KERTAS CADANGAN BAGI SEMINAR KEMBANGSAAN UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM) TAJUK : AL-QURAN: MEMARTABATKAN & MENGIKTIRAF AHLINYA DI

dokumen-dokumen yang mirip
BAB I PENGENALAN. Sejarah pendidikan bahasa Arab di Malaysia telah mula semenjak awal abad ke-19

BAB SATU PENGENALAN. Hikmat terbesar daripada penurunan al-qur an al-karim dengan tujuh

BAB EMPAT RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini akan menampilkan rumusan bagi keseluruhan perkara yang telah

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

PERKEMBANGAN ILMU QIRAAT DI MALAYSIA DAN KEPERLUANNYA DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

pertama ini, maka bermulalah perkembangan ilmu qiraat di negara ini secara rasminya.

BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat.

BAB 5 PENUTUP. Bab ini merupakan kesimpulan dan rumusan terhadap permasalahan Saudara Baru

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN QIRAAT: PENGALAMAN DI UIAM ABSTRAK

Memorandum Pertubuhan-Pertubuhan Cina. Y. A. B. Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.


KESIMPULAN DAN CADANGAN. banyak oleh Allah S.W.T. Disebabkan tawaran yang terlalu istimewa daripada Allah S.W.T

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

BAB PERTAMA PENGENALAN. Pembinaan ayat dalam bahasa Arab terdiri daripada tiga bentuk : Jumlat ismiyyat,

SKIM PERKHIDMATAN GURU BAHASA

CENTRE OF ACADEMIC INOVATION & COMPETITIVENESS (CAIC) DASAR KEBEBASAN AKADEMIK DAN KECEMERLANGAN PROFESIONAL UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

perkara-perkara berkaitan pemahaman terhadap hadis kerana beliau merasakan penghayatan masyarakat Malaysia terhadap hadis masih berada di tahap yang

KOPERASI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN MELAYU PAHANG TIMUR BERHAD

UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA J A W A T A N K O S O N G

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR RUJUKAN KAMI : UNIMAP/PEND/101/2-6 (9) TARIKH : 3 OGOS 2012 PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 6 TAHUN 2012

BAB 8 : KESIMPULAN. kawasan bandar Jesselton (Kota Kinabalu) dalam kegiatan badan-badan beruniform

ANALISIS KERJAYA DIRI

PERMOHONAN PROGRAM SAINTIS ISLAM TERENGGANU TAHUN 2018

BAB 5 KESIMPULAN DAN SARANAN. Setelah kajian secara teliti dilakukan terhadap tajuk yang dipilih dan dipersetujui,

LAPORAN ANALISIS KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)

(1) Curriculum Vitae (CV) penuh yang terkini beserta gambar berukuran pasport. CV hendaklah mengandungi maklumat-maklumat berikut:

Cadangan Pemberian Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal. (BIPK) Bagi Skim Perkhidmatan. Pegawai Perancang Bandar dan Desa

GARIS PANDUAN AMALAN PROJEK SARJANA MUDA *

TEKS UCAPAN DATO' SERI DR SITI HASMAH BINTI HAJI MOHD ALI MENARA PERKESO, KUALA LUMPUR SIMPOSIUM KERJAYA ORANG KURANG UPAYA 12 MAC 2001

Ulasan makalah. Wan Suhaimi Wan Abdullah

LAPORAN AKHIR HHHC9301 PENGURUSAN MAKLUMAT & PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (SET 5) PROGRAM UKM FLY HIGH AUSTRALIA

Pendidikan Tahfiz di Malaysia: Satu Sorotan Sejarah

PINDAAN AKTA 355: ANTARA HARAPAN DAN REALITI

UNIT FALAK, JABATAN MUFTI NEGERI SEMBILAN: PERANAN DAN SUMBANGANNYA DALAM MENYEBARKAN ILMU FALAK DALAM ALAM MELAYU

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh salam sejahtera, salam Satu Malaysia Salam Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan UniMAP

GARIS PANDUAN AMALAN LATIHAN INDUSTRI/PRAKTIK

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN

BAB 5 KESIMPULAN. kesimpulan akan dibuat terhadap kajian kitab Tafsir Quran Marbawi beserta ketokohan

