Kemahiran dalam pembinaan jenama Apabila membentangkan profil adik-beradik Chong, terdapat banyak Rekod Malaysia dimana ia memberikan impresi yang

dokumen-dokumen yang mirip
POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Minerals Technologies Inc. Ringkasan Dasar Kelakuan Perniagaan. Kelakuan yang Sah dan Beretika Diperlukan pada Setiap Masa

Polisi Privasi. Pengenalan

B. KEPENTINGAN DOKUMEN

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI DAN SENARAI PRINSIP NOTIS. Merujuk kepada seksyen 7 dan 6 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

Notis Perlindungan Data Peribadi Menurut Seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

NOTIS PRIVASI. Untuk tujuan Notis ini:

MGM3101 Prinsip Pengurusan 3 (3+0) Prasyarat: Tiada Kursus ini merangkumi teori, prinsip, teknik dan kaedah pengurusan organisasi.

NOTIS & PILIHAN PENYATA PRINSIPAL AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010

Polisi Privasi Data Peribadi (September 2016) 1

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

DASAR HARTA INTELEK RAKAN SEKUTU UKM (TAMBAHAN)

Bagi tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

1. Di Kumpulan AFFINBANK, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang undang Malaysia.

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN FAQ 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

Notis Data Peribadi dan Maklumat kepada individu

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Prinsip-prinsip Tingkah Laku Korporat

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

Polisi Privasi UNTUK PENGETAHUAN PENGGUNA PENERANGAN DATA PERIBADI

BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN

UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

Ranhill Holdings Berhad KENYATAAN PRIVASI

Kod etika perniagaan Disemak Februari 2016

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

OBJEKTIF DAN STRUKTUR AKTA PERSAINGAN 2010

NOTIS PRIVASI. informasi yang didapati secara bebas oleh Kumpulan dari sumber-sumber yang sah;

Dasar Perlindungan Data Peribadi LTAT

DASAR HARTA INTELEK UKM

Sila harap maklum bahawa perubahan berikut (perkataan digelapkan) telah dibuat ke atas Terma & Syarat AFFINBANK Debit MasterCard anda.

1 of 5 PENYATAAN PRIVASI EDUCATE TO LEARN SDN BHD

Dasar Privasi kami. Terakhir diubah suai: 12 Dis Ringkasan perubahan boleh dirujuk di bahagian bawah Dasar Privasi ini.

NOTIS PRIVASI MAKLUMAT PERIBADI UNTUK KAKITANGAN DAN CALON

SOALAN LAZIM BAGI KAD PIN & BAYAR (Pindaan 17 Ogos 2017)

Di Kumpulan CIMB, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang-undang Malaysia.

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

Berurusan dengan Pengantara Takaful

Insurans Perubatan & Kesihatan. Pengenalan

Kesetiaan kepada Syarikat

Bank of America Malaysia Berhad Piagam Perkhidmatan Pelanggan

1.1 Dalam menyediakan perkhidmatan, kami akan mengumpulkan data daripada sumber-sumber berikut:-

Notis Privasi Adient. Notis Privasi Adient ini merangkumi topik berikut: Skop Notis Privasi ini. Apakah maklumat peribadi yang kami boleh kumpul

Hubungi institusi anda terlebih dahulu. Mendapatkan bantuan daripada BPK. Bagaimana saya dapat menghubungi BPK?

Pengenalan kepada Ekonomi

AKTA PERANTI PERUBATAN 2012 (AKTA 737)

BUKU PANDUAN PERANCANGAN DAN PENGURUSAN INOVASI, HARTA INTELEK (IP) DAN PENGKOMERSIALAN POLITEKNIK MALAYSIA

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Inovasi dan Perubahan

Promosi TMgo Double Raya merupakan promosi khas untuk pengguna TMgo menikmati kuota berganda sehingga 12GB dengan setiap tambah nilai RM50.

