KANDUNGAN. Pengenalan 1. Latarbelakang 1-2. Objektif 2. Kadar Bantuan Kewangan dan Kos Yang Dibenarkan. Syarat-syarat Kelayakan Untuk Majikan-majikan

dokumen-dokumen yang mirip
PEKELILING MAJIKAN NO.11/2014. TUNTUTAN GERAN LATIHAN SECARA ATAS TALIAN (e-claim) BAGI MAJIKAN DAN PENYEDIA LATIHAN

Garis Panduan Bagi Perbelanjaan Potongan Dua Kali Untuk Perbelanjaan Penyelidikan Dan Pembangunan Di Bawah Seksyen 34A Akta Cukai Pendapatan 1967

Garis Panduan Mengikuti Kursus Anjuran Dalaman, Luaran dan Luar Negara

ISI KANDUNGAN SYARAT SYARAT DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. PENDAHULUAN 1 2. TAFSIRAN 1-2

MANUAL PENGGUNA SISTEM eclaim (PEMOHON)

S i r i P e n d i d i k a n S I D C. Ke Arah Menjadi Remisier

ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2.

MANUAL PENGGUNA (PEMOHON)

PERATURAN SKIM SANGKUT INDUSTRI / LATIHAN INDUSTRI UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA UPM EDUCATION & TRAINING SDN. BHD. (UPM ET)

Murid yang layak memohon bantuan yuran adalah terdiri daripada:

UTHM.PB/100.6/4 Jld. 20 ( 12 ) Tarikh: 22 Mei 2014 PEKELILING BENDAHARI BIL. 2/2014

BAB 3 PENGURUSAN TERIMAAN

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP19 : GARIS PANDUAN MENGENAI KUMPULAN WANG LIKUIDITI PUSAT BAHAGIAN A : PENGENALAN

PEKELILING BENDAHARI BIL.2/2009 PERATURAN PEMBAYARAN PELAJAR

PENGURUSAN KERJA LUAR STAF

GARIS PANDUAN MENGHADIRI PROGRAM LATIHAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

SYARAT PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN UNTUK MENGHADIRI KONFERENSI/WOKSYOP LUAR NEGARA


GARIS PANDUAN DANA TOP DOWN UKM (Jangka Pendek)

GARIS PANDUAN PENGURUSAN DANA ENDOWMEN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)

LAMPIRAN A GARIS PANDUAN PENGURUSAN KEWANGAN PERUNTUKAN BANTUAN BAYARAN TAMBAHAN PERSEKOLAHAN (BBTP)

PANDUAN UNTUK PEMOHON PERKONGSIAN ANTARABANGSA

PEKELILING BENDAHARI BIL 2 TAHUN 2008 GARIS PANDUAN BAGI PERBELANJAAN SECARA BERHEMAT

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

Polisi Perlindungan Data Peribadi (Semakan 1 Jun 2017)

SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 TAHUN 2016 GARIS PANDUAN KAD KORPORAT PTJ (KKP) UNIVERSITI SAINS MALAYSIA


PROGRAM PINJAMAN LATIHAN KEMAHIRAN KEPADA GOLONGAN PEKERJA

BAB 12 BIASISWA & AKAUN PELAJAR

PEKELILING BENDAHARI BIL. 3 TAHUN 2013 TATACARA PERMOHONAN DAN PELARASAN WANG PENDAHULUAN

GARIS PANDUAN DANA IMPAK PERDANA (DIP)

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

PANDUAN DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL

PANDUAN UNTUK PEMOHON FIRMA GUAMAN ASING BERKELAYAKAN

GARIS PANDUAN PENANGGUNGAN KERJA

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

Garis panduan ini merangkumi semua jenis pinjaman / pembiayaan kenderaan bagi staf UPM yang bertaraf tetap dan kontrak.

PEKELILING BENDAHARI BIL.2/2009 PERATURAN PEMBAYARAN PELAJAR

PEKELILING BENDAHARI BIL. 3 Tahun 2014 GARIS PANDUAN KEMUDAHAN KAD KORPORAT

DASAR dan GARIS PANDUAN PERUNDINGAN Universiti Teknologi MARA

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENAMBAHBAIKAN DASAR DAN GARIS PANDUAN INSENTIF BAGI STAF PENTADBIRAN YANG MELANJUTKAN PENGAJIAN

GARIS PANDUAN GERAN GALAKAN PENYELIDIKAN INDUSTRI/KOMUNITI. No. Isu No. Semakan Tarikh Kuatkuasa

AKAUN MATAWANG ASING TERMA DAN SYARAT

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Skim Pampasan Pekerja Asing

JPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009

GARIS PANDUAN TUNTUTAN ELAUN LATIHAN AMALI DAN ELAUN TESIS PELAJAR TAJAAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

BAB 14 AUDIT DALAMAN

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

FADZILLAH BINTI RAHMAN

MAKLUMAT UMUM IKLAN DAN PERMOHONAN JENIS PROGRAM PROGRAM PENGAJIAN

GARIS PANDUAN ELAUN KEMUDAHAN KOMPUTER/NOTEBOOK KEPADA PENSYARAH DAN PEGAWAI PENGURUSAN DAN PROFESIONAL UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

BAB 4 PENGURUSAN KEWANGAN

PENGURUSAN BAJET 1.0 DEFINISI

ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2.

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEMBERIANAN KHIDMAT LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN BAGI POLITEKNIK MELAKA. Versi Disember 2015

JABATAN BENDAHARI. Bil. Kami : Bil. Tuan : Tarikh :

TAKLIMAT PINJAMAN PENDIDIKAN PTPTN KEPADA PELAJAR BAHARU IPT

Nombor Dokumen USIM / PK / 14. Prosedur LATIHAN INDUSTRI PELAJAR

TATACARA TERIMAAN WANG 2.0 TANGGUNGJAWAB BENDAHARI/ KETUA JABATAN

GARIS PANDUAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN UMS Pusat Penyelidikan dan Inovasi

SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 11 TAHUN 1995 PANDUAN LAWATAN KE LUAR NEGERI KERANA PEROLEHAN KERAJAAN

GARIS PANDUAN SKIM GERAN INOVASI MAHASISWA

BAHAGIAN I PERMULAAN. (1) Undang-undang Kecil ini boleh dinamakan Undang-undang Kecil Koperasi Tenaga Nasional Berhad.

