Sistem Pengajaran dan Pembelajaran Pengantar Qira at dan Hafazan di UKM

dokumen-dokumen yang mirip
Pengajaran dan Pembelajaran Hadith di IPT Selangor

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

Kebolehbacaan Teks Sastera Arab dalam Kalangan Pelajar Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, UKM

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

Analisis Persepsi Bakal Graduan Program Sains Maklumat Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat.

MASALAH PELAJAR DIPLOMA MEDIA DIGITAL (VIDEO & PENGAJIAN FILEM) TERHADAP PENCAPAIAN MARKAH TUGASAN

LMCK PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH

BAB LIMA: RUMUSAN DAN CADANGAN. Di dalam bab ini, penyelidik merumuskan dapatan kajian yang dihuraikan menerusi

MAKLUM BALAS PELAJAR TERHADAP PROGRAM PRASISWAZAH FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN (FASS)

Penyelidikan Pelajar Sarjana Pendidikan Islam UKM: Fokus Dan Hala Tuju. oleh. Shahrin Awaludin Fakulti Pendidikan UKM

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

BAB KEENAM RUMUSAN, CADANGAN DAN PENUTUP

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

NAMA PELAJAR : SITI NUR HASINAH BINTI HUSSIAN NO MATRIK : P79063 TAJUK: STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA OLEH PELAJAR CEMERLANG PENSYARAH:

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

PERISIAN TOONDOO MEMBINA KEMAHIRAN MENULIS MURID

GE 1155 KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN SEMESTER 1, SESI 2015/2016

BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian

Asas Multimedia dan Aplikasinya dalam P&P

6. PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK SARJANA MUDA BACHELOR S DEGREE PROJECT GUIDELINES

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB V KESIMPULAN. Setelah meneliti hasil kajian yang dirancangkan di Bab IV, bab ini akan

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

GARIS PANDUAN AMALAN PROJEK SARJANA MUDA *

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

PENDEKATAN KOLABORATIF DALAM MENINGKATKAN KETERAMPILAN BERBAHASA PELAJAR: SATU KAJIAN TINJAUAN TERHADAP PELAJAR IPTA

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

1.0 Pengenalan. 2.0 Guru Pembimbing

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

ARAHAN: ( )

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL

Katakunci : masalah pelajar perdana, latihan industri

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

GARIS PANDUAN PROJEK SARJANA MUDA *

BAB TIGA : KAEDAH PENYELIDIKAN

3.0 HUBUNGAN STRATEGI HEADCOUNT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA PENGUJIAN

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN PEMBUATAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA SENARAI TUGAS DEKAN

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN TANGGUNGJAWAB PENYELIA-CALON

DASAR PELANTIKAN DAN PELAKSANAAN SKIM PEMBANTU PENYELIDIK DAN PENGAJAR PASCASISWAZAH [GRADUATE RESEARCH & TEACHING ASSISTANT (GRTA)]

DASAR DAN PRINSIP PERANCANGAN DAN PENYAMPAIAN KURIKULUM PROGRAM PENGAJIAN JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (1)

GARIS PANDUAN AMALAN LATIHAN INDUSTRI/PRAKTIK

Oleh : Firdaus bt Abdul Fatah, Norlela bt Ali & Mohd Aminuddin b Ab Rahaman

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

peranan, prinsip, teknik, masalah pengajaran terjemahan disamping analisis huruf, sama ada imbuhan awalan, sisipan, apitan dan akhiran.

BAB 1 PENGENALAN. Teknologi khususnya yang berkaitan dengan penggunaan komputer adalah

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

BAB KEENAM RUMUSAN, SARANAN DAN PENUTUP. kawasan tersebut. Bab ini diakhiri dengan saranan dan cadangan kepada PAS Pusat, PAS

FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALASYIA SENARAI BIDANG TUGAS JAWATAN LANTIKAN

Jadual 4.11 : Matrik Analisis Temubual, Pemerhatian Dan Dokumen Berkaitan P&P Pendidikan Islam (P.I) KBSR

KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) KAJIAN TINDAKAN

SKIM PERKHIDMATAN GURU BAHASA

3. PRAKTIKUM menyepadukan teori dengan amali PdP mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran PdP.

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

BAB SATU PENGENALAN. Hikmat terbesar daripada penurunan al-qur an al-karim dengan tujuh