IKLAN JAWATAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN PEMBANTU TADBIR (P/O) GED N17 (SAMBILAN)

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2015 TASAWWUR ISLAM

Soal Jawab: UMNO PERLU PEMUGARAN UNTUK JADI PARTI RELEVAN

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

OLEH AZI RAHIMEE BIN MOHAMED

GARIS PANDUAN PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PUSAT KECEMERLANGAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

KEKOSONGAN JAWATAN MASJID AL-AZHAR KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS) Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S27 1 kekosongan

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

"SABAR ANUGERAH TERINDAH"

PINDAH KREDIT DAN PENGECUALIAN KURSUS PROGRAM PENGAJIAN UPNM

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

MQA merupakan agensi baru yang ditubuhkan dengan penggabungan Lembaga Akreditasi

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil

JAWATAN KOSONG. 1.3 Jadual Gaji : RM7, RM20,592.00

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN BUKAN LISAN MESYUARAT PERTAMA. PENGGAL KEEMPAT PARLIMEN KETIGA BELAS. MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

JANGKAAN ISU-ISU BERBANGKIT DARIPADA PELAKSANAAN SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI PP 33/2007. Ya.

GARIS PANDUAN PROJEK SARJANA MUDA *

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PENGENALAN. Hasil Pembelajaran. Mengenal pasti dan merangka strategi survival Melayu dan Bumiputera Menjelaskan strategi. Bumiputera fokus Malaysia.

ﻢﯿﺤﺮﻠ ﻤ اﻦ ﺤﺮﻠاﷲاﻢﺴﺒ ﮫﺗﺎگﺮﺒﻮﷲاﺔﻤﺣﺮﻮﻢﻛﯿﻠﻋﻤﻸﺴﻟا

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

BAB IV METODOLOGI KAJIAN. mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang

10 JUN Y.B. TUAN HAJI AHMAD LAI BIN BUJANG minta PERDANA MENTERI menyatakan:

DASAR PELANTIKAN DAN PELAKSANAAN SKIM PEMBANTU PENYELIDIK DAN PENGAJAR PASCASISWAZAH [GRADUATE RESEARCH & TEACHING ASSISTANT (GRTA)]

SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 11 TAHUN 1995 PANDUAN LAWATAN KE LUAR NEGERI KERANA PEROLEHAN KERAJAAN

BANGI, 15 Mac 2013 Sebarang usaha untuk menghuraikan nahu yang hendak dijadikan pegangan Bahasa Melayu mestilah yang mudah difahami masyarakat.

SISTEM PENGURUSAN PENYELENGGARAAN BANGUNAN INSTITUT KEMAHIRAN MARA

1. Berapa lama tuan telah berkhidmat di Bahagian Pendidikan JAIM? 3. Berapakah jumlah kakitangan pengurusan atasan dan sokongan?

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 1991

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN : Y.B. TUAN GOOI HSIAO-LEUNG (ALOR SETAR) Saya memohon untuk menjawab soalan dari Yang Berhormat jasin

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PUSAT PENGETAHUAN, KOMUNIKASI & TEKNOLOGI (PPKT) KAMPUS PULAU PINANG UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

DRAF GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MAJLIS DAN IPG KPM

GARIS PANDUAN PENULISAN TESIS/DISERTASI KOMPILASI. Pusat Siswazah. Universiti Kebangsaan Malaysia

BAB V KESIMPULAN DAN CADANGAN. Peruntukan undang-undang wakaf di Indonesia yang kurang dalam pemerkasaan

BAB PERTAMA PENDAHULUAN. dan digunakan secara meluas sebagai media dakwah, politik, perdagangan, ilmu

Pendahuluan: (Shad [38] : 29)

PENGARAH (GRED 54) Taraf Jawatan : Tetap Gaji : RM6, RM13, (tidak termasuk imbuhan/elaun) Kekosongan : 1

1249/2 SEJARAH Kertas 2 September 2½ jam

UNSUR KESANTUNAN DALAM TAFSIR PIMPINAN AR-RAHMAN

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

Memorandum Mengenai: 1. Pertambahan Masa Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahap I Di SJKC dan SJKT.

