7 7. Dokumentasi Borang Sinopsis diserahkan kepada SU LDP untuk difailkan (Lampiran C) 11

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Lampiran A BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU REKOD PENGESAHAN DAN PEMBACAAN BUKU - LATIHAN SECARA PEMBACAAN BUKU NAMA SEKOLAH : KOD SEKOLAH : NAMA GURU : BIDANG JUDUL (BIL. MUKA SURAT) PENGARANG TARIKH PEMBACAAN TARIKH PEMBENTANGAN TANDA TANGAN PENTADBIR Pengetahuan Profesionalisme Kemahiran Profesionalisme Amalan Dan Nilai Profesionalisme 12

JADUAL PEMBENTANGAN Lampiran B NAMA SEKOLAH : KOD SEKOLAH : Bil. Tarikh Nama Pembentang Judul Buku 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 Disediakan oleh, Disahkan oleh,...... ( ) ( ) 13

Lampiran C BORANG SINOPSIS BUKU Nama Sekolah: Kod Sekolah: 1. Nama Guru 2. Judul 3. Bidang: 4. Tarikh Pembentangan 5. Masa: 6. Tempat Pembentangan 7. Sinopsis 8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran 9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P Disediakan oleh, Disahkan oleh,...... ( ) ( ) 14

Lampiran D BORANG KEHADIRAN PESERTA LATIHAN SECARA PEMBACAAN BUKU (BOOK REVIEW) Nama Sekolah : Tarikh : Tempat Pembentangan : Masa Pembentangan : Bil. Nama Peserta Kad Pengenalan Tandatangan Disahkan oleh, ( ) 15

Lampiran E KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU BORANG PENILAIAN PEMBENTANGAN Diisi oleh peserta Nama Pembentang : Judul Buku : Bidang : A / B / C (Bulatkan yang sesuai) Tarikh / Hari : Masa : Tempat : ARAHAN Sila tandakan ( _/ ) di ruangan yang disediakan. BIL PERKARA YA PENILAIAN TIDAK 1. Tajuk slot sesuai dengan keperluan diri / tugas saya 2. 3. Isi kandungan berjaya meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai profesionalisme Isi kandungan membolehkan saya mengamalkannya dalam tugasan seharian (organisasi / P&P ) 4. Pembentang bersifat bersedia, yakin dan terbuka. 5. Penggunaan masa yang optimum 6. Bahan edaran bersesuaian dengan tajuk (jika ada) Dinilaikan Oleh,... ( ) 16

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU Lampiran F Diisi oleh PPD / Pengetua /Guru Besar yang memantau BORANG PEMANTAUAN TAHUN Nama Sekolah : Kod Sekolah: Nama Pembentang: Judul Buku : Bidang : A / B / C (Bulatkan yang sesuai) Tarikh : Masa : Tempat : ARAHAN: Sila tandakan setuju atau tidak setuju pada ruang yang disediakan Diskripsi Bil Item Kandungan Pembentangan Pengurusan Pembentangan 1 Judul buku sesuai dengan keperluan guru. Isi kandungan pembentangan dapat meningkatkan 2 pengetahuan, kemahiran dan nilai profesionalisme guru Isi kandungan pembentangan dapat membantu guru 3 meningkatkan kualiti P&P 4 Pembentang dapat mengulas buku dengan baik. 5 Program dapat dijalankan mengikut perancangan Guru mendapat pengetahuan / kemahiran daripada 6 pembentangan Interaksi antara pembentang dengan peserta berjalan 7 lancar 8 Pembentang menggunakan masa yang optimun 9 Kehadiran peserta adalah memuaskan Ulasan umum pemantauan pembentangan : Penilaian Tidak Setuju Setuju Kekuatan Kelemahan Cadangan Tandatangan Pemantau Nama: Tarikh: 17