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

KOLEJ UNIVERSITI TEKNIKAL KEBANGSAAN MALAYSIA

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

GARIS PANDUAN GERAN SEPADAN (MATCHING GRANT) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG GARIS PANDUAN MENJALANKAN KERJA PERUNDINGAN DAN KHIDMAT TEKNIKAL

GARIS PANDUAN GERAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN (GUP) UNIVERSTI KEBANGSAAN MALAYSIA

Garis Panduan ini bertujuan untuk menerangkan kaedah pengurusan penilaian permohonan geran penyelidikan yang diuruskan oleh Pejabat TNCPI.

PENGENDALIAN PEMBAYARAN TUNTUTAN PERJALANAN DALAM NEGERI

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR RUJUKAN KAMI : UNIMAP/PEND/101/2-6 (9) TARIKH : 3 OGOS 2012 PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 6 TAHUN 2012

GARIS PANDUAN PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PUSAT KECEMERLANGAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

BAB 10 GAJI DAN EMOLUMEN

KEWANGAN. angkasa MUKA : 1 DARI 5 BIL. SEMAKAN : 7 TARIKH : UNIT : AKAUN DAN KEWANGAN TAJUK : PENYEDIAAN BAYARAN BILANGAN : PRO/KEW/PPK-01

PENYALURAN DANA BANTUAN PELAJAR PENDIDIKAN TINGGI (BPPT) MELALUI KAD DEBIT-i DISKAUN SISWA 1 MALAYSIA (KADS1M DEBIT-i)

GARIS PANDUAN GERAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN (GUP) TOP DOWN PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INSTRUMENTASI (CRIM)

URUSAN SERI PADUKA BAGINDA

PEKELILING PERKHIDMATAN UPM BILANGAN 3 TAHUN 2011 DASAR DAN PROSEDUR PENGAMBILAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PEJABAT BENDAHARI. UTHM.PB/100-6/4/ 1( 19 ) 06 Oktober 2008 PEKELILING BENDAHARI BIL. 13 /2008

GAJI DAN UPAH 1.0 PENGENALAN

Takaful Keluarga. i-great MURNI. Ia Pasti Mudah! TIADA pengunderaitan perubatan. Jumlah Perlindungan Asas sehingga RM500,000.

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Hidup Ikan (TPI) : Pelupusan Ikan

GARIS PANDUAN TADBIR URUS UNTUK GERAN PENYELIDIKAN, KHIDMAT PERUNDINGAN DAN PENYELIDIKAN KONTRAK (CONTRACT RESEARCH)

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

BORANG PERMOHONAN KURSUS KHAS INDUSTRI (KKI) POLITEKNIK KOTA BHARU TAHUN 2017 MAKLUMAT PEMOHON MAKLUMAT TEMPAT BERKURSUS KELULUSAN

BUKU LOG LATIHAN. Tahun : Kementerian Kesihatan Malaysia. No. K.P. Gred Jawatan :. Tempat Bertugas :

GARIS PANDUAN PERMOHONAN GERAN PENYELIDIKAN TIER 1 UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

PANDUAN LATIHAN INDUSTRI PPKK

GARIS PANDUAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN INSENTIF PhD Pusat Penyelidikan dan Inovasi/Jabatan Pendaftar

KAPS-11 Kod Amalan Pengajian Doktoral Industri SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

TERMA & SYARAT TruRewards Program Loyalty

GARIS PANDUAN PEMBERIAN BAUCAR BUKU 1MALAYSIA (BB1M) 2015 BAGI PENJUAL/PEKEDAI BUKU

PROFIL AUDIT DALAM SECARA RINGKAS. Audit Dalam USM ditubuhkan pada tahun 1982

Transkripsi:

ISI KANDUNGAN KANDUNGAN MUKA SURAT Pengenalan 1 Latarbelakang 1-2 Objektif 2 Kadar Bantuan Kewangan dan Kos Yang Dibenarkan Syarat-syarat Kelayakan Untuk Majikan-majikan 2 3-4 Bidang Kemahiran 4-8 Kaedah Latihan 8-11 Prosedur Permohonan 11-12 Kos Latihan dan Dokumen Sokongan Bagi Skim SBL 13-18 Carta Alir Permohonan Geran Latihan 19 Proses Kerja Permohonan Geran Latihan 20-21 Tuntutan Geran Latihan 22-23 Carta Alir Tuntutan Geran Latihan 24-25 Proses Kerja Tuntutan Geran Latihan 26-28

PENGENALAN Buku panduan ini bertujuan memberi penjelasan kepada majikan yang berdaftar dengan Pembangunan Sumber Manusia Berhad mengenai proses kerja dan prosedur yang betul untuk mengemukakan permohonan di bawah Skim Bantuan Latihan (SBL). PSMB berharap dengan buku panduan ini, majikanmajikan akan dapat gambaran yang jelas berhubung proses kerja dan prosedur permohonan geran latihan seterusnya membantu majikan mengemukakan permohonan dengan betul dan memudahkan pemprosesan kelulusan Geran Latihan sejajar dengan piagam pelanggan yang ditetapkan. LATARBELAKANG Skim Bantuan Latihan (Skim SBL), merupakan skim utama Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia (KWPSM). Di bawah skim ini, bantuan kewangan dalam bentuk geran latihan boleh dipertimbangkan bagi semua jenis program latihan yang bersesuaian dengan keperluan majikan yang berdaftar dengan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB). Majikanmajikan adalah bebas mengemukakan cadangan latihan mereka untuk mendapat kelulusan daripada PSMB. Operasi Skim SBL adalah berpandukan kepada prinsipprinsip asas seperti berikut:- (i) PSMB memberi geran latihan khusus sebagai insentif untuk majikan-majikan melatih semula dan meningkatkan kemahiran pekerja-pekerja mereka. Geran latihan yang diberi bukanlah merupakan subsidi untuk latihan; 1