POLISI KESAMARATAAN DALAM PERKHIDMATAN

sanjungan di kalangan para pemimpin Islam dunia. BAB V PENUTUP Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Anchi di Miri.

Peperiksaan Penguasa Kastam

MODUL 7: MERANCANG UNTUK PELAJARAN LANJUTAN ANDA

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

IMAM / BILAL BERTUGAS USTAZ MUHAMMAD FAUZEE BIN MOHAMED USTAZ HASNIZATUL AZRI BIN ZAINUDIN MUAZZIN/BILAL KHATIB /IMAM

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

01 Yang manakah penyataan yang benar tentang perancangan korpus bahasa Melayu?

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. menunjukkan bahawa unsur penyebutan huruf al-qur an al-karim memain peranan

Transkripsi:

KERTAS CADANGAN BAGI SEMINAR KEMBANGSAAN UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM) TAJUK : AL-QURAN: MEMARTABATKAN & MENGIKTIRAF AHLINYA DI MALAYSIA : SATU CADANGAN PENULIS MOHD RAHIM BIN JUSOH TILAWAH UNIT CELPAD UIAM GOMBAK H/P : 013-9340027

ABSTRAK Umat Islam wajib menyanjung Nabi Muhammad SAW kerana baginda adalah utusan Allah SWT dan juga pembawa risalah al-quran yang diturunkan melalui perantaraan malaikat Jibril AS. Manusia adalah makhluk Allah SWT yang terpilih di kalangan makhluk-makhluknya untuk membawa risalah tersebut. Hari ini yang tinggal hanyalah kitab suci sebagai pegangan yang perlu disanjung dan diagungagungkan. Keagungan ini adalah perintah dari Allah SWT dan RasulNya SAW. Oleh itu wajib manusia yang hidup pada hari ini, menyanjung dan memartabatkan ahlinya. Jelas di dalam al-quran dan Hadis mengangkat kedudukan ahli Quran sehingga Allah s.w.t menjadikannya sebagai ahlinya yang dikhususkan di kalangannya, lihatlah betapa agungnya orang yang memiliki al-quran di dalan jiwanya. Maka haram bagi manusia menghina dan mengecilkan ahli Quran kerana perbuatan tersebut samalah seperti ia menghina Allah SWT dan mengecil-ngecilkannya. Oleh yang demikian, saya dengan rendah diri membentangkan kertas kerja ini yang bertajuk: Al- Quran: Mengiktiraf dan memartabatkan ahlinya di Malaysia: Satu cadangan. Kertas kerja ini akan meninjau keadaan dan kedudukan ahli Quran di Malaysia dan apakah perkara yang perlu dilakukan untuk memartabatkan mereka. Saya memohon kepada Allah SWT agar kertas kerja ini, betul-betul memberi manfaat kepada ahli Quran di tanah air ini. Amin.