4. INTERNSHIP merancang dan melaksanakan aktiviti p&p dalam situasi sebenar di sekolah.

KECEKAPAN GURU PELATIH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MEMBACA BAHASA CINA

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

Peluasan Ayat Melalui Strategi Penggunaan Pelbagai Keterangan. Abstrak

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Tinjauan Kelas Peralihan di Malaysia: Suatu Kajian untuk Menilai Keberkesanannya

MEMPELBAGAIKAN PENDEKATAN UNTUK MEMBANTU MURID-MURID TAHUN 5 MENGUASAI SIFIR DARAB 1 HINGGA 10. Oleh

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. menunjukkan bahawa unsur penyebutan huruf al-qur an al-karim memain peranan

BAB 1 PENGENALAN. memberikan impak positif dan sumbangan kepada dunia pendidikan iaitu untuk

Landskap merupakan satu daripada dua tajuk elektif dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu pilihan Sains Pertanian Tingkatan 3.

Abstrak. Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca

BAB 5: RUMUSAN DAN CADANGAN. membuat rumusan kepada kajian yang bertajuk Penguasaan Maṣdar : Satu Kajian Di

PANDUAN PENSKORAN PENCERAPAN P & P (PK04)

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. prosedur menjalankan penyelidikan kajian. Pengkaji

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

Gaya Hidup Pelajar Cemerlang dalam Persekitaran Kampus

TUNDUK PADI BERISI. Oleh. Mohammad Asffia Bin Edi ABSTRAK

BAB I PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUNDAR DENGAN KAEDAH JABAL (BUKIT)

BAB 5: KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. pembelajaran bahasa Arab di Malaysia masih memerlukan kajian lanjutan. Ini kerana

Transkripsi:

Prosiding Seminar Pemantauan Projek Penyelidikan Tindakan/Strategik (PTS) Fakulti Pengajian Islam 2012 disunting oleh: Ezad Azraai Jamsari, Zamri Arifin, Mohd. Al Adib Samuri, Mohd. Zamro Muda, Ahmad Munawar Ismail, Muhamad Razak Idris, Hakim Zainal, Roziah Sidik @ Mat Sidek, Muhamad Faisal Asha ari, Salasiah Hanin Hamjah, Fadlan Mohd Othman, Latifah Abdul Majid, Moktar Hussain, Suhaila Zailani @ Ahmad, Hasbi Mat Harun & Mohd Faizal Khatab Fakulti Pengajian Islam, UKM, ISBN 978-967-5478-47-5 (2012), http://www.ukm.my/fpipts/online%20proceedings.html Sistem Pengajaran dan Pembelajaran Pengantar Qira at dan Hafazan di UKM Kod Projek : UKM-PTS-033-2009 Sabri Mohamad (Ketua Projek), Ashraf Ismail, Latifah Abdul Majid, Mohd. Akil Muhamed Ali, Mohd Faizulamri Mohd Saad, Mohd. Nazri Ahmad, Muhammad Hafiz Jamil & Rokiah Ahmad Jabatan Pengajian al-qur an dan al-sunnah, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor PENGENALAN / PERNYATAAN MASALAH Kajian ini akan mengkaji keberkesanan pengajaran dan pembelajaran pengantar Qira at & Hafazan di Universiti Kebangsaan Malaysia. Oleh kerana pengajaran dan pembelajaran subjek tersebut telah pun wujud seusia UKM dan belum ada suatu kajian pun yang mengkaji P&Pnya secara khusus maka dirasakan perlu diadakan kajian tentangnya. Kajian ini akan menggunakan dua instrument utama, iaitu analisis dokumen dan soal selidik. Analisis dokumen diaplikasi bagi mengenalpasti sejarah dan kronologi Pengantar Qira at & Hafazan di Universiti Kebangsaan Malaysia. Manakala soalselidik digunakan untuk mengkaji keberkesanan dan maklumbalas pelajar terhadap proses P&P kurikulum ini. Peratusan pelajar yang memperolehi gred cemerlang dalam kursus Qira at yang ditawarkan, yang sangat memberangsangkan boleh menjadi salah satu kayu ukur kepada potensi dan minat mereka kepada kurikulum ini. Bahkan maklumbalas mereka terhadap proses pengajaran dan pembelajaran sangat baik. Hal ini memberi gambaran yang jelas bahawa kursus Pengantar Qira at & Hafazan sebagai satu disiplin ilmu untuk ditawarkan di peringkat sarjana muda perlu diteruskan, disuburkan dan diperkasakan lagi. Bahkan suatu langkah yang amat baik sekiranya ianya turut ditawarkan di peringkat ijazah lanjutan di institusi-institusi pengajian tinggi di Malaysia di dalam melahirkan dan membentuk tenaga kumpulan pakar atau profesional dalam bidang tersebut. OBJEKTIF KAJIAN 1. Mengenal pasti tahap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Pengantar Qira at dan Hafazan terhadap pelajar. 2. Mengkaji keputusan peperiksaan serta menganalisa tahap penguasaan Pengantar Qira at dan Hafazan di kalangan pelajar. 3. Mengenal pasti masalah dan langkah penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran Pengantar Qira at dan Hafazan di UKM. 1