DASAR PENGURUSAN LAMAN WEB UNIVERSITI EDISI 2016

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

dan pencapaian objektif kajian. Di samping itu, dalam bab ini juga terdapat cadangan

NOTIS PRIVASI. Di bawah PDPA, AmFIRST Real Estate Investment Trust ( AmFIRST REIT ) dikehendaki untuk memaklumkan kepada anda seperti yang berikut:

TERMA PENGGUNAAN. Skop

Notis undang undang. Sebarang penggunaan perkara yang telah di sahkan di dalam laman sesawang tidak boleh di ubahsuai di dalam apa cara sekalipun.

Soalan Lazim (FAQ) Panduan kepada Tatakelakuan Pengedar Parker Hannifin

S i r i P e n d i d i k a n S I D C. Ke Arah Menjadi Remisier

NOTIS PRIVASI. 1.4 Untuk tujuan-tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

Terma Penggunaan I. TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT KAMI SILA BERSABAR DENGAN KAMI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

I. MESEJ DARIPADA PENGERUSI LEMBAGA DAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF... 3 II. PENGENALAN... 4 III. ASAS-ASAS... 5

Deskripsi Polisi Pengurusan Perhubungan Media Di Dalam Universiti Putra Malaysia. Naib Canselor

ARAHAN: ( )

Mighty Dine UOBM. Terma Penggunaan

Jenis maklumat peribadi yang kami kumpulkan. Cara kami mengumpul maklumat peribadi anda. Cara kami menggunakan maklumat peribadi anda

Polisi Perlindungan Data Peribadi (Semakan 1 Jun 2017)

Model Pengurusan Strategik

Muka surat isi kandungan Muka surat ini menyenaraikan isi kandungan tajuk-tajuk utama mengikut muka surat dalam sesebuah Rancangan Perniagaan.

Cek Tak Laku AKAUN ANDA DAN PERKHIDMATAN. Cek Tak Laku. Program pendidikan pengguna oleh:

Penjamin PINJAMAN ANDA. Penjamin. Program pendidikan pengguna oleh:

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

1. Berapa lama tuan telah berkhidmat di Bahagian Pendidikan JAIM? 3. Berapakah jumlah kakitangan pengurusan atasan dan sokongan?

AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010 NOTIS DAN PILIHAN

Buat Apa Yang Betul. Kod Etika

S i r i P e n d i d i k a n S I D C. Merancang & Mengawasi Kedudukan Kewangan Anda

PANDUAN DAN PERATURAN-PERATURAN PENTAULIAHAN DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA 2006 PANDUAN DOKUMENTASI BUKU LOG DAN LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

KEMAHIRAN KOMUNIKASI (CS)

Mengurus Inflasi. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

TM3923 ETIKA PROFESIONAL TEKNOLOGI MAKLUMAT. Objektif :

SURAT PERJANJIAN STOKIS/AGENT/DROPSHIP SUTRINA

Notis Privasi. Komitmen Kami Terhadap Privasi Anda

Celik Wang Pengurusan Wang Secara Bijak. Diterbitkan oleh: Not To Be Reproduced

Panduan Menyediakan Buku Log Pengakap

MODUL 10: KESIMPULAN. Isi Kandungan Pengenalan Rumusan Buku Kerja Asas Perancangan Kewangan Soalan penilaian

MEMORANDUM PERSEFAHAMAN

Jadual Keempat. (Subperenggan 6(l)(m)(ii)) AKTA INDUSTRI PELANCONGAN PERATURAN-PERATURAN INDUSTRI PELANCONGAN (PERNIAGAAN PENGENDALIAN PELANCONGAN DAN

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

NOTIS PRIVASI PERUNDING UNIT AMANAH/PERUNDING PRS

PERJANJIAN PENGGUNAAN TERKAWAL

GARIS PANDUAN Pembangunan Laman Web Universiti Kebangsaan Malaysia

DIMENSIKOOP. melibatkan aktiviti perekodan, pengkelasan, menganalisis dan mentafsir kegiatan urus niaga.

PANDUAN UNTUK PEMOHON PERKONGSIAN ANTARABANGSA

Bagaimana saya dapat menghubungi BPK? Membuat aduan kepada Bank Negara Malaysia. Bagaimana saya dapat menghubungi BNMTELELINK dan BNMLINK?

