Katakunci : masalah pelajar perdana, latihan industri

dokumen-dokumen yang mirip
National Seminar Memperkasakan Sistem Pendidikan, Puteri Pan-Pacific, Johore bahru, October 2003

Katakunci : penggunaan internet, guru sekolah rendah

Yahya Buntat, Muhammad Rashid Rajuddin, Kandar Selamat, Muammad Sukri Saud Jabatan Pendidikan Kejuruteraan Dan Teknikal Fakulti Pendidikan

Katakunci : pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris (PPSMI)

KAJIAN TERHADAP MINAT MEMBACA DI KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI LEDANG

Katakunci : faktor, guru PKPG, melanjutkan pelajaran

Keberkesanan Menjalani Latihan Industri Di Kalangan Pelajar Pelajar Politeknik Sultan Abdul Halim Mu adzam Shah

Katakunci : amalan kemahiran generic, guru pelatih aliran teknik dan vokasional, latihan mengajar

Penyelidikan Pelajar Sarjana Pendidikan Islam UKM: Fokus Dan Hala Tuju. oleh. Shahrin Awaludin Fakulti Pendidikan UKM

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Katakunci : persepsi pelajar, mata pelajaran vokasional (MPV), Landskap dan Nurseri

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

Katakunci : faktor, pemilihan kerjaya perguruan

Pelaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus Kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah Menengah Dalam Bandar Di Daerah Kuantan, Pahang

Abd. Wahid Bin Mukhari & Ruslaili Bt Md. Amin Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. prosedur menjalankan penyelidikan kajian. Pengkaji

Katakunci :makmal komputer, guru

PENGURUSAN KOKURIKULUM DAN HUBUNGANNYA DENGAN TAHAP PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM. MOHD NOR BIN JAAFAR, Ph.

BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT

MASALAH PELAJAR DIPLOMA MEDIA DIGITAL (VIDEO & PENGAJIAN FILEM) TERHADAP PENCAPAIAN MARKAH TUGASAN

MAKLUM BALAS PELAJAR TERHADAP PROGRAM PRASISWAZAH FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN (FASS)

Katakunci : faktor, masalah disiplin, pelajar sekolah menengah

ABSTRAK. persampelan tersebut yang melibatkan persampelan rawak mudah dan sistematik.

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

Yahya Bin Buntat & Noor Al Mahdin Bin Mohamad Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Katakunci : aplikasi kerja amali, elemen ekinomi rumah tangga, kehidupan seharian

BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat.

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Pengaruh Pengetahuan Agama ke Atas Amalan Agama dan Gaya Hidup Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

Faktor-Faktor Pendorong Guru-Guru Teknikal Bukan Siswazah Menyambung Pengajian Memiliki Ijazah Muhammad Sukri Saud & Norhisham Monil

Katakunci : persediaan guru pelatih, keperluan modal insan

MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK TAHUN LIMA DALAM BAHASA INGGERIS

Katakunci : mata pelajaran vokasional

BAB TIGA : KAEDAH PENYELIDIKAN

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

Katakunci : persepsi guru, faktor. Kelas tuisyen

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Prestasi Akademik, Disiplin, dan Minat Pelajar Sekolah Menengah Asrama Penuh Di Negeri Pahang.

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK OKT 2008

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB KELIMA TINJAUAN KEBERKESANAN MODUL

Gaya Hidup Pelajar Cemerlang dalam Persekitaran Kampus

GARIS PANDUAN AMALAN LATIHAN INDUSTRI/PRAKTIK

Katakunci : pengurusan konflik, peserta program khas pensiswazahan, guru besar

PERSEPSI PENAGIH, IBUBAPA DAN MASYARAKAT TERHADAP DADAH. oleh

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. langkah-langkah yang akan dilaksanakan dalam proses pengumpulan data

ASPIRASI PEKERJAAN PARA PELATIH INSTITUT KEMAHIRAN MARA (IKM) JOHOR BAHRU TERHADAP LATIHAN YG DIIKUTI

SISTEM PENGURUSAN PENYELENGGARAAN BANGUNAN INSTITUT KEMAHIRAN MARA

Pengupayaan dalam pengurusan moden, merupakan komponen yang memainkan peranan penting ke arah keberkesanan dan kejayaan sesebuah organisasi.