(ii) (iii) Geran latihan di bawah KWPSM hanya diberikan bagi latihan berasaskan keperluan majikan untuk memastikan akauntabiliti di tempat kerja. Di bawah Skim SBL, majikan mestilah mengenalpasti latihan yang diperlukan bagi meningkatkan keupayaan pekerja-pekerja mereka dan bertanggungjawab membiayai sepenuhnya program latihan; dan Di bawah Skim SBL kelulusan daripada PSMB mestilah diperolehi terlebih dahulu sebelum latihan dijalankan. Pembayaran balik kos latihan yang dibenarkan adalah berasaskan kadar bantuan kewangan yang ditentukan oleh PSMB dari semasa ke semasa dan pembayarannya adalah berasaskan TUNTUTAN MAJIKAN. OBJEKTIF Objektif skim ini adalah untuk menggalakan majikanmajikan melatih semula dan meningkatkan kemahiran pekerjapekerja mereka. KADAR BANTUAN KEWANGAN DAN KOS YANG DIBENARKAN Kadar bantuan kewangan dan kos yang dibenarkan seperti yang ditetapkan oleh PSMB adalah sebagaimana dalam GARIS PANDUAN AM. 2

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN UNTUK MAJIKAN-MAJIKAN Semua majikan yang berdaftar dengan PSMB dan telah membayar levi Pembangunan Sumber Manusia untuk bulan pertama pendaftaran adalah layak memohon geran latihan, tertakluk kepada kadar bantuan kewangan serta terma-terma dan syarat-syarat yang ditentukan oleh PSMB dari semasa ke semasa. Untuk layak mendapat geran latihan di bawah Skim SBL, majikan-majikan juga mestilah memenuhi syarat-syarat berikut:- (1) Program latihan mestilah mempunyai struktur tertentu dengan mengambil kira perkara-perkara berikut:- Objektif latihan yang khusus seperti kemahiran yang hendak ditingkatkan dan pengetahuan yang hendak diperluaskan hendaklah dinyatakan secara khusus; Mempunyai suatu program aktiviti latihan atau rancangan pembelajaran; Mempunyai jangkamasa latihan yang khusus; Latihan yang dikendalikan oleh pengajar yang berkelayakan; dan Mempunyai ujian untuk menilai pencapaian objektif latihan. Lawatan sambil belajar dan latihan fizikal semata (out-door training) bukanlah program latihan dan ianya tidak layak untuk mendapat geran latihan. Walau bagaimanapun, program seminar dan persidangan boleh dipertimbangkan tertakluk 3

kepada kadar bantuan kewangan serta terma-terma dan syarat-syarat yang ditentukan oleh PSMB. (2) Semua perbelanjaan yang dilakukan untuk membiayai program-program latihan mestilah ditanggung oleh majikan dan bukan oleh pelatih-pelatih. Majikan-majikan adalah merupakan pihak terbaik untuk mengenalpasti bidang latihan yang diperlukan dan melaksanakan program-program latihan bagi membangunkan kemahiran selaras dengan keperluan syarikat mereka; (3) Pelatih-pelatih mesti menyempurnakan program/kursus dengan kehadiran sekurang-kurangnya 75% bagi setiap modul dan menduduki semua peperiksaan jika diwajibkan. Pembayaran geran hanya akan dibuat apabila kedua-dua syarat tersebut dipenuhi. Syarat-syarat tersebut adalah terpakai bagi kedua-dua program dalaman dan luaran; (4) Program latihan yang memenuhi jumlah jam latihan sekurang-kurangnya tujuh (7) jam adalah layak untuk mendapatkan geran latihan penuh daripada PSMB. Program latihan yang dijalankan sekurangnya empat (4) jam hanya layak diluluskan separuh daripada kelayakan penuh bagi permohonan tersebut; dan (5) Permohonan mestilah dikemukakan secara online melalui laman web PSMB di www.hrdf.com.my. BIDANG KEMAHIRAN Bagi mempergiatkan aktiviti latihan semula kepada pekerja supaya dapat memenuhi keperluan negara bagi kemahiran yang lebih tinggi di semua peringkat tenaga kerja, latihan dan latihan semula di bawah KWPSM. hendaklah sejajar dengan keperluan dan perubahan ekonomi. Buat permulaan, bidang kemahiran seperti berikut adalah layak untuk mendapat bantuan kewangan:- 4

(a) Kemahiran Yang Berkaitan Dengan Komputer Komputerisasi dan penggunaan Teknologi Maklumat adalah kunci kepada peningkatan produktiviti, kebolehpercayaan dan peningkatan kualiti keluaran yang akan menentukan daya saing keluaran barangan Malaysia di pasaran dalam negeri dan luar negeri. Oleh yang demikian, penekanan hendaklah lebih ke arah mengkomputerisasikan semua operasi serta mempercepatkan automasi proses pengeluaran dengan penerimaan dan penggunaan teknologi baru, akan menyebabkan permintaan yang sangat mendesak untuk melatih dan melengkapkan pekerja-pekerja dengan kemahiran komputer. (b) Kemahiran Kraf Penawaran kemahiran kraf yang mencukupi adalah penting untuk menyokong pertumbuhan sektor perkilangan. Kemahiran-kemahiran seperti pembuat alat/acuan, kimpalan, jurugegas elektrik, pemesin dan mekanik adalah sangat diperlukan. Pembangunan kemahiran melalui program perantisan yang bersistematik, latihan sambil kerja yang berstruktur dan latihan di dalam institusi-institusi latihan boleh dipertimbangkan untuk mendapat geran latihan di bawah KWPSM. (c) Kemahiran Teknikal Pembangunan kemahiran teknikal khusus untuk operasi sesebuah syarikat akan disokong oleh KWPSM. Kemahiran teknikal seperti penyelenggaraan jentera, kejuruteraan perkilangan, pneumatik, hidraulik, mikro pemprosesan, elektronik perindustrian, pengawal logik aturcara dan merekabentuk suatu sistem teknikal terlanggan yang tinggi akan membolehkan syarikatsyarikat mencapai satu tahap kualiti dan profesionalisme yang tinggi. Syarikat-syarikat yang merancang secara 5