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

DASAR PRIVASI. UiTM... Mengubah Destini Anak Bangsa

NOTIS PRIVASI. Maklumat Peribadi Sensitif merujuk kepada maklumat yang berkatian dengan kesihatan anda, pendapat politik, kepercayaan agama dll.

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PEREKRUTAN

SUNEDISON, INC. September 2013 DASAR ANTI-RASUAH ASING

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

2.0 PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 1 TAHUN 2009

Transkripsi:

Kemahiran dalam pembinaan jenama Apabila membentangkan profil adik-beradik Chong, terdapat banyak Rekod Malaysia dimana ia memberikan impresi yang dalam kepada orang awam, ini termasuk Red Cafe Twin Tower yang juga merupakan karya mereka. Tambahan pula, dengan usaha gigih mereka, Melaka telah disenaraikan sebagai pemecahan rekod yang paling tinggi selepas negeri Kuala Lumpur. Mereka adalah penduduk Melaka dan berasal dari keluarga yang mempunyai ramai adik-beradik. Abang sulung mereka, Chong Han Kwang bekerja sebagai pengatur cara komputer, dan adiknya Chong Han Song bekerja sebagai pentadbir. Pada akhir tahun 2000, Chong Han Kwang telah menamatkan pekerjaan beliau dan menubuhkan sebuah syarikat pengiklanan. Disebabkan kekurangan pengalaman, beliau berhadapan pelbagai halangan dan kesulitan. Oleh itu, beliau kembali bekerja semula sebagai pekerja pejabat. Beliau berkata, pada tahun 2002, saya memperolehi satu peluang. Ini kerana saya dapat mengenali seorang yang bertanggungjawab terhadap Malaysia Book of Records, dan menjadi agen kepada aktiviti Rekod Malaysia tersebut. Saya telah mula menyemak strategi syarikat dan menjemput adik saya untuk menyertai syarikat ini dan bersama-sama untuk berusaha menguruskan Creative Image. Secara jujur, kami sebagai agen mengendalikan aktiviti Malaysia Book of Records tidak mendapat keuntungan yang lumayan, tetapi kami mendapat reputasi yang baik, maka orang awam dan para peniaga memberikan impresi yang mendalam terhadap syarikat kami. Semasa proses persediaan, kami juga memperolehi banyak pengalaman dan pengetahuan. Beliau menyambung, semasa membantu para peniaga dalam memecahkan Rekod Malaysia, kami mendapati kebanyakan peniaga tempatan kekurangan pengetahuan terhadap cap dagangansecara professional. Ini sememangnya tidak memberi manfaat kepada pengembangan perusahaan. Kami belajar sambil membuat, selepas itu CiMAGE ditubuhkan di mana ia khususnya membantu dan membekalkan perkhidmatan cap dagangankepada perusahaan kecil dan sederhana. Pengasas CiMAGE, kemahiran dalam pembinaan jenama Kedua-dua beradik bekerjasama untuk menuju ke Laut Biru ( Blue Ocean ). Mereka memperkenalkan budaya cap dagangantempatan,