METODE KAJIAN Kajian berkaitan subjek Pengantar Qira at dan Hafazan, di Jabatan Pengajian al-qur an dan al-sunnah, UKM, pengajaran dan pembelajarannya adalah berdasarkan kepada dua kaedah kajian utama iaitu kaedah kajian analisis dokumen (kepustakaan) dan kajian lapangan. Kedua-dua kaedah ini dimanfaatkan demi memperoleh satu hasil yang dapat dipertanggungjawabkan. 1. Analisis Dokumen: Kajian analisis dokumen ialah suatu kajian utama dalam memperoleh bahan-bahan yang mengandungi kronologi perkembangan subjek Pengantar Qira at dan Hafazan semenjak penubuhan UKM sehingga kini. Bahanbahan yang dirujuk adalah seperti penulisan ilmiah dan tesis serta kajian-kajian penyelidik sebelum ini yang mengkaji korikulum dan pengajian tafsir akan dibaca dan bahan-bahan ini merupakan asas dalam memulakan kajian. 2. Kajian Lapangan: Kajian penilaian pengajaran dan pembelajaran subjek Pengantar Qira at dan Hafazan ini amat memerlukan pengumpulan data di lapangan. Sehubungan itu, metode pengumpulan data jenis semak akan digunakan di samping menggunakan beberapa teknik yang berkaitan dengan metod itu. Antara teknik yang dimanfaatkan untuk mendapatkan data di lapangan ialah i) soal selidik ii) temubual iii) pemerhatian. Temu bual dilakukan bersama tenaga pengajar yang mengajar subjek tersebut dan juga para pelajar yang telah mempelajari subjek tersebut. Ini adalah bertujuan untuk mendapatkan penjelasan dan penilaian mereka mengenai korikulum dan pengajaran subjek Pengantar Qira at dan Hafazan. Sasaran bagi kajian lapangan ini adalah para pelajar yang mempelajari subjek berkenaan iaitu dari FPI dan juga FPEND. 3. Soal Selidik: Soal selidik merupakan satu bentuk susunan soalan yang formal. Peringkat-peringkat soalan yang diutarakan adalah bertujuan untuk mencungkil data di lapangan. Kaedah ini digunakan bagi menguji penilaian dan penerimaan para pelajar terhadap korikulum pembelajaran subjek Pengantar Qira at dan Hafazan. Melalui kaedah ini, dapatan maklumat yang sebenar diperolehi tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Seramai 59 orang pelajar yang berumur di antara 21 tahun hingga 27 tahun daripada FPI dan FPEND yang memperlajari subjek ini telah dipilih sebagai responden untuk menjawab borang soal selidik yang telah disediakan. Di dalam borang soal selidik ini, pengkaji telah menyentuh beberapa persoalan iaitu berkenaan dengan latar belakang responden, pernyataan mengenai pendekatan P&P, perkaedahan pengajaran, sukatan mata pelajaran, penilaian pengajaran, keberkesanan P&P, dan permasalahan yang dialami dan mengganggu proses P&P. Borang soal selidik ini telah diedarkan kepada responden untuk diisi dan dipulangkan kembali kepada pengkaji selepas selesai diisi. Setelah keseluruhan borang soal selidik berjaya dihimpunkan semula, maka pengkaji mula mengumpulkan data-data berkenaan untuk dianalisis seterusnya membuat keputusan serta kesimpulan daripada data-data tersebut. 4. Temu Bual: Temubual dilakukan ke atas tenaga pengajar dan juga para pelajar. Temubual yang dilakukan adalah bertujuan untuk mendapatkan penjelasan dan penilaian mereka berkenaan dengan proses pembelajaran dan pengajaran subjek Pengantar Qira at dan Hafazan yang berlangsung di dalam kuliah. Cadangan serta pendapat yang dikemukakan oleh mereka mengenai proses serta kaedah pengajaran 2