sistematik untuk menyediakan keperluan asas (kemahiran teori dan praktikal) melalui program latihan di luar waktu bekerja bagi mempercepatkan proses pembelajaran semasa bekerja atau latihan di institusi-institusi oleh penyedia-penyedia latihan, geran latihan akan diberikan di bawah KWPSM. (d) Latihan Pengurusan/Pentadbiran/Penyeliaan Untuk keberkesanan pengurusan syarikat-syarikat, pembangunan yang sistematik dalam kemahiran pengurusan dan penyeliaan adalah sangat penting. Syarikat-syarikat seharusnya mengatur dan merancang proses pembangunan pembelajaran dan pengalaman yang perlu untuk pengurus-pengurus. Program-program latihan ini termasuklah kemahiran pemasaran, kemahiran kewangan seperti analisis kredit, perakaunan dan penentuan kos, pengurusan bahan-bahan perusahaan, pengurusan dan perancangan perniagaan, pengurusan perusahaan, kepimpinan dan organisasi pekerjaan serta kemahiran penyeliaan mestilah komprehensif, praktikal dan mestilah berorientasikan kemahiran untuk memastikan ianya boleh digunakan dalam pekerjaan. (e) Latihan Kemahiran Khusus Dengan kepesatan dalam pengenalan dan penggunaan teknik-teknik yang khusus serta peningkatan pemintaan yang berterusan untuk kreativiti, inovasi dan pembangunan, industri mnyebabkan keperluan kepada pekerja ikhtisas yang lebih terlatih. Untuk memenuhi keperluan ini, latihan semula untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran profesional-profesional adalah begitu penting. Oleh yang demikian, latihan dalam bidang-bidang yang khusus akan dipertimbangkan untuk mendapat bantuan kewangan di bawah KWPSM. 7 6

(f) Kemahiran Penyelidikan Dan Pembangunan Untuk membolehkan syarikat-syarikat melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti penyelidikan dan pembangunan, program-program bagi membangunkan kakitangan/pekerja mereka bagi merekabentuk keluaran dan menjalankan kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan boleh mendapat geran latihan. (g) Program Peningkatan Produktiviti Dan Kualiti Bagi Seluruh Syarikat Untuk memastikan mutu dan daya saing barang keluaran Malaysia di pasaran tempatan dan dunia, adalah penting bagi syarikat-syarikat untuk mencapai peningkatan kecekapan dan mutu operasi mereka. KWPSM akan menyokong program-program latihan seumpama ini bagi melengkapkan semua peringkat tenaga kerja dengan kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk melaksanakan program peningkatan produktiviti dan kualiti bagi seluruh syarikat. Bidang-bidang yang perlu diberi penekanan adalah seperti pengukuran dan analisis produktiviti, pengawalan mutu keseluruhan/mutu peningkatan keluaran dan pengurusan jaminan kualiti. Latihan mengenai penggunaan alat-alat statistik untuk memastikan dan meningkatkan mutu dan kebolehpercayaan keluaran serta teknik-teknik penyelesaian masalah juga boleh dipertimbangkan. (h) Pembelajaran Asas Untuk Latihan Kemahiran Untuk memastikan peluang-peluang latihan bagi semua peringkat tenaga kerja, program pembelajaran asas seharusnya diberi kepada mereka yang tidak mempunyai kebolehan yang cukup dalam kemahiran komunikasi dan matematik, yang merupakan satu keperluan mustahak untuk peningkatan kemahiran selanjutnya. Kemahiran ini juga layak mendapat geran latihan. Untuk memastikan keberkesanan kos dan penggunaan sumber-sumber 7

secara maksimum, syarikat-syarikat adalah digalakkan menjalankan program latihan secara berkumpulan melalui persatuan perdagangan/industri, institusi-institusi latihan ataupun sekolah-sekolah. Yuran yang dikenakan oleh persatuan-persatuan perdagangan/industri latihan berkenaan boleh dituntut daripada KWPSM tertakluk kepada kadar bantuan kewangan serta terma-terma dan syarat-syarat yang ditentukan oleh PSMB. KAEDAH LATIHAN Memandangkan Skim SBL merupakan mekanisme utama bagi pembiayaan latihan di bawah KWPSM, ia sudah tentu akan dapat menawarkan skim latihan yang komprehensif kepada majikan-majikan untuk mempergiatkan aktiviti latihan sejajar dengan keperluan korporat mereka. Bersesuaian dengan falsafah ini, Skim SBL membenarkan beberapa kaedah latihan seperti berikut:- (a) Latihan Dalaman Latihan sebelum bekerja yang disediakan oleh institusiinstitusi latihan pada amnya adalah umum dan tidak begitu sesuai dengan keperluan dunia pekerjaan. Oleh itu, majikan-majikan akan mendapati bahawa mereka perlu melatih semula dan melengkapkan pekerja-pekerja dengan kemahiran-kemahiran khusus yang diperlukan oleh syarikat mereka. Peningkatan pengetahuan dan kemahiran pekerja-pekerja adalah juga perlu selaras dengan pembangunan teknologi dan keluaran yang berlaku di perusahaan-perusahaan. Begitu juga latihan semula dan peningkatan kemahiran adalah diperlukan untuk memudahkan peningkatan mutu keluaran yang tinggi, peningkatan produktiviti, keberkesanan penggunaan kelengkapan dan peralatan dan meningkatkan keberkesanan dan kecekapan organisasi ke arah mencapai objektif dan matlamat korporat dengan 8