bersama-sama memperkembangkan Harta Intelek, dan dengan ini mereka berjaya dalam pembinaan imej yang profesional. Di samping itu, terdapat juga peguam perniagaan meminta nasihat daripada mereka, ini jelas menunjukkan keistimewaan kedua-dua beradik di dalam bidang ini dan tidak takut kepada peniruan jenama. Mengapa kami perlu mendengar nasihat anda, semua ini adalah mengenai masalah undang-undang, adakah anda seorang peguam? Kami adalah pengusaha yang lama dan sudah dikenali, mengapa perlu membuat pendaftaran? Sekiranya orang lain menggunakan cap dagangansaya, orang awam akan tahu bahawa ia adalah jenama palsu... Kedua-dua ayat di atas adalah situasi yang paling banyak dihadapi oleh mereka dalam masa permulaan perniagaan. Walaubagaimanapun, mereka tidak pernah takut apabila menghadapi sebarang rintangan. Mereka masih mengharungi bersama dan mencabar industri yang kurang terkenal. Tiada alasan lain, ini kerana mereka dapat meramalkan trend perniagaan antarabangsa dan sektor pendaftaran cap daganganyang berpotensi. Selepas bekerja keras untuk beberapa tahun, akhirnya mereka dapat membina imej yang professional dan kadang-kala terdapat juga peguam perniagaan meminta nasihat daripada mereka. Kedua-dua beradik iaitu abang bernama Chong Han Kwang dan adik bernama Chong Han Song. Mereka mempunyai personaliti yang berbeza. Seorang adalah aktif manakala seorang lagi adalah pendiam. Oleh itu, mereka boleh melengkapi antara satu sama lain, bersama-sama mengembangkan Harta Intelek dan mempromosikan budaya jenama tempatan. Dalam era baru ini, Harta Intelek menjadi semakin penting dan merupakan salah satu faktor pertimbangan dalam persaingan perniagaan. Oleh yang demikian, kami boleh memperhatikan bahawa terdapat banyak pengenalan produk dan reka bentuk baru di dalam pasaran. Kedua-dua beradik berkata, Walaupun, sesetengah daripada produk dan reka bentuk adalah daripada hasil kerja perusahaan kecil dan sederhana tetapi mereka tidak mempunyai pengetahuan Harta Intelek yang jelas, oleh itu mereka tidak boleh menikmati manfaat sepenuhnya daripada penciptaan produk baru.

Jika sesebuah produk tidak mempunyai sebarang perlindungan, tetapi masih berpotensi dan menerima tindak balas yang baik daripada pasaran, ia akan mudah menarik pesaing entiti perniagaan yang besar. Entiti perniagaan yang besar berupaya untuk mengeluarkan produk dengan kuantiti yang banyak, peningkatan kualiti dan mempromosikan produk, menjadikan produk tersebut sebagai produk yang paling menguntungkan. Namun, pencipta asal tidak dapat menikmati sebarang manfaat daripada penciptaan produk tersebut. Sejak kebelakangan ini, Organisasi Harta Intelek Dunia ( WIPO ) mempunyai kesedaran ke atas isu tersebut, mereka cuba menguatkuasakan dan mengembangkan polisi supaya dapat membantu perusahaan kecil dan sederhana menggunakan pengetahuan Harta Intelek dalam perkembangan perniagaan mereka. Selain daripada itu, mereka juga mempertingkatkan perumusan rancangan bagi kerajaan negara-negara yang berlainan, strategi dan lain-lain supaya dapat memenuhi keperluan pengetahuan Harta Intelek bagi perusahaan kecil dan sederhana. Empat unsur-unsur untuk berjaya, Harta Intelek adalah sangat penting Pasaran perniagaan era baru menegaskan terhadap budaya jenama. Dalam era sekarang yang mempunyai persaingan kuat ini, banyak peniaga cuba berfikir sedaya upaya untuk mengistimewakan produk syarikat masingmasing dan membina imej jenama. Terdapat banyak pelanggan bergantung pada jenama dalam mengenali sesuatu produk, manakala imej jenama pula berkait rapat dengan reputasi. Terdapat satu penjelasan iaitu reputasi, jenama, keuntungan= piramid emas bagi sesuatu operasi perniagaan. Beliau seterusnya menerangkan: terdapat empat elemen utama bagi kejayaan sesebuah perusahaan. Pertama ialah perlindungan Harta Intelek, kedua ialah promosi produk, ketiga ialah pengembangan pasaran, keempat ialah pengekalan kedudukan di pasaran. Beliau mengatakan: kami menyedari bahawa Harta Intelek menjadi semakin penting pada era kini, manakala jenama merupakan Harta yang paling penting bagi sektor perusahaan. Di negara timur, pendaftaran produk akan dititikberatkan tanpa mengira saiz perusahaan. Mereka sangat mementingkan jenama syarikat sendiri, membuat pendaftaran pada peringkat awal dan mendapatkan hak paten. Mereka mengetahui bahawa produk perniagaan yang berjaya akan ditiru oleh peniaga lain. Maka, membuat