PENDAHULUAN Sejak negara kita merdeka, pembangunan amat berkembang pesat. Pembangunan ini seiring dengan percambahan sekolah dan pusat-pusat pengajian tinggi, termasuklah pengajian Islam. Ekoran daripada fenomena ini, kita lihat sekolah-sekolah Agama dan pusat pengajian al- Quran telah dibina, samaada oleh di pihak Kerajaan mahu pun di pihak swasta. Pada mulanya pengajian al-quran diusahakan oleh pihak persendirian seperti di pondok dan di masjid-masjid yang mana ketika itu, pengajian al-quran hanya ditekankan pada bacaanya sahaja tanpa melibatkan hafazan dan displin ilmu yang lain. Kini kita dapat saksikan pihak Kerajaan telah memberi perhatian yang tinggi pada pengajian al-quran dengan penubuhan maahad-maahad tahfiz sehingga hampir di seluruh negara. Walaupun pada peringkat awal, pusat Tahfiz al-quran di Malaysia hanyalah satu sahaja iaitu Pusat Islam yang ditubuhkan di Masjid Negara, Kuala Lumpur. Namun hasil keberkatan dari hati yang ikhlas, di pusat pengajian ini lahirnya kumpulan yang menghafaz al-quran dan mengetahui ilmu Qiraat. Kini kita lihat, penghafaz al-quran makin bertambah di Negara ini dan ramai yang telah menguasai ilmu al-quran hingga ke tahap Qori & Muqri. Bukan sekadar itu sahaja, bahkan kita lihat warga emas pun telah turut serta dalam usaha menghafaz al-quran walaupun hanya beberapa juzuk atau surah. Ini kerana, masyarakat telah didedahkan dengan ilmu al-quran dari pelbagai sudut. Kini kita dapat menyaksikan kemampuan Imam solat teraweh membaca al-quran sehingga beberapa juzuk. Ini berlaku hampir di semua masjid di seluruh negara sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Oleh itu, golongan ini perlu diberi perhatian, lebih-lebih lagi oleh pihak kerajaan supaya mereka diiktiraf dan diketengahkan kepada masyarakat Malaysia. Kemuliaan ini bukan hanya tertumpu pada penghafaz al-quran sahaja, bahkan kepada guru al-quran dan Imam-imam di kampung dan di luar bandar yang mahir membaca al-quran. Ini disusuli pula dengan kanakkanak yang hanya menghafaz satu juzuk daripada al-quran seperti juzuk 30 pun perlu diberi pengiktirafan. Inilah yang belaku di Timur Tengah, di mana senario al-quran dan Islam telah diterapkan ke dalam jiwa sejak kecil lagi. PENGENALAN Terdapat pelbagai hadis daripada turuq berlainan yang memuji keistimewaan ahli Quran dan mereka yang mahir dengan kitab Allah s.w.t sehingga terdapat Ulama yang mengarang khusus tentang kelebihan al-quran seperti Imam an-nawawi, Ibnu Kathir dan lain-lain lagi. Ekoran daripada kelebihan ahli Quran, sukacita saya ingin membentangkan satu kertas kerja yang bertajuk : Al-Quran: Memartabatkan dan Mengiktiraf Ahlinya di Malaysia Satu Cadangan Definisi : Al-Quran: Kalamullah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad didalam Bahasa Arab. Membacanya adalah Ibadat. Memertabatkan: Mengangkat kedudukan ke tempat yang lebih baik dan mulia. Dalam konteks tajuk pembentangan, ia bermaksud memberi tempat bagi ahli Quran di tempat yang lebih baik berbanding dengan yang bukan ahlinya. Mengiktiraf: Mengakui atau menghormati kebolehan individu atau kumpulan. Ahli al-quran: Orang yang mengetahui selok belok ilmu tersebut atau pakar. Maksud di sini ialah ahli al-quran dan ahli yang berkaitan dengannya. Malaysia: Negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak bukan di Brunei atau di Indonesia

Mudah-mudahan dengan kertas kerja ini, kedudukan ahli Quran dimartabatkan dan dimuliakan oleh masyarakat serta secara tidak langsung, ia juga dapat menjaga kesucian ilmu wahyu dan kalamullah ini.

LATARBELAKANG KERTAS KERJA Kertas kerja ini akan menyentuh soal kedudukan ahli Quran atau sesiapa yang ada kepakaran al-quran seperti ilmu Tajwid, rasm Quran, Qiraat, Fawasil dan sebagainya, serta mereka yang mahir membaca al-quran di kalangan orang yang bukan lulusan bidang agama. Sebagai contoh doktor, peguam, arkitek, akauntan dan sebagainya yang mana mereka mahir membaca al-quran atau mempunyai kelebihan dari segi Hafazan. Mereka ini juga patut diberi perhatian dan pengiktirafan. Cuba bayangkan jika di klinik terdapat doktor yang hafaz al-quran, sudah tentu ramai pesakit ingin mendapatkan rawatan daripadanya. Begitu juga di kalangan para peguam, arkitek dan sebagainya sehingga sampai ke tahap ahli dewan rakyat, menteri dan pemerintah. Kertas kerja ini juga melibatkan cadangan untuk memasukkan subjek Tilawah di dalam Sijil Pelajaran Malaysia dan juga mengadakan jawatan bagi ahli Quran iaitu Qori & Muqri. Begitu juga pada guru-guru al-quran di kampung-kampung yang tiada sijil, tetapi mereka ini berkelayakan mengajar al-quran. Mereka ini juga perlu diberi perhatian tetapi tahapnya perlu dinilai oleh lujnah penilai yang terdiri daripada Qori & Muqri. Sistem penilaian ini juga akan diserapkan di sekolah dan di universiti. BENTUK-BENTUK PENGIKTIRAFAN Bentuk-bentuk pengiktirafan yang dicadang ialah :- Memberi tempat dalam perkhidmatan awam kepada ahli al-quran. Sebagai contoh, jawatan sheikh maqori' dalam JPA. Sheikh maqori' dipilh dari kalangan qori & muqri' yang layak.