lebih berkesan. Dengan demikian, majikan-majikan perlu membangunkan program-program latihan dalaman mereka sendiri yang bukan sahaja akan menghasilkan suatu tenaga kerja yang lebih terlatih, produktif, keberkesanan organisasi dan mempercepatkan peningkatan teknologi. Latihan berasaskan perusahaan boleh juga disediakan di tempat kerja untuk membolehkan pekerja-pekerja membangun dan meningkatkan kemahiran mereka dengan menggunakan alat kelengkapan dan kemudahan pengeluaran di bawah panduan dan penyeliaan seseorang penyelia yang terlatih. Latihan sambil bekerja boleh juga dibangunkan sebagai tambahan latihan amali kepada teori yang diperolehi di tempat lain seperti yang diamalkan dalam skim perantisan. Latihan berasaskan perusahaan boleh juga disediakan di luar tempat kerja di mana-mana pusat latihan dalaman boleh diwujudkan dengan menyediakan bilik-bilik latihan yang lengkap dan menggunakan jurulatih-jurulatih sendiri. Dalam keadaan di mana benar-benar diperlukan, jurulatih-jurulatih luar boleh juga diambil untuk mengendalikan kursus-kursus yang dirancang untuk mencapai keperluan perusahaan berkenaan. (b) Latihan Umum/Luaran (Bukan PROLUS) KWPSM akan mewujudkan peluang-peluang baru bagi penyedia-penyedia latihan tidak kira sama ada institusiinstitusi latihan awam/swasta, firma-firma perunding, pusat-pusat latihan yang diuruskan oleh industri, dewandewan perdagangan dan perindustrian serta persatuanpersatuan industri untuk menyumbang ke arah pembangunan kemahiran yang lebih responsif dan relevan kepada keperluan majikan dalam konteks menggerakkan negara ke arah mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Penyedia-penyedia latihan termasuk politeknik-politeknik dan juga universiti-universiti boleh menyumbang untuk memperkenalkan program-program latihan yang sesuai bagi latihan semula dan peningkatan 9

kemahiran dalam keadaan teknologi dan pasaran yang berubah-ubah. Sungguhpun program latihan boleh ditawarkan semasa waktu bekerja untuk majikan yang boleh melepaskan pekerja-pekerja mereka, adalah mustahak bagi penyediapenyedia latihan menawarkan program pada waktu petang dan hujung minggu untuk sebahagian besar majikan yang tidak dapat melepaskan pekerja-pekerja mereka. Pendekatan seperti ini juga akan membolehkan penggunaan optimum kemudahan latihan sedia ada di institusi-institusi latihan. Dengan demikian, adalah menjadi tanggungjawab majikan-majikan dan penyedia-penyedia latihan untuk bekerjasama rapat sementara PSMB akan menggalak dan memudahkan kerjasama tersebut. (c) Latihan Bersama (Industri Yang Serupa) Perusahaan-perusahaan besar yang mempunyai kelebihan keupayaan latihan boleh menawarkan tempat latihan kepada pekerja-pekerja perusahaan kecil. Walau bagaimanapun, latihan yang ditawarkan mestilah berkaitan kepada keperluan mereka. Latihan-latihan seperti ini dapat memberi faedah kepada perusahaan-perusahaan kecil yang tidak mempunyai kepakaran dan sumber-sumber untuk membangun dan menjalankan program latihan mereka sendiri. Latihan-latihan sedemikian adalah amat berfaedah kepada perusahaan-perusahaan kecil yang membuat kerja subkontrak untuk perusahaan-perusahaan antarabangsa. (d) Latihan Luar Negeri Latihan untuk peningkatan kemahiran seharusnya diadakan di dalam negeri kerana kos pembiayaan latihan di luar negeri adalah tinggi dan terhad bilangannya. Hanya program-program yang tidak dapat dikendalikan di dalam negeri, tetapi didapati amat perlu, permintaan bagi latihan 10

di luar negeri boleh dipertimbangkan mengikut keperluan sesuatu kes. (e) Latihan E-Learning dan Jarak Jauh Bagi membolehkan latihan dijalankan dimana-mana dan bila-bila masa sahaja, PSMB telah meluluskan program latihan secara e-learning dan latihan secara jarak jauh. Ini membolehkan majikan memilih proram yang bersesuaian dengan keperluan pekerja di mana program boleh diambil daripada penyedia latihan yang menawarkan program e- learning samada daripada kalangan Institut Pengajian Tinggi Awam/ Swasta ataupun Penyedia Latihan luar negara. (f) Latihan Secara Job Coach Bagi pekerja yang kurang upaya dimana modul latihan adalah berbeza dengan pekerja normal yang lain, program latihan berbentuk job coach juga boleh dianjurkan kepada pekerja yang kurang upaya. PROSEDUR PERMOHONAN Memandangkan majikan-majikan perlu mendapat kelulusan Urusetia PSMB terlebih dahulu di bawah Skim SBL, permohonan untuk mendapatkan geran latihan mestilah dibuat dengan menggunakan borang PSMB/PGL/1/09 yang boleh dibuat melalui laman web di www.hrdf.com.my. Majikan perlu menggunakan kata laluan yang disediakan untuk menggunakan sistem permohonan ini. Kata laluan perlu dipohon secara rasmi bagi majikan yang tiada maklumat tersebut. Setiap permohonan geran latihan mestilah mengikut garis panduan dan syarat-syarat seperti berikut:- 11