penyediaan awal pendaftaran cap dagang/jenama adalah sejenis perlindungan diri. Kami menemui satu situasi yang menarik, iaitu negara timur akan mendaftarkan cap dagangansebelum menbangunkan perniagaan mereka. Pada masa pengembangan jenama, mereka akan dapat menikmati manfaat tersebut kerana mereka mempunyai hak eksklusif.oleh itu mereka boleh menikmati bayaran perlesenan. Sekiranya mendapati orang meniru, pemilik hak jenama mempunyai hak untuk mendakwa serta mendapatkan bayaran pampasan daripada pihak tersebut. Apabila pemimpin perusahaan menyoalkan tentang tahap kesedaran ke atas kepentingan Harta Intelek bagi perusahaan kecil dan sederhana Malaysia, beliau menjawab: di Malaysia, terdapat banyak perusahaan kecil dan sederhana masih tidak mempunyai aspirasi ini. Semasa memulakan sesuatu perniagaan, mereka tidak akan mementingkan aspek dalam membuat pendaftaran cap daganganatau jenama. Apabila perniagaan berkembang dan mendapati ada orang meniru, membuat perancangan pada masa ini merupakan cara yang sangat merugikan dan pihak lain mungkin akan membuat pendaftaran sebelum anda. Harta pengetahuan, perang hak eksklusif Disebabkan mereka tidak mempunyai sebarang latar belakang pendidikan berkaitan Harta Intelek,, kebanyakan ahli-ahli perniagaan akan menyoal keupayaan diri ketika mereka memulakan perniagaan. Kebanyakan soalan yang lazim adalah: adakah anda peguam? kita mempunyai peguam untuk menyusulkan semua perkara yang berkaitan dengan pendaftaran Harta Intelek. Beberapa ahli-ahli perniagaan yang mempunyai jenama yang lama dan terkenal akan berkata, kami mempunyai nama lama dan terkenal, semua orang mengenali kami. Chong Han Song berkata, kita menyumbang lebih dalam bidang Harta Intelek. Kita belajar pengetahuan Harta Intelek daripada jabatan kerajaan, undang-undang dan peraturan-peraturan serta kita sentiasa berbincang dan mendapat nasihat daripada peguam. Selain itu, kita selalu mengembara dengan tujuan untuk menghadiri kursus-kursus yang berkaitan dengan Harta Intelek. Katanya dengan penuh keyakinan, sejak kita fokus pada kursus-kursus Harta Intelek, pengetahuan dan maklumat kami adalah sentiasa terkini dan terbaru. Oleh itu, pendaftaran dan pembinaan jenama kita sentiasa

berdasarkan pengetahuan terkini. Kadangkala, peguam-peguam akan datang dan mendapatkan nasihat. Chong Han Song berkata, pendaftaran cap daganganmempunyai prosedur tertentu, dan ia bukan semudah dengan mengisi borang dan menghantarkan borang. Semasa permohonan, pemohon harus melampirkan objektif perniagaan, pengenalan keluaran, makna dan sebagainya. Beliau menambah, kita menggunakan pengetahuan yang profesional dalam membantu pelanggan-pelanggan kita dalam perkara yang berkaitan Harta Intelek. Beliau juga berkata, dengan tujuan memenuhi keperluan era baru, kita menubuhkan CIMAGE untuk membekalkan perkhidmatan-perkhidmatan penjenamaan. Perkhidmatan-perkhidmatan yang dibekalkan termasuk pendaftaran cap dagang, reka bentuk pengiklanan, reka bentuk jenama dan sebagainya. Objektif kami adalah untuk memberikan kesedaran kepada pengusaha tempatan terhadap jenama dan produk, bagi mengelakkan kesulitan dalam perkembangan jenama dan juga produk daripada disalahgunakan oleh orang lain. Kerjaya Kepunyaan Laut Biru (Blue Ocean), sebuah bidang yang berpotensi Kedua-dua beradik mempunyai pandangan yang positif terhadap masa depan pendaftaran cap dagangandan paten di Malaysia. Terdapat banyak perusahaan-perusahaan di Malaysia masih tidak mengetahui tentang pendaftaran cap dagangandan juga pendaftaran paten. Berdasarkan kepada statistik di dalam akhbar, 95% daripada jenama dari perusahaan kecil dan sederhana tempatan masih akur kepada syarat-syarat dan peraturan-peraturan tersebut. Ini menunjukkan masih terdapat keperluan bagi pendidikan dan juga perunding profesional dalam bantuan mengenai masalah Harta Intelek. Ini juga menunjukkan bahawa bidang dalam pendaftaran Harta Intelek berpotensi mempunyai peningkatan yang besar. Harta Intelek merupakan topik yang luas, di samping pendaftaran cap dagang, terdapat juga pendaftaran paten. Contoh yang paling mudah adalah alat-alat ganti telefon bimbit. Setiap telefon bimbit yang berjenama akan mempunyai pasukan penyelidikan yang teguh ke atas penyelidikan mereka setiap hari. Selepas itu, permohonan untuk pendaftaran paten akan dilakukan dalam masa yang singkat. Dengan ini, jika jenama telefon bimbit yang lain