Menyerap subjek Tilawah al-quran dalam sijil SPM secara ujian lisan sebagai tambahan kepada ujian lisan bahasa melayu dan bahasa inggeris. Mengiktiraf sijil Maahad al-quran atau Kuliyyah al-quran yang belum diberi Pengitirafan. Mengumpul dan mengenal pasti semua ahli al-quran dan kepakarannya di Malaysia. Mengiktiraf pusat pengajian al-quran & Qiraat di dalam atau di luar Negara seperti Maahad Qiraat al-azhar dan Kuliyyah al-quran al-azhar Tonto Mesir. Mengiktiraf sekolah Agama Tahfiz di seluruh Malaysia dengan kurikulum yang selaras. Pengenalan title yang dianugerahkan oleh Majlis Agama Negeri / Persekutuan kepada mereka yang lulus ujian (konsep seperti ijazah) oleh Majlis Agama di mana mereka boleh mengajar al-quran kepada orang awam. Ujian ini terbuka kepada semua golongan masyarakat dan menjadi prasyarat bagi mereka yang hendak menjadi guru al-quran. Ini bagi memastikan orang yang betul-betul layak sahaja yang boleh mengajar. Mereka yang mendapat title ini perlu menghadiri kursus tahunan atau mempunyai credit hours yang ditetapkan untuk mengekalkan dan menjamin kewibawaan title tersebut. Pengenalan title ini akan mengikut peringkat kemahiran seperti contoh mahir al-quran, mahir al-quran & hafaz, mahir al-quran & hafaz & mahir qiraat dan lain-lain lagi. Pengenalan title qari & muqri oleh sultan/dymm Yang Dipertuan Agong kepada ketua qari negara/negeri. Memberi elaun kepada pemegang title ini sekiranya mereka mengajar (gur ta'mil). Mengadakan sidang qori kebangsaan secara berjadual dan terancang (sebagai contoh, sidang tahunan) di mana qori-qori akan bertemu dan di situ akan dibentang dan dibincangkan ilmu atau isu-isu berkaitan dengan al-quran.

Kepentingan Adanya Ahli Quran Mewarisi ilmu berkaitan dengan kalamullah Sebagai mufti yang mengeluarkan fatwa berkaitan isu al-quran seperti tajwid, qiraat, mushaf dan sebagainya Memelihara proses pembelajaran dan pengajaran al-quran Negara: Syaikh al-maqari' Negeri: Syaikh al-muqri' Universiti: Syaikh al-muqri' & al-qori Masjid: al-qori & al-hafiz Sekolah: al-hafiz Kenapa Perlu Diiktiraf Ahli Quran Supaya masyarakat awam dapat mengenalpasti orang yang layak belajar al-quran darinya. Pengetua pusat pengajian dapat mengenalpasti guru-guru yang layak mengajar di tempatnya. Masjid dan surau dapat mengenalpasti individu yang layak menjadi pegawai masjid (imam). Pihak kerajaan dapat mengenalpasti kekurangan ahli Quran di dalam Negara dan mengambil langkah yang sesuai untuk menambahnya kerana ianya menjadi tuntutan fardhu kifayah. Cabaran/Dugaan Yang Dihadapi Oleh Ahli al-quran Bandingan selalu dibuat di antara guru al-quran dan guru bidang agama yang lain seperti fiqh dan tasawwuf.