Permohonan hendaklah dihantar dua (2) minggu atau sekurang-kurangnya satu (1) hari sebelum program latihan bermula.. Ini memandangkan jumlah permohonan yang banyak diterima daripada majikan-majikan yang berdaftar dengan PSMB; Dokumen sokongan yang lengkap seperti objektif dan kandungan kursus, jadual harian latihan, sebutharga yuran daripada pengajar luar termasuk pengajar luar negeri, biodata pengajar, senarai bahan latihan guna habis dan harga seunit sekiranya amaun yang dipohon melebihi RM100, sebutharga pengangkutan dan sebutharga pakej sewa hotel/tempat latihan bagi tempoh sesuatu program mestilah dikemukakan dalam bentuk lampiran bagi menyokong permohonan. Walau bagaimanapun, PSMB berhak meminta dokumen-dokumen lain yang berkaitan dengan permohonan atau program tersebut jika maklumat yang dikemukakan tidak mencukupi mengenai sesuatu permohonan; dan Syarikat-syarikat boleh menghubungi pegawai-pegawai PSMB untuk mendapat apa-apa maklumat yanmg diperlukan mengenai program latihan sebelum membuat permohonan. 12

KOS LATIHAN DAN DOKUMEN SOKONGAN BAGI SKIM BANTUAN LATIHAN Bil. Kaedah Latihan Kos Latihan Yang Dibenarkan Dokumen Sokongan 1. Latihan Dalaman Pengajar Sendiri (Pengajar Syarikat) Elaun Pengajar Syarikat (RM500/hari) Elaun Makan RM20.00 sehari seorang (pelatih dan pengajar) jika latihan dijalankan di premis majikan dan jumlah jam latihan tidak kurang dari 7 jam sehari atau Pakej sewa hotel atau sewa tempat latihan jika latihan dijalankan di luar premis majikan. Kelayakan adalah separuh jika latihan minima hanya 4 jam sehari. Objektif/ kandungan kursus / jadual latihan harian. Biodata pengajar syarikat Sebutharga pakej sewa hotel atau sewa tempat latihan. 13

Bil. Kaedah Latihan Kos Latihan Yang Dibenarkan Dokumen Sokongan Kos pengangkutan sekiranya latihan dijalankan di luar premis majikan. Elaun Harian Pelatih bagi pengajar dan pelatih dari cawangan Sebutharga dari syarikat pengangkutan Senarai nama pelatih/pengajar dari cawangan, bilangan dan jawatan pelatih, nama pejabat cawangan dan jarak pejabat cawangan ke tempat latihan. Bahan guna habis. Tambang kapalterbang (kelas ekonomi) bagi pelatih/pengajar dari cawangan/ibu pejabat, jika berkenaan. Senarai bahan latihan guna habis dan harga seunit sekiranya amaun yang dipohon melebihi RM100.00 14

Bil. Kaedah Latihan Kos Latihan Yang Dibenarkan Dokumen Sokongan 2. Latihan Dalaman Pengajar Luar Kos latihan pengajar (yuran latihan sehari adalah tertakluk kepada had maksimum RM3,500.00) Elaun Makan RM20.00 sehari seorang pelatih, jika latihan dijalankan di premis majikan dan jumlah jam latihan tidak kurang dari 7 jam sehari. atau Pakej sewa hotel atau sewa tempat latihan jika latihan dijalankan di luar premis majikan. Kos pengangkutan sekiranya latihan dijalankan di luar premis majikan. Elaun Harian Pelatih dari cawangan. Kelayakan adalah separuh jika latihan minima hanya 4 jam sehari. Objektif/ kandungan kursus / jadual latihan harian. Biodata pengajar Sebutharga yuran latihan dari penyedia latihan Sebutharga pakej sewa hotel atau sewa tempat latihan. Sebutharga dari syarikat pengangkutan Senarai nama pelatih/pengajar dari cawangan, bilangan dan jawatan pelatih, nama pejabat cawangan dan jarak pejabat cawangan ke tempat latihan. 15

Bil. Kaedah Latihan Kos Latihan Yang Dibenarkan Dokumen Sokongan Bahan latihan guna habis Senarai bahan latihan guna habis dan harga seunit sekiranya amaun yang dipohon melebihi RM100.00 3. Latihan Dalaman Pengajar Luar Negeri Tambang kapalterbang (kelas ekonomi) bagi pelatih, jika berkenaan. Kos latihan pengajar/ yuran latihan Elaun Makan RM20.00 sehari seorang pelatih jika latihan dijalankan di premis majikan dan jumlah jam latihan tidak kurang dari 7 jam sehari. atau Pakej sewa hotel atau sewa tempat latihan jika latihan dijalankan di luar premis majikan. Kos pengangkutan sekiranya latihan dijalankan di luar premis majikan. Objektif/ kandungan kursus / jadual latihan harian Biodata pengajar Sebutharga yuran latihan dari penyedia latihan. Sebutharga pakej sewa hotel atau sewa tempat latihan. Sebutharga daripada syarikat pengangkutan. 16

Bil. Kaedah Latihan Kos Latihan Yang Dibenarkan Dokumen Sokongan Elaun Harian Pelatih dari cawangan. Elaun Harian Pengajar luar negeri RM400.00 sehari seorang. Bahan guna habis. Senarai nama pelatih dari cawangan, bilangan dan jawatan pelatih, nama pejabat cawangan dan jarak pejabat cawangan ketempat latihan. Senarai bahan latihan guna habis dan harga seunit sekiranya amaun yang dipohon melebihi RM100.00 Tambang kapalterbang (kelas ekonomi) bagi pelatih, jika berkenaan. Tambang kapalterbang (kelas ekonomi) bagi pengajar luar negeri, jika berkenaan. Surat pengesahan bahawa pengajar datang dari luar negeri khusus bagi mengadakan latihan yang dipohon oleh majikan dan bagi tempoh yang dinyatakan. 17