ingin menggunakan ciptaan atau sistem yang lebih kurang sama, mereka harus membayar bayaran perlesenan kepada pencipta asal. Kadang kala, kita mungkin menyedari bahawa kita membeli sesebuah produk yang mempunyai nama jenama X, tetapi alat-alat ganti menunjukkan nama jenama P. Ini adalah paten dan juga merupakan satu kebaikan bagi pendaftaran paten. Dalam era ini, mempunyai pendaftaran yang sah akan memberikan keterjaminan terhadap perlindungan. Kata orang, abad ke 50 th adalah perang pertanian, abad ke 70 th adalah perang industri, dan apabila tiba abad 21 st, ia adalah perang cap dagang. Beliau memberi satu contoh, Bill Gates adalah seorang komputer perisian yang berjaya, beliau sangat kaya kerana beliau tahu bagaimana untuk membuat perlindungan ke atas Harta Inteleknya. Sekiranya komputer tersebut digunakan, beliau boleh mendapatkan bayaran hak cipta. Apabila menyatakan mengenai perniagaan sendiri, Chong Han Kwang berkata, Sehingga kini, kebanyakan pelanggan utama kami adalah dari selatan Malaysia. Kami juga telah memperuntukkan sumber manusia di seluruh Malaysia dalam membantu menjayakan perniagaan kami. Kami tidak akan bimbang pada perjalanan yang jauh, sama ada timur atau barat Malaysia, kami tetap akan mengembara dan menjelaskan kepada mereka secara peribadi, dan memberikan perkhidmatan yang terbaik. Sehingga kini, kebanyakan syarikat tidak bertindak menyerupai langkah syarikat kami. Oleh itu, masih terdapat peluang pasaran yang besar. Selepas beberapa tahun bekerja keras, kami berupaya menaikkan tahap reputasi syarikat kami, kerana ini akan memberikan manfaat dan kebaikan terhadap pegembangan masa depan syarikat kami. Bantal Emas vs Lapan Dimensi Dalam Kotak Kedua-dua beradik telah berjaya membantu Wanwang Tart House dalam memohon dua hak paten yang unik. 1. Bantal Emas ( Golden Pillow) Tart Nanas adalah pastri tradisional, bagaimanakah ianya boleh dimohon sebagai paten?