dan pembelajaran di dalam kuliah juga diambil kira supaya dapat diteliti dengan lebih mendalam. Selain daripada itu, masalah-masalah yang dihadapi oleh tenaga pengajar dan para pelajar di dalam proses pengajaran dan pembelajaran subjek Pengantar Qira at dan Hafazan juga ditinjau agar penambahbaikan dapat dilakukan supaya proses pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Sesi temubual ini dijalankan dengan cara bertemu dan bersemuka dengan tenaga pengajar dan pelajar tersebut dan perbualan itu telah direkod dengan menggunakan perakam suara. DAPATAN KAJIAN Mengenal pasti tahap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Pengantar Qira at dan Hafazan terhadap pelajar Antara yang dibincangkan dalam bahagian ini ialah pendekatan, pengkaedahan, sukatan matapelajaran, penilaian pengajaran serta keberkesanan. Perbincangan ini merangkumi kesemua metodologi yang digunakan iaitu soal selidik, temubual dan analisis dokumen berdasarkan kesesuaian. a. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran Analisa deskriptif telah menunjukkan keseluruhan min bagi pendekatan P&P berada pada tahap tinggi. Ini menunjukkan pendekatan P&P subjek Pengantar Qira at dan Hafazan di UKM adalah berkesan dan cemerlang kerana proses P&P berpusatkan pelajar dan melibatkan pelajar secara aktif. Ia juga diaplikasi merangkumi kecekapan bahasa, komunikasi serta berdasarkan kematangan dan pengalaman pelajar. Di samping itu juga, P&P di dalam subjek ini juga menggalakkan pelajar berfikir secara kretif dan kritis serta menggalakkan pelajar untuk berinteraksi dan menyelesaikan masalah. Selain daripada itu, pensyarah juga memainkan peranan sebagai pemudah cara dan perangsang pembelajaran di samping menggunakan pelbagai strategi untuk membangkitkan minat pelajar dalam pendekatan P&P subjek Pengantar Qira at dan Hafazan iaitu dengan mempelbagaikan aktiviti pembelajaran dan menggalakkan pembelajaran di dalam kumpulan kecil. Pensyarah-pensyarah juga mempunyai kemahiran dan berkebolehan dalam menyampaikan isi-isi kuliah dengan mengaitkan dengan keadaan semasa serta mempunyai kesinambungan antara satu fakta dengan satu fakta yang lain untuk memberikan kefahaman kepada para pelajar. Selain daripada itu, pensyarah menyampaikan kuliah dengan nada suara yang lancar, terang dan tidak terlalu laju. Pensyarah juga memastikan para pelajar memberi perhatian dan memahami apa yang disampaikan serta membuka ruang perbincangan semasa mengajar. Bagi sebahagian pelajar, mereka mengulang kaji pelajaran terlebih dahulu sebelum memasuki dewan kuliah dan dengan cara ini mereka akan mengingati pelajaran-pelajaran yang lepas. b. Perkaedahan pengajaran Hasil analisa deskriptif telah menunjukkan keseluruhan min bagi pengkaedahan pengajaran subjek Pengantar Qira at dan Hafazan berada pada tahap sederhana. Ini menunjukkan pengkaedahan pengajaran subjek Pengantar Qira at dan Hafazan di UKM perlu dipertingkatkan dan dipelbagaikan lagi untuk mencapai tahap yang tinggi dan lebih berkesan. Pengkaedahan yang telah digunakan ialah syarahan/kuliah, 3