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

INSTRUMEN KAJIAN RINTIS SISTEM PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Bab ini akan membincangkan kaedah-kaedah yang digunakan untuk mengumpul

Analisis Persepsi Bakal Graduan Program Sains Maklumat Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

OREIENTASI PEMBELAJARAN DI KALANGAN PELAJAR INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AWAM DI PENCAPAIAN DALAM AKADEMIK

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

BAB 1 PEMBANGUNAN PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN (PTP) UNTUK PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN FASILITI DI UTM

KEBERKESANAN PELAKSANAAN PROGRAM LUKISAN KEJURUTERAAN DARI ASPEK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. mendapatkan data yang boleh dipercayai, ia merangkumi tiga aspek penting yang menjadi METODOLOGI KUANTITATIF

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

KEBERKESANAN PERLAKSANAAN MATA PELAJARAN KOMPENAN KEMAHIRAN HIDUP (SAINS PERTANIAN) DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH PONTIAN BERDASARKAN MODEL KIPP

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

PENGLIBATAN DAN PRESTASI KOPERASI DALAM SEKTOR PERUMAHAN DI MALAYSIA

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB V KESIMPULAN. Setelah meneliti hasil kajian yang dirancangkan di Bab IV, bab ini akan

6. PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK SARJANA MUDA BACHELOR S DEGREE PROJECT GUIDELINES

PERSEPSI GURU TERHADAP PROFESION PERGURUAN MASA KINI. Abdul Rahin Bin Hamdan Ahmad Johari Bin Hj Sihes Jamaluddin Bin Ramli Rosliza Binti Hamzah

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

BAB TIGA METODOLOGI PENYELIDIKAN. Bab ini akan membincangkan panduan dan kaedah yang digunakan dalam kajian ini.

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Kajian tinjauan (survey) ini merupakan kajian inferensi dengan menggunakan

Katakunci : faktor, tuisyen Bahasa Inggeris

TAHAP PERSEDIAAN BAKAL GURU FIZIK DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA DALAM MELAKSANAKAN PENGAJARAN FIZIK DENGAN MENGGUNAKAN BAHASA INGGERIS LOW BEE YEN

PERMASALAHAN DI KALANGAN GURU BERKELUARGA YANG MELANJUTKAN PELAJARAN DI UNIVERSITI

Oleh : Firdaus bt Abdul Fatah, Norlela bt Ali & Mohd Aminuddin b Ab Rahaman

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

TAJUK PROJEK: AKTIVITI KESEDARAN KECEKAPAN TENAGA DAN AUDIT TENAGA BAGI INSTITUT PENDIDIKAN GURU WILAYAH UTARA MALAYSIA

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

BAB I PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB LIMA: RUMUSAN DAN CADANGAN. Di dalam bab ini, penyelidik merumuskan dapatan kajian yang dihuraikan menerusi

Transkripsi:

Masalah Yang Dihadapi Oleh Pelajar Perdana Jabatan Pendidikan Teknik Dan Kejuruteraan (JPTK) Fakulti Pendidikan, UTM Dalam Menjalani Latihan Industri Ahmad Johari Sihes & Mariati Muda Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia Abstrak : Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau masalah yang dihadapi oleh pelajar perdana Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan (JPTK) Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia dalam menjalani latihan industri. Masalah yang dikaji adalah daripada aspek penempatan pelajar, aspek hubungan komunikasi antara majikan dan rakan sekerja dengan pelajar, aspek keselamatan di industri dan aspek beban kerja oleh pihak industri terhadap pelajar yang menjalani latihan industri. Responden yang terlibat dalam kajian ini adalah terdiri daripada 103 orang pelajar. Data-data kajian diperolehi melalui borang soal selidik dan dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Pakage for Social Sciences Windows 15.0 (SPSS). Peratusan digunakan untuk mentafsirkan setiap pernyataan yang dinyatakan itu. Dapatan kajian menunjukkan bahawa masalah utama ialah masalah penempatan. Seterusnya masalah kedua adalah masalah yang berkaitan dengan aspek beban kerja dan diikuti oleh masalah yang berhubung dengan aspek hubungan komunikasi. Manakala masalah yang kurang dihadapi oleh pelajar yang menjalani latihan industri adalah daripada aspek keselamatan di tempat industri. Akhir sekali, cadangan yang sesuai telah dikemukakan untuk memperbaiki pelaksanaan Program Latihan Industri agar ia menjadi lebih berkesan bagi mencapai objektif program tersebut. Katakunci : masalah pelajar perdana, latihan industri Pengenalan Pembelajaran adalah sesuatu bidang kemahiran yang memerlukan penumpuan yang optimum oleh pelajar dalam bidang teori dan juga praktikal. Ini dapat mewujudkan insan yang seimbang daripada aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Usaha ini adalah bagi melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Selain itu, ia juga akan dapat melahirkan rakyat yang berilmu untuk menjadi tenaga kerja yang separuh mahir dan mahir dalam pelbagai bidang teknologi bagi menampung keperluan industri negara yang sedang berkembang pesat. Melalui latihan industri, pelajar dapat melihat bagaimana ilmu-ilmu yang dipelajari di universiti dapat dipraktikkan dalam proses pembangunan dan pengurusan harian sesebuah organisasi semasa menjalani latihan industri. Ia juga dapat mempertingkatkan kemahiran dan pengalaman pelajar itu sendiri. Sehubungan dengan itu, latihan industri memainkan peranan sebagai titik persediaan bagi mendedahkan pelajar kepada keadaan kerja atau situasi sebenar alam pekerjaan. Melalui program ini juga, UTM dapat melahirkan graduan yang mempunyai kemahiran dan kepakaran bagi memenuhi keperluan semasa negara. Oleh itu, semua pihak perlu berganding bahu bagi mencapai keberkesanan Program Latihan Industri. Pihak industri mahupun pihak Fakulti perlu melaraskan program ini dengan sebaiknya supaya program ini dapat memberi manfaat sepenuhnya kepada pelajar yang menjalani latihan industri.

Pernyataan Masalah Berdasarkan kepada latar belakang masalah di atas, penyelidik ingin mengkaji tentang masalah penempatan pelajar semasa menjalani latihan industri, hubungan komunikasi pelajar antara majikan dan rakan sekerja, masalah keselamatan di tempat industri dan beban kerja daripada pihak industri kepada pelajar yang menjalani latihan industri. Oleh itu, kajian dijalankan adalah untuk mengetahui permasalahan yang wujud daripada latihan yang diterima, sama ada dapat memberikan hasil yang positif atau sebaliknya kepada pelajar yang terlibat. Objektif Kajian Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menilai masalah pelajar perdana Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan (JPTK) Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia dalam menjalani latihan industri, agar tindakan susulan dapat diambil bagi membantu pelajar memperolehi pengalaman bekerja dalam alam pekerjaan yang sebenar. Objektif kajian ini adalah untuk: i. Mengenalpasti masalah daripada aspek penempatan pelajar perdana dalam menjalani latihan industri. ii. Mengenalpasti masalah daripada aspek hubungan komunikasi yang baik antara majikan dan rakan sekerja dengan pelajar perdana dalam menjalani latihan industri. iii. Mengenalpasti masalah daripada aspek keselamatan di tempat industri terhadap pelajar perdana dalam menjalani latihan industri. iv. Mengenalpasti masalah daripada aspek beban kerja oleh pihak industri terhadap pelajar perdana dalam menjalani latihan industri. Kepentingan Kajian Kajian ini dijalankan adalah untuk memberi gambaran dan maklumat yang jelas sama ada pelajar mempunyai masalah atau sebaliknya dalam menjalani latihan industri. Pengkaji ingin menegaskan bahawa kajian yang dibuat mempunyai pelbagai kepentingan berdasarkan persoalan yang dikemukakan. Pengkaji juga menaruh harapan yang tinggi, semoga hasil kajian yang bakal diperolehi akan memberi faedah yang besar kepada pihak yang berkenaan terutamanya pelajar yang akan menjalani latihan industri. Di antara kepentingannya: i. Sebagai panduan kepada pihak Fakulti Pendidikan, UTM khususnya di Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan (JPTK) dan penyelaras Program Latihan Industri dalam usaha mempertingkatkan keberkesanan agar bersesuaian dengan objektif program. ii. Kajian ini juga dapat dijadikan panduan dan rujukan kepada pihak industri yang akan mengambil pelajar untuk menjalani latihan industri. iii. Selain itu, hasil daripada kajian ini boleh dijadikan panduan oleh pelajar dalam menyiapkan diri untuk menjalani latihan industri. Ia juga dapat membantu pelajar memupuk minat dikalangan pelajar yang akan menjalani latihan industri. iv. Hasil maklum balas daripada responden serta dapatan daripada kajian ini, diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat khususnya kepada pelajar, penyelia latihan industri, dan pihak Fakulti yang menguruskan hal yang berkaitan dengan program latihan industri.