Kedua-dua beradik hanya memikirkan membuat perubahan ke atas bentuk Tart Nanas, selepas itu ianya menjadi Bantal Emas yang mempunyai maksud yang baik. Chong Han Song berkata, Tart Nanas adalah salah satu produk tempatan Melaka. Ini kerana apabila perkataan Tart Nanas diterjemahkan kepada bahasa Hokkien, ia mempunyai maksud biskut yang membawa kekayaan. Tart Nanas kelihatan seperti emas dan dilihat seperti bantal, oleh itu ia telah dinamakan sebagai Bantal Emas. 2. Lapan Dimensi dalam Kotak (The Eight Diagram Box) Bolehkah kotak dimohon sebagai paten? Betul. Chong Han Song menjelaskan, Kami telah meluangkan banyak masa dalam mereka bentuk kotak ini. Sebelum kotak ini dibuka, anda akan berfikir bahawa ia adalah satu kotak yang biasa. Selepas membuka kotak tersebut, anda akan berasa terkejut kerana kotak itu kelihatan seperti oktagon. Chong Han Song berkata, Reka bentuk kotak tersebut datangnya daripada idea Lapan Dimensi Kotak. Keistimewaan di dalam kotak tersebut ialah ia mempunyai peta perlancongan negeri Melaka. Kami telah mendaftarkannya sebagai paten, jika orang lain meniru reka bentuk tersebut, kami akan menyaman mereka terhadap perbuatan tersebut. Terdapat pelbagai jenis Harta Intelek Kebanyakan peniaga tidak mengetahui mengenai pendaftaran cap dagangandan juga perlindungan Harta Intelek. Chong Han Song berkata, para perniaga harus mengambil initiatif dan memahami apakah jenis Harta Intelek yang ingin mereka daftarkan. Terdapat pelbagai jenis Harta Intelek termasuklah cap dagang, paten, reka bentuk perindustrian,hak cipta dan sebagainya. Untuk memberikan kefahaman kepada pembaca terhadap maksud asas Harta Intelek, Pemimpin Perusahaan telah menyenaraikan enam jenis Harta Intelek yang utama sebagai rujukan: Paten Hak paten memberikan hak eksklusif kepada pencipta produk yang baru, atau membekalkan teknik penyelesaian yang baru terhadap sesetengah masalah. Hak paten akan memberi perlindungan kepada pencipta atau

pemilik yang berdaftar di antara jangka masa yang tetap, kebiasaannya 20 tahun. Cap Dagang Cap Daganganialah penggunaan logo dalam membezakan produk dan perkhidmatan yang diperkenalkan oleh perusahaan. Tempoh masa perlindungan cap dagangantidak terhad dan dibenarkan kesinambungan yang tidak terhad. Reka Bentuk Perindustrian Reka bentuk perindustran adalah sejenis perlindungan yang diberikan kepada penampilan dan juga nilai estetik sesebuah produk. Kebiasaannya, perlindungan bagi produk tersebut adalah sehingga 15 tahun. Hak Cipta dan Hak yang berkaitan Hak cipta adalah sejenis perundangan. Ia digunakan untuk melindungi pencipta bagi sesebuah karya sastera (atau kesusateraan yang lain). Hak yang berkaitan merujuk kepada perlindungan terhadap penyiaran organisasi termasuk persembahan,rekod, siaran, dan program televisen. Petunjuk Geografi Petunjuk geografi merujuk kepada logo yang digunakan hanya untuk pengkhususan produk. Kebiasaannya, produk jenis ini mempunyai tempat asal tersendiri dan daripada itu, reputasi dan kualiti produk tersebut akan dikenali. Rahsia /Informasi Cap daganganyang masih belum didedahkan Rahsia/nformasi cap daganganyang masih belum didedahkan adalah digunakan khususnya untuk melindungi rahsia butiran bagi sesuatu cap. Pihak yang boleh menguasai jenis informasi akan melalui sesetengah prosedur untuk menyimpan rahsia tersebut: Kebaikan/Manfaat Harta Intelek: Menghalang pesaing lain daripada meniru atau mencampur adukkan produk yang tulen dan juga produk yang tidak tulen atau perkhidmatan daripada pengeluar asal. Mengelakkan pembaziran pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan dan juga pasaran.

Melalui cap dagangandan strategi dalam penciptaa jenama, berupaya membina bidang syarikat yang khusus. Membuat perjanjian bagi membenarkan penggunaan pendaftaran Harta Intelek atau masalah lain yang berkaitan dengan Harta Intelek. Meningkatkan nilai pasaran perniagaan. Boleh mendapat modal kewangan melalui pendaftaran Harta Intelek.