seminar/forum/simposium, bersoal jawab/perbincangan, pengajaran berbantukan komputer, perbincangan kumpulan, kajian kes, penyelesaian masalah, brainstorming, tunjuk cara/praktikal/amali dan lawatan sambil belajar. Syarahan atau kuliah adalah kaedah yang paling kerap digunakan dalam menyampaikan isi bagi subjek Pengantar Qira at dan Hafazan. Manakala kaedah yang paling jarang digunakan ialah lawatan sambil belajar. Ini adalah kerana lawatan sambil belajar kurang bersesuaian dengan subjek Pengantar Qira at dan Hafazan. Maka kaedah-kaedah yang besesuaian lebih didahulukan kerana ia memberi kesan yang lebih positif dalam pengajaran. c. Sukatan matapelajaran Pengantar Qira at dan Hafazan Daripada analisa deskriptif yang dijalankan telah mendapati bahawa keseluruhan min bagi sukatan matapelajaran subjek Pengantar Qira at dan Hafazan berada pada tahap tinggi. Ini menunjukkan sukatan matapelajaran subjek Pengantar Qira at dan Hafazan di UKM adalah berkesan. Ini kerana sukatan pelajaran subjek Pengantar Qira at dan Hafazan telah disusun dengan baik, tajuk mudah untuk difahami, dan sukatan matapelajaran juga hampir mencapai objektif utama. Di samping itu, pelajar dapat mengikuti dan menguasai isi kandungan dengan baik. Namun begitu, peruntukan masa untuk pengajaran dan pembelajaran subjek Pengantar Qira at dan Hafazan adalah tidak mencukupi. d. Penilaian pengajaran Beberapa bentuk penilaian telah dikemukakan bagi mengenalpasti corak penilaian yang sering digunakan oleh pensyarah. Oleh yang demikian, analisa deskriptif telah menunjukkan keseluruhan min bagi penilaian pengajaran subjek Pengantar Qira at dan Hafazan berada pada tahap tinggi. Ini menunjukkan penilaian pengajaran subjek Pengantar Qira at dan Hafazan di UKM adalah berkesan. Penilaian pengajaran yang digunakan ialah penilaian secara formatif dan sumatif, kerja kursus/kertas projek, pembentangan tugasan, kuiz, peperiksaan pertengahan dan akhir semester. Namun begitu, penilaian yang sering dilakukan adalah berdasarkan peperiksaan akhir semester. e. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Analisa deskriptif telah menunjukkan keseluruhan min bagi subjek Pengantar Qira at dan Hafazan berada pada tahap sederhana. Perkara ini telah menimbulkan tanda tanya kepada pengkaji mengapa tahap keberkesanan P&P berada pada tahap yang sederhana sedangkan pendekatan P&P, sukatan matapelajaran dan penilaian pengajaran berada pada tahap tinggi. Beberapa anggapan telah dibuat tentang perkara ini. Antaranya ialah pelajar kurang memberikan tumpuan ketika pensyarah menyampaikan syarahannya, pelajar tidak mengingati sepenuhnya pelajaran yang telah mereka pelajari di dalam kelas dan kekangan masa juga menjadi penyebab kepada masalah ini. Selain itu juga pensyarah perlulah mempelbagaikan perkaedahan pengajaran agar ia lebih memberi kesan dan dapat menarik minat pelajar untuk memberi penumpuan sepenuhnya terhadap pengajaran pensyarah tersebut. Mengenal pasti masalah dan langkah penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran Pengantar Qira at dan Hafazan di UKM. Dapatan hasil yang diperolehi daripada soal selidik dan temubual yang dijalankan, mendapati bahawa terdapat beberapa masalah yang telah mengganggu proses pengajaran 4