v. Hasil kajian ini juga akan dapat membantu penyelia bagi program latihan industri yang diamanahkan oleh pihak Fakulti supaya dapat merancang aspek penyeliaan yang bersesuaian dengan program tersebut. Rekabentuk Kajian Kajian ini adalah kaedah deskriptif yang berbentuk kajian kes. Menurut Merriam (1988, dalam Mahadzir Ibrahim, 1999) kajian kes merupakan satu pemeriksaan yang spesifik terhadap sesuatu situasi seperti sebuah program, satu pertandingan, sebuah proses, sebuah institusi atau kumpulan sosial. Dalam kajian ini, instrumen yang digunakan adalah berbentuk soal selidik yang diedarkan kepada pelajar perdana Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan (JPTK) Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia dalam menjalani Latihan Industri. Soal selidik dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B. Bahagian A mengandungi soalan yang berkaitan dengan latar belakang responden dan bahagian B adalah berkaitan dengan maklumat yang hendak dikaji. Pengkaji akan membuat pentaksiran secara menyeluruh berdasarkan data yang diperolehi. Populasi Kajian Abdul Majid (2000) menyatakan bahawa, populasi akan menentukan bidang masalah yang perlu dikaji bagi mendapatkan maklumat dan data. Seterusnya maklumat tersebut dikumpul dan analisis. Populasi kajian yang dipilih adalah terdiri daripada pelajar perdana Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan (JPTK) Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia yang menjalani Latihan Industri. Jadual 1: Taburan Saiz Populasi Instrumen Kajian Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk soal selidik. Soal selidik digunakan kerana ia lebih mudah untuk mendapatkan kerjasama responden (Mohd Majid, 1994). Responden bebas memilih dan menyatakan pendapat, menilai mengikut kehendak soal selidik berdasarkan pengalaman yang telah dilalui oleh pelajar perdana Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan (JPTK) dalam menjalani latihan industri. Soal selidik mempunyai beberapa kelebihan jika dibandingkan dengan cara-cara lain bagi mendapatkan maklumat. Antara kebaikan menggunakan soal selidik ialah: i. Kaedah ini adalah lebih cepat dan boleh menjimatkan masa dan perbelanjaan. ii. Responden lebih berani dan bersedia untuk memberi maklumbalas terhadap aspek yang dikaji. Oleh itu, penyelidik berasa lebih yakin dengan data-data yang diperolehi. Soal selidik ini direkabentuk berdasarkan persoalan kajian. Borang soal selidik yang dikemukakan kepada responden terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian

B. Bahagian A mengandungi soalan yang berkaitan dengan latar belakang responden manakala bahagian B mengandungi soalan-soalan yang berkaitan dengan kajian yang dijalankan. Kajian Rintis Kajian rintis tersebut telah dijalankan ke atas sepuluh orang pelajar 4 SPH PKPG yang menjalani latihan industri. Kajian rintis ini bertujuan untuk menguji kesahan serta kebolehpercayaan soalan-soalan yang dikemukakan iaitu sebelum kajian sebenar dijalankan. Selain itu, ia juga bertujuan untuk mengetahui sejauhmana responden memahami item soalan yang dikemukakan. Ini bertujuan supaya penyelidik dapat menjadikannya sebagai panduan memperbaiki soalan-soalan yang dikemukakan sebelum kajian sebenar dijalankan. Menurut Mohd Majid (1994), ujian Alpha Cronbach digunakan kerana ia merupakan salah satu ujian statistik bagi mendapat koefisien kebolehpercayaan. Nilai indeks kebolehpercayaan yang melebihi 0.6 (>0.6) bolehlah digunakan sebagai alat ukur untuk sesuatu kajian. Julat adalah berdasarkan Alpha Cronbach menggunakan perisisan SPSS 15.0. Julat dalam kajian rintis yang dijalankan ini mendapat hasil indeks 0.76. Ini menunjukkan bahawa soal selidik ini boleh digunakan. Selain itu, beberapa item-item tertentu telah diubah dari segi tatabahasanya bagi menghasilkan soalan yang benar-benar boleh difahami oleh responden tanpa keliru. Analisis Data Merujuk kepada jadual 2, hasil dapatan kajian bagi keseluruhannya menunjukkan bahawa, masalah yang dihadapi oleh responden hanya berada pada tahap yang sederhana. Ini menunjukkan purata keseluruhan min yang tertinggi berdasarkan persoalan kajian adalah 3.1 iaitu persoalan kajian 1. Manakala purata keseluruhan min yang kedua tertinggi adalah 2.9 bagi persoalan kajian 4, diikuti sebanyak 2.6 bagi persoalan kajian 2 dan sebanyak 2.3 bagi persoalan kajian 3. Jadual 2 : Taburan Min Berdasarkan Persoalan Kajian

Perbincangan Berdasarkan keseluruhan skor min pada aspek penempatan, didapati bahawa masalah ini berada pada tahap sederhana iaitu 3.1 daripada 5.00. Oleh itu, masalah daripada aspek penempatan sedikit sebanyak mendatangkan masalah kepada pelajar yang menjalani latihan. Ini jelas menunjukkan sebanyak 52.9% responden menyatakan setuju yang mereka mempunyai masalah daripada aspek penempatan. Pelajar-pelajar menghadapi kesukaran mencari tempat latihan dan tempat tinggal yang sesuai semasa menjalani latihan. Oleh kerana tempat latihan hanya terhad kepada lima buah negeri sahaja, keadaan ini menyukarkan pelajar-pelajar untuk mendapatkan tempat latihan dan tempat tinggal. Berdasarkan keseluruhan skor min pada aspek hubungan komunikasi, didapati bahawa masalah ini berada pada tahap sederhana iaitu 2.63 daripada 5.00. Ini jelas menunjukkan hanya 31.6% daripada responden menyatakan setuju yang mereka mempunyai masalah daripada aspek hubungan komunikasi. Ini adalah kerana terdapat segelintir daripada pelajar menghadapi masalah hubungan komunikasi yang baik dengan majikan dan rakan sekerja. Walaupun masalah ini berada pada tahap yang sederhana, namun sekiranya masalah ini berpanjangan, ini akan menimbulkan masalah kepada pelajar daripada segi mendapatkan tunjuk ajar daripada pihak industri itu sendiri. Berdasarkan keseluruhan skor min pada aspek keselamatan di tempat industri, didapati bahawa masalah ini berada pada tahap rendah iaitu 2.3 daripada 5.00. Ini jelas menunjukkan hanya 23.6% daripada responden menyatakan setuju yang mereka mempunyai masalah daripada aspek keselamatan di tempat industri. Ini memberikan gambaran yang jelas bahawa, kebanyakkan pelajar tidak mempunyai masalah berhubung aspek keselamatan di tempat kerja. Namun begitu, keselamatan di tempat kerja merupakan faktor yang penting serta perlu diambil kira semasa melakukan sesuatu kerja supaya dapat terhindar dari risiko bahaya terutama dari aspek keselamatan diri, orang disekeliling, mesin, peralatan dan bebas daripada gangguan seksual. Berdasarkan keseluruhan skor min pada aspek beban kerja di industri, didapati bahawa masalah ini berada pada tahap sederhana iaitu 2.88 daripada 5.00. Oleh itu, masalah daripada aspek beban kerja sedikit sebanyak mendatangkan masalah kepada pelajar yang menjalani latihan. Ini jelas menunjukkan hanya 39.1% daripada responden menyatakan setuju yang mereka mempunyai masalah dari aspek beban kerja oleh pihak industri. Ini menunjukkan aspek beban kerja sedikit sebanyak menimbulkan masalah kepada pelajar yang menjalani latihan industri. Ini adalah kerana terdapat segelintir daripada pelajar yang menjalani latihan industri menghadapi masalah daripada aspek beban kerja yang banyak daripada pihak industri. Oleh kerana ada di kalangan pelajar yang tidak pernah melibatkan diri di alam pekerjaan, keadaan ini akan menyebabkan pelajar berkenaan tidak biasa melakukan kerja di industri yang sebenar. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa, aspek-aspek yang dikaji mempunyai beberapa masalah kepada pelajar perdana Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan (JPTK) dalam menjalani latihan industri. Daripada aspek penempatan dan beban kerja menunjukkan bahawa masalah ini berada pada tahap sederhana. Manakala aspek hubungan komunikasi antara majikan dan rakan sekerja dengan pelajar dan aspek keselamatan di tempat industri pula hanya berada pada tahap yang rendah. Walaupun hasil kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa keseluruhan persoalan kajian, mempunyai masalah pada tahap sederhana kepada pelajar, tetapi beberapa kelemahan yang dikesan boleh diperbaiki agar ia dapat memberi kesan positif dan dapat menggambarkan sesuatu latihan yang benar-benar mantap dan sempurna.