Untuk mengelakkan berlakunya situasi di mana orang tidak berkelayakan menjadi guru al-quran. Perkara ini seperti mengambil mudah ilmu al-quran ini.

PERANAN AHLI AL-QURAN & KHADIM AL-QURAN Ahli quran - Orang yang mengetahui satu ilmu daripada al-quran dan mahir pembacaannya Hamilatul Quran - Orang yang menghafaz al-quran dengan bertajwid dan beramal dengannya Mahir bil Quran - Orang yang mahir membaca al-quran dengan tajwid tanpa menghafaznya Qori - Orang yang mengetahui dan mahir qiraat 10 dari toriq Syatibi dan Durrah Muqri - Orang yang mengetahui dan mahir qiraat 10 dari Toriq An-Nashri KESIMPULAN Kesimpulan yang dapat dirumuskan di sini ialah bukan semua orang yang mempunyai gelaran Ustaz boleh bercakap atau mengajar al-quran. Ini kerana terdapat ramai ustaz jemputan yang menjadi Imam dipertikaikan bacaannya oleh ma mum.

HASIL DARIPADA CADANGAN Hasil yang boleh didapati daripada cadangan-cadangan adalah seperti berikut:- 1 - Nasib ahli al-quran akan terbela dan terjamin. Daripada hasil ini ianya dapat memberi ruang dan jalan serta bahan rujukan dalam bahasa Melayu kepada individu-individu yang menceburi bidang pembelajaran ilmu qira'at lebih-lebih lagi ia dapat membantu pada guru-guru al-quran ketika mengajar al-quran dan al- Qira'at. saya kira usaha yang sedikit ini dapat memberi sumbangan juga menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh peserta dewasa dalam mempelajari ilmu qira'at sepuluh dan faedahnya dapat dirasai oleh orang yang berminat mempelajari ilmu tersebut. 2 - Melahirkan Pakar rujuk Negara dalam bidang al-quran. Daripada hasil ini, segala permasalahan mengenai al-quran, Mushaf, bacaan seperti Qiraat 10 dapat diselesaikan. 3 - Menentukan sanad yang didakwa diperolehi dari guru adalah betul dan sah. Daripada hasil ini setiap individu tidak boleh mendapat sanad secara mudah samada dapat secara dibeli dan sebagainya. Ia mesti didapatkan secara bertalaqqi & bermusyafahah dengan guru mereka. 4 - Menentukan tahap kepakaran guru al-quran. Daripada hasil ini ia dapat membezakan taraf guru al-quran di antaranya ialah :- Menentukan hafazan yang dihafaz oleh guru tersebut. Menentukan kualiti bacaan guru tersebut dengan Tajwid Amali.

Menentukan guru tersebut dapat mengajar teori tajwid dengan betul. Menentukan guru tersebut mengetahui ilmu Qiraat samada 1 hingga 10 Qiraat. Menentukan guru tersebut sudah layak untuk memiliki status Qori & Muqri atau berkelayakan sebagai guru pakar dalam bidang tertentu seperti pakar Tajwid, Rasm, Fawasil dan sebagainya. Menentukan siapakah yang layak untuk menjadi Syaikh al-maqori Negara Malaysia mengikut tempoh masa tertentu. 5 - Memartabatkan lagi Agama Islam di Malaysia secara amnya. 6 - Mengumpul dan mengenal pasti semua ahli Quran dan kepakarannya di Malaysia untuk dimanfaatkan oleh setiap lapisan masyarakat (dari rakyat hingga ke pemimpin). PENUTUP Penulis berasa amat bersyukur kepada Ilahi kerana kertas kerja ini telah berjaya dibentangkan dan yang paling penting ialah penulis berharap ilmu al-quran ini dapat diwarisi oleh generasi seterusnya. Akhir kata suka saya membacakan ayat al-quran dalam surah al-baqarah iaitu:- 121. orang-orang Yang Kami berikan Kitab kepada mereka, sedang mereka membacanya Dengan sebenar-benar bacaan (tidak mengubah dan memutarkan maksudnya), mereka itulah orang-orang Yang beriman kepadanya; dan sesiapa Yang mengingkarinya maka mereka itulah orang-orang Yang rugi. Wassalam