Bil. Kaedah Latihan Kos Latihan Yang Dibenarkan Dokumen Sokongan 4. Latihan Luaran Latihan yang ditawarkan oleh mana-mana penyedia latihan 5. Latihan Luar Negeri Yuran latihan. Elaun Harian Pelatih RM100.00 (< 50 km) / RM250.00 (> 50 km) sehari seorang. Tambang kapalterbang pelatih (kelas ekonomi), jika berkenaan. Yuran Kursus. Elaun Harian Pelatih Maksimum RM800.00 sehari seorang. Tambang kapalterbang pelatih (kelas ekonomi), jika berkenaan. Objektif/kandungan kursus/jadual latihan harian. Biodata pengajar. Sebutharga yuran latihan dari penyedia latihan. Objektif/kandungan kursus/jadual latihan harian. Biodata pengajar. Sebutharga yuran latihan dari penyedia latihan. 18

CARTA ALIR KERJA BAGI PERMOHONAN GERAN LATIHAN DI BAWAH SKIM BANTUAN LATIHAN (SBL) MULA Terima permohonan melalui kaunter (rayuan) 1 1a Terima permohonan melalui on-line Rekod semua permohonan 2 Proses permohonan 3 Hantar Surat Kuiri/ Pulang Pertimbangan/ perakuan kelulusan 4a 5a Tidak lengkap 4 5 Tidak memenuhi kriteria Memenuhi syarat Lulus 4b Hantar surat/ e-mel Tolak dan penjelasan Penukaran status 6 Hantar surat kelulusan melalui pos 7 7a Hantar surat kelulusan melalui e-mel TAMAT 19

PROSES KERJA BAGI PERMOHONAN GERAN LATIHAN DI BAWAH SKIM BANTUAN LATIHAN (SBL) Langkah Proses Kerja 1 1a Menerima dan mengecop Tarikh Penerimaan Borang Permohonan Geran Latihan di Kaunter (rayuan majikan secara manual). Jika terima permohonan SBL melalui on-line, teruskan ke Langkah 3. 2 Merekod permohonan mengikut kod majikan di dalam sistem pengkalan data komputer berdasarkan tarikh penerimaan. Menyemak penerimaan borang melalui faks terutama permohonan yang lewat. 3 Menyemak sama ada permohonan memenuhi kriteria dan borang permohonan lengkap yang disertakan dengan dokumen sokongan seperti berikut:- (a) Objektif, Kandungan Kursus, Jadual Kursus; (b) Biodata Pengajar; (c) Sebutharga Yuran (d) Sebutharga Pakej Sewa Hotel/Sewa Tempat Latihan; (e) Sebutharga Penyewaan Pengangkutan; dan (f) Senarai Bahan Latihan Guna Habis dan kos. 20

4 4a 4b Permohonan yang memenuhi syarat-syarat dan lengkap. Terus ke Langkah 5. Permohonan yang tidak lengkap akan dikuiri dan permohonan dikembalikan kepada majikan untuk dilengkapkan. Permohonan yang tidak memenuhi kriteria akan ditolak dan surat akan dikeluarkan kepada majikan dengan penjelasan sewajarnya. Permohonan yang ditolak adalah bagi program seperti latihan fizikal dan lawatan serta permohonan dikemukakan setelah latihan dijalankan. 5 5a Meluluskan permohonan geran latihan yang kurang daripada RM50,000.00. Teruskan ke Langkah 7. Memperakukan permohonan yang melebihi RM50,000.00 kepada Pengurus Geran Latihan / Pengurus Besar Besar Geran Latihan / Timbalan Ketua Eksekutif / Ketua Eksekutif. 6 Penukaran Status Perakuan ke Lulus/ Tolak/Pulang Dalam Pengkalan Data komputer berasaskan kepada keputusan Pengurus Geran Latihan / Pengurus Besar Geran Latihan / Timbalan Ketua Eksekutif / Ketua Eksekutif. 7 7a Surat kelulusan dikeluarkan dan dihantar kepada majikan melalui pos Surat kelulusan akan dihantar melalui e-mel 21

TUNTUTAN GERAN LATIHAN Tuntutan geran latihan akan dibayar atas berasaskan tuntutan setelah program latihan berkenaan disempurnakan. Tuntutan-tuntutan hendaklah dikemukakan dengan menggunakan borang PSMB/T/1/09 yang boleh diperolehi daripada Urusetia PSMB atau melalui laman web PSMB. Bagi mengelakkan sebarang kelewatan dalam memproses tuntutan, majikan-majikan hendaklah memastikan borang tersebut adalah lengkap dan betul. Resit-resit yang berkaitan mestilah juga disertakan. Semua salinan resit atau dokumen sokongan mestilah disahkan oleh majikan. Borang tuntutan perlu ditandatangani oleh seorang pegawai yang diberi kuasa oleh pengurusan syarikat atau manamana pegawai berjawatan seperti yang tertera pada borang tuntutan. Tuntutan hendaklah dikemukakan sebaik sahaja latihan tamat dan segala kos telah pun dibayar. Program yang tidak sempat dituntut dalam tahun semasa, ia hendaklah dikemukakan tidak lewat dari 30 Jun tahun berikutnya. Sesuatu tuntutan akan disemak berasaskan yuran kursus, kos-kos yang dibenarkan, bilangan pelatih dan jangkamasa kursus seperti yang telah diluluskan. Bayaran bantuan kewangan akan dikurangkan sekiranya berlaku pengurangan yuran kursus, jangkamasa kursus dan bilangan pelatih pada hari latihan sebenar. Tuntutan hendaklah dibuat setelah program latihan tamat sepenuhnya. Walau bagaimanapun, tuntutan boleh dibuat setelah tamatnya sesuatu modul atau kumpulan, sekiranya mendapat kelulusan. Bayaran tidak akan dibuat sekiranya pelatih-pelatih tidak mengikuti program latihan dengan sepenuhnya. Seseorang pelatih adalah dianggap sebagai telah menyempurnakan program latihan tersebut jika dia telah mengikut sekurang- 22