Keseluruhannya dapat dirumuskan bahawa, aspek penempatan dan beban kerja sedikit sebanyak mendatangkan masalah kepada segelintir pelajar yang menjalani latihan industri. Rujukan Ahmad Zamri Hamid (2000). Tinjauan Terhadap Pengetahuan Dan Amalan Keselamatan Oleh Pelajar Kejuruteraan Awam Politeknik Ungku Omar Yang Menjalani Latihan Industri Di Tapak Bina. Universiti Teknologi Malaysia : Projek Sarjana Muda. Buku Panduan Latihan Praktik (2004), Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat : Universiti Teknologi Malaysia. David (2004). Melaksanakan pengurusan keselamatan menyeluruh. Skudai : Penerbit UTM. Hairul Anuar Hussain (1996). Tinjauan Amalan Program Latihan Industri Pelajar Politeknik Sultan Haji Ahmad Syah. Universiti Teknologi Malaysia : Projek Sarjana Muda. Ishak Limat (1993). Kajian mengenai kesesuaian latihan industri bagi pelajar-pelajar aliran kemahiran (MLVK) di SMV. Universiti Teknologi Malaysia : Projek Sarjana Muda. Ismail Mohd Salleh (1989). Perkembangan Sektor Perindustrian Di Malaysia. Kuala Lumpur : AMK Interaksi Sdn.Bhd. Kamus Dewan (1991). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamus Dewan (1996). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd. Majid Konting (1990). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kementerian Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Panduan Latihan Industri (2003). Fakulti Pendidikan : Universiti Teknologi Malaysia. Paul Navaratnam (2006, 11 Ogos). Understanding Sexual Harassment. New Straits Time. Rozana Rosedi (2007). Kajian Program Latihan Industri Di Kalangan Pelajar Tahun Empat Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam, Elektrik, Mekanikal) Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Universiti Teknologi Malaysia : Projek Sarjana Muda. Saari Yazit (1999). Keberkesanan Menjalani Latihan Industri Di Kalangan Pelajar Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Jitra, Kedah. Ambilan Januari 1997, Skudai UTM. Universiti Teknologi Malaysia : Projek Sarjana Muda. Siti Fatimah Mustafa (2002). Gangguan Seksual Di Tempat Kerja Kajian Dalam Sektor Perindustrian Di Sekitar Johor Bahru. Universiti Teknologi Malaysia : Projek Sarjana Muda. Yahya Buntat (2004). Integrasi Kemahiran Employability Dalam Program Pendidikan Vokasional Pertanian Dan Industri Di Malaysia. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis PhD.