dan pembelajaran subjek Pengantar Qira at dan Hafazan. Antara permasalahan tersebut ialah: a. Lemah dalam penguasaan Bahasa Arab. b. Keadaan kelas yang sempit dan kurang selesa untuk sesi pengajaran dan pembelajaran. c. Peruntukan masa yang tidak mencukupi dalam mempelajari subjek Pengantar Qira at dan Hafazan. d. Kurang memahami subjek Pengantar Qira at dan Hafazan. e. Pengajian secara lisan sukar untuk difahami dan dikuasai. f. Kurang bahan bacaan dalam Bahasa Melayu. g. Terlalu banyak surah yang hendak dihafal. h. Masalah dalam menghafal surah dengan baik kerana cepat lupa. CADANGAN Antara cadangan yang telah dikemukakan oleh para pelajar dalam penambahbaikan proses pengajaran dan pembelajaran Pengantar Qira at dan Hafazan adalah sebagaimana berikut: 1. Adakan terjemahan untuk bacaan asas Pengantar Qira at dan memperbanyakkan buku rujukan di dalam Bahasa Melayu. 2. Mengadakan kelas khas untuk subjek ini bagi melebihkan masa pembelajaran. 3. Menggunakan dwibahasa dalam kertas peperiksaan. 4. Hafalan tidak terlalu panjang dan melebihkan masa untuk menghafal. 5. Mengurangkan jumlah pelajar pada sesi pembelajaran subjek ini supaya para pelajar mendapat lebih perhatian dan pemahaman semasa sesi pembelajaran berlangsung. 6. Menyediakan modul mudah Qira at untuk para pelajar. 7. Memanjangkan masa di dalam kelas tutorial untuk praktikal bacaan Qira at dan hafazan. 8. Memperbanyakkan tenaga pengajar. 9. Mempelbagaikan alat bantu mengajar dan menambah silibus dalam bentuk ICT seperti komputer, audio dan video untuk menunjukkan gambaran yang lebih jelas lagi kepada para pelajar. 10. Ujian syafawi diadakan pada awal semester dan bukan penghujung semester. 5

11. Menggunakan kitab Taghrib Ma ani kerana ia lebih sesuai dijadikan silibus di dalam tutorial. Berdasarkan permasalahan dan cadangan yang telah dikemukakan, maka beberapa perkara perlu diambil perhatian oleh pihak-pihak yang terlibat supaya penambahbaikan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan. Ia adalah sebagaimana berikut: a. Universiti/Fakulti/Jabatan Pihak universiti perlu mengambil perhatian dalam menangani masalah prasarana di universiti terutama di dewan-dewan kuliah mahupun di bilik-bilik tutorial. Bilik-bilik ini perlulah diberi ruang yang luas dan selesa serta penyediaan penghawa dingin yang baik agar suasana pembelajaran boleh berjalan dengan lancar dan pensyarah boleh melakukan pelbagai aktiviti untuk memantapkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran di IPT. Di samping itu, peralatan bantu mengajar yang terkini perlu digunakan dan peralatan yang tidak berfungsi hendaklah dibaiki secepat mungkin agar tidak mengganggu kelangsungan proses pengajaran dan pembelajaran. Kakitangan akademik juga perlulah diberi latihan untuk menggunakan alatan-alatan moden tersebut agar proses pengajaran dan pembelajaran tidak berjalan dalam keadaan yang membosankan. Oleh itu, pihak fakulti dan jabatan perlulah prihatin terhadap perkara-perkara ini. b. Tenaga Akademik/Pensyarah i. Memperuntukkan masa yang mencukupi dalam proses pengajaran dan pembelajaran: Pengantar Qira at dan Hafazan merupakan subjek yang sangat digemari oleh para pelajar namun begitu peruntukan masa yang diberikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kuliah dan bilik tutorial tidak mencukupi kerana terlalu banyak yang perlu dipelajari namun masa yang diperuntukkan hanya terhad. Oleh itu para pensyarah hendaklah mengambil inisiatif sendiri seperti mengadakan kelas tambahan dan lain-lain lagi. Di samping itu, para pelajar juga perlu bijak dalam menangani masalah ini dengan pembelajaran kendiri tanpa menunggu suapan demi suapan dan hanya bergantung sepenuhnya kepada pensyarah. ii. iii. Mempelbagaikan kaedah pengajaran: Kebiasaannya pensyarah gemar menyampaikan kuliah dengan membacakan nota kepada para pelajar daripada menggunakan kaedah pengajaran yang lain. Seharusnya penggunaan alat bantu mengajar yang lebih canggih seperti penggunaan ICT turut diaplikasikan ketika menyampaikan isi kuliah dan menghuraikan fakta-fakta supaya penyampaian lebih menarik dan menyeronokkan. Sememangnya tidak dinafikan penyampaian kuliah melalui pembacaan nota memudahkan pensyarah untuk menjelaskan isi fakta kursus di samping pelajar juga dapat mendengar dan mencatat dengan baik. Menterjemahkan kitab atau buku rujukan ke dalam Bahasa Melayu: Bagi mengatasi kelemahan pelajar dalam memahami kitab-kitab berbahasa Arab, para pensyarah dicadangkan untuk menterjemahkan buku rujukan ke dalam Bahasa Melayu. Dengan cara ini, pelajar akan dapat memahami ilmu-ilmu asas dalam Qira at. Di samping itu, para pensyarah juga dicadangkan untuk membuat nota atau modul berbahasa Melayu serta soalan peperiksaan yang berbentuk dwibahasa bagi membantu para pelajar. 6