kurangnya 75% daripadanya dan menduduki kesemua peperiksaan/ujian, jika diperlukan. Untuk makluman majikan, tuntutan bagi semua kos-kos latihan yang diluluskan untuk sesuatu program latihan hanya boleh dibuat sekali sahaja. Sebarang tuntutan berikutnya bagi program yang telah dibayar oleh Perbadanan tidak akan dipertimbangkan sama sekali (kecuali bagi program yang diberi kelulusan mengikut modul atau kumpulan). Sebagai contoh, jika seseorang majikan mendapat kelulusan untuk tiga kos latihan (Contoh : Yuran Kursus, Elaun Harian Pelatih dan Bahan Guna Habis) tetapi telah mengemukakan tuntutan untuk dua kos latihan sahaja (Contoh : Yuran Kursus dan Elaun Harian Pelatih), maka setelah tuntutan tersebut dibayar, majikan tidak dibenarkan lagi mengemukakan tuntutan untuk kos latihan yang ketiga (iaitu Bahan Guna Habis). Sekiranya pelatih-pelatih dikehendaki membayar perbelanjaan latihan, geran latihan yang telah diberikan kepada majikan hendaklah dibayar balik kepada PSMB. Sepertimana yang termaktub di bawah Seksyen 20 (5) Akta Pembangunan Sumber Manusia Berhad, 2001, mana-mana majikan yang layak menerima bantuan kewangan yang diberikan di bawah Akta tersebut, akan hilang kelayakannya untuk menerima bantuan kewangan jika dia ingkar membuat apa-apa pembayaran levi dan kehilangan kelayakan itu hendaklah kekal sehingga kesemua pembayaran levi dan faedah telah dibayar sepenuhnya. 23

PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD CARTA ALIR TUNTUTAN GERAN LATIHAN OLEH MAJIKAN MULA 1 Menerima dan mengecop tarikh penerimaan tuntutan 2 Merekodkan data penerimaan dan mengagih tuntutan 3 Menyemak dan memproses tuntutan Meminta 4a maklumat tambahan atau menolak tuntutan Tidak memenuhi syarat 4 Tuntutan lengkap Levi tertunggak/faedah tidak berbayar 4b Penyelarasan levi secara offset A 24

A 5 6 Meluluskan tuntutan dan perakuan pembayaran Menyediakan baucar bayaran /upload bayaran ke portal PBB 7 8 Meluluskan baucar bayaran / mengkredit bayaran ke akaun majikan Menyediakan cek bayaran 9 Mengeposkan cek bayaran TAMAT 25

PROSES KERJA PERMOHONAN TUNTUTAN GERAN LATIHAN OLEH MAJIKAN Langkah Proses Kerja 1 Menerima dan mengecop tarikh penerimaan borang tuntutan 2 Merekod data penerimaan tuntutan seperti tarikh terima, kod majikan, kod bahagian, kod borang dan tajuk kursus. Tuntutan kemudiannya akan diagihkan kepada kakitangan bertanggungjawab untuk memproses tuntutan mengikut kod majikan yang ditetapkan. 3 Menyemak dan memproses tuntutan dari majikan. Tuntutan disemak sama ada memenuhi syarat-syarat tuntutan atau tidak. Proses pengiraan serta penyelarasan levi akan dibuat serentak dengan proses semakan tuntutan 4 4a Tuntutan lengkap atau tidak. Sekiranya tidak lengkap atau tidak layak dibayar, Urusetia akan mengembalikan tuntutan bersama surat kuiri atau tolak kepada majikan. Tuntutan yang dikuiri hendaklah dijawab dalam tempoh 30 hari. 26

4b Tuntutan majikan yang lengkap tetapi mempunyai tunggakan levi atau faedah; setelah diluluskan pengiraan bayaran, penyelarasan levi secara offset akan dibuat terlebih dahulu sebelum diperakukan untuk kelulusan selanjutnya. Tuntutan yang lengkap dan tiada tunggakan levi atau faedah akan terus diperakukan untuk kelulusan pegawai setelah pengiraan dan penyelarasan levi dibuat. 5 Pegawai bertanggungjawab akan memeriksa pengiraan bayaran bagi setiap tuntutan yang diproses dan penyelarasan levi yang dibuat. Mereka sama ada meluluskan atau membuat pindaan ke atas pengiraan tuntutan sebelum dikemukakan untuk penyediaan baucar bayaran. 6 Baucar bayaran akan disediakan oleh Unit Akaun PSMB berasaskan pengiraan/perakuan bayaran yang telah diluluskan. Bagi pembayaran melalui E-disbursement, jumlah perakuan bayaran akan disemak sebelum diuploadkan ke sistem pembayaran melalui portal Public Bank. 7 Baucar bayaran berjumlah kurang dari RM10,000.00 akan diperiksa dan diluluskan oleh seorang Pegawai Kewangan, sementara bagi amaun berjumlah RM10,000.00 ke atas, memerlukan kelulusan dari 2 orang Pegawai 27

Kewangan. Bagi pembayaran E-disbursement arahan bayaran dikeluarkan untuk mengkreditkan bayaran ke akaun majikan melalui Portal Public Bank. 8 Cek bayaran akan disediakan oleh Unit Akaun PSMB berasaskan baucar bayaran yang telah diluluskan. 9 Cek bayaran atau penyata kredit (Edisbursement) akan diposkan kepada majikan beserta lampiran pengiraan/perakuan bayaran untuk rujukan. PSMB Infokit Skim SBL Ver.070411 28