iv. Memperbanyakkan kuiz dan ujian bulanan: Para pensyarah dicadangkan untuk sentiasa mengadakan kuiz dan ujian bulanan. Ini akan membuatkan pelajar sentiasa mengulangkaji pelajaran yang lepas. Selain itu, para pelajar juga akan berusaha untuk memahami subjek-subjek yang dipelajarinya. Namun begitu, kuiz-kuiz yang diadakan ini seharusnya tidak terlalu berat untuk pelajar kerana mereka juga mempunyai tugasan lain yang perlu diselesaikan. c. Para Pelajar i. Penglibatan pelajar: Penglibatan pelajar secara aktif ketika bersama pensyarah akan melancarkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran di IPT. Interaksi dua hala ini akan meningkatkan lagi kecemerlangan pelajar dalam pelajaran berbanding keadaan interaksi sehala iaitu daripada pensyarah sahaja. Pelajar juga mestilah rajin bertanyakan pensyarah dan mengadakan perbincangan secara berkumpulan dengan rakan-rakan apabila berhadapan dengan matapelajaran yang sukar untuk difahami. Selain itu juga, untuk menjadi pelajar yang cemerlang dan berkualiti, para pelajar juga mestilah bergerak aktif di dalam kelas dan juga di luar kelas. Pelajar perlu melibatkan diri dalam kegiatan luar seperti berpersatuan, menghadiri seminar dan bengkel yang berkaitan dengan pembelajaran samada anjuran universiti mahupun organisasi luar. Dengan cara ini, para pelajar akan dapat menambahkan dan meningkatkan lagi penguasaan ilmu pengetahuan dalam diri mereka di samping memupuk keyakinan diri dan keberanian berhujah ketika berhadapan dengan orang ramai. ii. Meningkatkan penguasaan Bahasa Arab: Bagi para pelajar yang lemah dalam penguasaan Bahasa Arab, mereka perlulah mencari inisiatif untuk memantapkan lagi Bahasa Arab. Di antara perkara yang dicadangkan untuk memantapkan penguasaan Bahasa Arab di kalangan pelajar ialah, mereka perlu menghadiri kelas-kelas bahasa yang dijalankan di fakulti ataupun di luar fakulti. Di samping itu pelajar juga boleh meminta pihak universiti menghantar pelajar ke luar negara secara berkumpulan seperti ke Syria atau Jordan untuk mempelajari serta memantapkan lagi penguasaan Bahasa Arab di kalangan mereka. Pelajar juga perlu memperbanyakkan kosa kata di dalam Bahasa Arab dengan membaca bahan bacaan di dalam Bahasa Arab. Dengan ini, secara tidak langsung hari demi hari kosa kata semakin bertambah dan masalah kelemahan dalam menguasai Bahasa Arab dapat diatasi. PENCAPAIAN PROJEK (OUTPUT) 1. Telah dibentang dalam Seminar Antarabangsa Qurra dan Qiraat (SQ 2010), pada 29-30 Oktober, Anjuran Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Kuala Terengganu. 2. Akan dibentang dalam Seminar Kebangsaan Penyelidikan Dan Pendidikan Qiraat 2010 (SKPPQ 2010), pada 25-26 Disember 2010, Anjuran Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Bangi. KESIMPULAN Daripada perbincangan dan kajian yang dilakukan dapatlah disimpulkan bahawa semua pemboleh iaitu Pendekatan Pengajaran Dan Pembelajaran Pengantar Qira at dan Hafazan, 7

Perkaedahan Pengajaran Pengantar Qira at dan Hafazan, Sukatan Matapelajaran Pengantar Qira at dan Hafazan, Penilaian Pengajaran Pengantar Qira at dan Hafazan, Keberkesanan Pengajaran Dan Pembelajaran Pengantar Qira at dan Hafazan serta Permasalahan Pengajaran Dan Pembelajaran Pengantar Qira at dan Hafazan berada pada tahap memuaskan. Namun begitu, terdapat beberapa aspek yang harus diberi penekanan serta penambahbaikan pada kesemua pemboleh ubah agar ia lebih mantap dari semua sudut. 8